Anda di halaman 1dari 10

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

MUHASABAH UNTUK KEBERKATAN USIA

Tarikh Dibaca :

30 Rabiulakhir 1441H/
27 Disember 2019M

Disediakan oleh :

Cawangan Khutbah dan Latihan


Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Khutbah Jumaat Muhasabah Untuk Keberkatan Usia

MUHASABAH UNTUK KEBERKATAN USIA


(27 Disember 2019M / 30 Rabiulakhir 1441 H)

‫ وَنَع ُوذ ُ ب ِاللّٰه ِ م ِنْ شُر ُورِ أَ نْف ُِسِنَا‬،ِ ‫ُوب ِإلَيْه‬
ُ ‫ نَحْمَد ُه ُ وَنَسْت َع ِي ْنُه ُ وَنَسْتَغْف ِر ُه ُ وَنَت‬،ِ‫ِإ َّن الحم َْد َ لِلّٰه‬
ِ ‫تجِد َ لَه ُ وَل ًِّيا م ُ ْر‬
.‫شدًا‬ َ ْ‫ م َنْ يَهْدِ اللّٰه ُ فَه ُو َ المُهْتَدِ وَم َنْ يُضْ لِلْ فَلَن‬،‫ات أَ عْمَالِنَا‬
ِ َ ‫وَسَي ِئ‬

‫ ا َ َّلله َُّم‬،ُ ‫سو ْلُه‬


ُ َ ‫ وَأَ شْهَد ُ أَ َّن مُح ََّمدًا عَبْد ُه ُ وَر‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ْ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإلََٰه َ ِإ َّلا اللّٰه ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬

.ِ‫َل وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا مُح ََّمدٍ وَعَلَى آلِه ِ وَصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْن‬ ِ ‫ص‬
.َ‫ي بتَِقْو َى اللّٰه ِ وَطَاع َتِه ِ ل َع َ َّلكك ُ ْم تُفْلُُِون‬ ِ ‫ ُأ ْو‬،َ‫ ا َِّتقُو ْا اللّٰه‬،ِ‫ فَيَا عِبَاد َ اللّٰه‬،ُ ‫أَ َّما بَعْد‬
ْ ِ ‫صيْك ُ ْم وَن َ ْفس‬

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﮰ ﮱ ﯓ ﯔﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡﯢ ﯣ ﯤ ﯥ‬
‫ﯦﯧ‬

Sidang Jemaah yang dikasihi,


Marilah sama-sama kita perbaiki diri dengan mempertingkatkan ketaqwaan
kepada Allah SWT, menjunjung akan segala titah perintahNya dan menjauhi
segala laranganNya. Mudah-mudahan kita akan beroleh manfaat untuk
kebaikan di dunia dan di akhirat.

Mimbar jumaat pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk:
“MUHASABAH UNTUK KEBERKATAN USIA”

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


1
Khutbah Jumaat Muhasabah Untuk Keberkatan Usia

Sesungguhnya kehidupan di dunia ini amatlah singkat berbanding kehidupan


abadi di akhirat, maka sudah pasti kita perlu menyusun langkah supaya dapat
memanfaatkan setiap saat serta umur yang dianugerahkan oleh Allah SWT
dengan melakukan sebanyak-banyak amal soleh untuk mencapai
keredhaan-Nya. Adakah kita sedar sebenarnya usia kita ini adalah modal,
sama seperti modal untuk menjalankan sesuatu perniagaan. Tanpa modal
kita tidak dapat menjalankan perniagaan bagi meraih keuntungan.

