Anda di halaman 1dari 174

SEMINAR KEBANGSAAN MAZHAB SYAFI’I

TEMA:
MAQASID SYARIAH PEMANGKIN NEGARA MAKMUR
5 SYAABAN 1439H / 21 APRIL 2018M
ANJURAN:
PUSAT PENYELIDIKAN MAZHAB SYAFI’I
UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

UCAPTAMA
YANG MULIA DATO (DR) HAJI NOOH BIN GADOT
PENASIHAT MAJLIS UGAMA ISLAM
NEGERI JOHOR, MALAYSIA
Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018

MAQASID SYARIAH: AMALAN NEGARA MADINAH SEBAGAI MOTIVASI


KEPADA NEGARA ISLAM KONTEMPORARI
YB DATO’ (DR) HAJI NOOH BIN GADOT
Penasihat Agama Kepada DYMM Sultan Johor
Penasihat Majlis Agama Islam Johor
Bekas Mufti Johor

َ ‫ٱلرِنَٰمۡح‬ َ
َ ‫ٱّلله‬
‫يم‬
‫ح ه‬‫ٱلر ه‬ ‫ِمۡسِب‬

،‫احلمدهلل القائل يف كتابه العزيز‬


ٗ َ ۡ ُ َۡ َ ُ ُ َ َ ُ ََ َ ََ َٓ َ َ ُ ْ ُ ُ َِ ٗ َ َ ٗ َُ ۡ ُ َۡ َ َ َ َ ََ
‫وكذَٰل هك جعلنَٰكم أمة وسطا هّلكونوا شهداء لَع ٱنل ه‬
ۗ‫اس ويكون ٱلرسول عليكم ش ههيدا‬
)341 ‫ (سورة البقرة أية‬٣٤١...
Maksudnya: Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan
pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi
saksi atas (perbuatan) kamu…

‫ني َسيِّ ِّدان ُُمَ َّم ٍد‬ِّ ِّ ِّ ْ ‫ف اخل ْل ِّق أ‬ِّ ِّ ‫ب‬ ِّ
َ ‫ات األَنْبِّياء َوالْـمـُْـر َسل‬
َِّ ‫ني َو َخ‬
َ ‫َْجَع‬ َ ‫السالَ ُم َعلَى أَ ْشَر‬ َّ ‫الصالَةُ َو‬
َّ ‫ني َو‬ َ ‫العالَم‬ َ ‫احلَ ْم ُد هلل َر‬
ِّ ‫ان إِّ ََل يـوِّم‬
.‫الديِّ ِّن‬ ٍ ‫وعلَى آلِِّّه وأَصحابِِّّه والتابِّعِّني ومن تَبِّعهم ِِّبِّحس‬
َْ َ ْ ْ َُ ْ ََ َ َ َْ َ ََ
:‫وقال صلى هللا عليه وسلم‬

َّ ُ‫احلَنِّ ِّيفيَّة‬
ُ‫الس ْم َحة‬ ْ ِّ‫ين إِّ ََل هللا‬ ِّ ‫ب‬
ِّ ‫الد‬ ُّ ‫َح‬
َ‫أ‬
Maksudnya : Agama yang amat disukai Allah SWT ialah agama yang bercirikan benar, lurus
(mengikut panduan dan ajaran Islam yang sebenar), serta penuh dengan sikap toleransi yang
tidak merugikan agama Islam.
(Riwayat al-Bukhari)

1
Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018

Abstrak

[Kertas ini membicarakan amalan Negara Madinah sebagai motivasi kepada Negara Islam
kontemporari dari perspektif maqasid syariah. Kertas ini dimulakan dengan definisi, visi dan misi
maqasid syariah sebagaimana digariskan oleh para ulama. Dalil-dalil turut dikemukakan bagi
mengukuhkan hujah. Pembahagian maqasid syariah serta contoh dan aplikasinya di dalam
Negara Islam kontemporari turut disertakan. Pada bahagian kedua, penerangan tentang Piagam
Madinah dihuraikan beserta dengan prinsip dan fasa-fasanya. Seterusnya, dipaparkan aspek
utama di dalam Piagam Madinah yang menjadi contoh kepada Negara Islam kontemporari serta
impak dan kesan positif daripada pelaksanaannya yang menggambarkan keindahan dan
ketinggian Islam dan umatnya. Kesimpulannya, Piagam Madinah sememangnya contoh yang
ideal bagi sebuah Negara Islam kontemporari yang menginginkan keselamatan, kemakmuran,
kesejahteraan serta keredaan Allah SWT]

Definisi Maqasid Syariah

Al-Maqasid dari sudut bahasa: Jama’ perkataan maqsad/maqsid – diambil daripada fi’il
qasada yaqsudu qasdan. Asal kalimah (qa-sa-da) di dalam bahasa Arab bermaksud keazaman,
menuju (ke arah), pangkuan ke arah sesuatu. Manakala al-qasd boleh membawa pelbagai makna
antaranya: mendatangi sesuatu, jalan yang lurus, sandaran. Menurut al-Marbawi (1935), qasd
khafiy membawa makna maksud yang tersembunyi 1 . Antara definisi al-Maqasid adalah
sebagaimana berikut:

a. Hikmah dan kebijaksanaan pensyariatan


b. Al-Maslahah (kebaikan dan kebajikan).
c. Menafi, menghilang serta mengelakkan kemudaratan.
d. Menolak dan menghilangkan kesukaran, kesusahan, dan kesempitan
e. Menetapkan kemudahan dan keringanan.
f. Al-Kulliyyat al-Khams al-Kubra
g. Al-‘Ilal (sebab-sebab, rasional).

1
Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi, Kamus al-Marbawi, Pustaka Nasional Singapura, 1935, jld. 2, ms 135

2
Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018

Menurut Ibnu ‘Asyur, maqasid al-tasyri’ itu ialah:

Pengertian-pengertian dan hikmah-hikmah yang dititikberatkan dalam semua atau


sebahagian besar perundangan Islam. Ia tidak hanya dikhususkan kepada hukum-hukum tertentu
sahaja.
Manakala ‘Alal al-Fasi pula mendefinisikan maqasid sebagai:

Memahami matlamat daripada syariat dan rahsia dalam perkara yang telah ditetapkan
oleh syarak dalam setiap hukum.
Menurut al-Raisuniy pula, maqasid ialah;

Tujuan-tujuan yang telah ditetapkan oleh syariat bagi merealisasikan syariat demi
kebaikan kepada para hambaNya.
Jelaslah daripada definisi-definisi di atas, para ulama’ bersepakat tentang maksud maqasid; iaitu
visi dan misi, kemaslahatan, tujuan dan hikmah syara’/pensyariatan.

Definisi Syariah:

SyarÊÑah dari sudut bahasa:

ِ
Ianya diambil daripada wazan “‫ ” َفعي َلة‬dengan makna “‫ ” َم ْف ُعو َلة‬yang bermaksud:
Tempat yang membawa kepada air (saluran, tali air), ianya juga merupakan sumber air
yang dibuat oleh manusia bagi memudahkan penyaliran air. Maka manusia boleh minum dan
mengambil air untuk kegunaan lain dengannya.
Menurut al-Laith, syariah adalah;

Perkara yang disyariatkan (ditetapkan) oleh Allah SWT kepada para hambanya seperti
puasa, solat, haji, nikah dan lainnya.
Manakala Ibnu ‘Asyur telah berkata:

(…dan syariah itu ialah al-din, al-millah yang diikuti dan terbentuk daripada syara’ iaitu:
membina jalan untuk kemudahan orang, dan syara’ juga dinamakan al-nahju (al-manhaj).
Seorang lagi ulama istilah iaitu al-Raghib al-Asfahaniy mentakrifkan syariah sebagai;
Jalan Allah SWT sebagaimana pada syariatul ma’ iaitu saliran air.

3
Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018

Menurut Kamus Istilah Islam, Syariah ialah;


Perundangan atau hukum yang mesti dipatuhi oleh setiap orang Islam, baik yang
berhubungan antara manusia dengan Allah atau yang berhubungan sesama manusia. Sumbernya
adalah dari Allah yang disampaikan kepada Rasulullah SAW melalui Jibrail AS untuk menjadi
perlembagaan hidup manusia dan jin (assaqalain) dunia dan akhirat.

Berdasarkan beberapa takrifan di atas, al-Qasimi (2012)2 menyimpulkan definisi Syariah


secara istilah iaitu;
Segala perkara yang disyariatkan oleh Allah SWT ke atas para hambanya daripada urusan
agama, iaitu hukum-hakam yang pelbagai.

Kesimpulannya,

Maqasid Syariah merujuk kepada tujuan-tujuan dan objektif pensyariatan hukum-hakam yang
pelbagai. Ia juga dirujuk sebagai objektif dan matlamat yang dibawa oleh syariat demi kebaikan,
kebajikan dan kepentingan sejagat.

VISI

َ ۡ َ‫ب‬
ٞ‫ َو َر ٌّب َغ ُفور‬ٞ‫ َط ِي َبة‬ٞ ‫ۡلة‬
‫ه‬
Melahirkan sebuah Negara yang baik, aman, damai, sejahtera, selamat dan makmur, dan dalam
masa yang sama mendapat keampunan Allah SWT.
MISI
i. Ke arah menjadikan organisasi Islam peneraju kepada model tadbir urus yang unggul
ii. Ke arah memastikan pengurusan dapat direalisasikan secara islamik, telus, berintegriti,
sistematik, lengkap, komprehensif, profesional dan dinamik
iii. Ke arah menjaga hak asasi seseorang manusia, masyarakat, bangsa dan Negara selaras
dengan undang-undang syara’ dan Negara
iv. Ke arah merealisasikan nilai-nilai murni dan baik yang boleh diterima oleh semua agama
dan bangsa
v. Ke arah menjaga kebaikan (maslahah) dan menolak segala keburukan (mafsadah)
vi. Ke arah memahami, menghayati dan melaksanakan tuntutan agama;
a. Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (al-Asya’irah dan al-Maturidiah)

2
Abdul Ilah al-Qasimi, Madkhal ‘Am Li Dirasati Maqasid Syariah, Dar al-Kalema, Kaherah, 2012.

4
Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018

b. Syariah dan ibadah bermazhab (mazhab empat yang muktabar)


c. Akhlak, disiplin, etika, moral yang tinggi dan mulia
vii. Ke arah menghindarkan diri daripada;
a. Kematian dalam keadaan su’ul khatimah
b. Azab kubur
c. Azab neraka
d. Kemurkaan dan kebencian Allah SWT
viii. Ke arah mempastikan mendapat;
a. Kematian dalam keadaan husnul khatimah
b. Mendapat syurga dengan segala kenikmatannya
c. Mendapat keredaan dan keampunan Allah SWT
ix. Ke arah menzahirkan Islam dan ummahnya yang bercirikan;
a. ‘Alamiah – Sejagat, global
b. Rabbaniah – Paradigma Tauhid, agama samawi dan berlandaskan wahyu bukan
ketetapan manusia
c. ‘Aqliah – Rasional, boleh diterima, logik serta fitrah
d. Insaniah – Manusiawi dan kemanusiaan
e. Syumul – Menyeluruh, komprehensif, bersepadu duniawi dan ukhrawi, holistik
f. Ijabiah – Positif dan keterbukaan (flexible)
g. Waqiiyyah – Relevan, Kebolehpasaran
h. Ittiba’ dan Wala’ – Patuh, tunduk, setia dan kesetiakawanan
i. Wasatiyyah – Kesederhanaan, Berimbang dan Adil, tiada kezaliman dan
penganiayaan

Pada pandangan al-Syatibi, Allah mencipta syariat dengan tujuan untuk merealisasikan
maqasidnya untuk sekalian manusia iaitu untuk memberikan kebaikan (maslahah) kepada mereka
dan mengelakkan kerosakan/keburukan (mafsadah) daripada menimpa mereka. Menurutnya
segala apa yang disyariatkan tidak terlepas daripada maqasid ini yang dibahagikan kepada tiga
kategori3, iaitu:

3
Al-Muafaqat – al-Syatibi, jil:2, m.s:326.

5
Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018

i) Maqasid al-Dharuriyyat (Objektif/Keperluan Asas)

Ia merupakan perkara yang paling diutamakan kerana menyentuh survival seseorang mahupun
masyarakat iaitu segala apa yang paling penting dalam kehidupan manusia iaitu;

a) agama )‫(الدين‬,
b) nyawa )‫(النفس‬,
c) akal fikiran dan minda )‫(العقل‬,

d) harta )‫(املال‬, dan


e) keturunan (maruah dan nasab) )‫(النسب‬.

ii) Maqasid al-Hajiyat (Objektif Perlu)

Para ulama klasik tidak menentukan berapa jenis atau bagaimana coraknya yang dikatakan objektif
hajiat itu. Sebaliknya mereka berpendapat ianya perlu dirumuskan berasaskan realiti hidup semasa
berdasarkan prinsip hidup yang sejajar dengan garis panduan Islam. Contohnya membeli rumah
dan kenderaan.

iii) Maqasid al-Tahsiniyat (Objektif Mewah/Tambahan)

Objektif ini mendapat keutamaan paling rendah kerana ia melibatkan kemewahan dan keselesaan
sahaja. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan, keutamaannya akan ditingkatkan sejajar
dengan maqasid hajiat kalau diperlukan. Contohnya memiliki rumah yang lebih selesa dan luas.

MAQASID AL-DHARURIAT AL-KHAMS (LIMA PRINSIP MAQASID AL-


DHARURIAT)

Istilah menjaga, memelihara, mempertahan dan memperkasakan maqasid yang lima ialah
penjagaannya yang meliputi dua cara;

Pertama; Menghasil dan mewujudkan maslahah (kebaikan dan kebajikan) – ‫جلب المصالح‬

Kedua; Mengelak dan menjauhkan segala kemudaratan, keburukan dan kerosakan – ‫درء المفاسد‬

6
Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018

1. MENJAGA AGAMA

Penjagaan agama dari sudut kewujudannya – supaya ianya kekal wujud – boleh berlaku dengan
cara: Pensyariatan iman, melafazkan dua kalimah syahadah, mendirikan solat, menunaikan zakat,
puasa, haji, dan lain-lain lagi.

Manakala penjagaannya daripada lenyap boleh berlaku dengan cara: Pensyariatan dan galakan
berjihad, pengharaman riddah (murtad) dan pensyariatan hukum hudud dan ta’zir, pengharaman
bid’ah dholalah (sesat) dan hukuman ke atas pelakunya.

Aktiviti menjaga agama


a. Mewujudkan penguatkuasaan untuk melaksanakan hukuman jenayah syariah, mal
dan mempastikan ahwal syakhsiah dapat dilaksanakan mengikut al-Quran dan al-
Sunnah
b. Penubuhan Sekolah Agama, Sekolah Tahfiz al-Quran dan Sekolah Bahasa Arab
c. Mendirikan kolej, universiti Islam serta pusat-pusat pendidikan agama
d. Mendirikan surau dan masjid
e. Hub halal dalam semua produk sama ada makanan, minuman, perubatan,
perhiasan, kosmetik dan sebagaunya
f. Siaran agama melalui Media Perdana, Media Massa dan Media Sosial
g. Program Dakwah dan sebaran ke seluruh pelusuk negeri, daerah, desa bahkan
kawasan pedalaman.

2. PEMELIHARAAN JIWA (NYAWA)

Penjagaan jiwa (nyawa) dari sudut kewujudannya – supaya ianya kekal wujud – boleh berlaku
dengan cara:

Menjaga hak manusia di dalam kehidupan, juga menjaganya daripada binasa secara individu atau
umum.

Sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-Mulk ayat 14:

       

7
Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018

Maksudnya: Tidakkah Allah Yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-
galanya)? sedang ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha mendalam
PengetahuanNya!

َۡ َ َ َۡ ۡ َ ۡ َ َۢ َ ۡ َ َ َ َ َ ُ َ َ َ ََٰٓ ۡ ٓ َ َٰ َ َ َ ۡ َ َ َ َٰ َ ۡ َ ۡ
‫ۡرض‬ ‫ي نف أ أو سسا ف هي ٱۡل ه‬ ‫مهن أج هل ذل هك كتبنا لَع ب هِن إهسءهيل أنهۥ من قتل نفسا بهغ ه‬
َ‫هيعا ۚ َولَ َق ۡد َجا ٓ َء ۡت ُه ۡم ُر ُسلُنا‬
ٗ ‫اس ََج‬ َ َ‫ك َأ َن َما ٓ أَ ۡح َيا ٱنل‬
َ َ َ َۡ َ ۡ ََ ٗ َ َ َ َََ ََََ َ
‫سكأنما قتل ٱنلاس َجهيعا ومن أحياها س‬

َ ُ ۡ َُ َۡ َ َٰ َ َ ۡ َ ُ ۡ ِ ٗ َ َ َ ُ َٰ َ ِ َ ۡ
١٣ ‫ۡسسون‬
‫ه‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫ه‬
‫ۡرض‬‫ۡل‬ ‫ٱ‬ ‫ي‬‫ت ثم إهن كثهيا مهنهم بعد ذل ه‬
‫هك‬ ‫ب هٱۡليهن ه‬

Maksudnya: Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani
Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang
membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka
seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan
hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia
semuanya dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan
membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka
sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan
kerosakan) di muka bumi.

Manakala penjagaannya daripada lenyap boleh berlaku dengan cara pengharaman membunuh dan
pensyariatan qisas, juga larangan daripada menyeksa mayat (merobek, mencincang atau mengerat
mayat), dan pensyariatan hukuman ke atas perompak dan penyamun, serta lain-lainnya.

Justeru yang dimaksudkan ialah jiwa/nyawa yang haram dibunuh dari sudut pandangan syariat.
Atau disebut juga golongan yang terpelihara (ma’sum) darahnya.

Selain menjaga nyawa, menjaga segala anggota tubuh badan daripada binasa juga merupakan
perkara yang mesti dijaga kerana kehormatan anggota adalah sama dengan kehormatan nyawa.
Sebagai contoh, ada anggota badan yang sekiranya ia binasa, pelakunya boleh dikenakan diat
(gantirugi) secara keseluruhan (kamilah).

8
Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018

Aktiviti Penjagaan Nyawa


h. Undang-undang keselamatan dan keamanan Negara melalui PDRM, ATM, RELA,
JPAM, BPM, APMM dan lain-lain lagi.
i. Jabatan Peguam Negara, Pejabat Guaman, Mahkamah Syariah dan Sivil untuk
menegakkan kebenaran dan keadilan
j. Mewujudkan penjara yang berorientasikan Islam dan kebaikan sejagat
k. Projek-projek perumahan rakyat, jalan raya dan lebuh raya
l. Pembinaan hospital, pusat-pusat kesihatan, klinik-klinik (kerajaan dan swasta) serta
bantuan perubatan
m. Agensi-agensi kerajaan yang lain.

3. PENJAGAAN AKAL

Penjagaan akal dari sudut kewujudannya – supaya ianya kekal wujud – boleh berlaku dengan cara
pembelajaran ilmu pengetahuan dan penyebarannya. Justeru banyak nas yang menggalakkan
menuntut ilmu pengetahuan, namun memadai kita mengambil firman Allah SWT:

...         ...

Maksudnya:…"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang Yang mengetahui


Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" …

Surah al-Zumar: Ayat 9

Dan juga firmanNya:

    ...

Maksudnya: dan berdoalah Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".

Surah Taha: Ayat 114

Manakala penjagaannya supaya tidak hilang adalah dengan memeliharanya daripada dimasuki
kecacatan yang membawa kepada kerosakannya. Kekurangan yang memasuki akal seseorang akan
membawa kepada kerosakan sebahagian (juz’i), manakala kekurangan dan kecacatan yang
memasuki akal masyarakat akan membawa kepada kerosakan yang lebih besar.

9
Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018

Aktiviti Penjagaan Akal


a. Mewujudkan Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi
b. Pendidikan daripada mula lahir sehingga ke liang lahad
c. Undang-undang pencegahan (Syariah dan Sivil) – Pencegahan minum arak, dadah
dan sebagainya.
d. Penubuhan pusat pemulihan psikiatri/mental
e. Penubuhan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan pusat-pusat pemulihan
(pusat serenti)

4. PEMELIHARAAN KETURUNAN

Pemeliharaan keturunan dari sudut kewujudannya – supaya ianya kekal wujud – boleh berlaku
dengan cara pensyariatan perkahwinan dan galakan kepadanya. Nabi SAW telah bersabda yang
bermaksud: …dan aku mengahwini para wanita, maka barangsiapa yang tidak suka dengan
sunnahku adalah bukan dari kalangan umatku.

Manakala penjagaannya supaya tidak hilang adalah dengan pengharaman zina, liwat dan juga
qazaf (menuduh orang lain berzina), dan pensyariatan hukuman ke atas pelakunya. Ibnu ‘Asyur
telah berkata: ((Manakala menjaga keturunan – atau disebut juga menjaga al-nasl – maka para
ulama tidak menjelaskan dengan terperinci maksudnya. Justeru kami menerangkannya dengan
terperinci iaitu yang dimaksudkan dengan memelihara keturunan itu ialah daripada kecacatan dan
kerosakan. Justeru diambil kira sebagai perkara dharuri, kerana keturunan adalah punca
perkembangan spesis manusia. Sekiranya ia rosak atau cacat maka akan membawa kepada
kepupusan spesis manusia. Sebagaimana kata-kata Nabi Lut kepada kaumnya:

 ...

Maksudnya: …dan kamu memotong jalan lalu-lalang (untuk tujuan jahat kamu (liwat))?

Surah al-Ankabut: Ayat 29

Aktiviti Penjagaan Maruah dan Keturunan:


a. Undang-undang perkahwinan dan modul sakinah untuk melahirkan insan soleh dan rabbani
b. Peraturan-peraturan yang mencegah LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) dan
jenayah seksual seperti pelacuran dan lain-lain

10
Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018

c. Undang-undang berkaitan pernikahan, perceraian, rujuk, sulh, dan sebagainya


d. Mewujudkan program-program Ibu Bapa Mithali dan generasi pelapis mithali
e. Program-program dakwah untuk memantapkan institusi keluarga
f. Melahirkan keindahan Islam dan Akhlak mulia ummah

5. PEMELIHARAAN HARTA

Pemeliharaan harta dari sudut kewujudannya – supaya ianya kekal wujud – boleh berlaku dengan
cara menguruskan harta agar ianya digunakan untuk tujuan pelaburan dan pengembangan supaya
tidak statik dan perlu menjauhkanya daripada perkara yang boleh membawa kepada permusuhan,
pertengkaran dan kemudaratan. Juga perlu berlaku adil padanya dengan meletakkannya di tempat
yang wujud kerananya. Allah SWT berfirman:

...        ...

Maksudnya: …apabila kamu menjalankan sesuatu urusan Dengan hutang piutang Yang diberi
tempoh hingga ke suatu masa Yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa
bayarannya)…

Surah al-Baqarah: Ayat 282

           

Maksudnya: dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang apabila membelanjakan
hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan
mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

Surah al-Furqan: Ayat 67

Manakala penjagaannya supaya tidak hilang adalah dengan pengharaman mencuri dan merompak,
juga hukuman ke atas pelaku kedua-duanya.

11
Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018

Aktiviti Penjagaan Harta:


a. Pengumpulan dan perbelanjaan harta mengikut syara’
b. Harta dan kekayaan satu wahana jika digunakan unuk kebaikan, maka kebaikanlah yang
datang. Jika sebaliknya, maka keburukan yang akan muncul
c. Harta dan kekayaan boleh membawa seseorang ke syurga seperti zakat, wakaf, hibah, nazar
dan wasiat. Sebaliknya harta juga boleh mendorong seseorang membuat maksiat dan akhirnya
ke neraka sekiranya disalahgunakan.
d. Perancangan harta, kekayaan untuk kegunaan semasa hidup dan setelah kematian untuk
pewaris seperti wasiat terutama kepada anak angkat, anak-anak OKU, masalah mental
dihibahkan semasa hidup, penyempurnaan jenazah, harta sepencarian, hutang sesama manusia
dan lain-lain lagi. Yang terbaik ialah melantik pemegang amanah yang berautoriti seperti
Amanah Raya dan sebagainya.

Relevan Mazhab Syafie dan Maqasid Syariah

Mazhab Syafie mempelopor, mempertahan dan memperkasakan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
(al-Asya’irah dan al-Maturidiah) serta menyokong dan mendukung Maqasid Syariah.

Tokoh-tokoh Maqasid Syariah yang bermazhab Syafie;


a. Imam Muhammad bin Idris al-Syafie
b. Imam al-Haramain al-Juwainy
c. Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali
d. Imam Fakhruddin al-Razi
e. Imam Saifuddin al-Amidi
f. Imam Izzuddin bin Abdussalam (Sultan al-Ulama’)

Mazhab Syafie juga sangat mempromosikan wasatiyyah dan kesederhanaan (terbuka, toleransi dan
fleksibel, hikmah dan kebijaksanaan). Mazhab Syafie sangat sesuai dengan iklim dan budaya
masyarakat nusantara dan amat sesuai dengan amalan hariannya. Ianya juga didukung oleh
pemerintah dan Negara. Amalannya menjurus kepada kesatuan, perpaduan dan persaudaraan dan
bukan perseteruan, permusuhan dan perpecahan.

12
Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018

PIAGAM MADINAH

Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622M bersamaan tahun
pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Kandungan piagam ini terdiri
daripada 47 fasal, 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam
sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin, 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang
hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi. Selain Piagam Madinah, ia juga
dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustur al-Madinah dan juga Sahifah
al-Madinah.

Selain itu Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana
kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk
sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau
kaum.

PERANGKAAN PIAGAM

Rasulullah SAW dalam merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan
berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil
oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.

Langkah pertama

Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam
beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran Rasulullah.

Langkah kedua

Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman
dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.

Langkah ketiga

Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari
ancaman luar.

13
Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018

Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang dikenali sebagai piagam
Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:

Nabi Muhammad SAW adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala
pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.

Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri,
sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.

Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.

Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan
Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.

Keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat
dalam piagam tersebut.

PRINSIP PIAGAM MADINAH

a) Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.


b) Mewujudkan pusat ibadat, dakwah, ilmu dan pentadbiran (Masjid Quba’ dan
Masjid Nabawi)
c) Mempersaudarakan di antara sesama Islam (Ansar dan Muhajirin) di atas
konsep taawun, takaful, takatuf.
d) Mewujudkan keharmonian di antara penganut pelbagai agama
e) Konsep kepatuhan, ittiba’ dan wala’
f) Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara
g) Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
h) Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan Negara
i) Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara
j) Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan
sosial.

14
Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018

k) Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya


telah dicatatkan
l) Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
m) Kewajipan semua pihak untuk mempastikan keselamatan, keamanan dan
kemakmuran negara

ASPEK UTAMA PIAGAM MADINAH SEBAGAI MOTIVASI KEPADA NEGARA


ISLAM KONTEMPORARI

1. ‫ حفظ الدين‬- Syakhsiah dan kepimpinan Rasulullah SAW sebagai ketua Negara

kepada semua kaum dan ketua Agama kepada umat Islam telah berjaya
merealisasikan;
 Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai sumber hukum Negara
 Meletakkan Islam di tempat yang tertinggi
 Konsep kepatuhan, ketaatan, ittiba’, dan wala’ kepada pemimpin dapat
dijelmakan
 Kebebasan beragama melalui disiplin, etika dan akhlak mulia
 Keamanan, keselamatan, kemakmuran dan keharmonian beragama dalam
Negara Madinah yang berbilang agama dan kaum dan baginda turut
memberi peluang dan ruang kepada orang bukan Islam untuk mendirikan
rumah ibadat mereka dengan cara yang aman dan harmoni.
 Dakwah islamiah dapat dilaksanakan dengan penuh hikmah, kebijaksanaan
dan nasihat yang baik

2. ‫حفظ النفس‬- Keadilan dan hikmah serta kebijaksanaan yang ada pada Rasulullah

SAW melalui percakapannya, perbuatannya, tindak-tanduknya, ikrarnya, diamnya


telah dapat merealsisasikan perkara berikut;
 Keharmonian kaum dan sifat toleransi yang tidak merugikan Islam dan
umatnya.
 Keamanan, keselamatan, ketenteraman awam dengan pelaksanaan hukum
jenayah seperti hudud, qisas dan ta’zir serta aktiviti baginda yang lain telah

15
Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018

melahirkan Negara Madinah sebagai Negara yang aman damai, terjelma


keadilan dan tidak berlaku kezaliman dan semua pihak ada rasa
bertanggungjawab mempertahankan Negara Madinah.
 Nyawa, harta, maruah, darah terpelihara
 Orang yang melakukan kesalahan akan dihukum manakala golongan yang
terzalim dibela.

3. ‫ حفظ العقل‬- Konsep Iqra’, pembelajaran, dakwah, pendidikan, majlis-majlis ilmu,

institusi Islam seperti masjid-masjid dan surau, pusat-pusat pengajian Islam telah
subur dan bercambah dengan baik sehingga lahirlah;
 Para ulama warathatul anbiya’ yang terhasil melalui tafaqquh dan itqan,
talaqqi dan musyafahah.
 Ilmuan dari pelbagai disiplin ilmu yang bertaraf ulul albab.
 Kejahilan, buta huruf dapat dikurangkan atau dihapuskan.
 Lahirnya golongan intelektual belia yang mampu memberikan sumbangan
kepada agama, bangsa dan tanah air seperti Saidina Ali Ibn Abi Talib,
Saidina Abdullah Ibn Abbas dan lain-lain.

4. ‫ – حفظ املال‬Islam dan harta tidak boleh dipisahkan, oleh itu, perancangan yang rapi

dan mampan telah diketengahkan oleh Rasulullah SAW melalui fiqh muamalat dan
pengurusan harta Islam sama ada kepentingan dan keperluan semasa hidup ataupun
keperluan dan kepentingan ahli keluarga selepas meninggal dunia seperti;
 Nafkah diri dan keluarga, perniagaan, zakat, wakaf, hibah, nazar, wasiat dan
sebagainya.
 Islam juga melarang dan mengharamkan mengumpul harta dengan cara
yang haram, dan membelanjakan harta dengan cara yang tidak berhikmah,
boros, bakhil, kedekut, kikir atau yang tidak diredhai oleh Allah SWT.
 Harta kekayaan adalah sebagai platform untuk mendapat keredaan,
keampunan dan maghfirahNya. Sekiranya digunakan ke jalan yang benar
dan diredhai Allah SWT.

16
Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018

 Lahirlah golongan hartawan yang dermawan seperti Saidina Abu Bakar al-
Siddiq, Saidina Umar al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan serta Saidina
Abdul Rahman bin Auf.

5. ‫ حفظ النسل‬- Maruah dan keturunan – penjagaan maruah dan keturunan ini pada

hakikatnya adalah penjagaan kemanusiaan secara keseluruhannya, serta


membentuk generasi berikutnya dengan suatu bentuk pendidikan yang berteraskan
kasih sayang, mawaddah dan rahmah.
Penjagaannya sewajarnya bermula dari pemilihan pasangan, majlis akad nikah,
semasa hamil, semasa kelahiran, penamaan, akikah dan kesyukuran.
Hasil daripada perkahwinan yang suci, lahirlah zuriat keturunan yang akan
mengekalkan kelangsungan kehidupan manusia di bumi Allah SWT.

Modul dan model ini telah disediakan oleh Islam dengan lengkap dan
komprehensif. Oleh yang demikian, Allah SWT mengharamkan perbuatan zina,
liwat, lesbian dan sebagainya.
َ َ ۡ َ َ ٗ َ َ َ ُ َ ۡ َ َ َ َ َ َ ۡ َ ْ ٓ ُ ُ ۡ َ ِ ٗ َٰ َ ۡ َ ۡ ُ ُ َ ُ َ َ َ َۡ َ
‫ۡحة ۚ إهن هي‬‫َوم ۡهن َءايَٰتهههۦٓ أن خل َق لكم ِم ۡهن أنفسهكم أزوجا ل هتسكنوا إ هَلها وجعل بينكم مو ة ور‬
َ َ َ َ ِ َٰ َ َ َٰ َ
٣٣ ‫ت ل هق ۡو فم َيتَفك ُرون‬
‫ذل هك ٓأَلي ف‬
Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan
rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri
dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya
dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas
kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan
(yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

KEHEBATAN DAN KEAJAIBAN PELAKSANAAN MAQASID SYARIAH


a) Akan lahirlah generasi Qur’ani, Rabbani, Qurratu A’yun dan Khaira Ummah yang
mengetahui kewajipan, peranan, hak dan tanggungjawab.
b) Ia juga dapat membantu menyelesaikan 4 permasalahan ummah iaitu:
i) Kejahilan dan buta huruf
ii) Kemiskinan dan kemelaratan hidup

17
Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018

iii) Penyakit Jasmani dan Rohani dan keruntuhan moral


iv) Kebejatan sosial, keruntuhan moral, akhlak dan kerapuhan institusi masyarakat
seperti perpecahan, perbalahan, perseteruan dan lain-lain
c) Menzahirkan keindahan dan ketinggian Islam dan umatnya yang bercirikan:

i. ‫ ال َْعالَ ِميَّة‬Sejagat, global


َ َٰ َ ۡ َ ۡ َ ٓ َ َ
َ ۡ ‫ك إ ََّل َر‬
َ ‫ۡح ٗة ِل ۡهل َعَٰلَم‬
)301 :‫ (سورة األنبياء‬٣٠١ ‫ني‬ ‫ه‬ ‫وما أرسلن ه‬
Maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk
menjadi rahmat bagi sekalian alam.

ii. ‫الرََّّبنِيَّة‬
َّ (Paradigma Tauhid) Agama Samawi, Berlandaskan wahyu dan bukan
ketetapan manusia
ٗ ُّ ٗ ُ ۡ ُ ۡ َ ٓ َ ۡ َ َ َ ۡ ُ ِ َ ِ ٞ َٰ َ ۡ ُ ُ َ ٓ َ ۡ َ ُ َ َ ُّ َ َٰٓ َ
)314 :‫ (سورة النساء‬٣١٤ ‫يأيها ٱنلاس قد جاءكم برهن مهن ربهكم وأنزنلا إهَلكم نورا مبهينا‬
Maksudnya: Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari
Tuhan kamu dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya)
yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang
kekal di akhirat kelak).

َ ََُۡ َ َ َ َ ۡ َ َ َٰ َ َ ٗ َ َ ٗ َ َ ِ ٗ َٓ َ َ َ َ ۡ َ ۡ َ ٓ َ َ
‫كن أكَث ٱنل ه‬
)82 :‫ (سورة سبأ‬٣٢ ‫اس َّل يعلمون‬ ‫وما أرسلنَٰك إهَّل َكسة ل هلن ه‬
‫اس بشه يا ونذهيرا ول ه‬
Maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia
seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan
pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui (hakikat itu).

iii. – ‫ العقلية‬Boleh diterima oleh akal yang waras, rasional, logik serta fitrah manusia
َ َۡ ۡ ْ ُ ِ َ َ َ َ ۡ َ َٰ َ ۡ َ َۡ َ َ َ َ ۡ َ َ
)390 :‫ (سورة آل عمران‬٣٩٠ ‫ب‬
‫ه‬ َٰ ‫ب‬ ‫ل‬ ‫ٱۡل‬ ‫ِل‬
‫ه‬ ‫و‬ ‫ۡل‬
‫ه‬ ‫ت‬
‫ف‬ َٰ ‫ٓأَلي‬ ‫ه‬ ‫ار‬ ‫ه‬ ‫ٱنل‬‫و‬ ‫ل‬
‫ه‬ ‫ٱَل‬ ‫ف‬‫ه‬ ‫ل‬‫ه‬ ‫ت‬ ‫ٱخ‬‫و‬ ‫ه‬
‫ۡرض‬‫ٱۡل‬‫و‬ ‫ت‬
‫ه‬ َٰ ‫و‬َٰ ‫م‬ ‫ٱلس‬ ‫ق‬
‫إهن هي خ ه‬
‫ل‬
Maksudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang,
ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang
berakal;

18
Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018

iv. – ‫ اإلنسانية‬Kemanusiaan
ٌ‫يع َعل هيم‬ ُ َ ‫ن ل َ ُه ۡمۗ َو‬ٞ ‫ك‬
ٌ ‫ٱّلل َس هم‬ َ َ َ َ َٰ َ َ َ ۡ ۡ َ َ ِ َ َ َ ََُِ ۡ ُ ُ ِ َُ َٗ َ َ ۡ ََۡ ۡ ۡ ُ
‫خذ مهن أموَٰل ه ههم صدقة تط ههرهم وتزك هي ههم بهها وص هل علي ههمۖۡ إهن صلوتك س‬
)301 :‫ (سورة التوبة‬٣٠١
Maksudnya: Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya
dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang
buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi
mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

ۡ ُ َٓ ۡ َ ۡ َ َۡ َ ُ َ ُ َ َ ۡ َ
‫ه‬
)1 :‫ (سورة احلشر‬١ ... ‫ َك َّل يكون ولَۢة بني ٱۡلغن هياء مهنك ۚم‬...
Maksudnya: …(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-
orang kaya dari kalangan kamu…

v. – ‫ول‬ ُّ
ُ ‫الش ُم‬ Menyeluruh dan mencakupi semua bidang (dunia dan akhirat),
komprehensif, holistik
ٗ َ َٰ َ ۡ ۡ ُ ُ َ ُ َ َ َ ۡ ۡ ُ َۡ َ ُ ۡ َ ََۡ ۡ ُ َ ۡ ُ َ ُ ۡ َ ۡ َ َ َۡۡ
‫ (سورة‬١ ... ۚ ‫ٱۡلسلم هينا‬ ‫ضيت لكم ه‬ ‫ ٱَلوم أكملت لكم هينكم وأتممت عليكم ن هعم هِت ور ه‬...
)1 :‫املائدة‬
Maksudnya: ... Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah
cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…
ُّ ‫ َر َب َنا ٓ َءات َهنا ي‬...
َ ‫ٱدل ۡن َيا َح َس َن ٗة َوِف ٱٓأۡلخ َهرة ه َح َس َن ٗة َوق َهنا َع َذ‬
)803 :‫ (سورة البقرة‬٣٠٣ ‫اب ٱنلَاره‬ ‫ه‬ ‫ه‬
Maksudnya: …Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan
peliharalah kami dari seksa neraka".

vi. – ‫ اإلجيابية‬Positif dalam menerima qadha dan qadar serta ketentuan Allah SWT yang
mana semuanya ada hikmahnya

ِ َ ََ ‫ ولَيس‬،‫ إِ َّن أَمرهُ ُكلَّهُ َخ ْي‬،‫اَّلل َعلَي ِه وسلَّم " َعجبا ِِلَم ِر الْم ْؤِم ِن‬ َِّ ‫ول‬
َّ َ ‫اَّلل‬
‫َحد‬
َ ‫ا َ ِل‬ َ َْ ‫ر‬ َْ ُ ْ ًَ َ َ َ ْ َُّ ‫صلى‬ ُ ‫ال َر ُس‬ َ َ‫ ق‬:‫ال‬ َ َ‫ ق‬،‫ص َه ْيب‬ ُ ‫َع ْن‬
ِ ‫إََِّّل لِل‬
" .ُ‫ فَ َكا َن َخ ْ ًيا لَه‬،‫ب‬ ََ ‫ص‬
َ ُ‫ض َّراء‬ َ ‫ َوإِ ْن أ‬،ُ‫يا لَه‬
َ ُ‫َصابَ ْته‬ َ ‫ْم ْؤم ِن إِ ْن أ‬
ً ْ ‫ فَ َكا َن َخ‬،‫َصابَ ْتهُ َس َّراءُ َش َك َر‬ ُ

19
Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018

Maksudnya: Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya
baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya
dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan
sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya." - (Hadis
riwayat Muslim)

vii. – ‫ ال َْواقِ ِعيَّة‬Sentiasa sesuai dan relevan setiap waktu, masa, sasaran dan tempat dan di
dalam apa jua keadaannya, realistik (kebolehpasaran umat Islam).
viii. ‫ – الوَّلء‬Kesetiaan dan kesetiakawanan, patuh kepada kepemimpinan
ُّ َ ۡ َ ۡ ُ ۡ َ َٰ َ َ َ ۡ ُ َۡ ُ َ ْ ُ َ َ َ َ ْ ُ َ ْ ٓ ُ َ َ َ َ َ ُّ َ َٰٓ َ
‫َش فء س ُر و ُه‬ ‫هيعوا ٱ َلر ُسول َوأ ْو هِل ٱۡل ۡم هر مهنكمۖۡ سإهن تنزعتم هي‬ ‫يأيها ٱَّلهين ءامنوا أطهيعوا ٱّلل وأط‬ .ix
َۡ َ ۡ َ ٞ ۡ َ َ َ ۡ َ َ ُۡ ُ ُ ُ ‫إ ََل ٱ َّلل ه َوٱ َلر‬
٩٩ ‫نت ۡم تؤم ُهنون ب هٱّلله َوٱَلَ ۡو هم ٱٓأۡلخ ههر ذَٰل هك خي َوأحس ُن تأوهيًل‬ ‫ول إهن ك‬
‫ه‬ ‫س‬ ‫ه‬
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah
kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu
benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan
lebih elok pula kesudahannya.

x. – ‫ الوسطية‬Wasatiyyah
Definisi Ummatan Wasatan
 Satu umat atau bangsa yang hebat, berkembang maju, berdaya saing dan membangun.
 Yang mana terkumpul padanya segala ciri kebaikan, kecemerlangan, kegemilangan,
keterbilangan, tersohor.
 Bukan satu umat yang mundur, dan bukan satu umat yang meninggalkan tuntutan dunia
dan menumpukan sepenuhnya kepada perkara-perkara akhirat sahaja.
 Satu umat yang terkumpul dalamnya tuntutan di dunia dan tuntutan di akhirat,
kebahagiaan dunia dan keselamatan di akhirat.
 Telah membuktikan kejayaannya di peringkat global dan antarabangsa

Cadangan
Subjek Maqasid Syariah dan Wasatiyyah dicadangkan dijadikan mata pelajaran peringkat
menengah dan pengajian tinggi

20
Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018

Kesimpulan dan Penutup

Penulis berpendapat sekiranya ciri-ciri dan konsep Maqasid Syariah tidak diamalkan, ianya
akan memburukkan imej dan gambaran Islam di mata dunia dan orang-orang bukan Islam. Ini akan
mencemarkan nama baik Islam seterusnya tidak boleh menjadi model kepada negara Islam
kontemporari.

Sekiranya maqasid syariah dan wasatiyyah dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna,
maka gejala Islamophobia yang meracuni pemikiran barat dan dunia terutama orang bukan Islam
dapat dielak dan dijauhi.

