Anda di halaman 1dari 7

ZIARAH KUBUR YANG BENAR MENURUT SUNNAH NABI

PENDAHULUAN

Alhamdulillah, segala pujian yang agung hanyalah milik Allah yang Esa, Rabb yang menghidupkan
dan mematikan semua makhluk yang bernyawa, serta mengembalikan mereka semua kepada
asalnya. Selawat dan salam sentiasa tercurahkan kepada Nabi Muhammad junjungan manusia yang
paling mulia.

Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian samada yang berakal mahupun tidak, lalu kuburan
menjadi tempat baginya untuk melepaskan diri daripada kesibukan dunia. Kuburan adalah tempat
yang sangat gelap, sempit, panas, tiada udara dan tiada seorang pun yang menemaninya melainkan
amalan baik dan buruk.

Inilah keadaan kubur yang menimbulkan rasa takut yang mendalam bagi penghuninya apatah lagi
bagi mereka yang berdosa, kubur adalah alam barzah yang menjadi perjalanan awal untuk menuju
negeri akhirat, siapa yang terselamat daripada fitnahnya, tentu dia akan selamat pula di kehidupan
setelahnya dan siapa yang tidak selamat darinya, maka dia akan celaka di kehidupan beriktunya.

Seorang tabi’in Hani’ hamba sahaya kepada Usman bin Affan menceritakan bahawa tatkala melihat
kuburan, Usman langsung menangis bercucuran air mata sehingga membasahi janggutnya, lantas
ada seseorang yang berkata kepada beliau, “jika ingat syurga dan neraka engkau tidak menangis,
tapi bila engkau melihat kuburan kamu menangis, mengapa demikian?”, lalu beliau berkata:
“sesungguhnya aku mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda”:

ُ‫َاز ِل اآْل ِخ َر ِة فَِإ ْن ن ََجا ِم ْنهُ فَ َما بَ ْع َدهُ َأ ْي َس ُر ِم ْنهُ َوِإ ْن لَ ْم يَ ْن ُج ِم ْنهُ فَ َما بَ ْع َدهُ َأ َش ُّد ِم ْنه‬
ِ ‫ِإ َّن ْالقَ ْب َر َأ َّو ُل َم ْن ِز ٍل ِم ْن َمن‬
Maksudnya: “Sesungguhnya alam kubur adalah tempat pertama untuk menuju akhirat. Apabila
seseorang selamat darinya, maka setelahnya akan lebih mudah baginya, namun apabila dia tidak
selamat darinya (alam kubur), maka setelahnya akan lebih sulit baginya.”

ُ‫ط ِإاَّل ْالقَ ْب ُر َأ ْفظَ ُع ِم ْنه‬


ُّ َ‫ْت َم ْنظَرًا ق‬
ُ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َما َرَأي‬
َ ِ ‫قَا َل َوقَا َل َرسُو ُل هَّللا‬
“Usman berkata lagi, Nabi bersabda: aku tidak melihat suatu pemandangan yang lebih mengerikan
melainkan pemandangan di alam kubur.” [HR. Ibn Majah, no. 4267, hadis ini dihasankan oleh Al-
Albani dalam Shahih Ibn Majah]

Lihatlah bagaimana seorang sahabat yang dijamin masuk syurga masih menangis apabila melihat
kubur dan merenung apa yang akan menimpanya di dalam kubur, lalu bagaimana pula dengan kita
yang tidak mempunyai sebarang jaminan, apabila melihat kubur seolah-olah menjadi pemandangan
biasa, tidak memberi kesan takut dan iman kepada Allah azza wa jalla.

Orang yang benar-benar beriman apabila melihat atau menziarahi kubur akan menyedari bahawa
tempat itulah yang menentukan keselamatan seseorang daripada ancaman dan azab Allah di akhirat,
sebab itulah kita dianjurkan untuk menziarahi kubur, supaya kita sentiasa ingat mati, ingat
pemusnah kelazatan, dan ingat besarnya azab di akhirat.

