Anda di halaman 1dari 6

SELAMATKAN DIRI KITA DARI MAKAN HARTA YANG TIDAK HALAL

PENDAHULUAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat dan kurnia kepada
makhlukNya, selawat dan salam sentiasa dicurahkan kepada penerang bagi perkara yang halal dan
haram.

Islam datang membawa syariat yang agung, menghapuskan ajaran jahiliyah termasuk perkara yang
berkaitan dengan harta yang didapat dengan cara yang haram, Islam sangat menggalakkan umatnya
berusaha mencari limpahan dan kurnia Allah di muka bumi bagi meneruskan kehidupan dan
memenuhi segala keperluan.

Menerusi firman Allah:

١٠ َ‫يرا لَّ َعلَّ ُكمۡ تُ ۡفلِحُون‬ ْ ‫ض ِل ٱهَّلل ِ َو ۡٱذ ُكر‬


ٗ ِ‫ُوا ٱهَّلل َ َكث‬ ْ ‫ض َو ۡٱبتَ ُغ‬
ۡ َ‫وا ِمن ف‬ ِ ‫ُوا فِي ٱَأۡل ۡر‬
ْ ‫صلَ ٰوةُ فَٱنتَ ِشر‬
َّ ‫ت ٱل‬ ِ ُ‫فَِإ َذا ق‬
ِ َ‫ضي‬
Maksudnya: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi
(untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia
Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di
dunia dan di akhirat).” [QS. al-Jumuah 62:10]

Islam begitu indah dalam menetapkan peraturan kepada umatnya, contohnya dalam hal mencari
kehidupan dunia, perniagaan, pekerjaan, makanan dan sebagainya. Segala sesuatu yang berkaitan
dengan halal dan haram telah dijelaskan dalam al-Quran dan hadis nabi. Kerananya Islam amat
mengambil kira tentang kaedah dan cara mendapatkan rezeki yang baik dan halal.

Allah taala berfirman:

ٌ ِ‫ ّو ُّمب‬ٞ ‫ت ٱل َّش ۡي ٰطَ ۚ ِن ِإنَّهۥُ لَ ُكمۡ َع ُد‬


١٦٨ ‫ين‬ ْ ‫ض َح ٰلَاٗل طَيِّبٗ ا َواَل تَتَّبِع‬
ِ ‫ُوا ُخطُ ٰ َو‬ ْ ُ‫ٰيََٓأيُّهَا ٱلنَّاسُ ُكل‬
ِ ‫وا ِم َّما فِي ٱَأۡل ۡر‬
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,
dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan, kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang
terang nyata bagi kamu.” [QS. al-Baqarah 2:168]

Untuk itu dalam artikel kali ini akan menjelaskan tentang bahaya makan harta haram dan kesannya
bagi kehidupan umat islam.

HARTA HARAM DI SEKITAR KITA

Pada masa ini ramai umat Islam yang tertipu dengan keseronokan dunia, tidak mempedulikan jalan
yang ditempuh sama ada mendapatkan harta dengan cara yang baik atau buruk, halal atau haram,
yang paling penting ialah mencapai matlamat bagi memuaskan hasrat dan hawa nafsu, ambisi yang
begitu besar telah membutakan mata hati, tidak dapat membezakan jalan mana yang baik dan mana
yang buruk.

Benarlah apa yang disabdakan oleh baginda nabi:

ُ‫ َوالتَّبَا ُغض‬،‫ َوالتَّنَاجُشُ فِي ال ُّد ْنيَا‬،‫ َوالتَّكَاثُ ُر‬،‫ َو ْالبَطَ ُر‬،‫ اَأْل َش ُر‬:‫ال‬ َ َ‫ َو َما دَا ُء اُأْل َم ِم؟ ق‬،ِ ‫ يَا َرسُو َل هَّللا‬:‫ فَقَالُوا‬،‫ُصيبُ ُأ َّمتِي دَا ُء اُأْل َم ِم‬
ِ ‫َسي‬
‫َوالتَّ َحا ُس ُد؛ َحتَّى يَ ُكونَ ْالبَ ْغ ُي‬

Maksudnya: “Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu.
Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu wahai Rasulullah? Beliau
menjawab: “Penyakit-penyakit itu adalah terlalu banyak berseronok, terlalu bermewah,
menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam usaha merebut harta benda dunia,

