Anda di halaman 1dari 15

Masyarakat Melayu begitu menghargai dan menjunjung tinggi budi.

Mereka menilai segala sesuatu itu berdasarkan pada budi. Buktinya, kecantikan seseorang bukan dinilai pada paras rupanya tetapi dinilai pada budi bahasanya.

Manusia akan dipandang hina jika tidak berbudi, dan satu-satu bangsa itu pula akan runtuh jika budinya runtuh. Hal ini tergambar dalam pantun Melayu lama di bawah:

Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali; Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi.

Apa guna berkain batik, Kalau tidak dengan sujinya; Apa guna beristeri cantik, Kalau tidak dengan budinya.

Tanda-tanda budi pula ialah bahasa, dan antara wang ringgit dengan budi, budilah yang tetap dipandang orang, dan budi yang baik pula akan sentiasa dikenang sampai mati.

Gambaran tentang peri pentingnya budi ada diungkapkan dengan begitu indah dalam pantun Melayu lama seperti yang berikut:

Makan sirih berpinang tidak, Pinang ada di bawah tangga; Makan sirih mengenyang tidak, Tanda budi dengan bahasa.

Burung serindit terbang melayang, Mari hinggap di ranting mati; Bukan ringgit pandangan orang, Pandangan atas budi pekerti.

Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan budi bahasa dan mengapa budi dianggap penting? Budi ialah pekerti yang baik atau akhlak terpuji termasuklah tutur kata dan budi bahasa yang baik, keikhlasan, kejujuran, kebenaran, pemurah, belas kasihan, bertimbang rasa, tolong-menolong, berjasa dan berbakti. (Mustafa Haji Daud, 1995: 1).

Apabila kata budi ditambah dengan awalan ber- akan menjadi berbudi. Kata berbudi bermaksud mempunyai budi, atau mempunyai pekerti yang baik atau akhlak terpuji, dan orang yang berbudi ialah orang yang berpekerti baik atau berakhlak terpuji.

Sementara bahasa pula ialah 1. sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain dsb.); 2. percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, sopan santun (Kamus Dewan: 2005: 106).

Apabila kata berbudi dicantumkan dengan bahasa, jadilah berbudi bahasa. Berbudi bahasa bermaksud mempunyai budi bahasa dan orang yang berbudi bahasa ialah orang yang mempunyai budi bahasa.

Orang yang berbudi bahasa ialah orang yang berbudi melalui bahasa atau bahasa sebagai budi. Hal ini disebabkan budi itu amat luas maksud atau bidangnya dan bahasa adalah salah satu daripadanya.

Bagi yang mempunyai harta, mereka boleh berbudi dengan menyumbangkan harta untuk tujuan kebajikan; yang mempunyai tenaga boleh menyumbangkan budi dengan menyumbangkan tenaga seperti dalam kerja-kerja gotong-royong; dan bagi yang mempunyai fikiran yang bernas boleh menyumbangkan idea-idea yang bernas dan berkesan untuk tujuan-tujuan kebaikan. Begitulah luasnya budi. Bagi yang ikhlas, budi bukan untuk dibalas.

Dr. Sidik Baba (Berita Harian, 4 April 2005) pula menyatakan berbudi bahasa bermaksud amalan yang memupuk sikap kesalingan menggunakan bahasa yang baik, tanda hormat, penghargaan, terima kasih dan faham akan makam atau martabat seseorang.

Berbudi bahasa ialah gambaran pancaran hati jernih yang diungkapkan secara baik dan mesra serta memberikan kesan baik pula kepada orang lain. Dengan berbudi bahasa, silaturahim dapat dijalin, rasa mahabbah (kasih sayang) dapat dipupuk, dan sifat persaudaraan dapat disuburkan.

Dengan itu situasi ini dapat dijadikan asas yang baik dalam proses pembinaan masyarakat beradab dan akhirnya menjadi masyarakat yang bertamadun. Asas budi bahasa sebenarnya merupakan asas ajaran agama.

Islam menganjurkan penganutnya memberikan salam apabila bertemu. Begitu juga ketika memulakan percakapan atau ucapan, serta apabila ingin masuk ke sesuatu tempat. Yang muda memberi salam kepada yang tua; yang mendatangi pula memberi salam kepada yang sedia menunggu; dan pengunjung rumah memberi salam kepada tuan rumah.

Berbudi bahasa juga merujuk kepada asas penggunaan bahasa yang tepat dan sopan. Bahasa yang dilafazkan hendaklah mengandungi maksud yang baik dan nilai-nilai yang murni, serta dilafazkan dengan nada yang elok dan jelas maksudnya.

