Anda di halaman 1dari 12

KEPIMPINAN

RASULULLAH DI
MADINAH

SIRAH TINGKATAN 2
KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DI MADINAH

Pemerintahan kerajaan Islam yang pertama di


dunia bermula di Madinah. Rasulullah SAW
telah membina asas negara Islam Madinah
yang kuat dengan cara:

 Membina masjid.
 Mempersaudarakan muhajirin dengan ansar.
 Menggubal piagam Madinah.
 Membina pusat perniagaan.
Kepimpinan baginda yang hebat ini dapat dilihat dari
aspek ibadat, kemasyarakatan, politik dan ketenteraan.

KEPIMPINAN RASULULLAH

Ibadat Kemasyarakatan Politik Ketenteraan


KEHEBATAN KEPIMPINAN RASULULLAH SAW
1. BIDANG IBADAT - Pengikat Hubungan Antara Manusia Dengan Allah SWT

 Kepimpinan Rasulullah SAW dapat dilihat apabila baginda menjadi imam


pada setiap solat fardu kecuali ketika baginda sakit.
 Rasulullah SAW menjadikan masjid sebagai syiar Islam, tempat tumpuan
masyarakat untuk beribadat, menuntut ilmu dan menyelesaikan sebarang
masalah.
 Rasulullah SAW mengutamakan solat fardu kerana hubungan akidahnya
yang rapat dengan Allah SWT.
 Rasulullah SAW istiqamah menunaikan solat sunat dan qiamullail di rumah
sebagai tanda syukur kepada Allah SWT.
 Kesempurnaan akidah dan ibadat Rasulullah SAW adalah kerana
kesempurnaan akhlak baginda yang mengamalkan perintah Allah SWT.
2. KEMASYARAKATAN - Ukhwah Teras Kesatuan Umat
Persaudaraan Sesama Islam Jaminan Keselamatan Kaum Bukan Islam

# Rasulullah SAW # Rasulullah SAW mengadakan


mempersaudarakan muhajirin dan perjanjian dengan kaum yahudi dan
ansar dalam ikatan Islam. Setiap musyrikin yang tinggal di Madinah.
orang ansar mengambil seorang Mereka perlu bersama-sama menjaga
muhajirin sebagai saudaranya keselamatan dan keamanan Madinah.
serta berjanji untuk
membantunya. # Hak kemasyarakatan dan kebajikan
mereka dijaga dan tidak diceroboh.
# Orang ansar memberikan
pelbagai bantuan seperti tempat
tinggal dan harta.
3. POLITIK – Memacu keselamatan negara
Hubungan Dalaman
 Rasulullah SAW menggubal piagam Madinah iaitu
perlembagaan negara Madinah secara bertulis.
Piagam ini dibina atas dasar tanggungjawab dan
keadilan untuk memastikan hak setiap individu yang
mematuhi piagam ini terpelihara.
 Rasulullah SAW mengamalkan konsep syura dalam
pemerintahannya. Baginda sentiasa berbincang
dengan para sahabat, meminta pandangan dan
menetapkan keputusan secara bersama.
Hubungan Luaran
 Rasulullah SAW mengadakan perundingan dengan sebanyak
mungkin kabilah Arab di sekitar Madinah.

 Rasulullah SAW mengikat perjanjian persahabatan dengan


mereka atau sekurang-kurangnya perjanjian berkecuali supaya
mereka tidak akan menyokong atau berperang untuk mana-
mana pihak.

 Rasulullah SAW sangat patuh kepada syarat-syarat perjanjian


tersebut.

 Rasulullah SAW mengutus surat kepada kerajaan luar sekitar


Madinah untuk mengajak mereka beriman kepada Allah SWT.
4. KETENTERAAN – Menjulang maruah agama Mempertahankan nyawa

Umum Strategi Peperangan

Mengutamakan perdamaian Mempelbagaikan strategi peperangan untuk


berbanding peperangan. mengelirukan musuh.
Menubuhkan pasukan peronda untuk Bergerak secara rahsia dan pantas sehingga
mendapat maklumat musuh. tidak memberi peluang kepada musuh
Memperkuat umat Islam dengan ilmu untuk menyerang balas dan akhirnya
dan kemahiran ketenteraan. musuh menyerah atau melarikan diri.
Mengetuai hampir semua peperangan Melancarkan serangan psikologi untuk
dengan kemahiran yang tinggi dan melemahkan semangat musuh dan dapat
meminimumkan kehilangan nyawa mengelakkan pertumpahan darah.
dan harta. Tidak panik walaupun berada dalam situasi
Mengamalkan peperangan yang genting malah terus bangkit menyusun
beretika seperti tidak membunuh strategi baharu.
orang awam dan tidak merosakkan
tanaman.
IKTIBAR 1 - IBADAT

Mengajak anggota keluarga dan rakan bersama-


sama untuk membudayakan ibadat dalam
kehidupan kerana ketaatan kepada Allah SWT.

Mengimarahkan masjid dengan menyertai aktiviti


masjid seperti solat berjemaah dan majlis ilmu.
IKTIBAR 2 - KEMASYARAKATAN
Menyertai dan menggerakkan aktiviti kemasyarakatan dan
kesukarelawanan seperti gotong-royong dan kenduri-
kendara.

Memelihara hubungan baik dan bantu-membantu sesama


rakan tanpa mengira kaum dan agama.

Melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi setempat seperti


koperasi sekolah dan keusahawanan kecil.
IKTIBAR 3 - POLITIK
Berdisiplin dan mematuhi peraturan yang ditetapkan
selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Menyumbangkan idea untuk pembangunan kelab atau


persatuan yang disertai.

Tidak bersubahat dengan perlakuan jahat yang boleh


memudaratkan diri, masyarakat, agama dan negara.
IKTIBAR 4 - KETENTERAAN
Menanam sifat cinta akan negara dan patriotism
dalam diri serta sanggup berkorban demi agama dan
negara.

Menjaga kekuatan fizikal dan mental dengan


menyertai aktiviti sukan dan kokurikulum.

Menyertai dan menggerakkan badan beruniform.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai