Anda di halaman 1dari 9

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

KELUARGA MALAYSIA: TEGUH BERSAMA

Tarikh Dibaca :

28 MUHARRAM 1444H/
26 OGOS 2022M

Disediakan oleh :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Khutbah Jumaat Keluarga Malaysia: Teguh Bersama

KELUARGA MALAYSIA: TEGUH BERSAMA


28 MUHARRAM 1444H / 26 OGOS 2022

ِ ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِلّٰه ِ الْق َآئ‬


:‫ل‬
‫ه‬ َ ْ ‫َ ُ ُ ه َ ه‬
﴾ ‫جيم‬
ِ ‫ان الر‬
ِ ‫﴿ أعوذ بِاَّلل ِ مِن الشيط‬
‫َ َ َ ُ َ َٰ َ َ َ ۡ َ َٰ ُ ۡ ُ ُ ٗ َ َ َ ٓ َ َ َ َ ُ ٓ ْ ه‬ ُ َ ۡ َ َ ‫َ َٰٓ َ ُّ َ ه ُ ه‬
‫يأيها ٱنلاس إِنا خلقنَٰكم مِن ذكرٖ وأنَث وجعلنكم شعوبا وقبائِل ِلِ عارف ْۚوا إِن‬
ٞ َ ٌ َ َ ‫َ ۡ َ َ ُ ۡ َ ه َ ۡ َ َٰ ُ ۡ ه ه‬
١٣ ‫أكرمكم عِند ٱَّلل ِ أتقىك ْۚم إِن ٱَّلل علِيم خبِري‬
ِ ‫الله َُّم ص‬
‫َل‬ َّ .ُ ‫ و َأَ شْهَد ُ أَ َّن مُح ََّمدًا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإلا َ الله ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬
َ ‫ فَيَا عِبَاد‬،ُ ‫ أَ َّما بَعْد‬.ِ‫وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آلِه ِ و َصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الدِين‬
َ َ ‫ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتَِقْو َى الله ِ و‬،َ‫ َّاتق ُوا الله‬،ِ‫الله‬
.َ‫طاع َتِه ِ لَع ََّل ك ُ ْم تُفْلِحُون‬

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Bertakwalah kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala
perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi
keberkatan dan keredhaan serta perlindungan daripada Allah SWT di dunia dan di akhirat.
Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Yang Ke-65 pada 31 Ogos nanti,
mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk: “Keluarga Malaysia:
Teguh Bersama”.

Sebelum itu, khatib ingin menyeru kepada seluruh umat Islam untuk terus mengimarahkan
masjid, melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar serta memelihara hubungan
silaturrahim. Panjatkan doa buat saudara-saudara kita yang ditindas terutamanya di
Palestin dan teruslah bertaubat serta bermunajat kepada Allah SWT agar kita dapat
menempuh fitnah dunia yang semakin mencabar dan menyelamatkan kita dari fitnah
dajjal.
1
Khutbah Jumaat Keluarga Malaysia: Teguh Bersama

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat unik. Kekuatan dan keharmoniannya
dibina atas kepelbagaian agama dan bangsa. Sejak negara mencapai kemerdekaan pada
31 Ogos 1957, dan kini kemerdekaan itu telah pun berusia 65 tahun, kita telah meniti jalur
masa yang penuh dengan rencam dan ragam, sama ada suka dan duka. Perjalanan ini
pastinya mematangkan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam seluruh anggota
masyarakat yang berbilang kaum dan akhirnya mewujudkan suasana kekeluargaan
antara sesama masyarakat. Dan Alhamdulillah, hasil kebersamaan dalam membina
Negara Malaysia ini, kita semua tetap teguh bersama sungguhpun adakalanya badai
datang menjengah.

Inilah tujuan penciptaan manusia yang pelbagai supaya kita dapat saling mengenali dan
melengkapi antara satu sama lain. Firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat ayat 13 yang
dibacakan pada awal khutbah tadi bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya
kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya antara
kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)”.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Dalam membina sebuah negara yang aman, makmur dan berjaya, pastinya ia
memerlukan usaha sama yang bersepadu daripada seluruh anggota masyarakat.
Peranan penting daripada Ketua Negara sehinggalah kepada anak kecil menjadi pemacu
kepada keberhasilan setiap dasar dan perancangan yang diatur oleh kerajaan.
Diibaratkan sebuah keluarga, tiap-tiap ahli keluarga berperanan atas tanggungjawab
masing-masing memastikan kecukupan, kebahagiaan, dan keselamatan keluarga
terjamin dan terpelihara. Begitulah juga Konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang berdiri atas
tiga teras utama iaitu keterangkuman (inclusivity), kebersamaan (common ground), dan
kesyukuran (contentment).

