Anda di halaman 1dari 3

AL-WAHN SUATU PENYAKIT YANG PALING BERBAHAYA DI AKHIR ZAMAN

Di akhir zaman ini, umat Islam berdepan dengan pelbagai cabaran dan masalah dalam
kehidupan, salah satunya adalah mencari kesenangan dan keseronokan dunia, memikirkan
kehidupan yang sejahtera, bergelimang harta, berambisi dengan kedudukan dan kekuasaan
di kalangan manusia..
Pelbagai cara dilakukan untuk merealisasikan segala yang diinginkan tanpa mengambil kira
dan mempedulikan halal dan haramnya, baik dan buruknya, hatta menggunakan cara-cara
yang dilarang seperti menghasut, memfitnah, merasywah dan bahkan sampai membunuh.
Inilah yang berlaku kepada umat Islam saat ini, krisis akhlak dan moraliti yang kian menurun,
hilangnya kesedaran tentang bahaya dunia, cintanya kepada dunia yang terlalu tinggi
sehingga lupa dengan jati dirinya, lupa tujuan penciptaannya dan lupa pula kepada yang
menciptanya.
Ini yang disebut oleh baginda Nabi sebagai penyakit “al-wahn” yang akan berlaku di akhir
zaman, yang mana manusia begitu ghairah dengan kenikmatan dunia, berebut takhta dan
kekuasaan untuk memenuhi kemahuan syahwat dan memuaskan nafsunya.
Dari Tsauban, dia berkata bahwa baginda Nabi telah bersabda:
ْ َ َّ ٌ َ َ ََ َ َ َُ َ َ َ َ َ ُ ََ َ َ َْ ُ ُ
‫ ػقال َانِن َو ِي ٌْ َ ِو ٍث َن ٌُ يَ ْي َيه ِ ٍذ؟‬,‫يُيصِك األ َم ُى أن ت َداَع عويْك ْى ل ًَا ت َداَع األَوث َِِ َ ْْ ََِ ِ َىا‬

Maksudnya: “Hampir saja bangsa-bangsa (orang-orang kafir) memangsa kalian sebagaimana


orang lapar menghadapi meja penuh hidangan.” Seseorang bertanya “apa saat itu kita
sedikit?”
ُ ْ َ ْ ُ َ َُ َ ْ َ َ َ ْ َّ
‫ْنع ٌَّ اَّلل ي ٌِْ ُص ُدورِ ع ُد ّوَِ ُى ال ًَ َىاةَث يِنك ْى‬ ‫َل‬ ‫و‬ ‫ن‬ ‫ي‬‫الس‬ ِ ‫ء‬ ‫ا‬‫ث‬
َ ُ َ ٌ َ ُ ْ ُ َّ َ َ ٌ َ
‫غ‬ ‫ل‬ ‫اء‬‫ث‬ ‫غ‬ ‫ى‬ ‫ك‬ ‫ِن‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫و‬ ‫ري‬ ‫ث‬‫ل‬ ‫ذ‬ ‫ه‬ َ ‫ََ َال ةَ ْن َأنْ ُِ ْى يَ ْي‬
‫ي‬
ِ ِ ِ ٍ ِ
َ ْ ُ ُ ُ َُ َ ْ َ
. ٌَ ‫َوَلَقذِػ ٌَّ اَّلل ِِف َويبِك ُى ال َيو‬

Jawab beliau “bahkan saat itu kalian banyak, akan tetapi kalian seperti buih di laut. Allah
akan cabut rasa takut dari dada musuh kalian, dan Allah sungguh akan mencampakkan
penyakit wahn dalam hati kalian.”
ْ ُ َ ْ ُّ ُّ ُ َ َ ُ َ َ ْ َ َ َّ َ ُ َ َ ٌ َ َ َ َ
ِ ‫الن َيا َوك َراوِيَث ال ًَ ْي‬
‫ت‬ ‫ػقال َانِن يا رسيل اَّللِ ويا اليوٌ؟ َال حب‬

Seseorang bertanya “Ya Rasulullah ap aitu wahn?”Beliau menjawab “cinta dunia dan takut
mati” (HR. Abu Daud no. 4297 dan Ahmad 22397, hadis sahih)
Syaikh Abdul Muhsin al-Abbad berkata: Hadis ini sangat sesuai dengan keadaan masa kini, di
mana jumlah umat Islam sangat ramai, tetapi mereka sibuk dengan urusan dunia, sangat
bercita-cita tinggi akan kelazatan dunia, dan mereka takut kepada kematian maka ini
menyebabkan mereka takut kepada musuh manakala musuh tidak takut kepada mereka.
[Syarah Sunan Abi Daud]
Inilah sebenarnya penyakit kronik yang sangat berbahaya di akhir zaman, penyakit hati yang
cepat merebak kepada orang-orang yang lemah imannya, tak terkecuali orang yang berilmu
sekalipun akan terkena penyakit ini melainkan orang yang dijaga hati dan imannya.
Lebih jelasnya lagi baginda nabi menerangkan secara terperinci tentang penyakit yang akan
berlaku ini sebagaimana ianya juga telah berlaku ke atas umat-umat yang terdahulu.
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:
ْ ُّ ُ ُ َ َّ َ ُ ُ َ َّ َ ُ َ َ ْ َ ُ َ َ ْ َ َ َ َ ُ ْ ُ َ َ َ َ ُ َ َ ُ ْ ُ َ َّ ُ ُ ْ ُ َ
‫الن َيا‬ ‫اجش ِِف‬ ‫ األشوابلطر والَكثر والن‬: ‫ يَا َر ُس ْيل اَّلل ِ ويا داء األم ِى َال‬: ‫اء األ َم ِى ػقال ْيا‬‫سي ِْيب أي ِِت د‬
ُ ْ َ‫ك ْي َن اْبل‬
‫غ‬
ُ َ َّ َ ُ ُ َ َّ َ ُ ُ َ َّ َ
‫والتاغض والحاسد حِت ي‬

Maksudnya: Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat


dahulu. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu wahai
Rasulullah? Beliau menjawab: “Penyakit-penyakit itu adalah terlalu banyak berseronok,
terlalu bermewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam usaha
merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut-menghasut sehingga menjadi zalim-
menzalimi antara satu sama lain”. (HR. Al-Hakim dalam al-Mustadrak, beliau mengatakannya
sahih)
Dalam hadis tersebut baginda Nabi telah menjelaskan bahawa penyakit yang sedang berlaku
kepada umatnya saat ini juga pernah berlaku bagi umat yang terdahulu, namun penyakit
wahn yang tengah melanda saat ini lebih teruk dan lebih ganas daripada sebelumnya.
Kita lihat keadaan umat islam saat ini sudah rosak kerana diakibatkan oleh keseronokan
dunia, hidonisme, pergaulan bebas, mengadopsi budaya barat. Selain itu mereka sudah
banyak meniggalkan ajaran islam sedikit demi sedikit, kerana islam dipandang sebagai
agama yang mengekang kebebasan umat manusia malah dianggap sebagai agama yang kolot
dan terbelakang.
Begitu juga dengan sifat tama’, ia tidak akan pernah habis selagi jasad manusia masih
bernafas, dan harta yang sudah dicapai tidak akan memuaskan syahwatnya bahkan dia akan
mengejar kedudukan dunia yang lebih tinggi lagi iaitu mencari kekuasaan dan mahu menjadi
pemimpin sehingga hal ini akan menghantarkan kepada kerosakan.
Ibn Rajab berkata: Adapun ambisi seseorang terhadap kedudukan lebih membinasakan
daripada ambisi kepada harta, kerana pangkat dan kedudukan serta kekuasaan di atas bumi
lebih berbahaya bagi seseorang daripada mencari harta, mudaratnya lebih besar dan zuhud
dari dunia adalah sangat sulit, sesunggugnya harta dapat dijadikan umpan dalam mengejar
kekuasaan dan kedudukan.
Sejak dari zaman dahulu baginda nabi mengingatkan tentang bahaya penyakit rakus
terhadap harta dan kedudukan, sebagaimana Ibn Ka’ab al-Ansori menceritakan bahawa
Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda:
ََ ْ َْ
َ ‫لَع ال ْ ًَال َو ر‬ َ َْ َ َ ُ َ َ َْ َ
ِ‫الَّش ِف ِلِينِه‬ ِ ِ‫ان أ ْرسِال ِِف غ َن ٍم ةِأف َس َد ل َىا ي ٌِْ ح ِْر ِص الًرء‬
ِ َِ‫ان جان‬
ِ ‫يا ذِئت‬
Maksudnya: “Tidaklah dua ekor serigala yang lapar dilepas di tengah kumpulan kambing
lebih merosak daripada merosaknya seseorang terhadap agamanya karena ambisinya untuk
mendapatkan harta dan kedudukan.” [HR. At-Tirmizi, no. 2376, disahihkan oleh Al-Albani
dalam Sahih at-Tirmizi]
Ibn Rajab mengatakan bahawa hadis tersebut menjelaskan tentang ambisi untuk
memperoleh kedudukan dapat merosak agama seseorang yang mana kerosakannya tidak
kurang dari kerosakan yang ditimbulkan oleh dua ekor serigala terhadap kambing. Agama
seorang hamba tidak akan selamat bila ia memiliki ambisi untuk memperoleh harta dan
kedudukan, hanya sedikit yang dapat selamat. Perumpamaan yang teramat agung (dalam
hadis) ini memberikan pesan untuk benar-benar waspada dari keburukan ambisi untuk
memperoleh harta dan kedudukan di dunia.
Bila manusia sudah berjaya meraih dunia, maka datanglah penyakit yang kedua iaitu takut
kepada kematian, kerana terlalu lemahnya iman. Rasa takut ini muncul kerana semasa
hidupnya terlena dalam kesenangan dan kelazatan dunia, tidak banyak melakukan ketaatan
dan kebaikan sebagai bekal untuk menghadapi kematian. Maka yang ada hanyalah takut
kehilangan segala-galanya kerana disebabkan oleh kematian.
Inilah kesan penyakit al-wahn yang boleh mengubah minda dan sikap manusia, merosakkan
tingkah laku umat, mencemarkan nilai agama yang mulia, mengabaikan perintah Allah dan
RasulNya. Maka sebab itu, hendaknya kita sentiasa memohon perlindungan kepada Allah
daripada segala penyakit yang berbahaya ini, kerana ia dapat membinasakan kehidupan
seseorang di dunia dan di akhirat. Wal iyādu billāh
Baginda Nabi selalu berdoa:
َ ُ َ َْ َ ْ َْ َ َْ َ ُ َ َْ َ ْ َ ْ َ ُ ُ َ ّ َّ ُ َّ
ٌِْ ‫ب ال َيض ُع وي ٌِْ د ََع ٍء ال ي ُ ْس ًَ ُع َوي ٌِْ نف ٍس ال تضتَ ُع َو ِي ٌْ عِو ٍم ال َينف ُع أ ُعيذ ةِك ي‬
ٍ ‫الوىى ِ ِ ِِن أعيذ ةِك يٌِ َو‬
َ َ َُ
ِ‫وؤال ِء األ ْر َبع‬

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari Ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati
yang tidak khusyuk, dari doa yang tidak didengar dan jiwa yang tidak merasa puas (kepada
dunia). Ya Allah aku berlindung kepadamu dari empat perkara tersebut.

Semoga bermanfaat.

Anda mungkin juga menyukai