1
saling memarahi, hasut-menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi antara satu sama lain”. (HR.
Al-Hakim dalam al-Mustadrak, beliau mengatakannya sahih)

Keadaan sebegini menjadikan umat Islam jauh dari nilai-nilai kemanusiaan, agama tidak lagi menjadi
panduan utama dalam bersosial dan bermuamalah, bahaya harta haram seolah-olah dipandang
remeh bahawa ia merupakan perkara besar yang akan dipersoalkan, inilah zaman di mana manusia
tidak begitu memikirkan tentang makan harta yang halal dan yang haram.

Kondisi ini telah diingatkan oleh baginda dalam sabdanya:

‫ان الَ يُبَالِي ْال َمرْ ُء َما َأخَ َذ ِم ْنهُ َأ ِمنَ ْال َحالَ ِل َأ ْم ِم ْن ْال َح َر ِام‬ ‫ْأ‬
ِ َّ‫يَ تِي َعلَى الن‬
ٌ ‫اس زَ َم‬

Maksudnya: “Akan datang suatu zaman yang ketika itu manusia tidak lagi peduli dengan harta yang
dia dapatkan, apakah dari yang halal atau haram?” [HR. Bukhari no. 2059]

Sedar atau tidak, sudah ramai umat Islam yang menggunakan cara mencari rezeki dengan cara yang
tidak dibenarkan dalam Islam. Antara harta haram yang didapat dengan cara yang batil pada saat ini
adalah

1. Harta riba

Riba merupakan dosa paling besar dan paling keji, walaupun demikian masih ramai orang Islam yang
tidak sedar dan mengambil berat tentang perkara ini, banyak praktik riba yang berlaku di sekitar kita
seperti bunga bank convensional, faedah dalam pinjam meminjam. Sesungguhnya Allah telah
mengharamkan perbuatan riba.

Firman Allah:
٢٧٥ ‫َوَأ َح َّل ٱهَّلل ُ ۡٱلبَ ۡي َع َو َح َّر َم ٱل ِّربَ ٰو ۚ ْا‬
Maksudnya: “Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.” [QS. al-Baqarah
2:275]

Orang yang terlibat dalam syarikat-syarikat riba sama ada bekerja atau membantu, maka dia telah
melakukan dosa paling besar, pendapatan yang diperoleh darinya tidaklah halal dan dia akan
dilaknat di dunia dan di akhirat.

Dari Jabir Radhiyallahu anhu, dia berkata:

.ٌ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم آ ِك َل الرِّ بَا َو ُمو ِكلَهُ َوكَاتِبَهُ َوشَا ِه َد ْي ِه َوقَا َل هُ ْم َس َواء‬
َ ِ ‫لَعَنَ َرسُو ُل هَّللا‬
Maksudnya: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat  orang memakan riba, memberi
makan dengan hasil riba, yang menulisnya dan kedua saksinya”, dan Beliau bersabda, “Mereka itu
sama.” [HR. Muslim, no. 1598]
Baca: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3918-irsyad-al-hadith-siri-ke-446-dosa-memakan-riba-
lebih-dahsyat-daripada-berzina

2. Harta hasil rasuah/sogokan

Rasuah memberi hadiah berupa wang dan seumpamanya untuk memudahkan urusan yang sulit.
Praktik seperti ini banyak berlaku di sekitar kita terutama dalam pemerintahan, perizinan, pekerjaan
dan sebagainya. Allah sangat melarang memakan harta hasil rasuah, kerana ianya didapat dengan
cara yang zalim.