2
Khutbah Jumaat Keluarga Malaysia: Teguh Bersama

Bagi memenuhi ketiga-tiga teras ini, ia memerlukan kepada;


Pertama: Penyemaian budaya integriti dalam keluarga.
Kedua: Menjadikan budaya amanah sebagai budaya keluarga
Ketiga: Menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pengukuhan keluarga
Keempat: Menjadikan amalan bermusyawarah sebagai amalan keluarga.

Bersandarkan konsep ‘Keluarga Malaysia’ ini, negara akan dipacu untuk keluar daripada
kemelut krisis kesihatan, ekonomi, pendidikan, dan lain-lain lagi seterusnya menjamin
kesejahteraan setiap penduduk di negara bertuah ini. Keteguhan dan kebersamaan
seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, fahaman politik menjadi kunci
kepada keberhasilan dan kejayaan perancangan dalam usaha memulihkan dan membina
semula kekuatan negara. Manakala bagi kita umat Islam pula, pastinya, ketakwaan dan
keimanan kepada Allah SWT menjadi senjata paling utama dalam kita menjemput rahmat
dan keberkatan dari Allah SWT.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Nikmat kemerdekaan ini patut diisi dengan kesyukuran dan kepatuhan kepada perintah
Allah SWT. Ketaatan kepada Allah SWT dan pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi munkar
dalam negara inilah yang menjadi kunci kepada berkatnya dan hadirnya pertolongan Allah
SWT sebagaimana janji-Nya yang dirakamkan dalam Surah al-Hajj ayat 41:
َ ُۡ َ ْۡ ََ َ ۡ ۡ ْ ُ َ َ َ َ َٰ َ ‫َ َ ُ ْ ه َ َٰ َ َ َ َ ُ ْ ه‬ َۡ ‫ه‬ َ ‫ٱ هَّل‬
‫وف ونهوا ع ِن ٱلمنك ِر‬ ُ َ
ِ ‫ۡرض أقاموا ٱلصلوة وءاتوا ٱلزكوة وأمروا ب ِٱلمعر‬ ِ ‫ِين إِن همك هنَٰ ُه ۡم ِِف ٱۡل‬

ُ ُۡ َُ َ ‫َ ه‬
٤١ ِ‫و َِّللِ عَٰقِبة ٱۡلمور‬

Maksudnya: “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan
memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan
mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan
perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”.

3
Khutbah Jumaat Keluarga Malaysia: Teguh Bersama

Khatib juga ingin memetik amanat yang ditinggalkan oleh salah seorang ulama Melayu
yang terlibat dalam penetapan tarikh kemerdekaan negara melalui kemahirannya dalam
ilmu falak iaitu Syeikh Haji Abdullah Fahim1. Beliau berpesan:

“Bila kita merdeka, jangan ada pemimpin ambil kesempatan buat kekayaan di atas
belakang rakyat. Orang Melayu wajib berjuang kerana bangsa tapi kebangsaan tidak
boleh tolak Islam. Orang Islam perlu memperbaiki perselisihan sesama mereka dan
setelah berdamai diharapkan berkekalan. Inilah satu-satunya senjata yang boleh
menguatkan kedudukan orang Islam dan orang Melayu. Kalau Orang Melayu beragama
Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan bangsa lain yang
beragama Islam menjaga tanah air kita. Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan
niat yang baik, sentiasa dalam keredhaan Allah. Sesiapa yang lupakan niat, khianat dan
tamak, akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina”.

