Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Keluarga

Malaysia.

1. Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat kita


sekali lagi menyambut Maulidur Rasul Peringkat daerah
Saratok bagi tahun 1444 Hijrah dan buat pertama kalinya saya
meraikan hari kelahiran Rasulullah saw ini sebagai wakil
rakyat kalian. Terima kasih banyak-banyak kerana terus setia
dan berjuang bersama saya.

2. Semangat Maulidur Rasul perlu terus disemarakkan dan


disemai dalam jiwa setiap umat Islam sebagai bukti ketulusan
cinta kita terhadap Rasululullah SAW biarpun kita menyambut
dalam suasana yang sederhana dalam norma yang baharu.

3. Maulidur Rasul yang kita sambut pada hari ini, hakikatnya


bukanlah sekadar sambutan hari lahir Baginda Rasulullah
SAW semata-mata. Tetapi ia membawa suatu makna yang
amat besar kepada seluruh manusia.

4. Dalam konteks kemanusiaan, Rasulullah adalah model dalam


mengangkat ukhuwah insaniah atau persaudaraan
kemanusiaan. Baginda berusaha menghapuskan apa jua
bentuk diskriminasi atas nama agama, bangsa, warna kulit
mahupun keturunan.

5. Ini menunjukkan, Islam merupakan agama yang terbangun di


atas prinsip memuliakan manusia atau takrim al-insan,
berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’ ayat 70
maksudnya “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan
anak-anak Adam.”

6. Ia juga selari dengan Perlembagaan Persekutuan antaranya


Perkara 12 yang memberikan hak asasi untuk semua
warganegara mendapat pendidikan tanpa sebarang
diskriminasi sama ada atas alasan agama, ras, keturunan atau
tempat lahir.
Rasulullah SAW Suri Teladan Sepanjang Zaman Umat
Manusia

7. Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi


dan rasul untuk menjadi suri teladan kepada seluruh umat
manusia. Baginda menjadi ketua negara atau khalifah pada
ketika itu dan membina Madinah dengan menggariskan dasar
serta polisi yang jelas untuk mencapai dan mengukuhkan
kestabilan negara.

8. Sahifah Madinah yang diperkenalkan Baginda untuk


kestabilan politik telah diterima baik oleh seluruh penduduk
Madinah pada waktu itu, tanpa mengira agama dan bangsa.
Dalam muamalat yakni perniagaan, Rasulullah saw lah contoh
terbaik kerana kita sebagai umat Islam di akhir zaman ini
sudah terlalu banyak dimomokkan dengan pelbagai bentuk
cabaran khususnya daripada mereka yang suka menangguk di
air yang keruh sehingga pekuang kita umat Islam tersekat oleh
mereka yang berkepentingan.

9. Di samping itu, dasar dan polisi yang terkandung dalam


Sahifah Madinah telah berjaya mewujudkan elemen
kebersamaan, khususnya dalam mengatur hubungan antara
masyarakat supaya hidup dalam keadaan saling menghormati,
bertanggungjawab dan seterusnya menyatupadukan seluruh
masyarakat Madinah sebagai satu keluarga.

10. Kestabilan di daerah Saratok ini sudah perlu untuk kita


gembelengkan tenaga bersama khususnya dari aspek kesihatan
berterusan, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan
berkekalan, dan elemen-elemen inilah yang diberi perhatian
khusus oleh Baginda sebagai khalifah Madinah.

11. Nabi Muhammad SAW dalam polisi pentadbirannya di


Madinah mengutamakan kebajikan seluruh umat Madinah.
Rasulullah juga memastikan agar hasil negara dirasai dan
disampaikan kepada seluruh penduduk secara adil dan
saksama.

12. Selain itu, Baginda juga sentiasa menggalakkan penduduk


Madinah untuk memajukan sektor pertanian dan perniagaan
sebagai sumber ekonomi pada waktu itu.

Keluarga Malaysia di Daerah Saratok yang saya kasihi,

13. Dengan kepercayaan bahawa Nabi Muhammad SAW


merupakan suri teladan yang terbaik umat manusia, saya
sebagai wakil rakyat yang menyantuni kasih sayang dalam
masyarakat kita akan meneladani inisiatif dan strategi yang
dilaksanakan oleh Rasulullah sebagai panduan dalam
pentadbiran di daerah ini, demi kemakmuran bersama.

14. Untuk tujuan itu, pelbagai polisi, inisiatif dan insentif akan
diperkenal dan dirancang oleh kerajaan, demi memastikan
tidak ada Keluarga Malaysia yang ketinggalan dalam merasai
nikmat dan kemakmuran negara, ‘No one will be left behind’.

Ukhuwah Insaniah Pemangkin Keluarga Malaysia

15. Tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu Keluarga


Malaysia Pemangkin Kemakmuran, bertepatan dengan
konsep walaupun kita berbeza latar belakang ekonomi dan
sosial, namun kita adalah SATU KELUARGA. Saya sebagai
tuai rumah anda di daerah ini akan berusaha bersungguh-
sungguh untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga kita ini.

16. Kesemua nilai ini, selari dengan Konsep Keluarga Malaysia


yang menekankan tentang tiga teras utama iaitu
Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran di samping 20
nilai lain seperti amalan ihsan, beriman, kasih sayang dan
bermusyawarah.

17. Tema ini juga selari dengan Dasar Perpaduan Negara


berkonsepkan, Perpaduan Dalam Kepelbagaian yang mana
perpaduan dan integrasi nasional telah lama diamalkan di
negara ini termasuk dalam sambutan Maulidur Rasul.

Tanggungjawab mengukuh kemampanan sosial, ekonomi


dan kesihatan

Keluarga Malaysia yang saya kasihi sekalian,

18. Dalam mengharungi krisis berkembar ekonomi dan


kesihatan yang mencabar ketika ini, sebagai Keluarga
Malaysia, kita perlu berganding bahu untuk memulihkan
negara selain menyesuaikan diri dalam norma baharu.

19. Apa jua perbezaan, kita jadikan sebagai kelebihan dan


bukannya kelemahan, manakala sebarang persamaan, kita
jadikan sebagai sumber kekuatan. Kita jalin dan kukuhkan
kembali perpaduan dengan ikatan kasih sayang dan toleransi
sebagai sebuah Keluarga Malaysia yang besar.

20. Siapa pun kita, sama ada seorang bapa, ibu, anak, jiran,
pekerja, ketua di pejabat, pemimpin masyarakat, pemimpin
agama atau pemimpin politik, masing-masing perlu
memainkan peranan untuk memulihkan kembali negara ini
demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.
PENUTUP

21. Sesungguhnya kemuliaan umat Islam, bahkan jatuh bangun


sesebuah bangsa serta negara adalah terletak kepada kesatuan
dan kesepaduannya.

22. Rasulullah, misalnya telah mengadakan perjanjian damai


dengan pelbagai suku kaum yang tinggal berhampiran
Madinah di wilayah utara dan selatan untuk meningkatkan
kesefahaman dan memperbaharui hubungan berlandaskan
prinsip kebenaran serta menghindar kekacauan selain
pertembungan kuasa.

23. Jangan kerana kita berbeza pendapat, berlainan wadah atau


cara pendekatan, menyebabkan hilang nilai ukhuwah dan
semangat perpaduan yang sekian lama terjalin.

24. Akhir kata, bersempena sambutan Maulidur Rasul pada


tahun ini, dapat menghasilkan sebuah keinsafan serta
kecintaan dan kasihnya kita kepada junjungan besar Nabi
Muhammad SAW dengan menyemarakkan semangat
Keluarga Malaysia.

Sekian,

Wabillahi taufiq wal hidayah

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai