Anda di halaman 1dari 11

i.

Jarak Sosial Antara Watak-watak Dalam Cerita

“Wait. Uncle terlupa something yang berharga dan penting.”

“Eh,dompet Uncle jatuh ke?’

“Not Uncle..”

“Dah tu?”

“But..Your Asar Prayer la uncle”

Jarak sosial adalah sesuatu keadaan atau situasi di mana seseorang atau

masyarakat yang berbeza tingkat peradabannya dengan orang lain walaupun

pada dasarnya berada pada masa atau zaman yang sama . Perbezaan di dalam

kalangan masyarakat menunjukkan adanya lapisan atasan dan lapisan

bawahan. Lapisan-lapisan tersebut disebut sebagai strata sosial. Menurut

sarjana barat seperti Pitiran A.Sorikin, pelapisan sosial ialah perbezaan

penduduk atau masyarakat ke dalam kelas-kelas secara hiraki. Faktor-faktor

yang mempengaruhi jarak sosial ialah termasuklah perbezaan status, darjah

keabraban,usia,jantina,pendidkan,kelas dan juga pekerjaan. Melalui dialog di

atas, saya dapat memahami maksud jarak sosial yang terdapat dalam cerita ini.

Sebagai contoh, jarak sosial antara seorang remaja dan seorang lelaki tua .

Remaja tersebut menggunakan gelaran ‘Uncle’ iaitu gelaran bagi pakcik untuk

berkomunikasi dengan lelaki tua tersebut . Hal ini menunjukkan bahawa remaja

tersebut menekankan penggunaan bahasa yang sesuai semasa berkomunikasi

dengan seseorang yang lebih tua. Sebagai seorang masyarakat Malaysia,

penggunaan bahasa dan pertuturan kata yang baik sesama masyarakat amatlah

dinitikberatkan . Sekiranya terdapat penggunaan perbendaharaan kata yang


salah sama ada sengaja atau tidak, maka perkara ini boleh mengakibatkan

berlakunya salah faham, pergaduhan ataupun memalukan pihak lain yang

sedang bercakap. Apabila terjadinya perkara tersebut, maka rakyat akan hidup

dalam keadaan yang tidak bersatu padu. Oleh itu, setiap masyarakat Malaysia

mestilah memahami konsep kesantunan semasa bertutur dengan betul agar

masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan damai.


ii. Konteks Percakapan Watak

Menurut Brown dan Yule(1983), untuk menganalisis wacana mestilah

menggunakan pendekatan pragmatik untuk memahami pemakaian bahasa.

Manakala menurut Hymes,Brown(1993:89),ciri-ciri konteks percakapan

dibahagikan kepada 8 jenis, iaitu penutur dan pendengar, topik pembicaraan,

latar, penghubung bahasa lisan dan tulisan, laras bahasa, bentuk pesanan dan

maklumat serta peristiwa percakapan. Konteks percakapan ini penting kerana

dapat memudahkan pendengar atau pembaca untuk menginterprestasikan apa

yang hendak dituturkan oleh penutur . Seseorang penutur dapat menggunakan

penghubung dengan tulisan atau bahasa lisan dalam menyampaikan maklumat.

Seterusnya, dari segi laras bahasa, pendengar dan penutur dapat memilih laras

bahasa yang sesuai berpandukan situasi dan keadaan serta dapat menghayati

dan memahami apa yang hendak dituturkan. Bagi bentuk pesanan dan

maklumat, perkara yang ingin disampaikan hendaklah tepat, kerana ia bersifat

fundamental. Oleh yang demikian, konteks percakapan adalah salah satu aspek

yang penting dalam sesebuah cerita atau perbualan.


“Wah. Tan Sri Kot!”

“No wonder kereta BMW X5.. Woo..” Ameer mengusik .

“Ehh benda kecik je ni”,Uncle ataupun Tan Sri Fayyaz kembang hidup sebentar.

“Siapa yang bagi?”