Menerusi firman Allah:

2
١٨٨ َ‫اس بِٱِإۡل ۡث ِم َوَأنتُمۡ ت َۡعلَ ُمون‬ ْ ُ‫وا بِهَٓا ِإلَى ۡٱل ُح َّك ِام لِت َۡأ ُكل‬
ِ َّ‫وا فَ ِر ٗيقا ِّم ۡن َأمۡ ٰ َو ِل ٱلن‬ ْ ُ‫َواَل ت َۡأ ُكلُ ٓو ْا َأمۡ ٰ َولَ ُكم بَ ۡينَ ُكم بِ ۡٱل ٰبَ ِط ِل َوتُ ۡدل‬

Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara
kamu dengan jalan yang batil, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah)
kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia
dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” [QS. al-Baqarah 2:188]

Selain itu, orang yang memberi dan memakan harta rasuah akan mendapat laknat, maka apa
gunanya bermegah-megah dengan harta batil jika hakikatnya ia adalah laknat.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, dia berkata:

‫َّاشي َو ْال ُمرْ تَ ِشي فِي ْال ُح ْك ِم‬


ِ ‫لَعَنَ َرسُو ُل هَّللا ِ صلى هللا عليه وسلم الر‬
Maksudnya: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat orang yang memberi rasuah dan
orang yang menerima rasuah dalam membuat keputusan berkenaan sesuatu perkara.” [HR. At-
Tirmizi, no. 1336, hadis hasan garib]

3. Harta hasil penipuan dalam jual beli dan muamalah

Penipuan juga banyak berlaku di masyarakat seperti jual beli dan muamalah, mengurangi dalam
menimbang dan menyukat, menyembunyikan aib, bersumpah dusta untuk melariskan dagangan.
Harta yang dihasilkan dengan cara ini tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat melainkan
mudarat, Allah berjanji akan membinasakan orang yang berlaku curang dalam jual beli.

Firman Allah:

٣ َ‫ َوِإ َذا َكالُوهُمۡ َأو َّوزَ نُوهُمۡ ي ُۡخ ِسرُون‬٢ َ‫اس يَ ۡست َۡوفُون‬ ْ ُ‫ ٱلَّ ِذينَ ِإ َذا ۡٱكتَال‬١ َ‫ل لِّ ۡل ُمطَفِّفِين‬ٞ ‫َو ۡي‬
ِ َّ‫وا َعلَى ٱلن‬
Maksudnya: “Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), iaitu
mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya
dengan cukup, Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain,
mereka kurangi.” [QS. al-Mutaffifin 83:1-3]

Dan masih banyak harta haram yang lainnya.

BAHAYA MAKAN HARTA HARAM

Ingatlah bahawa memakan harta yang haram akan memberi kesan yang sangat berbahaya kepada
pelakunya, antara mudarat itu adalah:

1. Doa orang yang makan harta haram tidak akan diterima

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

‫ي‬ ْ ‫ َو َم‬، ِّ‫ يَا َربِّ َيا َرب‬:‫ث َأ ْغبَ َر يَ ُم ُّد يَ َد ْي ِه ِإلَى ال َّس َما ِء‬
َ ‫ َو َم ْلبَ ُسهُ َح َرا ٌم َو ُغ ِّذ‬،‫ َو َم ْش َربُهُ َح َرا ٌم‬،‫ َح َرا ٌم‬uُ‫ط َع ُمه‬ َ ‫ثُ َّم َذك ََر ال َّر ُج َل ي ُِط ْي ُل ال َّسفَ َر َأ ْش َع‬
‫ك‬ ‫َأ‬
َ ِ‫بِال َح َر ِام فَ نَّى يُ ْستَ َجابُ لِ َذل‬
Maksudnya: “Kemudian beliau menceritakan seorang lelaki yang melakukan perjalanan jauh (lama),
tubuhnya diliputi debu lagi kusut, dia menadah tangannya ke langit dan berdoa, ‘Ya Rabbku, ya
Rabbku’. Akan tetapi makanannya haram, minumannya haram, dan ia diberi makan dengan yang
haram. Maka bagaimana mungkin doanya dikabulkan?.” [hadis ini sambungan hadis di atas]

Adakah kita berdoa tidak dimakbul? Padahal siang malam berdoa, solat tahajjud selalu berdoa
namun belum ada jawaban dari Allah. Cubalah berfikir tentang apa yang kita makan.

3
2. Hilangnya keberkatan

Tentu harta yang didapat dengan batil tidak akan mendatangkan keberkatan kepada pemiliknya,
kerana keberkatan hanya ada dalam kebaikan, Allah akan hancurkan harta riba.

