Anda di halaman 1dari 7

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum w.b.t…

Pertamanya saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-


Nya saya dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada waktunya. Dengan izin-Nya
juga saya dapat mencari maklumat-maklumat dan informasi yang berkaitan
dengan tugasan ini dengan mudah tanpa sebarang masalah yang serius. Yang
keduanya saya berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang banyak
menyokong saya walaupun berada jauh dari mata saya. Saya turut berterima
kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah yang amat saya sayang iaitu Dr.
Sabri yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan ketika menyiapkan tugasan
ini.
Tanpa nasihat dan panduan dari beliau mungkin tugasan ini tidak dapat
disiapkan dengan sempurna. Melalui nasihat dan pandangan beliau juga, saya
dapat mengurangkan sedikit kekeliruan yang saya hadapi ketika menyiapkan
tugasan ini. Seterusnya saya mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada
rakan-rakan yang turut memberi sokongan dan bimbingan dalam menyiapkan
tugasan ini. rakan-rakan seperjuangan juga lah yang banyak menaikkkan
semangat dalam menyelesaikan tugasan ini.

Akhir sekali, saya juga berterima kasih kepada pihak yang terlibat secara
lansung dan secara tidak lansung ketika saya menyiapkan tugasan ini
Alhamdulillah…

Sekian terima kasih…


PENDAHULUAN

Tulisan Jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad
lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan
kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab
dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan
bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan
digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal Kerajaan yang pernah ditemui.
Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Islam Pasai kemudian disebarkan ke
Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti
kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan
terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang
bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi
yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun
ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai
ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi.
Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-
negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini
digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang
kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam


masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan
pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan contohnya digunakan dalam
perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-
pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran
Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad
Jawi.

PERKEMBANGAN TULISAN JAWI

Perkembangan sistem ejaan Jawi mutakhir ada penulis menganggap ("zaman


kemurungan tulisan Jawi") bermula pada tahun 1963 apabila Akta Bahasa Kebangsaan
mewartakan tulisan Rumi menjadi tulisan rasmi bagi bahasa Melayu yang secara tidak
langsung meminggirkan tulisan Jawi. Mulai tahun itu, pengajaran tulisan Jawi sudah
tidak ditekankan lagi di sekolah-sekolah. Jumlah orang yang menguasai tulisan Jawi pun
semakin berkurangan. Malah, majalah, akhbar dan buku Jawi mulai kurang mendapat
sambutan di pasaran.
Mengikut catatan, sejarah tulisan Jawi telah berkembang di Alam Melayu sejak
ratusan tahun yang lampau. Walaupun tulisan lain seperti tulisan pengaruh India (berasal
daripada tulisan Pallava India), tulisan Rencong dan tulisan Rumi/Latin pernah bertapak
di alam Melayu, tulisan Jawi mendominasi jenis tulisan yang digunakan setelah keda-
tangan Islam. Banyak bahan-bahan tulisan Jawi yang sampai ke Tanah Melayu seperti
kitab agama serta hikayat nabi dan para sahabat menggunakan sistem ejaan Jawi
pengaruh Arab. Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 22 Februari 1303 M
menjadi bukti penggunaan tulisan Jawi di alam Melayu.
HURUF-HURUF DALAM TULISAN JAWI