“Bagi...? Beli la. Saya usahakan syarikat kecil-kecilan dahulu lepas itu...Agak

perit pada awalnya...” Tan Sri Fayyaz ingin bercerita dengan semangat.

“Ohh. Baju murah bundle kat badan saya ni Allah yang bagi.. Mungkin kereta

uncle yang mahal tu pun sama diberi oleh pemberi baju bundle saya ini.” Ameer

kasi sentap. Kali kedua pada hari yang sama .

Melalui contoh di atas, kita dapat melihat bahawa terjadinya perbualan

seterusnya kerana psikologi penutur dan pendengar. Contoh, si penutur iaitu Tan

Sri Fayyaz membalas pertanyaan Ameer yang kelihatan tertanya-tanya tentang

kewujudan kerta tersebut.


iii. Tujuan atau matlamat perbualan

“Kalau kau tak nak jadikan dia isteri, jadi jaga ikhtilat ketat-ketat. Aku takut

kau beri harapan palsu dan ketahuilah memberi harapan palsu kepada

perempuan haram dan berdosa!”nasihat Imran .

“Aku faham... Cuma takkan la aku nak buat macam tu, main luah direct kat

Lysa...” kata Ameer .

Tujuan atau matlamat perbualan dapat dikaitkan dengan sesuatu

pengkhususan topik yang dibicarakan .Kita hendaklah mengutamakan tujuan

percakapan dalam pergaulan harian. Dalam percakapan, kita seharusnya

bercakap tentang perkara yang lebih penting dan utama dahulu. Tujuan sesuatu

percakapan itu haruslah mendatangkan sesuatu kesan terhadap orang lain.

Sebagai contoh, Imran menasihati Ameer untuk berterus terang kepada Lysa

tentang perasaannya dan tidak memberi harapan palsu kepada Lysa. Imran

menegaskan kepada Ameer bahawa memberi harapan palsu kepada seorang

wanita adalah haram dan berdosa. Melalui dialog tersebut,kita dapat lihat

bahawa perkara yang hendak disampaikan oleh Imran kepada Ameer adalah

sesuatu yang sangat penting dan mesti disampaikan dengan segera.Hal ini

kerana dalam perbualan, ,kita seharusnya menilai perkara yang hendak

dikomunikasikan dan mengutarakan sesuatu yang penting terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun, sekiranya kita ingin bercakap tentang sesuatu yang tidak

penting, kita boleh memilih masa yang sesuai di mana kedua-dua pendengar
dan penyampai mempunyai waktu lapang. Dengan cara ini, kita tidak akan

mengganggu masa seseorang yang amat berharga dengan bercakap tentang

perkara yang remeh.


iv. Giliran bercakap

“Ameer can I tell you something?” Uncle memulakan perbualan .

“Yeah for sure”

“Uncle first time solat setelah 20 tahun....”

Bagi konteks giliran bercakap pula, apa yang saya faham tentang giliran

bercakap ialah giliran bercakap yang baik amat penting dalam sesebuah

perbualan untuk mengelakkan dari berlakunya perbualan yang tergantung dan

penyampukan. Masyarakat Melayu amat mementingkan giliran bercakap semasa

berbual. Sebagai contoh, mendahulukan orang-orang tua semasa berbual. Para

pemuda dan pemudi haruslah bercakap selepas orang-orang tua selesai

bercakap. Sistem pola giliran digunakan supaya percakapan dapat

dilangsungkan secara selari serta setiap orang yang terlibat mendapat giliran

yang sama untuk berbicara dalam sesuatu perbualan. Menerusi dialog di atas,

saya dapat membuktikan bahawa Ameer amat menghormati Uncle iaitu Tan Sri

Fayyaz yang merupakan orang yang lebih tua darinya dengan memberi peluang

untuk bertutur dan mendengar segala yang ingin disampaikan oleh Uncle

tersebut . Tan Sri Fayyaz ingin memberitahu kepada Ameer bahawa beliau

pertama kali solat setelah 20 tahun.