Peranan dan sumbangan keluarga, masyarakat dan institusi komuniti dan para pemimpin
melalui tugas masing-masing adalah amat penting sekali di dalam mempromosikan nilai-nilai
Maqasid Syariah di dalam pembinaan sebuah negara Islam kontemporari. Sebagaimana kata
pujangga Islam:

:‫قوام الدنيا أبربع‬


‫ ودعاء الفقراء‬،‫ وسخاوة األغنياء‬،‫ وعلم العلماء‬،‫بعدل األمراء‬
Maksudnya:

Tertegak, terbina kemakmuran, keselamatan, keamanan, kejayaan dan ketamadunan dunia


itu dengan empat perkara;

a. Keadilan dan urus tadbir pemimpin yang baik


b. Keilmuan, kepakaran para ulama dan ilmuan dalam pelbagai bidang
c. Kemurahan hati dan kedermawanan para hartawan
d. Doa dan harapan para fakir miskin (rakyat)

Di dalam merealisasikan perkara ini, ketua keluarga, ketua masyarakat, ketua institusi
komuniti pemimpin peringkat masyarakat, negeri dan negara perlu menjadi suri teladan yang baik
dan tidak menjadi seperti ketam yang mengajar anak-anaknya berjalan lurus.

Penulis memohon kemaafan atas segala kekurangan dan kelemahan yang terdapat di dalam
kertas kerja ini.

21
‫‪Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018‬‬

‫وهللا أعلم َّبلصواب‬


‫وَّبهلل التوفيق واهلداية‪ ،‬والسالم عليكم ورمحة هللا وبركاته‬

‫‪22‬‬
Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018

BIBLIOGRAFI
Al-Quran al-Karim

Abdul Ilah al-Qasimi, Madkhal ‘Am Li Dirasati Maqasid Syariah, Dar al-Kalema, Kaherah, 2012.

Abdul KarÊm ZaidÉn, al-WajÊz fi UÎËl al-Fiqh, Beirut, Muassasah Risalah Nasyirun, cet. 1, 2013.
Ms. 299.

Abdul Qadir Hirz Allah, al-Madkhal Ila ‘Ilm Maqasid Syariah, Maktabah al-Rusyd Nasyirun,
Riyadh, 2005, Cet. 1.

Al-Raisuni, Ahmad, Madkhal Ila Maqasid Syariah, Dar al-Kalema, Kaherah, Cet. 1, 2013.

Al-Raisuni, Ahmad, al-Fikr al-Maqasidi Qawaiduhu wa Fawaiduhu, Dar al-Kalema, Kaherah,


Cet. 3, (2014).

Al-SyÉÏibÊ, Abu IsÍÉq IbrÉhÊm Bin MËsÉ Bin Muhammad al-LakhmÊ al-GharnÉÏy (w. 790H), al-
Muafaqat fi Usul al-Tasyri’ al-Islami, Tahqiq Dr. Muhammad al-IskandarÉni, ÑAdnÉn Darwisy,
Dar al-Kitab al-Araby, Beirut, Cet. 1, (2002)

Kepentingan Maqasid Syariah Dalam Berfatwa Di Malaysia, Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan
Fatwa (Infad) 2015, USIM, ms. 8.

Muhammad Ahmin, Maqasid al-Muafaqat, al-tashil li Kitab al-Maqasid Min al-Muafaqat, Dar
al-Kalema, Kaherah, 2016

Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi, Kamus al-Marbawi, Pustaka Nasional Singapura,
(1935), jld. 2.

Muhammad Yusuf Khalid, Mohd Rumaizuddin Ghazali, Dzulkifli Abdul Razak, Kepimpinan
Lestari berasaskan Maqasid Syariah, Penerbit Usim, Nilai, (2015).

Nooh Bin Gadot, Peranan Agama Dalam Memupuk Nilai-Nilai Wasatiyyah Dan Menolak
Ideologi Radikal Dan Ekstrim (Kertas Kerja yang dibentangkan pada Putrajaya International
Security Dialogue, 5 Januari 2018, Hotel Marriot Putrajaya)
Maqasid Syariah: Asas Kesejahteraan Ummah, Khutbah JAKIM 25 Mac 2016 / 16 Jamadilakhir
1437
Al-Mu’jam al-Mufahras Li Alfaz al-Quran al-Karim
Kitab-kitab Hadis
Ahlussunnah wal Jamaah (Aswaja) Menjawab Persoalan Tradisi dan Kekinian – KH. AN. Nuril
Huda
Kamus Pengetahuan Islam- Haji Dusuki bin Haji Ahmad
Klasifikasi Kandungan al-Quran- Choiruddin Hadhiri SP

23
Seminar Kebangsaan Mazhab Syafie 2018

Kamus Istilah Fiqh – M. Abdul Mujieb, Mabruri Tholhah


‫النظام الدويل اجلديد – بني الواقع احلايل والتصور اإلسالمي – ايسر أبو شبانة‬

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan – Dr. Abdullah Md Zin


Penghayatan Wasatiyyah dalam Pentadbiran Malaysia - Dr. Abdullah Md Zin
Pelaksanaan Menyeluruh Wasatiyyah - YAB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak (IWM)

‫الوسطية يف اإلسالم – فضيلة اإلمام األكرب شيخ األزهر – األستاذ الدكتور ُممد سيد طنطاوي‬

24
MAQASID SYARIAH:
AMALAN NEGARA MADINAH
SEBAGAI MOTIVASI KEPADA
NEGARA ISLAM KONTEMPORARI
YB DATO’ (DR) HAJI NOOH BIN GADOT
PENASIHAT AGAMA KEPADA DYMM SULTAN JOHOR
PENASIHAT MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR
BEKAS MUFTI JOHOR
)143 ( ...
Maksudnya: Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan
pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi
saksi atas (perbuatan) kamu…
DEFINISI

 MAQASID
 Visi, tujuan, matlamat, rahsia, hikmah, maksud, maslahah, nilai, dan
objektif
 SYARIAH
 Perundangan atau hukum yang mesti dipatuhi oleh setiap orang Islam
baik yang berhubung dengan Allah (hablumminallah) mahupun yang
berhubung dengan manusia (hablumminnas)
 Sumbernya adalah wahyu daripada Allah SWT yang disampaikan
kepada rasulullah SAW, melalui Jibril AS untuk menjadi panduan,
pedoman dan perlembagaan hidup bagi manusia dan jin sama ada di
dunia dan di akhirat
Maqasid Syariah

 Satu Tujuan untuk memelihara lima perkara asas (dharuriat) dalam


kehidupan manusia (Usul al-Khamsah)
 Agama

 Jiwa/Nyawa

 Akal fikiran dan minda


 Harta

 Maruah/Keturunan

- al-Ghazali -
 Suatu
Perintah Allah SWT yang telah menetapkan tujuan
utama syariatnya dalam
 Memberikan kebaikan (maslahah) kepada manusia sejagat
 Mengelak daripada sebarang kerosakan (mafsadah) daripada
berlaku ke atas manusia melalui tuntutan berikut:
 Dharuriah (Objektif dan keperluan asas)
 Hajiah (Objektif dan keperluan perlu)
 Tahsiniah(Objektif dan keperluan untuk selesa dan
mewah/tambahan)
- Al-Syatibi -
 Ibnu ‘Asyur
 Sesuatu maksud dan hikmah serta rahsia yang terhasil daripada
aplikasi dalam sebahagian besar hukum syara’ atau dalam
keseluruhannya

 Al-Raisuni
 Objektif
dan kesan yang tercapai dan terhasil daripada pensyariatan
hukum secara umum atau secara terperinci (bagi setiap hukum)
 Kesimpulannya:
Maqasid Syariah merujuk kepada tujuan-tujuan
dan objektif pensyariatan hukum-hakam yang
pelbagai. Ia juga dirujuk sebagai objektif dan
matlamat yang dibawa oleh syariat demi
kebaikan, kebajikan dan kepentingan sejagat.
VISI

‫ور‬
ٌ ‫َف‬
‫غ‬ ‫ب‬ ‫ر‬ ‫و‬ ٌ ‫ة‬ ‫ب‬ ‫ي‬ َ
ٌّ َ َ َ ِّ َ َ‫ب‬
‫ط‬ ٌ ‫ة‬ ‫د‬ ‫ل‬ۡ
Melahirkan sebuah Negara yang baik, aman, damai, sejahtera, 
selamat dan makmur, dan dalam masa yang sama mendapat
keampunan Allah SWT.
MISI

 Ke arah menjadikan organisasi Islam peneraju kepada model tadbir urus yang
unggul
 Ke arah memastikan pengurusan dapat direalisasikan secara islamik, telus,
berintegriti, sistematik, lengkap, komprehensif, profesional dan dinamik
 Ke arah menjaga hak asasi seseorang manusia, masyarakat, bangsa dan
Negara selaras dengan undang-undang syara’ dan Negara
 Ke arah merealisasikan nilai-nilai murni dan baik yang boleh diterima oleh
semua agama dan bangsa
 Ke arah menjaga kebaikan (maslahah) dan menolak segala keburukan
(mafsadah)
 Ke arah memahami, menghayati dan melaksanakan tuntutan
agama;
 Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (al-Asya’irah dan al-Maturidiah)
 Syariah dan ibadah bermazhab (mazhab empat yang muktabar)
 Akhlak, disiplin, etika, moral yang tinggi dan mulia
 Ke arah menghindarkan diri daripada;
 Kematian dalam keadaan su’ul khatimah
 Azab kubur
 Azab neraka
 Kemurkaan dan kebencian Allah SWT
 Ke arah mempastikan mendapat;
 Kematian dalam keadaan husnul khatimah
 Mendapat syurga dengan segala kenikmatannya
 Mendapat keredaan dan keampunan Allah SWT
Ke arah menzahirkan Islam dan ummahnya yang bercirikan;
 ‘Alamiah – Sejagat, global
 Rabbaniah – Paradigma Tauhid, agama samawi dan berlandaskan wahyu
bukan ketetapan manusia
 ‘Aqliah – Rasional, boleh diterima, logik serta fitrah
 Insaniah – Manusiawi dan kemanusiaan
 Syumul – Menyeluruh, komprehensif, bersepadu duniawi dan ukhrawi,
holistik
 Ijabiah – Positif dan keterbukaan (flexible)
 Waqiiyyah – Relevan, Kebolehpasaran
 Ittiba’ dan Wala’ – Patuh, tunduk, setia dan kesetiakawanan
 Wasatiyyah – Kesederhanaan, Berimbang dan Adil, tiada kezaliman dan
KEISTIMEWAAN MAQASID SYARIAH

 Bersifat dinamik dan universal


 Sesuai dengan nilai-nilai sejagat
 Merentas agama, bangsa dan kaum
 Boleh diterima sebagai nilai bersama
 Saintifik, komprehensif dan holistik
Aktiviti Maqasid Syariah

 Agama
 Mewujudkan institusi pendidikan agama bermula daripada peringkat pra-sekolah sehingga ke peringkat
universiti
 Mendirikan rumah–rumah ibadah seperti surau, masjid dan tempat perhimpunan dakwah, zikir dan
bacaan al-Quran
 Mendirikan pusat-pusat dakwah dan sebaran Islam di seluruh Negara
 Mewujudkan jabatan yang bertanggungjawab di dalam hal ehwal halal dalam semua produk seperti
makanan, minuman, perubatan, kosmetik dan sebagainya
 Menggunakan media arus perdana dan media sosial untuk memberi informasi dan pencerahan agama
dan ilmu pengetahuan
 Mewujudkan penguatkuasaan untuk melaksanakan hukuman jenayah syariah, mal dan mempastikan
ahwal syakhsiah dapat dilaksanakan mengikut al-Quran dan al-Sunnah
 Program Dakwah dan sebaran ke seluruh pelusuk negeri, daerah, desa bahkan kawasan pedalaman.
 Jiwa dan nyawa
 Mewujud dan melaksanakan akta dan enakmen dan melaksanakannya untuk memelihara
nyawa, anggota, harta dan sebagainya
 Mewujudkan Jabatan Peguam Negara, mahkamah sivil dan syariah bagi melaksanakan
undang-undang yang telah digubal
 Mewujudkan penjara yang berorientasikan Islam dan kebaikan sejagat
 Mewujudkan agensi-agensi pelaksanaan seperti PDRM, ATM, JPJ, RELA, JPAM, BPM, APMM dan
lain-lain lagi.
 Menyediakan kemudahan perumahan rakyat, air dan elektrik, juga kemudahan lain seperti jalan
raya, lebuh raya dan sebagainya
 Pembinaan hospital, pusat-pusat kesihatan, klinik-klinik (kerajaan dan swasta) serta bantuan
perubatan
 Akal, fikiran dan minda
 Mewujudkan Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi bagi memberi ruang kepada
semua lapisan masyarakat untuk peluang menimba ilmu
 Melaksanakan sistem pendidikan bermula daripada baru lahir sehingga ke liang lahad
 Undang-undang pencegahan (Syariah dan Sivil) – Pencegahan minum arak, dadah,
pemikiran-pemikiran yang bercanggah dengan Islam dan fitrah kemanusiaan seperti
liberalisme, pluralisme, feudalisme, komunisme, syiah, khawarij dan sebagainya.
 Penubuhan pusat pemulihan psikiatri/mental dan merawat pemikiran-pemikiran yang
bercanggah dengan Islam.
 Penubuhan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan pusat-pusat pemulihan (pusat
serenti)
 Harta
 Pengumpulan harta kekayaan hendaklah tidak bercanggah dengan undang-undang Negara dan syara’ seperti riba, judi,
arak, penipuan, rasuah dan lain-lain
 Membelanjakan harta hendaklah mengikut undang-undang syara dan Negara sepeti membelanjakan kepada jalan-jalan
kebaikan dan kebajikan (wajib, sunat dan harus) bukan jalan yang diharamkan seperti berjudi, maksiat dan sebagainya
 Berbelanja dengan penuh hikmah, tidak membazir juga tidak kikir
 Para hartawan hendaklah bersama-sama menyumbangkan harta kekayaannya membantu agama, ummah dan Negara.
 Melaksanakan tanggungjawab agama pada harta yang dimiliki seperti zakat, wakaf, hibah, wasiat, nazar, sedekah, derma
dan infaq, fidyah dan membayar hutang
 Mewujudkan undang-undang berhubung dengan jenayah harta
 Perancangan harta, kekayaan untuk kegunaan semasa hidup dan setelah kematian untuk pewaris seperti wasiat kepada
bukan waris seperti anak angkat, penyempurnaan jenazah, harta sepencarian, hutang sesama manusia dan lain-lain lagi.
Perhatian perlu diberikan kepada anak-anak yang bermasalah seperti OKU, mental dan anak-anak yang berpenyakit.
 Yang terbaik ialah melantik pemegang amanah yang berautoriti
 Nasab dan Keturunan (Maruah)
 Undang-undang perkahwinan dan modul sakinah untuk melahirkan insan soleh dan rabbani
 Peraturan-peraturan yang mencegah LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) dan
jenayah seksual seperti pelacuran dan lain-lain
 Undang-undang berkaitan pernikahan, perceraian, rujuk, sulh, dan sebagainya
 Mewujudkan program-program Ibu Bapa Mithali dan generasi pelapis mithali
 Program-program dakwah untuk memantapkan institusi keluarga
 Melahirkan keindahan Islam dan Akhlak mulia ummah
 Penubuhan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
 Menyediakan petua, panduan dan doa-doa, serta amalan-amalan yang boleh melahirkan
anak-anak yang soleh dan solehah
PRINSIP-PRINSIP PIAGAM MADINAH YANG MENJADI
PANDUAN KEPADA NEGARA ISLAM KONTEMPORARI

 Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.


 Mewujudkan dan memperkasakan pusat ilmu, ibadat, dakwah dan
pentadbiran (Masjid Quba’ dan Masjid Nabawi)
 Kesatuan, perpaduan dan persaudaraan yang tulen dan kukuh kuat
sesama Islam (Ansar dan Muhajirin) di atas konsep taaruf, taawun, takaful,
takatub kerana Allah SWT
 Mewujudkan keharmonian di antara penganut pelbagai agama
 Konsep kepatuhan, ittiba’ dan wala’, kesetiaan dan kesetiakawanan di
antara rakyat dan pemimpin
 Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara
 Kebebasan terpimpin dalam menyuarakan pandangan dan pendapat
mengikut peraturan, prosedur dan saluran yang betul
 Hak dan tanggungjawab bersama dalam mempertahankan kedaulatan,
keselamatan, keadilan, keharmonian dan kemakmuran Negara terutama
daripada ancaman luar
 Hidup rukun damai dan harmoni, saling menghormati di antara rakyat
yang pelbagai kaum dan agama
 Pelaksanaan undang-undang hudud, qisas dan ta’zir dengan
penuh hikmah dan kebijaksanaan dalam menegakkan keadilan
sejagat
 Wujudnya hubungan dengan Negara luar dalam keadaan yang
baik dan menguntungkan semua pihak
KUMPULAN YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK
MEMPASTIKAN KEMAKMURAN, KESELAMATAN,
KETAMADUNAN NEGARA (DUNIA)

:‫قوام الدنيا بأربع‬


‫ ودعاء الفقراء‬،‫ وسخاوة األغنياء‬،‫ وعلم العلماء‬،‫بعدل األمراء‬
Maksudnya:
Tertegak, terbina kemakmuran, keselamatan, keamanan, kejayaan dan ketamadunan
dunia itu dengan empat perkara;
 Keadilan dan urus tadbir pemimpin yang baik
 Keilmuan, kepakaran para ulama dan ilmuan dalam pelbagai bidang
 Kemurahan hati dan kedermawanan para hartawan
 Doa dan harapan para fakir miskin (rakyat)
Cadangan

 Subjek Indeks Syariah dan Maqasid Syariah menjadi


mata pelajaran di peringkat menengah dan pengajian
tinggi
Kesimpulan

 Sungguh hebat sekali Islam dan hukum-hakam serta


peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT,
justeru tidak syak lagi penghayatan dan
pelaksanaannya membawa kepada kebahagiaan
di dunia dan keselamatan di akhirat
 Sekiranya pelaksanaan peraturan dan hukum-hukum Islam dengan
keindahannya sebagaimana yang dinyatakan di dalam kertas kerja ini dapat
direalisasikan, maka dapat menjawab tuduhan-tuduhan liar daripada pihak-
pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap Islam dan ummahnya seperti
islamophobia dan lain-lain
 Semua pihak hendaklah bertanggungjawab untuk mempastikan Islam dan
ummahnya mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia serta hanya Islamlah
sahaja agama yang diredhai oleh Allah SWT
PENUTUP

 Penulis dengan kekurangan yang ada dan


masa yang terbatas memohon kemaafan
sekiranya ada kesilapan dan kekurangan
dalam kertas kerja ini dan mengharapkan
tunjuk ajar yang positif untuk penambahbaikan
kepada kertas kerja ini
SEMINAR KEBANGSAAN MAZHAB SYAFI’I
TEMA:
MAQASID SYARIAH PEMANGKIN NEGARA MAKMUR
5 SYAABAN 1439H / 21 APRIL 2018M
ANJURAN:
PUSAT PENYELIDIKAN MAZHAB SYAFI’I

TAJUK:
MAQASID SYARIAH DALAM FATWA MUFTI
KERAJAAN BERKAITAN AMALAN
MASYARAKAT BRUNEI

PEMBENTANG:
HAJAH SITI KHADIZAH BINTI HAJI EMRAN
PEGAWAI ISTINBAT
JABATAN MUFTI KERAJAAN
MAQASHID SYARIAH
DALAM FATWA MUFTI KERAJAAN
BERKAITAN
AMALAN MASYARAKAT BRUNEI

HAJAH SITI KHADIZAH BINTI HAJI EMRAN


HAJAH NORASIKIN BINTI HAJI ABDUL MAJID
JABATAN MUFTI KERAJAAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SEMINAR KEBANGSAAN MAZHAB SYAFI„I


TEMA: MAQASHID SYARIAH PEMANGKIN NEGARA MAKMUR
ANJURAN
PUSAT PENYELIDIKAN MAZHAB SYAFI„I
UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

5 Sya„ban 1439H bersamaan 21hb April 2018M

0
MAQASHID SYARIAH DALAM FATWA MUFTI KERAJAAN BERKAITAN
AMALAN MASYARAKAT BRUNEI1

HAJAH SITI KHADIZAH BINTI HAJI EMRAN


HAJAH NORASIKIN BINTI HAJI ABDUL MAJID
JABATAN MUFTI KERAJAAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

ABSTRAK

Amalan dalam masyarakat Brunei khususnya yang berkaitan dengan akidah pada hari
ini banyak menimbulkan pertanyaan adakah ia menepati ajaran agama Islam dan
adakah ia mempunyai tujuan dan maslahat yang seiring dengan maqashid atau
objektif syariat. Demi menjaga kesucian agama Islam dan pada masa yang sama
menjaga dan memelihara keharmonian masyarakat Brunei, Jabatan Mufti Kerajaan
khasnya dan institusi-institusi agama lain amnya bertanggungjawab dalam memberi
penjelasan dan pencerahan mengenai isu ini bagi memastikan setiap perkara yang
menjadi amalan seiring dengan kehendak syariat. Kertas kerja akan membincangkan
mengenai amalan masyarakat Brunei; sama ada amalan pentadbiran, kehidupan
seharian, keperluan hidup, adat dan upacara tertentu dan seumpamanya yang telah
ditanyakan fatwanya, di mana pendekatan konsep maqashid syariah diterapkan dan
diberi pertimbangan yang wajar dalam menentukan sesuatu fatwa.

1. Mukaddimah

Fatwa merupakan satu mekanisma yang penting dan dinamik dalam memberikan
jawapan dan penyelesaian hukum dalam permasalahan isu semasa. Jabatan Mufti
Kerajaan adalah sebuah institusi yang ditubuhkan rasmi oleh kerajaan sebagai pihak
yang bertanggungjawab menangani permasalahan atau kemusykilan agama yang
timbul di kalangan masyarakat; sama ada permasalahan tersebut datang daripada
institusi kerajaan, swasta, badan persatuan mahupun orang perseorangan.

Kebanyakan Fatwa Mufti Kerajaan yang diberikan disambut baik oleh masyarakat,
bahkan diguna pakai dalam amalan pentadbiran negara sehingga sebahagiannya

1
Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Mazhab Syafi„i Tema: Maqashid Syariah
Pemangkin Negara Makmur, Anjuran Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi„i pada Hari Sabtu, 05 Syaaban
1439 bersamaan 21 April 2018, bertempat di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei
Darussalam.

1
menjadi dasar dan garis panduan dalam membuat sebarang keputusan atau tindakan.
Inilah peranan besar yang disumbangkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan melalui
pengeluaran Fatwa Mufti Kerajaan dalam membantu institusi Kerajaan, swasta dan
orang perseorangan menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran dan membentuk
kehidupan masyarakat.

2. Huraian Tajuk

Terdapat 3 perkara utama yang perlu dijelaskan mengenai tajuk kertas kerja ini iaitu
maqashid syariah, Fatwa Mufti Kerajaan dan amalan masyarakat.

2.1 Maqashid Syariah

Mengetahui maqashid syariah adalah perkara penting bagi memahami nas-nas syara„
(al-Qur‟an dan hadis) dengan betul dan untuk mengistinbat atau mengeluarkan
hukum-hukum dari dalil-dalil dengan cara yang boleh diterima.2

Maqashid Syariah ialah tujuan-tujuan pensyariatan hukum. Tujuan pensyariatan


hukum itu ialah merealisasikan dan memelihara kemaslahatan hamba serta menolak
kemudharatan berlaku kepada mereka. Maslahat itu terbahagi kepada tiga jenis iaitu
dharuriyyat (maslahat yang bersifat kepentingan asasi), hajiyyat (maslahat yang
bersifat keperluan) dan tahsiniyyat (maslahat yang bersifat keelokan).3

Maslahat dharuriyat ialah maslahat-maslahat kepentingan dalam kehidupan manusia,


pembangunan dan kestabilan masyarakat. Jika maslahat tersebut diabaikan, ia akan
mengganggu peraturan kehidupan manusia, menimbulkan kacau-bilau dan mereka
akan mengalami derita di dunia dan azab di akhirat. Maslahat dharuriyat (maslahat
yang bersifat kepentingan asasi) ada 5 iaitu agama, nyawa, akal, nasab (keturunan)
dan harta.4

Bagi merealisasikan maslahat kepentingan agama, disyariatkan rukun-rukun iman dan


ibadat-ibadat seperti sembahyang, puasa, haji dan zakat. Dengan pensyariatan
tersebut, maslahat keagamaan dapat direalisasikan, maka segala urusan dan hal-ehwal
manusia terurus dan masyarakat terbangun atas asas yang kukuh. Bagi pemeliharaan
maslahat kepentingan agama pula, disyariatkan berdakwah kepadanya, ditegah
memusuhi agama, diwajibkan berjihad melawan sesiapa yang ingin meruntuhkan
agama, dihukum orang-orang yang murtad, dihalang orang-orang yang mengelirukan
akidah orang awam, dihalang berfatwa dengan perkara batil atau menukar hukum
agama dan seumpamanya.5

Bagi memelihara maslahat kepentingan nyawa pula disyariatkan perkara-perkara


mempertahankan kehidupan seperti makan dan minum, serta diharamkan perkara-
perkara yang mendedahkannya kepada kebinasaan.6

2
Dr. Abdul Karim Zaidan, Al-Wajiz fi Ushul al-Fiqh: 378.
3
Asy-Syathibi, Al-Muwafaqat: 2/17 & Dr. Abdul Karim Zaidan, Al-Wajiz fi Ushul al-Fiqh: 378-379.
4
Asy-Syathibi, Al-Muwafaqat: 2/17, 18 & 20 & Dr. Abdul Karim Zaidan, Al-Wajiz fi Ushul al-Fiqh:
379.
5
Asy-Syathibi, Al-Muwafaqat: 2/18-19 & Dr. Abdul Karim Zaidan, Al-Wajiz fi Ushul al-Fiqh: 379.
6
Asy-Syathibi, Al-Muwafaqat: 2/19 & Dr. Abdul Karim Zaidan, Al-Wajiz fi Ushul al-Fiqh: 379-380.

2
Bagi memelihara kepentingan akal pula, disyariatkan pengharaman apa yang boleh
merosakkan akal dari segala yang memabukkan dan dihukum sesiapa yang
mengambil benda-benda yang memabukkan dan mengkhayalkan.7

Bagi merealisasikan maslahat keturunan, disyariatkan perkahwinan. Bagi


pemeliharaannya pula, disyariatkan pengharaman zina dan dihukum pelakunya,
dilarang campur gaul lelaki perempuan, diharamkan pertuduhan berzina dan dihukum
pelakunya, diharamkan menggugurkan janin dan mencegah kehamilan melainkan
terdapat dharurat.8

Bagi merealisaikan maslahat harta, disyariatkan keharusan pelbagai hukum muamalat


dan diwajibkan berusaha mencari nafkah. Bagi pemeliharaannya pula, diharamkan
mencuri, pencuri dihukum had, diharamkan merosakkan harta orang lain dan diganti
apa yang dirosakkan, ditahan harta orang gila dan seumpamanya.9

Maslahat hajiyyat pula ialah maslahat yang diperlukan oleh manusia bagi
melepaskan kesusahan dan kepayahan mereka. Jika diabaikan, ia tidak akan
mengganggu peraturan kehidupan tetapi manusia akan menghadapi kesusahan dan
kesempitan. Oleh itu, bagi mencapai maslahat hajiyyat, hukum-hukum syariah
bertindak sebagai melepaskan kesusahan dari kehidupan manusia. Dalil penjagaan
syariah terhadap maslahat hajiyyat ini ialah firman Allah:

      

Tafsirnya: Dan Dia (Allah) tidak mewajibkan hal-hal yang berat atas kamu di
dalam perkara agama.
(Surah al-Hajj: 78)

Contoh syariah Islam memelihara maslahat hajiyyat dalam perkara ibadat,


disyariatkan perkara-perkara rukhshah atau keringanan seperti diharuskan berbuka
puasa bagi orang sakit dan musafir, sembahyang duduk bagi orang sakit, sembahyang
jama„ dalam pelayaran dan bertayamum ketika ketiadaan air. Dalam perkara
muamalat, diharuskan jual beli salam dan penyewaan, disyariatkan talak jika
perkahwinan tidak dapat bertahan. Dalam perkara hukuman jenayah pula, dibenarkan
pembayaran diyyat bagi pembunuhan yang tidak disenghaja.10

Maslahat tahsiniyyat pula ialah maslahat yang menjadikan manusia beretika tinggi
dan berakhlak mulia. Mengabaikannya tidak akan mencacatkan peraturan kehidupan,
tidak juga mendatangkan kesusahan dan kepayahan manusia, tetapi akan menjadikan
hidup manusia menyalahi maruah, akhlak mulia dan fitrah sejahtera. Syariat Islam
memelihara maslahat tahsiniyat ini dalam perkara ibadat, muamalat, adat kebiasaan
dan hukuman. Sebagai contoh dalam perkara ibadat, disyariatkan menutup aurat,
memakai pakaian bagus apabila hendak masuk ke masjid, melibatkan diri dengan
perkara-perkara sunat seperti sedekah, sembahyang sunat dan puasa sunat. Contoh

7
Asy-Syathibi, Al-Muwafaqat: 2/19 & Dr. Abdul Karim Zaidan, Al-Wajiz fi Ushul al-Fiqh: 380.
8
Ibid.
9
Asy-Syathibi, Al-Muwafaqat: 2/20 & Dr. Abdul Karim Zaidan, Al-Wajiz fi Ushul al-Fiqh: 380.
10
Asy-Syathibi, Al-Muwafaqat: 2/21-22 & Dr. Abdul Karim Zaidan, Al-Wajiz fi Ushul al-Fiqh: 380.

3
dalam perkara muamalat, dilarang jual beli najis, melakukan pembaziran dan membeli
barang yang sudah dibeli orang lain. Contoh dalam perkara adat kebiasaan ialah
disunatkan melakukan adab ketika makan dan minum, meninggalkan makanan yang
tidak baik dan berakhlak dengan akhlak mulia. Contoh dalam hukuman jenayah pula
ialah diharamkan membunuh wanita, kanak-kanak dan paderi di dalam peperangan.11

2.2 Fatwa Mufti Kerajaan

Fatwa berasal dari perkataan Bahasa Arab. Perkataan al-fatwa dari segi bahasa
membawa banyak maksud, antaranya penjelasan tentang hukum syara„ terhadap
perkara-perkara yang menjadi keraguan, atau penerangan yang diberikan oleh fuqaha
mengenai hukum syara„ bagi sesiapa yang bertanya kepadanya, atau jawapan kepada
kemusykilan terhadap perkara-perkara syara„.12

Manakala dari segi istilah pula, bermaksud sesuatu perkhabaran mengenai hukum
Allah Ta„ala tentang masalah atau sesuatu kejadian dengan dalil syara„.13 Menurut
Syeikh Wahbah az-Zuhaili rahimahullah, fatwa adalah suatu pemberitahuan
mengenai hukum Allah Ta„ala oleh seorang mufti yang didapatinya melalui dalil-dalil
yang terdapat dalam hukum-hukum Allah Ta„ala sama ada yang jelas dari nas-nas
syara„ ataupun hasil istinbat hukum dari mujtahid.14

Berdasarkan pengertian di atas, dapat disimpulkan bahawa fatwa ialah penjelasan


hukum syara„ yang dikeluarkan oleh mufti sebagai jawapan kepada kemusykilan yang
ditanyakan oleh mustafti (orang yang bertanya akan fatwa mengenai sesuatu perkara).

Dasar penetapa fatwa dalam konteks Negara Brunei Darussalam adalah menurut qaul
mu„tamad dalam Mazhab Syafi„i sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Majlis
Ugama Islam Dan Mahkamah-Mahkamah Kadi, iaitu:

“Dalam membuat dan memberi mana-mana fatwa dengan cara yang ditetapkan
terdahulu sebelum ini Majlis dan Jawatankuasa Undang-Undang hendaklah
biasanya menurut kaul yang muktamad daripada mazhab Shafie:
Dengan syarat bahawa, jika difikirkan bahawa dalam mengikut kaul muktamad
sedemikian akan bertentangan dengan kepentingan awam, Majlis atau Jawatankuasa
Undang-Undang boleh, kecuali jikalau Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengarah
yang sebaliknya, mengikut kaul yang daif daripada mazhab Shafie.
Dengan syarat selanjutnya bahawa, jika difikirkan bahawa dalam mengikut kaul yang
muktamad atau kaul yang daif daripada mazhab Shafie akan bertentangan dengan
kepentingan awam, Majlis atau Jawatankuasa Undang-Undang boleh, dengan
perkenan khas daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia, mengikut kaul daripada
mana-mana 3 lagi mazhab sebagaimana yang dianggap bersesuaian, tetapi dalam
mana-mana fatwa demikian, syarat-syarat dan prinsip-prinsip yang patut diikut

11
Asy-Syathibi, Al-Muwafaqat: 2/22-23 & Dr. Abdul Karim Zaidan, Al-Wajiz fi Ushul al-Fiqh: 381.
12
Ibn Manzur, Lisan al-Arab, 15/148, al-Fairuz Abadi, al-Qamus al-Muhith, 1702, Mu‟jam Lughah al-
Fuqaha, 308 & Sa‟di Abu Jaib, al-Qamus al-Fiqh Lughah wa Ishthilah, 281.
13
Al-Harrani al-Hanbali, Sifat al-Fatwa wa al-Mufti wa al-Mustafti, 4.
14
Wahbah az-Zuhaili, Mawsu‟ah al-Fiqh al-Islami al-Mu„ashir, 5/479.

4
hendaklah dibentangkan dengan keterangan yang penuh dan bersama dengan
sebarang penjelasan yang perlu.”15

Maksud Fatwa Mufti Kerajaan dalam kertas kerja ini adalah merujuk kepada Fatwa
Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam dari tahun 1962 hingga 2018 yang
difatwakan oleh Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang
Haji Ismail bin Omar Abd Aziz, bekas Mufti Kerajaan pada tahun 1962 hingga 1993,
dan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji
Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan pada tahun 1994 hingga sekarang.

2.3 Amalan Masyarakat

Terdapat dua pengertian dalam mendefinisikan maksud amalan, iaitu pertama: ia


adalah sesuatu yang dilakukan atau dilaksanakan atau dikerjakan sebagai suatu
kebiasaan. Kedua: perbuatan baik atau kebajikan.16

Dalam bahasa Arab terminologi „urf diambil bagi menyatakan maksud amalan di
mana „urf didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang menjadi kebiasaan manusia
sama ada dalam bentuk perbuatan atau perkataan yang sudah meluas dilakukan di
kalangan mereka. Ia merupakan perkara yang sudah menjadi suatu kelaziman dan
sering dilakukan secara berulang-ulang dan diketahui serta diterima di kalangan
mereka.17

Manakala masyarakat pula ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu
tempat dengan aturan dan cara tertentu.18

Maka apabila digabungkan dua perkataan tersebut iaitu „amalan masyarakat‟ ia


membawa maksud satu perkara yang sudah dimaklumi dan menjadi kebiasaan serta
tidak asing untuk dilakukan secara berterusan dan menyeluruh dalam sesebuah
masyarakat yang hidup dalam satu puak atau kelompok. Ia dilakukan atas dasar ikutan
tanpa difikirkan adakah ia releven dan memberi manfaat. Oleh kerana itu, sebahagian
amalan itu kadang-kala tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat dan kadang-
kadang ia bertentangan dengan kehendak syariat Islam.

Adapun amalan masyarakat Brunei khususnya merangkumi berbagai perkara seperti


amalan kepercayaan, amalan pentadbiran, kehidupan seharian, budaya dan sebagainya
yang mana ada sebahagiannya bertepatan dan sebahagiannya pula bertentangan
dengan syariat Islam. Sebagai contoh amalan tradisi kepercayaan masyarakat Brunei
meliputi perkara-perkara seperti mempercayai fungsu dalam memberi tuah dan
keuntungan, mempercayai bahawa kempunan boleh membawa kecelakaan, upacara
tepung tawar membawa keberkatan dan sebagainya. Manakala amalan pentadbiran

15
Undang-Undang Negara Brunei Darussalam, Penggal 77, Akta Majlis Ugama Islam Dan
Mahkamah-Mahkamah Kadi, Bab 43 (1).
16
Kamus Dewan edisi keempat: 42.
17
Ibnu „Abidin, Majmu„ah Rasa‟il Ibn „Abidin, 1/44. Wahbah Az-Zuhaili, Ushul al-Fiqh al-Islami:
2/828.
18
Kamus Dewan edisi keempat: 1004.

5
pula seperti penghantaran pegawai berlainan jantina pada satu masa ke luar negara
dan pengharaman kemasukan arak ke Negara Brunei Darussalam.

3. Maqashid Syariah Dalam Fatwa Mufti Kerajaan Berkaitan Amalan


Masyarakat Brunei

Terdapat beberapa fatwa berkaitan amalan masyarakat Brunei yang menitikberatkan


maqashid syariah dalam menilai dan memutuskan sesuatu fatwa bagi menjaga,
memelihara dan mengukuhkan kepentingan asas iaitu agama, nyawa, akal, keturunan
dan harta. Berikut adalah contoh fatwa-fatwa yang telah difatwakan oleh Mufti
Kerajaan Negara Brunei Darussalam dalam menangani permasalahan yang diajukan
sebagai sumbangan memelihara maqashid syariah dalam amalan masyarakat Brunei:

3.1 Bagi Tujuan Memelihara Agama

Agama Islam menjadi pegangan utama yang mesti dimiliki oleh manusia. Memiliki
pegangan agama yang lurus dapat mengatur perjalanan hidup manusia ke arah yang
lebih sempurna dan teratur. Oleh itu, adalah menjadi suatu kewajipan untuk
memeliharanya dan mengelak dari melakukan perkara yang merosakkan akidah
seperti melakukan perkara-perkara syirik, khurafat dan tahayul.

i. Fatwa Mufti Kerajaan yang bertajuk „Mempercayai Bahawa Fungsu Membawa


Tuah Dan Hubungannya Dengan Iman’.19

Terdapat kepercayaan dan amalan di kalangan sebilangan orang Islam terhadap


„fungsu‟ atau busut seperti berikut:

a. Memelihara „fungsu‟ di dalam rumah atau di kawasan-kawasan rumah.

b. Memuja „fungsu‟ dengan memberikan kain kuning dan setanggi setiap malam
Jumaat, memberikan topi hijau dan sebagainya.

c. Mempercayai adanya kuasa dari „fungsu‟ tersebut seperti percaya ia boleh


membawa tuah atau menambah rezeki dan sebagainya.

d. Percaya adanya penjaga dan menggelarkannya sebagai „datuk‟.

Bagi menjaga kesucian agama Islam dan pegangan akidah masyarakat (hifzh ad-
din), fatwa Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr.
Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned, Mufti Kerajaan bilangan 16/1999
menjelaskan bahawa memuja fungsu dengan memberikan pakaian kuning dan
memakaikannya dengan topi serta mendupa dengan setanggi pada tiap malam
Jumaat dengan kepercayaan bahawa fungsu itu mempunyai kuasa yang boleh
membawa tuah atau menambahkan rezeki dan sebagainya adalah perbuatan sesat
yang boleh membawa syirik, kerana ia menafikan kuasa Allah yang Maha
Pengurnia, sebaliknya mempercayai fungsu sebagai mempunyai kuasa tersebut.
Fatwa tersebut menegaskan permintaan hendaklah kepada Allah, bukan kepada

19
Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Siri 16/1999.

6
yang lain-lain yang terdiri daripada makhluk Allah, lebih-lebih lagi jika benda-
benda yang tidak bernyawa seperti batu, kayu, fungsu dan lain-lain yang tidak dapat
memberi manfaat atau mudarat, sebagaimana patung-patung tidak dapat memberi
manfaat atau mudarat. Kepercayaan kepada benda-benda seperti ini adalah karut
dan wajib ditolak.

Fatwa ini adalah bertepatan dengan maqashid syariah dalam memelihara


kepentingan asasi iaitu menjaga kesucian agama Islam dan pegangan akidah
masyarakat (hifz al-din) agar tidak memohon selain kepada Allah dan mempercayai
yang memberi manfaat dan mudarat itu adalah kuasa Allah semata-mata.

ii. Fatwa Mufti Kerajaan yang bertajuk ‘Kepercayaan Terhadap Kempunan Pada
pandangan Syara‘.20

Antara kepercayaan yang menjadi amalan terutamanya di kalangan orang tua ialah
mengenai kempunan atau kapunan di mana apabila seseorang tidak „menjamah‟
makanan atau minuman yang dipelawa maka ia akan ditimpa kecelakaan atau apa
jua musibah. Dalam menjawab permasalahan ini, fatwa melihat kesesuaiannya
dengan maqashid syariah, adakah mempercayainya memberikan maslahat dalam
memelihara lima kepentingan asasi. Dalam fatwa berkenaan menjelaskan bahawa
kepercayaan seperti itu telah wujud di kalangan masyarakat Arab Jahiliyyah yang
mempercayai kecelakaan akan menimpa melalui petanda burung (ath-Thiyarah)
“‫ ”الطِّيَ َزة‬di mana kebanyakan orang Arab Jahiliyyah apabila mereka mempunyai
suatu hajat untuk mendapatkan petunjuk, mereka akan mendapatkan burung yang
berada di sarangnya kemudian mengejutkan burung tersebut. Jika burung tersebut
terbang ke sebelah kanan mereka, maka mereka akan meneruskan hajat mereka,
manakala sebaliknya jika burung tersebut terbang ke sebelah kiri mereka, maka
mereka akan berpatah balik dan tidak meneruskan hajat mereka. Ini kerana mereka
mempercayai adanya sial dan nasib malang melalui petunjuk burung tersebut
sehingga ia sering menjadi penghalang untuk menunaikan urusan-urusan penting
mereka.

Dalam fatwa berkenaan menegaskan bahawa Islam menafikan dalam ajarannya


perbuatan mempercayai adanya sial atau nasib malang yang berdasarkan kepada
petanda daripada sesuatu. Menurut Ulama jika seseorang mempercayai perkara
sedemikian dengan iktikad bahawa sesuatu petanda atau perkara itu memberi kesan
manfaat atau mudharat sehingga menyebabkan dia meninggalkan sesuatu perkara
atau hajatnya, maka iktikad sedemikian adalah iktikad yang mensyirikkan kuasa
Allah dan perbuatan seperti itu adalah berdosa kerana mempercayai akan adanya
kuasa lain selain kuasa Allah dalam menentukan seuatu.

Sehubungan itu, bagi menjaga kesucian akidah Islam, fatwa diputuskan bahawa
perbuatan „menjamah‟ makanan atau minuman kerana mempercayai kapunan iaitu
adanya kecelakaan jika tidak menjamah makanan apabila dipelawa, maka perbuatan
sedemikian itu hukumnya adalah haram dan berdosa dan kepercayaan tersebut
membawa kepada syirik. Walau bagaimanapun, fatwa menjelaskan bahawa jika
perasaan takut ditimpa kecelakaan itu hanya terlintas dihatinya dan ia tidak
dijadikan sebagai iktikad tidaklah mengapa selama mana ia tidak menghalangnya

20
Ibid, Siri 08/2017.

7
dari terus meneruskan hajatnya dan maqashid syariah tetap dipelihara iaitu dengan
bertawakkal dan berlindung kepada Allah Subhanahu wa Ta„ala daripada ditimpa
sebarang kejahatan dan memohon kebaikan daripadaNya serta membaca doa yang
diajarkan Rasulullah shalallahu „aialihi wasallam kepada orang yang terlintas pada
hatinya sangkaan berlaku kecelakaan.

