Anda di halaman 1dari 22

FIQH MUAMALAT

(SYI6063)

TAJUK: RIBA
PENGENALAN
• Dalam kegiatan ekonomi, amalan riba bukan suatu perkara baharu, bahkan
telah wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Di Madinah orang Yahudi
menguasai ekonomi kerana mereka tinggal di sana dan mengamalkan sistem
riba dalam semua urusan perniagaan dan perdagangan dengan orang Arab. Ini
menyebabkan mereka hidup dalam kemiskinan dan tertindas dengan bebanan
hutang yang bertambah dan meningkat.

• Setelah kedatangan Islam, ramai orang Arab yang memeluk Islam di bawah
pimpinan Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur. Ekonomi Madinah
telah terlepas daripada cengkaman sistem riba setelah berjaya memerangi
amalan riba serta menegah orang Islam daripada melakukan kegiatan ekonomi
berbentuk riba.

• Islam memandang berat tentang pengharaman amalan riba. Ia bertujuan untuk


mengamalkan dan memelihara kepentingan manusia dari segi akhlak,
kemasyarakatan dan juga ekonomi. Para ulama telah mengkaji di sebalik
pengharaman amalan riba.
DEFINISI
 BAHASA: Riba berasal dari perkataan arab iaitu )‫ َو ُربُ ًّوا َو ِربَا ًًء‬،‫( َربَا يَ ْربُو َرب ًْوا‬
maksudnya mengikut penggunaan umum ialah pertambahan, pengembangan
atau kesuburan.

 Firman Allah dalam Surah al-Rum, ayat 39:

Maksudnya: “Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang


kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka
ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan).”
 Maknanya, semua bayaran tambahan kepada modal yang kamu berikan kepada
pemakan riba akan menambah dan mengembangkan harta mereka tetapi Allah
akan menghapuskan dan tidak akan memberkatinya.
• ISTILAH
 Mazhab Hanafi: Riba sebagai lebihan bayaran dalam pertukaran harta
mentakrifkan riba sebagai lebihan bayaran dalam pertukaran harta
menjadikan lebihan itu tanpa ada tukaran.
 Mazhab Syafi‘i: Suatu kontrak pertukaran harta tertentu yang tidak
diketahui ada persamaan nilainya mengikut syarak ketika kontrak diadakan
atau berlakunya penangguhan penyerahan antara dua harta yang
dikontrakkan atau salah satu daripadanya.
 Mazhab Hanbali: Ada lebihan dalam pertukaran sesuatu atau ada
penangguhan bayaran dalam pertukaran barang-barang tertentu.
• Kesimpulan takrif: riba bermaksud
lebihan nilai dan tangguhan masa dalam
akad hutang (riba al-duyun) ataupun
lebihan salah satu harta dalam pertukaran
item ribawi, ataupun melibatkan
penangguhan masa (riba al-buyu‘).
Imam Nawawi r.a berkata: “Ijmak (sependapat) semua
kaum muslimin bahawa riba hukumnya haram secara
keseluruhan. Para ulama hanya berbeza pendapat tentang
takrif riba dan huraiannya.”
HUKUM HUTANG/PINJAMAN DAN JUAL BELI RIBA

Hukum Taklifi
• Di sisi Islam, sama ada riba tersebut merupakan riba hutang atau jual beli
hukumnya ialah haram dan dosa besar. Orang yang melakukan perkara
tersebut mestilah segera bertaubat serta memohon keampunan Allah dan perlu
mengembalikan semula hak orang lain yang diambil melalui urusniaga atau
pinjaman.
Hukum Wad‘i
• Dalam Islam, hutang/pinjaman yang diberi dengan syarat riba itu akan terbatal
sekiranya mengambil caj tambahan daripada peminjam. Pihak yang memberi
pinjaman hanya berhak mengambil jumlah pokok sahaja. Di sisi Hanafiyyah
jual beli riba dihukum sebagai fasid dan batil disisi ulama’. Hal ini kerana
telah jelas larangannya yang didatangkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah.
DALIL/ASAS PENGHARAMAN RIBA
• Riba dalam Islam telah jelas pengharamannya berdasarkan nas al-
Quran, hadis dan ijmak fuqaha. Terdapat beberapa ayat al-Quran dan
hadis yang jelas mengharamkan riba.