Ketika berdoa kita seringkali memohon kepada Allah SWT agar dipanjangkan
usia, namun terkadang kita lupa untuk memohon keberkatan usia agar
sentiasa dalam ketaatanNya. Apalah gunanya umur yang panjang, tetapi
berterusan bergelumang dalam noda dan dosa. Dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi RHM daripada Saidina Abu Bakar RA:

‫ن‬
َ ُ‫حِس‬
َ َ ‫ل ع ُم ُر ُه ُ و‬
َ ‫ م َنْ طَا‬: ‫ل‬
َ ‫س خَيْر ٌ؟ قَا‬ َّ ‫ل الله ِ أَ ُي‬
ِ ‫النا‬ َ ‫ ي َا رَسُو‬:َ‫أَ َّن رَج ُلا ً قَال‬

.ُ ‫ل ع ُم ُر ُه ُ وَسَاء َ ع َمَلُه‬ َ ‫س ش َرٌّ؟ قَا‬


َ ‫ م َنْ طَا‬: ‫ل‬ َّ ‫ ف َأَ ُي‬.ُ ‫ع َم َلُه‬
ِ ‫النا‬

Maksudnya: “Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Nabi


Muhammad SAW, “Siapakah manusia yang baik?” Maka Nabi SAW
menjawab: “Orang yang panjang umurnya dan baik pula amalannya. Lalu
ditanya lagi: Siapakah seburuk-buruk manusia? Maka Nabi SAW menjawab:
Orang yang panjang umurnya tetapi buruk amalannya.”

Hadis tersebut menjelaskan kepada kita bahawasanya setiap insan yang


mengaku beriman kepada Allah SWT dan juga hari akhirat tidak boleh
mensia-siakan usia yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Usia atau umur
tersebut perlulah diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat seperti
melakukan amal soleh dan menuntut ilmu.
2
Khutbah Jumaat Muhasabah Untuk Keberkatan Usia

Sidang Jemaah yang dimuliakan Allah,


Usia adalah amanah besar yang mesti dipelihara dan dimanfaatkan dengan
kebaikan dan amal soleh. Fitrah manusia cenderung mencintai harta dan
kesenangan dunia, juga mengimpikan usia yang panjang. Bahkan semakin
bertambahnya usia seseorang, keinginan terhadap harta dan hidup lama di
dunia semakin bertambah. Sedarlah bahawa kematian itu adalah sesuatu
yang pasti. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari
RHM daripada Anas Bin Malik RA, Nabi SAW:

ِ ‫ل ع ُمُرِه‬
ُ ْ ‫طو‬
ُ َ‫ل و‬
ِ ‫ن آد َم َ و َ يَكْب َر ُ م َع َه ُ اث ْنَانِ؛ ح ُُب المَا‬
ُ ْ ‫يَكْب َر ُ ا ب‬

Maksudnya: “Semakin berusia Anak Adam, semakin membesar bersama (di


jiwanya) dua perkara: Cintakan Dunia dan Panjang Umur.”

Seseorang yang dikurniakan Allah dengan usia yang panjang hendaklah


berwaspada dan jangan hanyut dibuai dengan nikmat dunia sehingga
mensia-siakannya. Sedangkan kurniaan usia yang panjang itu adalah ujian
daripada Allah SWT. Hal ini sebagaimana firman-Nya di dalam surah Fatir
ayat 37:

‫ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ‬

‫ﯶ‬
Maksudnya: “Bukankah kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan
masa yang cukup untuk berfikir dan beringat pada-Nya bagi sesiapa yang
suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula didatangi oleh Rasul (Kami) yang
memberi amaran, oleh itu rasailah azab seksa kerana orang-orang yang
zalim itu tidak akan beroleh apa pun pertolongan.”

3
Khutbah Jumaat Muhasabah Untuk Keberkatan Usia

Menurut Sheikh Sayyid al-Tantawi dalam kitabnya Tafsir al-Wasith, ayat ini
menjelaskan bagaimana Allah SWT memberi teguran dan amaran kepada
insan-insan yang terus lalai dengan kehidupan dunia sedangkan usia mereka
itu sebenarnya mampu untuk mencari kebenaran.

Hadirin yang dikasihi sekalian,


Sebelum tahun 2019 melabuhkan tirainya, marilah kita semua merenung dan
bermuhasabah terhadap segala amalan kita sepanjang tahun ini. Adakah ia
layak untuk dipersembahkan di hadapan Allah swt? Adakah amalan kita
selama ini mampu melepaskan diri daripada azab kubur dan kesengsaraan
di padang mahsyar kelak?