Penggunaan bahasa yang kasar dan dilafazkan dengan terpekik-pekik serta bercampur dengan lucah hendaklah dihindarkan kerana boleh mempengaruhi pendengarnya khususnya kanak-kanak. Bangsa yang beradab dan umat yang bertamadun merupakan bangsa dan umat yang berbudi bahasa.

Berbudi bahasa bukanlah menggambarkan sifat lemah sesuatu bangsa atau umat bahkan tidak menggambarkan jiwa rendah diri seseorang, tetapi menggambarkan kekuatan peribadinya.

Semua orang yang normal sebenarnya tidak bermasalah untuk mengamalkan sikap berbudi bahasa kerana bahasa ialah modal yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada setiap orang. Untuk memiliki sikap berbudi hanyalah bermodalkan keinginan menaburkan jasa dan bakti melalui bahasa yang baik dan sopan sebagai wahana.

Sayangnya, budi bahasa dan nilai-nilai murni sudah semakin terhakis dalam diri anggota masyarakat negara kita. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di persekitaran kita, misalnya perbuatan vandalisme yang menjadi-jadi. Lebih parah masalah sikap tidak berbudi bahasa sesetengah pengguna jalan raya hingga boleh membawa padah dan menyebabkan kematian.

Pada awal tahun 2005, tiga kes pembunuhan telah berlaku, iaitu di Shah Alam, di Jalan Sungai Besi, dan di Perak, yang berpunca daripada beberapa insiden di jalan raya yang tidak disengajakan. Kalau dahulu, kematian di jalan raya lazimnya disebabkan oleh kemalangan yang berpunca daripada kecuaian pemandu ataupun masalah teknikal pada kenderaan, tetapi sekarang ada gejala baru yang tidak terduga oleh kita sebelum-sebelum ini.

Masalah pembuli jalan raya yang sering menimbulkan pelbagai kes di atas jalan raya berpunca daripada sikap tidak berbudi bahasa dan tidak menghormati hak orang lain. Kadang-kadang hanya kerana kemalangan kecil ataupun masalah kecil di atas jalan raya, boleh mencetuskan pergaduhan dan ada yang membawa kepada pembunuhan.

Hal ini terjadi kerana sikap berbudi bahasa dan bersopan santun sudah tidak ada lagi dalam diri individu tersebut. Masing-masing tidak mahu mengalah dan ditambah lagi dengan sikap ingin mempamerkan kebolehan dan kecekapan yang tidak kena pada tempatnya.

Selain itu, budaya berbudi bahasa ketika di rumah semakin pudar, bahkan konsep rumahku, syurgaku tidak lagi diterapkan sepenuhnya. Rumah seolah-olah berfungsi sebagai tempat untuk tidur sahaja.

Urusan menyediakan makan minum anak-anak diserahkan kepada pembantu. Anak-anak hanya bertemu dengan ibu bapa apabila memerlukan sesuatu. Lantaran itu, timbullah pula masalah untuk menerapkan sikap berbudi bahasa di rumah.

Sikap menghormati ibu bapa semakin terhakis kerana anak-anak jarang dapat bertemu dengan ibu bapa masing-masing. Ibu bapa juga tidak dapat menonjolkan teladan yang baik kepada anak-anak kerana masa mereka di rumah agak terhad.

Akhirnya, kebiasaan atau sikap anak-anak sewaktu ibu bapa tiada di rumah terbawa-bawa juga semasa ibu bapa ada di rumah. Sikap anak-anak yang kurang mendapat didikan di rumah akan dibawa pula ke sekolah.

Di sekolah, lantaran kurangnya budi bahasa, guru pula yang menjadi mangsa. Kenderaan guru dicalar dan digores sesuka hati sekiranya pelajar tidak berpuas hati dengan tindakan guru mereka.

Lebih parah lagi, amalan buli-membuli dan gengsterisme semakin menjadi-jadi dan yang menjadi mangsa ialah pelajar yang lemah bahkan kadang-kadang rakan sendiri.

Kematian seorang pelajar akibat dipukul secara beramai-ramai oleh rakan sendiri, di sebuah sekolah di Negeri Sembilan pada tahun 2004 menggambarkan sikap segelintir pelajar yang melampaui batas dan susila seseorang remaja.

Insiden tersebut diberitakan hanya berpunca daripada keengganan mangsa meminjamkan cerek miliknya kepada rakannya. Mungkin mangsa mempunyai alasan untuk tidak meminjamkan cereknya, tetapi hal ini tidak bermakna mereka boleh bersikap kasar sedemikian sehingga membawa maut.