٢٧٦ ‫ار َأثِ ٍيم‬ ِ ۗ َ‫ص َد ٰق‬


ٍ َّ‫ت َوٱهَّلل ُ اَل يُ ِحبُّ ُك َّل َكف‬ َّ ‫ق ٱهَّلل ُ ٱل ِّربَ ٰو ْا َوي ُۡربِي ٱل‬
ُ ‫يَمۡ َح‬

Maksudnya: “Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap
orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.” [QS. al-Baqarah 2:276]

Allah juga mencabut keberkatan dalam jual beli dengan sumpah palsu.

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

.‫ْال َحلِفُ ُمنَفِّقَةٌ لِلس ِّْل َع ِة ُم ْم ِحقَةٌ لِ ْلبَ َر َك ِة‬

Maksudnya: “Sumpah itu melariskan dagangan, namun menghilangkan keberkatan.” [HR. Bukhari,
no. 2087 dan Muslim, no. 1606]

3. Mengambil harta bukan haknya tempatnya di neraka

َ َ‫ َو َح َّر َم َعلَ ْي ِه اَ ْل َجنَّةَ فَق‬,‫ار‬


‫ َوِإ ْن‬:‫ال لَهُ َر ُج ٌل َوِإ ْن َكانَ َش ْيًئا يَ ِسيرًا يَا َرسُو َل هَّللَا ِ؟ قَا َل‬ َ ‫ فَقَ ْد َأوْ َج‬,‫ق ا ْم ِرٍئ ُم ْسلِ ٍم بِيَ ِمينِ ِه‬
َ َّ‫ب هَّللَا ُ لَهُ اَلن‬ َّ ‫َم ْن اِ ْقتَطَ َع َح‬
‫ك‬ ‫َأ‬
ٍ ‫ضيبٌ ِمن َرا‬ ْ ِ ‫ق‬ َ

Maksudnya; “Barangsiapa mengambil hak milik seorang muslim dengan sumpahnya, maka Allah
mewajibkan dirinya masuk neraka dan mengharamkan baginya surga.” Ada seseorang bertanya:
Walaupun sedikit, wahai Rasulullah? Beliau menjawab: “Walaupun sepotong dahan pohon arak.”
[HR. Muslim, no. 137]

4. Harta haram yang disedekahkan akan tertolak

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

ِ ‫ (يَا َأيُّهَا الرُّ ُس ُل ُكلُوْ ا ِمنَ الطَّيِّبَا‬:‫] فَقَا َل‬51 :‫ِإ َّن هللاَ تَ َعالَى طَيِّبٌ الَ يَ ْقبَ ُل ِإالَّ طَيِّبَا ً َوِإ َّن هللاَ َأ َم َر ال ُمْؤ ِمنِ ْينَ بِ َما َأ َم َر بِ ِه ال ُمرْ َسلِ ْينَ [المؤمنون‬
‫ت‬
ِ ‫ (يَا َأيُّهَا الَّ ِذ ْينَ آ َمنُوْ ا ُكلُوْ ا ِم ْن طَيِّبَا‬:‫ال‬
]172 :‫ت َما َر َز ْقنَا ُك ْم [البقرة‬ َ َ‫ َوق‬،)ً‫صالِحا‬ َ ‫َوا ْع َملُوْ ا‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Maha Baik dan tidak menerima kecuali yang baik. Dan
sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang beriman dengan sesuatu yang Allah
perintahkan pula kepada para rasul. Allah berfirman: ”Wahai para rasul, makanlah dari makanan
yang baik-baik dan kerjakanlah amal soleh (QS. al-Mu’minun: 51).” Allah berfirman: ”Wahai orang-
orang yang beriman, makanlah kamu dari rezeki yang baik-baik yang telah Kami berikan kepada
kamu (QS. al-Baqarah: 172).” [HR. Muslim, no. 1015]

Adakah di antara kita pernah bersedekah dengan harta hasil rasuah, riba dan menipu? Jika demikian,
maka jangan mengharap akan mendapat pahala, justeru segeralah bertaubat.

HARTA YANG KITA MILIKI AKAN DISOAL

Semua apa yang diusahakan oleh manusia direkodkan dalam buku catatan amalan, dan akan diminta
pertanggung jawaban nanti di hari hisab (perhitungan amal), tidak terkecuali harta yang kita makan,
cara mendapatkan harta yang dimiliki, dan untuk apa kita membelanjakannya.