Kebanyakan manusia mengeluh kerana sibuk dengan kerjaya dan masalah


dunia sehingga tidak dapat merasai manisnya ibadah, tidak khusyuk dalam
solat dan malas melakukan ibadah dan kebajikan. Penyakit-penyakit ini perlu
diubati segera dan salah satu caranya adalah dengan bermuhasabah.
Amalan muhasabah juga akan membantu seseorang Muslim untuk
merencana perancangan lebih baik supaya apa dihajati akan mudah untuk
dilaksana. Saidina Umar al-Khattab RA pernah berkata:

‫ن عَلَي ْك ْم‬
َ َ ‫ل أَ ْن توْز‬
َ ْ ‫ل أَ ْن تحَا َسبوا؛ وَزِنوا أَ ن ْفسَك ْم قَب‬
َ ْ ‫أَ ُّيهَا النَّاس! حَاسِبوا أَ ن ْفسَك ْم قَب‬

Maksudnya: “Hisablah diri sebelum kamu dihisab dan timbanglah amalan


sebelum kamu ditimbang kelak pada hari akhirat”.

Kata-kata ini mengisyaratkan kepada kita bahawa amalan bermuhasabah


perlu diterapkan dalam budaya hidup setiap muslim melalui penilaian,
mengambil iktibar peristiwa silam dan seterusnya bertaubat serta berazam

4
Khutbah Jumaat Muhasabah Untuk Keberkatan Usia

untuk terus mara dalam menentukan kejayaan dalam hidup. Tambahan pula,
peristiwa yang telah berlalu adalah pengalaman yang mampu menginsafkan
seseorang terhadap kesilapannya di samping menjadi pengajaran berguna
dalam mendepani cabaran hidup.

Sidang Jemaah yang dimuliakan Allah,


Mimbar mengambil kesempatan untuk mengingatkan para Jemaah sekalian
berkaitan sesi persekolahan yang akan datang bahawa sebagai warga
masyarakat yang prihatin, kita mestilah mematuhi dan menghormati setiap
undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa
untuk melancarkan semua urusan keselamatan terutama di awal
persekolahan iaitu pada 2, 3 dan 6 Januari 2020. Pematuhan prosedur
berurusan dengan sekolah juga hendaklah melalui pejabat pentadbiran
sekolah agar semuanya dapat berjalan dengan teratur dan lancar. Mimbar
juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020
kepada semua muslimin yang dikasihi sekalian. Semoga Tahun 2020 akan
lebih memberikan kejayaan dan kecemerlangan kepada kita semua dalam
setiap perkara yang kita lakukan bagi mencapai kejayaan di dunia dan di
akhirat.

Sidang Jumaat yang berbahagia,


Sebagai kesimpulannya, beberapa pengajaran penting yang dapat diambil
dari khutbah pada minggu ini adalah:

Pertama: Usia adalah amanah besar yang mesti dipelihara. Ia harus


dimanfaatkan dengan pelbagai kebaikan dan ketaatan serta amal soleh.

5
Khutbah Jumaat Muhasabah Untuk Keberkatan Usia

Kedua: Usia manusia yang baik dinilai pada keberkatannya yang terhasil dari
amal solehnya.

Ketiga: Amalan bermuhasabah mampu menginsafkan seseorang terhadap


kesilapannya di samping menjadi pengajaran berguna dalam mendepani
cabaran hidup.

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, marilah kita sama-sama merenungi


firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 96:

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ‬
‫ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ‬
Maksudnya: “Demi sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) akan dapati
mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya)
melebihi tamak orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka
suka sekiranya dia boleh hidup seribu tahun, padahal umur yang panjang
sedemikian tidak dapat melepaskan dari azab Allah. Dan ingatlah Allah
sentiasa melihat apa yang mereka lakukan”.

،‫كي ِْم‬
ِ َ ‫ات وَالذِكْر ِ الْح‬ َ ِ ‫ وَنَف َعَنِي و َِإ َّياك ُ ْم بِمَا ف ِيْه ِ م‬،‫ن ال ْعَظِي ِْم‬
ِ َ ‫ن الآي‬ ِ ‫بَارَك َ اللّٰه ُ ل ِ ْي وَلكَك ُ ْم ب ِال ْقُر ْآ‬

‫ل قَو ْل ِ ْي هذ َا وَأَ سْ تَغْف ِر ُ اللّٰه َ الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي‬ َّ َ ‫ل م ِنِي وَم ِنْك ُ ْم تِلاوَتَه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو‬
ُ ْ ‫ أَ قُو‬.ُ ‫الِسمِي ُع ال ْعَلِي ْم‬ َ ‫وَتَق ََّب‬

،‫ات الأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم وَالأَ مْوَات‬


ِ َ ‫ات وَال ْمُؤْم ِنِيْنَ وَال ْمُؤْم ِن‬
ِ َ ‫وَلكَك ُ ْم وَلِِسَا ئِر ِ ال ْمُِسْل ِمِيْنَ وَال ْمُِسْل ِم‬

.ُ ‫حي ْم‬ َّ ُ ‫فَاسْ تَغْف ِر ُْوه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُو ْر‬


ِ ‫الر‬

6
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Muhasabah Untuk Keberkatan Usia‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫الِسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُح ََّمدِ ِن َّ‬


‫النب ِ ِي الْأَ م ِينِ‪ ،‬وَعَلَى آلِه ِ‬ ‫الصلَاة ُ و َ َّ‬ ‫الحمْد ُ لِلّٰه ِ ر َ ِ‬
‫ب ال ْع َالم َي ِنَ‪ ،‬و َ َّ‬

‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬


‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ ِسَا ٍ‬ ‫صحَابِه ِ َّ‬
‫الطاهِرِي َ‬ ‫وَأَ ْ‬

‫أن سَيِد َنَا مُح ََّمدًا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬


‫ك لَه ُ‪ ،‬وَأَ شْهَد ُ َّ‬ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإل ٓه َ ِإ َّ‬
‫لا اللّٰه ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬

‫أَ َّما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللّٰهِ‪ ،‬ا َِّتق ُوا اللّٰه َ ح ََّق تُق َاتِه ِ وَاع ْلَم ُوا َّ‬
‫أن اللّٰه َ أَ مَرَك ُ ْم ب ِأَ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أَ مَرَك ُ ْم‬

‫ل اللّٰه ُ تَع َالَى‪ :‬ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ‬ ‫ِالصلَاة ِ و َ َّ‬


‫التِسْل ِِيم عَلَى نَب ِيِه ِ الكْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬ ‫ب َّ‬

‫ﭷﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ‬

‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ص ََّلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ وَعَلَى آ ِ‬
‫ل‬ ‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ وَعَلَى آ ِ‬ ‫ا َ َّلله َُّم َ‬
‫ص ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا بَارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِنَا‬
‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ وَعَلَى آ ِ‬
‫سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬

‫مج ِيْدٌ‪.‬‬ ‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإ َّن َ‬


‫ك حَمِيْدٌ َ‬ ‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ وَعَلَى آ ِ‬

‫ن َّ‬
‫التاب ِع ِينَ وَت َابِع ِي‬ ‫ن و َ ع َنْ بَق َِّية ِ َّ‬
‫الصح َابَة ِ أَ جْم َع ِينَ‪ ،‬و َ ع َ ِ‬ ‫شدِي َ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ َّ‬
‫الرا ِ‬ ‫الله َُّم ع َ ِ‬
‫ض َّ‬‫ار َ‬
‫وَ ْ‬
‫ض ع ََّنا مَعَه ُ ْم يَا أَ ك ْر َم َ الْأَ ك ْرَم ِينَ‪.‬‬
‫ار َ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َ ْ‬ ‫َّ‬
‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ ِسَا ٍ‬

‫ات الأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم وَالأَ مْو َ ِ‬


‫ات‪.‬‬ ‫الله َُّم اغْفِر ْ لِل ْمُِسْل ِمِينَ وَالمُِسْل ِم َ ِ‬
‫ات وَالمُؤْم ِنِينَ وَالمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬

‫الص َّحة ِ و َ َّ‬


‫الِسلَامَة ِ م َل ِككَكنَا ككباوه د ُول ِي يڠ مَهَا م ُوليا‬ ‫ق وَال ْهِد َايَة ِ و َ ِ‬ ‫الله َُّم أَ ي ِ ْد بِد َوَا ِم َّ‬
‫التو ْف ِي ْ ِ‬ ‫َّ‬