Akibat sikap yang tidak bercirikan pelajar yang bermoral, mereka terjebak dalam kancah jenayah dan sekolah seolah-olah tidak lagi menjadi tempat yang selamat untuk pelajar.

Lantaran itu, Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang dicetuskan ilhamnya dan dilaksanakan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk membentuk bangsa Malaysia yang

mempunyai semangat bersatu padu, bertoleransi, saling memahami dan bekerjasama, serta cinta akan negara, sangat kena pada masanya.

Kempen ini telah dilancarkan oleh Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia, pada 11 Januari 2005. Sewaktu merasmikan kempen tersebut, beliau menegaskan bahawa kejayaan yang dicapai oleh negara ini hanya dapat dikekalkan jika masyarakat mempunyai budi bahasa dan nilai-nilai murni yang tinggi.

Negara bukan sahaja memerlukan rakyat yang berkemahiran tinggi, tetapi juga memerlukan rakyat yang mempunyai budi bahasa dan nilai-nilai murni yang boleh memastikan kejayaan yang telah dicapai oleh negara tidak dirosakkan oleh masyarakat yang runtuh moralnya.

Sejarah telah membuktikan bahawa banyak empayar atau negara yang maju telah runtuh lantaran generasi yang mewarisinya gagal menjaga ketamadunan yang dicapai kerana mereka mempunyai moral yang rendah. Generasi yang mewarisi negara itu terdiri daripada mereka yang lupa daratan, berkelakuan tidak baik dan bersengketa antara satu sama lain, serta melakukan perbuatan yang tidak bermoral, tegas beliau lagi.

Selanjutnya, beliau meminta agar rakyat Malaysia membuktikan bahawa walaupun negara telah mencapai kejayaan, tetapi masyarakatnya masih mampu mempunyai dan mengamalkan budi bahasa dan nilai-nilai murni. Beliau juga turut melahirkan rasa kebimbangannya kerana budi bahasa dan nilai-nilai murni kini semakin hilang dalam kalangan masyarakat negara ini.

Mantan Perdana Menteri menunjukkan bukti beberapa sindrom negatif yang kini telah dipandang sebagai suatu kebiasaan dalam kalangan masyarakat negara ini, seperti tabiat memandu yang kurang sopan dan berbahaya, kurangnya rasa sayang terhadap harta benda awam yang menjadi milik bersama, dan kekerasan terhadap pelanggan.

Beliau turut menegur sesetengah kakitangan perkhidmatan awam, terutamanya yang berkhidmat di kaunter khidmat pelanggan yang masih tidak memberikan layanan yang baik kepada pelanggan.

Sementara itu, dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran kempen itu, mantan Perdana Menteri menegaskan bahawa usaha membentuk masyarakat Malaysia yang mempunyai budi bahasa dan nilai-

nilai murni yang tinggi akan menjadi satu aktiviti penting kerajaan.

Hal ini disebabkan kerajaan memerlukan satu tenaga kerja yang berkemahiran dan mempunyai moral yang tinggi. Kualiti tenaga kerja bukan sahaja diukur dari segi pendidikan, kepakaran dan teknologi yang mereka miliki, malah diukur dari segi moral, tanggungjawab serta budi bahasa dan nilai-nilai murni.

Untuk memastikan budi bahasa dan nilai-nilai murni tidak terhakis dalam budaya hidup masyarakat negara ini, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing, terutamanya ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan kerajaan. Ibu bapa perlu berperanan mendidik anak-anak sejak awal lagi dengan menyemai budi bahasa yang baik di rumah.

Percakapan antara suami dengan isteri; ibu bapa dengan anak-anak; dan antara anggota keluarga di rumah sewajarnya menggunakan bahasa yang baik dan sopan. Hal ini penting untuk mewujudkan suasana yang baik dan harmoni dalam keluarga yang bakal dicontohi oleh anak-anak.

Kata-kata yang kasar dan mencarut hendaklah dielakkan kerana boleh mempengaruhi pembentukan jiwa kanak-kanak. Bahasa yang halus dan penuh sopan santun hendaklah dibiasakan penggunaannya di rumah.

Apabila kanak-kanak meningkat dewasa kelak, mereka akan turut menggunakan kata-kata yang biasa didengar di rumah. Jika mereka terdedah kepada kata-kata yang baik, maka kata-kata yang baik itulah yang akan digunakan kelak, begitu juga sebaliknya.

