Anda di halaman 1dari 10

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI


(Tema Sambutan Maal Hijrah 1445H)

Tarikh Dibaca :

3 Muharam 1445H/
21 Julai 2023M

Disediakan oleh :
Cawangan Khutbah & Latihan
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Khutbah Jumaat Perpaduan Teras Malaysia Madani

PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI


21 Julai 2023M/ 3 Muharam 1445H

ُ ‫ نَحْمَد ُه ُ وَنَسْت َعِي ْن ُه ُ وَنَسْتَغْف ِر ُه ُ وَنَت‬،َ‫ب ال ْع َالم َي ِن‬


‫ أَ شْهَد ُ أَ ْن لا ِإلََٰه َ ِإلا‬،ِ ‫ُوب ِإلَيْه‬ ِ َ ‫الحمْد ُ لِلـه ِ ر‬

‫َل وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا‬


ِ ‫ اَلله ُم ص‬،ُ ‫سو ْلُه‬
ُ َ ‫ وَأَ شْهَد ُ أَ ن مُحَمدًا عَبْد ُه ُ وَر‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ْ ‫اللـه ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬

.ِ‫مُحَمدٍ وَعَلَى آلِه ِ وَصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْن‬

‫ي بتَِقْو َى اللـه ِ وَطَاع َتِه ِ لَعَلـك ُ ْم‬ ِ ‫ أ ْو‬،َ ‫ اِتقُو ْا اللـه‬،ِ ‫ فَيَا عِبَاد َ اللـه‬،ُ ‫أَ ما بَعْد‬
ْ ِ ‫صيْك ُ ْم وَن َ ْفس‬

.َ‫تُفْلِحُون‬

‫ﭷﭸﭹﭺﭻﭽﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ‬
‫ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ ﭼ‬
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala
suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Semoga dengan
kedatangan tahun baru Hijrah kali ini, kita dapat mempertingkatkan amalan
ketaatan demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Marilah kita bersama-sama menghayati khutbah pada hari ini yang


bertajuk: “Perpaduan Teras Malaysia Madani” yang menjadi tema
sambutan Maal Hijrah 1445H dan sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat
Wilayah Persekutuan pda 26 Julai 2023.

1
Khutbah Jumaat Perpaduan Teras Malaysia Madani

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Tahun 1444H telah melabuhkan tirainya. Pelbagai cabaran dan ujian
kehidupan telah kita tempuhi, sama ada suka atau pun duka. Jadikanlah
pengajaran dan pengalaman lalu sebagai pembakar semangat untuk terus
bergerak maju ke hadapan. Kedatangan Maal Hijrah merupakan suatu yang
penting bagi umat Islam sempena memperingati peristiwa yang berlaku
dalam sejarah Islam iaitu penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari kota
Makkah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah. Golongan yang
berhijrah mendapat tempat yang istimewa disisi Allah SWT sebagaimana
firman-Nya dalam surah at-Taubah, ayat 20 yang dibacakan pada
permulaan khutbah tadi yang bermaksud:

“(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta


berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih
besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya
memberi minum orang-orang haji dan orang-orang yang memakmurkan
masjid sahaja), dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.”

Peristiwa hijrah telah merakamkan pengobanan besar golongan


Muhajirin yang sanggup meninggalkan tanah tumpah darah tercinta, harta
benda, keluarga dan segala-galanya demi mempertahankan akidah dan
mentaati perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW. Sejarah telah
merakamkan hikmah yang besar daripada peristiwa hijrah itu apabila
golongan Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan sehingga mereka menjadi
umat yang terhebat dan menjadi suri tauladan kepada seluruh umat
manusia sehingga ke hari ini.

2
Khutbah Jumaat Perpaduan Teras Malaysia Madani

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Negara Madinah merupakan manifestasi sebuah negara yang maju dari
aspek fizikal dan kerohanian yang didirikan atas petunjuk wahyu. Ia bukan
negara yang berasaskan bangsa, kaum dan budaya, sebaliknya ia
mengatasi sempadan yang merentasi bangsa, bahasa dan budaya yang
disatukan di bawah lembayung tauhid kepada Allah SWT.

