Anda di halaman 1dari 12

Tarikh Dibaca: 28 JULAI 2023M l 10 MUHARRAM 1445H

Tajuk:

“PERJUANGAN YANG TIDAK AKAN


MATI, PAHLAWAN DATANG SILIH
BERGANTI”
***

Terbitan:
Unit Khutbah
Bahagian Pengurusan Masjid
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
0
Khutbah Jumaat 28 Julai 2023M /10 Muharram 1445H: “Perjuangan Yang Tidak Akan Mati, Pahlawan Datang Silih Berganti”
Jabatan Agama Islam Selangor

“PERJUANGAN YANG TIDAK AKAN


MATI, PAHLAWAN DATANG SILIH
BERGANTI”
ۡ‫ض ذل أ ۡعمَٰل ُهم‬ ُِ ‫ وٱ ذَّلِين قُتِلُوا ْ ِف سبيل ٱ ذّللِ فلن ي‬:‫َا ْل َح ْم ُد ل َّل ِه ْال َقآئل‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِ
ۡ ُ ‫ذ‬ ‫ذ‬ ۡ ُ ُُ ُۡ ۡ ُ ُ ۡ ‫ سي ۡهديه ۡم و ُي‬٤
1
٦ ‫خلهم ٱۡلنة عرفها لهم‬ ِ ‫د‬ ‫ي‬ ‫و‬ ٥ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ال‬ ‫ب‬ ‫ح‬ ِ ‫ل‬ ‫ص‬ ِ ِ
ً‫يك َل ُه َو َأ ْش َه ُد َأ ان ُم َح امدا‬
َ ‫َأ ْش َه ُد َأ ْن اَّل إ َل ََه إ اَّل ا الل ُه َو ْح َد ُه ََّل َشر‬
ِ ِ ِ
ََ َ ‫ََ َ َ ُ َ ا‬ َ َ ‫ا‬ ُ ‫َْ ُ ُ ََ ُ ُْ ُ ا‬
‫ اللهم ص ِل وس ِلم على س ِي ِدنا محم ٍد وعلى‬.‫عبده ورسوله‬
َ.‫ص ْحب َه َأ ْج َمع ْي َن‬ َ ‫آل َه َو‬
ِ ‫ِ ِے‬ ‫ِ ِے‬
َ ْ َ َ ‫ا‬ َ ْ ُ ْ ُ َ ‫َ ا َ ْ ُ َ َ َ ُّ َ ْ ُ ْ ُ َ ا ُ ْ ا‬
‫ أو ِصيكم وِإياي ِبتقوى‬،‫ فيآ أيها اْلس ِلمون ِاتقوا الله‬،‫أما بعد‬
َ‫َ َ ْ َ َ ْ ُ ا ُ ن‬
َ . ‫للا فقد فا اْلتقو‬ َِ
ُ ‫ذ‬ ‫ُ ْ ذُ ْ ذ‬ ‫ذ‬ ُّ َََ ُ‫َ َ ا‬
‫ يأيها ٱَّلِين ءامنوا ٱتقوا ٱّلل حق تقاتِهِۦ وَل‬:‫قال الله تعالى‬ َٰٓ
ُ ۡ ُّ ُ ‫ُ ُ ذ ذ‬
2
١٠٢ ‫تموتن إَِل وأنتم مسلِمون‬
Muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT


dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita akan digolongkan
dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beroleh kejayaan di dunia dan
akhirat.

1
Muhammad : 4-6.
2
Ali-Imran : 102.

1
Khutbah Jumaat 28 Julai 2023M /10 Muharram 1445H: “Perjuangan Yang Tidak Akan Mati, Pahlawan Datang Silih Berganti”
Jabatan Agama Islam Selangor

Bersempena Sambutan Hari Pahlawan Negara pada 31 Julai, maka


tajuk khutbah hari ini untuk kita hayati ialah “PERJUANGAN YANG TIDAK
AKAN MATI, PAHLAWAN DATANG SILIH BERGANTI”.

