Anda di halaman 1dari 9

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk:

TERIMA KASIH AYAH

Tarikh Dibaca:

4 ZULHIJJAH 1444H/
23 JUN 2023M

Disediakan oleh:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

*Tajuk cadangan
Khutbah Jumaat Terima Kasih Ayah

TERIMA KASIH AYAH


23 JUN 2023 / 4 ZULHIJJAH 1444H

ِ ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِلّٰه ِ الْق َآئ‬


:‫ل‬

َّ ‫ن‬
﴾‫الرجِيم‬ َّ ‫ن‬
ِ ‫الشيْط َا‬ َ ِ ‫﴿أَ ع ُوذ ُ ب ِالله ِ م‬

ٌ َ َٰٓ َ َ َ ۡ َ َ ُ َ َ ۡ َ ُ ‫ُ ۡ َ ٗ َ ُ ُ َ ذ‬ ۡ َ َ ۡ ُ َ ُ َ ْ ٓ ُ ْ ُ َ َ َ ‫َ َٰٓ َ ُّ َ ذ‬
‫يأيها ٱَّلِين ءامنوا قوا أنفسكم وأهلِيكم نارا وقودها ٱنلاس وٱۡل ِجارة عليها ملئِكة‬

َ َُ ُۡ َ َ َُ ََۡ ۡ َََُ َٓ َ‫ ذ َۡ ُ َ ذ‬ٞ َ ٞ َ


)6 ‫(سورة التحريم‬ ٦ ‫غَِلظ ِشداد َّل يعصون ٱّلل ما أمرهم ويفعلون ما يؤمرون‬

ِ ‫الله َُّم ص‬
‫َل‬ َّ .ُ ‫ و َأَ شْهَد ُ أَ َّن مُح ََّمدًا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإلا َ الله ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬

َ ‫ فَيَا عِبَاد‬،ُ ‫ أَ َّما بَعْد‬.ِ‫وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آلِه ِ و َصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الدِين‬

.َ‫ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتَِقْو َى الله ِ وَطَاع َتِه ِ لَع ََّل ك ُ ْم تُفْلِحُون‬،َ‫ َّاتق ُوا الله‬،ِ‫الله‬

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Bertakwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam
naungan Allah SWT. Khatib mengingatkan para jemaah agar memberi sepenuh perhatian
kepada khutbah yang akan disampaikan dan tidak melakukan perkara-perkara yang lagha
seperti menggunakan telefon dan berbual-bual. Tumpukan perhatian pada khutbah yang
akan disampaikan, mudah-mudahan kita semua mendapat hidayah dan taufiq dari Allah
SWT.

Khutbah pada hari ini bertajuk: “Terima Kasih Ayah”.

1
Khutbah Jumaat Terima Kasih Ayah

Sebelum itu, khatib ingin mengingatkan sidang jemaah sekalian agar terus istiqamah
mengimarahkan masjid, surau dan majlis-majlis ilmu, serta saling berpesan antara satu
sama lain dalam usaha menyeru melakukan kebaikan dan memberi peringatan dalam
mencegah sebarang bentuk kemungkaran.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Lelaki Qawwam adalah lelaki budiman yang mentaati Allah dan Rasul, berperanan
sebagai pentadbir, pemimpin dan wali yang mampu menafkahi, melindungi, membimbing
dan menyayangi keluarga dan insan sekelilingnya, secara berterusan dan aktif, selaras
dengan syariat Islam. Keperibadian lelaki yang budiman merupakan tuntutan Islam dan ia
merupakan sifat mulia yang dipuji oleh Allah SWT dalam al-Quran dan disebut dan
ditunjukkan oleh Rasulullah SAW melalui hadis.

Seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap empat golongan wanita di akhirat kelak,


iaitu ibunya, isterinya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Lelaki
diamanahkan menjadi ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya dan beberapa
kelebihan lain berbanding wanita, sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah SWT
Surah al-Nisa’ ayat 34:
ۡ‫نف ُقوا ْ م ِۡن أَ ۡم َوَّٰلِهم‬
َ ََٓ َ ۡ َ َّٰ ََ ۡ ُ َ َۡ ُ‫َ ٓ َ َ ذ َ ذ‬ َ َ َ ُ ‫َ ُ َ َّٰذ‬
‫لرجال قومون لَع ٱلنِساءِ بِما فضل ٱّلل بعضهم لَع بع ٖض وبِما أ‬
ِ ِ ‫ٱ‬
Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab
terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki
(dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-
orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka...”

Allah SWT telah menganugerahkan potensi kepimpinan kepada lelaki seperti keberanian,
kekuatan agama, akal, rasional, tidak mudah didorong oleh perasaan, fitrah penciptaan
lelaki, yang mana ia berbeza daripada wanita. Sehubungan itu, sesuai dengan potensi
dan penghormatan begitu tinggi yang diberikan, maka kaum lelaki berkewajipan untuk
menguruskan keluarga serta mengatasi persoalan dan krisis yang timbul dalam rumah
tangga dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

2
Khutbah Jumaat Terima Kasih Ayah

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI SEKALIAN,


Lelaki sebagai bapa adalah nakhoda yang mengemudi kejayaan dan kesejahteraan
bahtera keluarga. Dalam Islam, peranan bapa amat besar jika dilihat dari sudut
pembentukan keluarga bahagia. Oleh sebab itu, Islam menggariskan kepentingan
memelihara diri dan keluarga daripada seksaan api neraka. Ini sejajar dengan firman Allah
dalam surah at-Tahrim ayat 6, sebagaimana yang telah dibacakan di awal khutbah tadi:
ُ‫ارة‬ ۡ َ ُ ‫ُ ۡ َ ٗ َُ ُ َ ذ‬
َ ‫ۡل َِج‬ ۡ َ َ ۡ ُ َ ُ َ ْ ٓ ُ ْ ُ َ َ َ ‫َ َٰٓ َ ُّ َ ذ‬
‫يأيها ٱَّلِين ءامنوا قوا أنفسكم وأهلِيكم نارا وقودها ٱنلاس وٱ‬

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu
daripada api neraka yang bahan-bahan bakarannya ialah manusia dan batu (berhala)...”

Bapa adalah ketua dalam keluarga dan rumahtangga yang sepatutnya bertanggungjawab
memberi nafkah, kasih sayang, perlindungan, pendidikan dan bimbingan kepada anak-
anak dan isteri dalam keluarga. Peranan dan tanggungjawab sebagai seorang bapa
dalam sesebuah keluarga adalah sangat penting terutama memimpin dan membimbing
keluarga ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Ayat ini berbentuk perintah kepada bapa untuk menjaga diri dan keluarganya daripada api
neraka. Dalam Islam, peranan dan tanggungjawab bapa sangat jelas. Suami atau bapa
dianggap sebagai ketua keluarga yang diletakkan tanggungjawab memberi nafkah, kasih
sayang, pendidikan dan bimbingan serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan ahli
keluarganya, iaitu isteri dan anak-anak supaya menjalani kehidupan yang berlandaskan
prinsip Islam.

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI SEKALIAN,


Jelas sekali bahawa peranan dan tanggungjawab sebagai bapa amat besar dalam Islam.
Tanggungjawab bapa bukanlah terhad kepada penyediaan harta fizikal seperti makanan,
pakaian dan tempat tinggal, tetapi yang paling utama adalah mendidik dan mentarbiah
jiwa anak-anak kerana kedudukan ibu dan bapa yang mendidik anaknya amat besar di
sisi Allah SWT.

Dalam zaman sekarang sejajar dengan perubahan teknologi, tidak dapat dinafikan
bahawa tanggungjawab membangunkan keluarga begitu mencabar. Peranan bapa
menjadi lebih mencabar dan pendekatan dalam mendidik anak-anak turut berubah. Ini
3
Khutbah Jumaat Terima Kasih Ayah

kerana penyebaran maklumat tanpa batas dan penggunaan peranti teknologi canggih
boleh membawa impak negatif sekiranya tidak dikawal.

Oleh kerana itu, bapa perlulah menunjukkan contoh yang baik dalam penggunaaan gajet
dan teknologi. Personaliti bapa dapat memberikan kesan positif kepada perkembangan
anak-anak. Kewibawaan dan keteladanan ibu bapa dalam keluarga sangat menentukan
pembentukan nilai-nilai agama, moral, sosial dan jati diri anak-anak. Disiplin dan kawalan
dari ibubapa juga dapat membentuk personaliti yang baik dalam kalangan anak-anak serta
membina konsep kendiri yang jitu.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Menjadi ketua keluarga bukanlah tugas yang mudah. Bapa adalah pejuang yang tak
pernah kenal erti lelah, membanting tulang siang dan malam memeras keringat demi
rezeki yang halal buat keluarga tercinta. Meskipun kehadiran seorang bapa, mungkin tidak
selembut belaian kasih seorang ibu, namun ketegasan seorang bapa lah yang membentuk
peribadi kita pada hari ini. Mari kita renungkan sejenak, bilakah kali terakhir kita
mengucup, memeluk bapa kita dan mengucapkan terima kasih kepada mereka?

Sesungguhnya para lelaki adalah hero bagi membina keluarga yang sejahtera, kuat
imannya, mulia akhlaknya dan teguh ekonominya. Sebuah keluarga yang bahagia mampu
melahirkan masyarakat yang sejahtera kerana kehidupan setiap individu bermula di
rumah atas didikan dan bimbingan seorang bapa. Jasa bapa kita wajar dihargai dan
disyukuri. Tidak semua orang berpeluang menerima kasih sayang dari seorang bapa. Bagi
yang masih hidup, maka teruslah menghargai dan berbakti kepada bapa kita manakala
yang sudah meninggal dunia, panjatkan doa keampunan dan kesejahteraan buat mereka
di alam sana.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib menyeru kepada seluruh umat Islam supaya:

Pertama: Menghargai jasa dan pengorbanan insan bergelar bapa. Tidak hanya meraikan
mereka pada Hari Bapa sahaja, malah pada setiap masa. Ucapkan terima kasih, berikan
kasih sayang dan kerap hubungi mereka selagi mereka masih bernyawa. Buat mereka
yang telah kehilangan bapa, kirimkan doa dan pahala buat mereka.
4
Khutbah Jumaat Terima Kasih Ayah

Kedua: Buat para lelaki ketua keluarga, berusahalah untuk menjadi yang terbaik dalam
melindungi, membimbing dan memimpin ahli keluarga ke arah kebahagiaan dunia dan
akhirat. Jadilah qudwah hasanah dan suri teladan buat anak-anak dan keluarga.
Ketiga: Buat semua lelaki, berbuat baiklah kepada para wanita. Pelihara dan lindungilah
wanita yang berada di bawah tanggungjawab kita. Contohilah Rasulullah dalam meneraju
keluarga, menyeimbangkan tuntutan dakwah dan tanggungjawab terhadap keluarga.
Kasih sayang yang ditonjolkan Rasulullah SAW kepada isteri dan anak-anak tidak
menghalang baginda untuk memimpin dan berbakti kepada masyarakat.

Sabda Rasulullah SAW:

‫ل‬ َّ ‫ و‬،ِ ‫ل ع َنْ رَع َِّيتِه‬


ُ ُ ‫َالرج‬ ٍ ‫ فَالإم َام ُ ر‬،ِ ‫ل ع َنْ رَع َِّيتِه‬
ٌ ‫َاع و َه ُو َ مَسْئ ُو‬ ٍ ‫ك ُُّل ك ُ ْم ر‬
ٌ ‫َاع وَمَسْئ ُو‬
ِ
ِ ‫ل ع َنْ رَع َِّيتِه‬ ٍ ‫فِي أَ ه ْلِه ِ ر‬
ٌ ‫َاع و َه ُو َ مَسْئ ُو‬

Maksudnya: “Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap


pimpinannya, seorang imam (ketua negara) adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab
terhadap rakyatnya dan seorang lelaki dalam keluarga adalah pemimpin dan
bertangggungjawab terhadap pimpinannya (ahli keluarganya)”. (Hadis riwayat Imam al-
Bukhari)

،‫كي ِْم‬
ِ َ ‫َات و َالذِكْر ِ الْح‬ َ ِ ‫ و َنَف َعَن ِ ْي و َِإ َّياك ُ ْم بِمَا ف ِيْه ِ م‬،‫ن ال ْعَظِي ِْم‬
ِ ‫ن الْآي‬ ِ ‫بَارَك َ الله ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ‬
‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأَ سْ تَغْف ِر ُ الله َ الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي‬ َّ َ ‫ل م ِن ِ ْي وَم ِنْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو‬
ُ ْ ‫ أَ قُو‬.ُ ‫السمِي ْ ُع ال ْعَلِي ْم‬ َ ‫و َتَق ََّب‬
،‫ات‬ ِ َ ‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو‬ ِ َ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن‬ ِ َ ‫و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم‬
.ُ ‫حي ْم‬ َّ ُ ‫فَاسْ تَغْف ِرُوْه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر‬
ِ ‫الر‬