Berdasarkan fatwa ini, larangan melakukan menjamah dan mempercayai kapunan


itu adalah bertujuan untuk menjaga dan mengukuhkan kemuliaan agama Islam agar
tidak tercemar dan ia sangat relevan dan menepati maqashid syariah bagi menjaga
pegangan akidah masyarakat Islam di Brunei ( ).

iii. Fatwa Mufti Kerajaan bertajuk: ‘Upacara Tepung Tawar’21

Isu yang lebih kurang sama dengan fatwa di atas turut dikemukakan yang
menyentuh mengenai hukum mengadakan upacara tepung tawar yang sudah
menjadi amalan masyarakat Brunei apabila hendak melakukan apa jua tujuan seperti
tujuan untuk memulakan sesuatu projek, bagi majlis-majlis kegembiraan,
umpamanya majlis kahwin (majlis berbedak), majlis menyambut kedatangan orang
tertentu, majlis menyambut orang balik naik haji, majlis berkhatan, majlis
pengislaman, menerima kenderaan baru dan sebagainya. Masing-masing dilakukan
dengan cara yang tersendiri

Dalam menjawab permasalahan ini, Mufti Kerajaan telah mengeluarkan fatwa


mengenainya dengan menjelaskan bahawa dalam syariat Islam konsep sesuatu
amalan itu perlu dinilai berdasarkan ajaran Islam. Begitu juga dalam soal ‟uruf
(amalan budaya) ia juga perlu dinilai dengan kehendak syara„. Mana-mana yang
dilarang atau berlawanan dengan ajaran Islam, maka ‟uruf atau adat itu akan
tertolak. Lebih-lebih lagi jika suatu perkara atau perbuatan itu menyangkut
persoalan akidah, maka ia lebih utama untuk dinilai menurut dasar-dasar akidah
Islam. Jika amalan itu membawa kepada penyelewengan atau bertentangan dengan
dasar akidah Islam terutama perkara yang boleh membawa kepada berlaku perkara
syirik, maka adat atau budaya tersebut adalah salah dan wajib ditinggalkan.

Adapun mengenai amalan menepung tawar, dalam fatwa tersebut menegaskan


supaya perhatian perlu diambil memandangkan ia merupakan adat yang dikatakan
berasal dari agama Hindu sebagai upacara menolak bala. Ini kerana jika ia
diiktikadkan sebagai suatu amalan yang jika dilakukan akan memberi manfaat,
seperti boleh melindungi dari bahaya, menolak bala sebagaimana asalnya dalam
agama Hindu, atau jika tidak dilakukan akan membawa mudarat seperti
menyebabkan berlaku sesuatu yang tidak baik atau dilakukan kerana mengharapkan
berkat daripadanya, maka iktikad sedemikian itu boleh menjejaskan atau membawa
rosak aqidah. Begitu juga, jika adat itu menjadi suatu yang dilarang dalam Islam
sekiranya dilakukan sebagai pemujaan kepada jin atau makhluk-makhluk halus,
maka adat sedemikian itu wajib ditolak dan ditinggalkan.

Manakala adat yang sudah menjadi lumrah diamalkan dan tiada larangan yang jelas
mengenainya atau ia tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam, maka adat
tersebut tidak mengapa dan boleh terus di amalkan. Apatah lagi jika adat itu

21
Ibid, Siri 30/2003.

8
diterima baik oleh masyarakat setempat. Dalam kaedah fiqhiyyah ada
menyebutkan: (adat itu boleh menjadi pemutus hukum).

Meskipun amalan menepung tawar yang diamalkan masyarakat Brunei pada ketika
ini tidak mengiktikadkan dengan perkara yang bertentangan akidah Islam, namun
keputusan yang dibuat menerusi fatwa merupakan keputusan yang relevan dan
menepati maqashid syariah bagi menjaga kesucian dan keutuhan akidah Islam (hifz
al-din) di kalangan masyarakat Islam di Brunei. Memandangkan amalan tepung
tawar itu tidak membawa apa-apa manfaat atau kebaikan, maka adalah wajar ia
ditinggalkan kerana meninggalkan sesuatu perkara yang tidak bermanfaat atau
sesuatu yang tidak berguna merupakan salah satu daripada ajaran Islam. Dan adalah
lebih baik menggantikannya dengan acara-acara lain yang jelas ada manfaat dan
kebaikannya pada agama dan dunia seperti membaca doa kesyukuran dan yang
seumpamanya sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu „alaihi wasallam yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu „anhu:

Maksudnya: “(Salah satu di antara tanda) daripada keelokan (kesempurnaan)


Islam seseorang itu ialah meninggalkan sesuatu yang tiada memberi manfaat
kepadanya.”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Apa yang dapat disimpulkan di sini, keputusan fatwa ini adalah bertepatan dengan
maqashid syariah dalam memelihara akidah masyarakat (hifz al-din). Sesuatu
amalan atau adat yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti mempercayai jika
melakukan amalan atau adat tersebut akan memberi manfaat dan menolak mudarat,
maka kepercayaan sedemikian adalah wajib ditinggalkan. Manakala sesuatu amalan
atau adat yang tiada larangan mengenainya, boleh diteruskan. Namun sebagai
pengukuhan beragama, fatwa ini mencadangkan adalah lebih elok menggantikan
perkara yang tiada bermanfaat kepada perkara yang jelas ada manfaatnya pada
agama.

iv. Fatwa Mufti Kerajaan yang bertajuk „Beberapa Pertanyaan Mengenai Pindah
Rumah’.22

Masyarakat Brunei pada kebiasaannya suka memilih hari-hari yang baik untuk
melakukan sesuatu pekerjaan. Justeru itu, pertanyaan fatwa diajukan mengenai
masa terbaik untuk pindah ke rumah baru. Di samping itu, pertanyaan juga diajukan
berkenaan kebiasaan membangun rumah dengan mendirikan tiang „seri‟ dengan
menanam emas, garam dan lainnya. Ada juga setengah orang pindah dari rumah
lama ke rumah baru dengan membawa parang, air dan lainnya.

Fatwa Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz
Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned, Mufti Kerajaan bilangan 28/2003 menerangkan
amalan-amalan masyarakat Brunei berkaitan pindah rumah tersebut tiada disebutkan

22
Ibid, Siri 28/2003.

9
di dalam syara„. Sebagai jalan peyelesaian dan supaya selari dengan maqashid
syariah dari sudut pengukuhan beragama, fatwa tersebut mencadangkan agar
amalan pindah rumah itu diiringi dengan zikir dan doa memohon perlindungan dan
keberkatan. Termasuk juga mengambil berkat itu dari segi masa yang dianjurkan
untuk melakukan amalan seperti waktu pagi kerana Nabi shallallahu „alaihi
wasallam suka membuat pekerjaan pada waktu pagi. Sementara hari-hari pula,
Nabi shallallahu „alaihi wasallam menganjurkan puasa pada hari Isnin dan hari
Khamis. Ini menunjukkan hari-hari tersebut ada kelebihan berbanding hari-hari
yang lain. Amalan juga akan berganda-ganda pahalanya apabila dilakukan pada
hari Jumaat seperti amalan bersedekah dan amalan-amalan kebajikan yang lain.
Oleh itu, fatwa tersebut mencadangkan supaya hari untuk berpindah ke rumah baru
itu dilakukan pada hari-hari yang Nabi suka membuat amalan atau menganjurkan
amalan pada hari itu.

v. Fatwa Mufti Kerajaan yang bertajuk „Penghantaran Pegawai Kerajaan Ke Luar


Negeri’.23

Pemeliharaan agama itu bukan sahaja pada akidah tetapi meliputi semua perkara.
Antara fatwa yang mengambil pendekatan konsep maqashid syariah dalam
keputusan fatwa ialah mengenai dengan amalan pentadbiran dalam penghantaran
pegawai-pegawai kerajaan lelaki dan perempuan ke luar negeri atas urusan rasmi.
Permasalahan ini timbul adalah rentetan dari kebimbangan pihak-pihak tertentu di
mana hasil dari penghantaran tersebut sering menimbulkan masalah rumah-tangga.

Berhubung dengan permasalahan ini, fatwa menjelaskan bahawa pelayaran yang


dibuat sama ada bagi tujuan untuk menjalankan tugas, menghadiri mesyuarat,
seminar, kursus dan seumpamanya adalah diharuskan. Ini adalah disebabkan
terdapat keperluan padanya dalam menambah kemahiran dan meningkatkan
kecekapan pegawai dan perkembangan sesebuah organisasi dan secara tidak
langsung meningkatkan lagi kemajuan negara.

Walau bagaimanapun fatwa juga mengambil berat mengenai penjagaan kesucian


agama Islam dan tata susila (akhlak) serta kebajikan para pegawai agar ia tidak
dicemari oleh anasir-anasir yang boleh mengganggu-gugat dan merosakkan agama
Islam dan menjejaskan keselamatan pegawai. Oleh kerana itu, demi memelihara
kemaslahatan bukan sahaja kerukunan rumah tangga malah keselamatan para
pegawai yang di hantar dan kesucian agama Islam, maka fatwa telah memberi garis
pandu dalam tatacara penghantaran pegawai kerajaan ke luar negeri yang perlu
dipatuhi sebagai dasar pentadbiran bagi pihak jabatan atau kementerian dalam
penghantaran pegawai kerajaan ke luar negeri, seperti:

 tidak menghantar pegawai secara berseorangan sama ada lelaki atau


perempuan.
 tidak menghantar pegawai perempuan tanpa mahram dan harus menghantar
seorang pegawai perempuan dengan perempuan tsiqah (perempuan yang boleh
dipercayai iaitu mempunyai sifat amanah dan „adâlah atau jujur) jika
penghantaran itu suatu kemestian atau keperluan.

23
Ibid, Siri 44/2008.

10
 tidak menghantar seorang pegawai perempuan dengan seorang pegawai lelaki
(berduaan sahaja).

Memandangkan pelayaran itu pada kebiasaannya mengandungi kesusahan dan


kesulitan, apatah lagi melakukan pelayaran seorang diri, maka penetapan garis
panduan seperti ini adalah bagi mengelakkan berlakunya kemudharatan. Bahkan
keselamatan dan kebajikan pegawai yang dihantar akan terjamin dan terpelihara.
Tidak dinafikan juga maruah diri dan keharmonian rumah tangga akan terpelihara.
Ini menunjukkan bahawa penetapan fatwa mengenai perkara ini adalah bertepatan
dengan tuntutan maqashid atau objektif syariah dalam menjaga kepentingan asas
iaitu menjaga kesucian syariat agama Islam ) (, menjaga kemaslahatan atau
nyawa pegawai yang dihantar ) ( dan menjaga nasab atau keturunan (
) dalam menghindari penghantaran seorang pegawai perempuan dan seorang
pegawai lelaki berduaan sahaja. Sungguh pun demikian, fatwa tidak mengabaikan
kebajikan sesebuah jabatan dalam keperluannya menghantar pegawai-pegawai ke
luar negara bagi meningkatkan lagi kredibiliti dan kemajuan sesebuah jabatan,
namun nilai-nilai etika maqashid syariah perlulah diterapkan, maka fatwa memberi
garis pandu dalam tatacara penghantaran pegawai kerajaan ke luar negara.

vi. Fatwa Mufti Kerajaan yang bertajuk „Mengenai Persoalan Mandi Wiladah’.24

Persoalan diajukan berkaitan mandi wiladah dan mandi seminggu, 14 hari dan 44
hari selepas beranak dengan mendatangkan orang tua.

Fatwa Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz
Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned, Mufti Kerajaan bilangan 33/2013 menjelaskan
bahawa mandi bersempena hari seumpama mandi seminggu, 14 hari atau 44 hari
setelah bersalin, dengan bantuan orang tua yang dijemput seperti yang biasa berlaku
dalam masyarakat Brunei, bukanlah mandi wiladah atau mandi mengangkat hadats
yang disyariatkan. Kebiasaannya mandi tersebut hanya berupa mandi adat untuk
tujuan perubatan bagi menyegarkan badan, malah ia sering diikuti dengan rawatan
selepas bersalin yang lain seperti bertangas, berurut, berbengkung dan
seumpamanya. Mandi tersebut tidak memadai untuk mengangkat hadats besar
sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat sah dan rukun-rukun mandi yang telah
disebutkan. Umpamanya masih dalam keadaan nifas, atau niat dibaca oleh orang
lain, atau menggunakan air yang dicampur daun-daunan, maka air tersebut tidak sah
untuk mengangkat hadats. Berlainan jika segala syarat sah dan rukun mandi
mengangkat hadats itu dapat dipenuhi; seperti sudah berhenti darah nifas, niat
dibaca sendiri dan menggunakan air muthlaq, maka mandi yang dibantu orang lain
itu boleh diniatkan terus sebagai mandi wiladah atau mengangkat hadats besar.
Mandi wiladah atau selepas beranak adalah wajib, namun ia tidak wajib dilakukan
segera melainkan untuk menunaikan sembahyang pada waktunya.

24
Ibid, Siri 33/2013.

11
Fatwa ini bertepatan dengan salah satu maqashid syariah iaitu pengukuhan amalan
agama bagi masyarakat wanita Brunei khususnya. Ia merupakan penjelasan kepada
masyarakat tentang kekeliruan pelaksanaan mandi wiladah yang disyariatkan iaitu
menyucikan diri dari hadats.

3.2 Tujuan Memelihara Nyawa

Salah satu tujuan syariat Islam ialah untuk memelihara kesihatan dan keselamatan
tubuh badan. Ia memainkan peranan yang sangat penting bagi memudahkan umat
menjalankan tanggungjawab duniawi dan ukhrawi. Oleh kerana itu, Islam
memerintahkan agar kita menjaga kesihatan mental dan fizikal, bersenam dan berubat
untuk mendapat kesembuhan daripada penyakit serta memulihkan kesihatan dan
mengelakkan dari melakukan sesuatu yang boleh merosakkan tubuh badan. Bagi
mengelakkan dari berlakunya kerosakan, Islam memerintahkan untuk menjaga
pemakanan dan melarang melakukan kesalahan yang mengakibatkan kecederaan dan
kehilangan nyawa seperti bunuh-membunuh.

Berikut beberapa fatwa yang mengambil pendekatan maqashid syariah dari segi
pemeliharaan nyawa dalam memutuskan sesuatu hukum:

i. Fatwa Mufti Kerajaan yang bertajuk „Vaksinasi Imunisasi’25

Amalan penggunaan vaksin seperti vaksinasi imunisasi adalah untuk mencegah


daripada terkena penyakit berbahaya yang menjadi ancaman terhadap kesihatan
individu, keluarga dan masyarakat di Negara Brunei Darussalam. Ia adalah cara
yang paling berkesan dan terbukti untuk melindungi diri dan orang ramai khususnya
kanak-kanak daripada terdedah kepada penyakit-penyakit yang mengancam
kesihatan dan membawa kepada ancaman nyawa atau kematian. Kementerian
Kesihatan berhasrat untuk menyiarkan mengenai pentingnya mendapatkan suntikan
vaksinasi imunisasi dalam memberikan perlindungan optima bagi mengelakkan
seseorang itu dari mendapat jangkitan sekaligus meningkatkan imuniti badan dan
imuniti kelompok serta dapat melindungi kesihatan awam. Oleh itu penjelasan
fatwa dipohon oleh Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam berkenaan
mitos penggunaan vaksin tidak dibenarkan disebabkan status kehalalannya.

Fatwa Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz
Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned, Mufti Kerajaan bilangan 09/2017 menyatakan
bahawa pada dasarnya penggunaan vaksinasi imunisasi itu dilarang jika statusnya
mengandungi benda najis dan yang diharamkan akan tetapi penggunaannya menjadi
harus apabila ada sebab-sebab yang khusus. Antaranya ialah dalam keadaan
dharurat atau terpaksa kerana menghindari daripada penyakit merbahaya atau
menakutkan yang boleh membawa ancaman kepada individu dan orang ramai dan
tidak ada cara lain yang berkesan untuk mencegahnya sebagaimana firman Allah
Ta„ala:

25
Ibid, Siri 09/2017.

12
               

         

Tafsirnya: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan ke atas kamu memakan


bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih dengan
(menyebut nama) yang lain daripada (nama) Allah. Tetapi sesiapa yang terpaksa
(memakannya) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas
maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Pengasih.
(Surah al-Baqarah: 173)

Walau bagaimanapun keharusan penggunaan vaksinasi imunisasi berkenaan


hendaklah mengikut syarat-syarat iaitu; tidak terdapat bahan suci yang boleh
menggantikan bahan najis tersebut untuk dijadikan ubat dan hendaklah menurut
orang yang berubat itu (jika dia seorang yang arif dalam perubatan), ataupun
disahkan menurut ahli perubatan muslim yang „adil bahawa bahan najis yang
hendak dijadikan ubat itu tidak dapat digantikan dengan bahan yang lain.
Keharusan tersebut lebih jelas apabila semua vaksinasi imunisasi yang diberikan
kepada kanak-kanak semasa kecil yang didapatkan oleh Kementerian Kesihatan
Negara Brunei Darussalam telah diisytiharkan tidak mengandungi bahan najis
seperti alkohol dan babi dan tiada asal haiwan yang meragukan kehalalannya.

Fatwa ini menerangkan keharusan berubat dengan benda najis dalam keadaan
dharurat, menunjukkan bahawa ia mengambil kira konsep maqashid syariah dalam
pemeliharaan nyawa. Jika keputusan hukum harus ini tidak dibuat ia boleh
menyebabkan ancaman nyawa kepada individu dan seterusnya orang ramai.
Namun, jika vaksinasi imunisasi diisytiharkan tidak mengandungi bahan najis, maka
keharusan berubat dengannya adalah lebih jelas.

ii. Fatwa Mufti Kerajaan yang bertajuk „Mengenai Persoalan Berdiang’26 dan
‘Hukum Berdiang Dengan Membakar Arang Selepas Bersalin’27

Antara jalan untuk memelihara nyawa itu ialah dengan berubat untuk mendapat
kesembuhan daripada penyakit dan memulihkan kesihatan. „Berdiang‟ atau
memanaskan badan dengan membakar kayu arang merupakan antara amalan
masyarakat Brunei sebagai rawatan menjaga kesihatan tubuh badan selepas bersalin.
Persoalan yang timbul adakah perubatan ini masih rasional diamalkan
memandangkan perubatan ini menggunakan kayu arang yang menyebabkan api dan

26
Ibid, Siri 33/2013.
27
Ibid, Siri 04/2014.

13
asap yang mana sesetengah orang menyatakan ia adalah unsur memanggil jin dan
syaitan.

Fatwa Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz
Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned, Mufti Kerajaan bilangan 33/2013 dan 04/2014
menjawab pertanyaan di atas menyatakan mengamalkan sesuatu rawatan perubatan
atau pemulihan kesihatan selepas bersalin, seumpama berdiang atau memanaskan
badan menggunakan api dengan membakar kayu arang atau menggunakan tenaga
eletrik, hukumnya adalah harus, sekalipun membakar kayu arang akan
mengeluarkan asap kerana lazim sesuatu yang dibakar itu memang mengeluarkan
asap, selagi mana pengamalan rawatan tersebut tidak mengandungi unsur syirik
seperti terdapat kepercayaan bahawa asapnya adalah untuk pemujaan jin, maka
kepercayaan sedemikian adalah salah dan bertentangan dengan aqidah Islam.

Fatwa ini menyatakan hukum keharusan mengamalkan rawatan berdiang selepas


bersalin dan ia bertepatan dengan salah satu maqashid syariah iaitu memelihara
nyawa melalui rawatan pemulihan kesihatan badan setelah bersalin. Namun jika
rawatan tersebut mengandungi unsur syirik seperti pemujaan jin maka, fatwa
menjelaskan bahawa ia adalah ditegah bagi menjaga maqashid syariah iaitu
pemeliharaan dan pengukuhan akidah agama Islam.

3.3 Tujuan Memelihara Akal

Akal merupakan jentera penggerak dan asas bagi manusia. Tanpa akal, manusia tidak
akan ada bezanya dengan binatang. Oleh itu memelihara akal merupakan objektif atau
maqashid syariah dan demi menjaga akal, Islam memerintahkan kita untuk sentiasa
memelihara akal dengan berusaha mengembangkan dan mengaktifkan potensi akal,
sentiasa berfikir tentang ciptaan dan kebesaran Allah Subhanahu wa Ta„ala, menuntut
ilmu dan sebagainya. Menjaga akal juga bererti mengelak akal daripada berlaku
kerosakan, dari itu Islam menetapkan hukuman sebat ke atas peminum arak dan
mengharamkan melihat perkara maksiat.

Sebahagian fatwa yang memberi kepentingan maqashid syariah dalam menjaga dan
mengelak daripada berlaku kerosakan akal itu ialah:

i. Fatwa Mufti Kerajaan yang bertajuk „Arak Dinaikkan Cukainya Atau Ditahan
Edarannya Ke Dalam Negara Brunei’28 dan „Kemasukan Arak Dan Daging
Khinzir Ke Negara Brunei Darusalam Untuk Transit / Punggah Edar’29

Penerapan maqashid syariah dalam merealisasikan dan memelihara maslahat serta


menghindari kemudaratan berlaku kepada masyarakat Brunei dapat kita lihat
diimplimentasikan dalam pentadbiran Negara Brunei Darussalam berpandukan
fatwa-fatwa Mufti Kerajaan khususnya. Antara amalan pentadbiran yang

28
Ibid, Siri 88/1983.
29
Ibid, Siri 01/2010.

14
menyokong maqashid syariah itu ialah pengharaman arak di Negara Brunei
Darussalam.

Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Ismail bin Omar
Abdul Aziz menyatakan dalam fatwa beliau bilangan 88/1983 bahawa arak, perkara
hiburan yang berlebih-lebihan dan perkara-perkara lain yang melalaikan dari
kewajipan masyarakat Islam hendaklah dikurangkan sedikit demi sedikit dari
digunakan dalam Negara Brunei Darussalam, kerana arak itu untuk orang bukan
Islam, dan orang bukan Islam hanya sedikit jumlahnya di Negara Brunei
Darussalam. Masyarakat Islam hendaklah tidak meraikan dan melayan mereka
sehingga menyebabkan masyarakat Islam yang banyak dan majoriti terjejas dan
terpedaya kerana melayan dan meraikan hajat dan kesenangan-kesenangan orang-
orang asing yang mencari kekayaan dan kemewahan dalam Negara Brunei
Darussalam. Masyarakat Brunei jati hendaklah diutamakan dari hajat dan meraikan
orang asing. Jika orang asing mendapat pengaruh dalam negara ini dengan sebab
kekayaan dan kelalaian kita, akan menyebabkan orang-orang jati Brunei terpedaya
dan menjadi kelas kedua - semoga dijauhkan Allah Ta'ala - sebagaimana berlaku di
Singapura, di Tanah Melayu, di Sabah, di Sarawak, di Palestin dan di Cyprus, juga
di Pulau-Pulau Indonesia. Fatwa mengingatkan agar masyarakat Brunei
berwaspada dan mempunyai plan-plan jangka panjang bagi keselamatan orang-
orang Brunei dan Negara Brunei Darussalam. Oleh itu, fatwa tersebut menyarankan
agar arak dikurangkan sedikit demi sedikit di hotel-hotel, di kedai-kedai awam, di
restoran-restoran dan tempat-tempat lain di Negara Brunei Darussalam kerana
semua orang sama ada Islam atau bukan Islam mengaku bencana arak dan bencana
tiada siuman dari mabuk arak serta menyebabkan kemerosotan pencarian,
kehidupan dan ekonomi orang perseorangan atau kumpulan atau negara.

Fatwa ini memberi sumbangan kepada amalan pentadbiran negara dalam memandu
masyarakat ke arah pemeliharaan maqashid syariah iaitu menjaga akal melalui
tindakan pengharaman kemasukan arak ke Negara Brunei Darussalam. Ia bukan
sahaja sebagai memelihara agama, tetapi juga memelihara nyawa, nasab, akal dan
harta. Ini terbukti melalui pengharaman arak di Negara Brunei Darussalam telah
berlaku secara berperingkat iaitu:

Peringkat pertama: Pengharaman daripada Syarikat Penerbangan Diraja Brunei


yang tidak lagi menghidangkan arak dalam sebarang penerbangannya mulai
berkuatkuasa pada 20 Rabiulakhir 1409 / 30 November 1988.

Peringkat kedua: Pengharaman daripada kelab-kelab Angkatan Bersenjata Diraja


Brunei dan Polis Diraja Brunei yang berkuatkuasa mulai 9 Muharram 1411 / 31
November 1988.

Peringkat terakhir: Pengharaman secara total iaitu menegah kemasukan arak ke


Negara Brunei Darussalam yang berkuatkuasa mulai 14 Jamadilawal 1411 / 1

15
Disember 1991. Semua permit memasukkan segala jenis arak yang dikeluarkan
sebelum tarikh tersebut adalah dibatalkan serta-merta. Sementara arak yang sudah
dimasukkan atau dibuat dalalm negara ini adalah dimansuhkan pada 15
Jamadilakhir 1411 / 1 Januari 1992.30

Dalam fatwa Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr.
Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned, Mufti Kerajaan bilangan 01/2010 pula
melarang menjadikan pelabuhan Muara Negara Brunei Darussalam menjadi hub
memproses transit atau punggah edar arak walaupun bukan untuk kegunaan di
Negara Brunei Darussalam. Membenarkannya bukan sahaja mencabul dasar
ketetapan negara yang selama ini mengharamkan arak, malah tindakan itu sama
sekali adalah haram dan bertentangan dengan hukum syara„. Pengharaman
bermuamalah dengan segala yang berkaitan dengan arak adalah sesuatu yang
mutlak. Bukan hanya memerah, memegang, meminum, menghidangkan malahan
berurus niaga dan memakan hasil pendapatan arak juga adalah haram dan berdosa
besar berdasarkan hadits riwayat Anas bin Malik radhiallahu „anhu, kata beliau:

Maksudnya: Rasulullah Shallallahu „alaihi wasallam melaknat dalam (perkara)


arak sepuluh (orang): Pemerahnya, orang yang minta diperahkan arak,
peminumnya, pembawanya, orang yang dibawakan kepadanya arak,
penghidangnya (pelayan arak), penjualnya, orang yang makan harga arak (duit
hasil pendapatan arak), orang yang membeli arak dan orang yang membelikan
arak bagi orang lain.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Fatwa-fatwa pengharaman kemasukan arak ke Negara Brunei Darussalam ini


menunjukkan ia amat mementingkan kemaslahatan masyarakat Brunei khususnya
dalam penjagaan lima tunggak kepentingan asas maqashid syariah kerana segala
kegiatan berkaitan arak akan menjejaskan agama, nyawa, akal, nasab dan harta.

ii. Fatwa Mufti Kerajaan yang bertajuk „Hukum Menghisap Vape31

Antara isu yang ditimbulkan ialah mengenai perkara berkaitan vaping atau rokok
elektronik. Sejak timbulnya alat ini, ia sudah menjadi amalan bukan sahaja bagi
mereka yang gemar merokok, bahkan kepada anak muda untuk mengambil alat ini
sebagai alternatif kepada rokok memandangkan rokok telah diharamkan dan telah
diputuskan dalam fatwa mufti Kerajaan. Setelah dibuat penyelidikan dan melihat
kepada hujah-hujah mengenainya, didapati vape adalah tidak selamat untuk
digunakan dan ia mempunyai kesan yang boleh memudharatkan kesihatan bukan

30
Pehin Tuan Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Awang Juned, Islam di
Brunei: 167-168.
31
Fatwa Brunei Kerajaan, negara Brunei Darussalam Siri 07/2016.

16
hanya kepada pengamalnya malah kepada orang di sekelilingnya. Ini kerana vape
mengandungi nikotin dan bahan toksik lain, di mana nikotin merupakan satu bahan
yang boleh merangsang ketagihan bahkan boleh menimbulkan berbagai penyakit
kepada pengamalnya dan berpotensi untuk mempengaruhi perkembangan otak
kanak-kanak dan janin kesan dari sedutan yang kronik.

Sehubungan itu setelah dibuat penilaian, fatwa telah diputuskan dengan menyatakan
bahawa penggunaan vape adalah haram dan wajib ditinggalkan. Keputusan tersebut
dibuat berpandukan kepada beberapa perkara dan bersandarkan kepada beberapa
kaedah Fiqhiyyah:

a. ‫ ال ضزر وال ضزار‬- kaedah ini menekankan kepada larangan daripada memakan
atau meminum sesuatu yang boleh memudharatkan atau merosakkan tubuh badan.
Sekiranya penggunaan vape diharuskan, ia membuka peluang kepada penyakit
untuk terus menjalar.

b. ‫ – سد الذرائع‬kaedah ini membawa maksud menutup atau menegah jalan yang


menjurus kepada kebinasaan. Memandangkan vape membawa risiko yang buruk,
maka menutup jalan ke arah itu adalah perlu bagi memelihara kepentingan asas
syarak. Apatah lagi vape boleh saja disalahgunakan dengan ciptaan baharu
daripada beberapa jenis ekstrak perisa dadah seperti syabu, ganja dan air ketum
yang mana kesemuanya ini boleh memudharatkan kesihatan dan akal.

Berdasarkan pengambilan kaedah-kaedah sedemikian dalam keputusan fatwa


mengharamkan vape adalah mengambil kira akan kepentingan maqashid syariah
iaitu tuntutan menjaga akal, kesihatan dan keselamatan nyawa serta mengelakkan
dari berlaku pembaziran harta. Mengapa ia dikaitkan dengan pembaziran harta?
Kerana yang dimaksudkan dengan pembaziran itu ialah apabila membelanjakan
wang untuk perkara-perkara yang haram dan tidak ada keperluan, manfaat dan
tujuannya sekalipun sedikit.

3.4 Tujuan Memelihara Nasab (Keturunan)

Institusi kekeluargaan yang aman dan harmoni adalah sangat diperlukan dalam
melahirkan masyarakat yang berjaya, mantap dan berkualti. Oleh itu pemeliharaan
keturunan atau maruah sangat signifikan dalam pembentukan imej, akhlak dan
kedudukan masyarakat yang diharapkan. Justeru itu, Islam mengajarkan cara untuk
memelihara keturunan dan maruah iaitu dengan mengadakan sistem perkahwinan
yang teratur seperti mengharamkan perkahwinan dengan wanita yang haram dinikahi,
mengharamkan pengklonan manusia dan tidak menasabkan anak angkat dan anak
tidak sah taraf. Di samping itu, bagi mengelakkan dari berlakunya kerosakan terhadap
nasab dan maruah, hukuman sebat dan rejam dikenakan ke atas pesalah rogol dan
zina.

Antara fatwa yang menitikberatkan kepentingan maqashid syariah dalam memelihara


keturunan itu ialah:

17
i. Fatwa Mufti Kerajaan yang bertajuk „Minta Taruh Nama Bapa Angkat Pada
Nama Anak Angkat‟32 dan „Menambah Nama Ayah Angkat Selepas Nama Anak
Angkat‟33 ‘Menambah Nama Bapa Angkat Selepas Nama Bapa Asal34
‘Membinkan Anak Tidak Sah Taraf’35 dan ‘membinkan Anak Angkat’36

Permasalahan mengenai membinkan anak angkat kepada bapa angkat sering berlaku
dan sudah menjadi amalan masyarakat sejak dahulu lagi. Terdapat beberapa fatwa
berkaitan dengannya di mana keputusan fatwa mengenai perkara ini mengambil
pendekatan konsep maqashid syariah demi menjaga nasab atau keturunan agar tidak
berlaku kekeliruan. Perbuatan membinkan kepada nama bapa angkat adalah tidak
dibenarkan sepertimana yang ditegaskan dalam fatwa berkenaan. Begitu juga
keputusan fatwa dalam perkara menambah nama bapa angkat selepas nama anak
angkat atau menambah nama bapa angkatnya selepas nama bapa asalnya adalah
tidak dibenarkan sekalipun nama bapa asal masih lagi dikekalkan.

Fatwa yang telah diputuskan adalah selari dan menepati maqashid syariah dari sudut
penjagaan keturunan supaya tidak berlaku kesamaran dan mengelak daripada
berlakunya kesulitan apabila melakukan pelbagai urusan. Jika keputusan sedemikian
tidak dibuat, maka penambahan nama bapa angkat ke dalam nama anak angkat itu
boleh mendatangkan kekeliruan dan boleh mendedahkan kepada berlakunya
penipuan dalam keturunan dan akhirnya boleh mengakibatkan kemudharatan
kepada anak tersebut. Perbuatan sedemikian adalah sama sahaja seperti
menasabkan anak angkat kepada bapa angkat.

Alhamdulillah, amalan penasaban seperti ini dapat dibendung dengan adanya fatwa
ini yang menjadi rujukan dan panduan pihak-pihak yang tertentu seperti Bahagian
Pendaftaran Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Jabatan Imigresen dan
Pendaftaran Kebangsaan apabila berurusan mengenai dengan hal ehwal anak
angkat.

ii. Fatwa Mufti Kerajaan yang bertajuk „Masalah Perkahwinan, Adat Bersanding
Dan Lain-Lain Yang Berkaitan Dengannya’37, ‘Kemusykilan Tentang Hukum
Setengah Adat Perkahwinan Orang-Orang Islam Di Brunei’38 dan Adat
Perkahwinan: Mengenai Kain Jongsarat’39

Pernikahan disyariatkan agar nasab atau keturunan terpelihara. Namun


menyediakan perbelanjaan untuk menyelenggarakan majlis-majlis perkahwinan
kebanyakannya menjadi beban bagi sesetengah orang.

Fatwa menjelaskan majlis perkahwinan yang dikehendaki oleh syara„ sangat mudah
dan tidak menyusahkan. Semua ketentuan syariat Islam ditetapkan adalah atas

32
Ibid, Siri 73/1991.
33
Ibid, Siri 27/2011.
34
Ibid, Siri 23/1964.
35
Ibid, Siri 09/2011.
36
Ibid, Siri 07/2012.
37
Ibid, Siri 02/1995.
38
Ibid, Siri 36/1995.
39
Ibid, Siri 22/2005.

18
dasar keringanan dan kemudahan, tidak memberatkan dan tidak menyusahkan
sebagaimana firman Allah Ta„ala:

       

Tafsirnya: Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki


kesukaran bagi kamu.
(Surah al-Baqarah 185)

Perkahwinan tidak lain merupakan perlaksanaan sunnah Rasulullah Sallallahu


„alaihi wasallam, oleh yang demikian mengadakan hal-hal yang memberatkan dan
hal-hal yang berlebihan dalam istiadat perkahwinan dan termasuk adat yang
berkaitan sebelum perkahwinan itu adalah merupakan perbuatan atau amalan yang
menyimpang daripada ketentuan yang digariskan oleh syara„.

Majlis perkahwinan yang baik ialah yang ringan perbelanjaannya, tidak


memberatkan dan menyusahkan, tidak bermewah-mewah dan tidak melebihi batas-
batas yang diperlukan, dan tidak membawa kepada pembaziran, kerana pembaziran
itu bertentangan dengan hukum syara‟. Mengadakan majlis perkahwinan sehingga
menanggung hutang itu tidak disuruh oleh agama, kerana risiko berhutang sangat
tinggi, baik di dunia mahupun di akhirat, lebih-lebih lagi jika berhutang itu dengan
cara riba.

Fatwa juga menjelaskan berkaitan permintaan dari pihak keluarga pengantin


perempuan seperti Tanda Bertunang termasuk iringannya, Membuka Mulut, Belanja
Hangus atau Serba Guna berjumlah sekian ribu, Kelangkahan Dulang (jika
berkenaan), Kain Jongsarat dan lain-lain. Ini belum termasuk lain-lain hadiah yang
akan di bawa oleh pihak pengantin lelaki, dan lain-lain belanja untuk majlis-majlis
yang berkaitan dengan perkahwinan itu. Semua permohonan atau permintaan oleh
pihak pengantin perempuan kepada pihak pengantin lelaki, selain daripada mas
kahwin bukanlah tuntutan Islam, namun oleh kerana ia telah menjadi adat dan malu
bagi pihak pengantin lelaki menolaknya atau meminta “kurangi”, maka akhirnya
segala permohonan pihak perempuan diterima juga, walaupun kadang-kadang
dalam keadaan terpaksa. Soalnya sampai bila keadaan seperti ini boleh berubah,
adalah memerlukan komitmen dan kesedaran masyarakat jua.

Apa yang sudah nyata dalam istiadat perkahwinan yang dicampuri oleh adat iaitu
adat sebelum berkahwin termasuk majlis akad nikah, majlis bersanding dan majlis
pengantin muleh, semuanya itu memerlukan kewangan yang bukan sedikit sehingga
pembaziran wang tidak dapat dielakkan. Selaras dengan sikap agama Islam sebagai
agama yang mudah, tidak membazir, maka jalan yang selamat ialah kembali kepada
jalan yang diaturkan oleh agama supaya majlis perkahwinan itu dapat dilaksanakan
dengan sederhana sekali. Namun perkara ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa
kesedaran yang menyeluruh mungkin juga campur tangan pihak berkenaan
diperlukan untuk memberikan garispandu dan nasihat. Adat yang baik boleh
dikekalkan selama tidak bertentangan dengan ajaran agama.

Fatwa ini memberi kefahaman kepada masyarakat bahawa urusan perkahwinan


yang disyariatkan untuk memelihara nasab itu hendaklah dilaksanakan dengan cara

19
yang sederhana dan tidak membebankan. Jika teguran kepada masyarakat dalam
fatwa ini tidak dibuat, sesetengah orang akan merasa terbeban dengan segala
perbelanjaan perkahwinan sehingga menyebabkan sesetengah orang melewatkan
perkahwinan, sedangkan menyegerakan perkahwinan itu boleh mengelak fitnah dan
memelihara nasab. Adat yang tidak menyalahi ajaran agama pula boleh diteruskan.
Fatwa ini bukan sahaja berkait dengan pemeliharaan agama dan nasab, tetapi juga
pemeliharaan maslahat harta.

3.5 Tujuan Memelihara Harta

Harta juga merupakan asas penting bagi memenuhi keperluan hidup manusia seperti
rumah yang selesa, pakaian untuk menutup aurat, makanan dan minuman yang halal
serta pendidikan asas. Dari itu Islam mengambil berat penjagaan harta dengan
memerintahkan kita supaya bekerja mencari rezeki yang halal, menjaga harta anak
yatim, pewarisan harta faraidh dan wasiat, menggunakan sistem kewangan Islam serta
takaful dan pelaburan Islam. Malah Islam melarang kita daripada melakukan sesuatu
yang boleh merosakkan harta. Maka jalan untuk mengelaknya ialah dengan
melaksanakan hukuman hudud ke atas pesalah sariqah (curi) dan hirabah (rompak)
dan mengancam ke atas mereka yang menggunakan harta bukan dari haknya.

Sebahagian fatwa yang memberi kepentingan maqashid syariah dalam memutuskan


sesuatu perkara berkaitan pemeliharaan harta itu ialah:

i. Fatwa Mufti Kerajaan yang bertajuk „Cabutan Nombor Bertuah‟40

Antara amalan yang sering dilakukan oleh masyarakat Brunei ialah mengadakan
lucky draw atau cabutan nombor bertuah di mana penyertaannya dilakukan dengan
bermacam cara. Ada kalanya setiap peserta dimestikan membuat bayaran sebagai
syarat penyertaan dan ada kalanya peserta disyaratkan untuk membawa hadiah
masing-masing yang dijadikan sebagai hadian bagi cabutan bertuah. Salah satu cara
lagi yang dipertanyakan ialah hukum mengadakan cabutan bertuah di mana sesiapa
sahaja boleh menyertai tanpa dikenakan apa-apa bayaran dan hanya akan diberikan
tiket bertuah dengan setiap belian $10.

Berkaitan dengan permasalahan ini, sekalipun pelanggan atau peserta tidak


mendapat apa-apa kerugian namun keputusan fatwa untuk tidak membenarkan cara
sebegini jelas menunjukkan bahawa pendekatan konsep maqashid syariah diberi
pertimbangan dengan sewajarnya. Keputusan fatwa sedemikian adalah untuk
memelihara dan mengawal kebajikan manusia dan mengelak dari berlakunya
kerugian dan penipuan serta untuk menutup ruang-ruang yang boleh membawa
kepada perjudian atau sekurang-kurangnya kepada syubhah. Ini kerana apabila
terdapat tujuan lain selain membeli barangan iaitu untuk mendapatkan hadiah
cabutan bertuah, maka perbuatan seperti ini adalah menuju kepada cara atau bentuk
perjudian atau menghampiri perjudian.

Di samping ketetapan larangan yang diputuskan dalam fatwa berkenaan, fatwa tidak
mengabaikan keinginan syarikat untuk mengembangkan perusahaannya dengan

40
Ibid, Siri 29/2000.

20
memberikan saranan sebagai jalan keluar dan penyelesaian dalam mengharuskan
perkara berkenaan; iaitu dengan tidak menetapkan syarat pembelian dengan suatu
jumlah tertentu atau had minima sesuatu belian.

ii. Fatwa Mufti Kerajaan yang bertajuk „Hukum menyertai peraduan melalui sms
atau mms‟41

Isu yang lebih kurang sama turut dikemukakan apabila timbulnya amalan
masyarakat yang menyertai peraduan yang berbentuk kuiz melalui perkhidmatan
pesanan ringkas (sms) atau sistem pesanan multi-media (mms) dengan dikenakan
kadar bayaran yang tinggi dari bayaran sms biasa. Sesiapa yang banyak menghantar
atau meneka jawapan dengan tepat serta cepat akan mendapat hadiah yang
dijanjikan oleh pihak penganjur.

Setelah meneliti dan mengkaji perjalanan peraduan tersebut diadakan, terdapat


unsur perjudian dalam peraduan tersebut kerana peserta terpaksa berhabisan wang
menghantar sms demi untuk mencuba nasib mendapatkan hadiah yang ditawarkan.
Manakala pihak penganjur akan mendapat keuntungan.

Oleh yang demikian, mengharamkan peraduan tersebut telah diambil sebagai


keputusan dalam Fatwa Mufti Kerajaan demi menepati tuntutan maqashid syariah
iaitu untuk menjaga harta, kebajikan dan keharmonian umat Islam berpandukan al-
Qur‟an dan as-Sunnah.

Begitulah antara contoh Fatwa Mufti Kerajaan yang menjadi panduan dalam
pentadbiran institusi kerajaan dan swasta, dan dalam membimbing masyarakat ke arah
memelihara maqashid syariah.

4. Penutup

Konsep maqashid syariah diambil dan diberi pertimbangan yang wajar dalam
memutuskan sesuatu fatwa khususnya yang berkaitan amalan masyarakat Brunei. Ia
bertujuan bagi memastikan amalan yang dilakukan itu tidak bertentangan dengan
syariat Islam dan maqashid syariah seperti agama, nyawa, akal, keturunan dan harta
itu tetap terpelihara, dan pada masa yang sama menjaga kesejahteraan dan kerukunan
hidup bermasyarakat.