Sekolah pula perlu menjadi institusi pembentukan akhlak dan sebagai tempat menanam bibit kemanusiaan yang sebenar. Guru sewajarnya berperanan sebagai ibu bapa kepada para pelajar, dan para pelajar pula perlulah bersikap seperti anak-anak kepada guru.

Mereka perlulah menghormati guru sebagaimana mereka menghormati ibu bapa. Para pelajar pula perlulah menganggap rakan-rakan sebagai saudara sekandung atau adik-beradik. Barulah peristiwa yang pernah terjadi di Negeri Sembilan itu tidak berulang.

Yang tua pula perlulah dihormati dan yang muda disayangi, dan antara yang muda dengan yang tua hendaklah saling bertoleransi. Pihak kerajaan pula haruslah meningkatkan dan menggiatkan kempen ke arah meningkatkan budi bahasa dan nilai-nilai murni melalui saluran media cetak dan elektronik.

Selain itu, pihak media massa terutamanya media massa swasta, hendaklah memberikan ruang yang sewajarnya kepada kempen kerajaan ini. Mereka tidak seharusnya mementingkan aktiviti atau program komersial semata-mata. Budi bahasa dan nilai-nilai murni harus juga dijadikan salah satu agenda perjuangan mereka.

- Zaidi Ismail, Pelita Bahasa, Jun 2005. Hutang budi kepada seseorang menurut pepatah tidak terbayarkan meski seumur hidup sekalipun. Setiap orang sedikitnya pernah berhutang budi kepada seseorang paling tidak 1 orang selama hidupnya.

Banyak hal yang menyebabkan kita berhutang budi kepada orang itu. Mungkin dia pernah menyelamatkan jiwa kita, membantu memperbaiki hidup, penyokong saat keuangan morat-marit, atau apa saja. Lantas setelah menikah apakah hal itu mengganggu? Bisa iya, bisa tidak.

Jika berhutang budi kepada mantan pacar, ada beberapa hal yang harus kita lakukan. Upayakan saling terbuka kepada pasangan dan ceritakan apa adanya. Ceritakan apa dampak dari hutang budi tersebut. Kalau memang tidak ada, sungguh baik sekali. Namun, jika karena hutang budi, mantan pacar jadi mengganggu rumah tangga, hal ini perlu dibicarakan. Cobalah cari jalan keluar terbaik. Semakin dini menceritakan kepada pasangan semakin baik.

Hutang budi kepada teman

Memang tidak selamanya teman terus menjadi teman, ada kalanya mereka menjadi musuh yang akhirnya menghancurkan hidup kita. Teman yang membantu tapi pada akhirnya "menikam" kita ataupun hubungan kita dari belakang menjadi pelajaran berharga buat kita. Tapi bagaimana mereka luar biasa baiknya sehingga hutang budi itu terasa tidak pernah habis dibayar. Untuk itu, jaga hubungan keluarga dengannya. Teman sejati susah dicari dan hal ini sudah diketahui secara umum.

Hutang budi kepada diri kita

Ingatlah bahwa tangan kanan tidak boleh tahu apa yang dilakukan tangan kiri. Meskipun kita sudah memberikan bantuan kepada keluarga pasangan bahkan sewaktu belum menikah, lupakan hal itu. Jangan diingat-ingat lagi. Sebaliknya, pastikan diri kitapun menikah bukan karena merasa berhutang budi. Hutang budi bisa membuat perbedaan besar dalam hubungan suami istri, yang pastinya bukan suatu alasan tepat untuk menikahi seseorang.

Hutang budi kepada siapapun yang pertama kita harus jujur kepada pasangan, beritahukan pasangan apa adanya dan ambilah jalan keluar terbaik. Jangan lupa berdoa kepada Tuhan untuk membukakan jalan jika terjadi masalah. Hutang budi memang gampang-gampang susah untuk dibalas, namun ketulusan hati dan kasih dapat menjadi modal utama kita.