Hadirin sekalian,

Allah SWT telah mengarahkan orang-orang yang beriman supaya


sentiasa bersedia membela agama Islam, mempertahankan negara dan
berjuang dengan ikhlas dan berani. Allah SWT telah berfirman dalam surah
At-Taubah ayat 14:
ُ ۡ ُ
ۡ‫ك ۡم عل ۡيهم‬ ۡ ۡ ُ ۡ ُ ۡ ُ ‫َٰ ُ ُ ۡ ُ ۡ ُ ُ ذ‬
ِ ‫قتِلوهم يع ِذبهم ٱّلل بِأي ِديكم ويخ ِزهِم وينُص‬
ۡ ُّ ۡ ُ ُ ۡ
١٤ ‫ويش ِف صدور قو ٖم مؤ ِمنِني‬
“Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan
(perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta
menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan memuaskan hati orang-
orang yang beriman.”

Allah SWT menegaskan bahawa orang-orang yang mengaku beriman


akan diuji sehingga jelas nyata orang-orang yang benar-benar berjuang dan
berjihad mempertahankan agama, bangsa dan negara. Allah tidak mensia-
siakan mereka yang berjuang kerana Allah SWT malah Allah mengurniakan
pahala berlipat kali ganda sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nisa'
ayat 96:

ً ‫ح‬ ‫ذ‬ ٗ ُ ُ‫ذ‬ ٗ ۡ ٗ ۡ ُۡ


٩٦ ‫يما‬ ِ ‫ر‬ ‫ا‬‫ور‬ ‫ف‬‫غ‬ ‫ّلل‬ ‫ٱ‬ ‫ن‬‫َك‬ ‫و‬ ‫ة‬ ٖ َٰ ‫درج‬
‫ت مِنه ومغ ِفرة ورۡح‬
“Iaitu beberapa darjat kelebihan daripada-Nya dan keampunan serta
rahmat belas kasihan dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.”

Hadirin Jumaat yang dirahmati Allah,

2
Khutbah Jumaat 28 Julai 2023M /10 Muharram 1445H: “Perjuangan Yang Tidak Akan Mati, Pahlawan Datang Silih Berganti”
Jabatan Agama Islam Selangor

Jati diri pahlawan negara seperti pejuang kemerdekaan, tentera, polis


dan anggota keselamatan lain adalah sangat kuat dan sangat berkesan
dalam perjuangan membebaskan dan mempertahankan tanah air daripada
cengkaman musuh dari tahun 1511 sehinggalah merdeka. Kepercayaan dan
keyakinan pahlawan negara terhadap pegangan Islam dapat dilihat jelas dan
diketahui dalam sejarah mereka menjadi punca kekuatan jati diri pahlawan
negara. Catatan sejarah menunjukkan bahawa pejuang-pejuang
pembebasan Tanah Melayu belajar dan mengamalkan ilmu-ilmu Islam
dengan bersungguh-sungguh seperti ilmu tauhid, fekah dan tasawuf yang
merupakan asas agama Islam bagi menguatkan perjuangan mereka. Apabila
merasakan kehidupan tercabar, negara terjajah, 3 ilmu inilah yang menjadi
pengikat membentuk kesatuan ummah dan mencetus jihad serta menyuntik
semangat keberanian dan semangat rela berkorban mereka demi agama,
bangsa dan tanah air.

Pahlawan-Pahlawan negara gagah menentang penjajah


menggambarkan bahawa mereka mempunyai kefahaman agama yang tinggi
bahawa mempertahankan agama dan negara adalah kewajipan fardhu ain.
Malah, kebanyakan pahlawan negara adalah golongan ulama atau anak-
anak murid kepada para ulama.

Sebagai contoh, perkembangan yang menimpa umat Islam di negeri-


negeri Melayu pada zaman penjajahan telah mendapat perhatian serius
dalam kalangan ulama-ulama berketurunan Melayu yang sedang menuntut
dan mengajar di Mekah antaranya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani.
Dalam kitab-kitab tauhid, fekah dan tasawuf beliau, Sheikh Daud selalu
menekankan kewajipan umat Islam untuk berjihad sekiranya negeri mereka
dijajah oleh orang-orang kafir. Hukum jihad ini kekal sehingga umat Islam
mendapat kembali negeri yang dikuasai oleh orang-orang kafir. Berpegang
kepada pesanan-pesanan ini, pahlawan-pahlawan negara bertekad untuk
menentang penjajah dari kalangan orang kafir. Selain itu, perwira-perwira

3
Khutbah Jumaat 28 Julai 2023M /10 Muharram 1445H: “Perjuangan Yang Tidak Akan Mati, Pahlawan Datang Silih Berganti”
Jabatan Agama Islam Selangor

negara ini berjuang dan berjihad membebaskan penderitaan rakyat yang


dibebani dengan pelbagai jenis penindasan seperti cukai-cukai yang
melampau yang dikenakan kepada rakyat oleh penjajah pada ketika itu.