‫سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ ‪ ،‬الِس ُلطَان ع َبْد ُ اللّٰه رِعَايَة ُ الد ِي ْن الكم ُصْ طَفَى‬

‫َاج أَ حْم َد شَاه الكمُِسْت َع ِي ْن باللّٰه‪.‬‬


‫ب ِاللّٰه شَاه ا ب ْ ِن المرحوم سُلْطَان ح ِ‬

‫‪7‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Muhasabah Untuk Keberkatan Usia‬‬

‫ك ككباوه د ُول ِي يڠ مَهَا م ُوليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪،‬‬
‫وَك َذل ِ َ‬

‫حو ْم الكم ُت َوَك ِلْ عَلَى‬


‫ْت الكمَر ْ ُ‬
‫تُونكو)‪ (Tunku‬حاجه عَزِي ْزَةْ أَ م ِي ْنَة ْ م َيْمُو ْنَة ْ ِإسْ كَنْدَرِ يَة ْ بِن ِ‬

‫اللّٰه سُلْطَان ِإسْ كَنْد َْر الحَاج‪.‬‬

‫ك‬
‫ات ب ِر َحْمَت ِ َ‬ ‫الله َُّم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُز َرَاءَه ُ وَقُضَاتَه ُ وَع َُّمالَه ُ وَرَعَاي َاه ُ م ِ َ‬
‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َ ال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬
‫حم َ َّ‬
‫الرا ِحم ِينَ ‪.‬‬ ‫يَا أَ ْر َ‬

‫ن وَأَ م َانٍ‪،‬‬ ‫الله َُّم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‪ ،‬سَ خَاء ً رَخ َاءً‪ ،‬د َار َ ع َ ْد ٍ‬
‫ل و َِإيمَانٍ‪ ،‬وَأَ ْم ٍ‬ ‫َّ‬

‫وَسَا ئ ِر َ بِلَادِ الْكمُِسْل ِمِينَ‪.‬‬

‫الله َُّم أَ ع َِّز ال ِْإسْ لَام َ وَال ْمُِسْل ِمِيْنَ ‪ ،‬وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي ِن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الد ِينَ‪،‬‬
‫َّ‬

‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْنِ‪.‬‬


‫ل كَل ِمَت َ َ‬
‫ل ال ْمُِسْل ِمِيْنَ‪ ،‬وَأَ ع ْ ِ‬
‫وَاخْذ ُلْ م َنْ خَذ َ َ‬

‫يا اهلل‪ ،‬جاديكنله كامي اورڠ ‪ ٢‬يڠ منديريكن صالة سچارا برجماعه دان منونايكن زكاة‬
‫ماللوءي ڤوست ڤوڠوتن زكاة مجليس اڬام إسالم واليه ڤرسكوتوان سرتا رحمتيله ڬولوڠن‬
‫يڠ منونايكن زكاة‪ .‬جاديكنله اوسها ‪ MAIWP‬دالم مڠاڬيهكن زكاة دواليه ڤرسكوتوان‬
‫سباڬاي ساتو لڠكه يڠ بركسن باڬي ملڤسكن اصناف دري بلڠڬو كميسكينن‪.‬‬

‫َاب َّ‬
‫النارِ‪.‬‬ ‫حِسَن َة ً وَق ِنَا عَذ َ‬
‫خرَة ِ َ‬
‫حِسَن َة ً وَفِي الْآ ِ‬ ‫ر َ َّبنَا آتنَِا فِي ُ‬
‫الدن ْيَا َ‬

‫عِبَاد َ اللّٰهِ‪،‬‬

‫ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂﮃﮄ ﮅ ﮆ‬

‫ﮇﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ‬

‫‪8‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Muhasabah Untuk Keberkatan Usia‬‬

‫فَا ْذك ُر ُوا اللّٰه َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُمْ‪ ،‬وَاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ‪ ،‬وَاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬

‫وَلَذِك ْر ُ اللّٰه ِ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬وَاللّٰه ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬

‫‪9‬‬

Anda mungkin juga menyukai