Hutang Budi Aku amat tertarik dengan penulisan tentang Hutang budi dan Kenang Budi. Aku copy&paste aje.. "Saya kurang senang dengan nada 'terhutang budi'. Frasa yang lebih sedap didengar, barangkali, ialah 'mengenang budi'. Kalimat 'hutang' itu seolah-olah menekan sesiapa yang pernah menerima kebaikan daripada pihak lain untuk berasa terbeban dan terpaksa untuk membalas kebaikan tersebut, walaupun melibatkan logika yang karut. Pada pendapat saya, budi bukan untuk dipulangkan atau dikembalikan. Itu bukan kewajiban. Kalau kamu pernah menolong saya dalam satu-satu perkara, tidak ada autoriti yang boleh menyuruh saya menolong kamu suatu hari nanti apabila kamu memerlukan, hanya kerana itu. Mengapa? Kebaikan yang dilakukan itu adalah pilihan individu untuk melakukannya, si penerima tidak akan dapat memaksa pemberi, jika budi diberi dengan paksaan maka ia bukan lagi budi. Mengapa penerima perlu dibebankan oleh keputusan bebas oleh si pemberi? (Ini terutamanya boleh diaplikasikan dalam konteks "termakan budi, tergadai body" - perhatian dan wang ringgit yang dicurahkan menyebabkan penerima rasa bersalah untuk menolak permintaan pemberi. Hello, budi itu diberi atas kerelaan sendiri, kenapa mesti dibalas? Ini jual beli ke? Saya tidak faham dengan orang yang rasa bersalah tidak tentu hala begini, apatah lagi sampai merosakkan diri!) Satu lagi sebab mengapa saya berpendapat budi bukanlah sesuatu yang boleh dihutang-hutangkan, atau dijadikan bahan peras ugut emosi (emotional blackmail), adalah kerana konsep PEMBALASAN bagi orang yang berTuhan adalah hak mutlak Tuhan. Tidakkah silap jika si pemberi berharap budinya akan dibalas oleh si penerima, atau si penerima menyangka perbuatan baiknya kepada si pemberi dapat menebus budi yang ditaburkan? Ganjaran untuk orang yang berbudi, tidak kiralah kepada siapa budinya diberi, adalah anugerah dan rahmat Tuhan. Manusia - terutamanya Muslim - perlu belajar membentuk

pandangan dunia (worldview) bahawa daripada tangan siapapun sesuatu sampai, ia digerakkan oleh Allah S.W.T., supaya tidak timbul masalah pergantungan melampau dengan manusia sampai lupa apa yang Allah suruh buat. Berbalik kepada institusi atau organisasi yang 'berbudi', di sini saya lihat ada fallacy juga. Budi adalah sesuatu yang dilakukan dengan pilihan, di mana pemberi boleh memilih sama ada hendak melakukannya atau tidak. Jika kebaikan itu adalah tanggungjawab, saya ulang, tanggungjawab, obligasi, kewajiban, maka, ia bukan lagi budi. Malah menjadi kesalahan jika ia tidak dilakukan oleh institusi terbabit. Memang ada yang akan berhujah bahawa tanggungjawab sosial untuk sesebuah organisasi komersil adalah satu bahan dalam debat etika, tetapi saya memilih untuk merujuk kepada opini yang memestikannya. Walaupun saya tidak bersetuju dengan konsep 'hutang' budi, tetapi saya mencadangkan konsep 'kenang' budi sebagai gantian. Kita tidak bergantung dengan manusia, tetapi kita diajar Allah mengamalkan sikap tolong-menolong dan berterima kasih. Sepertimana tidak ada paksaan untuk orang berbudi kepada kita, tetapi mereka memilih untuk menabur kebaikan, demikian jugalah tidak ada paksaan untuk kita berbudi kembali, tetapi sebagai manusia yang berperikemanusiaan, sewajarnyalah kita memilih untuk sentiasa melakukan kebaikan, walau kepada sesiapapun - sama ada penerimanya pernah berbudi kepada kita atau tidak. Bukan kerana budi yang pernah kita terima, tetapi kerana Allah menganjurkan, malah memerintahkan supaya berbuat baik sesama manusia. Kita tahu kebaikan yang dilakukan oleh ibu bapa, institusi, organisasi, semuanya adalah kewajiban mereka, bukannya budi yang sukarela, tetapi kita diperintahkan oleh Allah supaya berbuat baik, menghormati, dan mentaati figura-figura autoriti ini. Malah dalam sesetengah sistem - seperti kekeluargaan dan pendidikan - ketaatan dan penghormatan yang dituntut adalah hampir mutlak, dengan pengecualian hanya dalam satu aspek - jangan sampai bertentangan dengan suruhan dan larangan Allah keseluruhannya. Jangan kita lupa dengan caveat ini apabila menjadikan ketaatan dan penghormatan itu sebagai justifikasi untuk melakukan sesuatu.

Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti; hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa ke mati.

Rangkap pantun budi di atas sangat masyhur dalam kalangan masyarakat Melayu. Gaya bahasanya indah dan mempunyai nilai etika yang sangat tinggi. Sungguhpun pantun ini mungkin sudah berusia beratus-ratus tahun lamanya, ia masih sangat releven hingga ke zaman sekarang. Pantun ini dengan begitu jelas menggambarkan betapa tingginya nilai budi dalam konteks bangsa Melayu.

