Anda di halaman 1dari 10

KHUTBAH JUMAAT

“SUAMI MULIAKANLAH ISTERIMU”


(10 Mac 2023M/ 17 Syaaban 1444H)
___________________________________________________________________________________________________________________________

ُُ‫ ُ َوأَ ْش َه ُُد ُأَ ُْن َُُل ُإِلَـُّٰوَ ُإَُِل ُالـ ّٰلُّو‬،‫ن ُاُلْـ َح ِمْي ِد‬ ُ‫ـح ْم ُُد ُلِـ ّٰلُِّو ُالْغَِ ي‬
َ ‫ل‬
َْ‫ا‬ُ ، ِ ّ‫اَلْـحم ُُد ُلِـ ّٰل‬
ُ
‫و‬ َْ
ُ.ُ‫ُ َوأَ ْش َه ُُدُأَ َُنُ َسي َدنَاُ ُُمـ َح َم ًداُ َعْب ُدُهُُ َوَر ُس ْولُُو‬،ُُ‫كُلَُو‬ َُ ْ‫َو ْح َدُهَُُُلُ َش ِري‬
ُ.‫ص ْحبُِِوُ َو َسلي ُْمُتَ ْسلِْي ًماُُ َكثِْيـًرا‬ ََ ‫و‬ ُ ُ
‫و‬ِِ‫اَلـ ّٰلّه َُمُص يُلُعلَىُسي ِدنَاُ ُمـح َم ٍُدُوعلَىُآل‬
ََ َ ُ َ َ َ ُ
ُ‫ ُاتَـ ُق ْوا ُالـ ّٰلُّوَ ُ َح َُق ُتُـ َقاتُِِو ُ َوَُل ُُتَـ ُم ْوتُ َُن ُإَُِل ُ َوأَنْـتُ ُْم‬،‫اد ُالـ ّٰلُِّو‬
َُ َ‫ ُفَـيَا ُ ِعب‬،‫أََما ُبَـ ْع ُد‬
.‫ُم ْسلِ ُم ْو َُن‬
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
subhanahu wata’ala dengan menunaikan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Semoga kita beroleh kejayaan,
kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Khatib
mengingatkan para jemaah agar memberi sepenuh perhatian
kepada khutbah yang akan disampaikan dan tidak melakukan
perkara-perkara yang lagha (sia-sia) seperti berbual-bual atau
menggunakan telefon. Marilah kita bersama-sama mendengar dan
menghayati khutbah yang bertajuk : “Suami Muliakanlah
Isterimu”.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Keluarga yang bahagia adalah perkara yang diinginkan oleh semua
manusia. Kebahagiaan dalam rumahtangga hanya dapat dibina
melalui aturan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah subhanahu
1
wata'ala menerusi al-Quran dan as-Sunnah. Sebagai suami dan
ketua keluarga, tanggungjawab untuk memastikan kebahagiaan
dan kesejahteraan keluarga di dunia dan akhirat dapat dicapai
merupakan amanah yang sangat besar. Tanggungjawab ini
diperingatkan oleh Allah subhanahu wata'ala melalui firman-Nya
dalam surah at-Tahrim ayat 6:

          

           

Maksudnya: Wahai orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan


keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:
manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh
malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak
menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya
kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang
diperintahkan.

Isteri adalah amanah yang telah dititipkan kepada seorang suami


melalui ikatan perkahwinan. Apabila ijab dan qabul telah dimaterai,
bermulalah perjalanan sebuah rumahtangga yang menjadi amanah
Allah subhanahu wata'ala yang sangat besar. Jika sebelum
pernikahan, kehormatan seorang anak perempuan menjadi
tanggungjawab si ayah, kini ia telah beralih di atas bahu seorang
suami. Suami harus sedar, besarnya peranan dan tanggungjawab
tersebut kerana ia bakal dipersoalkan di hadapan Allah subhanahu
wata'ala kelak. Justeru, suami harus bersifat qawwam dalam
2
memimpin isteri sepertimana yang telah dinyatakan di dalam Surah
An-Nisa' ayat 34 :

           

...   

Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang


bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah
telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan)
atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah
membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta
mereka….

Istilah qawwam berasal daripada perkataan qaim yang bermaksud


bertanggungjawab, mengambil berat, memenuhi keperluan,
mengurus, prihatin, memimpin, mengawal dan membela. Setiap
suami harus memiliki sifat-sifat tersebut dalam memimpin keluarga
terutamanya kepada isteri dan anak perempuan. Usah abaikan
mereka tanpa bimbingan agama sehingga mereka melakukan
perkara-perkara yang mengundang dosa.