Hadirin Jumaat yang dikasihi sekalian,

Berakhirnya era perjuangan pahlawan-pahlawan negara ketika itu


tidaklah bererti berakhirnya perjuangan pada hari ini. Mereka yang
mencetuskan penentangan pada pihak penjajah tanpa rasa gentar demi
mempertahankan agama dan tanah air tercinta walaupun kemenangan tidak
berpihak kepadanya. Maka hari ini hendaklah kita meneruskan semangat
jihad mereka tanpa rasa takut dan pengecut. Bagi mereka, perjuangan itu
bukan dinilai sama ada kalah mahupun menang tetapi apa yang penting
adalah semangat juang yang ikhlas mempertahankan maruah agama Islam,
bangsa dan negara demi menegakkan keadilan dan kebenaran. Janganlah
pula kita gadaikan kesucian agama, rosakkan diri dan musnahkan keluarga
dengan penyakit tamak dan dengki mencari kepentingan dunia, harta,
pangkat dan kedudukan. Bagi mereka, kebenaran dan keikhlasan berjuang
bukan untuk memperoleh sanjungan dan pujian, sudah pasti akan
menghasilkan kejayaan di dunia dengan keamanan, kejayaan di akhirat
dengan syurga. Mereka yakin perjuangan ini akan diteruskan oleh pejuang
warisan yang seterusnya dengan syarat jika generasi pada hari ini
mempunyai jati diri yang beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia seperti
jati diri mereka.

Hari ini, pengorbanan pahlawan-pahlawan dan perwira-perwira negara


seakan sudah luput daripada ingatan kita apabila amat payah untuk
mendengar kisah-kisah mereka. Orang sekarang ini sudah tidak lagi
memberi perhatian tentang cerita-cerita perjuangan mereka. Ramai yang
lebih suka cerita cinta dan cerita politik. Itu belum kira ada yang memandang
rendah jasa anggota pasukan keselamatan kita. Bukan sedikit juga pada hari
ini yang lebih simpati terhadap orang politik berbanding terhadap pejuang-

4
Khutbah Jumaat 28 Julai 2023M /10 Muharram 1445H: “Perjuangan Yang Tidak Akan Mati, Pahlawan Datang Silih Berganti”
Jabatan Agama Islam Selangor

pejuang kita. Kerana itu kita perlu mengetahui sejarah dan cerita perjuangan
mereka bagi memupuk semangat cintakan agama, bangsa dan tanahair
untuk mengekalkan ketuanan Melayu dan kesejahteraan negara.
Sesungguhnya, sejarah mereka sendiri akan mendorong kita kepada
kefahaman dan perpaduan. Sejarah mereka memainkan peranan penting
sebagai pencari kebenaran, pembentuk sikap yang berani dan sayangkan
keamanan dan bencikan perpecahan.

Jika kita membaca dan mendengar kisah dan cerita para perwira
negara, ternyata dan terserlah kesucian jiwa dan keikhlasan hati mereka.
Peribadi seperti ini mnyebabkan musuh negara berasa gerun jika
bertembung dengan perwira negara. Mereka sanggup mengorbankan masa
muda mereka untuk berjuang demi agama dan negara. Meninggalkan
keluarga, insan tersayang dan kampung halaman demi sebuah perjuangan
jauh di hutan belantara yang berdurikan musuh yang tidak kenal erti
kemanusiaan.

Hadirin yang dimuliakan,

Sebenarnya Allah menghendaki umat Islam memerangi musuh Allah,


musuh Islam dan musuh negara untuk menguji umat Islam sehingga
diketahui siapakah yang benar-benar beriman dan berjihad sungguh-
sungguh. Kalau Allah berkehendak membinasakan musuh-musuh-Nya
nescaya dapat dibinasakan-Nya dengan segera dengan kudrat-Nya tanpa
mengerahkan umat Islam memerangi mereka. Allah berfirman dalam surah
Muhammad ayat 4:

ۡ ُ ۡ ْ ُۡ َٰ ۡ ُ ۡ ُ ‫ۡ ُٓ ذ‬
‫ض‬
ٖۗ ٖ ‫كن ِّلبلوا بعضكم بِبع‬
ِ ‫ولو يشاء ٱّلل لنتُص مِنهم ول‬
“Apabila Allah menghendaki nescaya Allah membinasakan mereka
tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang
lain.”

