Anda di halaman 1dari 9

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk:

MEMBANGUN MALAYSIA MADANI

Tarikh Dibaca:

6 ZULKAEDAH 1444H/
26 MEI 2023M

Disediakan oleh:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

*Tajuk cadangan
Khutbah Jumaat Membangun Malaysia Madani

MEMBANGUN MALAYSIA MADANI


26 MEI 2023 / 6 ZULKAEDAH 1444H

ِ ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِلّٰه ِ الْق َآئ‬


:‫ل‬

َّ ‫ن‬
﴾‫الرجِيم‬ َّ ‫ن‬
ِ ‫الشيْطَا‬ َ ِ ‫﴿أَ ع ُوذ ُ ب ِالله ِ م‬

َّ ٓ َ َ َ َ ٓ َ َ َ ٗ ۡ َ َۡ َ َ َ َ َ َ َ ۡ َ َ َّ َ ُّ ََ
‫يَٰٓأيها ٱنلاس إِنا خلقنكم مِن ذك ٖر وأنَث وجعلنكم شعوبا وقبائِل ِلِ عارف ْۚوا إِن‬
َٰ َٰ َٰ َّ

ٞ َ ٌ َ َ َّ َّ ۡ َٰ َ ۡ َ َّ َ ۡ َ َ ۡ َ
١٣ ‫أكرمكم عِند ٱّللِ أتقىك ْۚم إِن ٱّلل عل ِيم خبِري‬

ِ ‫الله َُّم ص‬
‫َل‬ َّ .ُ ‫ و َأَ شْهَد ُ أَ َّن مُح ََّمدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُه‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإلا َ الله ُ وَحْدَه ُ ل َا شَر ِي‬

َ ‫ فَيَا عِبَاد‬،ُ ‫ أَ َّما بَعْد‬.ِ‫وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آلِه ِ و َصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الد ِين‬

.َ‫ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتَِقْو َى الله ِ وَطَاع َتِه ِ لَع ََّل ك ُ ْم تُفْلِحُون‬،َ‫ َّاتق ُوا الله‬،ِ‫الله‬

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Bertakwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam
naungan Allah SWT. Khatib mengingatkan para jemaah agar memberi sepenuh perhatian
kepada khutbah yang akan disampaikan dan tidak melakukan perkara-perkara yang lagha
seperti menggunakan telefon dan berbual-bual. Alangkah ruginya jika kita sudah berada
dalam masjid ini tetapi kita masih terleka dengan urusan dunia.

Pada hari ini, khatib akan menyampaikan khutbah yang bertajuk: “Membangun Malaysia
Madani”.

1
Khutbah Jumaat Membangun Malaysia Madani

Sebelum itu, khatib ingin mengingatkan sidang jemaah sekalian agar terus istiqamah
mengimarahkan masjid, surau dan majlis-majlis ilmu, serta saling berpesan antara satu
sama lain dalam usaha menyeru melakukan kebaikan dan memberi peringatan dalam
mencegah sebarang bentuk kemungkaran.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Seluruh umat manusia merupakan satu keluarga besar yang berasal daripada pasangan
Nabi Adam AS dan Hawwa’ AS. Hasil daripada itu, berkembang biaklah zuriat keturunan
mereka ke seluruh pelusuk dunia yang membentuk pelbagai bangsa, budaya, warna kulit
dan bahasa.

Kewujudan kepelbagaian dalam kalangan manusia juga bertujuan supaya manusia itu
saling berkenalan antara satu sama lain dan saling melengkapi. Sebagaimana
mukadimah khutbah tadi dimulakan dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat ayat
13 yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya
kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya antara
kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)”.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Dalam konteks negara kita, Kerajaan bermatlamat menjadikan Malaysia sebuah negara
yang lebih makmur dan maju berteraskan enam nilai MADANI melalui kepercayaan antara
kerajaan dengan rakyat, dasar ketelusan dan kerjasama. Usaha ini memerlukan kepada
visi mencorakkan masa hadapan Malaysia dengan segala potensi yang ada dengan
mengambil kira segala bentuk perubahan yang mengubah dunia, dan bercita-cita
mengemudi Malaysia dalam zaman pasca normal yang serba rumit melalui laras bahasa,
konsep dan budaya kearifan tempatan.