Dari itu, pengeluaran dan penyebaran Fatwa Mufti Kerajaan merupakan sumbangan
utama Jabatan Mufti Kerajaan dalam membentuk kehidupan masyarakat walaupun
ada kalanya hukum-hakam yang disampaikan itu berlawanan dengan kebiasaan
amalan mereka. Namun mereka menghormati dan menerima baik penjelasan hukum
yang diberikan dan ini terbukti apabila mereka menjadikan fatwa sebagai panduan
dalam urusan kehidupan dan pentadbiran mereka bagi memastikan segala tindakan
dan amalan yang dilaksanakan dalam masyarakat itu adalah bertepatan dengan konsep
maqashid syariah terutama dalam memelihara kepentingan asasi iaitu agama, nyawa,

41
Ibid, Siri 11/2006.

21
akal, nasab dan harta. Penerapan maqashid syariah ini sudah tentunya menjadi
pemangkin ke arah negara makmur.

22
Rujukan

Al-Qur‟an al-Karim

Asy-Syathibi, Abu Ishaq Ibrahim bin Musa bin Muhammad an-Najmi, Al-Muwafaqat.
Al-Mamlakah al-Arabiah as-Saudiyyah: Dar Ibn „Affan, 1997.

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Dewan, Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2005.

Dr. Abdul Karim Zaidan, Al-Wajiz fi Ushul al-Fiqh, Mu‟assasah ar-Risalah, 1999.

al-Fairuz Abadi, al-Qamus al-Muhith. Beirut: Dar al-Fikr, 2003.

al-Harrani al-Hanbali, Sifat al-Fatwa wa al-Mufti wa al-Mustafti. Beirut: al-Maktab


al-Islami,1976.

Ibn „Abidin, Majmu„ah Rasa‟il Ibn „Abidin.

Ibn Manzur, Lisan al-Arab, Beirut: Dar Shadir, 1990.

Muhammad Rawwas Qal„ahji dan Hamid Shadiq Qunaybi, Mu‟jam Lughah al-
Fuqaha. Beirut: Dar an-Nafa‟is, 1985.

Nasir Sayyid Ahmad, al-Mu‟jam al-Wasith. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-„Arabi,
2008.

Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri setia Utama Dr Awang Haji Ismail bin Omar
Abdul Aziz, Fatwa Mufti Kerajaan, 1962-1993.

Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin
Juned, Fatwa mufti Kerajaan, 1994-2017.

Pehin Tuan Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Awang
Juned, Islam di Brunei, Pusat Sejarah Brunei Darussalam, 1992.

Sa‟di Abu Jaib, al-Qamus al-Fiqhi Lughah wa Ishthilah. Dimasyq: Dar al-Fikr, 1998.

Wahbah az-Zuhayli, Mawsu„ah al-Fiqh al-Islami al-Mu„ashir. Dimasyq: Dar al-


Maktabi, 2007.
__________________, Ushul al-Fiqh al-Islami, Dimasq: Dar al-Fikr, Cetakan
Pertama, 1986M.

Wizarah al-Awqaf wa asy-Syu‟un al-Islamiyyah al-Kuwait, al-Mawsu‟ah al-


Fiqhiyyah. Kuwait: Dar al-Shafwah, 1992.

Rujukan Laman Web

http://www.agc.gov.bn/AGC%20Images/LOB/Order%20PDF%20(BM)/Penggal%20
77.pdf

23
SEMINAR KEBANGSAAN MAZHAB SYAFI’I
TEMA:
MAQASID SYARIAH PEMANGKIN NEGARA MAKMUR
5 SYAABAN 1439H / 21 APRIL 2018M
ANJURAN:
PUSAT PENYELIDIKAN MAZHAB SYAFI’I
UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

TAJUK:
MAQASID SYARIAH: MEMPERKUKUH
NEGARA ZIKIR

PEMBENTANG:
DR HAJI ABDUL RAUF AMIN
TIMBALAN DEKAN
FAKULTI SYARIAH
KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN
UGAMA SERI BEGAWAN
‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬
‫الحمد هلل رب العالمين الذى أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره‬
.‫ وبعد‬،‫ والصالة والسالم على أشرف المرسلين سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين‬،‫المشركون‬

MAQASID AL-SYARIAH: MEMPERKUKUHKAN NEGARA ZIKIR©

Abd Rauf Muhammad Amin©

ABSTRAK

“Sebagai sebuah negara Islam yang progresif, pengukuhan "Maqasid Syar'iah" adalah
menjadi pra-syarat kepada kejayaan negara. Pengukuhan ini penting, sebagai pemangkin
ke arah memastikan negara terus menuai kemakmuran dan kesejahteraan”.

(Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi
Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam)

Dalam pandangan Islam perbuatan Allah samaada perbuatan penciptaan (Takwiniyyah)


mahupun perbuatan hukum (Tasyriiyyah) tidak lepas dari berbagai hikmah dan rahasia,
tidak ada perkara yang sia.sia. Hal ini sebagai manifestasi dari sifat Allah iaitu al-Hakim,
Yang Maha bijaksana. Dengan demikian, ulama menyatakan setiap hukum yang
ditetapkan Allah pasti memiliki tujuan atau matlamat. Matlamat ini disebut Maqsid atau
Maqsad. Maqasid al-Syariah ialah matlamat-matlamat yang hendak diwujudkan oleh
Allah dari ketetapan-ketetapan hukum yang diturunkan-Nya. Tentu saja sumber utama
bagi mengetahui tujuan-tujuan hukum ialah al-Quran dan al-Sunnah. Dalam kedua
sumber ini tujuan-tujuan hukum ada yang disebutkan secara tersurat (langsung) dan ada
yang disampaikan dengan tersirat (tidak langsung). Salah satu matlamat penciptaan dan
sekaligus matlamat hukum yang disebut langsung al-Quran ialah beribadah. Cara paling
baik mewujudkan aktifiti ibadah ialah dengan melakukan zikir. Zikrullah ialah menyebut,
mengingat Allah, patuh, dan mentaatinya. Tapi arti paling dalam dari zikrullah ialah
menghadirkan Allah dalam setiap tutur kata, pikiran dan perbuatan seorang muslim.
Kertas kerja ini hendak membincangkan sebuah isu utama iaitu sejauhmana pemahaman
dan pengamalan Maqasid al-Syariah dapat memantapkan dan memperkasa Negara Brunei
sebagai Negara Zikir. Untuk merealisasikan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-
Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-
Pertuan Negara Brunei Darussalam. Kerta kerja ini akan membincangkan sumbangan
Maqasid al-Syariah bagi memperkukuhkan Negara Zikir. Kertas kerja akan
menghighlight perkara-perkara berikut; Apa yang dimaksud Maqasid al-Syariah,
sejauhmana pentingnya Maqasid al-Syariah, apa yang dimaksud zikir, apa yang dimaksud
Negara Zikir dan Bagaimana Maqasid al-Syariah berkontribusi bagi kukuhnya Negara
Zikir.
Keyword: Syariah, Maqasid al-Syariah, Zikir, Negara Zikir.

PENDAHULUAN

©
Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Mazhab Syafi‘i anjuran Pusat Penyelidikan Mazhab
Syafi‘i Universiti Sultan Sharif Ali 21 April 2018.
©
Penolong Kanan Professor, Timbalan Dekan Fakulti Syariah KUPU SB Brunei Darussalam.
1
Terma Syariah adalah merujuk kepada ajaran-ajaran hukum yang telah ditetapkan oleh Allah
swt melalui Al-Quran dan Sunnah yang kemudian dijelaskan oleh ulama. Hukum-hakam itu
secara umum berupa perintah dan tegahan samaada secara tegas mahupun tidak 1 . Telah
menjadi kesepakatan ulama bahawa dalam al-Quran dan Sunnah tidak hanya terdapat hukum-
hakam yang berupa perintah dan tegahan namun keduanya pun mengandungi matlamat atau
tujuan dari pada hukum-hakam itu. Dalam erti kata, al-Quran dan al-Sunnah disamping
mengajarkan hukum-hakam keduanya pun sering mengiringinya dengan matlamat-matlamat
hukum. Kalau hukum-hakam itu disebut al-Syariah maka matlamat-matlamat itu dinamakan
Maqasid al-Syariah. Hubungan Syariah dan Maqasid al-syariah bagaikan hubungan jasad dan
roh. Pemahaman mengenai Syariat begitu pula pengamalan terhadapnya baru dianggap benar
apabila keduanya memposisikan Syariah dan Maqasid al-Syariah adalah satu kesatuan yang
tak terpisahkan. Dalam erti kata, hukum-hakam Allah tidak boleh dilaksanakan dengan tujuan
yang berbeda dengan tujuan Allah itu sendiri. Melaksanakan ajaran hukum tanpa
menghadirkan roh dan tujuannya atau melaksanakannya dengan tujuan yang menyalahi
tujuan pensyariatan hukum itu sendiri maka pelaksanaan itu tidak bernilai apa-apa atau
tertolak. Ibadah solat misalnya, apabila seseorang menunaikannya tanpa menghadirkan Allah
di dalamnya atau mendirikan solat tapi tujuannya bukan untuk Allah (riya) maka pelaksanaan
solat itu adalah sia-sia. Bahkan dalam beberapa riwayat riya itu disebut sebagai syirik kecil
dan itu adalah dosa2. Pada point ini, sudah dapat dipahami betapa pentingnya isu Maqasid al-
Syariah. Kerana dengan pemahaman yang mantap mengenainya semua tindakan-tindakan
keberislaman kita dapat dijadikan sebagai tindakan yang bermutu dan berkualiti. Dengan
demikian pula dapat pula dikatakan Maqasid al-Syariah dapat menghantarkan umat Islam
menjadi umat yang memiliki quality of life.

Kualiti kehidupan dalam Islam sangat unik. Islam tidak hanya fokus kepada kualiti
dalam kehidupan keduniaan tetapi juga kualiti keakhiratan bahkan yang terakhir ini adalah
lebih penting. 3 . Dan inilah yang membezakannya dengan konsep-konsep yang lain
Mengutamakan agama, akidah, iman dari segalanya dapat kita lihat dengan mantap dalam
sejarah kenabian4. Dalam erti lain, memahami pentingnya Maqasid al-Syariah dapat menjana
kehidupan yang berkualiti sama ada di dunia mahupun di akhirat. Untuk menjaga konsistensi,
kertas kerja ini hanya akan fokus pada kualiti keberislaman melalui pemahaman yang mantap
terhadap Maqasid al-Syariah.

KONSEP MAQASID AL-SYARIAH


1
Menurut pandangan mainstream Hukum mencakup tiga komponen; tuntutan, pilihan dan ketetapan. Hukum
yang berbentuk tuntutan mencakup wajib, sunnah, haram, makruh. Sedangkan pilihan hanya mencakup mubah
saja. Tuntutan itu pula mencakup perintah dan tegahan. Perintah ada yang tegas iaitu wajib dan ada yang tidak
tegas iaitu sunnah. Manakala tegahan yang tegas ialah haram dan yang tidak tegas ialah makruh. Lihat Abu
Zahrah. Tthn. Ilmu Usul Fiqh, Kairo: Dar al-Fikri al-Arabi, hlm 27.
2
Kenyataan ini berdasarkan al-Quran, Surah al-Maun ayat 4-6
3
. Lihat al-Syatibi. Al-Muwafakat. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah Jilid 1 hlm 38.
4
Kerana itu kita dapati dalam peringkat Maqasid al-Syariah, memelihara dan menjaga agama (Hifz al-Din)
merupakan tujuan utama dan pertama dari lima tujuan Syariah. Tujuan-tujuan agama yang paling banyak
dikenal oleh umat Islam ada lima; Memelihara agama, Jiwa, Keturunan, Memelihara Akal dan Memelihara
harta Misalnya Nabi beberapa kali mendapat tawaran dari kaum Quraish berupa harta yang banyak, kerajaan
agar Nabi ingin menghentikian dakwah Islamiah namun Nabi tetap fokus pada visi utamanya iaitu tegaknya
agama Allah yang ktia istilah dalam kertas kerja ini dengan Hifz al-Din. Lihat Ramadhan al-Buthi. 1426 Fiqh
al-Sirah, Suriah: Dar al-Fikr, hlmn 77.
2
Isu Maqasid al-Syariah adalah isu penting dan menarik. Kerana begitu menariknya ia diklaim
sebagai diskursus abad ke 21 kerana ia hampir mendominasi semua wacana keislaman di
Abad ini. Dalam sejarahnya, sejak Muhammad Abduh merekomendasikan untuk menerbitkan
dan kemudian membincangkan al-Muwafaqat, karya monumental Imam al-Syatibi, maka
perbincangan mengenainya menjadi perbincangan hangat dan menarik sampai saat ini.
Berdasarkan fakta sejarah, meskipun al-Syatibi diklaim sebagai pengasas ilmu Maqasid
kerana dialah yang pertama menulis secara sistematis mengenainya, namun Maqasid al-
Syariah telah menjadi amalan-amalan ijtihad para sahabat dan inilah kemudian yang membuat
pendekatan Maqasid al-Syariah menjadi pendekatan yang legitimated. Bukan hanya setakat
itu, Perhatian terhadap Maqasid al-Syariah juga dapat disaksikan di kalangan tabiin, tabiul al-
Tabiin dan para Imam Mazhab selanjutnya.

Sebelum mengemukakan definisi Maqasid al-Syariah, bolehlah dikatakan bahawa


hubungan Maqasid al-Syariah (Tujuan-Tujuan Hukum) dengan Syariah (hukum-hukum)
hampir sama hubungan hardware dan software dalam bidang IT. Sebuah laptop atau komputer
yang mahal tidak akan ada gunanya apabila belum memasang (install) OS (Operating System)
nya. Atau OS yang bervirus tidak akan menjadikan performance laptop itu seperti yang
diharapkan. Peranan Maqasid al-Syariah bagi pelaksanaan Syariah hampir sama peranannya
dengan software tadi. Kerana itu Imam al-Syatibi menyatakan bahawa Maqasid itu
merupakan roh atau nyawa bagi semua tindakan dan perbuatan5.

Kata Maqasid adalah bentuk plural dari kata Maqsid atau Maqsad yang memiliki akar
kata dari qasada-yaqsidu-qasdan. Kata ini memiliki banyak arti dalam bahasa arab. ‫قصده‬
‫ وقصد له وقصد إليه‬adalah kata-kata yang berbeda tapi memiliki arti yang sama, diantaranya
berarti mendatangi-fulan-dengan sengaja, menuju kepadanya berimbang (antara boros dan
kikir) dalam hal belanja, keadilan. 6

Dalam konteks umum, Ketika kita memperbincangkan mengenai Maqasid maka yang
dimaksudkan adalah objektifitas syariah yang dalam bahasa arab sering dikemukakan dengan
menggunakan term Maqasid al-Syariah, Maqasid al-Syari’ dan al-Maqasid al-Syariah.

Dapat dikatakan bahawa pengertitan definitif tidak ditemukan dalam karya-karya


mutaqaddimin. Salah satu sebab yang dapat dikemukakan ialah kerana ilmu maqasid belum
menjadi kajian dan studi yang independen dari ilmu ushul fiqh. Mengikut fakta yang ada
ulama-ulama ushul mutaqaddimin menyinggung maqasid ketika mereka membahas isu
mashlahah kerana keterkaitan yang sangat erat antara keduanya bahkan maslahah dapat
dikatakan merupakan inti Maqasid al-Syariah dan semua dimensi Maqasid al-Syariah
berpaksikan kepada kemaslahatan.

5
Lihat al-Syatibi, Opcit jilid 2 hlmn 344.
6
Untuk mengetahui arti-arti Maqasid secara bahasa lihat Abd. Rauf Amin. 2013. al-Ijtihadu taatstsuruhu wa
Ta’tsiiruhu fi Fiqhai al-Maqasid wa al-Waqi, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah, h. 229.
3
Berdasarkan hal itu, maka ulama-ulama ushul klasik ketika memasuki bahasan
Maqasid mereka tidak menyuguhkan defiinisi maqasid yang akurat tapi mereka hanya
menyinggung unsur terpenting dari konsep maqasid yakni “Mashlahah”.
Imam al-Gazali misalnya mengatakan “ Mashlahah itu pada dasarnya ( yang dipahami
kebanyakan orang) adalah mewujudkan kemashalahatan dan menolak (mencegah)
kemudaratan atau kerosakan. Namun bukan ini yang kita maksud dari kata maslahah. Sebab
mewujudkan kemaslahatan dan menolak kemudaratan adalah tujuan-tujuan yang ingin
dicapai oleh manusia, dan kebaikan manusia terdapat pada pemenuhan tujuan-tujuan mereka.
Yang kita maksudkan dari mashalah itu adalah memelihara atau melindungi tujuan-tujuan
Allah (syari’). Tujuan –tujuan syari’ itu adalah memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan
harta7.
Dalam pernyataan diatas imam al-Gazali tidak memberi definisi Maqasid al-Syariah
tapi dia memberi definisi Mashlahah yaitu memelihara tujuan-tujuan agama. Lalu kemudian
ia memerinci tujuan-tujuan yang dimaksud yakni memelihara agama, memelihara jiwa,
memelihara akal, memelihara keturunan, dan memelihara harta. Dan tradisi ini kemudian
dilanjutkan oleh al-Amidi.
Al-Amidi mengatakan, “Tujuan dari pensyariatan hukum itu adalah untuk
mewujudkan kemaslahatan atau menolak kemudaratan atau kedua-keduanya”. 8. Lagi-lagi al-
Amidi tidak mengemukakan definisi maqasid tapi ia memperkenalkan unsur penting dari
bangunan konsep Maqasid al-Syariah yakni Mashlahah.
Imam al-‘Izz bin Abd al-Salam adalah ulama lain yang menegaskan bahawa Maqasid
itu adalah Mashlahah. Dalam bukunya Qawaid al-Ahkam fi Mashalih al-anam ia menuturkan
berikut ini:
“Barang siapa yang mengamati tujuan-tujuan allah untuk mewujudkan berbagai
kemaslahatan dan menolak berbagai kemudaratan maka pastilah ia meyakini bahawa
kemaslahatan itu sama sekali tidak boleh diabaikan dan kemudaratan itu sama sekali
tidak boleh didekati (dilakukan) meskipun tidak ada ijma, nash dan qiyas yang
mendukungnya.9
Imam al-Syatibi yang sangat populer sebagai pengasas Maqasid dalam studi Maqasid
kerana hanya dialah yang mengumpulkan bahasan-bahasan maqasid dari keterserakan dan
memberi ruang khusus bagi konsep maqasid dalam buku monumentalnya al-Muwafaqat juga
mengulangi tradisi pendahulunya dalam soal tidak memberi definisi yang jelas bagi esensi
Maqasid. Ia mengatakan, “ hukum-hukum agama semuanya merujuk kepada terwujudnya
tujuan-tujuan yang ingin dicapai dari manusia. Dan tujuan-tujuan itu tidak lepas dari tiga
tipe. Pertama, maqasid al-Daruriyyah, kedua maqasid al-Hajiyyah, dan yang ketiga maqasid
al-Tahsiniyyah”.10. Dalam pernyataan al-Syatibi diatas tidak menggambarkan sebuah definisi
namun ia hanya memberi informasi tentang tipe-tipe maqasid.

7
Al-Gazali. 1413. Al-Mustashfa, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah, jilid 1 hlm 286.
8
Al-Amidi. 1404. Al-Ihkam fi ushul al-Ahkam, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, 3/296.
9
Al-‘Iz bin Abdussalam. Tth. Qawaid al-Ahkam fi Masalih al-Anam, Beirut: Dar al-kutub al-‘Ilmiah 2/160.
10
Al-Syatibi. Opcit. 2/8.

4
Yusuf al-Alim, salah seorang penulis kontemporer melanjutkan tradisi ulama
usuliyyun klasik, ia juga memberi definisi Maqasid dengan Maslahah, ia mengatakan “
Maqasid adalah kemaslahatan (Masalih) yang diperoleh atau dicapai oleh hamba-hamba
Allah di dunia dan di akhirat baik kemaslahatan itu dicapai melalui perwujudan
kemanfaatan-kemanfaatan atau dengan melalui pencegahan kemudaratan-kemudaratan.11
Berdasarkan realiti di atas, dan kerana usuliyyun klasik tidak menghadirkan definisi
yang jelas bagi Maqasid maka beberapa penulis kontemporer telah melakukan usaha
determinasi Maqasid dengan definisi yang akurat. Sepanjang pengetahuan dan penyelidikan
penulis, penulis kontemporer yang pertama memulai menyuguhkan definisi yang dimaksud
adalah Imam Muhammad Ibnu Asyur seorang ulama berkebangsaan Tunis. Definisi Maqasid
yang diajukannya adalah sebagai berikut: “Maqasid ‘Ammah (tujuan umum) adalah makna-
makna dan hikmah-hikmah yang hendak diwujudkan oleh agama (Syari’) di semua bidang
atau di dalam mayoritas bidang hukum Islam, sehingga hikmah-hikmah yang dimaksud tidak
hanya nampak di bidang tertentu hukum Islam”12.
Setelah Ibnu Asyur mengemukakan esensi Maqasid ‘Ammah, ia kemudian
memperkenalkan Maqasid Khassah (tujuan khusus) dengan menyuguhkan definisinya
sebagai berikut; “Maqasid khassah adalah “tindakan-tindakan atau perbuatan-perbuatan yang
dimaksud itu sendiri dan diri manusia selalu berusaha untuk mewujudkannya. Tujuan khusus
yang ingin dicapai pada bidang muamalah misalnya adalah cara-cara tertentu yang dinginkan
oleh Syari untuk mewujudkan tujuan-tujuan manusia yang bermanfaat atau untuk memelihara
kemaslahatan mereka pada tindakan-tindakan khusus mereka. Termasuk dalam kategori ini
adalah tujuan-tujuan yang ingin dicapai dalam setiap transaksi(tasarrufat) yang dilakukan
oleh manusia seperti tujuan “dokumentasi” dalam setiap transaksi penggadaian, tujuan
memantapkan tegaknya tatanan keluarga dalam akad nikah, dan tujuan pencegahan terjadinya
kemudaratan dalam hukum-hukum yang berkaitan dengan perceraian (talak).13
Apa yang dikemukan Ibnu Asyur juga bukan sepenuhnya defini untuk Maqasid tetapi
tidak lebih dari pemetaan Maqasid, dan itu tampak jelas dari redaksi yang dia gunakan.
Setelah Ibnu Asyur, muncul ‘Alal al-Fasi, Nuruddin al-Khadami dan Ahmad al-
Raisuni. Mereka adalah pemikir-pemikir kontemporer yang berkebangsaan maroko,. Dalam
tesis masternya berjudul Konsep Maqasid perspektif al-Syatibi yang diajukaannya di
universiti Muhammad al-Khamis di maroko, al-Raisuni mengemukakan definisi yang cukup
singkat dan mudah dipahami. Ia mengatakan, “Maqasid al-Syariah adalah tujuan-tujuan
(gaayaat) yang ingin dicapai dan diwujudkan dari penetapan hukum-hukum Syariah demi
terwujudnya kemaslahatan manusia”14.
Setelah mengemukakan definisi-definisi Maqasid al-Syariah yang diajukan para ulama
baik dari kalangan klasik maupun kontemporer, penulis akan mengemukakan definisi yang
dianggap komprehensif iaitu melanjutkan definisi al-Raisuni dengan menambah kalimat “
dan mewujudkan perhambaan kepada Allah “ setelah kalimat “demi terwujudnya
kemaslahatan bagi manusia” yang ada pada definisi al-Raisuni. Dengan demikian, maka
definisi Maqasid al-Syariah menjadi “Tujuan-tujuan (gaayaat) yang ingin dicapai dam
11
Yusuf al-‘Alim. Tth. Al-Maqasid al-Ammah li al-Syariah al-Islamiyyah, Kairo: Dar al-Hadits, hlmn.79.
12
Ibnu ‘Asyur. 2001. Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah, Jordan: Dar al-Nafais, hlm 251.
13
Ibid, hlm. 415.
14
Al-Raisuni. 1992. Nazariyyat al-Maqasid ‘Inda al-Syatibi, al-Ma ‘had al-‘Alami li al-Fikr al-Islami, hlm.19.
5
diwujudkan dari penetapan hukum-hukum Syariah demi terwujudnya kemaslahatan manusia
dan terwujudnya perhambaan manusia kepada Allah”.
Dengan demikian, maka definisi Maqasid memiliki tiga unsur utama yakni; Tujuan
(Gaayaat), Mewujudkan kemaslahatan manusia, dan Mewujudkan (terciptanya) perhambaan
manusia kepada Allah.

KEPENTINGAN MAQASID AL-SYARIAH


Pemahaman terhadap Maqasid al-Syariah memiliki banyak manfaat dan faedah bagi
seorang muslim dalam hal memahami dan mengamalkan Islam. Mengenali Maqasid al-
Syariah sama sahaja mengenali keutamaan-keutamaan (Mahāsin)Islam. Dengan Maqasid
orang-orang Islam dapat menjadi lebih tertarik dan lebih cinta terhadap Islam, bahkan boleh
mendorong orang-orang non muslim. Fakta menunjukkan bahawa agama Islam tidak jarang
dirugikan oleh umat Islam itu sendiri. Tidak sedikit orang salah paham terhadap Islam
disebabkan ulah dan prilaku umat Islam itu sendiri.
Sebelum mengemukakan pelbagai kenyataan para ulama mengenai pentingnya
Maqasid, akan dikemukakan sebuah perumpamaan sederhana mengenai faedah dan bahaya
ketidak fahaman seorang muslim mengenainya. Seorang anak damit sedang sakit demam.
Salah seorang tuanya segera mencarikan ubat untuknya agar secepatnya dapat sembuh.
Kerana masih sangat damit belum dapat paham apa-apa, anak itu tidak mau memakannya
kerana apabila ia melihat ubat maka dalam pikirannya hanya kepahitan ubat mengikut
pengetahuan dan pengalamannya. Kalau sahaja ia paham apa erti kesembuhan dan betapa
nilanya kesehatan maka tentu tidak akan ia menolak makan ubat. Perumpamaan sederhana ini
boleh kita gunakan untuk menggambarkan situasi umat Islam saat ini. Tidak sedikit umat
Islam ini tidak tertarik atau tidak senang menunaikan atau melaksanakan perintah dan tegahan
agama kerana mereka tidak memahami apa matlamat-matlamat Allah di sebalik semua ajaran-
ajaran hukumnya. Kalau kesembuhan anak tadi sangat terpulang kepada kemauannya
memakan ubat maka demikian halnya umat Islam. Hadirnya ketenangan, kebaikan,
keberkatan dalam semua aspek kehidupan kita juga terpulang kepada kemauan kita
melaksanakan ajaran-ajaran hukum Allah. Disamping itu pula, masalah kedua yang dapat
muncul ialah adanya sebahagian umat Islam tetap taat menjalankan ajaran-ajaran hukum
Allah tetapi kerana dia tidak memahami Maqasid al-Syariah disamping melakukan perintah
dan tegahan Allah ia juga aktif melakukan hal-hal yang bertembung dengan tujuan-tujuan
Allah dari perintah agama yang ia lakukan. Inilah yang disebut sebagai split personality.
Dalam kes anak damit tadi, meskipun ia terpaksa memakan ubat, tetapi ia juga melakukan
hal-hal yang boleh memperlambat bahkan menambah sakit demamnya seperti makan ice
cream, menyalakan air condition dan lain. Sehingga kesembuhan yang diharapkan orang
tuanya tidak dapat terwujud meskipun ia sudah makan obat. Hal yang sama juga berlaku pada
diri umat Islam. Mereka melakukan perintah-perintah Allah tapi pada masa yang sama juga
melakukan hal-hal lain yang menyalahi esensi dari perintah-perintah Allah yang mereka
jalankan. Misalnya ada orang yang bawa tasbih di sebelah kirinya tapi sebelah kanan
tangannya ada rokok yang ia isap dan asapnya mengepul ruangan dan mengganggu orang
banyak. Ini salah satu contoh kecelaruan keperibadian. Tasbih itu adalah simbol kecintaan
Allah dan hak-hak jamaah itu adalah hak Allah. Mengganggu jamaah adalah mengganggu
Allah.
6
Selanjutnya, kita melihat betapa besar perhatian ulama-ulama dulu mengenai
pentingnya pengetahuan dan pengamalan Maqasid al-Syariah dalam proses keberislaman
umat Islam.
Imam Al-Juwani, salah seorang ulama yang dianggap sebagai sumber insipirasi
pemikiran Maqashid bagi ulama yang datang kemudian telah memberi signal kuat bagi
perlunya memperhatikan Maqasid al-Syariah dalam memahami ajaran-ajaran hukum. Ia
mengatakan:
15
‫ومن لم يتفطن لوقوع المقاصد في األوامر والنواهي فليس على بصيرة من وضع الشريعة‬
Barangsiapa yang tidak mengetahui adanya unsur Maqasid dalam perintah-perintah
dan larangan-larangan Allah maka ia tidak mengetahuai syariah(agama) secara mendalam.

Dengan bahasa yang lebih kuat, Imam al-Gazali murid Imam al-Juwaini juga
menegaskan perlunya melirik Maqāshid al- Syarī‘ah. Ia menegaskan
16
‫إن مقاصد الشريعة قبلة المجتهدين من توجه إلى جهة منها أصاب الحق‬

“Sesungguhnya Maqasid al-Syariah itu ialah destinasi (kiblat) bagi semua ulama
mujtahidin, barangsiapa yang menuju salah satu aspeknya maka ia akan menemukan
kebenaran..”
Ibn al-Jauzi, seorang ulama mazhab Hanbali turut memberi kenyataan mengenai
pentingny Maqasid al-Syariah dengan mengatakan,
17
‫الفقيه من نظر في األسباب والنتائج وتأمل المقاصد‬
“Seorang faqih mesti selalu memperhatikan sebab-sebab dan akibat-akibat dan ia pun
sepatutnya memikirkan maksud-maksud perkara hukum.”
Imam al-Syatibi, ulama yang disepakati sebagai pengasas teori Maqasid al-Syariah
memiliki kenyataan yang singkat tapi jelas. Ia mengatakan,
18
‫المقاصد أرواح األعمال‬
“Tujuan-tujuan itu adalah roh dan nyawa bagi perbuatan-perbuatan itu sendiri.”
Ibnu ‘Asyur, ulama kontemporer yang memiliki concern untuk membina ulmu khusus
yang dinamakan Maqasid al-Syariah dan memisahkannya dari ilmu Usul fiqh, menyatakan,
19
‫إهمال النظر في مقاصد الشريعة من أسباب تخلف الفقه وجموده‬

15
Al-Juwaini. Al-Burhan fi ushul al-Fiqhi, 1/206.
16
Al-Suyuti. Al-Raddu ‘Ala man Akhlada ila al-Ard wa Jahala Anna al-Ijtihada fi Kulli ‘Ashriin Fardun. Hlm
91.
17
Ibn al-Jauzi. 1985 . Talbis Iblis, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, hlm. 275.
18
Lihat al-Syatibi, Opcit jilid 2 hlmn 344.
19
Al-Raisuni. 2009. Madkhal ila Maqasid al-Syariah, Kaherah: Dar al-Kalimah li al-Nasyr wa al-Tawzi’.
hlm.17

7
“Mengabaikan Maqasid al-Syariah merupakan salah satu factor bagi kejumudan
dan kemunduran fiqh.”

Manakala syekh Muhammad al-Kattani menyatakan

20
‫إن من أسباب انحطاط الملة ذكر األحكام مجردة عن أسرارها‬
“Salah satu factor kemuduran Islam adalah menyampaikan hokum-hakam tidak
disertakan rahasia-rahasianya.”

KONSEP ZIKIR DALAM ISLAM

Apabila menyebut kalimat zikir atau zikrullah maka yang pertama terlintas dalam
pikiran kita ialah kalimat-kalimat tertentu yang sentiasa diucapkan dan diulang-ulangi pada
masa-masa tertentu seperti masa selesai solat lima waktu, masa tahlil arwah dan lain-lain.
Misalnya kalimat ( ‫ ال حول وال قوة اال‬،‫ ال إله إال هللا‬،‫ استغفر هللا‬،‫ هللا أكبر‬،‫ الحمد هلل‬،‫سبحان هللا‬
‫ )باهلل‬dan seterusnya. Persepsi ini benar tapi tidak menggambarkan esensi zikir secara
komprehensif. Kerana zikir memiliki makna dan erti yang sangat luas.

Makna asal kalimat zikir sesungguhnya adalah menyebut dan mengingat Allah. Namun
dalam pandangan Islam, zikir atau mengingat Allah tidak hanya berbentuk ucapan tapi
mencakup mengingat dengan lidah, hati, pikiran dan perbuatan. Jadi bukan hanya lidah yang
berzikir tapi hati juga berzikir, pikiran berzikir dan anggota-anggota badan pun berzikir.

Imam al-Razi, seorang mufassir bermazhab al-Syafi ‘i, ketika erti dan makna zikir dalam
ayat 152 surah al-Baqarah, beliau menyatakan sebagai berikut;

ِ ّ‫ون ِبال ِل‬


،‫سان‬ ُ ‫ أ ّما ال ِذّ ْك ُر فَقَ ْد َي ُك‬،‫ش ْك ِر‬
ُّ ‫ وال‬،‫ ال ِذّ ْك ِر‬:‫أم َري ِْن‬ ْ ‫َّللا تَعالى َكلَّفَنا في َه ِذ ِه اآل َي ِة ِب‬ َ َّ ‫أن‬ َّ ‫ا ْعلَ ْم‬
ُ‫س ِبّ ُحوه‬ َ ُ‫أن يَ ْح َمدُوهُ وي‬ ْ ‫سان‬ ِ ّ‫الل‬ِ ِ‫ فَ ِذ ْك ُرهم إيّاهُ ب‬،ِ‫وارح‬ ِ ‫ون بِال َج‬ ُ ‫ وقَ ْد يَ ُك‬،‫ب‬ ِ ‫ون بِالقَ ْل‬ ُ ‫وقَ ْد يَ ُك‬
‫أن َيت َ َف َّك ُروا في‬ْ :‫ أ َحد ُها‬:ٍ‫على ثَالث َ ِة أ ْنواع‬ َ ‫ و ِذ ْك ُرهم إيّاهُ ِبقُلُو ِب ِه ْم‬،ُ‫ويُ َم ِ ّجدُوهُ و َي ْق َر ُءوا ِكتا َبه‬
‫ش ْب َه ِة القا ِد َح ِة في تِ ْل َك‬ ُّ ‫ع ِن ال‬ َ ‫ب‬ ِ ‫ ويَت َ َف َّك ُروا في ال َجوا‬،‫وصفاتِ ِه‬ ِ ‫على ذاتِ ِه‬ َ ‫الدَّالئِ ِل الدّالَّ ِة‬
‫وأوام ِر ِه ونَوا ِهي ِه‬
ِ ‫كام ِه‬
ِ ‫وأح‬ ْ ‫على َك ْي ِفيَّ ِة تَكا ِلي ِف ِه‬ َ ‫أن يَت َ َف َّك ُروا في الدَّالئِ ِل الدّالَّ ِة‬ ْ :‫ وثانِيها‬.‫الدَّالئِ ِل‬
‫ وفي الت َّ ْر ِك‬،ِ‫الو ْعد‬ َ َ‫ع َرفُوا ما في ال ِف ْع ِل ِمن‬ َ ‫يف و‬ ِ ‫ع َرفُوا َك ْي ِفيَّةَ الت َّ ْك ِل‬ َ ‫ فَإذا‬،ِ‫وو ِعي ِده‬ َ ‫وو ْع ِد ِه‬ َ
ّ
‫َّللاِ تَعالى َحتى‬ َّ ‫ت‬ ُ
ِ ‫ْرار َمخلوقا‬ ْ َّ ْ
ِ ‫ أن َيتَفَك ُروا في أس‬:‫ وثا ِلثها‬.‫عل ْي ِه ْم‬ ُ َ ُ
َ ُ‫س ُه َل ِف ْعله‬ َ ‫الو ِعي ِد‬ َ َ‫ِمن‬
‫ظ َر‬َ َ‫ فَإذا ن‬،‫كالم ْرآ ِة ال َم ْجلُ َّو ِة ال ُمحا ِذ َي ِة ِلعالَ ِم القُد ُِس‬ ِ ‫ت‬ ِ ‫ت ال َم ْخلُوقا‬ ِ ‫ير ُك ُّل ذَ َّرةٍ ِمن ذَ ّرا‬ َ ‫ص‬ ِ َ‫ت‬
‫ أ ّما‬،ُ‫ وهَذا ال َمقا ُم َمقا ٌم ال نِهايَةَ لَه‬،‫ص ِر ِه ِمنها إلى عالَ ِم ال َجال ِل‬ َ َ‫شعاعُ ب‬ ُ ‫س‬ َ ‫ال َع ْبد ُ إلَيْها ا ْن َع َك‬
‫وار ُحهم ُم ْست َ ْغ ِرقَةً في األعْما ِل الَّتِي أ ُ ِم ُروا‬ ِ ‫أن تَ ُكونَ َج‬ ْ ‫ فَهو‬،‫وار ِح ِه ْم‬ ِ ‫ِذ ْك ُرهم إيّاهُ تَعالى بِ َج‬
‫صالة َ ِذ ْك ًرا‬َّ ‫َّللاُ تَعالى ال‬ َّ ‫س ّمى‬ َ ‫الو ْج ِه‬َ ‫على هَذا‬ َ ‫ و‬،‫ع ْنها‬ َ ‫ع ِن األعْما ِل الَّتِي نُ ُهوا‬ َ ً‫ وخا ِل َية‬،‫ِبها‬

20
Al-Raisuni. 2009. Madkhal ila Maqasid al-Syariah, Kaherah: Dar al-Kalimah li al-Nasyr wa al-Tawzi’.
hlm.17.

8
َ َ ‫ ﴿فا ْذ ُك ُرو ِني﴾ ُمت‬:‫األم ُر ِب َق ْو ِل ِه‬
‫ض ِ ّمنًا َج ِمي َع‬ ْ ‫صار‬ َّ ‫ ﴿فا ْس َع ْوا إلى ِذ ْك ِر‬:‫ِبقَ ْو ِل ِه‬
َ َ‫] ف‬٩ :‫َّللاِ﴾ [الجمعة‬
.21‫ت‬ ِ ‫الطاعا‬ ّ

Dari keterangan imam al-Razi diatas jelas tergambar pembahagian zikir menjadi zikir
lidah, hati dan anggota badan. Anggota badan berzikir dengan cara larut dan tenggelam dalam
melakukan amalan-amalan yang diperintahkan oleh Allah swt dan melepaskannya dari
perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh-Nya. Itulah sebabnya Allah menyeruh umat Islam
untuk melakukan solat tetapi Ia menggunakan kalimat zikrullah. Kesimpulan penting yang
dikemukakan Imam al-Razi ialah bahawa perintah Allah kepada manusia untuk mengingat-
Nya mencakup semua bentuk ketaatan dan amal soleh.

Imam al-Tabari bahkan tidak menyebut lagi jenis zikir lidah dan hati. Tetapi langsung
menafsirkan kata “ Udzkuruni” dengan zikir anggota badan. Ia menyatakan,

‫أذكركم برحمتي إياكم‬


ْ ،‫يعنى فاذكروني أيها المؤمنون بطاعتكم إياي فيما آمركم به وفيما أنهاكم عنه‬
22
‫ومغفرتي لكم‬
َ
Dari penafsiran al-Thabari terhadap ayat zikir diatas jelas menunjukkan cara
mengingati Allah ialah dengan melakukan ketaatan-ketaatan atau ibadah-ibadah samaada
yang khusus maupun yang umum. Akibat atau hasil dari zikir semacam itu, lanjut al-Thabari
adalah turunnya rahmat dan ampunan Allah.
Yang menarik hampir semua ulama tafsir menyatakan sama apa yang disampaikan oleh al-
Razi dan al-Tabari. Bahkan imam al-Qurtubi menyebutkan sebuah riwayat dari seorang ulama
berkata bahawa ketaatan seorang hamba terhadap Allah lebih pentig dari zikir lidah.

ِ ‫ فَ َم ْن لَ ْم ي ُِط ْعهُ لَ ْم يَ ْذ ُك ْرهُ َو ِإ ْن أ َ ْكث َ َر الت َّ ْس ِبي َح َوالت َّ ْه ِلي َل َوقِ َرا َءة َ ْالقُ ْر‬،ِ‫َّللا‬
،‫آن‬ َّ ُ‫عة‬َ ‫طا‬ َ ‫قَا َل سعيد بن جبير ال ِذّ ْك ُر‬
‫صى‬ َ ‫ع‬ َ ‫صنِيعَهُ ِل ْل َخي ِْر َو َم ْن‬ َ ‫ص ْو َمهُ َو‬ َ ‫ص َالتَهُ َو‬ َ ‫َّللاَ َوإِ ْن أَقَ َّل‬ َّ ‫َّللاَ فَقَ ْد ذَ َك َر‬
َّ ‫ع‬ َ َ ‫ ( َم ْن أ‬:‫ي ِ ﷺ‬
َ ‫طا‬ ّ ِ‫ع ِن النَّب‬
َ ‫ي‬ َ ‫َو ُر ِو‬
َ‫َّللاِ ُم َح َّمدُ ب ُْن ُخ َو ْي ِز َم ْندَاد‬ َ ْ
َّ ‫ ذَ َك َرهُ أبُو َع ْب ِد‬،)‫ص ِني َعهُ ِلل َخي ِْر‬ َ ‫ص ْو َمهُ َو‬ َ ‫ص َالتَهُ َو‬ َّ
َ ‫َّللا َو ِإ ْن َكث َر‬
َ َّ ‫ِي‬َ ‫َّللاَ فَقَ ْد نَس‬
َّ
ِ ‫فِي "أ َ ْح َك ِام ْالقُ ْر‬
23 َ
. ُ ‫آن "له‬
Berdasarkan keterangan-keterangan sebelum ini, maka konsep “Negara Zikir” yang
dikembangkan oleh pakar-pakar di Brunei Darussalam memiliki relevansi dan kesesuaiannya
dengan konsep zikir dalam Islam.

KONSEP NEGARA ZIKIR

Istilah “Negara Zikir” mulai menjadi perbincangan di Negara Brunei Darussalam sejak
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi
Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengisytiharkan Brunei

21
Lihat Imam al-Razi. Mafatih al-Gaib, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi, Jilid 4 hlm 123.
22
Lihat al-Thabari. 2000. Jami’ al-Bayan, Beirut: al-Risalah, jilid 2 hlmn 211.
23
Lihat al-Qurtubi. 1964 . al-Jami‘ li Ahkam al-Quran, Kairo: Dar al-Kutub al-Misriyyah, jilid 1 hlm 171.
9
sebuah Negara Zikir dalam sebuah titah sempena sambutan Hari Raya Idiladhha 9 Zulhijjah
1428 bersamaan dengan 19hb Disember 2007.

“Alhamdulillah, negara kita Brunei Darussalam telah menampakkan imejnya yang


hebat selaku pemilik keamanan itu. Ini bukanlah sekadar pemanis kata atau
penyedap hati, tetapi benar-benar suatu realiti, kurnia daripada Yang Maha
Pemurah, siapa yang telah berjanji akan memberikan keamanan itu kepada orang-
orang yang banyak berzikir membesarkan-Nya. Brunei, adalah negara yang selalu
bersama-sama dengan ar-Rahman (Yang Maha Mengasihi), yang sentiasa berhias
dengan zikir dan menjadikannya sebagai rutin kebiasaan. Kerana itu Allah pun,
dengan rahmat-Nya, memalingkan kita dari sebarang kesusahan dan bencana,
dari pelbagai anasir yang boleh merosakkan keamanan.