Allah SWT mencipta manusia dengan kepelbagaian bangsa, warna


kulit dan keturunan. Sekiranya Allah SWT berkehendak, nescaya semua
manusia dijadikan satu umat sahaja, bertutur menggunakan satu bahasa,
memiliki perangai yang sama dan serupa pada fizikal. Namun, diwujudkan
keadaan kita dengan kepelbagaian supaya manusia dapat bersatu dan
kerkasih-sayang, berlumba-lumba berbuat kebajikan dan menjadikan
kepelbagaian sebagai satu hikmah untuk keharmonian dan kesejahteraan.

Sesungguhnya takwa kepada Allah SWT ialah ukuran kemuliaan


manusia. Kuasa, pangkat, harta, bangsa dan warna kulit bukanlah ukuran
kemuliaan seseorang insan. Lihatlah dalam kehidupan bernegara
di Madinah, Rasulullah SAW dan para sahabat tidak pernah melakukan
penganiayaan dan penindasan terhadap mana-mana kaum dan taraf
kehidupan. Bahkan sejarah Islam telah membuktikan, bagaimana seorang
muslim yang berkulit gelap dan berambut kerinting mampu meraih takwa,
kemuliaan dan kepimpinan masyarakat Madinah seperti Bilal bin Rabah
Radiallahu’anhu.

3
Khutbah Jumaat Perpaduan Teras Malaysia Madani

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,


Dalam usaha memperkukuh masyarakat Madani yang membangun dari
segala aspek pembangunan, kita mesti saling kenal-mengenal antara satu
sama lain, mengukuhkan persaudaraan dan persahabatan di antara kaum
dan mewujudkan hubungan kekeluargaan yang penuh dengan
kasih-sayang. Natijahnya, pasti kita akan saling menghormati dan saling
melindungi di antara satu sama lain. Perpaduan di antara kita lebih utama
daripada perbezaan yang hanya secebis.

Nilai-nilai keamanan, kedamaian dan ketenteraman ialah anugerah


yang besar daripada Allah SWT. Islam mewajibkan hubungan sesama
manusia berdasarkan rasa belas ihsan, kemesraan dan setia kawan.
Ia menggalakkan sifat berlapang dada, saling memaafkan kelemahan,
bermurah hati, ramah-tamah dan suka melihat orang lain meraih kejayaan
dan kemakmuran. Rasulullah SAW sangat menganjurkan berbelas kasihan
dan sopan santun dalam perhubungan. Imam al-Bukhari meriwayatkan
daripada Jarir bin Abdullah Radiallahu’anhu, bahawa Rasulullah SAW
bersabda:

‫اس‬
َ ‫حم ُ الن‬
َ ْ‫حم ُ الله ُ م َنْ ل َا يَر‬
َ ْ‫ل َا يَر‬
Bermaksud: “Allah tidak akan mengasihani orang yang tidak
mengasihani manusia (yang lain).”

Negara kita mempunyai komposisi kaum yang unik lagi istimewa, yang
mencerminkan bangsa besar dunia yang terdiri daripada kaum Melayu,
Cina, India, Siam, peribumi Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazan-
Dusun, Bajau dan lain-lain kaum. Kita juga mempunyai pelbagai bahasa
yang dituturkan namun kita disatukan di bawah bahasa Melayu

4
Khutbah Jumaat Perpaduan Teras Malaysia Madani

yang berperanan penting untuk menjadi jalinan perhubungan yang sejahtera


di peringkat nasional.

Dalam aspek beragama, Allah SWT melarang kita daripada menghina


sembahan-sembahan penganut agama lain, kerana ianya hanya
menimbulkan kemarahan, dendam dan kedengkian, sehingga mereka pula
membalas dengan menghina Islam secara melampaui batas. Akhirnya,
terjadilah permusuhan yang tidak berkesudahan.