Hakikatnya, pengabaian suami terhadap didikan agama kepada


isteri dan anak-anak juga merupakan satu dosa. Lebih
menyedihkan lagi jika suami hanya membiarkan perlakuan dosa
yang dilakukan oleh isteri dan anak-anak tanpa ada langsung
teguran dan nasihat untuk mendidik mereka sehingga mereka
berterusan melakukan pelanggaran terhadap perintah Allah

3
subhanahu wata'ala. Inilah yang menjadikan suami itu seorang
yang dayus. Renungkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam an-
Nasa’ie rahimahullah, daripada Abdullah bin Umar radiallahu
anhuma, bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda
yang maksudnya:

((Tiga golongan yang Allah tidak akan memandang mereka pada


hari kiamat, iaitu seorang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya,
seorang perempuan yang menyerupai lelaki dan seorang lelaki
yang dayus.))

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Suami yang baik adalah suami yang menghormati dan meninggikan
darjat isterinya. Dia sentiasa menjaga kehormatan dan keaiban
isterinya. Aurat isteri tidak didedahkan kepada khalayak, kisah
keintiman tidak diceritakan kepada rakan, bahkan keburukan dan
aib isteri hanya dipendamkan dan tidak disebarkannya kepada
sesiapa pun kecuali di hadapan mereka yang berhak seperti hakim
di mahkamah dengan tujuan menyelesaikan sesuatu konflik. Inilah
suami mithali yang memahami peranannya dalam
mempertahankan maruah isteri. Justeru, pastikan isteri dan anak-
anak sentiasa menjaga batas pergaulan dan tidak mendedahkan
aurat. Pastikan pemakaian mereka tidak terpengaruh dengan trend
yang menyalahi panduan syariat khususnya melalui media-media
sosial yang banyak mempamerkan budaya negatif.

Suatu ketika dahulu, para wanita dieksploitasi mengikut hawa


nafsu. Kedudukan mereka dalam masyarakat direndahkan serta
4
hak mereka dipinggirkan. Syariat Islam telah menyelamatkan para
wanita dengan mengangkat martabat mereka di suatu kedudukan
yang tinggi dan mulia.

Para wanita juga turut berperanan penting seperti seorang lelaki


dalam hal-hal tertentu. Justeru, kemuliaan yang telah Islam berikan
kepada mereka haruslah dipertahankan dengan cara mendidik
mereka mengikut perintah Allah subhanahu wata'ala dan memimpin
mereka untuk mengamalkan Islam secara sempurna. Suami juga
seharusnya mengizinkan isterinya mendapatkan didikan Islam
daripada orang lain sekiranya dia sendiri tidak mampu
memberikannya dengan sempurna.

Kaum lelaki hendaklah mempersiapkan diri dengan bekalan


secukupnya dalam memimpin bahtera rumah tangga dan keluarga.
Akidah yang mantap perlu dimiliki oleh kaum lelaki supaya mereka
dapat berperanan sebagai khalifah yang benar-benar
melaksanakan tanggungjawab yang berkualiti berpaksikan nilai-nilai
ajaran Islam dan mengamalkan nilai-nilai kekeluargaan Islam.
Selain daripada itu, pengetahuan tentang pelbagai ilmu dan
kemahiran yang berkaitan dengan keibubapaan dan kekeluargaan
juga perlu diperolehi untuk menjadi bekalan agar kebahagiaan yang
dibina dalam rumah tangga selaras dengan tuntutan agama.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah


Mengakhiri khutbah pada minggu ini, beberapa kesimpulan sebagai
pedoman buat kita semua:

5
Pertama: Isteri adalah amanah yang telah dititipkan kepada
seorang suami melalui ikatan perkahwinan. Suami harus sedar,
besarnya peranan dan tanggungjawab tersebut kerana ia bakal
ditanya di hadapan Allah subhanahu wata'ala kelak.

Kedua: Suami hendaklah melaksanakan tuntutan qawwam iaitu


bertanggungjawab, mengambil berat, memenuhi keperluan,
mengurus, prihatin, memimpin, mengawal dan membela isteri dan
anak-anak berpaksikan petunjuk al-Quran dan as-Sunnah.

Ketiga: Jangan biarkan kemungkaran dan perkara keji berlaku


dalam rumahtangga tanpa teguran kerana ia menyebabkan ketua
keluarga atau suami terjerumus ke lembah kemurkaan dan
kebinasaan.