Apakah yang dimaksudkan dengan budi? Budi dapat diertikan sebagai kesantunan, jasa, sifat atau akhlak. Sememangnya budi dan masyarakat Melayu begitu sinonim dan tidak dapat dipisahkan. Dalam konteks bahasa, budi dapat dikategorikan kepada tiga, iaitu budi bahasa, budi bicara dan budi pekerti. Budi bahasa bermaksud gaya pertuturan, cara bercakap dengan orang yang lebih berusia atau berpangkat tinggi dalam keluarga mahupun masyarakat. Budi bicara pula bermaksud cara seseorang membuat pertimbangan akal sebelum membuat keputusan dan tindakan. Manakala, budi pekerti pula bermaksud tingkah laku ataupun keolahan dalam pergaulan seharian.

Peringatan dan kepentingan menghargai budi banyak terzahir dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu semenjak dahulu lagi, khasnya dalam budaya, adat dan istiadat. Budi telah sekian lama menjadi prioriti dan mengalir dalam darah orang-orang Melayu, misalnya dalam hal-hal kekeluargaan, berurus niaga, perhubungan, mencari pasangan hidup dan sebagainya. Oleh itu, sebagai orang Melayu, kita mestilah sentiasa menyanjung nilai budi, khasnya terhadap budi yang diberi. Jangan sampai kita dikatakan orang yang tidak tahu mengenang budi atau Seperti kacang lupakan kulit. Selain itu, dalam hidup ini juga, kita hendaklah selalu memberi, jangan hanya tahu menerima.

Yang kurik itu kundi yang merah itu saga; Yang cantik itu budi yang indah itu bahasa.

Di samping itu, salah satu peranan anak adalah menghargai jasa ibu bapa mereka. Nilai kesyukuran perlu ada pada setiap insan. Kata orang yang bijak pandai, orang yang bersyukur ialah manusia yang bahagia kerana dapat menikmati segala kurniaan-Nya. Rentetan daripada itu, setiap anak perlu menghargai segala nikmat yang diperoleh. Mereka perlu mengenang jasa ibu bapa seperti peribahasa, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Untuk berterima kasih kepada ibu bapa yang mengasuh, membimbing dan mendidik kita, sebagai anak, kita harus taat dan hormat kepada mereka. Ketika hari jadi ibu bapa, anak boleh membuat kad hari jadi kepada mereka. Anak boleh membeli hadiah kepada ibu bapa dengan wang saku. Kad yang berharga satu dua ringgit itu membawa makna yang tidak ternilai kepada penerima kerana anak itu sedar akan kesusahan dan pengorbanan ibu bapa mereka. Ketika Hari Bapa atau Hari Ibu, adik-beradik boleh menyediakan hidangan yang disukai oleh ibu bapa untuk mengambil hati mereka. Natijahnya, anak perlu menghargai jasa ibu bapa mereka dan berusaha membahagiakan mereka.

Sementelahan, anak berkewajipan untuk belajar dangan bersungguh-sungguh. Anak yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sukan dapat mengharumkan nama keluarga. Ibu bapa akan berasa bahagia dan berpuas hati ketika anak mereka mencapai kejayaan dalam pelajaran. Tidak dapat dinafikan bahawa pencapaian anak merupakan impian setiap ibu bapa. Mereka bekerja keras untuk

menyekolahkan anak mereka supaya anak mereka dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading. Sebagai pelajar, anak perlu memikul tanggungjawab tersebut dengan belajar bersungguh-sungguh, ibarat genggam bara api, biarlah sampai jadi arang. Kepandaian atau kecerdikan setiap orang adalah berbeza tetapi usaha tangga kejayaan. Jika setiap anak dapat menelaah pelajaran dengan tekun dan teliti, pelajaran mereka pasti dapat menuju ke arah kegemilangan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Segala usaha yang pahit dapat melahirkan buah yang manis. Kecemerlangan anak dalam pelajaran turut membantu mereka memperoleh biasiswa sehingga meringankan beban ibu bapa untuk menanggung kos pendidikan anak. Dengan kata lain, anak perlu belajar dengan tekun untuk mengharumkan nama keluarga.