5
Khutbah Jumaat 28 Julai 2023M /10 Muharram 1445H: “Perjuangan Yang Tidak Akan Mati, Pahlawan Datang Silih Berganti”
Jabatan Agama Islam Selangor

Semoga perjuangan pahlawan negara diterima Allah dan dihapuskan


dosa dianugerahkan pahala yang berlipat kali ganda. Semoga sejarah
perjuangan mereka dapat dihayati serta diingati oleh generasi hari ini dan
akan datang. Semuga pemergian mereka meninggalkan jasa dan nama
yang baik serta dapat dicontohi oleh kita semua. Semuga semangat dan
keberanian perwira negara kita menjadi inspirasi kepada anak-anak muda
sekarang bagi mencintai dan mempertahankan tanah air, agama Islam dan
bangsa yang tercinta. Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar
dicucuri rahmat dan keampunan kepada roh pahlawan-pahlawan kita yang
gugur syahid dan ikhlas dalam perjuangan mereka.

Ganjaran mati syahid fisabilillah ini adalah lebih besar dan tidak dapat
manusia tentukan dan hitungkan. Allah SWT berfirman dalam surah
Muhammad ayat 4 hingga 6 yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan
Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan
mensia-siakan amal-amal mereka. Allah akan memimpin mereka yang
berjuang (ke jalan mendapat sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan
mereka baik dan berguna (di dunia dan di akhirat). Serta memasukkan
mereka ke dalam Syurga yang telah dijanjikan dan diterangkan sifat-sifatnya
kepada mereka.”

Hadirin Jumaat yang dikasihi sekalian,

Bagi mengakhiri khutbah ini, marilah kita mengambil pengajaran seperti


berikut:

1. Umat Islam hendaklah yakin bahawa perjuangan


mempertahankan kesucian Islam dan kedaulatan negara adalah suatu
kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada setiap Muslim.

6
Khutbah Jumaat 28 Julai 2023M /10 Muharram 1445H: “Perjuangan Yang Tidak Akan Mati, Pahlawan Datang Silih Berganti”
Jabatan Agama Islam Selangor

2. Umat Islam hendaklah mencontohi dan menghargai perjuangan


dan pengorbanan pahlawan-pahlawan negara yang ikhlas menyelamat dan
mempertahankan negara.
3. Umat Islam yang berjuang dan berjihad pada jalan Allah
hendaklah yakin dengan janji-janji Allah yang memberikan kemenangan di
dunia, dikurniakan mati syahid dan ganjaran syurga di akhirat kelak.
4. Umat Islam janganlah melupakan jasa-jasa pahlawan negara
bahkan sentiasalah mendoakan kebaikan untuk mereka.

ْ‫الرجي ِم‬
‫الشيْطان ذ‬‫ذ‬ ‫ُ ُْ ذ‬
ِ ِ ‫أعوذ بِاّللِ مِن‬
ۡ ُ ۡ ‫ذ‬ ‫ذ‬ ْ ُّ ْ ُ ‫ذ‬
َٰ
١ ‫يل ٱّللِ أضل أعملهم‬ ِ ِ ‫ٱَّلِين كفروا وصدوا عن سب‬
“Orang-orang yang kafir serta menghalangi (dirinya dan orang lain) dari
jalan Allah, Allah sia-siakan segala amal mereka”.
(Muhammad : 1).

ْ‫ َو َن َف َعن ْي َوإ اي ُاكم‬،‫للا ل ْي َو َل ُك ْم في ْال ُق ْرآن ْال َع ِظ ْيم‬ ُ ‫َبا َر َك‬