Rasulullah shallallah alaihi wasallam bersabda:

ِ ‫ار ِة ْالقُب‬
َ‫ُور فَ ُزورُوهَا؛ فَِإنَّهَا تُ َذ ِّك ُر اآْل ِخ َرة‬ ُ ‫ِإنِّي ُك ْن‬
َ َ‫ت نَهَ ْيتُ ُك ْم ع َْن ِزي‬
Maksudnya: “Sesungguhnya aku pernah melarang kamu untuk menziarahi perkuburan. Maka
(sekarang) ziarahilahnya kerana ia mengingatkan kamu kepada akhirat.” [HR. Ahmad, no. 23005,
hadis sahih]

1
Namun seiring berjalannya waktu, ziarah kubur bukan lagi menjadi tujuan mengingat kematian,
mencari keredhaan, menguatkan iman, dan meningkatkan ketakwaan, justeru sebaliknya ianya
dijadikan wasilah untuk mencapai duniawi, memohon keberkatan kepada yang mati, mencari
kewalian dan lain-lain. Oleh sebab itu, dalam artikel ini, penulis akan membincangkan tentang ziarah
kubur yang benar mengikut sunnah nabi.

PELBAGAI HADIS TENTANG ANJURAN ZIARAH KUBUR

Pada mulanya islam melarang menziarahi kubur apabila kaum muslimin masih baru mengenal islam.
Hal itu bertujuan untuk memlihara tauhid dan menghindari segala perbuatan syirik. Dahulu ketika
masa jahiliyah, mereka berlebih-lebihan dalam mengagungkan kubur dan meminta pertolongan
kepada ahli kubur dan berhala-berhala.

Apabila Islam menjadi kuat, tauhid telah menetap di dalam hati mereka, mengetahui tujuan dua
kalimah syahadah, dan mengetahui syariat Allah dengan sempurna, barulah mereka diizinkan
menziarahi kubur, kerana ia membawa banyak menfaat, mengingatkan tentang akhirat, zuhud dari
keduniaan, dan bersiap-siap dalam menghadapi kematian.

Banyak dalil daripada hadis nabi tentang anjuran ziarah kubur, di antaranya:

Riwayat muslim dari Abu Hurairah, no. 976, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
َ‫فَ ُزورُوا ْالقُبُو َر ؛ فَِإنَّهَا تُ َذ ِّك ُر ْال َموْ ت‬

Maksudnya: “Ziarahilah kubur, kerana sesungguhnya ia dapat mengingatkan kematian.”

Riwayat Abu Daud dari Buraidah, no. 3235, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
ً‫ُور فَ ُزورُوهَا ؛ فَِإ َّن فِي ِزيَا َرتِهَا ت َْذ ِك َرة‬
ِ ‫ار ِة ْالقُب‬
َ َ‫نَهَ ْيتُ ُك ْم ع َْن ِزي‬
Maksudnya: “Dahulu aku pernah melarangmu ziarah kubur, (sekarang) ziarahilahnya kerana ianya
dapat memberi peringatan.”

Riwayat Ahmad dari Buraidah, no. 23005, Rasulullah shallallah alaihi wasallam bersabda:

ِ ‫ار ِة ْالقُب‬
َ‫ُور فَ ُزورُوهَا؛ فَِإنَّهَا تُ َذ ِّك ُر اآْل ِخ َرة‬ ُ ‫ِإنِّي ُك ْن‬
َ َ‫ت نَهَ ْيتُ ُك ْم ع َْن ِزي‬
Maksudnya: “Sesungguhnya aku pernah melarang kamu untuk menziarahi perkuburan. Maka
(sekarang) ziarahilahnya kerana ia mengingatkan kamu kepada akhirat.”

Riwayat Ahmad dari Buraidah, no. 23015, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

ِ ‫ ع َْن ِزيَا َر ِة ْالقُب‬: ‫ث‬


ً‫ فَ ُزورُوهَا ؛ فَِإ َّن فِي ِزيَا َرتِهَا ِعظَةً َو ِع ْب َرة‬،‫ُور‬ ُ ‫ ُك ْن‬....
ٍ ‫ت نَهَ ْيتُ ُك ْم ع َْن ثَاَل‬
Maksudnya: “Dahulu aku pernah melarangmu tiga perkara iaitu ziarah kubur, maka (sekarang)
ziarahilahnya, kerana ianya terdapat peringatan dan pelajaran….”