Beta, insya Allah, akan terus berazam untuk menjadikan Brunei Darussalam
sebuah ‘Negara Zikir’ yang sentiasa mengagungkan Allah, supaya kita selalu
berada dalam perhatian dan pemeliharaan-Nya ...”

Untuk memantapkan kefahaman masyarakat Brunei tentang konsep Negara Zikir ini,
Jabatan Perdana Menteri mengadakan seminar khas dengan tema: Menghayati Negara Zikir
anjuran. Seminar tersebut diadakan pada 25 - 26 Rejab 1429 bersamaan 28 - 29 Julai 2008
sempena perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-
Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-62 Tahun24. Di dalam sebuah titah pada acara seminar
berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-
Pertuan Negara Brunei Darussalam juga menyentuh perlunya membina dan memahami
konsep sebenar “Negara Zikir”.

“Beta memang berazam untuk melihat Brunei Darussalam menjadi Negara Zikir.
Suka beta tegaskan di sini, bahawa azam beta ini bukanlah retorik. Tetapi
bersumber dari keyakinan mendalam bahawa Negara Zikir itu akan menjadi
‘tuah’ kepada semua, kerana ia pasti disukai oleh Allah, Tuhan Maha Pencipta,
dan akan mendapat rahmat serta pertolongan-Nya.
Dengan konsep Negara Zikir, kita insya-Allah, akan membangun negara dan
kehidupan, dengan perkara-perkara yang dipandang baik serta bagus oleh Allah
dan juga oleh manusia. Kita akan usahakan kecemerlangan dengan konsep ini.
Ertinya, anak-anak kita cemerlang dalam pelajaran, orang teknikal kita
cemerlang, doktor kita cemerlang, pengusaha kita cemerlang, pentadbir kita

24
Kertas Kerja Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin Timbalan Mufti Kerajaan Negara
Brunei Darussalam dalam Seminar Kebangsaan Fiqh Ibadat anjuran Fakulti Syariah KUPU SB.
10
cemerlang, pemegang polisi kita cemerlang, pekerja kita cemerlang, pendeknya
semua kita ini adalah cemerlang kerana keramah dan berkat zikir (ingatan kepada
Allah Ta’ala).
Cuma syarat terpenting di sini, semua pihak mestilah sama-sama memahami
characteristic Negara Zikir itu, apa fundamentalnya dan bagaimana ruang
lingkupnya, supaya kita benar-benar meyakininya sebagai acuan dan landasan
yang sangat-sangat kita perlukan.
Salah satu resolusi yang dihasilkan seminar berkenaaan ialah konsep negara zikir iaitu

Negara Zikir dalam makna mengingat dan menyebut Allah, bermaksud mentaati
suruhan dan tegahanNya, mensyukuri ni’matNya dan tidak mengkufuriNya,
dengan ilmu dan keyakinan, didorong oleh keimanan dan ketakwaan kepadaNya
sebagai syarat utama untuk mendapatkan kurnia Allah yang berupa kemakmuran
hidup, keamanan dan ketenteraman serta kesejahteraan yang berpanjangan.

Berdasarkan resolusi itu, kita dapat mengatakan bahawa kriteria utama Negara Zikir
itu menggambarkan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang sentiasa ingatkan Allah,
patuh dan taat dalam melaksanakan segala suruhanNya serta istiqamah dalam menjauhi segala
laranganNya. Dengan adanya sifat sedemikian kehidupan menjadi berkat, aman, tenteram dan
harmoni kerana mendapat rahmat Allah. Dengan kata lain, keamanan, ketenteraman dan
keharmonian itu bukan diraih dengan usaha semata-mata tetapi diraih kerana adanya sifat taat
mematuhi syariat Allah dan RasulNya. Segala ni’mat yang dikurniakan juga akan dikecapi
secara berkekalan bahkan terus bertambah kerana adanya redha dan rahmat Allah Subhânahu
wa Ta‘âlâ. Ini menunjukkan bahawa matlamat Negara Brunei Darussalam sebagai Negara
Zikir itu ialah menjadi Negara berkat yang aman, makmur dan sentosa serta mendapat
keampunan Allah atau apa yang disebut sebagai ‫ور‬ ٌ ُ ‫غف‬ َ ٌ ‫بَ ْلدَة‬.25.
َ ٌّ‫ط ِيّبَةٌ َو َرب‬
Untuk merealisasikan konsep Negara Zikir tersebut, ada tiga perkara penting yang
mesti dilakukan; pertama, mentaai perintah Allah dan RasulNya serta meninggalkan segala
larangan Allah dan RasulNya. Kedua, Tanggung jawap timbal balik antara pemimpin dan
rakyat; Pemimpin mesti berlaku adil terhadap rakyatnya dan sebaliknya rakyat wajib taat pada
pemimpinnya. Ketiga, mensyukuri ni’mat Allah Subhanahu wa Taala.

Masih dalam perbincangan konsep Negara Zikir, Yang Berhormat Pehin Datu Seri
Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned Mufti Kerajaan
Negara Brunei Darussalam turut memberi ulasan. Beliau mengatakan bahawa Negara Zikir
bukanlah bersifat retorik semata-mata. Sebenarnya ia merupakan negara yang berorientasikan
dan berpaksikan zikir. Dalam perkataan lain, aspe siasah, ekonomi, sosial dan pertahanannya
adalah berpaksikan zikir.26
Point penting dari ulasan yang berhormat pehin mufti ialah jelas bahawa negara zikir
ialah imej sebuah negara yang menjunjung tinggi ajaran-ajaran Islam. Ia menjadikan ajaran

25
Kertas Kerja Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin Timbalan Mufti Kerajaan Negara
Brunei Darussalam dalam Seminar Kebangsaan Fiqh Ibadat anjuran Fakulti Syariah KUPU SB.
26
Kertas kerja Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul
Aziz bin Juned Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam dalam Seminar Majlis Imu 2008. “Menghayati
Negara Zikir.
11
Islam sebagai panduan dan amalan dalam seluruh aspek kehidupan agar nikmat, kerahmatan
dan keberkatan akan sentiasa mengiringi dan melindungi negara Brunei Darussalam.

PERANAN MAQASID AL-SYARIAH DALAM MEMPERKUKUH NEGARA


ZIKIR
Setelah menguraikan erti dan makna zikir dalam Islam serta konsep Negara Zikir
sepertimana yang dikemukakan oleh beberapa pakar sebelum ini, maka yang kita maksudkan
zikir dan Negara Zikir dalam kertas kerja ini ialah bukanlah maknanya yang sempit tetapi
maknanya yang sangat luas iaitu menyadari kehadiran Allah dalam setiap tutur kata, pikiran,
hati dan tingkah laku atau perilaku kita. Kesedaran itu menghendaki seseorang untuk sentiasa
mentaati perintah-perintahNya dan menjauhi larangan-laranganya dalam semua aspek
kehidupan, setiap masa dan tempat.
Dengan makna zikir dan Negara Zikir yang luas sedemikian, maka rasanya tidak susah
menemukan hubungan Zikrullah dan Maqasid al-Syariah atau Maqasid al-Syari ‘. Sebab
dalam dua istilah berkenaan terdapat kalimat ‫ هللا‬dan kalimat ‫ ‘ الشارع‬yang memiliki makna
yang sama. Dalam erti lain, kalau zikrullah bererti menunaikan perintah-perintah Allah dan
meninggalkan larangan-laranganNya, maka Maqasid al-Syariah menunaikan perintah-
perintah itu seperti yang Allah kehendaki dan inginkan bukan dengan tujuan-tujuan yang lain
selain Allah.
Lebih jelasnya, dalam teori Maqasid al-Syariah perintah-perintah yang Allah wajibkan
kepada hambanya belum cukup dengan sekedar menunaikannya tapi mesti mempertanyakan
apakah perintah yang sudah dilaksanakan oleh seorang hamba sudah sesuai dengan kehendak,
keinginan dan harapan Allah atau tidak. Selanjutnya, soalan yang perlu juga dikemukakan
ialah apakah menunaikan sebuah perintah Allah sudah proporsional ataukah justeru telah
mengabaikan perintah Allah yang lain yang lebih penting dan lebih wajib.
Satu contoh perlu dikemukakan untuk memperkuat kenyataan diatas. Satu ketika
Sayyidna Umar bin Khattab dilaporkan oleh gabenornya di Yaman bahawa sembilan pemuda
telah membunuh seorang anak damit. Berdasarkan perintah Allah kesembilan pemudah itu
tidak dapat dibunuh kerana yang diperintahkan Allah untuk dibunuh apabila seseorang
membunuh seorang yang lain, dan ini yang dinamakan hukum qisas yang mewajibkan adanya
persamaan. Membunuh 7 orang kerana telah membunuh seorang rasanya tidak adil. Namun
dengan pengetahuan mendalam mengenai Maqasid al-Syariah yang dimiliki oleh Sayyidna
Umar, ia memutuskan untuk mengqisas ketujuh pembunuh anak damit tadi. Dalam pikiran
Umar, membiarkan ketujuh pembunuh tanpa penegakan hukum sudah sesuai perintah Allah
dalam al-Quran tetapi hal itu tidak dinginkan oleh Allah kerana Allah menghendaki tidak
terjadinya pertumpahan darah. Membiarkan mereka untuk tidak dibunuh justeru akan
mendorong terjadinya pertumpahan darah lebih sering. Kerana setiap orang yang ingin
membunuh dan ingin lepas dari hukum qisas maka cukup baginya membunuhnya dengan

12
ramai-ramai. Kerana itulah, Umar mengatakan, andai saja semua penduduk Shan ‘a besubahat
untuk membunuh anak itu maka niscaya akan kubunuh semuanya27.
Berdasarkan hal ini, untuk merealisasikan dan memperkukuh “Negara Zikir”, negara
yang memiliki warga, rakyat dan masyarakat yang patuh terhadap semua perintah-perintah
Allah dan larangan-laranganNya, pengetahuan dan pengamalan Maqasid al-Syariah sangat
diperlukan. Maqasid al-Syariah akan terus memelihara, menjaga dan mengawal pemahaman
dan pengamalan seorang muslim terhadap ajaran-ajaran Islam dengan benar.
Dalam konteks ini, ada tiga perkara berkenaan Maqasid al-Syariah yang perlu
diperhatikan dalam rangka memantapkan pelaksanaan perintah-perintah Allah mengikut
kehendak-kehendak dan matlamat-matlamat yang Allah inginkan.
1. Maqasid al-Khitab : iaitu memahami dengan benar dan tepat apa maksud dari
semua perkataan-perkataan Allah dari semua firmanNya. Tidak boleh misalnya
seorang muslim memahami firman-firman Allah atau sabda-sabda Nabi
berdasarkan erti zahirnya kerana seringkali erti zahir bukan makna atau maksud
yang diinginkan oleh Allah. Misalnya firman Allah “ ‫ال تأكلوا الربا أضعافا مضاعفة‬
“. Bukanlah yang diharamkan itu terhad pada makan sahaja tetapi semua bentuk
perolehan harta dengan cara riba tak kira memakannya atau tujuan lain setelah
mengambilnya.
2. Maqasid al-Syari’. Ini menjadi inti perbincangan kertas kerja ini. Iaitu setiap
perintah dan larangan atau hukum-hukum Allah secara ‘amnya memiliki tujuan
khusus atau umum. Dan melaksanakan perintah dan larangan itu mesti
menyesuaikan dengan tujuannya dan jangan sampai pelaksanaan hukum Allah
keluar dari tujuan-tujuannya. Misalnya pernikahan memiliki hukum-hukum dan
pada saat yang sama memiliki tujuan-tujuan. Tidak cukup seorang muslim itu sdh
melaksanakan pernikahan tetapi ia juga diwajibkan memastikan tujuan pernikahan
itu tercapai. Begitu pula ia tidak boleh menikah dan memiliki tujuannya sendiri
yang berbeza dari tujuan-tujuan agama dari syariat pernikahan itu.
3. Maqasid al-Mukallaf. Iaitu tujuan-tujuan mukallaf atau orang yang melaksanakan
hukum-hukum Allah. Seorang muslim ketika melaksanakan sebuah perintah
hukum ia memiliki tujuan tersendiri. Kadang-kadang tujuannya itu sama dengan
tujuan agama dari perintah itu atau kadangpula tujuannya itu menyalahi atau tidak
sesuai dengan tujuan agama. Misalnya pada saat hijrah ke Madinah, beberapa orang
ikut hijrah dan tujuannya bukan untuk membela Islam tetapi ingin mengawini
perempuan dan lain sebagainya. Kerana itulah teori dalam Maqasid al-Syariah
mengatakan agar amal seorang muslim diterima oleh Allah ia wajib memastikan

27
Lihat Abd. Rauf Amin. 2013. al-Ijtihadu taatstsuruhu wa Ta’tsiiruhu fi Fiqhai al-Maqasid wa al-Waqi,
Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah, h.252, Wizarat al-Awqaf wa al-Syuun al-Islamiyyah. 1427H. al-Mausu’ah
al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, Mesir: Dar al-Safwah, Jilid 15 hlm 282, Malik. 2004. Al-Muwaththa’, Abu Zabi:
Muassasah Zaid bin Sultan Al Nahyan, jilid 5, hlm 1281.

13
tujuannya beramal sesuai dengan tujuan Allah dari amal itu. Misalnya solat, kalau
ia dilakukan untuk tujuan riya’ bukan untuk zikrullah maka itu bukannya sekedar
ditolak ia pun dapat dosa. Kerana itu pula berdasarkan al-Quran banyak orang salat
tapi dia diancam akan mendapat binasa padahal ia pun sudah menunaikan solat tapi
niat dan tujuan dari solatnya itu adalah salah.28

Dengan uraian dan penjelasan lebih mendalam, Imam Ibn ‘Āsyur telah merumuskan
peran-peran yang dapat dimainkan oleh pengetahun Maqasid al-Syariah dalam proses
pencarian, penggalian dan penetapan hukum Islam29.

Pertama, Peran Maqasid al-Syariah dalam memahami dan menafsirkan Nushūs


(Teks-teks hukum).

Perlu ditegaskan bahawa peran ini hanya berlaku pada teks-teks yang dzanni dan tidak
berlaku pada teks-teks qath’i. Peran ini bermaksud bahawa pengetahuan mengenai Maqāsid
dapat men-drive perhatian seorang mujtahid agar ia dapat menentukan makna yang lebih
sesuai dengan maksud teks dari makna-makna yang tersedia bagi teks dzanni yang
dihadapinya. Bahkan kadang-kadang terpaksa melakukan takwil terhadap teks berkenaan
dan mengalihkannya dari makna zahirnya apabila makna zahir itu menyalahi kehendak
maqsidnya. Sebagai contoh misalnya, al-Quran menyatakan al-Nafsu bi al-Nafsi 30 .
Berdasarkan makna dzahir ayat ini, seorang jiwa yang dibunuh maka tebusannya (qisas)
adalah satu jiwa juga. Makna zahir ayat ini tidak dapat lagi dipertahankan apabila kesnya
pembunuhan secara berombongan. Menurut zahir ayat tadi, pembunuh berombongan akan
dibebaskan dari hukuman qisas. Tetapi apabila seorang mujtahid memahami bahawa
memelihara jiwa merupakan salah satu tujuan hukum yang utama, maka ia akan
mengutamakan tujuan hukum yang menghendakinya untuk memutuskan semua pembunuh
akan dibunuh qisas kerana membunuh satu orang, daripada berpegang pada makna zahir
ayat yang menghendaki satu jiwa kerana satu jiwa. Alasannya kalau mereka tidak diqisas
maka artinya pemeliharaan jiwa manusia tidak akan tercapai, kerana pembunuhan akan
mudah dilakukan orang hanya dengan berlindung pada pembunuhan secara berombongan.
Inilah yang dimaksud pengetahuan maqasid berperan dalam memahami dan menafsirkan
nash dengan benar.

Kedua, Peran Maqasid al-Syariah dalam melakukan kompromi atau tarjih antara teks-
teks yang bertentangan.

28
Lihat Abd. Rauf Amin. 2013. al-Ijtihadu taatstsuruhu wa Ta’tsiiruhu fi Fiqhai al-Maqasid wa al-Waqi,
Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah, h.315, 719.
29
Ibn āsyur, Maqāsid al-Syariah al-Islāmiyyah, Yordan: Dār al-Nafāis, 2001, hlm.183-184.
30
QS al-Maidah ayat 45.
14
Seorang mujtahid apabila ia ingin mengamalkan atau menerapkan sebuah dalil nash
pada suatu masalah, maka hal pertama yang mesti ia lakukan ialah memastikan dalil yang
ingin diterapkannya itu tidak ada dalil yang lain yang menggugatnya. Kontribusi Maqasid
al-Syariah dalam hal ini dapat dilihat seperti berikut;
a. Apabila dalil yang ingin digunakannya dalam sebuah kes memiliki konten yang
sejalan dengan maqasid al-Syariah maka kemungkinan adanya dalil lain yang
berbeza sangat kecil, dan dorongan untuk mencari dalil yang berbeza itu pun
menjadi kecil. Begitu pun sebaliknya, kalau dalil yang ada di depannya tidak kuat
kesesuainnya dengan maqasid al-syariah, maka besar kemungkinan ada dalil lain
yang menentangnya.
b. Setelah seorang mujtahid mencari lalu tidak menemukan dalil nash yang dapat
menggugat dalil nash yang ada padanya, maka apabila dalil nash yang ada padanya
memiliki konten yang sesuai dengan maqasid maka itu membuatnya menjadi
tenang dan percaya diri bahawa tidak ada memang dalil lain yang menggugat
dalilnya, begitu pun sebaliknya.
c. Apabila ia menemukan dalil yang berbeza dengan dalil yang sudah ada, maka ia
mesti mengutamakan dalil yang sesuai bahkan potensial mewujudkan maqasid
daripada dalil yang tidak sesuai dan tidak dapat mewujudkan maqasid31.

Ketiga, Peran Maqasid al-Syariah dalam penentuan illat-illat hukum dalam rangka
melakukan qiyas.

Memahami peran Maqasid al-Syariah dalam konteks ini sangat mudah dan tidak susah,
kerana hubungan yang sangat erat antara illat dan maqsid. Pengetahuan yang mantap
mengenai Maqasid al-Syariah akan sangat membantu menentukan illat bagi sebuah hukum.
Peran ini menghendaki bahawa sifat yang akan dijadikan atau ditentukan sebagai illat
hendaknya tidak hanya ia merupakan perkara yang jelas dan terukur tapi ia juga mesti dapat
mewujudkan kemaslahatan atau menghindarkan kemudaratan. Kenyataan ini misalnya dapat
dilihat terutama pada metod “ al-Munāsabah” sebagai suatu cara menentukan illat.
Hubungan metod “al-Munāsabah” dengan Maqāsid digambarkan oleh imam al-Zarkasyi
dengan “ Yang dimaksud dengan al-Munāsabah ialah al-Ikhālah, al-Mashlahah, al-Istidlāl
dan memelihara Maqāsid al-Syariah32.

Keempat, Peran Maqasid al-Syariah dalam penetapan hukum masalah-masalah baru


yang tidak dapat ditentukan melalui qiyas.

Dalam bidang inilah seorang mujtahid lebih memerlukan pengetahuan Maqasid


dibanding dengan bidang-bidang lain. Pengetahuan yang cukup yang dimilikinya mengenai

31
Lihat Ibnu ‘Asyur, Maqāshid al-Syariah al-Islamiyyah, h. 183, Nu’man Jugaim, Thuruq al-Kasyf ‘an
Maqāsid al-Syāri’, Yordan: Dār al-Nafāis, h. 143; Abd. Rauf Muhammad Amin, al-Ijtihād fi Dhau Maqāsid
al-Syariah: Malāmih wa Dhawābith, Brunei Darussalam, Penerbitan KUPU, 2013, h. 357.
32
Al-Zarkasyi, al-Bahr al-Muhīith, Kairo: Dār al-Kutbi, 1994. vol.7 h. 262.
15
Maqasid akan sangat membantunya menyelesaikan berbagai masalah-masalah hukum
semasa yang sulit ditemukan linknya ke Nash-nash syar ‘i maupun qiyas. Setiap tindakan
atau masalah hukum yang tidak ada dasarnya dalam teks hukum secara langsug atau qiyas,
tapi dapat mendatangkan atau mewujudkan kemaslahatan maupun menghindarkan
kemudaratan, maka perkara itu mesti dipertimbangkan oleh mujtahid. Namun hal penting
yang perlu dicatat ialah mashlahah dan kemudaratan yang menjadi pertimbangan itu tetap
mesti dilegitimasi oleh kesesuainnya dengan Maqasid al-Syariah. Kerana setiap mashlahah
yang tidak sejalan dengan Maqasid adalah mashlahah illegal dan kerananya mesti ditolak.
Kemestian adanya proses penyesuaian antara mashlahah dengan maqasid al-Syariah
adalah perkara yang ditekankan oleh banyak fuqaha dan ushuliyyun. Imam al-Gazali
misalnya mengatakan, mashlahah itu apabila kita sepakat mengartikannya dengan
memelihara maqasid al-Syariah maka tidak sepatutnya ada perbezaan pandangan
mengenainya bahkan mesti diyakini ianya sebagai hujjah33.

Berdasarkan fakta diatas, maka Maqāsid al-Syariah adalah instrument yang sangat
penting dan tidak dapat diabaikan dalam proses ijtihad dalam semua bentuknya. Disamping
kerana perannya sangat strategis, ia juga dapat membantu memahami berbagai hikmah yang
ada dalam sistem hukum Islam dan dapat menyelesaikan berbagai persoalan samasa dengan
mudah.

KESIMPULAN

Setelah menguraiakan isu-isu penting berkenaan apa sumbangan Maqasid al-Syariah


bagi memperkukuhkan Negara Zikir, maka dapatlah ditarik beberapa point yang menjadi
kesimpulan kertas kerja ini.
1. Beragama atau berislam yang benar sangat ditentukan oleh pemahaman dan
pengamalan kita terhadap Syariah dan Maqasid al-Syariah. Keduanya adalah satu
kesatuan yang tak dapat diasingkan. Memisahkan keduanya dalam berislam
memperburuk cara keberislaman seseorang bahkan boleh jadi tertolak.
2. Beribadah kepada Allah samaada secara khusus mahupun umum merupakan bagian
terpenting dari pada matlamat dari kehadiran agama. Esensi dari pada zikrullah
sesungguhnya adalah beribadah dan taat serta patuh kepadaNya dalam semua aspek
kehidupan kita.
3. Zikir dalam Islam tidak hanya dilakukan dengan lidah, tapi hati, pikiran begitu juga
anggota badan turut berzikir. Zikir anggota badan ialah dengan patuh dan taat
melaksanakan segala perintah dan meninggalkan laranganNya. Bahkan kepatuhan
anggota badan itulah yang paling menentukan dalam keberislaman kita.

33
Imam al-Gazali, al-Mustashfa, Beirut: Dār al-Kutub al-Ilmiah, 1413 H, h. 179; Keterangan lebih detil
mengenai kode etik-kode etik mashlahah lihat al-Buthi, Dhawābith al-Mashlahah, Beirut: Muassasah al-
Risalah, 1992. h. 110.
16
4. Pengetahuan Maqasid al-Syariah secara komprehensif terutama Maqasid al-syariah
al-‘Ammah akan memperkasah dan memantapkan “Negara Zikir” yang menjadi
cita-cita mulia Negara Brunei Darussalam.
5. Rakyat dan masyarakat hendaknya sentiasa diberi pencerahan mengenai sifat
holistik dan komprehensif Islam yang memastikan perlaksanaan syariat-syariat
Islam secara terpadu dan tidak diasing-asingkan.

17
RUJUKAN

Al-Quran al-Karim
Abd. Rauf Amin. 2013. al-Ijtihadu taatstsuruhu wa Ta’tsiiruhu fi Fiqhai al-Maqasid wa al-Waqi, Beirut: Dar
al-Kutub al-‘Ilmiah.
Abd. Rauf Muhammad Amin. 2013. al-Ijtihād fi Dhau Maqāsid al-Syariah: Malāmih wa Dhawābith, Brunei
Darussalam, Penerbitan KUPU,.
Abu Zahrah. Tthn. Ilmu Usul Fiqh, Kairo: Dar al-Fikri al-Arabi.
Al-‘Iz bin Abdussalam. Tth. Qawaid al-Ahkam fi Masalih al-Anam, Beirut: Dar al-kutub al-‘Ilmiah.
Al-Amidi. 1404. Al-Ihkam fi ushul al-Ahkam, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi.
Al-Buthi. 1992. Dhawābith al-Mashlahah, Beirut: Muassasah al-Risalah..
Al-Gazali. 1413. Al-Mustashfa, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah.
Al-Juwaini. Al-Burhan fi ushul al-Fiqhi.
Al-Qurtubi. 1964 . al-Jami‘ li Ahkam al-Quran, Kairo: Dar al-Kutub al-Misriyyah.
Al-Raisuni. 1992. Nazariyyat al-Maqasid ‘Inda al-Syatibi, al-Ma ‘had al-‘Alami li al-Fikr al-Islami.
Al-Raisuni. 2009. Madkhal ila Maqasid al-Syariah, Kaherah: Dar al-Kalimah li al-Nasyr wa al-Tawzi’
Al-Suyuti. Al-Raddu ‘Ala man Akhlada ila al-Ard wa Jahala Anna al-Ijtihada fi Kulli ‘Ashriin Fardun.
Al-Syatibi. Al-Muwafakat. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah.
Al-Thabari. 2000. Jami’ al-Bayan, Beirut: al-Risalah.
Al-Zarkasyi, 1994. al-Bahr al-Muhīith, Kairo: Dār al-Kutbi,.
Ibn al-Jauzi. 1985 . Talbis Iblis, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi.
Ibn āsyur. 2001. Maqāsid al-Syariah al-Islāmiyyah, Yordan: Dār al-Nafāis,.
Imam al-Razi. Mafatih al-Gaib, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi.
Kertas Kerja Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin Timbalan Mufti Kerajaan Negara
Brunei Darussalam dalam Seminar Kebangsaan Fiqh Ibadat anjuran Fakulti Syariah KUPU SB.
Kertas kerja Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul
Aziz bin Juned Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam dalam Seminar Majlis Imu 2008. “Menghayati
Negara Zikir.
Malik. 2004. Al-Muwaththa’, Abu Zabi: Muassasah Zaid bin Sultan Al Nahyan, jilid 5, hlm 1281.
Nu’man Jugaim, Thuruq al-Kasyf ‘an Maqāsid al-Syāri’, Yordan: Dār al-Nafāis.
QS al-Maidah ayat 45.
Ramadhan al-Buthi. 1426. Fiqh al-Sirah, Suriah: Dar al-Fikr.
Wizarat al-Awqaf wa al-Syuun al-Islamiyyah. 1427H. al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, Mesir: Dar
al-Safwah.
Yusuf al-‘Alim. Tth. Al-Maqasid al-Ammah li al-Syariah al-Islamiyyah, Kairo: Dar al-Hadits.

18
SEMINAR KEBANGSAAN MAZHAB SYAFI’I
TEMA:
MAQASID SYARIAH PEMANGKIN NEGARA MAKMUR
5 SYAABAN 1439H / 21 APRIL 2018M
ANJURAN:
PUSAT PENYELIDIKAN MAZHAB SYAFI’I
UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

TAJUK:
MAQASID SYARIAH DALAM
ISU-ISU PERKAHWINAN DI
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PEMBENTANG:
AWANG HAJI SAHARUDDIN BIN HAJI PATRA
PEMANGKU PENOLONG PENGARAH
HAL EHWAL SYARIAH
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
 

Maqasid Syariah Dalam Isu Isu Perkahwinan di Negara Brunei Darussalam1 
Haji Saharuddin bin Haji Patra 
Jabatan Hal Ehwal Syariah 
 

Abstrak 

Kertas  kerja  ini  akan  cuba  mengongsikan    Peranan  dan  Pengalaman  Jabatan  Hal  Ehwal  Syariah  dalam 
menangani isu isu perkahwinan yang secara tidak langsung bertepatan dengan maqasid syariah. Jabatan 
Hal  Ehwal  Syariah,  Kementerian  Hal  Ehwal  Ugama  merupakan  sebuah  institusi  yang 
dipertanggungjawabkan  dalam  menangani  isu  isu  perkahwinan  di  Negara  Brunei  Darussalam 
sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Undang‐Undang Keluarga Islam penggal 217 dan Perintah 
Undang‐Undang Keluarga Islam (pindaan) 2010. Peranan Jabatan Hal Ehwal Syariah dalam menangani isu 
kekeluargaan  ini  telah  dilaksanakan  menerusi  perkhidmatan  Bahagian  Khidmat  Nasihat  Keluarga  yang 
merupakan  salah  satu  bahagian  dalam  Jabatan  ini.  Perkhidmatan  asasi  yang  berkaitan  dengan 
perkahwinan tersebut ialah memproses permohonan pendaftaran kursus pra nikah dan pengendaliannya 
bagi  bakal‐bakal  pengantin  sepanjang  tahun,  memproses  aduan  orang  ramai  yang  menghadapi  krisis 
rumahtangga seterusnya memberikan khidmat nasihat atau kaunseling kepada pasangan yang memohon 
khidmat nasihat atau suami isteri yang memohon / menuntut cerai dan memproses permohonan poligami 
serta pengendalian taklimat kepada setiap pemohon, isteri dan bakal isteri pemohon. Bahagian Khidmat 
Nasihat  Keluarga,  Jabatan  Hal  Ehwal  Syariah  juga  berusaha  merancang  dan  melaksanakan  program‐
program  kekeluargaan  mencakupi  kursus,  taklimat,  ceramah,  forum  dan  seminar  sebagai  usaha 
mengesankan fungsinya dalam menangani isu isu perkahwinan di Negara ini. 

                                                            
1
 Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Mazhab Syafi’i, UNISSA  pada 21 April 2018M 
bersamaan dengan 5 Sya’aban 1438H, bertempat di Auditorium, UNISSA. 
 

Maqasid Syariah Dalam Isu Isu Perkahwinan Di Negara Brunei Darussalam


Ulama Syariah Islamiah berpendapat memastikan keselamatan bagi hamba hamba Allah dalam
kehidupan duniawi dan ukhrawi adalah merupakan tujuan dan matlamat utama maqasid syariah.
Disamping memastikan keadilan dan menolak kezaliman, memudahkan dan menolak kesukaran
serta menjaga kemaslahatan dan menolak kerosakan. Kemaslahatan dalam maqasid syariah adalah
dinamik dan bervariasi. Ianya mencakupi tiga perkara utama yang mendatangkan kesannya kepada
individu, masyarakat dan negara iaitu daruriyyat hajiyat dan tahsinat. Ketiga tiga inilah
merupakan asas asas kemaslahatan manusia menurut ulama syariah. Perihal daruriyat tersebut
merujuk kepada lima perkara iaitu memelihara agama, memelihara jiwa, memelihara aqal,
memelihara keturunan dan memelihara harta
Isu isu perkahwinan di Negara Brunei Darussalam, tidak syak lagi menjadikan agama Islam
sebagai tunggak utama dalam pembentukan keluarga Islam menerusi perundangan. Ini ditambah
lagi dengan penghayatan beragama yang terus berkembang dari masa ke semasa di negara ini.
Usaha usaha tersebut merangkumi syiar dakwah, pendidikan, kewujudan agensi agensi yang
berautoriti dan perundangan Islam.
Dalam konteks kertas kerja ini Maqasid Syariah dalam isu isu perkahwinan di Negara Brunei
Darussalam hanya menfokuskan usaha usaha dan perkhidmatan yang diberikan oleh Bahagian
Khidmat Nasihat Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam
menangani isu isu perkahwinan yang mana perkhidmatannya secara tidak langsung selari dengan
maqasid syariah.

Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga , Jabatan Hal Ehwal Syariah KHEU Dalam
menangani Isu Isu Perkahwinan Di Negara Brunei Darussalam
Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama
merupakan sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan dalam menangani isu kekeluargaan di
Negara Brunei Darussalam sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Undang-Undang
Keluarga Islam penggal 217 dan Perintah Undang-Undang Keluarga Islam (pindaan) 2010.
Perkhidmatan asasi yang berkaitan dengan kekeluargaan tersebut ialah memproses permohonan
pendaftaran kursus pra nikah dan pengendaliannya bagi bakal-bakal pengantin sepanjang tahun,
memproses aduan orang ramai yang menghadapi krisis rumahtangga seterusnya memberikan
khidmat nasihat atau kaunseling kepada pasangan yang memohon khidmat nasihat atau suami
isteri yang memohon / menuntut cerai dan memproses permohonan poligami serta pengendalian
taklimat kepada setiap pemohon, isteri dan bakal isteri pemohon. Bahagian Khidmat Nasihat
Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Syariah juga berusaha merancang dan melaksanakan program-
program kekeluargaan mencakupi kursus, taklimat, ceramah, forum dan seminar sebagai usaha
mengesankan fungsinya dalam menangani isu kekeluargaan di Negara ini. Dalam hal ini, BKNK
JHES berkerjasama dengan Mahkamah Rendah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara khususnya
bagi pegendalian kursus pra nikah, tuntutan kes-kes Mal dan permohonan berpoligami. BKNK
JHES juga berkerjasama dengan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Jabatan Polis
Diraja Brunei dan Bahagian Kebajikan Hospital RIPAS bagi mengendalikan kes penderaan kanak-
kanak dan penganiayaan terhadap kaum wanita dan di samping bekerjasama dengan Jabatan
Penjara dan Pusat Al-Islah dalam urusan tuntutan proses perceraian kepada banduan-banduan
daripada pihak suami atau isteri mereka.
Secara kronologi, bahagian ini mula ditubuhkan di Daerah Brunei dan Muara, pada akhir
tahun1970an dikenali sebagai Unit Khidmat Nasihat Keluarga yang diletakkan di bawah
pentadbiran Pejabat Kadi Daerah Brunei dan Muara. Beberapa tahun kemudian cawangan di
daerah-daerah ditubuhkan secara berperingkat-peringkat, iaitu di Daerah Belait, Tutong dan
Temburong. Pada tahun 1991, Unit ini diletakkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Syariah iaitu setelah
dipisahkan dari pentadbiran Pejabat Kadi Daerah Brunei dan Muara yang diketuai oleh seorang
Pegawai Ugama Kanan. Pada akhir tahun 1999, Unit ini telah dinaikkan tarafnya menjadi salah
sebuah Bahagian di bawah Jabatan Hal Ehwal Syariah dan dikenali sebagai Bahagian Khidmat
Nasihat Keluarga. Pusat Bahagian ini terletak di Bangunan Jabatan Hal Ehwal Syariah, lantai
bawah Bangunan Madrasah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jln. Elizabeth II Bandar Seri
Begawan BS3510, Negara Brunei Darussalam. Sementara seksyen-seksyen di daerah-daerah
sepertimana dalam rajah berikut:

 
 

Struktur Pentadbiran Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga pula adalah seperti berikut:

 
Objektif utama tertubuhnya BKNK ialah membantu pasangan-pasangan yang akan berkahwin
dengan ilmu pengetahuan keluarga Islam, mengurangkan kadar perceraian, membantu pasangan
yang dilanda krisis mengekalkan kerukunan dan keharmonian rumahtangga, mengukuhkan
institusi keluarga dan membantu orang ramai menghadapkan tuntutan mereka ke Mahkamah
Syariah. Manakala matlamatnya pula ialah membantu membentuk keluarga harmoni (al-sakinah)
berasaskan al-mawaddah (kasih sayang) wa ar-rahmah (belas kasihan), merukunkan masalah atau
krisis rumah tangga dan menuju ke arah keharmonian hidup berkeluarga 'Baiti-Jannati'
berlandaskan Syari’at Islam. Jelasnya perkhidmatan utama BKNK dalam menangani isu isu
perkahwinan ialah :
 Memproses permohonan pendaftaran kursus Pra Nikah dan pengendaliannya bagi bakal-
bakal pengantin.
 Menerima aduan orang ramai yang dilanda masalah rumahtangga dan memberikan
khidmat nasihat atau kaunseling kepada pasangan yang memohon khidmat nasihat atau
suami isteri yang memohon atau menuntut cerai.
 Menerima permohonan poligami dan mengendalikan taklimat kepada setiap pemohon,
isteri dan bakal isteri pemohon.
 Mengendalikan kursus, ceramah, taklimat, motivasi, seminar dan program-program
kekeluargaan.
Ini dapat dilihat menerusi Statistik diperingkat BKNK JHES yang menunjukkan permohonan
pendaftaran Kursus Pra Nikah, permohonan poligami dan Aduan Mal dari Tahun 2010-2016
seperti berikut:

 
 
Perkhidmatan memproses permohonan pendaftaran kursus Pra Nikah dan
pengendaliannya bagi bakal-bakal pengantin.

Perkhidmatan ini diurus secara berkaunter pada peringkat pendaftaran mengikut tekad pemedulian
orang ramai (TPOR). Borang-borang dan proses yang berkaitan dengan pengendalian kursus pra
nikah adalah seperti berikut:
 

Kursus pra nikah ini adalah wajib dihadiri oleh setiap orang yang akan mendirikan rumahtangga
di Negara Brunei Darussalam. Kursus pra nikah ini berperanan bagi membantu bakal pasangan
suami dan isteri melengkapkan diri dengan pengetahuan berumahtangga. Ianya juga bagi
membantu pasangan menyelesaikan sebarang masalah yang berhubungkait dengan rumahtangga
sepanjang ikatan perkahwinan mereka menurut perspektif Islam. Sepertimana firman Allah Ta’ala
dalam surah ar-Ruum 21yang tafsirnya “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia
menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada
yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”
Adapun lokasi pengendalian kursus pra nikah sepanjang tahun ialah sebanyak tujuh lokasi iaitu
Dewan Masjid Jame’asr Hassanal Bolkiah Kg Kiarong, Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak
Puteri Amal Ummi Kalthum Al Islam, Kg Mulaut, Dewan Sekolah Serbaguna Sekolah Ugama
Pengiran Anak Puteri Mutawakilah Hayatul Bolkiah, Kg Serusop, Pusat Promosi Kesihatan,
Dewan Masjid Jamalul Alam Kuala Belait, Dewan Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong dan
Bilik Taklimat Pejabat Daerah Temburong. Berikut adalah gambaran lokasi dan pengendalian
kursus.

 
 
Sementara kandungan dan isi kursus pra nikah mengandungi 4 siri. Siri 1,2 & 4 dikendalikan
sepenuhnya oleh BKNK JHES, sementara siri 3 dikendalikan oleh Pegawai dari Kementerian
Kesihatan, pegawai Tabung Amanah Pekerja, Kementerian Kewangan dan wakil dari bank-bank.
Bermula 1 oktober 2014 pemusatan siri ke ketiga di pusat promosi kesihatan bagi daerah Brunei
Muara telah mula dilaksanakan. Pengendalian Kursus Pra Nikah ini dijalankan secara percuma
pada setiap hari Selasa bagi peserta lelaki dan setiap Rabu bagi peserta perempuan setiap bulan di
sepanjang tahun (melainkan bulan Ramadhan) iaitu bermula pada jam 8:00 – 11:30 pagi.
Sementara di daerah-daerah lain kursus ini juga dilaksanakan sepenuhnya namun dengan
penjadualan tertentu tanpa menjejaskan pengisian kursus. Adapun buku kursus pra nikah adalah
seperti berikut:

 
Pengisian slide kursus pra nikah yang telah diselaraskan adalah seperti berikut:

 
Umumnya perkhidmatan dan pelaksanaan kursus pra nikah yang berbentuk tau’iyah, irsyad dan nnasihat 
ini  secara  tidak  langsung    menjurus  kepada    kemaslahatan  yang  bertepatan  dengan  prinsip  maqasid 
syariah. 

Menerima permohonan poligami dan pengendalian taklimatnya kepada setiap pemohon,


isteri dan bakal isteri pemohon.
Pengendalian permohonan poligami yang dikendalikan oleh BKNK JHES ini diurus secara
berkaunter dan menepati TPOR. Ianya merangkumi penjelasan perkara-perkara yang perlu
pemohon sediakan, menerima borang permohonan poligami yang diserahkan oleh pemohon
sendiri, mengedarkan borang borang permohonan yang telah dilengkapkan oleh pemohon kepada
Ketua Unit Bahagian Kursus Pra Nikah dan Poligami untuk proses pengendalian taklimat poligami
kepada pemohon, isteri dan bakal isteri pemohon. Berikut adalah gambaran borang permohonan
poligami dan proses permohonan poligami di BKNK JHES:

 
Sementara kandungan taklimat poligami BKNK JHES adalah seperti berikut:

 
 
Pengendalian taklimat poligami kepada setiap pemohon, isteri dan bakal isteri pemohon.secara
tidak langsung mengingatkan kepada pemohon tentang tuntutan berlaku adil dan menolak
kezaliman serta menjaga kemaslahatan dan menolak kerosakan dalam berpoligami.

