Anda di halaman 1dari 24

BAB 14:

RIBA DALAM SISTEM KEWANGAN


ISI KANDUNGAN

14.1 Pengenalan
14.2 Jenis-Jenis Riba
14.3 Dalil-Dalil Pengharaman Riba
14.4 Riba Dalam Sistem Kewangan Semasa
14.5 Isu-Isu Semasa
Pengenalan

Dalam kewangan Islam, segala aktiviti perlu menjaga


kepentingan individu dan masyarakat, Islam menghalalkan
barangan yang suci, halal dan baik.
Islam melarang aktiviti yang terlibat dengan gharar, maisir
dan riba, malah tidak juga dibenarkan aktiviti yang
meyebabkan penindasan, pembaziran, menyorok barang,
menipu.
DEFINISI RIBA

▪Bahasa: Riba berasal dari perkataan bahasa Arab


bermaksud: lebihan, pertambahan dan
perkembangan.

▪Istilah: Riba adalah lebihan di mana pulangannya


tidak ada pembalasan setimpal.
LARANGAN RIBA DALAM AL-
QURAN
Riba telah dilarang dalam al-Quran melalui 4 peringkat:
a) Peringkat pertama: Dalam Surah al-Rum:39 di mana Allah
SWT telah membezakan riba, zakat serta kebajikan. Seterusnya
memuji zakat dan kebajikan bukan riba;
ٓ ٰ ‫ۡ هَّلل َُأ‬ ْ ‫اس فَاَل يَ ۡرب‬َّ‫َو َمٓا َءاتَ ۡيتُم ِّمن ِّر ٗبا لِّيَ ۡربُ َو ْا فِ ٓي َأمۡ ٰ َو ِل ٱلن‬
‫ك‬ َ
َ ‫ون َوجهَ ٱ ِ ف ْولِئ‬َ ‫ُوا ِعن َد ٱهَّلل ۖ ِ َو َمٓا َءاتَ ۡيتُم ِّمن َز َك ٰو ٖة تُ ِري ُد‬ ِ
٣٩ ‫ون‬ َ ُ‫ض ِعف‬ ۡ ‫هُ ُم ۡٱل ُم‬
“Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia
bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah
pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang
kamu maksudkan untuk mencapai keredhaan Allah, maka (yang
berbuat demikian) itulah orang-orang yang melipat gandakan
(pahalanya)”
b) Peringkat kedua: Dalam Surah al-Nisa’: 160-161 di mana Allah SWT
telah mengaitkan amalan riba dengan puak Yahudi dan menganggap
amalan riba sebagai zalim.

ۡ‫ َع ۡنهُ َوَأ ۡكلِ ِهم‬K‫ َوَأ ۡخ ِذ ِه ُم ٱل ِّربَ ٰو ْا َوقَ ۡد نُهُو ْا‬١٦٠ ‫يرا‬ ٗ ِ‫يل ٱهَّلل ِ َكث‬
ِ ِ‫ص ِّد ِهمۡ َعن َسب‬ َ ِ‫ت ُأ ِحلَّ ۡت لَهُمۡ َوب‬ َ ‫فَبِظُ ۡل ٖم ِّم َن ٱلَّ ِذ‬
ْ ‫ين هَا ُد‬
ٍ َ‫وا َحرَّمۡ نَا َعلَ ۡي ِهمۡ طَيِّ ٰب‬
َ ‫ ۡل ٰ َك ِف ِر‬Kِ‫اس بِ ۡٱل ٰبَ ِط ۚ ِل َوَأ ۡعتَ ۡدنَا ل‬
١٦١ ‫ين ِم ۡنهُمۡ َع َذابًا َألِ ٗيما‬ ِ َّ‫َأمۡ ٰ َو َل ٱلن‬
160. “Maka disebabkan kezaliman orang-orang Yahudi, kami haramkan atas (memakan
makanan) yang baik-baik (yang dahulunya) dihalalkan bagi mereka, dan kerana
mereka banyak menghalangi (manusia) dari jalan Allah”
161. “dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah
dilarang daripadanya, dan karena mereka memakan harta benda orang dengan jalan
yang batil. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara mereka itu
siksa yang pedih”
c. Peringkat ketiga: Dalam Surah Ali ‘Imran 130 di mana Allah SWT melarang
mengenakan faedah berganda.

١٣٠ ‫ُون‬ ْ ُ‫ض َعفَ ٗۖة َوٱتَّق‬


َ ‫وا ٱهَّلل َ لَ َعلَّ ُكمۡ تُ ۡفلِح‬ ْ ُ‫وا اَل تَ ۡأ ُكل‬
ۡ ‫وا ٱل ِّربَ ٰ ٓو ْا َأ‬
َ ٰ ‫ض ٰ َع ٗفا ُّم‬ َ ‫ٰيََٓأيُّهَا ٱلَّ ِذ‬
ْ ُ‫ َمن‬K‫ين َءا‬
130. “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat
ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan”

d. Peringkat keempat: Dalam al-Baqarah: 275-281 di mana Allah SWT telah


mengharamkan riba secara konklusif.

َ ِ‫ُوا َما بَقِ َي ِم َن ٱلرِّ بَ ٰ ٓو ْا ِإن ُكنتُم ُّم ۡؤ ِمن‬


٢٧٨ ‫ين‬ ْ ‫وا ٱهَّلل َ َو َذر‬ َ ‫ٰيََٓأيُّهَا ٱلَّ ِذ‬
ْ ُ‫ ٱتَّق‬K‫ين َءا َمنُو ْا‬
278. “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa
riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman”
UNSUR KONTRAK YANG
MENGANDUNGI RIBA
Berikut merupakan unsur kontrak yang mengandungi riba. Sekiranya unsur ini
wujud dalam apa jua kontrak, maka ia adalah bersifat haram dan dilarang:

i. Tambahan atau lebihan dari yang sedia ada ke atas modal pinjaman.
ii. Penentuan tambahan berhubung masa.
iii. Persetujuan menjadi syarat ke atas bayaran tambahan yang ditentukan
sebelumnya oleh sipemberi hutang ke atas orang yang berhutang.
iv. Pertukaran barang ribawi yang tidak sama timbangan, sukatan atau
kuantiti semasa penyerahan atau penukaran dua barangan ribawi.
Jenis Riba

Riba Hutang
Riba Jual Beli
Piutang (Riba al-
(Riba al-Buyu’)
duyun)

Riba al-nasiah Riba al-qard

Riba al-fadhl Riba al-jahiliyyah


KLASIFIKASI RIBA
1) Riba Jual Beli (Riba al-Buyu’)

Riba al-buyu' wujud daripada transaksi jual beli barangan ribawi yang tidak sama timbangan,
sukatan atau kuantiti semasa penyerahan atau penukaran dua barangan ribawi.

Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan barangan ribawi melalui hadis:

‫ ِبال َّت ْم ِر َو ْال ِم ْل ُح‬T‫ َوال َّتمْ ُر‬T‫ِّر َوال َّش ِعي ُر ِبال َّش ِعي ِر‬T ‫ض ِة َو ْالبُرُّ ِب ْال ُب‬ َّ ‫ض ُة ِب ْال ِف‬
َّ ‫ب َو ْال ِف‬ َّ ‫الذ َهبُ ِب‬
ِ ‫الذ َه‬ َّ
‫ْف ِشْئ ُت ْم ِإ َذا‬ َ ‫ت َه ِذ ِه اَألصْ َنافُ َف ِبيعُوا َكي‬ ْ ‫ِب ْال ِم ْل ِح ِم ْثالً ِب ِم ْث ٍل َس َوا ًء ِب َس َوا ٍء َي ًدا ِب َي ٍد َفِإ َذا‬
ْ ‫اخ َت َل َف‬
َ ‫َك‬
‫ان َي ًدا ِب َي ٍد‬
Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan
kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai, sekiranya
berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” (Riwayat
Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)
RIBA AL-BUYU' TERBAHAGI KEPADA 2 JENIS IAITU:

i. Riba al-nasiah
▪Merupakan jual beli atau pertukaran dua barangan ribawi yang
sama jenis dan pertukaran tersebut dibuat secara tangguh
(bukan dalam masa yang sama).
▪Contoh:
▪A membeli cincin emas 916 seberat 10 gram dengan harga RM2,000
secara tangguh.
▪A memperolehi emas pada 1 Januari 2019 dan dikehendaki
membayarnya pada 1 Februari 2019.
▪Oleh demikian, telah wujud riba al-buyu' jenis al-nasiah disebabkan
penerimaan dan pembayaran nilaian emas dilakukan tidak dilakukan
serentak (bertangguh).
ii. Riba al-fadhl
✔ Merupakan jual beli atau pertukaran antara dua barangan ribawi
yang sama jenis dengan berbeza kadar berat (jika dijual dengan
timbang) atau kuantiti (jika dijual secara bilangan kuantiti).
✔Contoh:
▪ A berhasrat untuk menukarkan 10 gram emas 916 dengan 12 gram
emas 750.
▪ Pertukaran jenis ini adalah tidak dibenarkan dan haram kerana
sepatutnya kedua-duanya mesti sama timbangan.
▪ Perbezaan kualiti tidak memberikan kesan kepada hukum.
▪ Oleh demikian, telah wujud riba al-buyu' jenis al-fadl disebabkan
pertukaran nilaian emas (barang ribawi) dengan berlainan kadar.
2) Riba Hutang Piutang (al-duyun)
❖Riba al-duyun ialah riba yang muncul dari
hutang-piutang.
❖Ia merupakan penambahan amaun yang lebih
daripada jumlah asal hutang yang terhasil
disebabkan pemberian tempoh bagi
pembayaran semula.
RIBA AL-DUYUN TERBAHAGI KEPADA 2 JENIS IAITU:

i. Riba al-qard:
❑ Iaitu sebarang manfaat tambahan yang disyaratkan ke
atas pemberian jumlah pinjaman pokok.
❑ Syarat ini dibuat pada awal kontrak pinjaman. Ia dikenakan
oleh pemiutang kepada yang meminjam.
❑ Contoh:
▪ A berhasrat untuk meminjam RM10,000 daripada B.
▪ B bersetuju untuk memberi pinjaman tetapi menetapkan syarat
bahawa A harus membayar semula hutang tersebut sebanyak
RM11,000.
▪ Lebihan RM1,000 merupakan riba al duyun jenis al qard.
ii. Riba al-jahiliyyah
⮚Merupakan kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih dari jumlah
pokok, yang dikenakan oleh pemberi pinjam kepada peminjam akibat si
peminjam gagal membayar pada tempoh yang telah dipersetujui.
⮚Contoh:
▪ A telah bersetuju untuk memberikan pinjaman kewangan kepada B
sebanyak RM10,000 dan memberikan tempoh pembayaran semula
selama setahun.
▪ Sekiranya B gagal untuk membayar hutangnya kepada A pada atau
sebelum masa yang ditetapkan, maka B diwajibkan untuk membayar
kepada A sebanyak RM20,000.
▪ Lebihan yang dibayar sebanyak RM10,000 merupakan riba al-duyun jenis
al-jahiliyyah.
RIBA DALAM SISTEM KEWANGAN
Sistem perbankan
Perbankan konvensional menggunakan kontrak pinjaman sahaja bagi kesemua produk pinjaman seperti
pinjaman rumah, kereta, wang tunai, pinjaman pelajaran dll.
Pinjaman tersebut akan dikenakan faedah/bunga/interest.
Dalam Islam, bayaran lebih dari pinjaman dianggap riba. Jadi pinjaman di produk konvensional wujud
riba.

Penyelesaian: Sistem perbankan Islam


Bagi membolehkan sistem perbankan yang diamalkan selaras dengan hukum Islam, urusniaga faedah
(riba) adalah diharamkan sama sekali. Sebaliknya, bank masih boleh menjana keuntungan walaupun
tanpa urusniaga riba melalui konsep-konsep berikut:-
Mudharabah (perkongsian keuntungan), Wadiah (simpanan amanah), Musyarakah (usaha sama),
Murabahan (kos tambahan), Ijarah (pajakan)
RIBA DALAM SISTEM KEWANGAN
Sistem Insurans
Polisi insurans- akan melabur ditempat-tempat dan produk-produk konvensional yg tidak
patuh Syariah- hasilnya adalah terlibat dengan riba dan haram.