ِ ِ ِ ِ ِ ِ
ْ‫الذ ْكر ْال َح ِك ْيم َو َت َق اب َل من ْي َوم ْن ُكم‬ َ‫اآليات و‬
ِ
َ ‫ب َما ف ْيه م َن‬
ِ ِِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
ُ.‫السم ْي ُع ْال َع ِل ْيم‬ ‫ إ ان ُه ُه َو ا‬،‫الو َت ُه‬
َ ‫ت‬
ِ ِ ِ
َ َ ْ ُ ََ ْ َ ْ َ ْ َ ُ ْ َ ْ ََ َ َ ْ ْ َ ُ ُ َ
‫أقول قو ِلي هذا وأستغ ِفر للا الع ِظيم ِلي ولكم وِلس ِآئ ِر‬
ُ ْ ‫ا‬ ُ ْ ُ َ ْ َ ُ ُ ‫َ ْ َ ْ ُْ ُ ا‬ َ ْ ُْ َ َ ْ ْ ُْ
َ ‫ فاستغ ِفروه ِإنه هو الغفور الر ِحي َم‬،‫ات‬ ِ ‫اْلس ِل ِمين واْلس ِلم‬

7
‫”‪Khutbah Jumaat 28 Julai 2023M /10 Muharram 1445H: “Perjuangan Yang Tidak Akan Mati, Pahlawan Datang Silih Berganti‬‬
‫‪Jabatan Agama Islam Selangor‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬
‫َ‬ ‫ْ َ ْ ُ ا ا ْ َ ََ َ َ ُْ ْ ْ َ َ َ َ َ َ َ ا‬
‫الحم َد ِلل ِه ال ِذي جعلنا ِمن اْلس ِل ِمين‪ ،‬ور قنا ِمن الط ِيب ِ َ‬
‫ات‪.‬‬
‫للا َو ْح َد ُه َََّل َشرْي َك َل ُه‪َ ،‬و َأ ْش َه ُد َأنا‬
‫َأ ْش َه ُد َأ ْن اَّل إ َل َه إ ا ََّل َُ‬
‫ِ‬ ‫ِ ِ‬
‫ُ َ ا ً َ ْ ُ ُ َ َر ُ ْ ُ ُ ا ُ ا َ َ َ ْ َ َ ْ َ َ َ َ‬
‫محمدا عبده و سوله‪ .‬اللهم ص ِل وس ِلم وبا ِرك على س ِي ِدنا‬
‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َ َ ْ ََ ْ َ‬ ‫ُ َ ا َ ََ‬
‫محم ٍد وعلى َِآل َِه وصح ِب ِه ومن ت ِبعهم ِب ِإحس ٍان ِإلى يو ِم‬
‫يك ْم َوإ ايايَ‬‫ُ‬ ‫اُ ْ اَ ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ َا َ ُْ َ‬
‫ِ‬ ‫وص‬
‫للا‪ِ ،‬اتقوا الله‪ ،‬أ ِ‬ ‫الدي ِن‪ .‬أما بعد‪ ،‬فيا ِعباد ِ‬ ‫ِ‬
‫َ َ ْ َ َ ْ ُ ا ُ ْ نَ‬ ‫ى‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬
‫للا فقد فا اْلتقو ‪.‬‬ ‫ِبتقو ِ‬
‫‪Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,‬‬

‫‪Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan‬‬


‫‪melakukan ketaatan kepada-Nya dan menjauhkan diri daripada perbuatan‬‬
‫‪keji dan maksiat.‬‬

‫لئكت ُهۥ يُص ُّلون لَع ٱنلذب يَٰأ ُّيها ٱ ذَّلِين ءام ُنوا ْ ص ُّلوا ْ عليهِۡ‬ ‫َٰٓ‬ ‫ذ ذ‬
‫ِِ‬ ‫إِن ٱّلل وم ِ‬
‫ً‬ ‫ۡ‬ ‫ُ ْ‬
‫وسلِموا تسليما ‪٥٦‬‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ََ‬ ‫اُ ا َ َ َ ْ ََ َ َ ُ َ ا َ ََ‬
‫اللهم ص ِل وس ِلم على س ِي ِدنا محم ٍد وعلى ِآل ِه َوأصح ِاب ِه‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬
‫أجم ِعي َن‪َ .‬‬

‫‪8‬‬
‫”‪Khutbah Jumaat 28 Julai 2023M /10 Muharram 1445H: “Perjuangan Yang Tidak Akan Mati, Pahlawan Datang Silih Berganti‬‬
‫‪Jabatan Agama Islam Selangor‬‬

‫َ‬ ‫َ ُْْ ْ َ َ ُْْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ا ُ ا ْ ْ ْ ُ ْ ْ َ َ ُْ‬