Pengendalian kursus, ceramah, taklimat, motivasi, seminar dan program-program


kekeluargaan.
BKNK JHES telah berusaha untuk mencapai misi dan objektif kewujudannya iaitu dengan
mengendalikan program-program kekeluargaan seperti pengendalian kursus pasca perkahwinan di
keempat- empat daerah, ceramah, forum dan taklimat “Keluargaku Harapan Ku” di pusat-pusat
tingkatan enam dan sekolah-sekolah menengah, program TV & radio, ceramah dan forum di
masjid–masjid dan insitusi-institusi. BKNK juga aktif mengendalikan taklimat motivasi
kekeluargaan di kompleks kebajikan Kg Belimbing Subok, Pusat Al Islah, Pusat Pembangunan
Belia dan lain-lain. Di samping itu BKNK juga pernah mengendalikan seminar semakin hari
semakin sayang di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Perlaksanaan program-program
kekeluargaan ini antara lain bertujuan untuk sama-sama mendokong dan menanai Titah Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam yang antara lain bertitah:
“Institusi kekeluargaan Islam adalah lebih tepat untuk menjadi asas kepada pembinaan
masyarakat. Kerana dari sinilah lahirnya individu-individu yang berpotensi yang menjadi tulang
belakang kepada Negara dan bangsa. Apabila tulang belakang itu kuat, maka akan kuatlah
bangsa itu. Oleh itu, sangatlah mustahak setiap keluarga memiliki tanggungjawab moral bagi
sama-sama merancang untuk melahirkan generasi yang berakhlak serta berakidah sempurna.
Hanya dengan ini, kita akan mendapati jalan keluar memperolehi apa-apa yang tidak mudah
diperolehi sekarang seperti ketenteraman pada jiwa, keamanan dan keharmonian sebenar-
benarnya” (Petikan Titah sempena Sambutan Awal Tahun Masehi Tahun 1422H/ 2002M, 16hb
Syawal 1422H bersamaan 1hb Januari 2002)
Berikut adalah gambaran pengendalian program-program kekeluargaan yang telah dilaksanakan :
 

Perkhidmatan menerima aduan orang ramai yang dilanda masalah rumahtangga dan
memberikan khidmat nasihat atau kaunseling kepada pasangan yang memohon khidmat
nasihat atau suami isteri yang memohon atau menuntut cerai. (kes Mal atau Aduan)
Ciri-ciri kaunselor atau penasihat yang berwibawa seperti beriman, bertakwa, jujur, ikhlas, benar
(siddiq), amanah, ‘adil (tidak bias), sabar, tenang, beradab, berakhlak mulia, percakapan yang baik,
menepati janji, simpati & empati (tinggan rasa) dan menjaga kerahsiaan adalah menjadi etika
pegawai-pegawai BKNK seperti yang terkandung dalam Buku Kod Etika BKNK JHES.
Perkhidmatan ini diproses mengikut TPOR dan diurus secara berkaunter pada peringkat awal dan
ianya dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan. Borang-borang aduan dan proses
pembubaran perkahwinan di peringkat BKNK adalah seperti berikut:
 

 
 
Pada umumnya kes aduan Mal atau khidmat nasihat atau kaunseling rumahtangga yang dialami
oleh BKNK adalah berkisar tentang peruntukan-perutukan yang terkandung dalam Akta Undang-
Undang Keluarga Islam Penggal 217 iaitu:
Bab 42: Perceraian dengan talaq / dengan perintah (6)(7)(8)(9)(10)(11)(12)(13)
Bab 43: Cerai kerana syiqaq;
Bab 44: Dharar;
Bab 45: Perceraian di bawah ta’aliq;
Bab 46: Pembubaran perkahwinan secara fasakh;
Bab 47: Pertukaran agama;
Bab 48: Cerai tebus talaq;
Bab 49: Perceraian secara li’an;
Bab 50: Perceraian secara ila;
Bab 51: Perceraian secara zihar;
Bab 53: Andaian mati;
Bab 23: Poligami.

Pengendalian khidmat nasihat yang dilaksanakan oleh BKNK JHES mencakupi proses kaunseling
atau khidmat nasihat iaitu pra sesi, membina hubungan , menerokai dan menganalisis masalah,
mengenal pasti masalah, membincang strategi dan tindakan. Dalam pengendalian khidmat nasihat
juga pegawai-pegawai khidmat nasihat perlu mengikuti garispandu dan tatacara perjumpaaan
dengan klien seperti berikut:

 
Semasa sesi khidmat nasihat dan kaunseling pegawai khidmat nasihat adalah pendengar setia yang
empati, di samping mengongsikan beberapa kemahiran atau info yang telah diselaraskan seperti
berikut :

Nasihat dan tips islamik juga diterapkan semasa sesi khidmat nasihat atau kaunseling. Antara tips
islamik yang dikongsikan dengan klien ialah seperti berikut:

 
 

 
Jelasnya pengendalian khidmat nasihat atau kaunseling di BKNK JHES seperti berikut:

 
 
 
Statistik sebab-sebab aduan rumahtangga BKNK JHES amatlah membimbangkan walaupun ianya
tidak ditahap kritikal dibanding dengan negara-negara lain. Apa yang ingin dikongsikan ialah
punca konflik yang distatistikkan tersebut bertepatan dengan kenyataan yang diberikan oleh
Syeikh “’Atiyah Saqar dalam kitabnya mausu’ah-musykilat al usrah yang menyatakan
“permasalahan keluarga rata-rata terjadi disebabkan lemahnya atau kurangnya kefahaman dan
penghayatan agama secara menyeluruh mengenai kepentingan keluarga dalam Islam”
penghayatan yang dimaksudkan adalah penghayatan melaksanakan hak, kewajipan,
tanggungjawab dan amanah Allah selaku suami dan isteri. Ringkasnya perkhidmatan yang
diungkayahkan melalui sesi khidmat nasihat dan kaunseling ini merupaka salah satu langkah bagi
sama sama memastikan maqasid syariah difahami dan dihayati.
Penutup
Penubuhan Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga , Jabatan Hal Ehwal Syariah Kementerian Hal
Ehwal Ugama adalah bertepatan dengan usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di-pertuan Negeara Brunei Darussalam khususnya dalam
menangani isu kekeluargaan. Ini diperkukuh lagi dengan berkuatkuasanya Akta Keluarga Islam
penggal 217, Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013, penubuhan Pusat Kajian Fiqh
al_Usrah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Perintah Pendidikan Ugama
Wajib,2012 yang telah berkuatkuasa di negara ini dan insiatif insiatif dari pelbagai pihak. Mudah-
mudahan atas usaha murni yang amat ketara dari pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-pertuan Negara Brunei Darussalam ini akan diberkati
Allah Ta’ala dan diredhaiNya seterusnya mengwujudkan keluarga ku harapan ku yang sakinah
mawaddah dan rahmah di Negara ini . Adalah tidak mustahil dengan keperihatinan dan kesedaran
tinggi terhadap peri mustahaknya keharmonian keluarga diikuti dengan usaha yang bersepadu lagi
konsisten dari semua pihak akan dapat menyumbang dalam merealisasikan sepenuhnya maqasid
syariah dalam isu isu perkahwinan seterusnya memastikan wawasan Negara 2035 tercapai dengan
jayanya.
Rujukan
1. Al Quran Al Kariem
2. Al-Būthi, Muhammad Said Ramadhan, al-Mar’ah baina Tugyān al-Nidzām al-Garbī wa
Lathāif al-Tasyrī al-Rabbāni. (ttp) Dimasyq: Dār al-Fikr.
3. Al-Sharbini, al-Shaykh Muhammad. 1978. Mughni al-Muhtaj Ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz
al-Minhaj. Jil. 1. Misr: Sharikat Maktabat wa Matba’at Mustafa al-Babiyy al-Halabiyy
wa Awladuh.
4. Al-Shirazi, Abu Ishak Ibrahim bin Ali bin Yusuf al-Fairuzabadi. t.th. al-Muhazzab fi Fiqh
Mazhab al-Imam al-Shafie. Jil 2. Mesir: Dar al-Fikr.
5. ’Atiyah Saqar 1990, Mausu’ah-Musykilat al-Usrah , ad Dar al-Misriyah lil-Kitab.
6. Brown & Brown, Joe H. Carolyn S. (2002), Marital Therapy, Books/Cole: Canada.
7. Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga , Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal
Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
8. Datin Hjh Sa’adiah binti Datu Derma Wijaya: 2012, Institusi Keluarga dan Undang-
Undang, Brunei. Pusat Dakwah Islamiah.
9. Dr. Siti Zalikhah Md. Nor 1992, Kaunseling Perkahwinan Menurut Perspektif Islam,
Percetakan Watan Sdn cetakan pertama.
10. Laporan Undang-Undang Syariah Brunei (2013 – 2014), Bandar Seri Begawan:
Mahkamah-Mahkamah Syariah, 2013 & 2014.
11. Masnon binti Haji Ibrahim, Dr Hajah. Hak Wanita dalam Undang-Undang Keluarga
Islam di Brunei. Bandar Seri Begawan: Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar Ali
Saifuddin, UBD, 2006.
12. Sipon, S., Hussin, R. (2010), Teori Kaunseling dan Psikoterapi, edisi kedua, Negeri
Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.
13. Wan Hussain Azmi Abdul Kadir 1994, Kaunseling dan Psikologi menurut Islam, Dewan
Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur cetakan pertama.
14. Warta Kerajaan. Akta Undang-Undang Keluarga Islam Penggal 217. Brunei Darussalam:
Jabatan percetakan Kerajaan.
15. Warta Kerajaan. 1998. Perintah Darurat (Mahkamah-Mahkamah Syariah) : 1998. Brunei.
Pejabat Percetakan Kerajaan.
16. – 1956. Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkmaah Kadi, Pejabat Percetakan
Kerajaan, Brunei.
17. – 1999. Perintah Darurat (Undang-Undang Keluarga Islam) : 1999. Brunei. Pejabat
Percetakan Kerajaan.
SEMINAR KEBANGSAAN MAZHAB SYAFI’I
TEMA:
MAQASID SYARIAH PEMANGKIN NEGARA MAKMUR
5 SYAABAN 1439H / 21 APRIL 2018M
ANJURAN:
PUSAT PENYELIDIKAN MAZHAB SYAFI’I
UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

TAJUK:
MAQASID SYARIAH SEBAGAI LANDASAN
PENERAPAN DALAM INSTITUSI KEWANGAN
ISLAM DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PEMBENTANG:
DR AZME BIN HAJI MATALI
PENGARAH
PUSAT PENYELIDIKAN MAZHAB SYAFI’I
UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI
‫بسم اهلل الرمحن الرحيم‬

‫احلمد هلل رب العالمني والصالة والسالم ىلع أرشف األنبياء والمرسلني وىلع آهل وأصحابه ومن سار ىلع سننهم‬
.‫إىل يوم ادلين‬

“MAQASID SYARIAH SEBAGAI LANDASAN PENERAPAN DALAM INSTITUSI


KEWANGAN ISLAM DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM”

Azme Matali1
azme.hjmatali@unissa.edu.bn

Abstrak

Pendekatan Maqasid Syariah dalam segenap aspek kehidupan adalah melambangkan


komitmen masyarakat Islam dalam memegang kebenaran Islam sebagai agama dan
pelengkap cara kehidupan seharian manusia. Maqasid Syariah merupakan suatu sistem yang
terbaik yang perlu diguna pakai dalam menggariskan dan membuktikan hak dan
tanggungjawab sesama mukallaf (hamba). Penerapan Maqasid Syariah dalam institusi
kewangan Islam amat perlu, jika diabaikan maka timbullah pelbagai masalah antara pihak
yang terlibat seperti salah tanggapan, kurang memahami, ketidakpuasan hati, konflik yang
berlarutan dan lain-lain masalah lagi. Justeru itu, antara matlamat utama pembentangan
kertas kerja ini adalah untuk membincangkan aplikasi Maqasid Syariah dalam institusi
kewangan Islam khususnya di Negara Brunei Darussalam. Konklusi kajian dalam kertas
kerja ini mendapati adalah satu tanggungjawab bagi setiap institusi kewangan Islam beramal
dan memenuhi kehendak Maqasid Syariah dalam mencapai kemaslahatan bersama serta
setiap individu Islam perlu mempunyai perancangan terhadap semua harta yang dimiliki
untuk memastikan bahawa harta tersebut dapat dinikmati secara berterusan sama ada
untuk kepenting dan kebajikan diri sendiri mahupun orang lain, selain dapat memenuhi
Maqasid Syariah dalam aspek mencapai matlamat pemeliharan terhadap harta.

Kata Kunci: Maqasid Syariah – Institusi Kewangan Islam – Brunei Darussalam –


Landasan.

1
Pengarah, Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, UNISSA dan Penolong Profesor, Fakulti Syariah dan Undang-Undang,
UNISSA, Brunei Darussalam.

[1]
1. Pendahuluan
Maqasid Syariah merupakan salah satu elemen penting yang diambil kira dalam proses
penentuan sesetengah hukum syara’. Ia bukan sahaja terhad pada penentuan hukum, bahkan
menurut para fuqaha dan ilmuan Islam, kepentingan dan peranan Maqasid Syariah adalah
meluas dan diguna pakai dalam sistem pembangunan sesebuah negara Islam bagi
menggubal dasar-dasar dan polisi-polisi tertentu termasuklah ekonomi dan perkara yang
berkaitan dengan kewangan Islam agar selari dengan kehendak syara’. Justeru, melihat
kepada kepesatan dan kemajuan sistem ekonomi semasa khususnya sistem kewangan Islam,
kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan keperluan penerapan Maqasid Syariah
dalam institusi kewangan Islam khusus pelaksanaannya di negara Brunei Darussalam serta
mengupas kepentingan memahami Maqasid Syariah itu sendiri di dalam pembangunan
ekonomi negara secara umum. Perbincangan dalam kertas kerja ini akan menumpukan
terhadap beberapa elemen penting berkaitan penggunaan Maqasid Syariah sebagai
landasan kepada institusi kewangan Islam di negara Brunei Darussalam. Kertas kerja ini
akan menyentuh mengenai pemahaman dan konsep Maqasid Syariah menurut perspektif
Islam, pengaplikasian Maqasid Syariah dalam institusi kewangan Islam dan khususnya di
negara Brunei Darussalam serta analisis kajian terhadap keperluan dan kemaslahatan
pelanggan di institusi kewangan Islam menepati kehendak Maqasid Syariah.

2. Definisi Maqasid Syariah Menurut Ulama


Pelbagai tokoh ulama telah memberi definisi berkaitan Maqasid Syariah mengikut
interpretasi dan kefahaman mereka sendiri. Namun begitu, ianya bukanlah semata-mata
daripada kotak pemikiran mereka sendiri tetapi mereka telah merujuk kepada sumber asas
perundangan Islam iaitu Al-Qur’an dan As-Sunnah.
Terdapat beberapa pandangan Maqasid Syariah yang telah dikemukakan menurut
ulama-ulama Islam mazhab Syafi’i, antaranya:

Maqasid Syariah Menurut Imam al-Syafi’i (wafat 204H)


Muhammad ibn Idris al-Syafi’i atau dikenali dengan sebutan Imam Syafi’i merupakan tokoh
ulama dan pelopor mazhab al-Syafi’i. Di antara karya-karyanya yang masyhur adalah Al-Um,
Al-Risalah, Al-Sunan, Iktilaf Al-Hadits. Imam al-Syafi’i adalah ulama pertama yang
mengarang ilmu usul fiqh. Keterangan ini dikuatkan kerana tiga alasan:
Pertama: al-Syafi’i adalah mutakallim (teologi) pertama yang mengkaji alasan (ta’lil)
tegaknya sebuah hukum, sedang illat sendiri merupakan bahagian inti dari ilmu Maqasid Al-
Syari’ah;
Kedua: al-Syafi’i adalah salah satu yang menaruh perhatian penting tentang kaedah
umum syariat dan maslahat terutama dalam praktik berijtihad dan penyimpulan sebuah
hukum; dan
Ketiga: al-Syafi’i adalah ulama yang menitikberatkan pada tujuan hukum (Maqasid al-
Ahkam) seperti dalam bersuci, puasa, haji, zakat, maqasid yang lebih luas seperti melindungi
agama, jiwa, keturunan, harta dan lain sebagainya.2

2 Muhammad Yusuf al- Badawi, 2000. Maqasid al-Syariah, Urdun: Dar al-Nafais, hal. 87.
[2]
Maqasid Menurut Imam al-Juwaini (wafat 478H)
Jika dibandingkan dengan para ulama Usul sebelumnya, Imam al-Haramain al-Juwaini
adalah ulama pertama yang membincangkan teori Maqasid Syariah. Imam al-Haramain al-
Juwaini telah menggunakan kalimah maqasid dalam bukunya al-Burhan fi Usul al-Fiqh,
namun pemakaian maksudnya hanya berkisar kepada pembahagian daruriyyat, hajiyyat dan
tahsiniyyat. Dalam buku tersebut, beliau menyebut mengenai maqasid ibadat, maqasid al-
qisas, maqasid hudud, maqasid jual-beli. Malah menurut al-Juwaini bahawa tanda kealiman
seseorang ulama dalam agama ialah mengetahui mengenai maqasid.3
Melalui karya al-Burhan fi Usul al-Fiqh, terdapat lima pembahagian illal dan usul
dalam al-Burhan karya al-Juwaini. Pertama, asl atau perkara dasar utama (amr dharuri) yang
berkaitan kepentingan umum, contohnya menghukumkan qisas bagi penjenayah, alasanya
demi menjaga kehormatan darah atau hak hidup masyarakat. Kedua, dasar perkara dalam
kepentingan umum yang tidak sampai ketingkat utama, contohnya memperbaiki sistem
sewa rumah, atas alasan untuk mempermudahkan masyarakat yang tidak mampu
membayar secara tunai. Ketiga, dasar perkara yang tidak ada hubunganya dengan utama
ataupun kepentingan umam, contohnya menghilangkan hadas kecil. Keempat, dasar perkara
yang bukan bersandar pada keperluan umum ataupun utama, melainkan jika dilakukan akan
menghasilkan perkara yang terpuji. Kelima, dasar perkara yang tidak dapat ditemukan baik
yang utama, keperluan masyarakat, ataupun dorongan kepada keadaan yang baik, seperti
melakukan ibadah harus.4
Pembahagian al-Juwaini pada perkara ketiga dan keempat pada hakikatnya adalah
masih dalam satu kategori yang sama, sedangkan perkara kelima, sebagaimana diakui oleh
al-Juwaini sendiri, sudah keluar dari konteks pembahasan illal dan usul yang dimaksud.5
Secara kesimpulannya, apa yang dilakukan al-Juwaini dalam pembagian lima illal dan usul
di atas merupakan dasar pembahagian tiga tingkat maslahat sebagaimana kita ketahui
melalui pengkelasan dari imam al-Syatibi; daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat.6

Maqasid Syariah Menurut Imam al-Ghazali (wafat 505H)


Abu Hamid al-Ghazali dilahirkan di Thusi. Beliau adalah murid kepada Imam al-Haramain al-
Juwaini. Teori Maqasid al Syariah al-Ghazali ditulis secara bertahap, mula-mula pada karya
pertamanya kitab Syifa al-Ghalil, kemudian diikuti pada kitab Ihya Ulum al-din, dan
disempurnakan dalam karya usul fiqhnya iaitu kitab al-Mustasfa fi-Ilm al-Usul. Dalam Syifa
al-Ghalil, al-Ghazali menjelaskan metode qiyas serta mekanisme illat. Menurutnya ukuran
Maqasid al-Syariah sesuai (munasib) dengan kemaslahatan.7 Beliau juga menjelaskan
bahawa jalan untuk memahami maqasid dengan memahami perkara yang terkandung dalam
al-Quran, al-Sunnah dan Ijmak dan meletakkan kaedah menjaga kepentingan asas lima
perkara (Usul al-Khamsah).8

3
Al-Yubi, Muhamad Saad bin Ahmad. 1998. Maqasid al-Syariah al-Islamiah, Riyadh: Dar al-Hijrah, hal. 50.
4 Al-Haromain al-Juwaini. 1992. Al-Burhan fi Usul al-Fiqh, Juz 2, hal. 602-604.
5 Muhammad Mustafied. 2013. “Peta Pemikiran Ulama Usul tentang Maqashid al-Syariah: Menuju

Kontekstualisasi dan Reformulasi”, Yogyakarta: Jurnal MLANGI, Volume I, No. 3 November 2013, hal. 37.
6 Al-Haromain al-Juwaini . 1992. Op.Chit, hal 604
7 Abu Hamid Al-Ghazali. Syifa al-Ghalil fi Bayan al-Shibh wa al-Mukhayyal wa Masalik al-Ta’lil, di terjemah Oleh

Dr. hamad al-Kabisi, Baghdad: Mathba’ah al-Irsyad, hal 159.


8
Al-Yubi, Muhamad Saad bin Ahmad. 1998. Op.Cit. hal. 50.
[3]
Imam al-Ghazali mendefinisikan Maqasid Syariah sebagai tujuan untuk memelihara
lima perkara asas manusia (usul al-khams) iaitu untuk memelihara agama, jiwa, akal,
keturunan dan harta.9 Setiap perkara yang bertujuan untuk memelihara usul al-khams ini
dikenali sebagai maslahah, manakala perkara yang memudaratkan usul al-khams pula
dikenali sebagai mafsadah.10
Antara dalil yang menjadi petunjuk kepada Maqasid Syariah adalah firman Allah
dalam surah al-Maidah: 6.
َ ُ َۡ ُ ‫ََ ُ َ ه‬ ُ ُ َۡ َ ََ ۡ َ ُ‫َ ُ ُ ه‬
َٰ ‫كم م ِۡن َح َر ٖج َو َل‬
٦ َ ‫يد ِِلُ َط ِه َرك ۡم َو ِِلُت ِ هم ن ِۡع َم َت ُهۥ عل ۡيك ۡم ل َعلك ۡم َُۡ ُرو‬
ُ ‫كن يُر‬
ِ ِ ‫… ما يرِيد ٱهلل ِِلجعل علي‬
Mafhumnya: “…Allah tidak mengkehendaki menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak
membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur”

Maqasid Menurut Imam al-Razi (Wafat 606H)


Fakhr al-Din al-Razi merupakan seorang ulama ahli fiqh al-Syafi’i yang sangat produktif, di
mana selama hidupnya telah menulis lebih dari 200 buah buku. Pemikiran Maqasid al-
Syariah Imam al-Razi tersurat dalam karya al-mahsul fi ‘Ilm Usul al-Fiqh. Buku ini sangat
penting kerana ringkasan kepada ketiga buku usul klasik : al Mu’tamad karya Abu al-Hasan
al-Bashri, al-Burhan karya al-Juwaini, dan al-Mustashfa karya al-Ghazali.11 Sebagaimana al-
Ghazali, al-Razi pun melakukan pembahagian maslahat menjadi dua; pertama, maslahat
yang berhubungan dengan dunia; dan kedua, maslahat yang berhubungan dengan akhirat.
Maslahat yang berhubungan dengan dunia dapat di bahagikan menjadi tiga bahagian; al-
dharuriyyat, al-hajiyyat dan al-tahsiniyyat.12 Adapun maslahat di akhirat menurut al-Razi
contohnya seperti pembersihan jiwa dan mendidik akhlak kerana itu manfaatnya kembali di
akhirat.13 Sumbangsih Maqasid al-Syariah imam al-Razi masih kukuh mengikut warisan
imam al-Ghazali. Hanya saja pada al-mashalih al-dharuriyyat yang mencakupi lima hal
perkara utama, iaitu: jiwa, harta, keturunan, agama, dan akal. Imam Al-Razi memberi
keutamaan kepada perkara jiwa daripada agama. susunan ini tentu menampakkan
perbezaan dengan gurunya, imam al-Ghazali, yang lebih mendahulukan agama daripada
jiwa. Kelima hak keutamaan imam al-Ghazali sebagai berikut; agama, jiwa, akal, keturunan,
dan harta.

3. Pembahagian Maqasid Syariah Mengikut Maslahah Dalam Kewangan Islam


Dalam menyokong kuat objektif Syariah, terdapat banyak dalil-dalil yang membuktikan
objektif Syariah adalah untuk menghapuskan prejudis, meringankan kesusahan dan
mewujudkan keadilan. Allah telah berfiman dalam surah al-Baqarah: 107.
َ ََ َ ‫ه‬ ُ ُ َ َ َ ِ َ ۡ َ َٰ َ َٰ َ ‫َ َ ۡ َ ۡ َ ۡ َ ه ه َ َ ُ ُ ۡ ُ ه‬
١٠٧ ‫صر‬
ِ ‫ن‬ ‫ل‬‫و‬ ‫ل‬
ِٖ ‫و‬ ‫ِن‬ ‫م‬ ِ ‫ٱهلل‬ َ ‫و‬
ِ ‫د‬ ‫ِن‬
‫م‬ ‫م‬‫ك‬ ‫ۡرض وما ل‬
ِۗ ‫ت وٱأل‬
ِ ‫ألم تعلم أ َ ٱهلل هلۥ ملك ٱلسمو‬

9 Mustafa al-Zarqa’, 1998, al-Madkhal al-Fiqhi al-Am, Damsyik: Dar al-Qalam, j. 1, hal. 102.
10 Abu Hamid Al-Ghazālī, 1973, al-Mustasfa min ilm al-Usul, Cairo: al-Maktabah al-Tijariyyah, hal. 139-40.
11 Muhammad Yusuf al-Badawi, 2000, Maqasid al-Syariah, Urdun: Dar al-Nafais, hal. 82.
12 Fakhr al-Din Al-Razi. 1992, al-Mahsul fi Ilm Usul al-Fiqh, diterjemah Oleh: Dr.Taha Jabir Fayyadl al-Alwani,

Muassah al-risalah, Juz V, hal. 152.


13Ibid, hal. 161.

[4]
Mafhumnya: “Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan
tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah”.
Allah Ta’ala berfirman dalam surah Yunus: 57.
َ ۡ ُ ۡ ٞ َ ۡ َ َ ٗ ُ َ ُ ُّ َ ٞ َٓ َ ۡ ُ ‫ه‬ ٞ َ ۡ ‫َ َٰٓ َ ُّ َ ه ُ َ ۡ َ ٓ َ ۡ ُ ه‬
٥٧ ‫يأيها ٱنلاس قد جاءتكم موعِظة مِن ربِكم وشِفاء ل ِما ِِف ٱلصدورِ وهدى ورمحة ل ِلمؤمِن ِني‬
Mafhumnya: “Wahai manusia! Sungguh telah datang kepadamu pelajaran (Al-Qur’an) dari
Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi
orang yang beriman”.
Dalil-dalil yang telah dinyatakan sebelum ini adalah justifikasi-justifikasi yang diguna
pakai oleh ulama bagi membuktikan Maqasid Syariah bukanlah hanya semata-mata buah
fikiran manusia tetapi ianya salah satu daripada perintah Allah Ta’ala.
Adapun pembahagian Maqasid Syariah Mengikut Maslahah Dalam Kewangan Islam
terbahagi kepada tiga; daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat sepeti berikut:

3.1. Daruriyyat
Daruriyyat bermaksud keutamaan dan ianya merupakan salah satu daripada kategori yang
ada dalam Maqasid Syariah. Undang-Undang Syariah yang telah wujud adalah bertujuan
untuk memelihara lima perkara pokok dalam kehidupan individu Muslim iaitu agama,
nyawa, akal, keturunan dan harta. Kesemua perkara utama ini merupakan keperluan yang
sangat penting dalam kelangsungan hidup dan rohani kehidupan seseorang. Sekiranya ada
kepentingan yang tidak dijaga, kehidupan masyarakat akan porak peranda dan tidak
tenteram.
Secara kesuluruhan, undang-undang Islam yang ada adalah bertujuan untuk
melindungi dan menghebahkan kelima-lima nilai keutamaan dan mengesahkan apa jua
tindakan yang boleh memelihara keutamaan ini. Sebagai contoh, keutamaan dan menjaga
perlindungan harta. Islam menggalakkan berniaga kerana ianya boleh membantu dalam
penjanaan pendapatan. Islam juga ada menggariskan garis panduan dalam memastikan
perjalanan yang licin dalam transaksi komersial dan mendapat tempat dalam pasaran.
Tambahan pula, Islam amat mementingkan keadilan. Oleh itu, sistem kewangan Islam perlu
bersandarkan Syariah di mana kebajikan masyarakat terpelihara tidak kira agama, bangsa
mahupun kaya ataupun miskin.
Adapun tujuan hukum syara’ sebagaimana yang dikatakan oleh imam al-Ghazali
dalam bukunya al-Mustasfa, bahawa Maqasid Syariah itu ada lima, iaitu: menjaga agama,
menjaga jiwa, menjaga akal, menjaga keturunan dan menjaga harta.
Apa yang dikaitkan dengan perbincangan ini adalah Maqasid yang kelima iaitu
menjaga harta. Harta termasuk daruriyyat yang tidak akan tegak kemaslahatan dunia kecuali
dengannya. Harta adalah urat kehidupan, dengannya tegaklah kemaslahatan dunia14
sebagaimana firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nisa: 5.
ٗ ٗ َ َ ْ ُ ُ ُ ۡ ُ ُ ُ ۡ َ ٗ َٰ َ ۡ ُ َ ُ ‫َ َ ُ ۡ ُ ْ ُّ َ َ ٓ َ َ ۡ َ َٰ َ ُ ُ ه َ َ َ ه‬
٥ ‫ِيها َوٱك ُسوه ۡم َوقولوا ل ُه ۡم ق ۡول هم ۡع ُروفا‬
َ ‫وه ۡم ف‬ ‫ول تؤتوا ٱلسفهاء أمولكم ٱل ِِت جعل ٱهلل لكم ق ِيما وٱرزق‬

14 Atep Hendang Waluya. 2016. Maqasid Syariah sebagai Landasan Ekonomi. Majalah Tabligh, no.2/xiv, hal. 56.
[5]
Mafhumnya: “Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna
akalnya, harta (mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok
kehidupan. Berilah mereka belanja dan pakaian (dari hasil harta itu) dan ucapkanlah kepada
mereka kata-kata yang baik”.
Oleh kerana itu dalam perspektif Maqasid bahawa mekanisme dan sistem serta
aktiviti kewangan Islam tidak boleh keluar dan menyalahi aturan syariat Islam. Sebagai
seorang muslim mempunyai kewajipan untuk beramal, berdakwah dan berjihad untuk
menegakkan sistem kewangan Islam dan mengikut hukuman yang telah ditentukan serta
menolak perkara-perkara yang bertentangan dengan syara’.
Motif gerakan kewangan Islam ke arah pertumbuhan ekonomi bukan hanya untuk
kepentingan diri sendiri dan mencari keuntungan maximumnya tanpa memperhatikan
orang lain apalagi mengabaikan etika dan agama. Islam mengharamkan kezaliman.
Kezaliman terhadap orang lain adalah lawan dari menjaga jiwa. Sebagai perihatin menjaga
jiwa, maka setiap aktiviti menjana ekonomi perlu mewujudkan kemaslahatan bagi orang
lain, bukan hanya untuk diri sendiri. Syara’ memerintahkan kepada setiap umat Islam untuk
berlaku jujur dalam tindak-tanduk perlakuan dan percakapan. Sebagai contoh dalam
keusahawanan, jika produk yang dijual tidak menepati syara’ seperti mengurangi timbangan
dan kualiti, maka pengguna tidak akan percaya lagi akan mutu produk jualan tersebut dan
akan mengakibatkan perusahaan tersebut gulung tikar dan maka natijahnya terciptalah
pengangguran yang akhirnya akan merusakkan masa hadapan.
Imam al-Ghazali menempatkan harta sebagai Maqasid terakhir, kerana harta
bukanlah tujuan, ia hanya landasan. Harta meskipun sangat penting dalam mewujudkan
kemaslahatan dan kesejahteraan umat manusia, akan tetapi ianya tidak akan tercipta dan
tercapai kecuali apabila dikendali dan dilaksanakan secara efisien dan adil. Dalam setiap
kegiatan kewangan Islam dan pengembangan ekonomi, perlu menjaga tonggak-tonggak asas
ini; agama, jiwa, akal, keturunan dan harta yang setentunya bukanlah tujuan utama, ia adalah
sebuah landasan kita untuk beribadah dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

3.2. Hajiyyat
Kategori kedua bagi Maqasid Syariah dikenali sebagai hajiyyat. Hajiyyat didefinisikan
sebagai kelebihan untuk membuang sebarang kepayahan ataupun kesusahan selagimana
kesusahan yang dimaksudkan tidak menganggu perjalanan kehidupan. Dalam kata lain
hajiyyat memberi maksud pelengkap bagi maslahah. Hajiyyat terletak di tangga kedua
selepas daruriyyat di mana ia digunapakai selepas mengambil kira daruriyyat. Hajiyyat
diperlukan untuk melindungi dan mengetengahkan keperluan-keperluan yang menjadi
keutamaan Maqasid. Hajiyyat juga dikenali sebagai rukhsah atau kata lain kemudahan.
Syariah telah menyediakan pelbagai kemudahan dalam setiap kewajipan yang perlu
dilaksanakan oleh umat Islam. Kemudahan-kemudahan yang diperkenalkan adalah
bertujuan untuk menghindarkan sebarang kesusahan yang berlaku pada ummah dan ianya
bukanlah menjadi suatu kewajipan bagi kita untuk melaksanakannya. Umat Islam masih
boleh hidup dengan teratur tanpa kemudahan-kemudahan ini dan terus melaksanakan
kewajipan-kewajipan mereka yang telah digariskan di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah.
Di dalam bidang muamalah, Syariah telah membenarkan beberapa kontrak seperti
salam dan ijarah (sewa dan upah). Kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam kontrak-
[6]
kontrak tersebut dikenali sebagai hajiyyat. Kontrak-kontrak tersebut tidaklah menjadi suatu
keperluan untuk meneruskan kehidupan secara normal, akan tetapi ada sesuatu keadaan
yang berbeza daripada yang normal yang dibenarkan perlaksaannya bagi mengelakkan
sebarang kesusahan ataupun mudarat. Hajiyyat boleh jadi sama taraf dengan daruriyyat
sekiranya ianya melibatkan kepentingan orang ramai.

3.3. Tahsiniyyat
Tahsiniyyat memberi maksud mencantikkan atau mengindahkan. Ianya bertujuan untuk
melaksanakan perubahan dan menyempurnakan adat dan tingkah laku manusia di semua
peringkat. Kedudukan tahsiniyyat dalam menentukan sesuatu hukum adalah selepas
mengambil kira daruriyyat dan hajiyyat. Dalam kata lain, tahsiniyyat membantu pembinaan
daruriyyat di mana asas yang paling penting untuk kehidupan yang lebih tersusun,
bertamadun dan berjaya di dunia dan di akhirat. Dalam perkara-perkara yang melibatkan
pengurusan muamalat, Islam telah menggalakkan pengurusan itu dibuat dengan penuh
amanah, lemah lembut serta perbuatan dan percakapan yang sopan. Namun begitu, tidak
ada sebarang hukuman ataupun denda kepada sesiapa yang terlibat dalam urusan muamalat
sekiranya mereka tidak mengamalkannya dalam setiap urusan mereka. Tujuan untuk
bersifat demikian adalah semata-mata untuk membantu melengkapkan perkara-perkara
penting dan keberadaan tahsiniyyat sangat diperlukan.
Namun begitu, tahsiniyyat kurang penting berbanding daruriyyat dan hajiyyat.
Fungsinya hanyalah untuk menambahbaikan dan melengkapkan dalam memenuhi tuntutan
daruriyyat dan hajiyyat. Dalam kata lain, tahsiniyyat merupakan pelengkap bagi hajiyyat.

4. Penerapan Maqasid Syariah Dalam Institusi Kewangan Islam Di Negara Brunei


Darussalam
Umumnya, institusi kewangan Islam yang aktif merupakan komponen yang amat penting
bagi pertumbuhan ekonomi Islam. Tertubuhnya bank Islam dan institusi kewangan Islam
adalah bertujuan untuk menjaga maslahat dan keperluan masyarakat Islam khususnya.
Fungi utama penubuhan institusi kewangan Islam ini adalah semata-mata untuk mengatur
dan menjadikan satu landasan bagi menaik taraf kehidupan dan mengeluarkan dari
kepompong kemiskinan dan kesusahan. Justeru, Maqasid Syariah merupakan satu landasan
utama dan amat penting dalam merealisasikan fungsi kewangan Islam tercapai. Antara
landasan-landasan Maqasid Syariah dalam perkembangan institusi kewangan Islam di
negara Brunei Darussalam yang dapat diambil kira, iaitu melalui:

4.1. Penubuhan Institusi Kewangan Islam


Tujuan utama penubuhan institusi kewangan Islam bagi mengelak dari perbuatan yang
menyalahi syara’ seperti mengelak dari pengamalan mengambil riba (interest), penindasan
pulangan yang diperoleh daripada pinjaman atau hutang, maysir atau perjudian dan gharar
atau kesamaran yang membentuk beberapa elemen; ketidakpastian, risiko dan maklumat
yang tidak jelas serta terdapatnya spekulasi.
Larangan Islam daripada mempraktikkan perkara-perkara sedemikian mengandungi
maksud Maqasid Syariah, iaitu untuk memberi bantuan kepada yang memerlukan,
[7]
mencegah penipuan dan ketidakadilan, menggalakkan pelaburan dan usaha-usaha yang
positif serta produktif, mendapatkan apa jua transaksi secara saksama dan menghalang
orang ramai daripada mengaut atau mengumpul keuntungan dan kekayaan melalui
penindasan, penipuan dan pencerobohan hak orang lain.15
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, konsep Maqasid Syariah melibatkan
kefahaman berkaitan prinsip Islam dalam menghapuskan kesusahan dan mengelak
kemudaratan. Berkaitan dengan perkara ini, beberapa kaedah fiqh dapat merungkai
permasalahan dan mengelak daripada kemudaratan.
Seperti yang kita telah maklum, kaedah fiqh diperoleh daripada Al-Qur’an dan As-
Sunnah dan salah satu daripadanya adalah “La darara wa la dirara fil Islam” yang memberi
maksud tidak ada bahaya dan tidak membahayakan dalam Islam. Tambahan pula, untuk
melindungi penjual atau pembeli daripada sebarang penipuan, kaedah fiqh “Ad-dararu
yuzal” yang bermaksud bahaya mesti dihapuskan amat sesuai diguna pakai. Sehubungan
dengan kaedah ini, ada pelbagai kaedah yang boleh diwujudkan untuk menyokong kaedah
ini dalam situasi yang berbeza-beza. Antaranya ialah kaedah; “Ad-dararu la yuzalu bid –
darar” yang bermaksud Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan, “Ad-
dararu yudfa‘u bi-qadr al-imkaan” yang bermaksud kemudaratan dibendung semungkin
yang dapat dan kaedah “Yuzal ad-darar al-ashaddu bid-darar al-akhaff” yang bermaksud
kemudaratan lebih berat dihilangkan dengan melaksanakan kemudaratan yang lebih ringan.
Secara ringkas, Qawa’id Fiqhiyyah sangat berguna dalam melindungi maslahah dan
mencegah apa jua jenis kesusahan yang boleh berlaku di kalangan masyarakat.
Aplikasi Maqasid Syariah dan kaedah-kaedah fiqh dalam sistem kewangan Islam
adalah sangat penting dalam kehidupan Muslim masa kini sebagaimana yang kita maklum
Islam adalah releven untuk setiap zaman. Hal ini kerana, objektif Syariah dalam menjaga
harta ataupun hak orang Islam adalah untuk memastikan keadilan tertegak dan memastikan
setiap komuniti memenuhi hak dan tanggungjawab masing-masing dalam apa jua jenis
transaksi perbankan Islam. Perbincangan berkaitan aplikasi dan implementasi Maqasid
Syariah oleh Ilmuan Islam telah lama wujud sejak bank-bank Islam mula berhujah dalam
mengIslamkan produk-produk konvensional yang ada seperti pembiyaan perumahan Islam,
kredit kad Islam dan pelaburan Islam dan Takaful. Fasa pertama dalam pembangunan sistem
kewangan Islam, motivasi yang terbaik telah diperkenalkan kepada dunia Islam adalah
dengan menggalakkan perjalanan ekonomi yang adil serta menghapuskan segala elemen
riba’ dalam transaksi yang melibatkan matawang. Namun begitu, sudah wujud kritik yang
hebat terhadap produk-produk perbankan Islam bila mana ada yang mendakwa hak
tanggungjawab individu yang terlibat dalam kontrak Islam tidak sepenuhnya dipenuhi.
Sehubungan itu, penyelidik kertas kerja ini berpendapat aplikasi kaedah-kaedah fiqh
dan Maqasid Syariah sangat penting untuk dikaji dan diaplikasikan dalam setiap pihak yang
terlibat dalam transaksi kewangan Islam seperti pihak bank bertindak sebagai pembiaya,
pelanggan dan mana-mana pihak yang bertindak sebagai pihak ketiga.

15 Wahbah al-Zuhayli (Dr). 1997. Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu. Damsyik: Dar al-Fikr, cetakan keempat, Jilid.5,
hal. 3755.
[8]
4.2. Penubuhan Badan Penasihat Syariah (BPS)16
Selain penubuhan institusi kewangan Islam, Maqasid Syariah juga diaplikasikan melalui
perlantikan Ahli Badan Penasihat Syariah (BPS) di setiap institusi kewangan Islam.
Wujudnya BPS juga antara inisiatif terpenting bagi mempertahankan keislaman sesebuah
institusi Islam berkenaan kerana apabila berlaku permasalahan dalam akad urusniaga,
inovatif produk, simpanan, pembiayaan, pulangan dan sebagainya dalam pentadbiran dan
yang berkaitan terus dengan pelanggan, maka BPS inilah memainkan peranannya yang
penting dalam menanggani permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh institusi
kewangan Islam masing-masing.
Akta Perintah Perbankan Islam 2008, Bab 8(2) (g), yang mana salah satu syarat
keperluan yang mesti dipenuhi untuk diberikan lesen perniagaan Bank Islam adalah dengan
adanya peruntukan di dalam Memorandum dan Artikel Pertubuhan Syarikat yang
menyatakan penubuhan Badan Penasihat Syariah yang berfungsi untuk memberi nasihat
kepada syarikat mengenai operasi dan perniagaan kewangan Islam bagi memastikan
syarikat tidak terlibat dengan apa-apa elemen yang bertentangan dengan hukum-hukum
Syara’. Bagi merealisasikan tujuan dan hasrat murni ini tercapai, maka lantikan sebagai ahli-
ahli Badan Penasihat Syariah hendaklah sekurang-kurangnya tiga orang ilmuan Islam dan
pakar undang-undang yang berugama Islam dari warganegara Brunei.17 Tugas dan
tanggungjawab ahli-ahli yang dilantik bukanlah hanya menjalankan tugas yang
diamanahkan, bahkan memerlukan jatidirinya sebagai seorang ulama yang mengetahui dan
menguasai ilmu asas yang membahaskan kaedah-kaedah yang digunakan oleh mujtahid
untuk mengeluarkan hukum syara’ berbentuk praktikal kerana setiap ilmu mempunyai
kepentingannya yang tersendiri bagi membentuk peradaban dan pemikiran umat Islam.
Setiap institusi kewangan Islam di Brunei Darussalam telah memperuntukan Badan
Penasihat Syariahnya yang tersendiri, dimana institusi-institusi berkenaan merujuk kepada
Lembaga Penyeliaan Kewangan Syariah, Kementerian Kewangan mengenai perkara-perkara
Syariah yang ada hubungkait dengan perniagaan bank Islam, perniagaan takaful, perniagaan
kewangan Islam, perniagaan pembangunan kewangan Islam dan sebarang perniagaan lain
yang berasaskan kepada prinsip-prinsip Syariah yang dapat membantu dalam
menyelesaikan permasalahan kewangan Islam dari sudut agama.
Antara fungsi utama Badan Penasihat Syariah, BIBD adalah untuk meneliti,
mengemukakan pandangan dan pendapat serta memberi nasihat mengenai perkara-perkara
berkaitan Syariah berhubung dengan operasi dan perniagaan kewangan BIBD agar sentiasa
memenuhi kehendak syara’ dalam semua aspek, sejajar dengan keperluan undang-undang
agar BIBD tidak terlibat dengan apa-apa elemen yang bertentangan dengan hukum Syara’. 18

16 Azme Matali. 2012. Amalan dan Konsep Pembiayaan di Institusi-Institusi Perbankan dan Kewangan Islam
Negara Brunei Darussalam, Tesis Doktor Falsafah, Malaysia: Universiti Malaya.
17 Perintah Perbankan Islam, 2008, Bab 8(2) (g), 30 September 2008, hal. 19.
18 Maklumat diperoleh melalui hasil perjumpaan dengan Dyg Hanifah Jenan, Pengarah, Bahagian Syariah, Bank

Islam Brunei Darussalam dan Dyg Hajah Nurul Akmalina binti Haji Yahya, Penolong Pengarah, Bahagian
Syariah, Bank Islam Brunei Darussalam, pada 30 Julai 2013. Sila rujuk: Latarbelakang Penubuhan Bank Islam
Brunei Darussalam, Bahagian Syariah, Bank Islam Brunei Darussalam, hal. 11-17.
[9]
Dalam melaksanakan fungsi tersebut, berikut adalah tugas dan tanggungjawab utama
Badan Penasihat Syariah:
1. Menasihat Lembaga Penyeliaan Kewangan Syariah (LPKS) mengenai perkara-
perkara berkaitan Syariah.
2. Meneliti dan mengesahkan garis pandu pematuhan Syariah.
3. Membuat semakan dari masa ke samasa dengan secara teratur mengenai tahap
pematuhan Syariah, khususnya berhubung dengan perlaksanaan dan operasi sebenar
kontrak kewangan BIBD.
4. Meluluskan dan mengesahkan dokumen.
5. Membantu dan menasihat pihak-pihak terbabit dalam memberikan perkhidmatan
kepada BIBD mengenai perkara-perkara berkaitan Syariah, apabila diperlukan.
6. Memantau dan memastikan pengiraan dan pengagihan zakat serta lain-lain dana
untuk disalurkan kepada perkara kebajikan.
7. Meneliti dan menasihat perkara-perkara yang perlu dirujuk kepada LPKS
8. Memberikan Resolusi Syariah secara bertulis
9. Membantu menjelaskan LPKS apabila dirujuk untuk sebarang nasihat
10. Memastikan kesemua resolusi, nasihat dan kelulusan LPKS yang diberikan kepada
BIBD, dilaksanakan oleh BIBD dengan sempurna.

4.3. Akta dan Perintah Perbankan Islam


Keperluan kepada pematuhan prinsip Syariah tersebut adalah sebagaimana keperluan
institusi kewangan Islam khususnya BIBD di bawah perundangan-perundangan berikut:

4.3.1. Akta Syarikat Bab 39, Memorandum Pertubuhan Syarikat BIBD, Artikel 1 dan 2
menjelaskan bahawa antara objektif utama pertubuhan Syarikat adalah sebagai
sebuah Bank Islam yang menjalankan perniagaan kewangan Islam di kesemua
cawangan dan jabatan-jabatannya serta membuat apa-apa transaksi yang berkaitan
dengannya selaras dengan objektif penubuhan.

4.3.2. Akta Syarikat Bab 39, Perlembagan Pertubuhan Syarikat BIBD, Artikel 2(a),
menyatakan keperluan bagi menubuhkan satu Badan Penasihat Syariah (BPS) yang
terdiri sekurang-kurangnya tiga (3) orang ilmuan Islam warganegara Brunei yang
berugama Islam yang mana fungsi badan ini adalah untuk memberi nasihat kepada
Syarikat mengenai operasi dan perniagaan kewangan Islam bagi memastikan
Syarikat tidak terlibat dengan apa-apa elemen yang bertentangan dengan hukum
Syara’.

4.3.3. Perintah Perbankan Islam 2008, Bab 8(2)(g), yang mana salah satu syarat keperluan
yang mesti dipenuhi untuk bank ini diberikan lesen perniagaan Bank Islam adalah
dengan adanya peruntukan di dalam Memorandum dan Artikel Pertubuhan Syarikat
yang menyatakan penubuhan Badan Penasihat Syariah yang berfungsi untuk
memberi nasihat kepada Syarikat mengenai operasi dan perniagaan kewangan Islam
bagi memastikan Syarikat tidak terlibat dengan apa-apa elemen yang bertentangan
dengan hukum Syara’.

[10]
Sementara itu, di bawah Bab 98 (1) dan (2), Perintah yang sama juga mengkehendaki
supaya BIBD untuk menghadapkan dan memohon kelulusan produk Islamnya
sebagai selaras dengan hukum Syara’ sebelum BIBD membuat apa-apa transaksi
mengenainya kepada Lembaga Penyeliaan Kewangan Syariah (LPKS), AMBD.

4.3.4. Perintah Penyeliaan Kewangan Syariah 2006, Bab 4(2) dan 14(1) dan (2), dimana
keperluan Institusi Kewangan Islam (IKI) untuk menghadapkan dan memohon
kelulusan produk-produk Islam adalah selaras dengan hukum Syara’ sebelum
sesuatu IKI membuat apa-apa transaksi mengenainya kepada LPKS, AMBD.

Kesemua akta dan perintah yang berkaitan kewangan Islam ini merupakan satu
keperluan dalam memenuhi tuntutan Maqasid Syariah iaitu sebagai peraturan dan undang-
undang yang tanpanya perlaksanaan kewangan Islam tidak akan terarah dan terlaksana
mengikut kehendak syara’.

4.4. Keperluan dan Kemaslahatan Pelanggan: Satu Kajian


Tuntutan Maqasid Syariah seterusnya merupakan perkara-perkara yang menyumbang
kepada kemaslahatan masyarakat atau pelanggan di institusi kewangan Islam. Pengkaji
menjalankan beberapa soalan kaji selidik yang melibatkan seramai 650 orang respondan.
Kajian ini merupakan hasil penyelidikan semasa peringkat Dokotor Falsafah di Universiti
Malaya, Malaysia dalam bidang perbankan Islam yang bertajuk: Konsep dan Amalan
Pembiayaan di Institusi-Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Negara Brunei
Darussalam, pada sekitar tahun 2007 sehingga 2010. Manakala borang soal selidik ini
dijalankan bermula 16 April sehingga November 2008, seperti berikut:

1. Institusi Perbankan dan Kewangan di Brunei Darussalam


Jadual 1: Institusi-institusi perbankan dan kewangan

Kekerapan Peratus
BIBD 518 79.7 BIBD
600
TAIB 394 60.0 TAIB
500
Baiduri 123 18.9 Baiduri
400 HSBC
HSBC 103 15.8 300 Sandard Chartered

Standard Maybank
60 9.2 200
Chartered RHB
100
OUB
Maybank 12 1.8 0 OUB
RHB 5 0.8
OUB 1 0.2

[11]
Terdapat beberapa buah institusi perbankan dan kewangan yang bertapak di Negara
Brunei Darussalam sama ada ianya dijalankan atas dasar Islam mahupun Konvensional.
Masyarakat berhak memilih mana-mana institusi perbankan dan kewangan untuk
melanggan sesuatu produk atau perkhidmatannya. Borang soal selidik ini dijalankan
bertujuan antara lain ingin mengetahui berapa buah institusi perbankan dan kewangan yang
dilanggan oleh masyarakat Islam khususnya dalam membuat transaksi kewangan mengikut
produk dan perkhidmatan perbankan yang ditawarkan. Bentuk soalan ini tidak terhad
kepada satu jawapan sahaja, ianya mengikut kepada urusniaga yang dijalankan oleh
responden.
Berdasarkan kepada perkiraan jumlah transaksi responden di institusi-institusi
perbankan dan kewangan, pengkaji mendapati BIBD adalah jumlah yang terbesar sebagai
sebuah bank yang menjalankan segala produk dan perkhidmatannya kepada pelanggan iaitu
seramai 518 responden dari 650 orang bersamaan dengan 79.7 peratus. Jumlah kedua
terbesar ialah Perbadanan TAIB seramai 394 responden diikuti oleh Bank Baiduri seramai
123 responden. Seterusnya HSBC 103 responden, Standard Chartered 60 responden,
Maybank 12 responden, RHB 5 responden dan yang terakhir OUB iaitu 1 responden sahaja.

2. Persepsi Masyarakat Terhadap Pelaksanaan Institusi Perbankan Islam di Brunei

Jadual 2: Persepsi masyarakat terhadap pelaksanaan institusi Perbankan Islam


di Brunei

Ya Tidak Kurang Pasti


Jum Graf
K (%) K (%) K (%)
400

Adakah awda 350


300

memahami 250
200

sepenuhnya proses 152 23.4 139 21.4 359 55.2 650 150
100
pembiayaan 50

perbankan Islam?
0
Ya Kurang Pasti

Adakah awda berpuas


250

200
hati dengan sistem 150

perbankan dan
248 38.2 194 29.8 208 32.0 650 100

kewangan Islam yang 50

ada di Brunei 0
Ya Kurang Pasti
sekarang?
500

Perlukah ditambah
450
400
350
produk baru 300
250

berkonsepkan Islam 466 71.7 30 4.6 154 23.7 650 200


150

selain yang ada 100


50

sekarang ini?
0
Ya Kurang Pasti

[12]
Pertama: Kefahaman dalam proses pembiayaan perbankan Islam.
Kefahaman yang kuat terhadap proses pembiayaan perbankan Islam perlu ada di
setiap pelanggan. Memahami keseluruhan proses termasuk terma-terma dan syarat-syarat
yang dilampirkan dalam akad setiap produk pembiayaan dapat menghindarkan diri dari
gejala penipuan yang dilakukan oleh mana-mana pihak terlibat. Justeru itu, pengkaji
merasakan persoalan ini sangat penting bagi kesemua pihak. Berdasarkan kajian yang
dijalankan, pengkaji hanya mendapati sebilangan kecil responden yang memahami
sepenuhnya proses pembiayaan di bank Islam iaitu seramai 152 orang responden dengan
jumlah peratus 23.4 sahaja. Sementara responden yang tidak faham berjumlah 139 orang
dan yang kurang pasti terhadap proses pembiayaan tersebut adalah bilangan responden
yang terbesar iaitu 359 orang dari jumlah 650 orang responden.

Kedua: Kepuasan hati dengan pengendalian sistem perbankan dan kewangan Islam.
Merujuk kepada peratus pengagihan borang soal selidik terhadap persoalan ini,
pengkaji mendapati sebanyak 248 orang responden iaitu 38.2 peratus yang berpuas hati
dengan SPI yang dilaksanakan di Brunei pada masa ini. Manakala jumlah responden yang
menyatakan tidak berpuas hati seramai 194 orang bersamaan dengan 29.8 peratus dan
responden yang kurang pasti terhadap amalan SPI di Brunei berjumlah 208 orang iaitu 32.0
peratus.
Jumlah peratus pihak yang berpuas-hati terhadap amalan SPI yang dijalankan pada
masa ini mendapat sambutan yang terbanyak. Dalam hal ini, jelas menunjukkan bahawa
responden khususnya dan masyarakat Brunei amnya masih lagi menyokong di setiap
produk dan perkhidmatan Islam yang telah disediakan apalagi produk dan perkhidmatan
tersebut juga sangat berguna dan bermanfaat kepada semua golongan masyarakat sekaligus
mengukuhkan lagi tahap pembangunan sektor-sektor kewangan Islam di Brunei.

Ketiga: Keperluan menambah produk baru.


Berdasarkan kepada hasil perolehan, pengkaji mendapati kadar peratus responden
yang menyatakan perlunya ditambah produk baru berkonsepkan Islam selain yang ada pada
masa ini menunjukkan jumlah peratus yang tertinggi iaitu 71.7 berbanding dengan
responden yang menjawab tidak perlu ditambah iaitu 4.6 peratus sahaja dan selebihnya 23.7
peratus adalah responden yang kurang pasti akan pertambahan produk berunsurkan Islam
tersebut.
Memandangkan peratus tertinggi yang menyatakan perlunya ditambah, ini
menunjukkan produk-produk perbankan Islam yang sudah tersedia belum mencukupi bagi
pelanggan-pelanggan di setiap institusi kewangan Islam tersebut. Walau bagaimanapun,
sebahagian kecil responden yang menyatakan tidak perlu ditambah produk berunsurkan
Islam yang telah sedia ada, sesetengah dari mereka merasakan lebih penting jika
diperkukuhkan kefahaman pada setiap pelanggan itu dan tindak-balas yang baik antara
pihak bank dan pengguna dalam semua produk dan perkhidmatan yang dijalankan di
institusi perbankan dan kewangan berkenaan terlebih dahulu. Pengkaji memperoleh
pernyataan ini dari beberapa pandangan serta cadangan oleh responden-responden
tersebut.

[13]
3. Penilaian Pelanggan di Institusi Kewangan Islam

Jadual 3: Penilaian responden terhadap mutu perkhidmatan, petugas dan


persekitaran dalaman dan luaran

Kurang
Memuaskan Sederhana Memuaskan
Jum Graf
K (%) K (%) K (%)

450
400
350

Produk dan 300


250

Perkhidmatan 174 26.8 422 64.9 54 8.3 650


200
150
100
Pelanggan 50
0
Memuaskan

400
350
300
Penerangan yang 250
200
diberikan oleh 152 23.4 396 60.9 102 15.7 650 150

petugas bank
100
50
0
Memuaskan Kurang
Memuaskan

450
400
350
300

Layanan yang 250

179 27.5 417 64.2 54 8.3 650 200

diberikan 150
100
50
0
Memuaskan Kurang
Memuaskan

450
400
350

Kecekapan dalam 300


250

menjalankan 138 21.2 432 66.5 80 12.3 650 200


150

tugas
100
50
0
Memuaskan Kurang
Memuaskan

Pengetahuan dan 450


400
kemahiran 350
300

pegawai/kakitang 250

150 23.1 419 64.5 81 12.5 650 200

an mengenai 150
100

konsep dan
50
0
Memuaskan Kurang
produk perbankan Memuaskan

[14]
Kurang
Memuaskan Sederhana Memuaskan
Jum Graf
K (%) K (%) K (%)
350
300
250

Persekitaran 200

272 41.8 347 53.4 31 4.8 650 150

dalam bank Islam 100


50
0
Memuaskan Kurang
Memuaskan

350
300
250

Letak kereta yang


200

61 9.4 283 43.5 306 47.1 650


150

dikhaskan
100
50
0
Memuaskan

Berdasarkan kepada data yang diperoleh, pertama, kajian menunjukkan bahawa


produk dan perkhidmatan pelanggan yang telah ditawarkan oleh pihak institusi perbankan
dan kewangan Islam di Brunei masih di tahap sederhana. Ini terbukti hasil dari
pengumpulan data tersebut iaitu 26.8 peratus tahap memuaskan, 64.9 peratus tahap
sederhana dan selebihnya 8.3 peratus tahap kurang memuaskan. Oleh itu, diseru kepada
pihak-pihak institusi kewangan supaya lebih memperbanyakkan lagi produk perbankan
Islam di samping memperbaiki lagi mutu perkhidmatan perbankan Islam bagi memenuhi
keperluan masyarakat Brunei khususnya dan kepentingan institusi kewangan Islam
berkenaan dalam memajukan lagi ekonomi negara.
Kedua, soalan seterusnya berkaitan dengan petugas bank Islam sama ada ianya
pegawai, kakitangan atau petugas kaunter. Mereka ini menjalankan tugas yang telah
ditetapkan oleh institusi kewangan itu sendiri. Tugas-tugas mereka ini sepenuhnya
berhadapan dengan pelanggan dalam apa juga produk dan perkhidmatan yang diperlukan
oleh pelanggan tersebut. Tanpa mereka, operasi sesebuah sektor kewangan itu tidak akan
bertahan lama tetapi sekiranya mereka menjalankan tugas-tugas yang tidak memuaskan,
maka pelanggan akan berkurangan dan akhirnya sektor kewangan tersebut hanya akan
tinggal nama sahaja. Tugas-tugas yang dimaksudkan ialah menerangkan produk dan
perkhidmatan kepada pelanggan, memberi layanan yang terbaik, kecekapan dalam
menjalankan tugas dan penerangan serta kemahiran mengenai produk dan perkhidmatan
perbankan Islam. Hasil data yang diperoleh, pengkaji mendapati kesemua tugas yang
dimaksudkan itu hanya mendapat tahap sederhana iaitu dalam lingkungan 64.0 peratus.
Data ini diperoleh hasil dari pengalaman responden iaitu pelanggan yang berurusan dengan
bank Islam. Manakala jumlah responden yang berpuas-hati hanya mendapat 23.8 peratus.
Memandangkan sektor institusi perbankan dan kewangan Islam yang bertapak di Negara
Brunei Darussalam pada masa ini hanyalah BIBD dan Perbadanan TAIB sahaja, oleh itu
pengkaji merasakan data peratus yang diperoleh tidak memuaskan kerana terdapat dua
sektor institusi kewangan Islam sahaja dan cabaran kedua-duanya bagi menaiktarafkan
institusi kewangan tersebut tidak begitu ketara dibandingkan bank-bank konvensional yang
[15]
lebih lama bertapak di Brunei. Jumlah masyarakat Islam di Brunei 360,000 orang bersamaan
dengan 67.0 peratus iaitu jumlah kedua terbesar kedudukan semasa umat Islam di ASEAN.19
Kedudukan jumlah masyarakat Islam Brunei tersebut sudah tentunya berkehendak kepada
institusi kewangan Islam untuk menjalankan aktiviti kewangan mereka tetapi sekiranya
peratus kecemerlangan pelaksanaan institusi kewangan Islam sama ada dari sudut dalaman
mahupun luaran tidak memuaskan, persoalan yang mungkin timbul adakah mereka
(pelanggan bank Islam) akan bertahan atau beralih arah membuat transaksi kewangan di
bank-bank konvensional?. Sekiranya ia terjadi, maka akidah masyarakat Islam akan
terpesong dan masyarakat Islam akan mengamalkan riba. Oleh itu, sewajarnya pihak-pihak
tertentu dapat menangani masalah ini dengan mengambil tindakan bijak kepada petugas-
petugas institusi kewangan Islam itu terlebih dahulu.
Data perolehan seterusnya iaitu persekitaran dalam bank Islam, 41.8 peratus di tahap
memuaskan, 53.4 peratus sederhana dan selebihnya 4.8 peratus responden yang tidak
berpuas-hati dengan persekitaran dalam bank Islam. Peratus tersebut masih boleh
dibanggakan dan pihak institusi kewangan Islam dari masa ke semasa perlu
melipatgandakan lagi usaha memperbaiki kekurangan yang ada. Akhir sekali, kepuasan
responden juga diukur mengenai letak kereta yang disediakan di institusi-institusi
kewangan Islam di Brunei, pengkaji mendapati hanya 9.4 peratus responden tahap
memuaskan, 43.5 peratus di tahap sederhana manakala 47.1 peratus responden yang tidak
berpuas-hati dengan tindakan pihak institusi kewangan Islam menyediakan letak kereta
bagi pelanggan-pelanggannya. Perkara ini amat penting dan memerlukan perhatian serta
tindakan yang segera dilakukan dari pihak institusi kewangan berkenaan kerana masalah ini
telah lama disuarakan oleh sebilangan pengguna produk dan perkhidmatan kewangan bank.
Keselesaan dalam melakukan sesuatu perkara mendorong seseorang itu melakukan buat
kali berikutnya dan jika sebaliknya, ia akan terhenti di pertengahan jalan walaupun perkara
itu sesuatu yang baik. Oleh itu, diharapkan pihak yang berwajib agar melaksanakan dan
memperbaiki sesuatu yang kurang agar ianya disukai ramai.

Jadual 4: Kesukaran dan masalah semasa berurusan dengan institusi-institusi


perbankan dan kewangan Islam

Kekerapan Peratus

Sistem teknologinya yang kurang canggih 143 22.0

Pengurusan yang sangat lambat dan cerewet 288 44.3

Kelulusan pembiayaan yang memakan masa agak lama 243 37.4

Layanan semasa berurusan dengan Pegawai/Kakitangan agak 82 12.6


kasar

19Ambassador Nazirah Hussain, Ketua Pengarah, ASEAN Department, Kementerian Luar Negara, “Kedudukan
Semasa Ekonomi dan Sosial Umat Islam di ASEAN”, (Kertas Kerja sempena Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-
3), Dewan Merdeka Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia, 12-15 Januari 2009), hal. 2.
[16]
Kekerapan Peratus

Kurangnya petugas di kaunter menjadikan giliran menunggu 445 68.5


semakin lama

Lain-lain 27 4.2

Berdasarkan kajian, pengkaji mendapati 68.5 peratus disebabkan kurangnya petugas


di kaunter urusan menjadikan giliran menunggu bagi pelanggan semakin lama. Perkara ini
dapat dibuktikan dengan membuat kunjungan di setiap institusi perbankan dan kewangan
Islam dan juga di bank-bank konvensional, hal ini memang kerap berlaku sehinggakan
sebahagian pelanggan bank tersebut membatalkan niatnya untuk membuat transaksi
kewangan mereka. Selain itu, pengurusan yang sangat lambat dan cerewet juga mendapat
perhatian orang ramai yang berkunjung di institusi kewangan Islam berkenaan yang
mendapat 44.3 peratus hasil dari kajian ini. Masalah dan kesukaran yang dihadapi
masyarakat disebabkan kurangnya pengetahuan dan kemahiran petugas bank dalam
mengendalikan satu-satu proses produk perbankan Islam dan menyebabkan sesuatu urusan
tersebut memakan masa yang agak lama untuk diselesaikan dan sesetengah masyarakat
merasakan syarat-syarat dan dokumen yang dikehendaki oleh pihak institusi kewangan bagi
mendapatkan kelulusan pembiayaan sangat cerewet.
Masyarakat Brunei yang melanggan dalam produk pembiayaan Islam adalah
bertujuan bagi memenuhi kehendak dan kepentingan mereka untuk mendapatkan sesuatu
yang dihajati dengan cepat dan mudah. Oleh itu, mereka berkehendakkan masa yang cepat
bagi kelulusan permohonan tersebut. Tetapi, mengikut sumber data analisis kajian yang
diperoleh, pengkaji mendapati 37.4 peratus responden selaku pelanggan di institusi-
institusi perbankan dan kewangan Islam merasakan bahawa kelulusan sesuatu produk
pembiayaan Islam yang mereka pohonkan itu memakan masa yang agak lama untuk
mendapatkan kebenaran adalah antara kesukaran dan masalah urusan dalam perbankan
Islam.
Seterusnya, 22.0 peratus responden beranggapan sistem teknologi bank Islam
kurang canggih yang menyebabkan urusan permohonan, aktiviti kewangan dan semakkan
status permohonan tidak dapat dilakukan secara sempurna. Selain itu, tidak dapat dinafikan
bahawa 12.6 peratus responden yang merasakan layanan agak kasar semasa mereka
berurusan dengan pegawai dan kakitanggan institusi perbankan dan kewangan Islam.
Terakhir, terdapat 4.2 peratus reponden yang mengisi ruang kosong yang dikhaskan kepada
responden yang pernah mengalami kesukaran atau masalah, selain jawapan-jawapan yang
telah disediakan di atas tadi.

[17]
Setelah pengkaji meneliti jawapan-jawapan responden yang di petik dari ruangan
cadangan-cadangan, maka hasilnya seperti berikut:
1. Setengah petugas bank Islam sendiri tidak mengetahui struktur pentadbiran
dalaman.
2. Petugas kurang pengetahuan dalam memberi penerangan terutama dalam konsep
Islam setiap produk pembiayaan sehingga terpaksa merujuk kepada petugas-petuas
lain.
3. Khidmat layanan petugas kurang memuaskan dan mesra.
4. Kurangnya kaunter urusan yang beroperasi menyebabkan pelanggan semakin lama
menunggu giliran untuk berurusan.
5. Sistem polisi perkhidmatan yang kadang-kadang menyusahkan pelanggan seperti
waktu perkhidmatan yang tidak selaras bagi setiap cawangan.
6. Perkhidmatan penyata kewangan bulanan tidak disediakan.
7. Mesin ATM selalu rosak terutama pada setiap kemasukkan gaji hujung bulan,
kedudukannya tidak menepati pelanggan dan terlalu terhad.
8. Kurang kecekapan petugas dalam menjalankan urusan bank.
9. Ruang yang sempit dan kurang tempat duduk yang dikhaskan terutama di cawangan-
cawangan.

Jadual 5: Pendapat responden mengenai imej keseluruhan perbankan Islam


berbanding dengan perbankan konvensional di Brunei
Kekerapan Peratus
Jauh lebih cemerlang dari
perbankan Konvensional 68 10.5

Sama tahap dengan perbankan


312 48.0
konvensional Tidak
Jauh
Lebih
Memuas Cemerla
Lebih baik dari perbankan Lebih kan ng
187 28.8 Rendah

konvensional
Lebih rendah dari perbankan Lebih
58 8.9 Baik
konvensional Sama
Tahap

Tidak memuaskan 25 3.8


Jumlah 650 100.0

Manakala statistik yang menunjukkan bahawa pelaksanaan sistem di bank Islam dan
konvensional sama tahap memperolehi majoriti yang terbanyak dari responden iaitu 48.0
peratus dan ini bermakna dalam apa juga produk dan perkhidmatan yang disediakan adalah
sama selari dengan yang lainnya. Seterusnya terdapat 12.7 peratus responden yang
berpendapat pelaksanaan sistem perbankan Islam di tahap yang lebih rendah dan tidak

[18]
memuaskan berbanding dengan sistem perbankan konvensional di Brunei. Keputusan ini
merupakan sesuatu yang di luar jangkaan pengkaji kerana pandangan negatif ini seharusnya
tidak ada disisi masyarakat Islam Brunei. Dalam perkara ini, pihak institusi perbankan dan
kewangan Islam perlu merujuk semula pelaksanaan sistem perbankan dan kewangan di
Brunei secara terperinci agar masyarakat Brunei boleh menikmati kemudahan yang
disediakan tanpa was-was dan tidak yakin.

Penutup
Berdasarkan fakta-fakta yang telah dinyatakan di atas dan diikuti pula dengan beberapa
perbincangan, dapatlah disimpulkan bahawa Maqasid Syariah secara umum; Daruriyyat,
Hajiyyat dan Tahsiniyyat merupakan satu maslahah penting dalam menjaga hak masyarakat
dan khususnya hak penjagaan harta. Kertas kerja ini juga telah membincangkan Maqasid
Syariah sebagai medium yang telus dan sebagai landasan dalam membentuk perlaksanaan
institusi kewangan Islam yang kukuh di Negara Brunei Darussalam. Selain itu, hasil kaji
selidik yang dilaksanakan menunjukkan satu keperluan yang amat ditekankan, kerana tanpa
pelanggan dan menjaga kemaslahatan mereka nescaya pembangunan ekonomi melalui
perkembangan institusi kewangan Islam tidak memenuhi hasrat yang dihajati. Adalah amat
penting untuk kita ketahui bahawa Islam itu bersifat syumul iaitu merangkumi segala aspek
kehidupan seperti ekonomi dan setiap individu berhak mendapat keadilan. Kajian ini
diharapkan boleh membantu pihak yang terlibat untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan
konsisten dalam mengaplikasikan Maqasid Syariah pada setiap urusan. Adalah tidak adil
untuk meletakkan tanggungjawab tersebut secara mutlak di atas bahu institusi kewangan
Islam semata-mata. Dengan berbuat demikian, masyarakat dan negara akan hidup dalam
suasana harmoni dan sekaligus membentuk negara yang makmur.

[19]
Bibliografi:
Abu Hamid Al-Ghazali. (t.t). Syifa al-Ghalil fi Bayan al-Shibh wa al-Mukhayyal wa Masalik al-
Ta’lil, di terjemah Oleh Dr. hamad al-Kabisi, Baghdad: Mathba’ah al-Irsyad.
Abu Hamid Al-Ghazālī, 1973, al-Mustasfa min ilm al-Usul, Cairo: al-Maktabah al-Tijariyyah.
Ambassador Nazirah Hussain, Ketua Pengarah, ASEAN Department, Kementerian Luar
Negara, “Kedudukan Semasa Ekonomi dan Sosial Umat Islam di ASEAN”, (Kertas Kerja
sempena Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3), Dewan Merdeka Dunia Putra (PWTC),
Kuala Lumpur, Malaysia, 12-15 Januari 2009).
Atep Hendang Waluya. 2016. Maqasid Syariah sebagai Landasan Ekonomi. Majalah Tabligh,
no.2/xiv.
Azme Matali. 2012. Amalan dan Konsep Pembiayaan di Institusi-Institusi Perbankan dan
Kewangan Islam Negara Brunei Darussalam, Tesis Doktor Falsafah, Malaysia: Universiti
Malaya.
Fakhr al-Din Al-Razi. 1992, al-Mahsul fi Ilm Usul al-Fiqh, diterjemah Oleh: Dr.Taha Jabir
Fayyadl al-Alwani, Muassah al-risalah, Juz V.
Al-Haromain al-Juwaini. 1992. Al-Burhan fi Ushul al-Fiqh, Juz 2.
Muhammad Mustafied. 2013. “Peta Pemikiran Ulama Usul tentang Maqashid al-Syariah:
Menuju Kontekstualisasi dan Reformulasi”, Yogyakarta: Jurnal MLANGI, Volume I, No. 3
November 2013.
Mustafa al-Zarqa’, 1998, al-Madkhal al-Fiqhi al-Am, Damsyik: Dar al-Qalam, j. 1.
Muhammad Yusuf al-Badawi, 2000, Maqasid al-Syariah, Urdun: Dar al-Nafais.
Perintah Perbankan Islam, 2008, Bab 8(2) (g), 30 September 2008.
Wahbah al-Zuhayli (Dr). 1997. Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu. Damsyik: Dar al-Fikr, cetakan
keempat, Jilid.5.
Maklumat diperoleh melalui hasil perjumpaan dengan Dyg Hanifah Jenan, Pengarah,
Bahagian Syariah, Bank Islam Brunei Darussalam dan Dyg Hajah Nurul Akmalina binti
Haji Yahya, Penolong Pengarah, Bahagian Syariah, Bank Islam Brunei Darussalam, pada
30 Julai 2013. Sila rujuk: Latarbelakang Penubuhan Bank Islam Brunei Darussalam,
Bahagian Syariah, Bank Islam Brunei Darussalam.

[20]
SEMINAR KEBANGSAAN MAZHAB SYAFI’I
TEMA:
MAQASID SYARIAH PEMANGKIN NEGARA MAKMUR
5 SYAABAN 1439H / 21 APRIL 2018M

ANJURAN:
PUSAT PENYELIDIKAN MAZHAB SYAFI’I
UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHRIF ALI

TAJUK:
MAQASID SYARIAH DALAM DALAM
PERLAKSANAAN PERINTAH KANUN HUKUMAN
JENAYAH SYARIAH 2013

PEMBENTANG:
DR HAJI ABDURRAHMAN RADEN AJI HAQQI
PENSYARAH KANAN FAKULTI SYARIAH
DAN UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI
1

Maqashid Syariah Dalam Perlaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah


Syariah 2013

Dr Haji Abdurrahman Raden Aji Haqqi


Fakulti Shariah dan Undang-Undang
University Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
E-mail: abdurrahman.haqqi@unissa.edu.bn

Abstrak

Syariat Islam adalah peraturan hidup yang datang dari Allah Subhanahu Wata’ala, ia adalah
pedoman hidup bagi seluruh umat manusia. Sebagai pedoman hidup ia memiliki tujuan utama
yang dapat diterima oleh seluruh umat manusia. Tujuan diturunkannya syariat Islam adalah
untuk kebaikan seluruh umat manusia. Untuk menetapkan suatu tujuan bagi sesuatu merupakan
perkara lazim yang mesti disebutkan. Objektif atau maqasid hukum Islam ialah untuk menjaga
kepentingan dan keperluan manusia di dunia serta akhirat. Oleh yang demikian, maqasid Syariah
ialah tujuan dan rahsia-rahsia yang telah ditetapkan Allah pada setiap hukum yang telah
disyariatkan, iaitu untuk mencapai kebahagiaan individu dan masyarakat, memelihara undang-
undang dan seterusnya untuk memakmurkan dunia sehingga mencapai tahap kesempurnaan,
kebaikan, kemajuan dan ketamadunan yang tinggi. Di pihak lain, Perintah Kanun Hukuman
Jinayah Syariah 2013 Negara Brunei Darussalam telah berkuatkuasa sejak 1 Mei 2014. Sebelum
itu, Perintah berkenaan telah mula digazetkan pada 22 Oktober 2013 dan sebagai jadual
pelaksanaan ia berkuatkuasa secara berfasa dalam tiga (3) fasa. Pelaksanaan Perintah ini satu
produk undang-undang syariah yang berasingan tetapi adalah produk undang-undang negara.
Dan ia adalah 'law of the land'. Dengan menggunakan metod kajian perpustakaan, tulisan ini
mendapati bahawa pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jinayah Syariah 2013 tidak terlepas
dari penerapan nilai-nilai murni maqashid Syariah yang telah dijadikan garis pandu oleh para
ulama terdahulul bahkan ia merupakan satu pengukuhan perlaksanaannya di Negara Brunei
Darussalam.

Kata kunci: maqashid – syariah – perintah kanun hukuman jinayah syariah 2013.
2

Maqashid Syariah Dalam Perlaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah


Syariah 2013

Dr Haji Abdurrahman Raden Aji Haqqi


Fakulti Shariah dan Undang-Undang
University Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
E-mail: abdurrahman.haqqi@unissa.edu.bn

Pengenalan
Kepentingan memahami maqashid syariah bagi seorang mujtahid dan pengkaji hukum tidak
boleh dikesampingkan untuk memastikan penilaian yang dibuat terhadap sesuatu itu selari
dengan kehendak Syarak. Peranan maqashid al-syari’ah telah ditunjukkan oleh Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam dan para Sahabatnya dalam berijtihad, kerana perubahan zaman,
tempat dan keadaan yang jauh berbeza dari zaman sebelumnya. Oleh itu, dalam berbagai-bagai
amalan ijtihad yang dilakukan oleh para sahabat, terutama di bidang muamalah selama diketahui
tujuan hukumnya, maka dengan itu dapat dilakukan pengembangan hukum melalui metode qias
sempena menjawab persoalan baru yang belum ada pada masa Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallamn.
Pemahaman seorang mujtahid tentang maqashid al-syari’ah sangat penting. Kerena perkara ini
akan membantunya ketika berijtihad yang akan membangun hukum-hukum syari’ah serta
menjelaskan aspek-aspek hukum berkenaan. Wajib bagi para ulama untuk mengetahui ‘illat-
‘illat tasyri’ serta tujuannya secara tersurat (zahir) mahupun tersirat (bathin). Jika dijumpai
sebahagian hukum yang tersembunyi, kerena mereka sudah mengetahui tujuannya, baik itu
secara tersurat maupun tersirat, niscaya mereka mengerti dalam memberikan fatwa-fatwa
hukum. Pemahaman-pemahaman tersebut meliputi: pertama, mengetahui perkataan-perkataan
dan faedah dalil-dalil dalam bentuk lughawi dan kaidah-kaidah lafziyah untuk menemukan
hukum-hukum fiqh; kedua, membahas dalil-dalil yang bertentangan dari yang sudah
dinashakhkan, atau mengaitkan tujuan pengamalannya, atau menjelaskan hubungan dalil yang
satu dengan dalil yang lain; ketiga, Qiyas digunakan jika aqwal syara’ (perkatan-
perkataan syara’) belum ditemukan hukumnya; keempat, memberikan suatu hukum yang tidak
ada nash dan qiyas didalamnya; kelima, menemukan hukum-hukum syari’ah yang
bersifat ta’abbudi jika sekiranya tidak ada pembahasan tentang illat-illat hukum.1

Dengan demikian, maqashid al-syari’ah ini akan membantu para mujtahid dalam
menentukan kedhabitan aturan-aturan hukum serta mashlahah dan mafsadah, pengetahuan
tentang maqashid al-syari’ah, dan pengetahuan tentang illat-illat hukum.

1
Lihat: Edi Kurniawan, “Teori Maqashid Al-Syari’ah Dalam Penalaran Hukum Islam”.
3

Dalam konteks perlaksanaan Perintah Hukuman Jinayah Syariah 2013, Maqashid Syariah adalah
sangan jelas dan ketara. Apatah lagi semua perlaksananaan Perintah berkenaan sememangnya
berdasarakan kepada ilmu al-Maqashid yang bertjujuan memelihara agama, nyawa, akal fikiran,
harta, dan keluarga dan kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan lima (5) perkara ini.
Perintah Kanun Hukuman Jinayah Syariah 2013 Negara Brunei Darussalam telah berkuatkuasa
sejak 1 Mei 2014. Sebelum itu, Perintah berkenaan telah mula digazetkan pada 22 Oktober 2013
dan sebagai jadual pelaksanaan ia berkuatkuasa secara berfasa dalam tiga (3) fasa. Pelaksanaan
Perintah ini satu produk undang-undang syariah yang berasingan tetapi adalah produk undang-
undang negara. Dan ia adalah 'law of the land'.
Tulisan ini mencuba untuk mendedahkan sejauhmana perlaksanaan maqashid syariah dalam
Peritah berkenaan dengan memusatkan kajian hanya dari sudut implementasi zahir maqashid
syariah dalam lima (5) tujuan maqashid syariah yang telah dibakukan oleh para ulama maqashid
syaraiah.
Maqashid Syariah Dalam Konteks Kertas Kerja Ini
Dalam artikel “Sejarah Awal Perkembangan dan Perkembangan Maqashid Syariah”2 ada ditulis
“Hampir semua ulama ushul kontemporer, termasuk Ibnu ‘Asyur, bersepakat bahwa Imam al-
Syathibi adalah bapak maqashid al-syariah pertama sekaligus peletak dasarnya. Namun itu tidak
berarti bahwa sebelum beliau, ilmu maqashid tidak ada. Imam al-Syathibi lebih tepat disebut
orang pertama yang menyusunnya secara sistematis.

Terma maqashid berasal dari bahasa arab ‫( مقاصد‬maqashid) yang merupakan bentuk jamak dari
kata ‫( مقصد‬maqshad), yang bermakna maksud, sasaran, prinsip, niat, tujuan, tujuan
akhir.3 Maqashid hukum Islam adalah sasaran-sasaran atau maksud-maksud dibalik hukum
itu.4 Bagi sejumlah teoretikus hukum Islam, Maqashid adalah pernyataan alternatif untuk ‫مصالح‬
(mashalih) atau kemaslahatan-kemaslahatan. Misalnya, ‘Abdul Malik al-Juwaini (w.478 H/1185
M), salah seorang kontributor paling awal terhadap teori maqashid menggunakan istilah al-
Maqhasid dan al-Mashalih al-‘Ammah (kemaslahatan-kemaslahatan umum) secara bergantian.5

Abu Hamid al-Ghazaly (w. 505 H/1111 M) mengelaborasi klasifikasi maqashid, yang ia
masukan dalam kategori kemaslahatan mursal (al-Mashalih al-Mursalah), yaitu kemaslahatan

2
https://burhanalisetiawan.wordpress.com/2016/02/25/sejarah-awal-dan-perkembangan-maqashid-al-syariah/
9.44am 9/4/18.
3
Mohammad al-Tahir Ibnu Ashur, Ibn ‘Asyur, Treatise on Maqashid al-Syariah, terjemahan Muhammad el-Tahir
el-Mesawi (London, Washington: International Institute of Islamic Thought (IIIT), 2006), h. 2. Dalam Jasser Auda,
2015, Membumikan Hukum Islam melalui Maqasid Syariah, Cet. I, Terjemahan, Rosidin dan ‘Ali ‘Abd el-Mun’im,
Mizan Media Utama, Bandung, h. 32.
4
Ibn ‘Asyur, Maqashid al-Syariah al-Islamiyah, 183.
5
Abdul Malik al-Juwaini, Ghiyas al-Umam fi Iltiyas al-Zulam, ed. ‘Abdul ‘Azim al-Dib (Qatar: Wazarah al-Syuun
al-Diniyyah, 1400 H), h. 253. Dalam Jasser Auda, 2015, Membumikan Hukum Islam melalui Maqasid Syariah, Cet.
I, Terjemahan, Rosidin dan ‘Ali ‘Abd el-Mun’im, Mizan Media Utama, Bandung, h. 33.
4

yang tidak disebut secara langsung dalam nas (teks suci) Islam. 6 Fakhr al-Din al-Razi (w. 606
H/1209 M) dan Al-Amidi (w. 631 H/1234 M) mengikuti terminologi al-Ghazaly.7[5]

Najm al-Din al-Tufi (w. 716 H/1216 M) mendefinisikan kemaslahatan sebagai apa yang
memenuhi tujuan sang Pembuat Syariah (al-Syari’), yaitu Allah Swt. Kemudian al-Qarafi (w.
1285 H/1868 M) mengaitkan kemaslahatan dan maqashid dengan kaidah ushul fiqh yang
menyatakan: “Suatu maksud tidak sah kecuali jika mengantarkan pada pemenuhan kemaslahatan
atau menghindari kemudaratan”.8 Ini beberapa contoh yang menunjukan kedekatan hubungan
antara kemaslahatan dan maqashid dalam konsepsi ushul fiqh (khususnya antara abad ke-5 dan 8
H, yaitu periode ketika teori maqashid berkembang).

Sejarah ide tentang maqashid al-syariah atau tujuan-tujuan atau maksud yang mendasari perintah
al-Qur’an dan Sunnah dapat dilacak hingga masa sahabat Nabi Muhammad Saw. Sebagaimana
diriwayatkan dalam sejumlah peristiwa. Salahsatu contoh paling populer adalah hadits yang
bersilsilah banyak (mutawatir) tentang salat asar di Bani Quraizhah, 9 di mana Rasulullah Saw
mengutus sekelompok sahabat ke Bani Quraizhah dan memerintahkan mereka untuk
melaksanakan salat asar di sana.10 Namun yang terjadi batas waktu salat asar hampir habis dan
para sahabat tiba di Bani Quraizhah. Lalu para sahabat terbagi menjadi pendukung dua pendapat
yang berbeda: pendapat pertama bersikukuh salat Asar di Bani Quraizhah dengan konsekuensi
apapun yang terjadi, sedangkan pendapat kedua bersikukuh salat Asar diperjalanan (sebelum
waktu salat Asar habis).

Rasionalisasi di balik pendapat yang pertama adalah bahwa perintah Rasulullah Saw itu secara
tekstual meminta setiap orang untuk melaksanakan salat Asar di Bani Quraizhah, sedangkan
rasionalisasi pendapat kedua adalah ‘maksud/tujuan’ perintah Rasulullah Saw adalah meminta
para sahabat bergegas menuju Bani Quraizhah dan bukan ‘bermaksud’ menunda salat Asar
hingga habis waktu salat. Menurut perawi, ketika para sahabat melaporkan cerita tersebut kepada
Rasulullah, Rasulullah meneguhkan kebenaran kedua opini para sahabat. Takrir Rasulullah
sebagaimana para fakih dan ulama, menunjukan kebolehan dan kebenaran kedua sedut pandang
di atas.