2
Khutbah Jumaat Membangun Malaysia Madani

Enam Nilai Teras MADANI menjadi penekanan dalam memastikan visi dan misi
Membangun Malaysia Madani tercapai iaitu; Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta,
Hormat, Keyakinan, dan Ihsan.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Kerangka MADANI yang dicetuskan ini juga bermatlamat menjadikan Malaysia dapat
dibina dengan kukuh dan stabil bersama-sama dengan meningkatnya kesejahteraan
seluruh rakyatnya tanpa mengira kaum, agama dan perbezaan latar yang lain.

Kemampanan dalam kerangka MADANI merujuk kepada kemajuan mutu kehidupan


bangsa dalam acuan antara manusia dan alam, bernuansakan citra Malaysia yang unik.
Kemampanan ini juga mensyaratkan kesejahteraan dan keseimbangan dengan
pengertian saling menghormati dan mengasihi sesama manusia, dan juga terhadap alam
sekitar termasuk haiwan dan tumbuhan.

Kesejahteraan pula mensasarkan kesejahteraan duniawi dan ukhrawi. Kesejahteraan


juga merangkumi kesejahteraan negara melalui pertumbuhan ekonomi yang mampan dari
satu sisi dan pada sisi yang lainnya juga turut menekankan kesuburan amalan kerohanian.

Negara yang berdaya cipta akan menyediakan persekitaran dan infrastruktur yang
mampu merangsang kreativiti dan menggalakkan penghasilan produk, idea, sistem dan
proses yang lebih maju.

Kerangka hormat memerlukan tumpuan khusus kepada maruah dan amalan saling
menghormati, berdedikasi, memiliki nilai kesaksamaan dan berintegriti tinggi.

Keyakinan mempunyai kaitan yang sangat erat dengan amanah. Ia merupakan elemen
terpenting yang lebih dari sekadar memelihara reputasi individu, malah menjadi perkara
pokok dalam perjalanan kehidupan manusia sehari-hari bermula dalam lapangan
perniagaan hinggalah kepada kehidupan bermasyarakat.

Ihsan sinonim dengan kepedulian dan belas kasihan. Dengan mengasihi orang lain akan
mengukuhkan teras kepada sebuah visi Malaysia yang ihsan. Ia juga merujuk kepada
tanggungjawab sosial yang menyeluruh dan berterusan.
3
Khutbah Jumaat Membangun Malaysia Madani

Sikap saling menghormati antara satu sama lain perlu menjadi amalan yang berterusan
bagi seluruh rakyat tanpa mengira status sosial dan latar belakang dalam memastikan
kesejahteraan dan kestabilan negara terjamin setiap masa. Dalam masa yang sama,
Islam yang termaktub sebagai agama rasmi Persekutuan perlu dihormati di samping kita
turut menghormati pegangan agama dan kepelbagaian kebudayaan yang terdapat di
negara ini. Jadilah warganegara yang bertanggungjawab dengan menjauhi sebarang
bentuk provokasi yang bertujuan merosakkan hubungan kita. Dengan terbentuknya
negara yang aman dan sejahtera, akhirnya akan mensejahterakan ekonomi, pendidikan,
moral dan peradaban, serta mengharmonikan seluruh lapisan masyarakat.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Usaha membangun Malaysia Madani memerlukan tapak asas yang kukuh iaitu kerjasama
dan perpaduan yang dijana dari peringkat akar umbi (rakyat) hinggalah kepada pucuk
pimpinan. Perbezaan yang wujud dalam kemajmukan masyarakat dan perbezaan latar
belakang pendidikan perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam menjana idea dan
tenaga bagi memastikan kerangka yang disusun dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Tanpa perpaduan, adalah sangat sukar untuk melaksanakan segala kerangka,
visi dan misi yang diperkenalkan apatah lagi mencapai sebuah Malaysia Madani. Justeru,
sempena Minggu Perpaduan Tahun 2023 yang dijalankan sepanjang minggu ini (20-26
Mei 2023), marilah kita semua bersama-sama menggembeleng idea dan tenaga dengan
mengenepikan perbezaan politik kepartian dan pendapat, menjayakan hasrat murni
Kerajaan dalam Membangun Malaysia Madani. Jika bukan kita sendiri yang sama-sama
melaksanakannya, kepada siapa lagi yang hendak kita harapkan?