Setiap apa yang diusahakan manusia itu direkodkan dalam buku catatan amalan, dan akan
dipertanggungjawabkan kelak pada hari perhitungan amal, termasuk harta yang kita makan,
bagaimana mendapatkan harta yang kita miliki, dan untuk apa kita membelanjakannya.

4
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

‫ َوع َْن ِج ْس ِم ِه‬،ُ‫ َوع َْن َمالِ ِه ِم ْن َأ ْينَ ا ْكتَ َسبَهُ َوفِي َم َأ ْنفَقَه‬،‫ َوع َْن ِع ْل ِم ِه فِي َم فَ َع َل‬،ُ‫اَل تَ ُزو ُل قَ َد َما َع ْب ٍد يَوْ َم ْالقِيَا َم ِة َحتَّى يُ ْسَأ َل ع َْن ُع ُم ِر ِه فِي َما َأ ْفنَاه‬
‫فِي َم َأبْاَل ه‬

Maksudnya: “Kaki seorang hamba tidak akan bergeser pada Hari Kiamat sampai dia ditanyai:
tentang umurnya, dalam hal apa dia habiskan; tentang ilmunya, dalam hal apa dia amalkan;
tentang hartanya, dari mana dia peroleh dan untuk apa dia belanjakan; dan tentang tubuhnya,
dalam hal apa dia manfaatkan.” (HR at-Tirmidzi, ad-Darimi, al-Baihaqi. Redaksi at-Tirmidzi).

Hidup di dunia ini hanya sementara, jadikan hidup kita untuk mengabdikan diri kepada Allah, bukan
untuk berseronok dengan memakan harta terlarang. Pastikan harta yang kita makan itu halal 100 %,
agar ianya membawa keberkatan dan dapat menyelamatkan kita dari kemurkaan dan azab Allah di
hari kiamat.

SELAMATKAN KELUARGA KITA DARI MAKAN HARTA HARAM

Keluarga adalah orang yang paling dekat dengan kita, hendaklah nafkah yang kita berikan kepada
mereka hasil kerja yang baik dan halal, jangan sampai ibu bapa, anak dan isteri kita memakan harta
yang haram, kerana memberi nafkah dengan harta yang haram itu pada hakikatnya menzalimi diri
dan keluarga kita.

Selamatkan keluarga kita daripada makan hasil yang haram, kasihanilah mereka, sayangilah mereka,
ajarlah mereka tentang halal dan haram, jangan sebaliknya memperaktikkan perkara yang dilarang
di antara mereka seperti riba, rasuah, menipu dan sebagainya.

Allah berfirman:
ٓ
‫َاد اَّل يَ ۡعصُونَ ٱهَّلل َ َمٓا َأ َم َرهُمۡ َويَ ۡف َعلُونَ َما‬ٞ ‫ظ ِشد‬ٞ ‫وا قُ ٓو ْا َأنفُ َس ُكمۡ َوَأ ۡهلِي ُكمۡ ن َٗارا َوقُو ُدهَا ٱلنَّاسُ َو ۡٱل ِح َجا َرةُ َعلَ ۡيهَا َم ٰلَِئ َكةٌ ِغاَل‬
ْ ُ‫ٰيََٓأيُّهَا ٱلَّ ِذينَ َءا َمن‬
٦ َ‫ي ُۡؤ َمرُون‬

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka
yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras,
dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu
mengerjakan apa yang diperintahkan.” [QS. at-Tahrim 66:6]

JAUHI PERKARA SYAHWAT DAN SYUBHAT

Syaitan sentiasa cuba menjerumuskan manusia ke dalam kebinasaan, antara senjata paling ampuh
yang digunakan untuk membinasakan manusia ialah penyakit syahwat dan syubhat, dua penyakit
inilah yang menjadi sumber kepada punca kerakusan manusia terhadap harta benda.