Mengakhiri khutbah, marilah kita bersama-sama menghayati firman


Allah subhanahu wata’ala dalam surah al-Furqan, ayat 74:

ِ ‫الرِح‬
.‫يم‬ َّ ‫الر ْح َم ـٰ ِن‬ ِ ‫ بِس ِم‬.‫الرِج ْي ِم‬
َّ ‫اهلل‬ ْ َّ ِ َ‫الش ْيط‬
‫ان‬ َّ ‫ن‬
َ
ِ ‫اهلل‬
‫م‬ ِ ِ‫أَعُوذُ ب‬
ْ
          

  

Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang)
yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami
beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara
yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam
ikutan bagi orang yang (mahu) bertaqwa.

6
‫آن ُالْ َع ِظْي ِم‪َُ ،‬ونَـ َف َع ِن َُوإِيَا ُك ْم ُُبِـ َما ُفِْي ِو ُِم َنُ‬
‫بارَك ُاهللُُُِِل ُولَ ُكم ُِِف ُالْ ُقرء ِ‬
‫َْ‬ ‫َ ْ‬ ‫ََ‬
‫ُى َو ُال َس ِمْي ُعُ‬ ‫و‬ ‫َ‬
‫ُ‬
‫ن‬ ‫ِ‬
‫إ‬‫‪ُ،‬‬ ‫و‬ ‫ت‬
‫َ‬‫و‬ ‫ُ‬
‫ل‬ ‫َ‬ ‫ات ُوال يذ ْك ِر ُاُلْـح ِكي ِم‪ُ،‬وتَُـ َقبَل ُِم ين ُوِمْن ُكم ُتِ‬ ‫اآلي ِ‬
‫َ ْ َ َ ْ َ ْ َُ ُ ُ‬ ‫َ َ‬
‫َستَـ ْغ ِفُر ُاهللَ ُالْ َع ُِظْي َم ُِِل َُولَ ُك ْم‪َُ ،‬ولِ َسائِِرُ‬ ‫ُو‬ ‫ا‪،‬‬ ‫ذ‬‫َ‬ ‫ُى‬ ‫ِل‬‫ِ‬
‫الْ َعلْ ُ ُ ْ َ ْ َ َ ْ‬
‫أ‬ ‫و‬ ‫ـ‬ ‫ق‬ ‫ُ‬ ‫ل‬‫ُ‬ ‫و‬ ‫ـ‬ ‫ق‬‫َ‬‫أ‬ ‫ُ‬ ‫‪.‬‬ ‫ُ‬
‫م‬ ‫ي‬‫ِ‬
‫ُى َوُ‬ ‫و‬‫َ‬‫ن‬‫ِ‬
‫إ‬‫ُ‬ ‫ه‬‫و‬ ‫ر‬ ‫ات‪ُ ،‬فَاستـ ْغ ِ‬
‫ف‬ ‫ات‪ُ ،‬والْمؤِمنِْي ُوالْمؤِمنَ ِ‬ ‫الْمسلِ ِمْي ُوالْمسلِم ِ‬
‫ْ َ ُْ ُ ُ ُ‬ ‫َ ُْ َْ َ ُْ‬ ‫ُ ْ َْ َ ُ ْ َ‬
‫الْغَ ُف ْوُرُالَرِحْي ُُم‪.‬‬

‫‪7‬‬
KHUTBAH JUMAAT KEDUA
______________________________________________________________________________________________________________________

ُُ‫ُأَ ْش َه ُد ُأَ ْن َُل ُإِلَُـّٰـوَ ُإَِل ُاهلل‬.‫َُحْ ًداُ َكثِ ًرياُ َك َماُأ ََمَُر‬ َ ‫ـح ْم ُد ُلِّٰلّ ِو‬َ ‫ل‬
َْ‫ا‬ ُ. ِ ّ‫اَلْـحم ُد ُلِّٰل‬
ُ
‫و‬ َْ
ُ‫ُاَل ّٰلّ ُه َم‬.ُ‫اُعْب ُدهُ َُوَر ُس ْولُُو‬
َُ ‫اُمـ َح َم ًد‬ ُُ َ‫ُسي َُدن‬َ ‫ن‬َ َ
‫أ‬ ُ ‫د‬ُ ‫ه‬ ‫ش‬
ْ
َ َ َ‫أ‬
‫ُو‬، ‫و‬
ُ ‫ل‬
َ ُ ‫ك‬َ ‫ي‬
ْ‫ر‬ِ ‫ُش‬
َ ‫َو ْح َدهُ َُل‬
ُ‫ُأََما‬.‫ْي‬ َُ ْ ِ‫َْجَع‬
ْ ‫َص َحابِِوُأ‬ ‫أ‬
‫ُو‬ ‫و‬ِِ‫اُمـح َم ٍدُوعلَىُأّٰل‬ ُ ‫ن‬
َ ِ ‫صلُوسليمُوبا ِرْكُعلَىُسي‬
‫د‬
ْ َ ّٰ َ َ َ ُ َ ّٰ َ َ َ ْ َ َ ‫َ ي‬
ُ.‫ُح َقُتُـ َقاتِِوُلَ َعلَ ُك ْمُتُـ ْفلِ ُح ْو َُن‬ ‫اُاهلل‬‫و‬ ‫ق‬ َ
‫ـ‬ ‫ت‬ِ‫ُا‬،‫ُاهلل‬
ِ ‫اُعباد‬ ِ ‫ُفَـي‬،‫بـع ُد‬
َ َ ُ َ َ َ َْ
Kaum Muslimin yang dirahmati Allah,
Pada musim tengkujuh ini, mimbar menyeru agar kita sentiasa
berwaspada dan mengikuti nasihat yang diberikan oleh pihak
berkuasa dari masa ke masa sama ada yang berkaitan dengan
kemungkinan banjir mahupun keadaan perairan untuk apa sahaja
aktiviti. Pada masa yang sama, kita hendaklah sentiasa melakukan
kawalan kendiri dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan terdedah
kepada bahaya wabak penyakit. Teruskanlah memohon
keampunan dan bermunajat kepada Allah subhanahu wata’ala agar
diangkat segala wabak dan musibah daripada kita dan dikurniakan
keselamatan dan kesejahteraan buat diri, keluarga, masyarakat,
negeri dan negara.

ُ:‫ال‬
َُّٰ ‫قَ َالُاهللُُتَـ َع‬
           

  

8
ُ‫ت‬ ‫ي‬ َ
‫ل‬ ‫اُص‬ ‫م‬ ‫ك‬َ ُ، ٍ ‫اَل ّٰلّه َم ُصل ُعلَ ُى سي ِدنَاُمـح َم ٍد ُوعلَى ُأّٰ ُِل سي ِدنَاُمـح َم‬
ُ
‫د‬
َ َْ َ َُ َ ّٰ َ َ َ ُ َ ّٰ َ ‫ُ َ ي‬
ُ‫ُعلَ ُّٰى َسي ِدنَا‬ ‫ك‬ ْ ِ
‫ر‬ ‫ا‬
َ َ َ َ ْ َْ ‫ب‬‫ُو‬ ، ‫م‬ ‫ي‬ ِ ‫علَ ُى سي ِدنَا ُإِبـر ِاىيم ُوعلَى ُأّٰ ُِل سي ِدنَا ُإِبـر‬
‫اى‬ َ ّٰ َ َ َ ْ َ ْ َ ّٰ َ
ُ‫ت ُ َعلَىٰ ُ َسي ِدنَا ُإِبْـَر ِاىْي َم‬ ‫ك‬‫ار‬
ْ ‫ُب‬ ‫ا‬ ‫م‬
َ ََ ََ ََ ُ َ َ ‫ك‬ ُ ، ٍ
ُ
‫د‬ ‫م‬ ‫ح‬ ‫ـ‬ ‫م‬ ُ ‫ا‬ ُ
‫ن‬‫د‬ِ ‫ي‬‫س‬ ُ
‫ل‬ِ ّٰ
‫ُأ‬ ‫ى‬ ٍ
ّٰ َ َ ‫ُمـ َح َم‬
َ‫ل‬‫ع‬ ‫و‬ ُ ُ
‫د‬
.‫َُحْي ٌدُ َمـ ِجْي ٌُد‬
َِ ‫ك‬ َ‫ن‬ِ
‫إ‬ُ، ‫ْي‬ ‫م‬ِ ‫ل‬
َ ‫ا‬ ‫ع‬ُْ
‫ل‬
َ َ ْ َ ْ َ ْ َ ْ َ ّٰ َ َ ‫ُا‬ ‫ُِف‬،ِ ‫م‬ ‫ي‬ ِ ‫وعلَىُأّٰ ُِل سي ِدنَاُإِبـر‬
‫اى‬
ِ ‫ات ُاْألَحي‬
ُ‫آء‬ ِ َ‫ات ُوالْمؤِمنِْي ُوالْمؤِمن‬ ِ ‫اَل ّٰلّه َم ُا ْغ ِفر ُلِْلمسلِ ِمْي ُوالْمسلِم‬
َْ ُْ َ َْ ُْ َ َ ْ ُ َ َْ ْ ُ ْ ُ
ُ‫اض َي‬ِ َ‫ات ُويا ُق‬ ِ ‫َُسيع ُقَ ِريب ُم ِـجيب ُالدَعو‬ َِ ‫ك‬ َ
‫ن‬ ِ
‫إ‬ ُ . ُ
‫ات‬ ِ ‫و‬ ‫م‬ ُ
‫األ‬
َ ْ ‫ُو‬ ‫م‬‫ه‬ ‫ـ‬ ‫ن‬
ْ ِ
ُ
‫م‬
ََ ََ ُ ْ ُ ٌ ْ ٌ ْ َ َْ َ ْ ُ
ُِ ‫اج‬
.‫ات‬ َ ‫اُلْـ َح‬
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami, ibubapa kami,
ahli keluarga dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan,
kedamaian dan kebahagiaan kepada kami semua dalam kehidupan
di dunia dan di akhirat.