Kehidupan kita hari ini sering dipenuhi dengan persepsi-persepsi


negatif dan sentimen-sentimen yang boleh memecah belahkan perpaduan
masyarakat. Lihat sahaja di media-media sosial, perbezaan pemikiran dan
ideologi politik telah sedikit sebanyak meruntuhkan nilai-nilai kebersamaan,
kasih sayang dan toleransi sesama kita. Isu-isu utama masyarakat seperti
kemiskinan, kenaikan kos sara hidup, kekurangan ilmu pengetahuan agama
dan ilmu-ilmu teras negara maju serta pelbagai lagi isu tidak dapat kita
selesaikan.

Justeru, mimbar mengajak sidang jemaah sekalian, sebagai


warganegara yang terdiri daripada pemimpin, ahli akademik, ahli politik,
kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, penggiat-penggiat seni, para
pendakwah, para pempengaruh media sosial, para usahawan dan
sebagainya yang menjadi entiti masyarakat, marilah kita memainkan
peranan di bidang masing-masing untuk menyumbangkan tenaga dan idea
ke arah kemajuan negara. Bersatulah atas dasar akidah Islam demi
mengukuhkan perpaduan, utamakanlah kerukunan, kedamaian dan
kesepakatan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalaman dan luaran bagi
membina negara yang bertamadun, memiliki modal insan yang tinggi,
harmoni dan maju di masa hadapan.

5
Khutbah Jumaat Perpaduan Teras Malaysia Madani

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,


Kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah hari ini ialah:

Pertama: Negara Madinah merupakan manifestasi sebuah negara yang


maju dari aspek fizikal dan kerohanian yang didirikan atas petunjuk wahyu,
rakyatnya bersatu di bawah lembayung tauhid kepada Allah SWT.

Kedua: Jadikan Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai contoh


membangunkan negara Madinah sehingga menjadi sebuah tamadun yang
hebat, rakyatnya bersatu padu, harmoni, aman dan sejahtera.

Ketiga: Sebagai warganegara, mainkanlah peranan di bidang masing-


masing untuk menyumbangkan tenaga dan idea ke arah kemajuan negara
tercinta.

Mengakhiri khutbah, renungkan firman Allah SWT di dalam surah an-


Nisa’, ayat 1:

‫ﭷﭸﭹﭺﭻﭽ ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ‬
‫ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ‬
‫ﭮﭯﭼ‬
Bermaksud: “Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan
kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan
yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya-Hawa), dan
juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan
perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu
meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan
(silaturrahim) kaum kerabat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa
memerhati (mengawasi) kamu.”
6
Khutbah Jumaat Perpaduan Teras Malaysia Madani

ِ ‫َات وَالذِكْر‬ َ ِ ‫ن ال ْعَظِي ِْم وَنَف َعَنِي و َِإياك ُ ْم بِمَا فِيْه ِ م‬


ِ ‫ن الآي‬ ِ ‫ب َارَك َ اللـه ُ ل ِ ْي وَلـَك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ‬

َ ‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا وَأَ سْ تَغْف ِر ُ اللـه‬ ُ ْ ‫ أَ قُو‬.ُ ‫ل م ِنِي وَمِنْك ُ ْم تِلاوَتَه ُ ِإنه ُ ه ُو َ السمِي ُع الْع َلِي ْم‬ َ ‫كي ِْم وَتَق َب‬ِ َ ‫الْح‬

‫ات الأَحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم‬ ِ َ ‫ات وَال ْمُؤْم ِنِيْنَ وَال ْمُؤْم ِن‬ ِ َ ‫ال ْعَظِي ْم َ ل ِ ْي وَلـَك ُ ْم وَلِسَا ئِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ وَال ْمُسْل ِم‬

.ُ ‫حي ْم‬
ِ ‫وَالأَ مْو َات فَاسْ تَغْف ِر ُْوه ُ ِإنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُو ْر ُ الر‬

‫خطبه كدوا‬
ِ ‫ وَعَلَى آلِه‬،ِ‫ وَالصل َاة ُ وَالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُحَمدِ ِن النب ِ ِي ا ْل َأم ِين‬،َ‫ب ال ْع َالم َي ِن‬
ِ َ ‫الحمْد ُ لِلـه ِ ر‬

.ِ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِين‬


ٍ ‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا‬
َ ‫صحَابِه ِ الطاهِرِي‬
ْ َ‫وَأ‬

.ُ ‫ وَأَ شْهَد ُ أن سَيِد َن َا مُحَمدًا عَبْد ُه ُ وَرَسُولُه‬،ُ ‫ك لَه‬


َ ْ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن لا ِإل ٓه َ ِإلا اللـه ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي‬

.َ‫ وَلا َ تَمُو ْتُن ِإلا وَأَ ن ْتُم ْ مُسْل ِمُوْن‬،ِ ‫ اِتق ُوا اللـه َ حَق تُق َاتِه‬،ِ ‫ فَيَا عِبَاد َ اللـه‬،ُ ‫أَ ما بَعْد‬
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Mimbar mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan
tahniah kepada Jabatan Imigresen Malaysia sempena Sambutan Hari
Imigresen yang ke-101 tahun pada 21 Julai. Marilah kita mendoakan
semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kecekalan kepada seluruh
pasukan keselamatan negara khususnya Jabatan Imigresen Malaysia dalam
melaksanakan tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.
Sesungguhnya peranan Jabatan Imigresen Malaysia dalam mengawasi
pintu masuk dan keluar negara sangat bermakna demi memastikan
keselamatan dan kesejahteraan negara dan rakyat sentiasa terpelihara.

7
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Perpaduan Teras Malaysia Madani‬‬

‫وَاع ْلَم ُوا أن اللـه َ أَ مَرَك ُ ْم ب ِأَ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أَ مَرَك ُ ْم ب ِالصلَاة ِ وَالتسْل ِِيم عَلَى نَب ِيِه ِ الـْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬
‫ل‬

‫اللـه ُ تَع َالَى‪ :‬ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ‬

‫ﭾﭿﮀ‬

‫ل سَي ِدِن َا مُحَمدٍ كَمَا صَلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ بْر َاهِي ْم َ وَعَلَى‬
‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ وَعَلَى آ ِ‬
‫ص ِ‬
‫اَلله ُم َ‬

‫ل سَي ِدِن َا مُحَمدٍ كَمَا ب َارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِن َا‬


‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ وَعَلَى آ ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا ِإ بْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫آ ِ‬

‫مجِيْدٌ‪.‬‬
‫ك حَمِيْدٌ َ‬
‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإن َ‬
‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ وَعَلَى آ ِ‬

‫ن التاب ِع ِينَ وَت َابِع ِي‬


‫ن و َ ع َنْ بَق ِية ِ الصح َابَة ِ أَ جْم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ الرا ِ‬
‫شدِي َ‬ ‫ض الله ُم ع َ ِ‬
‫ار َ‬
‫وَ ْ‬
‫ض ع َنا م َعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْر َم َ ا ْل َأك ْرَم ِينَ‪.‬‬
‫ار َ‬
‫ن وَ ْ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِ‬
‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬

‫ات الأَحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم وَالأَ مْو َ ِ‬


‫ات‪.‬‬ ‫ات وَالمُؤْم ِنِينَ وَالمُؤْم ِن َ ِ‬
‫الله ُم ا ْغفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ وَالمُسْل ِم َ ِ‬

‫الصحة ِ و َالسلَامَة ِ م َل ِـكَـنَا كـباوه د ُول ِي يڠ مَهَا م ُوليا‬


‫ق وَال ْهِد َايَة ِ و َ ِ‬
‫الله ُم أَ ي ِ ْد بِد َوَا ِم التو ْفِي ْ ِ‬

‫سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ ‪ ،‬الس ُلطَان عَبْد ُ اللـه رِعَايَة ُ الد ِي ْن الـم ُصْ طَفَى‬

‫َاج أَ حْم َد شَاه الـمُسْت َع ِي ْن باللـه‪.‬‬


‫ن المرحوم سُلْطَان ح ِ‬
‫ب ِاللـه شَاه اب ْ ِ‬

‫ك كـباوه د ُول ِي يڠ مَهَا م ُوليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪،‬‬
‫وَك َذل ِ َ‬

‫حو ْم الـم ُت َوَك ِلْ عَلَى اللـه‬


‫ْت الـمَر ْ ُ‬
‫تُونكو)‪ (Tunku‬عَزِي ْزَةْ أَ مِي ْنَة ْ مَيْمُو ْنَة ْ ِإسْ كَنْدَرِ يَة ْ بِن ِ‬

‫سُلْطَان ِإسْ كَنْد َْر الحَاج‪.‬‬

‫ن وَأَ م َانٍ‪،‬‬ ‫الله ُم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‪ ،‬سَ خَاء ً رَخ َاءً‪ ،‬د َار َ ع َ ْد ٍ‬
‫ل و َِإيمَانٍ‪ ،‬وَأَ ْم ٍ‬
‫وَسَا ئ ِر َ بِلَادِ الْـمُسْل ِمِينَ‪.‬‬
‫‪8‬‬
Khutbah Jumaat Perpaduan Teras Malaysia Madani

،َ‫ن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الد ِين‬


ِ ‫ وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي‬، َ‫الله ُم أَ عِز ال ِْإسْ لَام َ وَال ْمُسْل ِمِيْن‬

.ِ‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْن‬


َ َ ‫ل كَل ِمَت‬
ِ ْ ‫ وَأَ ع‬،َ‫ل ال ْمُسْل ِمِي ْن‬
َ َ ‫وَاخْذ ُلْ م َنْ خَذ‬

.‫ وَم ِنْ س َِي ِئ ا ْل َأسْ ق َا ِم‬،‫ وَالْجُذ َا ِم‬،ِ‫ وَالْجنُ ُون‬،ِ‫ن البَرَص‬
َ ِ‫ك م‬
َ ِ ‫الله ُم ِإنا ن َع ُوذ ُ ب‬

Ya Allah, Jadikanlah kami dan keturunan kami hamba-hamba-Mu yang


istiqamah mendirikan solat secara berjemaah di masjid dan surau serta
membayar zakat dan wakaf tunai melalui Pusat Pungutan Zakat Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Permudahkanlah MAIWP
dalam mengagihkan zakat kepada asnaf dan menguruskan harta wakaf
dengan sebaiknya demi manfaat umat Islam di Wilayah Persekutuan.

Ya Allah, satukanlah kami atas agama-Mu dan hindarkan kami daripada


perselisihan yang berpanjangan. Jadikanlah kami orang yang jujur dan
berintegriti dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan kepada kami.
Peliharalah kami daripada melakukan kejahatan, kemaksiatan, perbuatan
rasuah, pecah amanah dan penyelewengan yang membawa kerosakan
kepada agama, bangsa dan negara.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kesejahteraan, keamanan, keselamatan


serta perlindungan daripada fitnah, musibah, bala bencana dan wabak
penyakit berbahaya.
.ِ‫َاب النار‬
َ ‫حسَن َة ً وَق ِنَا عَذ‬
َ ِ ‫خرَة‬
ِ ‫حسَن َة ً وَفِي الْآ‬
َ ‫ر َبنَا آتنَِا فِي الدن ْيَا‬

،ِ ‫عِبَاد َ اللـه‬

‫ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂﮃﮄ ﮅ ﮆ‬
‫ﮇﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ‬
‫ وَاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬،ْ‫ وَاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُم‬،ْ‫فَا ْذك ُر ُوا اللـه َ الْعَظ ِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُم‬
.َ‫ وَاللـه ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُون‬،ُ ‫وَلَذِك ْر ُ اللـه ِ أَ كْ ب َر‬

Anda mungkin juga menyukai