Justeru, mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib ingin membuat beberapa rumusan;
Pertama: Seluruh umat manusia dikatakan satu keluarga yang sangat besar yang berasal
dari keturuan Nabi Adam AS dan Hawwa’ AS.
Kedua: Kerajaan bermatlamat menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih makmur
dan maju berteraskan enam nilai MADANI melalui kepercayaan antara kerajaan dengan
rakyat, dasar ketelusan dan kerjasama.
Ketiga: Kerangka MADANI yang dicetuskan memerlukan kepada komitmen dan
usahasama seluruh anggota masyarakat yang perlu dimulai dengan mempertahankan
perpaduan dan nilai-nilai murni yang lain.
4
Khutbah Jumaat Membangun Malaysia Madani

Firman Allah SWT:


َ ََ َٓ ۡ
َ‫اد ٱ َّّلل ب َق ۡوم س ٓو ٗءا فَ ََل َم َر َّد َلۥ َوما‬ َ َ َ َٰ َّ َ ۡ َ َ َ َ َ َّ َّ
ْۚ ٖ ِ ‫س ِهمۗۡ ِإَوذا أر‬
ِ ‫َّت يغ ِريوا ما بِأنف‬ ‫إِن ٱّلل َل يغ ِري ما بِقو ٍم ح‬

١١ ‫ال‬‫و‬َ ‫لَهم مِن دونِهِۦ مِن‬


ٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah
menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan
kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan
apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan
melindungi mereka selain daripada-Nya”. (Surah al-Ra’du ayat 11)

،‫كي ِْم‬
ِ َ ‫َات و َالذِكْر ِ الْح‬ َ ِ ‫ و َنَف َعَن ِ ْي و َِإ َّياك ُ ْم بِمَا فِيْه ِ م‬،‫ن ال ْعَظِي ِْم‬
ِ ‫ن الْآي‬ ِ ‫ب َارَك َ الله ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ‬
‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأَسْ تَغْف ِر ُ الله َ الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي‬ َّ َ ‫ل م ِن ِ ْي و َمِنْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو‬
ُ ْ ‫ أَ قُو‬.ُ ‫السمِي ْ ُع ال ْعَلِي ْم‬ َ ‫و َتَق ََّب‬
،‫ات‬ ِ َ ‫ات الْأَحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َا ْل َأمْو‬ ِ َ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن‬ ِ َ ‫و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم‬
.ُ ‫حي ْم‬ َّ ُ ‫فَاسْ تَغْف ِر ُ ْوه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر‬
ِ ‫الر‬

5
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Membangun Malaysia Madani‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُح ََّمدِ ِن َّ‬


‫النب ِ ِي ا ْل َأم ِينِ‪ ،‬و َعَلَى آلِه ِ‬ ‫َالصلَاة ُ و َّ‬ ‫َب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬و َّ‬‫اَلْحم َْد ُ ل َِّله ِ ر ِ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬
‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫صحَابِه ِ َّ‬
‫الطاهِرِي َ‬ ‫و َأَ ْ‬
‫أن سَيِد َن َا مُح ََّمدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬
‫ك لَه ُ‪ ،‬و َأَ شْهَد ُ َّ‬ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإ َّ‬
‫لا الله ُ وَحْدَه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬
‫أَ َّما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللهِ‪ ،‬ا َِّتق ُوا الله َ ح ََّق تُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أَ َّن الله َ أَ م َرَك ُ ْم ب ِأَ مْر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أَ م َرَك ُ ْم‬
‫َ ُّ َ َ َ‬ ‫َ‬ ‫َّ َّ َ َ َ َ َٰٓ َ‬
‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬إِن ٱّلل وملئِكتهۥ يصلون لَع‬ ‫ِالصلَاة ِ و ََّالتسْل ِِيم عَلَى ن َب ِيِه ِ ال ْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬
‫ب َّ‬
‫ً‬ ‫ۡ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ۡ‬ ‫َ ُّ َ َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َّ ََٰٓ َ ُّ َ َّ‬
‫بْۚ يأيها ٱَّلِين ءامنوا صلوا عليهِ وسل ِموا تسل ِيما ‪٥٦‬‬ ‫ٱنل ِ ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ص ََّلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ بْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل‬ ‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬ ‫ا َ َّلله َُّم َ‬
‫ص ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ب َارَكْ تَ عَلَى َ‬
‫سي ِدِن َا‬ ‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫مجِيْدٌ‪.‬‬‫ك حَمِيْدٌ َ‬‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإ َّن َ‬ ‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ن َّ‬
‫التاب ِع ِينَ و َت َابِع ِي‬ ‫ن و َع َنْ بَق َِّية ِ َّ‬
‫الصح َابَة ِ أَ جْم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫شدِي َ‬
‫الرا ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ َّ‬ ‫الله َُّم ع َ ِ‬
‫ْض َّ‬ ‫و َار َ‬
‫ْض ع ََّنا مَعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْرَم َ الْأَ ك ْرَم ِينَ‪.‬‬ ‫ن و َار َ‬ ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِ‬
‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫َّ‬
‫ات‪.‬‬ ‫ات ا ْلأَحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو َ ِ‬ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬‫الله َُّم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬‫َّ‬
‫َالص َّحة ِ و َّ‬
‫َالسلَامَة ِ ج َلَالَة َ م َل ِكَ نَا ك باوه دولي يڠ مها‬ ‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬ ‫الله َُّم أَ ي ِ ْد بِدَو َا ِم َّ‬
‫التو ْفِي ْ ِ‬ ‫َّ‬
‫موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ‪ ،‬الس ُلطَان عبد الله رِعَايَة ُ الد ِي ْن ال م ُصْ طَفَى‬
‫ب ِالله شاه ابن المرحوم سُلْطَان حاج أحمد شاه ال مُسْت َع ِي ْن بالله‪.‬‬
‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪ ،‬تونكو‬
‫وَك َذل ِ َ‬
‫عزيزه أمينه ميمونه إسكندر يه بنت ال مرحوم ال م ُت َوَك ِلْ عَل َى الله سُلْطَان إسكندر‬
‫الحَاج‪.‬‬
‫ك‬
‫ات بِر َ ْحمَت ِ َ‬ ‫الله َُّم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع َُّمالَه ُ وَر َعَاي َاه ُ م ِ َ‬
‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬
‫حم َ َّ‬
‫الرا ِحم ِينَ‪.‬‬ ‫ي َا أَ ْر َ‬

‫‪6‬‬
Khutbah Jumaat Membangun Malaysia Madani

،ٍ‫ن و َأَ م َان‬ ٍ ‫ د َار َ ع َ ْد‬،ً‫ سَ خَاء ً رَخ َاء‬،‫الله َُّم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‬
ٍ ‫ و َأَ ْم‬،ٍ‫ل و َِإيمَان‬ َّ
.َ‫وَسَائِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِين‬
ِ ‫ وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي‬، َ‫الله َُّم أَ ع َِّز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْن‬
،َ‫ن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الد ِين‬ َّ
.ِ‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْن‬
َ َ ‫ل كَل ِمَت‬ِ ْ ‫ و َأَ ع‬،َ‫ل ال ْمُسْل ِمِيْن‬
َ َ ‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ‬
‫ظه َر َ مِنْهَا‬ َ َ ‫الله َُّم ادْف َعْ ع ََّنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح‬
َ ‫ م َا‬،َ‫ن و َال ْف ِتَن‬ َّ
.ٌ ‫ُل شَيْء ٍ قَدِيْر‬
ِ ‫ك عَلَى ك‬ َ ‫ ِإ َّن‬،ً ‫ن اْلمُسْل ِمِيْنَ ع َ َّامة‬ ِ ‫ وَم ِنْ بلُ ْد َا‬،ً ‫َاصة‬ َّ ‫ م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ‬،َ‫وَم َا بَطَن‬
َ ‫حم‬
َ ‫ ي َا أَ ْر‬،‫ وَم ِنْ س َِي ِئ الْأَسْ ق َا ِم‬،‫ و َالْجُذ َا ِم‬،ِ‫ و َالْجنُ ُون‬،ِ‫ن البَرَص‬ َ ِ ‫الله َُّم ِإ َّنا نَع ُوذ ُ ب‬
َ ِ‫ك م‬ َّ
َّ
.َ‫الرا ِحم ِيْن‬

Ya Allah! Dengan sifat-Mu Yang Maha Pemurah dan Maha Mendengar! Engkaulah yang
Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kami hamba-Mu yang lemah, merayu agar Engkau
ampunkan segala dosa yang telah kami lakukan. Ya Allah! Cukupkanlah kami dengan
rezeki yang halal dan jauhkanlah kami dari rezeki yang haram. Cukupkanlah kami dengan
kurniaan-Mu dari bergantung kepada selain-Mu. Hindarkanlah kami dari sebarang fitnah,
bala bencana, waba' penyakit, perbuatan-perbuatan keji dan munkar, seperti rasuah,
salah guna kuasa dan hiburan yang melalaikan. Hanya kepada-Mu jua Ya Allah, tempat
kami mengadu dan memohon pertolongan.

Ya Allah! Satukanlah kami atas agama-Mu dan hindarkan kami dari perselisihan serta
perpecahan yang berpanjangan. Ya Allah! Tunjukkanlah kebenaran itu sebagai
kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya),
dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk
menjauhinya serta menghapuskannya. Jangan jadikan yang benar dan batil itu samar-
samar bagi kami, yang akan menyebabkan kami sesat. Dan jadikanlah kami pemimpin
bagi orang-orang yang bertakwa. Jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang
istiqamah mendirikan solat secara berjemaah serta tekun mengimarahkan masjid.
Sesungguhnya hanya kepada-Mu jua Ya Allah, doa kami mohon diperkenan dan diterima.

َّ َ‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َاب‬


.ِ‫النار‬ َ ِ ‫خرَة‬
ِ ‫حسَن َة ً و َفِي الْآ‬ ُ ‫ر ََّبنَا آتنَِا فِي‬
َ ‫الدن ْيَا‬
،ِ‫عِبَاد َ الله‬
ۡ َ ۡ َ َ ۡ َ ٓ َ ۡ َ ۡ َ َٰ َ ۡ َ َ َٰ َ ۡ ۡ َٓ َ ۡ ۡ َ َۡۡ ۡ َ َ َّ َّ
َٰ ‫۞إِن ٱّلل يأمر ب ِٱلعد ِل وٱ ِۡلح‬
‫س ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقرب وينَه ع ِن ٱلفحشاءِ وٱلمنك ِر وٱۡل ِ ي‬
‫غ‬
َ َّ َ َ ۡ َّ َ َ ۡ
٩٠ ‫يَعِظكم لعلكم تذكرون‬

7
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Membangun Malaysia Madani‬‬

‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُمْ‪ ،‬و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ‪ ،‬و َاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬

‫وَلَذِك ْر ُ الله ِ أَ كْ بَر ُ‪ ،‬و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬

‫‪8‬‬

Anda mungkin juga menyukai