Maka, tidak dapat tidak, nikmat kemerdekaan yang dikecapi ini wajib dipertahankan oleh
segenap lapisan masyarakat. Semangat cintakan negara perlu disemai dan dibaja ke
dalam diri anak-anak agar kesinambungan keharmonian dan kemakmuran negara ini
dapat diperturunkan kepada anak cucu kita nanti. Ini tanah tumpah darah kita. Tempat
kita sama-sama membesar, belajar, bermain, mencari nafkah dan sebagainya. Jika bukan
kita yang menjaganya, kepada siapa lagi yang hendak kita harapkan? Rasulullah SAW
juga begitu cintakan tanah airnya, iaitu Kota Mekah sebagaimana dapat dilihat dari
ungkapan kerinduan Baginda terhadap tanah tumpah darahnya itu:

ْ ‫الله ِ و َلَوْلا َ أَ نِي ُأ‬


‫خر ِجْ تُ مِن ْكِ م َا‬ َّ ‫الله ِ ِإلَى‬
َّ ‫ض‬ِ ‫الله ِ و َأَ ح َُب أَ ْر‬
َّ ‫ض‬ِ ‫و ََّالله ِ ِإ َّنكِ لَخ َي ْر ُ أَ ْر‬

ُ‫خَر َجْ ت‬

Maksudnya: “Demi Allah! Sesungguhnya kamu (Kota Makkah) adalah sebaik-baik tanah
Allah, dan tanah yang paling dicintai oleh Allah, seandainya aku tidak diusir darimu,
nescaya aku tidak akan keluar (darimu)”. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

1
Tuan Guru Haji Abdullah II bin Haji Ibrahim Ahmad bin Haji Abdullah I (1870 – 28 April 1961)
4
Khutbah Jumaat Keluarga Malaysia: Teguh Bersama

Kecintaan Baginda dan para sahabat terhadap negara juga dapat diteladani daripada
kesungguhan mereka mempertahankannya dalam setiap peperangan dan usaha
pengembangan dakwah Islamiyah.

Justeru, inilah contoh teladan yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW dalam
mencintai tanah air. Kita di Malaysia pula perlu terus kukuh, saling membantu dan saling
menghormati supaya kerukunan hidup dapat dipelihara dan mewujudkan sebuah negara
yang stabil dan teguh. Landskap keharmonian yang dinikmati ketika ini jangan dirobek
dengan sebarang provokasi. Bersama kita mempertahankan kedaulatan negara dari
sebarang usaha yang memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian ini.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib ingin merumuskan khutbah kepada beberapa
intipati:
Pertama: Sepanjang 65 tahun kemerdekaan negara ini, kita telah melalui pelbagai
rencam dan ragam yang pastinya mematangkan semangat perpaduan dan kebersamaan
dalam seluruh anggota masyarakat. Maka kematangan ini perlu diteruskan sampai bila-
bila.
Kedua: Konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang berdiri atas tiga teras utama iaitu
keterangkuman, kebersamaan, dan kesyukuran, merupakan suatu pendekatan yang
sangat hampir kepada kita dalam usaha menstabilkan dan membina kekuatan negara.
Ketaatan kepada Allah SWT dan pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi munkar menjadi kunci
kepada keberkatan dan pertolongan Allah SWT.
Ketiga: Semangat cintakan negara juga telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Maka,
sebagai umat Islam, inilah salah satu sunnah yang mesti dituruti dalam usaha
pengembangan dakwah Islamiyah dan padanya juga berhubung kait dengan
pemeliharaan Maqasid al-Syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan, dan
harta.

Renungkan firman Allah SWT:


ْ ُ‫َ ه‬ ََ َۡ َ َٓ ‫َ ه‬ َ َ َ ۡ َ َ َ ۡ َ َ َ ْ ۡ َ ‫َ َ ۡ َ ه َ ۡ َ ۡ ُ َ َٰٓ َ َ ُ ْ َ ه‬
‫كن كذبوا‬ َٰ
ِ ‫ۡرض ول‬ ِ
ِ ‫ت مِن ٱلسماء وٱۡل‬ َٰ
ٖ ‫ولو أن أهل ٱلقرى ءامنوا وٱتقوا لفتحنا عليهِم برك‬
َ ُ ۡ َ ْ ُ َ َ ُ َٰ َ ۡ َ َ َ
٩٦ ‫سبون‬
ِ ‫فأخذنهم بِما َكنوا يك‬
5
Khutbah Jumaat Keluarga Malaysia: Teguh Bersama

Maksudnya: “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta
bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang
melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul
Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah
usahakan”. (Surah al-A’raaf ayat 96)

،‫كي ِْم‬
ِ َ ‫َات و َالذِكْر ِ الْح‬ َ ِ ‫ و َنَف َعَن ِ ْي و َِإ َّياك ُ ْم بِمَا ف ِيْه ِ م‬،‫ن ال ْعَظِي ِْم‬
ِ ‫ن الْآي‬ ِ ‫بَارَك َ الله ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ‬

‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأَ سْ تَغْف ِر ُ الله َ الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي‬ َّ َ ‫ل م ِن ِ ْي وَم ِنْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو‬
ُ ْ ‫ أَ قُو‬.ُ ‫السمِي ْ ُع ال ْعَلِي ْم‬ َ ‫و َتَق ََّب‬

ِ َ ‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو‬


،‫ات‬ ِ َ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن‬
ِ َ ‫و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم‬

.ُ ‫حي ْم‬ َّ ُ ‫فَاسْ تَغْف ِرُوْه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر‬


ِ ‫الر‬

6
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Keluarga Malaysia: Teguh Bersama‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُح ََّمدِ ِن َّ‬


‫النب ِ ِي الْأَ م ِينِ‪ ،‬و َعَلَى آلِه ِ‬ ‫َالصلَاة ُ و َّ‬ ‫َب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬و َّ‬‫ا َ ْلحم َْد ُ ل َِّله ِ ر ِ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬
‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫صحَابِه ِ َّ‬
‫الطاهِرِي َ‬ ‫و َأَ ْ‬
‫أن سَيِد َن َا مُح ََّمدًا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬
‫ك لَه ُ‪ ،‬و َأَ شْهَد ُ َّ‬ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإ َّ‬
‫لا الله ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬
‫أَ َّما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللهِ‪ ،‬ا َِّتق ُوا الله َ ح ََّق تُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أَ َّن الله َ أَ م َرَك ُ ْم ب ِأَ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أَ م َرَك ُ ْم‬
‫ه ه َ َ َ َ َٰٓ َ َ ُ ُ َ ُّ َ َ َ‬
‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬إِن ٱَّلل وملئِكتهۥ يصلون لَع‬ ‫ِالصلَاة ِ و ََّالتسْل ِِيم عَلَى ن َب ِيِه ِ ال ْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬
‫ب َّ‬
‫ً‬ ‫ۡ‬ ‫ه ََٰٓ َ ُّ َ ه َ َ َ ُ ْ َ ُّ ْ َ َ ۡ َ َ ُ ْ َ‬
‫ب ْۚ يأيها ٱَّلِين ءامنوا صلوا عليهِ وسلِموا تسلِيما ‪٥٦‬‬ ‫ٱنل ِ ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ص ََّلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل‬ ‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬ ‫ا َ َّلله َُّم َ‬
‫ص ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ب َارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِنَا‬
‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫مج ِيْدٌ‪.‬‬
‫ك حَمِيْدٌ َ‬‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاه ِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإ َّن َ‬ ‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ن َّ‬
‫التاب ِع ِينَ و َتَابِع ِي‬ ‫ن و َع َنْ بَق َِّية ِ َّ‬
‫الصح َابَة ِ أَ جْم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫شدِي َ‬
‫الرا ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ َّ‬ ‫الله َُّم ع َ ِ‬
‫ْض َّ‬ ‫و َار َ‬
‫ْض ع ََّنا م َعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْرَم َ الْأَ ك ْرَم ِينَ‪.‬‬ ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َار َ‬ ‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫َّ‬
‫ات‪.‬‬ ‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو َ ِ‬ ‫الله َُّم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬
‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬
‫َالص َّحة ِ و َّ‬
‫َالسلَامَة ِ ج َلَالَة َ م َل ِكَ نَا ك باوه دولي يڠ مها‬ ‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬ ‫الله َُّم أَ ي ِ ْد بِدَو َا ِم َّ‬
‫التو ْف ِي ْ ِ‬ ‫َّ‬
‫موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ‪ ،‬الس ُلطَان عبد الله رِعَايَة ُ الدِي ْن ال م ُصْ طَفَى‬
‫ب ِالله شاه ابن المرحوم سُلْطَان حاج أحمد شاه ال مُسْت َع ِي ْن بالله‪.‬‬
‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪ ،‬تونكو‬
‫وَك َذل ِ َ‬
‫حاجه عزيزه أمينه ميمونه إسكندر يه بنت ال مرحوم ال م ُت َوَك ِلْ عَلَى الله سُلْطَان‬
‫إسكندر الحَاج‪.‬‬
‫ك‬
‫ات ب ِر َ ْحمَت ِ َ‬ ‫الله َُّم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع َُّمالَه ُ وَر َعَاي َاه ُ م ِ َ‬
‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬
‫حم َ َّ‬
‫الرا ِحم ِينَ‪.‬‬ ‫يَا أَ ْر َ‬