Dalil al-Quran
• Sebahagian para ulama menyatakan bahawa riba diharamkan secara
berperingkat-peringkat melalui empat fasa berikut:
 Fasa pertama: Sedikit celaan bagi riba
• Ayat dalam surah al-Rum yang diturunkan di Mekah beberapa tahun
sebelum penghijrahan Nabi SAW. Ayat ini mengandungi sedikit celaan
kepada riba dan pujian bagi zakat atau sedekah. Firman Allah SWT
(Al-Rum, 30:39):
ًٍ‫ًۖو َماًآت َ ْيت ُ ًْم ِم ْنًزَ َكاة‬ َّ َ‫اسًًفَ ََلًيَ ْربُوً ِع ْند‬
َ ًِ‫ًَّللا‬ ِ َّ‫ًربًاً ِليَ ْربُ َوًفِيًأ َ ْم َوا ِلًالن‬ ِ ‫َو َماًآت َ ْيت ُ ْم‬
ِ ‫ًم ْن‬
ًَ ُ‫ض ِعف‬
‫ون‬ ْ ‫ًَّللاًِفَأُو َٰلَئِ َكً ُه ُم‬
ْ ‫ًال ُم‬ َّ َ‫ًو ْجه‬ َ ‫ت ُ ِريد‬
َ ‫ُون‬
Maksudnya: Dan apa yang kamu lakukan secara riba untuk
menambahkan harta manusia maka ia tidak bertambah di
sisi Allah dan apa yang kamu lakukan dengan pengeluaran
zakat untuk mendapatkan kerelaan Allah maka mereka itu
akan mendapat ganjaran berlipat ganda.
 Fasa kedua: Pengharaman riba ke atas kaum Yahudi
• Merujuk kepada Firman Allah SWT (Al-Nisa‘, 4:161):
ً‫ًم ْن ًُه ْم‬ َ ‫ًۚوأ َ ْعت َ ْدنَاًًِل ْل َٰ َك ِف ِر‬
ِ ‫ين‬ َ ً‫اسً ِب ْٱل َٰبَ ِط ِل‬
ِ َّ‫ع ْنه ًَُوأ َ ْك ِل ِه ْمًأ َ ْم َٰ ًَو َلًٱلن‬ ۟ ‫ًوقَ ْدًنُ ُه‬
َ ً‫وا‬ َ ‫ًٱلربَ َٰو ۟ا‬
ِ ‫َوأ َ ْخ ِذ ِه ُم‬
‫عذَابًاًأ َ ِلي ًما‬ َ
Maksudnya: mereka(orang yahudi) mengamalkan riba
sedangkan ia dilarang oleh Allah dan mereka makan harta
manusia secara batil dan kami akan menyediakan kepada
kalangan orang kafir azab yang pedih.
• Ayat ini merupakan perkhabaran tentang pengharaman riba ke atas
umat terdahulu iaitu Yahudi. Ayat ini juga merupakan satu isyarat
bahawa riba akan diharamkan ke atas umat Islam sepertimana ia telah
diharamkan ke atas kaum Yahudi.
 Fasa ketiga: Pengharaman riba yang melampau
• Merujuk kepada ayat dalam surah Ali ‘Imran di mana Allah SWT
berfirman (Ali ‘Imran, 3:130):
ًَ ‫ٱّللَ ًلَعَلَّ ُك ًْم ت ُ ْف ِل ُح‬
‫ون‬ ً۟ ُ‫ضعَفَ ًةًًۖ َوٱتَّق‬
ًَّ ‫وا‬ ْ َ ‫ٱلربَ َٰ َٰٓوً۟ا ًأ‬
َ َٰ ‫ض َٰعَفًا ُّم‬ ِ ‫وا‬ً۟ ُ‫ل تَأ ْ ُكل‬
ً َ ‫وا‬ ًَ ‫َٰيََٰٓأَيُّ َها ٱلَّ ِذ‬
ً۟ ُ‫ين َءا َمن‬
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan
bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat
keberuntungan.
• Ayat ini mengandungi larangan yang jelas terhadap pengambilan riba.
Namun begitu ia masih merujuk kepada riba yang melampau dan masih
tidak terdapat padanya ancaman keras dan janji azab bagi pengamalnya.
Pandangan ulama tentang isu riba ad‘af muda‘afah

- Ketika membahas Surah Ali ‘Imran ayat 130, para ulama menekankan pembahasan
pada kata ad‘af muda‘afah (riba yang berlipat kali ganda)

- Muncul dua kelompok besar. Pertama, kelompok yang menjadikan bahwa lipat
ganda sebagai syarat haramnya riba. Sebaliknya, kelompok kedua memegangi
penyebutan kata tersebut hanya merupakan keterangan tentang perilaku orang Arab
Jahiliyyah, dan tidak menjadi syarat keharaman riba.