‫ات واْلؤ ِم ِنين واْلؤ ِمن ِ َ‬
‫ات‬ ‫اللهم اغ ِفر ِللمس ِل ِمين واْلس ِلم ِ‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫ا‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫ٌ‬ ‫ْ‬ ‫ا َ َ ٌْ َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ َ ْ َ ُْ ْ َ َ‬
‫ات‬‫ات‪ِ ،‬إنك س ِميع ق ِريب م ِجيب الدعو ِ‬ ‫الحيا َِ ِمنهم والمو ِ َ‬ ‫َ‬
‫ْ‬ ‫َ ُْ ْ ْ َ ََ‬ ‫َ اُ ا َ ا ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ََ َ َ ْ‬
‫س َِل َِم َي َن‪ ،‬وأه ِل ِك‬ ‫اْل َ‬ ‫السالم َو َ‬ ‫ات‪َ .‬ا َلل َه َم َأ َِع َز َ‬ ‫اض ي الحاج ِ‬ ‫ويا ق ِ‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ َ َ َ َ َ ُْْ َ َ َ َ ُْ ْ‬
‫الكفرة واْلبت ِدعة واْلش ِر ِكين‪َ .‬‬
‫الم ْين‪َ ،‬و َن ْس َأ ُلكَ‬ ‫اُ ا ا َ ْ َُ َ َََ َ ا ُ َْ َ َ َ َ‬
‫َ‬

‫ك َ َِ ِ‬ ‫اللهم ِإنا نسألك ونتوسل ِإليك ِبن ِب ِي َ‬


‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ َ َْ َ‬ ‫َ‬ ‫َ ْ َ َ ْ ُ ْ َ َ َ َ ُْ ْ‬
‫ِبأسمآ ِئك الحس َنى‪ ،‬و ِصفا ِتك العظمى‪ ،‬أن تحفظ ِبعي ِن‬
‫الص َم َدان اية‪َ ،‬ج ََال َل َة َملكناَ‬ ‫ا‬ ‫الرابان اي َة‪َ ،‬وبح ْفظ و َق َايتكَ‬ ‫ا‬ ‫ع َن َايتكَ‬
‫ِِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ ِ ِِ ِ ِ ِ‬ ‫ِ ِ‬
‫ُْ َ َ َ ُ‬ ‫ُ‬ ‫ُْ َ ا ُ ْ َ‬
‫الدين ادريس شاه‬ ‫اْلعظ ِ َم‪ ،‬سلطان س َال َڠور‪ ،‬سلطان ش َرف ِ‬
‫ُ‬ ‫َ َ‬ ‫ُْ َ‬
‫الدين عبد العزيز شاه‬ ‫الحج ابن اْلرحوم سلطان ص َالح ِ‬
‫ا َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ا‬ ‫َ‬ ‫َْْ َ َ ْ َ ََ‬ ‫َ اُ ا َ‬
‫الصحة‬ ‫الحج‪ .‬اللهم أ ِد ِم العون وال ِهداية والتو ِفي َق‪ ،‬و ِ‬
‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َو ا‬
‫السألمة ِمنك‪ِ ،‬لو ِل ِى عه ِد س َال َڠور‪ ،‬تڠكو أ ِمير شاه ِاب ِن‬
‫ْ َْ َ َ َ‬ ‫ُّ ْ َ َ َ ُ‬
‫الدين ادريس شاه الحج‪َِ ،‬ف َي أم ٍن وص َال ٍح‬ ‫السلطان شرف ِ‬
‫اال َجالل َوال ْك َرام‪َ .‬ا الل ُه ام َأ ِطلْ‬ ‫َ َ ْ‬ ‫َ‬ ‫َ َ َ َ َ ََ‬
‫وعا ِفي ٍة ِبم ِنك وكرمک يا ذ‬
‫ِ ِ‬ ‫ِ‬
‫الرع اية َو ْالب ََالد‪َ ،‬وبلغْ‬ ‫ا‬ ‫صل َح ْين ل ْل ُم َو اظف ْي َن وَ‬ ‫ُع ْم َر ُه َما ُم ِْ‬
‫ِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ ِ‬
‫ُْ َ َ ا َ‬ ‫ََ َ َُ َ‬
‫اصدهما ِلط ِر ِيق اله َدى والرش ِاد‪َ .‬‬ ‫مق ِ‬ ‫َ‬

‫‪Ya Allah! Kurniakanlah petunjuk kepada kami untuk mendirikan solat‬‬


‫‪fardu lima waktu secara berjemaah, menunaikan zakat melalui Lembaga‬‬
‫‪Zakat Selangor, mewakaf harta melalui Perbadanan Wakaf Selangor dan‬‬