‫‪7‬‬
Khutbah Jumaat Keluarga Malaysia: Teguh Bersama

،ٍ‫ن و َأَ م َان‬ ٍ ‫ د َار َ ع َ ْد‬،ً‫ سَ خَاء ً رَخ َاء‬،‫الله َُّم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‬
ٍ ‫ و َأَ ْم‬،ٍ‫ل و َِإيمَان‬ َّ
.َ‫وَسَائ ِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِين‬
،َ‫ وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي ِن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الدِين‬، َ‫الله َُّم أَ ع َِّز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْن‬
َّ
.ِ‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْن‬َ َ ‫ل كَل ِمَت‬ِ ْ ‫ و َأَ ع‬،َ‫ل ال ْمُسْل ِمِيْن‬
َ َ ‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ‬
‫ظه َر َ مِنْهَا‬ َ َ ‫الله َُّم ادْف َعْ ع ََّنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح‬
َ ‫ م َا‬،َ‫ن و َال ْف ِتَن‬ َّ
.ٌ ‫ك عَلَى ك ُِل شَيْء ٍ قَدِيْر‬ َ ‫ ِإ َّن‬،ً ‫ن اْلمُسْل ِمِيْنَ ع َ َّامة‬ ِ ‫ وَم ِنْ بل ُ ْد َا‬،ً ‫َاصة‬ َّ ‫ م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ‬،َ‫وَم َا بَطَن‬
َ ‫حم‬
َ ‫ يَا أَ ْر‬،‫ وَم ِنْ س َِي ِئ الْأَ سْ ق َا ِم‬،‫ و َالْجُذ َا ِم‬،ِ‫ و َالْجن ُ ُون‬،ِ‫ن الب َرَص‬ َ ِ ‫الله َُّم ِإ َّنا نَع ُوذ ُ ب‬
َ ِ‫ك م‬ َّ
.َ‫ال َّرا ِحم ِيْن‬

Ya Allah! Dengan sifat-Mu Yang Maha Pemurah dan Maha Mendengar! Engkaulah yang
Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kami hamba-Mu yang lemah, merayu agar Engkau
ampunkan segala dosa yang telah kami lakukan. Ya Allah! Cukupkanlah kami dengan
rezeki yang halal dan jauhkanlah kami dari rezeki yang haram. Cukupkanlah kami dengan
kurniaan-Mu dari bergantung kepada selain-Mu. Hindarkanlah kami dari sebarang fitnah,
bala bencana, waba' penyakit, perbuatan-perbuatan keji dan munkar, seperti rasuah,
salah guna kuasa dan hiburan yang melalaikan. Hanya kepada-Mu jua Ya Allah, tempat
kami mengadu dan memohon pertolongan.

Ya Allah! Satukanlah kami atas agama-Mu dan hindarkan kami dari perselisihan yang
berpanjangan. Jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang istiqamah
mendirikan solat secara berjemaah serta tekun mengimarahkan masjid. Sesungguhnya
hanya kepada-Mu jua Ya Allah, doa kami mohon diperkenan dan diterima.
َّ َ‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َاب‬
.ِ‫النار‬ َ ِ ‫خرَة‬
ِ ‫حسَن َة ً و َفِي الْآ‬ ُ ‫ر ََّبنَا آتنَِا فِي‬
َ ‫الدن ْيَا‬
،ِ‫عِبَاد َ الله‬
َ ُ ۡ َ ٓ َ ۡ َ ۡ َ َٰ َ ۡ َ َ َٰ َ ۡ ُ ۡ َٓ َ ۡ ۡ َ ۡ َۡ ُ َُۡ َ‫ه ه‬
َٰ
ِ‫۞إِن ٱَّلل يأمر ب ِٱلعد ِل وٱ ِۡلحس ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقرب وينَه ع ِن ٱلفحشاءِ وٱلمنكر‬
َ ‫ُ ُ َ ه ُ ََ ه‬ َۡۡ َ
٩٠ ‫غ يَعِظك ۡم ل َعلك ۡم تذك ُرون‬ ‫وٱۡل ِ ي‬
‫ و َاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬،ْ‫ و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُم‬،ْ‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُم‬
.َ‫ و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُون‬،ُ ‫وَلَذِك ْر ُ الله ِ أَ كْ ب َر‬

Anda mungkin juga menyukai