Riwayat Al-Hakim daripada Anas, no. 1393, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

‫ َواَل تَقُولُوا هَجْ رًا‬،َ‫ َوتُ َذ ِّك ُر اآْل ِخ َرة‬، َ‫ َوتُ ْد ِم ُع ْال َع ْين‬،‫ب‬
َ ‫ق ْالقَ ْل‬
ُّ ‫ُور َأاَل فَ ُزورُوهَا فَِإنَّهَا تُ ِر‬
ِ ‫ار ِة ْالقُب‬ ُ ‫ُك ْن‬
َ َ‫ت نَهَ ْيتُ ُك ْم ع َْن ِزي‬
Maksudnya: “Sesungguhnya aku pernah melarang kamu untuk menziarahi perkuburan. Maka
(sekarang) ziarahilahnya kerana ia dapat melembutkan hati, melinangkan air mata, mengingatkan
kepada akhirat, dan janganlah berkata buruk”

2
Dari sekian banyak riwayat tentang ziarah kubur, ini menunjukkan bahawa ziarah kubur amat
digalakkan bagi kaum muslimin, kerana ia dapat mendatangkan banyak menfaat kepada ahli kubur
dan orang yang berziarah itu sendiri.

ADAB ZIARAH KUBUR

Terdapat banyak kesalahan dan penyimpangan yang berlaku di kalangan umat Islam dalam ziarah
kubur, agar ziarah kubur bernilai ibadah dan mendatangkan pahala, maka hendaklah seseorang
memperhatikan beberapa perkara penting yang berkaitan dengan adab dan tata cara ziarah kubur
yang betul menurut sunnah Nabi yang sahih.

Di antara adab-adab itu sepertimana berikut:

1. Mengucap salam kepada ahli kubur serta mendoakan rahmat dan keampunan bagi mereka

Sebagaimana Aisyah menceritakan bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam setiap malam
gilirannya di rumah Aisyah, beliau keluar pada akhir malam ke makam Baqi’, kemudian
mengucapkan:
ْ ‫ َوإنَّا‬، َ‫ َغدًا ُمَؤ َّجلُون‬، َ‫ َوَأتَا ُك ْم َما تُو َع ُدون‬، َ‫ال َّسالَ ُم َعلَ ْي ُك ْم دَا َر قَوْ ٍم ُمْؤ ِمنِين‬
ِ ِ‫ اللَّهُ َّم ا ْغفِرْ أل ْه ِل بَق‬، َ‫إن شَا َء هللاُ بِ ُك ْم الَ ِحقُون‬
‫يع الغَرْ قَ ِد‬

Maksudnya: “Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamua semua wahai perkampungan kaum


mu’minin, akan datang padamu semua yang dijanjikan, esok (hari kiamat) yang ditangguhkan
waktunya. Sesungguhnya kami semua ini in sya Allah menyusul kamu semua. Ya Allah, ampunilah
para penghuni makam Baqi’ al-Gharqad ini.” [HR. Muslim, no. 974]

Bila kita menziarahi kubur, maka salam yang diucapkan seperti di atas dan pada kalimah yang
terakhir di ganti dengan nama tempat penguburan, atau mengucapkan:
َ‫ َأ ْسَأ ُل هَّللا َ لَنَا َولَ ُك ُم ال َعافِيَة‬، َ‫إن شَا َء هللاُ ِب ُك ْم لَاَل ِحقون‬
ْ ‫ َوإنَّا‬، َ‫ار ِمنَ ال ُمْؤ ِمنينَ َوال ُمسلمين‬ َ ‫ال َّسالَ ُم َعلَ ْي ُك ْم‬
ِ َ‫أهل ال ِّدي‬
Maksudnya: “Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu semua wahai para penghuni
perkampungan kuburan kaum Mu’minin dan Muslimin. Sesungguhnya kami semua in sya Allah akan
menyusul kamu semua. Saya memohon afiat untuk kami dan untuk kamu semua.” [HR. Muslim, no.
975]

Ini bacaan yang benar yang diucapkan saat ziarah atau melewati suatu perkuburan, bukan membaca
bacaan tertentu seperti mengkhususkan bacaan al-fatihah atau tahlil, istighasah dan sebagainya,
kerena yang demikian tidak pernah diajarkan oleh Nabi dan apara sahabat.