Secara tuntasnya, anak memainkan peranan yang penting untuk membahagiakan keluarga mereka. Anak yang bersopan, bertanggungjawab, berdisiplin, rajin dan menghargai jasa ibu bapa dapat mencambahkan keluarga yang sakinat. Walau bagaimanapun, setiap anggota keluarga perlu bermuafakat seperti peribasasa, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat untuk mewujudkan institusi kekeluargaan yang utuh dan sejahtera. Atas persefahaman dan kerjasama setiap anggota keluarga, progaram Rumahku, Syurgaku dan Semakin Hari Semakin Sayang baru dapat direalisasikan.

tua memang menguji anak-anak. Maklumlah, akalnya sudah lemah, pertimbangannya jadi singkat. Kerenah orang tua sangat menguji anak-anak.

Berapa ramai yang menganggap ibu-bapa yang telah tua sebagai satu liabiliti dalam kehidupan kita. Pada hal mereka sebenarnya adalah satu aset yang sangat berharga dalam kehidupan kita. Menjaga ibu-bapa yang telah tua, bersabar dalam menghadapi kerenahnya sesungguhnya akan membuka pintu kerahmatan dan keberkatan daripada Allah swt.

Ingatkah lagi kita tentang satu hadis panjang yang menceritakan kepada kita bagaimana tiga orang lelaki terperangkap dalam sebuah gua? Masing-masing memohon pertolongan daripada Allah melalui perantaraan (tawassul) amalan mereka. Salah seorang lelaki tersebut telah memohon kepada Allah melalui perantaraan amalannya yang berbakti kepada orang tua dan pintu gua itu tergeser, petanda bantuan Allah tiba kerana amalannya terhadap orang tua.

Mengapa tidak kini kita gunakan kaedah yang sama? Bukankah banyak permasalahan dan beban hidup yang berat sedang atau akan kita tanggung? Salah satu kaedah untuk mengatasi dan menangani masalah

tersebut ialah dengan berbakti kepada orang tua dan menjadikan kebaktian tersebut sebagai perantaraan berdoa kepada Allah. Dengan syarat kita berbuat demikian dengan hati yang ikhlas.

Berapa ramai penulis yang terbantut idea dan mindanya, lalu dia mengangkat tangan berdoa kepada Allah melalui perantaraan ketaatannya kepada ibu-bapanya? Atau ahli perniagaan yang dilanda masalah hutang atau merudumnya jualan, lalu istirahat seketika lantas berdoa meminta bantuan Allah melalui budi-baiknya terhadap ibu-bapa? Atau ahli politik yang diserang kiri dan kanan oleh musuh politiknya, mengambil sedikit masa untuk bermunajat kepada Allah melalui amalan baik terhadap kedua ibubapanya?

Ingatlah, ibu-bapa yang tua itu adalah satu aset. Kesusahan, kejemuan dan kebimbangan kita sewaktu menjaga mereka sebenarnya adalah mahar kepada sebuah ketenangan, keberkatan dan kejayaan dalam kehidupan. Namun sebaliknya, jika mengabaikan mereka itulah yang akan membuka kepada pintu kehancuran, keresahan dan kegagalan. Benar seperti yang pernah didendangkan oleh lagu lama, ayah dan ibu wali-wali keramat.

Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati. Begitulah betapa pentingnya untuk kami menegakkan budi pekerti di kalangan rakyat Singapura. Dalam era globalisasi, saya berpendapat bahawa nilai-nilai murni semakin hilang bukan sahaja di kalangan remaja-remaja dan budak kecil, tetapi juga di kalangan orang dewasa. Budi pekerti seperti tidak wujud di dalam zaman moden ini dan rakyat Singapura menunjukkan dan membesar-besarkan sifat negatif yang kian dipengaruhi oleh negeri-negeri Barat. Sikap liberalisme yang popular di negeri Barat bukannya sesuatu yang buruk tetapi, ia dapat menyebabkan sifat kurang ajar dan kehilangan hormat terhadap mereka yang lebih tua atau berpihak kuasa. Rakyat Singapura telah mengalami banyak dilema sama ada untuk bersikap konservatif atau mengikut contoh negara-negara Barat yang semakin bermaju, Adakah kemajuan ini menjadi sebab atas ketandusan budi pekerti yang tinggi di kalangan rakyat Singapura dan bagaimana akan kami mencari jalan keluar untuk masalah ini?