- Pendapat pertama, memahami bahwa riba yang diharamkan al-Quran hanya riba
yang berlipat ganda. Pendokong kepada golongan ini ialah seperti al-Syaykh ‘Abd
al- ‘Aziz Jawisy, Muhammad Rasyid Rida dan beberapa tokoh lain lagi.

- Pendapat kedua menegaskan bahawa ketentuan ad‘af muda‘afah dalam surah ali-
Imran hanyalah apa yang dipraktikkan oleh orang-orang Arab.Pendokong kepada
golongan ini antaranya ialah al-Jassas, al-Qurtubi dan al-Syaukani.
 Fasa keempat: Larangan yang sangat keras
• Fasa ini merujuk kepada ayat-ayat di bahagian akhir surah al-Baqarah.
Allah SWT berfirman (al-Baqarah, 2:275-279):
ً‫ب‬ ۟ ُ‫واًفَأْذَن‬
ٍ ‫واً ِب َح ًْر‬ ۟ ُ‫)ًفَإِنًلَّ ْمًت َ ْفعَل‬278(ً َ‫ًٱلرًبَ َٰ َٰٓو ۟اً ِِنً ُكنتُمً ُّمْْ ِمنِين‬
ِ َ‫ًمن‬ ِ ‫ى‬ ‫ق‬
ِ َ ‫ب‬ ً‫ا‬ ‫م‬ َ ً ۟ ‫ًوذَ ُر‬
‫وا‬ َ َ َّ
‫ًٱّلل‬ ‫وا‬ ۟ ُ‫َٰيََٰٓأَيُّ َهاًٱلَّذِينَ ً َءا َمن‬
۟ ُ‫واًٱتَّق‬
َ
)279(ً َ‫ظلَ ُمون‬ ْ ُ ‫ًو َلًت‬ ْ َ ‫وسًأ َ ْم َٰ َو ِل ُك ْم ًَلًًت‬
َ َ‫ظ ِل ُمون‬ ُ ‫ًۖو ِِنًت ُ ْبت ُ ْمًفَلَ ُك ْم‬
ُ ‫ًر ُء‬ َ ً‫سو ِلِۦه‬ ُ ‫ًو َر‬ َّ َ‫ِمن‬
َ ِ‫ًٱّلل‬
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah
dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang
beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka
ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu
bertaubat, maka bagimu modal kamu dan kamu tidak menganiaya dan tidak
(pula) dianiaya.
• Ayat ini merupakan satu pengharaman yang jelas terhadap riba. Dan
sebahagian para ulama menyatakan bahawa ia adalah ayat terakhir yang
diturunkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran.
Hadis Nabi SAW
ُ ‫ لَعَ َن َر‬:‫ قَا َل‬،‫ع َْن َجا ِبر‬
‫سو ُل هللاِ آ ِك َل الرﱢبا َ َوﻣﺆْ ِكلَهُ َوكَاتِبَهُ َوشَا ِه َد ْي ِه‬
• Daripada Jabir RA, beliau berkata:“Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi riba, penulis
atau pencatat riba dan dua orang saksi bagi riba.” (Riwayat Imam Muslim)
• Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Jauhilah kamu daripada tujuh dosa besar ini (perkara yang membinasakan). Para
sahabat bertanya: Apakah ia wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW bersabda: Syirik kepada Allah
SWT, sihir, membunuh jiwa yang telah diharamkan oleh Allah SWT melainkan dengan kebenaran,
memakan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri dari peperangan dan menuduh wanita
yang beriman dengan berzina”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Pembahagian / Jenis-jenis Riba
Riba al-Jahiliyyah
Al-Duyun (‫)ربا الجاهلية‬
(‫)ربا الديون‬ Riba al-Qard
Riba (‫)ربا القرض‬

Al-Buyu‘ Riba al-Fadl


(‫)ربا البيوع‬ (‫)ربا الفضل‬
Riba al-Nasa’/nasi’ah
(‫ النسيئة‬/ ‫)ربا النساء‬

Riba al-Yad
(‫)ربا اليد‬
RIBA AL-DUYUN
• Riba Al-Jahiliyyah: Tambahan yang disyaratkan dalam tempoh kontrak
berlangsung kerana kelewatan peminjam membayar balik hutang yang
dipinjam.
• Contoh: Jefri memberi pinjam RM300 kepada Kamal. Dalam tempoh
setahun Jefri meminta Kamal membayar semula hutang tersebut.
Malangnya, Kamal tidak dapat membayar semula hutang tersebut. Jadi
Jefri telah mensyaratkan tambahan RM50 kerana kelewatan tersebut.