2. Tidak duduk di atas kuburan

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

َ ِ‫ص ِإلَى ِج ْل ِد ِه َخ ْي ٌر لَهُ ِم ْن َأ ْن يَجْ ل‬


‫س َعلَى قَب ٍْر‬ َ ‫س َأ َح ُد ُك ْم َعلَى َج ْم َر ٍة فَتُحْ ِر‬
َ ُ‫ق ثِيَابَهُ فَت َْخل‬ َ ِ‫َأل ْن يَجْ ل‬
Maksudnya: “Duduknya seseorang di atas bara api yang akan membakar pakaiannya dan
membakar kulitnya itu lebih baik daripada seseorang duduk di atas kubur.” [HR. Muslim, no. 971]

3. Tidak solat di dekat kuburan

Sebahagian kubur ada bangunan di atasnya, kemudian orang yang berziarah solat berdekatan di
sampingnya tanpa ada penghalang yang menutupinya atau langusng solat menghadap ke kubur,
sudah tentu perbuatan seperti ini sangat dilarang.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

3
‫صلُّوا إلَيْها‬ ِ ‫ال تَجْ لِسُوا علَى القُب‬
َ ُ‫ُور وال ت‬
Maksudnya: “Janganlah kamu duduk di atas kuburan dan jangan pula kamu solat menghadapnya.”
[HR. Muslim daripada Abu Marsad Al-Ghanawi, no. 972]

Bin Baz berkata: di antara adab ziarah kubur tidak boleh solat di kuburan, dan tidak boleh duduk di
dekatnya untuk berdoa dan membaca quran, hendaklah dia mengucap salam dengan penuh khusyu’,
cinta kepada akhirat, takut kepada azab Allah, dan berniat ingin mengubati hatinya sehingga tidak
mati, kerana apabila ingat mati dan kubur akan mempersiapkan dirinya menghadapi akhirat, dan
hatinya menjadi lembut … namun janganlah solat di dekatnya, jangan pula tawaf, dan jangan
meminta kepadanya. Solat di dekatnya adalah bid’ah, dan termasuk pintu kesyirikan, dan baca al-
Qur’an di dekatnya juga bid’ah. [Fatawa Bin Baz: ‫]آداب زيارة القبور ومشروعية زيارتها وبيان الزيارة المحرمة‬

BID’AH DALAM ZIARAH KUBUR

Kurangnya ilmu agama tentang ziarah kubur akan menyebabkan kesalahan-kesalahan saat
menziarahi kubur, sebahagian masyarakat masih banyak mengamalkan ajaran-ajaran khurafat yang
didasarkan kepada cerita-cerita dan ajaran nenek moyang mereka, tanpa meneliti tentang
kesahihannya. Antara perbuatan bid’ah yang masih banyak berlaku di tempat perkuburan:

 Tawassul (meminta pertolongan melalui perentara) di kuburan wali atau orang soleh

Ramai di kalangan umat islam apabila mempunyai hajat, seperti ada masalah dalam keluarga, ingin
memulakan bisnes, menghadapi pelbagai kesulitan, mereka langsung mendatangi kuburan orang
wali, lalu bertawassul kepada mereka dengan berzikir, bertahlil, membaca surah yasin, dan
mengirimkan bacaan surah al-Fatihah untuk mereka, seperti membaca alfatihah ila ruhi fulan al-
faaatihah, dan seterusnya disambung dengan pembacaan doa secara sendirian atau bersama.

Kalau kita lihat daripada zahirnya, seolah-seolah perbuatan ini nampak baik dan benar, kerana di
dalamnya berisi tentang zikir, selawat, bacaan al-Qur’an dan doa, namun walau sebaik mana amalan
ini dibungkus dengan rupa yang cantik, ia tetap perkara baru dalam agama, bukan amalan nabi dan
bukan amalan para sahabat.

Cukuplah Rasulullah yang menjadi contoh dan teladan kita dalam beramal, beliau tidak pernah pergi
ke kuburan para nabi untuk meminta pertolongan dengan cara tawassul, justeru nabi dengan tegas
menyuruh para sahabat agar meminta langsung kepada Allah dan tidak minta kepada selainNya.

Sepertimana beliau berpesan kepada Abdullah ibnu Abbas beberapa kalimah yang sangat agung dan
bermanfaat, beliau bersabda:
ِ‫ َوِإ َذا ا ْستَ َع ْنتَ فَا ْستَ ِع ْن بِاهلل‬،َ‫ِإ َذا َسَأ ْلتَ فَا ْسَأ ِل هللا‬
Maksudnya: “Jika engkau hendak meminta, mintalah kepada Allah, dan jika engkau hendak
memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah.” [HR. At-Tirmizi, no. 2516]

Namun begitulah, sampai saat ini kaum muslimin masih ramai terpedaya oleh keyakinan bahawa
orang soleh yang sudah meninggal dapat menyampaikan doa orang yang hidup, sesungguhnya
pemahaman ini terbalik, sepatutnya orang hidup yang menyampaikan doa orang yang meninggal,
bukan orang yang mati yang boleh menyampaikan doa orang yang hidup, bagaimana mungkin orang
yang sudah mati boleh berdoa kepada Allah sedangkan dia sudah terlepas daripada perkara syariat,
tidak lagi dapat beribadah, tidak dapat berdoa untuk dirinya apatah lagi mendoakan untuk orang
lain.

4
Jika orang yang meninggal dapat berdoa, maka ramai orang yang berdosa akan berdoa di dalam
kuburnya agar diselamatkan daripada seksa kubur, kenyataanya tidak demikian, semua orang yang
meninggal terputuslah darinya semua amalan ibadah, kecuali tiga perkara yang disebutkan oleh
baginda nabi shallallahu alaihi wasallam.

Untuk itu sedarlah wahai saudaraku… tawassul di kuburan akan memperlambat permohonan
kepada Allah, kerana Allah tidak suka melihat hamba meminta kepada selainNya atau meminta
melalui perentara ahli kubur.

 Menyiramkan air di atas kuburan dan menaruh bunga di atasnya

Bagi orang yang menziarahi kubur, tidak ada riwayat yang menganjurkan untuk menyiramkan air di
atas kuburan, kerana hal itu tidak akan memberikan manfaat kepada si mayit, namun ada riwayat
yang membolehkan menyiramkan air selepas jenazah dikembumikan, dengan alasan agar tanah
kuburan tidak hilang ditiup angin.

Sebagaimana hal ini pernah dilakukan oleh Baginda nabi sendiri setelah menguburkan anaknya yang
bernama Ibrahim.

An-Nawawi berkata dalam al-Majmu’:

‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َرشَّ َعلَى قَب ِْر ا ْبنِ ِه إ ْب َرا ِهي َم َعلَ ْي ِه ال َّساَل ُم ْال َما َء َوَأِلنَّهُ إ َذا لَ ْم يَرُشَّ َعلَ ْي ِه‬ َّ ِ‫َوي َُرشُّ َعلَ ْي ِه ْال َما ُء لِ َما َر َوى َجابِ ٌر َأ َّن النَّب‬
َ ‫ي‬
‫َأ‬
ُ‫ال ثَ ُرهُ فَاَل يُع َْرف‬َ َ‫ال َما َء ز‬ ْ

Maksudnya: “Dan dipercikkan air ke atasnya (kubur) kerana terdapat riwayat daripada Jabir bahawa
Nabi shallallahu alaihi wasallam telah memercikkan air ke atas kubur anaknya Ibrahim, kerana jika
tidak dipercikkan air ke atasnya, bekas (kubur)nya akan hilang sehingga tidak diketahui (kuburannya
di mana - pent). [al-Majmu’ 5/263, cet. Maktabah al-Irsyad, Jiddah]

Begitu juga dengan meletakkan bunga di atas kubur, ini tidak ada dalil dalam Islam
membolehkannya, justeru ia menyerupai perbuatan orang Nashrani.

 Membaca Qur’an di kuburan

Tidak disyariatkan membaca al-Quran di dalam kubur, malah ia adalah bida’ah yang mesti dijauhi
kerana nabi dan para sahabat tidak pernah melakukan perkara itu. Jika perbuatan itu baik, maka
Nabilah yang pertama membaca al-Quran di kubur para sahabatnya.