v. Memulakan dan Mengakhiri Percakapan

Memulakan dan mengakhiri percakapan juga termasuk dalam aspek

sosiolinguistik yang turut mempengaruhi kesantunan berbahasa. Masyarakat

Melayu menggunakan percakapan yang santun. Bagi masyarakat Melayu,

pertuturan yang santun haruslah bermula dengan perkataan “Assalamualaikum” ,

“Salam Sejahtera” , “Selamat Pagi” dan sebagainya. Tambahan pula, memulakan

percakapan dengan mengajukan pertanyaan ini adalah salah satu cara yang

berkesan untuk menghidupkan suasana yang janggal. Contohnya, “Siapakah

nama awak?” “Awak berasal dari mana?” . Seterusnya, mengakhiri percakapan

dengan ucapan terima kasih, “Terima kasih kerana sudi datang”

Bagi cerpen Cinta Halal , contoh yang saya ambil adalah,

“Assalamualaikum. Mana tandas ye?”

Dialog di atas digunakan apabila seseorang hendak memulakan percakapan

untuk sesuatu perbualan. Dengan menggunakan ‘Assalamualaikum’ sebagai

permulaan kata bagi sesuatu perbualan, itu sudah dikira sebagai kesantunan

dalam berbahasa.

Seterusnya, contoh yang diambil untuk mengakhiri percakapan ialah,

“terima kasih jadi bidan terjun bilal tadi” Tok imam memohon maaf dan terima

kasih diberikan kepada Ameer.

Dialog di atas menunjukkan bagaimana tok imam mengucapkan terima kasih

kepada Ameer kerana telah menjadi bilal dan beliau terus beransur pulang .
Penggunaan ‘terima kasih’ sebagai ayat untuk mengakhiri percakapan juga

merupakan contoh yang terbaik untuk menunjukkan sikap santun ketika

berbahasa.
vi. Pemilihan Kata Dalam Cerita

Pemilihan kata dan tatacara berbahasa mestilah sesuai dengan unsur-unsur

budaya yang terdapat dalam kalangan masyarakat untuk kita berkomunikasi.

Pemilihan diksi serta wacana yang bersesuaian amatlah dinitikberatkan dalam

kesantunan berbahasa. Dari segi aspek pemilihan kata dalam cerpen ini,

pemilihan kata yang dipilih dan digunakan adalah bersesuaian dan amat baik.

Cerpen ini menggunakan pemilihan kata gelaran pergaulan bebas untuk semua

pihak. Contohnya,

“Baiklah Uncle Fayyaz, saya terima offfer uncle tu” Ameer balas mesej whatsapp.

“Thank God. I’ll pay you! Minta apa-apa je uncle cuba kasi...!”

Gelaran Uncle digunakan oleh Ameer kepada Tan Sri Fayyaz sebagai tanda

hormat kepada orang yang lebih tua.

Selain daripada itu, cerpen ini juga ada menggunakan istilah Bahasa Inggeris .

Contoh penggunaan bahasa Inggeris ialah,

“What happened to your outfit? Where is your hijab?”

“What happened to you Lysa?” Ameer tidak sangka. Sungguh tidak sangka

dengan apa yang dia lihat.


Dialog di atas menerangkan tentang Ameer yang bertanya kepada Lysa apakah

yang telah terjadi kepada dirinya dan di manakah tudungnya. Dia menggunakan

istilah Bahasa Inggeris yang mudah difahami oleh pembaca .

Manakala bagi istilah penggunaan Bahasa Arab pula, contohnya ialah

‘InsyaAllah’ , Alhamdulillah dan Assalamualaikum.

Pada pendapat saya, pemilihan kata dalam keseluruhan cerpen ini adalah amat

berseuaian dan baik. Penulis cerpen ini iaitu Aimaan Banna telah menggunakan

pemilihan kata yang sesuai berdasarkan watak-watak yang ada.

Anda mungkin juga menyukai