‫‪9‬‬
Khutbah Jumaat 28 Julai 2023M /10 Muharram 1445H: “Perjuangan Yang Tidak Akan Mati, Pahlawan Datang Silih Berganti”
Jabatan Agama Islam Selangor

menginfakkan harta pada Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI)
dan kepada anak-anak yatim melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Jadikanlah kami antara hamba-Mu yang menjaga amanah. Kuatkan


iman kami agar menjauhi perbuatan khianat serta jauhkan kami termasuk
dalam golongan yang mengabaikan tanggungjawab dan jauhi negeri dan
negara kami daripada kehancuran disebabkan perbuatan rasuah,
penyelewengan dan salah guna kuasa. Serahkan tanggungjawab memimpin
negara kami kepada hamba-Mu yang amanah dan jujur serta tegas lagi
berani menegakkan kebenaran dan melaksanakan keadilan berlandaskan
syariat. Jadikanlah Ya Allah masjid dan surau di Negeri Selangor rumah-
rumah-Mu yang aman, mempersatukan dan menjadi nadi kekuatan ummah.

َ‫ ِا ْد َف ْع َع انا َه َذا ْال َو َبا َ َو ْال َب َال ََ َو ْاْلَ َرض‬، ِ ‫الل ُه اَم َيا َدا ِف َع ْال َب َال‬
‫ا‬
ٍْ ‫ف إ ان َك َع َلى ُكل َش ى‬ ُ ْ َ َ َ ْ ُ َ َ ْ َ َ َ ‫َ ا‬
ِ ِ ‫ ِبلط ِفك يا ل ِطي‬،‫والشدا ِئ ْد و ِاْلحن‬
ٌ.‫َق ِد ْي ٌر َوبال َج َاب ِة َج ِد ْير‬
ِ ِ
ً‫ب نلا م ِۡن أ ۡزوَٰجنا و ُذر ذيَٰتنا قُ ذرة أ ۡع ُني وٱ ۡجع ۡلنا ل ِۡل ُم ذتقني إماما‬
ۡ ‫ر ذبنا ه‬
ِ ِ ٖ ِ ِ ِ
٧٤
‫ذ‬ ٗ ٗ ۡ ُّ ٓ ‫ذ‬
٢٠١ ِ‫خرة ِ حسنة وق ِنا عذاب ٱنلار‬ ِ ‫ربنا ءات ِنا ِِف ٱدلنيا حسنة و ِِف ٱٓأۡل‬
ۡ ُ ۡ ٓ ۡ ۡ ۡ ۡ ُ ۡ ‫ذ ذ ذ‬
َٰ ‫َب وين‬
‫ه‬ ۡ َٰ ‫ٱۡلح‬
َٰ ‫س ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقر‬ ُ
ِ ‫ إِن ٱّلل يأمر بِٱلعد ِل و‬،ِ‫عِباد اّلل‬
ُ ‫ُ ُ ۡ ذ ُ ۡ ذ‬ ۡ ۡ ُ ۡ ٓ ۡ ۡ
٩٠ ‫غ يعِظكم لعلكم تذكرون‬ ِۚ ِ ‫ع ِن ٱلفحشاءِ وٱلمنك ِر وٱۡل‬

10
Khutbah Jumaat 28 Julai 2023M /10 Muharram 1445H: “Perjuangan Yang Tidak Akan Mati, Pahlawan Datang Silih Berganti”
Jabatan Agama Islam Selangor

ْ َ ْ ُْ ُ َْ َ ْ َ ْ
ْ،‫اش ُك ُر ْو ُه َع َلى ِن َعم ِه َيز ْد ُكم‬ َ‫َف ْاذ ُك ُرو ْا للا‬
َِ ِ ‫ا‬ ‫الع ِظيم يذكركم و‬
َ‫ضله ُي ْعط ُك ْم َو َلذ ْك ُر للا َأ ْك َب ُر َوالل َُه َي ْعل ُم ما‬
ْ ‫َف‬ ْ‫اس َأ ُل ْو ُه من‬
ْ ‫َو‬
ِ ِ ِ ِِ ِ
َ‫َ ْ َ ُ ن‬
ِ . ‫ت ص نع و‬

11

Anda mungkin juga menyukai