Ketika Rasulullah ditanya oleh Aisyah tentang bacaan yang dibaca saat menziarahi kuburan, beliau
menyuruh agar membaca doa:

َ‫ار ِم ْن ْال ُمْؤ ِمنِينَ َو ْال ُم ْسلِ ِمينَ َويَرْ َح ُم هَّللا ُ ْال ُم ْستَ ْق ِد ِمينَ ِمنَّا َو ْال ُم ْستَْأ ِخ ِرينَ َوِإنَّا ِإ ْن شَا َء هَّللا ُ بِ ُك ْم لَاَل ِحقُون‬
ِ َ‫ال َّساَل ُم َعلَى َأ ْه ِل ال ِّدي‬
Maksudnya: “Semoga keselamatan dilimpahkan kepa penghuni kubur dari kalangan kaum mukminin
dan muslimin. Semoga Allah merahmati orang-orang yang mendahului kami dan orang-orang yang
datang kemudian. Dan insya Allah kami akan menyusulmu.” [HR. Muslim, no. 974]

Dan tidak menyuruhnya Aisyah untuk membaca al-Qur’an, inilah petunjuk daripada Nabi shallallahu
alaihi wasallam.

Syaikhul islam Ibn Taimiyah berkata:

: َ‫ء َأصْ َحابِ ِه َولَ ْم يَقُلْ َأ َح ٌد ِم ْن ْال ُعلَ َما ِء ْال ُم ْعتَبَ ِرين‬hُ ‫ف َو َعلَ ْيهَا قُ َد َما‬ ِ َ‫ُور ال َّسل‬ ِ ‫َونَقَ َل ْال َج َما َعةُ ع َْن َأحْ َم َد َك َراهَةَ ْالقُرْ آ ِن َعلَى ْالقُب‬
ِ ‫ َوه َُو قَوْ ُل ُج ْمه‬.‫ُور‬
‫ف ِع ْن َد‬ِ ‫اح‬ ِ ‫ص‬ َ ‫ َواِتِّخَا ُذ ْال َم‬،‫صيَ ِام‬ ِّ ‫وم َأوْ ال ِّذ ْك ِر َأوْ ال‬
ٍ ُ‫ت َم ْعل‬ ٍ ‫ص فِي اتِّخَا ِذ ِه ِعيدًا كَا ْعتِيَا ِد ْالقِ َرا َء ِة ِع ْن َدهُ فِي َو ْق‬
َ ‫ض ُل َواَل َر َّخ‬ َ ‫إن ْالقِ َرا َءةَ ِع ْن َد ْالقَب ِْر َأ ْف‬
َّ
ْ َ ٌ ْ
‫القَب ِْر بِ ْد َعة َولوْ لِلقِ َرا َء ِة‬

5
Maksudnya: banyak yang menukil dari imam Ahmad tentang dibencinya membaca al-Qur’an di atas
kubur, ia adalah perkatan jumhur ulama salaf dan dipegang oleh pendahulu-pendahulu mereka,
tidak seorang pun dari ulama yang mu’tabar mengatakan bahawa membaca al-Qur’an di dekat kubur
lebih utama, dan tidak boleh menjadikan kubur sebagai perayaan membaca al-Qur’an di dekatnya
pada masa tertentu, berzikir, ataupun puasa, dan meletakkan al-Qur’an di perkuburan merupakan
bid’ah meskipun untuk dibaca. [Al-Fatawa al-Kubra, 5/362, cet. Darul Kutub al-Ilmiyah]

Di sebahagian daerah ada kebiasaan menghatamkan al-Qur’an di tanah perkuburan, membacanya


secara beramai-ramai dan bergantian, ada yang menggunakan speaker agar boleh didengar oleh
orang di sekitar, sehingga mereka yang mendengar akan mendatangi tempat itu sambil membawa
makanan untuk mereka yang membaca al-Quran, lalu makan beramai-ramai di atas kuburan itu.
Sungguh hal ini merupakan bid’ah yang luar biasa.

 Melakukan penyembelihan di kuburan

Tidak boleh seseorang melakukan sembelihan di kuburan seperti menyembelih kambing dan
sebagainya, kerana hal ini merupakan perbuatan orang jahiliyah.