• Riba Al-Qard: Tambahan pada hutang yang disyaratkan pada awal kontrak
pinjaman.
• Contoh: Amran memberi pinjam kepada Ramli RM100 dengan syarat Ramli
membayar semula hutang tersebut dengan jumlah RM150.
RIBA AL-BUYU‘
• Riba yang melibatkan jual beli barang-barang ribawi iaitu emas, perak,
gandum, barli, tamar dan garam
• Riba al-Nasa’
• Berlaku disebabkan kelewatan dalam transaksi barangan ribawi :
emas,perak, gandum, tamar, barli, dan garam.
• Contoh: Zaleha membeli emas berharga RM3000 dengan cara tangguh
atau bayaran ansuran.

• Riba al-Fadl
• Berlaku kerana tidak mematuhi syarat yang pertama iaitu kumpulan barang
yang sama ditukar tetapi berlainan kuantitinya.
• Contoh: Faridah trade-in (menukarkan ) emas 8 gram dari gred 916 dengan
15 gram emas gred 999.
“Emas dengan emas (ditukar atau diniagakan), perak dengan perak, gandum
dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama
timbangan dan sukatannya dan ditukar secara terus (pada satu masa) dan
sekiranya berlainan ketegori ini, maka berjual belilah kamu sebagaimana yang
disukai.”
‘ILLAH BARANG RIBAWI & SYARAT-SYARATNYA
1. Mata wang (‫)الثمنية‬: Emas dan perak (& yang diqiyaskan dengannya)
2. Makanan asasi (‫)القوتًاألساسي‬: Gandum, barli, tamar dan garam (& yang
diqiyaskan dengannya).

• Syarat pertukaran bagi barang ribawi yang sama jenis (cth: emas dgn emas,
gandum dgn gandum):
 Sama nilai (‫)مثَلًبمثلً– التساويًفيًالقيمة‬
 Tunai (‫ التقابض‬-ً‫)يداًبيد‬

• Syarat pertukaran bagi barang ribawi yang samajenis, tetapi kategori berbeza (cth:
emas dgn perak, gandum dan tamar):
 Tunai (‫ التقابض‬-ً‫)يداًبيد‬

• Pertukaran bagi barang ribawi yang tidak sama jenis, dan kategori berbeza (cth:
emas dgn gandum, perak dgn tamar) – tiada sebarang syarat terlibat.
Keuntungan jual beli VS riba
Keuntungan jual beli Riba

1. Keuntungan diperoleh daripada hasil 1. Lebihan diperoleh daripada penangguhan


barang yang dijual dan manfaatnya. yang diberi.
2. Kontrak perniagaan pertukaran harta 2. Pinjaman / hutang adalah kontrak belas
(‫)معاوضات‬. ihsan (‫)تبرعات‬.
3. Pulangan tidak tetap. 3. Pulangannya tetap.
4. Aktiviti jual beli berkaitan dengan 4. Pinjaman adalah aktiviti yang berasingan
perniagaan aset sebenar. daripada pertumbuhan sebenar.
5. Pertukaran melibatkan 2 jenis yang 5. Pertukaran antara jenis yang sama iaitu
berbeza iaitu di antara aset dan matawang. matawang dengan matawang.
6. Jualan aset membentuk peluang kekayaan 6. Tidak membentuk peluang kekayaan dibina
kepada banyak pihak (wealth creation). untuk yang lain selain memberi pinjam.
Hanya (wealth transfer).
RIBA DALAM KONTEKS SEMASA
• Hutang/pinjaman di bank konvensional
• Faedah simpanan wang di bank
konvensional
• Pelaburan yang menjamin pulangan tetap
• Insuran Konvensional
• PTPTN???
KESIMPULAN

Umat Islam wajib tahu hukum-hakam berkaitan


riba.
Umat Islam wajib menghindari dari terjebak
dengan riba.
Pemerintah wajib menyediakan pembiayaan yang
menepati syariat Islam.

Anda mungkin juga menyukai