Satu-satunya ulama yang tidak setuju dengan para sahabat yang mengerjakan salat di perjalanan
adalah Ibn Hazm al-Zhahiri (seorang fakih terkemuka madzhab leteralis atau zahiri), yang
menulis bahwa kelompok Sahabat tersebut seharusnya mengerjakan salat Asar setelah sampai di
Bani Quraizhah, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah bahkan setelah tengah malam
sekalipun.11

6
Al-Ghazaly, al-Mustasyfa, vol.1, h. 172. Dalam Jasser Auda, 2015, Membumikan Hukum Islam melalui Maqasid
Syariah, Cet. I, Terjemahan, Rosidin dan ‘Ali ‘Abd el-Mun’im, Mizan Media Utama, Bandung, h. 33.
7
Ibid.
8
Syihab al-Din al-Qarafi, al-Dzakirah (Beirut: Dar al-‘Arab, 1994), vol. 5, h. 478. Dalam Jasser Auda,
2015, Membumikan Hukum Islam melalui Maqasid Syariah, Cet. I, Terjemahan, Rosidin dan ‘Ali ‘Abd el-Mun’im,
Mizan Media Utama, Bandung, h. 33.
9
Sekitar tahun ke-7 H. Lokasinya beberapa mil dari Madinah.
10
Muhammad al-Bukhari, al-Shahih, ed. Musthofa al-Bugha, edisi ke-3, Dar Ibn Katsir, Beirut, 1986, h.321.
11
‘Ali Ibnu Hazm, Al-Muhalla, ed. Lajnah Ihya al-Turats al-‘Arabi, edisi ke-1, Vol.3, Dar al-Afaq, Beirut, tt., h. 29.
5

Contoh di atas memberikan ilustrasi ungkapan sejara awal konsep-konsep maqashid al-Syariah
dalam aplikasi hukum Islam dan implikasi yang muncul akibat memberikan kedudukan
fundamental pada maqashid sudah ada sejak zaman Rasulullah dan para Sahabat.

Menurut Kurniawan dalam artikelnya “Teori Maqasid al-Syariah dalam Penalaran Hukum
Islam”. “Wahbah al-Zuhaili mengatakan bahawa maqasid al syariah adalah nilai-nilai dan
sasaran syara'yang tersirat dalam segenap atau bagian terbesar dari hukum-hukumnya. Nilai-
nilai dan sasaran-sasaran itu dipandang sebagai tujuan dan rahasia syariah, yang ditetapkan
oleh al-syari' dalam setiap ketentuan hukum. Manakala Yusuf Al-Qaradawi
mendefenisikan maqashid al-alsyari’ah sebagai tujuan yang menjadi target teks dan hukum-
hukum partikular untuk direalisasikan dalam kehidupan manusia. Baik berupa perintah,
larangan, dan mubah. Untuk individu, keluarga, jamaah, dan umat….Ulama Ushul Fiqih
mendefinisikan maqashid al-syari’ah dengan makna dan tujuan yang dikehendaki syara’ dalam
mensyari’atkan suatu hukum bagi kemashlahatan umat manusia. Maqashid al-syari’ah di
kalangan ulama ushul fiqih disebut juga asrar al-syari’ah, yaitu rahasia-rahasia yang terdapat di
balik hukum yang ditetapkan oleh syara’, berupa kemashlahatan bagi manusia, baik di dunia
maupun di akhirat. Misalnya, syara’ mewajibkan berbagai macam ibadah dengan tujuan untuk
menegakkan agama Allah SWT. Kemudian dalam perkembangan berikutnya, istilah maqashid
al-syari’ah ini diidentik dengan filsafat hukum Islam.”

Kesimpulannya maqasid syariah dalam kontek kertas kerja ini ialah “matlamat-matlamat yang
ingin dicapai oleh syariat demi kepentingan umat manusia”. Komponen penting maqasid ini
membuktikan bahawa Islam adalah sistem hidup lengkap, komprehensif, relevan pada bila-bila
masa dan sudah tentu boleh dilaksanakan dalam apa jua urusan kehidupan. Garis panduan ideal
ini adalah bagi memastikan segala keperluan, kehendak dan aspirasi kehidupan dapat dipenuhi
serta terpelihara. Hal ini juga selari dengan prinsip maqasid syariah iaitu menjamin serta
melindungi maruah, kepentingan dan kehormatan individu di samping memelihara keharmonian
hubungan antara manusia.

Perintah Kanun Hukuman Jinayah Syariah 2013


Bab 1(1) dari Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 memperuntukkan:
“Perintah ini boleh digelar sebagai Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 dan
hendaklah mula berjalan kuatkuasanya pada suatu tarikh atau tarikh-tarikh yang akan ditetapkan
oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, dengan Pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta
Kerajaan.”
Sehubungan dengan itu tarikh kuatkuasanya adalah 1 Mei 2014.

Selayang Pandang Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013


- Perjalanan sejarah
6

Melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syar’iah merupakan salah satu cita-cita utama Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seperti yang
sentiasa ditegaskan oleh Baginda dalam perlbagai kesempatan.
Adalah dimulakan dengan Titah KDYMM Sultan sempena hari keputeraan baginda yang ke 50
tahun pada 29hb. Safar 1417H bersamaan 15hb. Julai 1996M. Baginda bertitah:
“Oleh itu, dengan rasa keimanan yang bulat terhadap peraturan dan undang-undang
Allah, maka beta telah pun memperkenankan penubuhan Mahkamah-Mahkamah Syariah
sehingga ke tahap yang setinggi-tingginya, bagi menangani bukan sahaja pentadbiran
undang-undang keluarga, malahan juga di ketika yang sesuai dan munasabah akan juga
mengendalikan Qanun Jina’i Islam yakni Islamic Criminal Act, selengkapnya,
sebagaimana yang dituntut oleh Allah Subhanahu Wata’ala.”
Kemudian ia diikuti oleh beberapa titah termasuk titah dalam perasmian Seminar Antarabangsa
Perundangan Islam dengan tema “Ke Arah Pelaksanaan Undang-Undang Syar’iah” 12 Oktober
2011 di mana Antara petikan Titah Baginda adalah:
“Jangan kata tidak atau tunggu dulu lagi sebab kita sudah pun cukup segala-galanya,
ada kemampuan dan ada kuasa untuk melaksanakannya.”
“Siapakah kita di hadapan Allah untuk berkata tidak atau tunggu dulu sedang undang-
undang itu bukanlah baru digubal tetapi telah termaktub dalam Al-Quran dan Al-Hadis
semenjak dari 1400 tahun lebih lagi.”
“Apabila Undang-Undang Syar’iah terlaksana maka barulah bumi yang permai ini
dapat diungkap sebagai “Baldatun Thayyibatun wa Rabbun Ghafur” iaitu Negeri Yang
Baik dan Tuhan Maha Pengasih.”
“Negara Brunei Darussalam walaupun kecil tetapi ini tidaklah menghalang kita untuk
mengambil langkah-langkah melaksanakan Undang-Undang Syar’iah kerana selaku
orang Islam kita wajib melaksanakannya sebagai memenuhi tuntutan Allah Ta’ala.”
“Kita tidak ada pilihan lain selain daripada mematuhi semua perintah Allah. Inilah
kewajipan utama kita. Salah satu daripada perintah itu ialah melaksanakan undang-
undang-Nya. Itu adalah Undang-Undang Syar’iah.”
“Di manakah kita dengan Al-Quran dan Al-Hadis itu? Kerana itu Beta amatlah
terpanggil tanpa sebarang keraguan untuk melihat satu Akta Undang-Undang Jenayah
Syara’ wujud dan dilaksanakan di samping tidak pula menolak undang-undang biasa
juga akan masih diguna pakai.”
“Kita di negara ini telah melakukan sesuatu yang sangat indah lagi unik dalam perkara
perundangan. Kita telah dan sedang berusaha mengIslamkan semua undang-undang
kita.
7

“Kita telah dan sedang menyesuaikan semua undang-undang sivil yang ada dengan
kehendak Islam dalam makna Sivil itu dikekalkan tetapi dalam bentuk dan rupanya yang
lebih sempurna berteraskan Islam.”
Pada akhirnya hasrat KDYMM Sultan di atas barulah terlaksana pada Majlis Ilmu pada 17hb
Zulhijjah 1434H bersamaan 22hb Oktober 2013M di mana Baginda bertitah:
“Beta bersyukur ke hadhrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana Majlis Ilmu Sempena
Hari Keputeraan Beta pada kali ini diisi dengan acara-acara bersejarah, berkaitan
dengan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syari’ah.
Dengan izin Allah jua, Akta Perintah ini, pada hari ini, 22hb Oktober, 2013 mula
digazetkan, dan akan mula berkuatkuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.
Dengan ini Alhamdulillah, pada perintah ini tanggungjawab kita di hadapan Allah
telahpun tertunai.
… Beta berharap, sesiapa juga yang berstatus rakyat dan penduduk Negara ini, akan
sama-sama berdiri teguh dan berganding bahu dalam mendukung dan mengalu-alukan
kelahiran Akta yang bersejarah ini. Tidak diragukan lagi, ia adalah sebahagian dari
“sejarah besar” kita dan negara.”

- Sekelumit Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013


Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 dilaksanakan secara berperingkat-peringkat
dalam tiga fasa, iaitu pada suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama
dengan titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang
Di Pertuan, seperti berikut:-
1) Fasa Pertama. Peruntukkan-peruntukkan yang akan di
kuatkuasakan ialah semua kesalahan am
Setelah enam (6) bulan Perintah Kanun dalam Bahagian IV Penggal IV, kecuali
Hukuman Jenayah Syariah, 2013 diwartakan. kesalahan-kesalahan yang membawa kepada
hukuman mati atau sebatan di bawah Penggal
ini.
2) Fasa Kedua. Peruntukkan-peruntukkan yang akan di
kuatkuasakan termasuk kesalahan-kesalahan
Setelah dua belas (12) bulan dari tarikh di dalam Bahagian IV Penggal I, II dan III
Perintah Kanun Peraturan Jenayah Mahkamah yang boleh dikenakan hukuman hadd, qisas,
Syariah diwartakan. diyat, arsy dan badal al-sulh kecuali
kesalahan yang membawa kepada hukuman
mati.
3) Fasa Ketiga. Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah,
2013 dikuatkuasakan sepenuhnya termasuk
Setelah dua puluh empat (24) bulan dari perlaksanaan hukuman mati.
tarikh Perintah Kanun
8

- Kandungan Perintah

Perintah ini mengandungi Lima Bahagian; seperti berikut:-

Bahagian I – Permulaan Bab 1 – 5

Bahagian II - Kecualian Am Bab 6-36

Bahagian III – Subahat Bab 37-51

Bahagian IV – Kesalahan-Kesalahan Penggal I - Sariqah, Hirabah, Zina,


Bahagian ini mengandungi EMPAT Penggal; Zina bil-jabar, Liwat, Qazaf,
seperti berikut:- Meminum Minuman yang
memabukkan dan Irtidad.
[Bab 52-117]

Penggal II - Qatl dan Kecederaan


[Bab 118-183]

Penggal III - Menarik Balik


Syahadah.
[Bab 184-191]

Penggal IV - Kesalahan-Kesalahan
Am.
[Bab 192-251]

Bahagian V - Am Bab 252-254

Maqashid Syariah dalam Perlaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jinayah Syariah 2013

Al-Imam al-Syatibi menerangkan bahawa keperluan daruriyyah ialah keperluan asas bagi
menjamin keselamatan dan kesejahteraan manusia di dunia dan di akhirat. Apabila
keperluan daruriyyah ini tidak wujud, maka rosaklah nizam atau sistem hidup manusia dan ia
boleh membawa kehancuran, sama ada pada peringkat individu ataupun pada negara. Keperluan
9

asas daruriyyah ini boleh dibahagikan kepada lima perkara yang menjadi teras kehidupan
manusia iaitu agama, jiwa, akal, keturunan (maruah) dan harta.

Apa yang jelas, kita diperintahkan untuk mentadabbur dan bertafakur melihat hikmah di sebalik
karya agung ciptaan Allah SWT. Bagi memandu umat manusia melaksanakan tanggungjawab
ini, maka Allah SWT menurunkan syariatnya yang dikenali sebagai Maqasid Syariah. Maqasid
Syariah adalah tujuan yang dikehendaki Allah SWT dalam setiap hukum atau sebahagian besar
daripadanya. Kepentingan menjaganya telah dijelaskan oleh al-Quran dengan terang sebagai
pemelihara kemaslahatan manusia dengan membuka ruang-ruang manfaat kepada mereka dan
menghindar kemudaratan.

Dalam konteks maqashid syariah dalam perlakanaan Perintah Hukuman Jinayah Syariah 2013
tulisan ini hanya melakarkan gambaran berikut:

1. Memelihara Agama

Agama Islam mengajarkan bahawa agama iaitu Islam adalah sesuatu yang sangat asasi dalam
kehidupan manusia. Islamlah yang menjadikan manusia itu sebagai makhluk yang paling mulia
daripada sekalian makhluk ciptaan Allah. Haiwan juga merupakan makhluk ciptaan Allah.
Perbezaan utama antara kedua-duanya ialah haiwan tidak dianugerahkan dengan kewajipan
perlaksanaan ajaran Islam manakala manusia diperintahkan untuk beriman dan melaksanakan
ajaran Islam dalam kehidupan mereka. Bagi memastikan manusia tetap kekal dengan status
kemanusiaannya sebagai makhluk yang paling mulia di sisi Islam, maka Islam mengajarkan
bahawa agama Islam itu merupakan satu keperluan asas yang utama bagi manusia. Dan barang
siapa melanggar pemeliharaan ini maka akan berhadapan dengan Perintah Hukuman Jinayah
Syariah 2013 di Brunei Darussalam.
10

2. Memelihara Akal

Kita semua tentu tahu bahawa akal adalah asas bagi manusia. Akal juga menjadi titik perbezaan
antara manusia dari makhluk ciptaan Allah yang lain. Tanpa akal, manusia akan menjadi lebih
rendah kedudukannya dan lebih lemah kerana manusia tidak ada apa-apa lagi keistimewaan dan
kekuatan. Kerana pentingnya kedudukan akal itu, maka Islam memerintahkan manusia supaya
sentiasa memelihara kesihatan akal dan berusaha mengembangkan potensi akal dengan cara
berfikir tentang ciptaan dan kebesaran Allah, membaca, menuntut ilmu dan sebagainya yang
boleh memelihara dan menyihatkan akal fikiran manusia. Seterusnya, untuk mengelakkan dari
akal ini dirosakkan, maka Islam mengenakan hukuman keras ke atas kesalahan yang melibatkan
keselamatan akal fikiran seperti minum arak, mengambil dadah dan sebagainya. Dan barang
siapa melanggar pemeliharaan ini maka akan berhadapan dengan Perintah Hukuman Jinayah
Syariah 2013 di Brunei Darussalam.
11

3. Memelihara Jiwa (Nyawa dan tubuh badan)

Kita semua tentu sayangkan jiwa atau nyawa. Kenapa kita sayangkan nyawa? Jawabnya kerana
kita tahu, pada adatnya tanpa nyawa kita akan mati. Oleh sebab pentingnya nyawa dan tubuh
fizikal manusia itu, maka Islam memerintahkan manusia supaya sentiasa menjaga kesihatan jiwa
dan tubuh fizikal mereka. Antaranya ialah dengan memerintahkan manusia makan dan minum
12

daripada makanan dan minuman yang halal dan baik dan mengelak daripada sebarang perkara
yang boleh memberi kesan buruk terhadap tubuh badan dan jiwa mereka. Bagi mengelak
berlakunya kerosakan ke atas jiwa dan tubuh badan ini, maka Islam melarang keras sebarang
kesalahan yang melibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan tubuh badan seperti membunuh
(termasuk membunuh diri), mencederakan, makan makanan yang kotor dan bernajis, dan
sebagainya. Dan barang siapa melanggar pemeliharaan ini maka akan berhadapan dengan
Perintah Hukuman Jinayah Syariah 2013 di Brunei Darussalam.
13

4. Menjaga Keturunan (Maruah)

Islam sangat mementingkan institusi kekeluargaan yang aman dan harmoni. Tidak akan lahirnya
seorang individu yang mempunyai unsur rohani dan emosi yang seimbang dan bermanfaat untuk
masyarakat, jika institusi keluarga dari mana dia dilahirkan berada dalam keadaan kucar-kacir.
Oleh itu, Islam menganggap institusi keturunan merupakan satu keperluan asas fitrah manusia.
Institusi keturunan dan kekeluargaan itu sendiri sebenarnya merupakan pendinding kepada satu
lagi keperluan penting manusia dalam hidupnya iaitu maruah. Tahukah anda apa itu maruah? Ia
berasal daripada bahasa Arab iaitu muru’ah yang secara umumnya boleh diertikan sebagai harga
diri. Harga diri merupakan satu perkara asas bagi manusia. Ia memberi imej tentang tahap
kedudukan manusia dari segi status akhlak dan integritinya menurut Islam. Oleh itu, Islam
mengajarkan manusia beberapa perkara untuk memelihara keperluan keturunan dan maruah ini.
Antaranya, seperti sistem perkahwinan yang teratur, hubungan kekeluargaan yang harmoni dan
sistem perhubungan berlainan jenis yang terhormat. Dan barang siapa melanggar pemeliharaan
ini maka akan berhadapan dengan Perintah Hukuman Jinayah Syariah 2013 di Brunei
Darussalam.
14

\
15

5. Memelihara Harta

Tentu anda bersetuju bahawa harta juga merupakan keperluan asas manusia. Harta yang
dimaksudkan ini ialah sekadar keperluan asas manusia, bukanlah harta kekayaan yang
bertimbun-timbun. Yang dimaksudkan dengan harta ialah keperluan daruri bagi manusia ialah
harta sekadar memenuhi keperluan asas mereka seperti rumah yang sempurna, makanan yang
halal, pakaian yang menutup aurat dan pendidikan asas. Untuk memiliki keperluan ini, seseorang
perlulah juga berharta. Tidak mungkin seseorang boleh menjalani kehidupan yang sempurna
tanpa keperluan tersebut. Harta dalam konteks inilah yang dianggap oleh Islam sebagai
keperluan daruri manusia. Oleh itu, ajaran Islam mengambil langkah yang pelbagai untuk
memelihara keperluan asas manusia terhadap harta ini. Antaranya, Islam memerintahkan
manusia supaya bekerja bagi mencari rezeki yang halal. Bagi mengelak kerosakan berlaku
terhadap keperluan ini, maka Islam melarang dan mengenakan hukuman yang keras terhadap
kesalahan seperti mencuri, merompak, penipuan dan sebagainya. Dan barang siapa melanggar
pemeliharaan ini maka akan berhadapan dengan Perintah Hukuman Jinayah Syariah 2013 di
Brunei Darussalam.
16
17

Penutup
Maqasid Syariah bermaksud tujuan dan objektif perundangan Islam yang dikehendaki oleh syara'
melalui sumber al-Quran dan as-Sunnah. Matlamat utama syariat Islam adalah memberi
kehidupan dan memelihara kepentingan manusia (maslahah), mencegah kemungkaran dan
menghilangkan kemudaratan (mufsadah).
Penguatkuasaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 membuka lembaran baru
dalam sistem perundangan Negara Brunei Darussalam dan membawa cabaran yang unik.
Perjalanan Brunei Darussalam ke arah pelaksanaan undang-undang jenayah syariah telah diatur
dalam masa yang begitu lama dan visi Baginda Sultan yang dibuat dengan penuh bijaksana itu
adalah bagi Negara ini mempunyai sistem keadilan jenayah yang unik yang tidak terdapat di
negara-negara lain, termasuk yang sudah menguatkuasakan undang-undang jenayah syariah, di
mana sistem jenayah sivil dan sistem jenayah syariah akan berjalan seiring. Peruntukan undang-
undang jenayah syariah akan terpakai jika mencukupi syarat-syarat yang dikehendaki oleh
syarak. Jika tidak undang-undang jenayah (Penal Code) yang ada sekarang akan terus
digunapakai.

Perlaksanaan Perintah Hukuman Jinayah Syariah 2013 merupakan implementasi dari pada
konsep Maqashid Syariah yang telah ditetapkan para ulama terdahulu dan ia merupakan
pengukuhan dari Titah Seri Baginda Sultan:

“Sebagai sebuah negara Islam yang progresif, pengukuhan "Maqasid Syar'iah" adalah menjadi
pra-syarat kepada kejayaan negara. Pengukuhan ini penting, sebagai pemangkin ke arah
memastikan negara terus menuai kemakmuran dan kesejahteraan.”
18

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi
Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Hari
Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-34, Tahun 2018
19

Rujukan:
SEMINAR KEBANGSAAN MAZHAB SYAFI’I
TEMA:
MAQASID SYARIAH PEMANGKIN NEGARA MAKMUR
5 SYAABAN 1439H / 21 APRIL 2018M

ANJURAN:
PUSAT PENYELIDIKAN MAZHAB SYAFI’I
UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHRIF ALI

TAJUK:
MAQASID SYARIAH DALAM KONTEKS
MENJAGA KEAMANAN NEGARA

PEMBENTANG:
SUPT HAJI AZREE BIN HAJI ABDUL MANAF
PEGAWAI PEMERINTAH DAERAH POLIS
TEMBURONG, BRUNEI
SEMINAR KEBANGSAAN MAZHAB SYAFI’I  1

Maqasid Syariah

Dalam Konteks Menjaga Keamanan Negara










Supt Haji Azree bin Haji Abd Manaf
Pasukan Polis Diraja Brunei
2  SEMINAR KEBANGSAAN MAZHAB SYAFI’I

Abstrak

Maqasid membawa maksud tujuan yang dikehendaki, samada ianya
berbentuk perbuatan atau percakapan. Maka maksud maqasid syariah
adalah tujuan atau makna yang dikendaki syarak yang mesti diusahakan
untuk dicapai.

Kertas kerja ini akan menerangkan maksud maqasid syariah dan
pecahannnya dan turut membentangkan pembahagian kemaslahatan
manusia dalam aspek agama Islam. Di samping itu, turut disentuh adalah
hubungkait konsep dan falsafah Negara Brunei Darussalam iaitu Melayu
Islam Beraja dan dihubungkait dengan keperluan maslahat manusia dan
peranan pasukan polis dalam konteks menjaga keamanan negara.

















SEMINAR KEBANGSAAN MAZHAB SYAFI’I  3

Maqasid Syariah Dalam Konteks Menjaga Keamanan Negara

Maqasid Syariah adalah merujuk kepada tujuan atau maksud
syariah iaitu maksud kepada aturan atau ketetapan yang Allah
perintahkan. Ia juga menjurus kepada tujuan pensyariatan yang berupaya
menghasilkan maslahah (kebaikan) kepada umat dan mencegah
kemudaratan seperti puasa, sembahyang, mengerjakan haji, zakat dan
seluruh kebaikan.

Adalah menjadi fitrah manusia untuk cenderung pada sesuatu yang
baik dan kehidupan manusia itu juga adalah atas asas makruf dan
menjauhkan diri dari mungkar. Makruf adalah segala perbuatan yang baik
menurut syariat Islam dan mendekatkan orang yang melakukan kebaikan
itu kepada Allah SWT. Manakala mungkar pula adalah sebaliknya iaitu
segala perbuatan yang melanggar perintah Allah SWT yang setentunya
akan menjauhkan orang yang melakukan kemungkaran itu dari Allah SWT.
Pada dasarnya, pelaksanaan ajaran dan syariah Islam secara holistiknya
bertujuan untuk menyelamatkan dan memelihara kemaslahatan
kehidupan manusia dan mengelakkan segala keburukan.

Berhubung dengan perkara ini, keperluan kemaslahatan manusia
dan penyusunan keutamaan terbahagi kepada tiga iaitu daruriyyah,
hajiyyah dan tahsiniyyah.

Dharuriyyat adalah perkara‐perkara yang termasuk dalam
keperluan asasi yang mesti dipenuhi oleh setiap individu.
Kemaslahatannya perlu dipenuhi untuk menegakkan kemaslahatan agama
dan dunia. Jika maslahah ini tiada, maka kemaslahatan dunia tidak akan
bergerak dengan lancar manakala kemaslahatan di akhirat pula akan
hilang nikmat dan tidak selamat. Di bawah kemaslahatan ini
4  SEMINAR KEBANGSAAN MAZHAB SYAFI’I

terkandungnya perkara memelihara agama (aqidah), memelihara diri,
nyawa, keturunan, akal dan harta.

Ini diikuti pula dengan Hajiyyat iaitu kemaslahatan yang bersifat
keperluan dan hajat manusia semata‐mata. Ia untuk menghilangkan
kesulitan dan kesempitan yang boleh membawa kepada kesusahan hidup.
Jika kemaslahatan ini tidak dapat dipenuhi, maka ia boleh menyebabkan
kesulitan dan kesusahan hidup.

Manakala bahagian yang terakhir adalah Tahsiniyyat iaitu
kemasalahatan dari aspek adat dan kesempurnaan akhlak. Jika maslahat
ini hilang, maka ia akan menyebabkan kehidupan menjadi buruk pada
pandangan akal.

Para ulama telah membuat kajian secara terperinci tentang tatacara
hidup manusia. Justeru, agama Islam telah mengariskan dasar segala
peraturan terutamanya sistem yang sangat diperlukan oleh kehidupan
manusia bagi menjamin keterusan hidup yang akan mendatangkan
manfaat dan menjauhkan mudarat.

Dalam konteks ini, lima kepentingan yang perlu ditanai agar umat
Islam mampu bertahan menghadapi segala cabaran. Kepentingan tersebut
mengikut keutamaan ialah:

Pertama: Menjaga Agama. Adalah menjadi kewajipan untuk meletakkan
kepentingan agama di tempat yang teratas. dengan memelihara akidah
dan amalan umat Islam sejauh yang boleh dilakukan, menghapus
kekeliruan yang dibawa oleh penyeleweng agama, membenteras amalan
bidaah serta penganjur‐penganjurnya.
.
SEMINAR KEBANGSAAN MAZHAB SYAFI’I  5

Oleh yang demikian, segala perkara yang merosakkan agama
hendaklah dihindarkan. Penyelewengan akidah wajib dibanteras. Dengan
menjaga agama akan menjadikan seseorang yang adil dan berintegriti,
tidak akan membenarkan sesuatu berlaku yang akan merosakkan akhlak
dan moral. Mereka yang tidak beragama akan lemah akhlaknya dan hilang
semangat kenegaraan dan jati dirinya, dan tidak mustahil akan
menggadaikan kepentingan negaranya demi memenuhi tuntutan hawa
nafsunya. Namun perlu diingat di dalam kita menjaga agama pelbagai
cabaran yang perlu di atasi antaranya gejala ajaran sesat dan lain‐lain lagi.

Kedua: Menjaga nyawa. Islam mengharamkan penumpahan darah dengan
jalan yang tidak benar. Apabila nyawa tidak terpelihara maka negara akan
musnah, ketenteraman dan keamanan akan hilang. Hadith Rasulullah SAW
yang bermaksud: Seseorang Islam itu ialah yang menyelamatkan kaum
muslimin melalui lidah (bicara) dan tangannya (kuasa dan perlakuan), dan
orang yang beriman pula ialah orang yang dipercayai oleh orang lain dalam
menjamin nyawa dan harta benda mereka. (Riwayat al‐Tirmizi).

Ketiga: Menjaga akal. Akal wajib dipelihara dan dipupuk dengan nilai‐nilai
mulia dan ilmu. Semua unsur‐unsur yang menjurus kepada kehilangan
akal seperti arak, dadah, filem yang merosakkan pemikiran wajib
dibanteras dengan segera.

Keempat: Menjaga maruah dan keturunan. Keturunan wajib dipelihara
demi menjaga sistem sosial dalam masyarakat Islam. Apabila keturunan
telah rosak dengan sebab menyalahi syariat dan tabi’e manusia seperti
penzinaan, liwat, lesbian, gay, dwiseksual dan sebagainya maka struktur
sosial akan menjadi kacau bilau dan akhirnya akan runtuh dengan
sendirinya.

6  SEMINAR KEBANGSAAN MAZHAB SYAFI’I

Kelima: Menjaga harta. Dalam menjaga harta Islam telah mengariskan
prinsipnya iaitu al‐adl wal ihsan. Pendekatan Islam amat menitik berat
soal keadilan dengan mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan
riba, penipuan, rasuah, monopoli yang tidak seimbang, cetak rompak,
menipu hak intelek, manipulasi pasaran dan segala bentuk penyelewengan
atau perkara‐perkara yang menzalimi dan merugikan pihak lain.


Konsep Melayu Islam Beraja dalam Menjaga Keamanan Negara

Berhubung perkara di atas, sesebuah Negara hendaklah menyusur
dengan kepentingan dan keperluan ini dalam mewujudkan persekitaran
yang selesa dan aman. Keamanan berhubungkait serta rapat dengan
keimanan. Ia adalah sebagai benteng kekuatan dalam sanubari untuk
membina rasa yang tenteram dan aman daripada segala gangguan yang
tidak diingini. Al‐Quran ada menyebut tentang adanya hubungkait antara
aspek iman dengan rasa keamanan dalam kehidupan manusia;

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Orang yang beriman dan tidak
mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah
orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang yang mendapat
hidayah petunjuk." (Al‐An'am: 82)

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab bersama bagi
mewujudkan keamanan serta keselamatan atas kepentingan agama,
bangsa dan Negara. Adalah penting dalam usaha bersama dan bersatu
padu dalam membina, mewujidkan keamanan.

Dalam merujuk pada konsep yang menerapkan keamanan, Negara
Brunei Darussalam telah mempraktikkan konsep Melayu Islam Beraja
SEMINAR KEBANGSAAN MAZHAB SYAFI’I  7

(MIB) sama ada dalam aktiviti seharian mahupun dalam urusan dan
pentadbiran negara. Negara Brunei Darussalam secara rasminya
diisytiharkan sebagai Negara Melayu Islam Beraja pada 1 Januari 1984
iaitu ketika pengisytiharan hari kemerdekaan. MIB sebagai konsep dan
pegangan negara dijadikan sebagai landasan dalam apa juga perkara
terutama dalam melibatkan perihal kerajaan.

Melayu dalam Melayu Islam Beraja (MIB)

Istilah ‘Melayu’ dalam konsep MIB membawa maksud Negara


Brunei Darussalam adalah sebuah negara ‘Melayu’ yang mengamalkan
nilai‐nilai tradisi dan kebudayaan Melayu. Rakyat dan masyarakat di
negara ini menjalani kehidupan yang bercorakkan kemelayuan iaitu
mengamalkan budaya dan adat resam orang‐orang Melayu yang diwarisi
sejak dulu lagi. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara. Bahasa yang
digunakan dalam komunikasi sehari‐hari dan dalam segala urusan dan
pentadbiran negara. Bahasa Melayu juga adalah bahasa penghubung yang
utama di antara etnik di negara ini.

Istilah ‘Melayu Brunei’ pula merujuk kepada tujuh puak asli sebagaimana
yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Negara Brunei 1959 iaitu Melayu
Brunei, Kedayan, Melayu Belait, Melayu Tutong, Bisaya, Dusun dan Murut.

Islam dalam MIB

Istilah Islam pula adalah sebagai agama yang diredhai Allah S.W.T
yang menjadi teras pemerintahan dan telah termaktub di dalam
Perlembagaan Negara Brunei 1959 sebagai agama rasmi negara mengikut
mahzab Shafi’i Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Agama Islam bukanlah sesuatu
yang baru tetapi sudah lama menjadi pegangan rakyat dan penduduk di
negara ini dan telah menjadi teras dalam pemerintahan kesultanan Brunei
sejak zaman‐ berzaman.
8  SEMINAR KEBANGSAAN MAZHAB SYAFI’I

Beraja dalam MIB

Sistem beraja adalah satu sistem tradisi Melayu yang sudah lama
wujud sejak pemerintahaan kesultanan Brunei iaitu sultan Brunei yang
pertama Sultan Muhammad Shah. Sultan dalam institusi beraja adalah
selaku pemerintah dan ketua negara. Kuasa sultan selaku pemerintah
telah dinyatakan dalam Perlembagaan Negara Brunei 1959 (Surat‐surat
Perlembagaan Brunei, 65) iaitu:

“...Kuasa memerintah yang tertinggi bagi Negara Brunei Darussalam adalah


terletak di dalam tangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di‐ Pertuan Negara Brunei Darussalam....’

Matlamat sesebuah Negara adalah untuk mewujudkan kemanan,
kemakmuran dan manjana kemajuan Negara untuk kepentingan rakyat
dan seterusnya untuk mengekalkan imej bangsa dan Negara. Dalam
mencapai matlamat tersebut, selain daripada berpandukan konsep dan
falsafah Negara iaitu Melayu Islam Beraja, ia juga bergantung kepada
kestabilan politik serta pemerintahan atau pentadbiran yang baik dengan
keberkesanan pelaksanaan undang‐undang iaitu dasar dan peraturan,
perancangan dan perlaksanaan keselamatan, perancangan kemajuan
ekonomi; pengagihan kemudahan‐kemudahan asas seperti perumahan,
pendidikan, kebajikan sosial dan kesihatan serta perlaksanaan
dasar kerohanian bagi memantapkan kesejahteraan dan keamanan rakyat
serta penduduk. Kesemua aspek‐aspek utama ini adalah wawasan
dan halatuju yang terdapat dalam isi kandungan titah Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di‐Pertuan
Negara Brunei Darussalam semasa pemasyhuran kemerdekaan
Negara Brunei Darussalam pada 1hb Januari 1984. Matlamat konsep MIB
menjadi pegangan secara jelasnya dapat diterangkan seperti berikut;
SEMINAR KEBANGSAAN MAZHAB SYAFI’I  9

1. Sebagai sumber rujukan dan landasan yang ideal dalam
membentuk masyarakat sejahtera melalui sistem pentadbiran
dan pembangunan yang teratur.
2. Sebagai asas kepada semua aktiviti yang menyentuh tentang
kepentingan bangsa dan Negara seperti ugama, bahasa, budaya
sistem pemerintahan dan pembangunan.
3. Memberikan satu kesatuan kesefahaman mengenai asas pandangan
hidup dan cara hidup berbangsa dan bernegara.
4. Menjadi asas dan panduan utama dalam pembentukan
peribadi, perwatakan serta identity Melayu dan dijadikan asas
perpaduan bangsa seperti pandangan cara berfikir,
bertindak, pendidikan dan suasana sekeliling pembangunan di
Negara Brunei Darussalam.
5. Sebagai norma dan cara hidup kebruneian.

Berdasarkan perkara di atas, halatuju Negara yang berkonsepkan MIB
memang selari dengan keperluan kemaslahatan manusia yang diterangkan
sebelum ini iaitu daruriyyah, hajiyyah dan tahsiniyyah.

1. Kemaslahatan Daruriyyah merujuk kepada usaha menstabilkan
politik serta pemerintahan atau pentadbiran negara yang baik
dengan keberkesanan pelaksanaan undang‐undang agar terjaga
kepentingan yang lima iaitu menjaga agama, menjaga nyawa,
menjaga akal, menjaga maruah dan keturunan dan menjaga harta.
2. Kemaslahatan Hajiyyah merujuk kepada perancangan dan
perlaksanaan keselamatan serta perancangan kemajuan ekonomi.
Dengan ini keperluan yang lain dapat diwujudkan seperti projek
perumahan dan struktur pengangkutan jalanraya yang baik.
3. Kemaslahatan Tahsiniyyah merujuk kepada pengagihan
kemudahan‐kemudahan seperti pendidikan, kebajikan sosial
1 SEMINAR KEBANGSAAN MAZHAB SYAFI’I


dan kesihatan serta perlaksanaan dasar kerohanian bagi
memantapkan kesejahteraan dan keamanan rakyat serta penduduk.


Peranan Pasukan Polis Diraja Brunei

Keamanan yang kita nikmati ini adalah tanggungjawab semua pihak
bukannya hanya bergantung pada pihak‐pihak keselamatan dan agensi‐
agensi keselamatan sahaja malahan kita semua hendaklah memainkan
peranan dalam sama‐sama berfikir dan bertanggungjawab dalam
memelihara serta mengekalkan keselamatan dan keamanan yang
dinikmati ini.

Namun bagi memastikan segala keamanan dan kemakmuran yang
dinikmati ini sentiasa terpelihara dan terjamin maka sudah setentunya
penubuhan pasukan keselamatan perlu diwujudkan seperti pasukan
tentera, pasukan polis dan pasukan‐pasukan keselamatan yang lainnya.
Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) adalah antara
pasukan keselamatan yang telah lama wujud sejak tahun 1921, dan
sekarang telah menjangkau usia 97 tahun. Di samping penubuhannya,
PPDB telah pun melalui pelbagai perubahan, kejayaan dan kecemerlangan
dalam menjaga kestabilan dan keamanan negara serta dapat
meningkatkan mutu perkhidmatan yang lebih berkualiti sejajar dengan
perkembangan dan peredaran masa.

Tugas mencegah kemungkaran dan jenayah adalah fardhu kifayah
iaitu hukum wajib di mana mukallaf dituntut untuk melakukan suatu
tuntutan itu dalam keadaan sekelompok manusia (mukallaf). Jika tidak ada
yang melaksanakannya, maka berdosalah semuanya.

SEMINAR KEBANGSAAN MAZHAB SYAFI’I  1
1

Tugas mencegah kemungkaran dan jenayah dipandang tinggi dalam
Islam. Mana‐mana kumpulan masyarakat tidak akan dapat menikmati
keamanan dan kesejahteraan melainkan dengan melaksanakan perintah
yang disyarakkan oleh Allah SWT. Tugas menjaga keamanan Negara serta
mencegah jenayah bertepatan dengan fungsi dan peranan Pasukan Polis
Diraja Brunei seperti dinyatakan dalam Bab 7 Akta Pasukan Polis Diraja
Brunei Penggal 50:

“Pasukan hendaklah diambil untuk berkhidmat dalam dan seluruh Brunei
bagi memelihara undang‐undang dan perintah menjaga ketenteraman
awam, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa
pesalah dan mengumpulkan maklumat perisikan keselamatan.”

Tugas polis bukan hanya sebagai mencegah jenayah malah juga
bertanggungjawab untuk menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan
diri daripada jenayah dan ini adalah satu kebaikan. Selain daripada
membuat ceramah khas berhubung pencegahan jenayah di sekolah‐
sekolah, jabatan‐jabatan serta majlis‐majlis perundingan kampong dan
mukim. Pihak polis juga menyampaikan nasihat melalui media massa
seperti televisyen dan radio serta poster‐poster yang diedarkan oleh pihak
berkenaan.

Di antara nasihat‐nasihat yang kerap disampaikan adalah seperti,
1. pastikan kereta dikunci walaupun untuk ditinggalkan sebentar
seperti singgah dikedai runcit umpamanya,
2. memakai tali pinggang keledar sebelum memulakan perjalanan dan
memasang topi keledar dengan kemas.

Perkara ini kecil dan memerlukan beberapa minit untuk dilaksanakan.
Namun oleh sebab kelalaian, perkara ini akan menimbulkan masalah besar
1 SEMINAR KEBANGSAAN MAZHAB SYAFI’I


jika sesuatu yang tidak diingini berlaku. Pada umumnya nasihat‐nasihat
yang disampaikan oleh pihak polis adalah untuk kebaikan orang ramai dan
orang‐orang yang disekelilingnya.

Allah SWT telah menghubungkan kecemerlangan dengan
kemampuan tugasan mencegah jenayah ini, di mana Allah berfirman:

“Hendaklah ada di kalangan kamu sekumpulan yang mengajak kepada
kebaikan, menyuruh melakukan perkara yang elok dan mencegah daripada
melakukan perkara yang mungkar, Mereka itulah sebenar‐benarnya
golongan yang berjaya” (Al Imran : 104).

Bahkan Allah SWT meletakkan keunggulan umat yang
melaksanakan tanggungjawab ini, di mana Allah berfirman:
“Kamu adalah sebaik‐baik golongan yang dikemukakan untuk manusia,
kerana kamu menyuruh dengan kebaikkan dan kamu melarang daripada
kemungkaran dan kamu beriman dengan Allah” (Al Imran : 110).


Kesimpulan

Maqasid Syariah mempunyai pengertian yang luas dan dalam
konteks menjaga keamanan Negara, pelbagai aspek perlu diperhatikan
seperti apakah kemaslahatan manusia yang dititikberatkan dalam aspek
agama Islam.

Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, tajuk ini
dihubungkaitkan dengan falsafah dan konsep yang menjadi pegangan
Negara ini iaitu falsafah Melayu Islam Beraja mengenai keamanan Negara.
Di samping itu, usaha menjaga keamanan Negara adalah tanggungjawab
SEMINAR KEBANGSAAN MAZHAB SYAFI’I  1
3

bersama dan masyarakat umum perlu berganding bahu dengan Pasukan
Polis Diraja Brunei dalam usaha‐usaha mengekalkan keamanan Negara.



Rujukan,
1. YB Pehin Dato Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji
Awang Abdul Aziz bin Juned, Qanun Jenayah Syar’iah: Satu
Pengenalan, Jabatan Mufti Kerajaan, 2013.
2. Dr Mohammad Hadi bin Muhammad Melayong, The Catalyst
Towards Victory, Brunei History Centre, 2010.
3. Haji Duraman Tuah, Membangun Negara Berdasarkan Falsafah
Melayu Islam Beraja, 2001.
4. Prof. Dato Dr. Haji Mahmud Saedon bin Awang Othman, Ciri‐Ciri
Pentadbiran Islam: Dasar dan Perlaksanaan, Institut Perkhidmatan
Awam, 2002.
5. YDM Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr Ustaz
Haji Md Zain bin Haji Serudin, Melayu Islam Beraja: Suatu
Pendekatan, 1998.
6. Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013.

Maqasid Syariah
Dalam Konteks Keamanan Negara
Supt Haji Azree bin Haji Abd Manaf
Pasukan Polis Diraja Brunei
SKOP PRESENTASI

ž  Maqasid Syariah

ž  Konsep Melayu Islam Beraja

ž  Peranan Pasukan Polis Diraja Brunei

ž  Pengawasan Kejiranan

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


MAQASID SYARIAH

ž  Pengertiannya
ž  Keperluan kemaslahatan manusia
ž  Dharuriyyat
ž  Hajiyyah
ž  Tahsiniyyah

ž  Kepentingan yang lima


ž  Menjaga agama
ž  Menjaga nyawa
ž  Menjaga akal
ž  Menjaga maruah dan keturunan
ž  Menjaga harta

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


KONSEP MELAYU ISLAM BERAJA

ž  Melayu dalam MIB

ž  Islam dalam MIB

ž  Beraja dalam MIB

ž  Matlamat konsep MIB

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


PERANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Bab 7 Akta Pasukan Polis Diraja Brunei Penggal 50:

“Pasukan hendaklah diambil untuk berkhidmat


dalam dan seluruh Brunei bagi memelihara undang-
undang dan perintah menjaga ketenteraman awam,
mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan
mendakwa pesalah dan mengumpulkan maklumat
perisikan keselamatan.”

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


PERANAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

“Hendaklah ada di kalangan kamu sekumpulan yang


mengajak kepada kebaikan, menyuruh melakukan
perkara yang elok dan mencegah daripada melakukan
perkara yang mungkar, Mereka itulah sebenar-
benarnya golongan yang berjaya” Al Imran : 104.

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


PENGAWASAN KEJIRANAN

—  Menanamkan kesedaran tentang kepentingan untuk sama-


sama bertanggungjawab menjaga keamanan dan kestabilan
Negara.

—  Sebagai gandingan dalam melaksanakan pencegahan jenayah


dan kawalan keselamatan secara sukarela.
—  Menyampaikan nasihat dan saranan kepada masyarakat.

—  Menyalurkan sebarang maklumat kepada Pasukan Polis


Diraja Brunei.

—  Bekerjasama dalam program aktiviti pencegahan jenayah.

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


KESIMPULANNYA

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Anda mungkin juga menyukai