Daripada Anas, bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:


ً‫ كَانُوا َي ْعقِرُونَ ِع ْن َد ْالقَب ِْر بَقَ َرةً َأوْ شَاة‬: ‫اق‬ َ َ‫ ق‬. ‫اَل َع ْق َر فِي اِإْل سْاَل ِم‬
ِ ‫ال َع ْب ُد ال َّر َّز‬
Maksudnya: “Tidak ada aqr (penyembelihan di kuburan) di dalam Islam. Abdurrazak (salah satu
perawi hadisa ini) berkata: mereka orang jahiliah dahulu menyembelih lembu atau domba di dekat
kuburan.” [HR. Abu Daud, no. 3222, hadis sahih]

SAFAR UNTUK ZIARAH KUBUR

Tidak dianjurkan umat Islam melakukan perjalanan jauh, jika tujuannya hanya untuk menziarahi
kubur sahaja, di sekitar kita banyak kubur yang boleh diziarahi, dan itu lebih baik daripada pergi ke
kubur yang jauh dan menghabiskan wang yang cukup banyak, mengapa kita tidak menggunakan
wang sebanyak itu sebagai sedekah untuk keluarga kita yang sudah meninggal, Bukankah itu lebih
baik?.

Nabi pun telah memberikan arahan agar tidak melakukan perjalanaan kecuali kepada tiga tempat,
beliau bersabda:

َ ‫ َوال َم ْس ِج ِد اَأل ْق‬،‫صلَّى هللاُ عليه وسلَّ َم‬


‫صي‬ ِ ‫ال تُ َش ُّد ال ِّر َحا ُل ِإالَّ ِإلَى ثَالثَ ِة َم َس‬
َ ‫ ال َم ْس ِج ِد‬:‫اجد‬
َ ‫ و َمس ِْج ِد ال َّرسُو ِل‬،‫الح َرام‬
Maksudnya: “Janganlah suatu perjalanan diadakan, kecuali ke salah satu dari tiga masjid berikut,
Masjidil Haram, masjid Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan Masjidil Aqsha.” [HR. Bukhari,
no. 1139]

Ramai orang yang pergi ziarah kubur sampai ke luar negara seperti Mesir dan Yaman yang kononnya
di sana ada makam nabi Hud dan nabi yang lain, kebanyakan ziarah kubur ke tempat-tempat ini tidak
bertujuan untuk mengingat mati atau akhirat, tetapi ingin mencari keberkatan seperti meminta
tolong kepada ahli kubur. Jika kita termasuk yang demikian, maka segeralah berhenti, lihatlah
tempat-tempat kubur di sekitar rumah kita, kemudian hayatilah dan renungkanlah bagaimana
keadaan kita apabila pulang ke tempat mereka.

Banyak saudara-saudara kita, jiran-jiran kita di sana yang ketika hidupnya sering berkumpul dengan
kita, dan menolong kita, ketahuilah bahawa mereka lebih memerlukan doa kita daripada orang-
orang yang dianggap wali, orang soleh yang berada di kubur yang jauh di sana.

6
KESIMPULAN

 Ziarah kubur amat digalakkan berdasarkan hadis-hadis sahih daripada nabi


 Tujuan ziarah kubur untuk mengingat kematian, akhirat, mendapatkan pelajaran, dan
mendoakan ahli kubur, bukan untuk mecari pertolongan, keberkatan kepada mereka.
 Orang yang ziarah kubur hendaklah mengucapkan salam sepertimana yang diajarkan oleh
baginda nabi, tidak boleh duduk di atas kubur mereka dan tidak boleh solat di dekatnya.
 Istighasah di kuburan merupakan perbuatan bid’ah jauh daripada ajaran sunnah, kerana
yang benar orang hiduplah mendoakan orang yang mati, bukan mereka yang mati
mendoakan orang yang hidup.
 Tidak disyariatkan membaca al-Qur’an di kuburan kerana nabi tidak melakukan yang
demikian
 Tidak menyirami kuburan dengan air ataupun menaburkan bunga
 Tidak menyembelih haiwan di kuburan
 Tidak digalakkan menziarahi kuburan yang jauh.

Semoga diambil manfaat.

Disediakan oleh Abu Abdillah

Anda mungkin juga menyukai