Syahwat adalah kemahuan nafsu, ia selalu mendorong manusia melakukan sesuatu yang buruk
termasuk mengumpulkan dan memakan harta dengan cara yang batil, syahwat salah satu perkara
yang sangat dikhawatirkan Rasulullah yang akan menimpa umatnya.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

‫ت ْالفِت َِن‬ ِ ‫ت ْال َغ ِّي فِي بُطُونِ ُك ْم َو فُرُو ِج ُك ْم َو ُم‬


ِ ‫ضاَّل‬ ِ ‫ِإ َّن ِم َّما َأ ْخشَى َعلَ ْي ُك ْم َشهَ َوا‬
Maksudnya: “Sesungguhnya di antara yang aku takutkan atas kamu adalah syahwat mengikuti
nafsu pada perut kamu dan pada kemaluan kamu serta fitnah-fitnah yang menyesatkan.” [HR.
Ahmad, no. 19773 dari Abu Barzah Al-Aslami, hadis ini dishahihkan oleh Al-Albani dalam shaih at-
Targhib, no. 52]

5
Manakala syubahat adalah perkara yang samar, hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram
termasuk syubhat dalam jual beli, makanan dan minuman. Seseorang yang menjumpai perkara
syubhat hendaknya lebih baik ditinggalkan, kerana ia dapat menghantarkan kepada perkara yang
haram.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

‫ض ِه َو َم ْن َوقَ َع فِى‬ ِ ْ‫ت ا ْستَ ْب َرَأ لِ ِدينِ ِه َو ِعر‬


ِ ‫اس فَ َم ِن اتَّقَى ال ُّشبُهَا‬ ٌ َ‫ِإ َّن ْال َحالَ َل بَي ٌِّن َوِإ َّن ْال َح َرا َم بَي ٌِّن َوبَ ْينَهُ َما ُم ْشتَبِه‬
ِ َّ‫ات الَ يَ ْعلَ ُمه َُّن َكثِي ٌر ِمنَ الن‬
uُ‫ار ُمه‬ ‫هَّللا‬ َّ َ
ِ ‫ك ِح ًمى ال َوِإن ِح َمى ِ َم َح‬ ‫َأ‬ ُ َّ َ ‫َأ‬ ْ ‫َأ‬
ٍ ِ‫ك ن يَرْ تَ َع فِي ِه ال َوِإن لِك ِّل َمل‬ ُ ‫ُوش‬ ْ
ِ ‫َّاعى يَرْ عَى حَوْ َل ال ِح َمى ي‬ ِ ‫ت َوقَ َع فِى ْال َح َر ِام كَالر‬ ِ ‫ال ُّشبُهَا‬
Maksudnya: “Sesungguhnya yang halal itu jelas, sebagaimana yang haram pun jelas. Di antara
keduanya terdapat perkara syubhat (YANG MASIH SAMAR) yang tidak diketahui oleh kebanyakan
orang. Barangsiapa yang menghindarkan diri dari perkara syubhat, maka ia telah menyelamatkan
agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka ia boleh
terjatuh pada perkara haram. Sebagaimana ada pengembala yang menggembalakan ternaknya di
sekitar tanah larangan yang hampir menjerumuskannya. Ketahuilah, setiap raja memiliki tanah
larangan dan tanah larangan Allah di bumi ini adalah perkara-perkara yang diharamkanNya.” [HR.
Bukhari no. 2051 dan Muslim no. 1599]

Jika kita mendapati suatu harta atau makanan yang belum jelas hukumnya, maka lebih utama
ditinggalkan sehingga kita mengetahui hukum yang sebenarnya dengan bertanya kepada ahlinya
iaitu ulama.

KESIMPULAN

1. Di antara bahaya makan harta haram


 Makan harta riba mendapat laknat
 Makan harta rasuah juga dilaknat
 Doa orang menggunakan harta haram tidak dimakbul
 Sedekah dengan harta haram tidak diterima
 Makan harta haram tidak ada keberkatan

2. Empat perkara yang akan disoal sebelum kaki seseorang bergerak di hari kiamat
 Tentang umurnya, dalam hal apa dia habiskan
 Tentang ilmunya, dalam hal apa dia amalkan
 Tentang hartanya, dari mana dia peroleh dan untuk apa dia belanjakan
 Tentang tubuhnya, dalam hal apa dia manfaatkan.

3. Dua perkara yang sering menjerumuskan manusia ke dalam kebinasaan iaitu syahwat dan
syubhat

Disediakan oleh Abu Abdillah, Semoga diambil manfaat.

Anda mungkin juga menyukai