Mutakhir ini, seringkali kami mendengar berita tentang pergaduhan atau pertengkaran antara dua pihak atas teguran yang kecil sahaja. Ini amat membimbangkan kerana jikalau keadaan ini berterusan, ia akan menjadi sebuah kebiasaan dalam kehidupan seharian kami. Kehilangan budi bahasa di dalam kalangan rakyat Singapura dapat digambarkan oleh sebuah kejadian, ketika seorang penjual makanan menengking seorang pelanggan akibat dia membayar untuk makanan dengan nota 50 dolar. Sehubungan dengan itu,

ada juga yang bertengkaran akibat merenung antara satu sama lain. Beberapa kes merenung ini telah akibat dalam keganasan dan kecederaan dan salah satu daripadanya adalah ketika seorang pelajar Institusi Raffles ditikam dari belakang selepas sebuah pertengkaran. Ini hanya melambangkan betapa serius masalah ketandusan akhlak yang semakin membiak di kalangan masyarakat kami. Sedemikian, kami haruslah bercapai untuk memartabatkan nilai murni seperti kesabaran dan pemahaman antara satu sama lain yang diamalkan nenek moyang kami.

Rakyat Singapura kini semakin mementingkan diri sendiri sahaja tanpa mengambil kisah tentang orang di sekeliling mereka. Kini, lebih senang untuk mencari sifat negatif berbandingkan nilai-nilai murni yang ada pada seseorang. Kadar warga tua di Singapura semakin meningkat lagi dan ini menyebabkan lebih ramai warga emas dihantar ke rumah orang tua dan dilupakan anak mereka. Bak kata pepatah seperti kacang melupakan kulit, ramai daripada golongan muda warga Singapura sudah lupa jasa ibu bapa, atau nenek moyang mereka dan sanggup menghantar mereka ke rumah orang tua. Warga emas dikirakan sebagai beban di dalam era moden ini dan dibengkalai oleh anak mereka sendiri. Justeru, kita sepatutnya membangunkan pendapat yang baru tentang warga emas supaya tidak kehilangan jasa dan budi, walaupun sedikit sahaja.

Bertitik tolak daripada kenyataan di atas, tidak dapat dinafikan bahawa warga Singapura tidak kehilangan semua nilai-nilai murni atau peradaban. Kini, lebih ramai lagi rakyat Singapura yang mengambil bahagian dalam kerja masyarakatan dan juga membantu badan-badan sukarelawan untuk mengendalikan program-program sukarela. Di sebuah forum mengenai kerja kemasyarakatan, ahi parlimen, Puan Halimah Yaacob, juga berkata bahawa walaupun ada lebih banyak ruang untuk menambahbaikan kerja masyarakatan di Singapura, sifat kesukarelawan semakin kuat di dalam rakyat Singapura dan ini adalah berita yang baik. Sungguhpun demikian, kita haruslah bersikap terbuka dan berterusan dengan kerja kemasyarakatan, supaya kami dapat memupuk sifat bergotong-royong ini ke generasi baru kami. Jikalau tidak, kami akan menggali diri sendiri ke masa depan yang ketandusan budi pekerti yang tinggi.

Bersangkutan dengan hal tersebut, kami haruslah memikirkan tentang langkah-langkah untuk memupuk budi pekerti ke dalam rakyat Singapura. Sejak zaman dahulu kala, konsep memindahkan nilai-nilai murni daripada generasi tua ke generasi muda merupakan konsep yang penting. Tanpa pemindahan budi pekerti, generasi seterusnya akan sesat, seperti orang buta kehilangan tongkat. Justeru, salah satu saranan untuk menangani ketandusan budi pekerti, adalah untuk mementingkan pengajaran sivik moral dan juga pendidikan akhlak dari nurseri hingga ke menara gading. Para pendidik haruslah meningkatkan lagi sukatan pelajaran akhlak supaya lebih ramai golongan muda dapat mempraktiskan amalan-amalan tersebut dan bukan sahaja memahaminya secara akademik. Dengan pelaksanaan saranan ini, tentu lebih ramai remaja dapat mengamalkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian mereka.

Daripada penerangan di atas jelaslah bahawa memang benar bahawa rakyat Singapura ketandusan budi pekerti yang tinggi. Hakikat perkara itu adalah bahawa keruntuhan akhlak di dalam kalangan rakyat Singapura disebabkan beberapa perkara seperti pengaruh Barat dan sikap liberalisme di dalam era globalisasi ini. Namun, nilai-nilai murni kami bukan semuanya hilang dan kami masih boleh lagi mendapat kembali budi pekerti kami jikalau kami mencuba. Akhirkata, budi pekerti dan jasa kami adalah dua perkara yang akan ditinggalkan untuk generasi yang akan datang. Jikalau kami kehilangan nilai-nilai murni kami sekarang, masa depan kami tidak akan mempunyai panduan untuk kehidupan mereka. Justeru, bak pantun pepatah, Orang gagah pergi berperang, Terlalu berani lagi perkasa; Gajah mati meninggalkan tulang, Manusia mati meninggalkan jasa.

Anda mungkin juga menyukai