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-


Mu kepada kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin
Negara kami, khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong Malaysia, dan juga pemimpin-pemimpin negeri
kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
Sarawak.

Ya Allah! Kurniakanlah kami rezeki yang halal lagi diberkati,


hindarilah kami dari sebarang bentuk gejala rasuah dan
perlanggaran kepada peraturan dan undang-undang. Kurniakanlah
keselamatan dan kesejahteraan, jadikanlah kami ummah yang
9
berkualiti dan berintegriti demi mencapai negara yang aman dan
makmur serta mendapat perlindungan-Mu, ya Allah.

Ya Allah, Ya Dzal Jalali Wal Ikram! Ya Allah, kukuhkanlah


perpaduan dan kesatuan kami dalam aqidah, ibadah dan akhlak di
bawah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Limpahkanlah ke atas
kami nikmat keselamatan, kesihatan dan keafiatan khususnya
kepada mereka yang terjejas akibat banjir. Kurniakanlah
kesembuhan kepada mereka yang diuji dengan penyakit-penyakit
dan bebaskanlah negara kami daripada segala perkara yang tidak
diingini dan wabak penyakit.

ُ،‫ُأّٰ ِم ْْي‬.‫اب ُالنَا ُِر‬ ‫ذ‬


َ ‫اُع‬ ‫ن‬ِ‫آلخرِة ُحسنةً ُوق‬ ِ ْ‫ُالدنْـياُحسنَةً ُوِِف ُا‬ ُّ ِ
‫اُِف‬ ‫ن‬ِ‫ربـَنَآُأّٰت‬
َ
َ َ َ ََ َ َ َ ََ َ َ َ
َُ ْ ‫بُالْ َعالَ ِم‬
.‫ْي‬ َ ‫اُر‬ ‫ُي‬ ‫ْي‬ ‫م‬ ِ ّٰ‫أ‬
َ َ ْ
ِ ‫آء‬ِ ‫ُوإِيت‬.‫ان‬ ُِ ‫ِعبَ َاد‬
ُ‫ُذيُالْ ُق ْرَ َّٰب َُويَـْنـ َه ّٰى‬ َ َ ُِ ‫ إِ َن ُاهللَ ُيَأْ ُمُر ُبِالْ َع ْد ِل َُواْ ِإل ْح َس‬.‫ُاهلل‬
َُ‫ُفَاذْ ُكُرواُاهلل‬.‫ُيَعِظُ ُك ْم ُلَ َعلَ ُك ْم ُتَ َذ َكُرْو َُن‬.‫آء َُوالْ ُمْن َك ِر َُوالْبَـ ْغ ُِي‬ ِ ‫ع ِن ُالْ َفحش‬
َْ َ
ُ‫ضلِ ِو‬
ْ َ‫اسأَلُ ْـوهُ ُِم ْن ُف‬ ‫و‬ ُ . ُ
‫م‬ ‫ك‬
ُ ‫د‬
ْ‫ز‬ِ ‫ُي‬ ِ ‫ ُوا ْش ُكروه ُعلَى ُنِع ِم‬.‫الْع ِظيم ُي ْذ ُكرُك ُم‬
‫و‬
ْ َ ْ َ َ ّٰ َ ُ ْ ُ َ ْ ْ َ َ ْ َ
َّ ‫ٰأَقِْي ُمو‬.‫صنَ عُو َٰن‬
.‫اٰالص ََلِٰة‬ ‫ت‬
َ ٰ‫ا‬ ‫ٰم‬ ‫م‬ ‫ل‬
َ
ْ َ ُ ْ َ ُ َ َُ‫ع‬ ‫ي‬ ٰ ُ
‫اهلل‬
‫و‬ ُ. ُ
‫ر‬ ‫ـ‬ ‫ب‬‫ك‬ْ َ‫أ‬ ُ ِ ‫ُولَ ِذ ْكر‬.‫يـع ِط ُك ُم‬
‫ُاهلل‬ ُ َ ْ ُْ

10

Anda mungkin juga menyukai