Bentuk huruf
Padanan
Nama Awal Tengah Akhir
Tunggal Rumi
kata kata kata
alif ‫ﺍ‬     ‫ﺎ‬ A
ba ‫ﺏ‬ ‫ﺑ‬ ‫ـﺒ‬ ‫ـﺐ‬ B
ta ‫ﺕ‬ ‫ﺗ‬ ‫ـﺘ‬ ‫ـﺖ‬ T
sa ‫ﺙ‬ ‫ﺛ‬ ‫ـﺜ‬ ‫ـﺚ‬ s, (th)
jim ‫ﺝ‬ ‫ﺟ‬ ‫ـﺠ‬ ‫ـﺞ‬ J
ha ‫ﺡ‬ ‫ﺣ‬ ‫ـﺤ‬ ‫ـﺢ‬ h, (ḥ)
ca ‫ﭺ‬ ‫ﭼ‬ ‫ـﭽ‬ ‫ـﭻ‬ C
kha ‫ﺥ‬ ‫ﺧ‬ ‫ـﺨ‬ ‫ـﺦ‬ Kh
dal ‫د‬     ‫ـد‬ D
zal ‫ﺫ‬     ‫ـذ‬ z, (dh)
ra ‫ﺭ‬     ‫ـر‬ R
zai ‫ﺯ‬     ‫ـز‬ Z
sin ‫ﺱ‬ ‫ﺳ‬ ‫ـﺴ‬ ‫ـﺲ‬ S
syin ‫ﺵ‬ ‫ﺷ‬ ‫ـﺸ‬ ‫ـﺶ‬ Sy
sad ‫ﺹ‬ ‫ﺻ‬ ‫ـﺼ‬ ‫ـﺺ‬ s, (ṣ)
dad ‫ﺽ‬ ‫ﺿ‬ ‫ـﻀ‬ ‫ـﺾ‬ d, (ḍ)
ta ‫ﻁ‬ ‫ﻃ‬ ‫ـﻄ‬ ‫ـﻂ‬ t, (ṭ)
za ‫ﻅ‬ ‫ﻇ‬ ‫ـﻈ‬ ‫ـﻆ‬ z, (ẓ)
awal: a, i, u;
ain ‫ﻉ‬ ‫ﻋ‬ ‫ـﻌـ‬ ‫ـﻊ‬
akhir: k, (‘)
ghain ‫ﻍ‬ ‫ﻏ‬ ‫ـﻐـ‬ ‫ـﻎ‬ Gh
nga ‫ڠ‬ ‫ڠـ‬ ‫ـڠـ‬ ‫ـڠ‬ Ng
fa ‫ﻑ‬ ‫ﻓ‬ ‫ـﻔ‬ ‫ـﻒ‬ F
pa ‫ﭪ‬ ‫ﭬ‬ ‫ـﭭ‬ ‫ـﭫ‬ P
qaf ‫ﻕ‬ ‫ﻗ‬ ‫ـﻘ‬ ‫ـﻖ‬ k, q, (q)
kaf ‫ک‬ ‫ﻛ‬ ‫ـﻜ‬ ‫ـک‬ K
ga ‫ڬ‬ ‫ڬـ‬ ‫ـڬـ‬ ‫ـڬ‬ G
lam ‫ﻝ‬ ‫ﻟ‬ ‫ـﻠ‬ ‫ـﻞ‬ L
mim ‫ﻡ‬ ‫ﻣ‬ ‫ـﻤ‬ ‫ـﻢ‬ M
‫ﻥ‬
nun ‫ﻧ‬ ‫ـﻨ‬ ‫ﻦ‬ N
wau ‫ﻭ‬     ‫ـو‬ w, u, o
va ‫ۏ‬     ‫ـۏ‬ V
ha ‫ﻩ‬ ‫ﻫ‬ ‫ـﻬ‬ ‫ﻪ‬ H
ya ‫ﻱ‬ ‫ﻳ‬ ‫ـﻴـ‬ ‫ﻲ‬ y, i, e taling
e pepet
ye ‫ى‬     ‫ـى‬
hujung
nya ‫ڽ‬ ‫پـ‬ ‫ـپـ‬ ‫ـڽ‬ Ny
awal:
hamzah ‫ء‬     ‫ء‬ gugur;
akhir: k, (’)
ta
‫ة‬     ‫ـة‬ t, h, (ṯ)
marbutah
TRANSLITRASI TULISAN RUMI KE
DALAM TULISAN JAWI

PETIKAN NOVEL
REFLEKSI

ASSALAMUALAIKUM…

Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinan-Nya dapat


saya menyiapkan tugasan Bahasa Melayu 2 ini. Saya juga berterima kasih
kepada Dr Sabri Che Man yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan
ini dan telah menyampaikan banyak maklumat dan panduan ketika
menyelesaikan tugasan ini. Perbincangan semasa kuliah juga memberi saya
sedikit pengetahuan untuk menyiapkan tugasan ini. Walaupun agak keliru tetapi
segalanya dapat di atasi dengan penerangan-penerangan yang mantap oleh
pensyarah yang amat kami sayang.
Melalui tugasan ini banyak manfaat yang saya perolehi mengenai tulisan
jawi dan jenis-jenisnya. Tugasan ini memerlukan kemahiran dalam menukarkan
tulisan rumi kepada jawi. Untuk memperolehi kemahiran tersebut saya twelah
berusaha sedaya upaya mempelajari tulisan jawi dan cara-cara untuk
menulisnya. Pengalaman yang paling menarik semasa menyiapkan tugasan ini
ialah ketika saya belajar menulis tulisan jawi iaitu tulisan Khat yang mana tulisan
ini sangat unik dan mempunyai ciri-ciri kesenian. Selain itu juga saya mencari
maklumat dengan melayari internet dan maklumat yang saya perolehi adalah
berkaitan dengan sejarah atau asal-usul tulisan jawi.
Kesimpulannya, tugasan ini banyak memberi faedah terutamanya tentang
tulisan jawi yang mempunyai banyak cabang-cabangnya seperti tulisan khat,
asal-usul tulisan jawi dan sebagainya.

Sekian…

Terima kasih,,,,,
(SITI NURFATIMAH BT SAHARI)
(901204025364)