Penyelesaian: Sistem Insurans Islam (takaful)


Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans
Konvensional.
Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful.
Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan
keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at ini maka
Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.
KESAN AMALAN RIBA

1. Diperangi Allah dan rasul


2. Jurang kekayaan antara kelompok masyarakat
3. Kemudharatan akhlak dan sikap ummah
4. Produktiviti menjadi lemah & menyuburkan sifat
malas bekerja
5. Mengeksploitasi kesusahan pelanggan dan
individu yang memerlukan
6. Kejatuhan banyak syarikat dan kilang-kilang 
besar.
1. Diperangi Allah dan Rasul.
Pemakan riba umpama menginsytiharkan perang dengan Allah dan Rasul.
Sentiasa dimurkai Allah, dan merupakan salah satu dosa besar.
Riba tumbuh di dalam diri manusia dan menjadikan mereka mempunyai sifat rakus, gelojoh, tamak,
kedekut, ego dan sebagainya.
Sifat-sifat ini akan menebal dan akhirnya menjadi darah daging yang sukar untuk dikikis lagi. Sifat sifat
ini adalah sifat yang tidak disukai Allah dan Rasul.

2. Jurang kekayaan antara kelompok masyarakat.


Hal ini kerana, harta pemberi riba tidak akan berkurang kerana mereka beroleh kekayaan melalui sistem riba dan
mempergunakan untuk kepentingan diri sahaja.
Disebabkan itu, hanya pemakan riba yang akan mengaut keuntungan degan cara mudah tanpa rugi apa-apa pun.
Selain itu, amalan riba boleh menyebabkan kasih-sayang, sikap tolong-menolong dan mengasihani antara satu
sama lain akan hilang.
Riba boleh merosak dan merenggang hubungan antara orang kaya pemakan riba dengan orang miskin dan
menimbulkan perasaan benci dan iri hati di kalangan mereka.
Ini boleh mengganggu gugat kestabilan masyarakat secara keseluruhan.
3. Kemudharatan akhlak dan sikap ummah
Kerana beberapa perkara seperti di bawah akan berlaku jika tempat tersebut mengamalkan riba:
Seorang pengamal riba akan suka mengambil kesempatan terutamanya kepada orang-orang yang
terdesak dan amat memerlukan hutang.
Orang yang berhutang akan ditimpa kegelisahan, tekanan jiwa dan kemurungan disebabkan riba yang
menimpanya.
Masyarakat yang dikuasai sistem riba akan hilang nilai kemesraan kerana mereka akan menjadi
seorang yang tamak haloba.
Amalan riba merupakan eksploitasi orang kaya terhadap orang yang memerlukan hutang. Disebabkan
ini, orang-orang kaya akan bertambah kaya tanpa perlu berusaha manakala orang yang sederhana
atau miskin akan bertambah miskin.

4. Produktiviti akan jadi lemah & menyuburkan sifat malas bekerja.


Riba mendorong pemakannya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan berusaha sedangkan Islam
menggalakkan umatnya untuk berusaha dan bekerja.
Hal ini disebabkan, keuntungan dengan cara riba tidak perlu mendedahkan harta kepada kerugian
seperti melalui sektor industri atau pun perniagaan. 
Mereka hanya goyang kaki dan tunggu untuk menerima keuntungan mereka.
5. Mengeksploitasi kesusahan pelanggan dan individu yang memerlukan.
Industri kewangan akan menaikkan faedah dan pelanggan yang memerlukan pinjaman terpaksa
menanggung bayaran balik dengan kadar yang tinggi juga kelewatan bayaran menyebabkan
penambahan bebanan bayaran.
Pelanggan yang memerlukan tetap meminjam kerana keterdasakan hidup
Pengeluar / Pemilik kilang terpaksa menaikkan harga barang, lebih-lebih lagi apabila dalam
keadaan ekonomi yang tidak stabil untuk menampung riba yang tidak pernah berhenti. Dan orang-
orang putih memanggil perkara ini sebagai inflasi.

6. Kejatuhan banyak syarikat dan kilang-kilang  besar.


Iaitu dimana syarikat yang ditubuhkan atas dasar hutang akan mudah sekali menutup kilang
apabila mula mengalami kerugian.
Kerana setiap kali mereka lambar bayar, interest akan naik melambung tinggi.
Apabila kilang tidak mampu untuk membayarnya,bank akan mengambil alih melalui proses
menyita kilang tersebut lalu dilelongnya.
Amalan sekarang?

• Pinjam motor kawan, tapi syaratnya mesti pulangkan dengan minyak penuh
tangki? Riba atau tak?
• Pinjam duit mak RM1000 nak beli laptop, tapi kita bayar RM1200 kpd mak.
Riba ke tak?
• Seorang buat perniagaan tukar duit syiling, setiap RM5, kena cas
RM0.50sen, riba atau x?
WALLAHU A’LAM

Anda mungkin juga menyukai