5
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Terima Kasih Ayah‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُح ََّمدِ ِن َّ‬


‫النب ِ ِي الْأَ م ِينِ‪ ،‬و َعَلَى آلِه ِ‬ ‫َالصلَاة ُ و َّ‬ ‫َب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬و َّ‬‫ا َ ْلحم َْد ُ ل َِّله ِ ر ِ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬
‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫صحَابِه ِ َّ‬
‫الطاهِرِي َ‬ ‫و َأَ ْ‬
‫أن سَيِد َن َا مُح ََّمدًا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬
‫ك لَه ُ‪ ،‬و َأَ شْهَد ُ َّ‬ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإ َّ‬
‫لا الله ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬
‫أَ َّما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللهِ‪ ،‬ا َِّتق ُوا الله َ ح ََّق تُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أَ َّن الله َ أَ م َرَك ُ ْم ب ِأَ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أَ م َرَك ُ ْم‬
‫ذ ذ َ َ َ َ َٰٓ َ َ ُ ُ َ ُّ َ َ َ‬
‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬إِن ٱّلل وملئِكتهۥ يصلون لَع‬ ‫ِالصلَاة ِ و ََّالتسْل ِِيم عَلَى نَب ِيِه ِ ال ْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬
‫ب َّ‬
‫ً‬ ‫ۡ‬ ‫ذ ََٰٓ َ ُّ َ ذ َ َ َ ُ ْ َ ُّ ْ َ َ ۡ َ َ ُ ْ َ‬
‫ب يأيها ٱَّلِين ءامنوا صلوا عليهِ وسلِموا تسلِيما ‪٥٦‬‬ ‫ٱنل ِ ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ص ََّلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل‬ ‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬ ‫ا َ َّلله َُّم َ‬
‫ص ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ب َارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِنَا‬
‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫مج ِيْدٌ‪.‬‬
‫ك حَمِيْدٌ َ‬‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإ َّن َ‬ ‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ن َّ‬
‫التاب ِع ِينَ و َتَابِع ِي‬ ‫ن و َع َنْ ب َق َِّية ِ َّ‬
‫الصح َابَة ِ أَ جْم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫شدِي َ‬
‫الرا ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ َّ‬ ‫الله َُّم ع َ ِ‬
‫ْض َّ‬ ‫و َار َ‬
‫ْض ع ََّنا م َعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْرَم َ الْأَ ك ْرَم ِينَ‪.‬‬ ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َار َ‬ ‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫َّ‬
‫ات‪.‬‬ ‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو َ ِ‬ ‫الله َُّم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬
‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬
‫َالص َّحة ِ و َّ‬
‫َالسلَامَة ِ ج َلَالَة َ م َل ِكَ نَا ك باوه دولي يڠ مها‬ ‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬ ‫الله َُّم أَ ي ِ ْد بِدَو َا ِم َّ‬
‫التو ْف ِي ْ ِ‬ ‫َّ‬
‫موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ‪ ،‬الس ُلطَان عبد الله رِعَايَة ُ الدِي ْن ال م ُصْ طَفَى‬
‫ب ِالله شاه ابن المرحوم سُلْطَان حاج أحمد شاه ال مُسْت َع ِي ْن بالله‪.‬‬
‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪ ،‬تونكو‬
‫وَك َذل ِ َ‬
‫عزيزه أمينه ميمونه إسكندر يه بنت ال مرحوم ال م ُت َوَك ِلْ عَل َى الله سُلْطَان إسكندر‬
‫الحَاج‪.‬‬
‫ك‬
‫ات ب ِر َ ْحمَت ِ َ‬ ‫الله َُّم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع َُّمالَه ُ وَر َعَاي َاه ُ م ِ َ‬
‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬
‫حم َ َّ‬
‫الرا ِحم ِينَ‪.‬‬ ‫يَا أَ ْر َ‬

‫‪6‬‬
Khutbah Jumaat Terima Kasih Ayah

،ٍ‫ن و َأَ م َان‬ ٍ ‫ د َار َ ع َ ْد‬،ً‫ سَ خَاء ً رَخ َاء‬،‫الله َُّم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‬
ٍ ‫ و َأَ ْم‬،ٍ‫ل و َِإيمَان‬ َّ
.َ‫وَسَائ ِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِين‬
،َ‫ وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي ِن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الدِين‬، َ‫الله َُّم أَ ع َِّز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْن‬
َّ
.ِ‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْن‬َ َ ‫ل كَل ِمَت‬ِ ْ ‫ و َأَ ع‬،َ‫ل ال ْمُسْل ِمِي ْن‬
َ َ ‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ‬
‫ظه َر َ مِنْهَا‬ َ َ ‫الله َُّم ادْف َعْ ع ََّنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح‬
َ ‫ م َا‬،َ‫ن و َال ْف ِتَن‬ َّ
.ٌ ‫ك عَلَى ك ُِل شَيْء ٍ قَدِيْر‬ َ ‫ ِإ َّن‬،ً ‫ن اْلمُسْل ِم ِيْنَ ع َ َّامة‬ ِ ‫ وَم ِنْ بل ُ ْد َا‬،ً ‫َاصة‬ َّ ‫ م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ‬،َ‫وَم َا بَطَن‬
َ ‫حم‬
َ ‫ يَا أَ ْر‬،‫ وَم ِنْ س َِي ِئ الْأَ سْ ق َا ِم‬،‫ و َالْجُذ َا ِم‬،ِ‫ و َالْجن ُ ُون‬،ِ‫ن الب َرَص‬ َ ِ ‫الله َُّم ِإ َّنا نَع ُوذ ُ ب‬
َ ِ‫ك م‬ َّ
َّ
.َ‫الرا ِحم ِيْن‬

Ya Allah! Dengan sifat-Mu Yang Maha Pemurah dan Maha Mendengar! Engkaulah yang
Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kami hamba-Mu yang lemah, merayu agar Engkau
ampunkan segala dosa yang telah kami lakukan. Ya Allah! Cukupkanlah kami dengan
rezeki yang halal dan jauhkanlah kami dari rezeki yang haram. Cukupkanlah kami dengan
kurniaan-Mu dari bergantung kepada selain-Mu. Hindarkanlah kami dari sebarang fitnah,
bala bencana, waba' penyakit, perbuatan-perbuatan keji dan munkar, seperti rasuah,
salah guna kuasa dan hiburan yang melalaikan. Hanya kepada-Mu jua Ya Allah, tempat
kami mengadu dan memohon pertolongan.

Ya Allah! Satukanlah kami atas agama-Mu dan hindarkan kami dari perselisihan serta
perpecahan yang berpanjangan. Ya Allah! Tunjukkanlah kebenaran itu sebagai
kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya),
dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk
menjauhinya serta menghapuskannya. Jangan jadikan yang benar dan batil itu samar-
samar bagi kami, yang akan menyebabkan kami sesat. Dan jadikanlah kami pemimpin
bagi orang-orang yang bertakwa. Jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang
istiqamah mendirikan solat secara berjemaah serta tekun mengimarahkan masjid.
Sesungguhnya hanya kepada-Mu jua Ya Allah, doa kami mohon diperkenan dan diterima.

َّ َ‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َاب‬


.ِ‫النار‬ َ ِ ‫خرَة‬
ِ ‫حسَن َة ً و َفِي الْآ‬ ُ ‫ر ََّبنَا آتنَِا فِي‬
َ ‫الدن ْيَا‬
،ِ‫عِبَاد َ الله‬
ۡ َ ۡ َ َ ُ ۡ َ ٓ َ ۡ َ ۡ َ َّٰ َ ۡ َ َ َّٰ َ ۡ ُ ۡ َٓ َ ۡ ۡ َ ۡ َۡ ُ َُۡ َ‫ذ ذ‬
َّٰ ‫۞إِن ٱّلل يأمر ب ِٱلعد ِل وٱ ِۡلح‬
‫س ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقرب وينَه ع ِن ٱلفحشاءِ وٱلمنك ِر وٱۡل ِ ي‬
‫غ‬
َ ُ‫َ ُ ُ ۡ ََذ ُ ۡ ََ ذ‬
٩٠ ‫يعِظكم لعلكم تذكرون‬

7
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Terima Kasih Ayah‬‬

‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُمْ‪ ،‬و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ‪ ،‬و َاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬

‫وَلَذِك ْر ُ الله ِ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬

‫‪8‬‬

Anda mungkin juga menyukai