Anda di halaman 1dari 9

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk:

RAMADHAN DINANTI, KEAMANAN DINIKMATI

Tarikh Dibaca:

24 SYAABAN 1444H/
17 MAC 2023M

Disediakan oleh:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

*Tajuk cadangan
Khutbah Jumaat Ramadhan Dinanti, Keamanan Dinikmati

RAMADHAN DINANTI, KEAMANAN DINIKMATI


17 MAC 2023 / 24 SYAABAN 1444H

ِ ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِلّٰه ِ الْق َآئ‬


:‫ل‬

﴾‫الرجِيم‬َّ ‫ن‬ َّ ‫ن‬


ِ ‫الشيْطَا‬ َ ِ ‫﴿أَ ع ُوذ ُ ب ِالله ِ م‬
َ ُ‫َۡ ُ ۡ ََذ ُ ۡ َذ‬ َ ‫َ ُ َ َ ُ َ ََ ذ‬ ُ ُ ۡ َ َ َ ُ ْ ُ َ َ َ ‫َ َٰٓ َ ُّ َ ذ‬
‫ٱلصيام كما كتِب لَع ٱَّلِين مِن قبلِكم لعلكم تتقون‬ ِ ‫يأيها ٱَّلِين ءامنوا كتِب عليكم‬

١٨٣

ِ ‫الله َُّم ص‬
‫َل‬ َّ .ُ ‫ و َأَ شْهَد ُ أَ َّن مُح ََّمدًا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإلا َ الله ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬

َ ‫ فَيَا عِبَاد‬،ُ ‫ أَ َّما بَعْد‬.ِ‫وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آلِه ِ و َصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الدِين‬

.َ‫ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتَِقْو َى الله ِ وَطَاع َتِه ِ لَع ََّل ك ُ ْم تُفْلِحُون‬،َ‫ ا َّتق ُوا الله‬،ِ‫الله‬

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Bertakwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam
naungan Allah SWT. Khatib mengingatkan para jemaah agar memberi sepenuh perhatian
kepada khutbah yang akan disampaikan dan tidak melakukan perkara-perkara yang lagha
seperti menggunakan telefon dan berbual-bual. Alangkah ruginya jika kita sudah berada
dalam masjid ini tetapi kita masih terleka dengan urusan dunia.

Pada hari ini, khatib akan menyampaikan khutbah yang bertajuk: “Ramadhan Dinanti,
Keamanan Dinikmati”.

1
Khutbah Jumaat Ramadhan Dinanti, Keamanan Dinikmati

Sebelum itu, khatib juga ingin mengingatkan sidang jemaah sekalian agar terus istiqamah
mengimarahkan masjid, surau dan majlis-majlis ilmu, serta saling berpesan antara satu
sama lain dalam usaha menyeru melakukan kebaikan dan memberi peringatan dalam
mencegah sebarang bentuk kemungkaran. Perbaikilah hubungan sesama kita dan
jauhilah prasangka buruk antara satu sama lain kerana ia tidak mendatangkan
keuntungan sedikit pun melainkan kebinasaan yang berpanjangan. Semoga keamanan di
negara kita terus subur dan berkekalan sampai bila-bila. Insya-Allah.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Lebih kurang lima hari sahaja lagi kita akan memasuki Bulan Ramadhan. Bulan yang Allah
SWT sebutkan penuh dengan kelebihan dan tawaran kepada hamba-hamba-Nya yang
bersungguh-sungguh mencari keredhaan dan keampunan-Nya. Bulan Ramadhan
memiliki banyak kelebihan dan dinyatakan dengan jelas oleh Allah SWT melalui firman-
Nya dalam Surah al-Baqarah ayat 185 yang antara lain menyatakan bahawa Bulan
Ramadhan merupakan bulan diturunkan al-Quran dan terkandung kewajipan berpuasa
yang tidak terdapat dalam bulan-bulan lain.

Oleh sebab itu, setiap muslim perlu bersungguh-sungguh melaksanakan setiap kewajipan
dan mempersembahkan ketaatan mereka kerana di situlah kunci utama dalam mencapai
keampunan dan keredhaan Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:

ِ ‫ غ ُف ِر َ لَه ُ م َا تَق ََّدم َ م ِنْ ذَن ْبِه‬،‫ ِإ يمَان ًا و َاحْتِسَاب ًا‬،َ‫م َنْ صَام َ رَمَضَان‬

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan


dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu”. (Hadis riwayat
Imam al-Bukhari dan Muslim)

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Bagi menghadapi Bulan Ramadhan, khatib ingin mengajak sidang Jemaah sekalian untuk
kita mempersiapkan diri dengan persiapan rohani dan jasmani supaya kita dapat
menempuhi ujian-ujian dalam Bulan Ramadhan dengan kuat dan sabar. Ramadhan satu-
satunya bulan yang diwajibkan ke atas umatnya yang mukallaf untuk berpuasa selama
sebulan. Kefardhuan ini jelas menuntut kesediaan mental dan fizikal umat Islam bagi
memastikan ibadah puasanya itu benar-benar menjadi asbab kepada tercapainya darjat

2
Khutbah Jumaat Ramadhan Dinanti, Keamanan Dinikmati

takwa kepada Allah SWT. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
ِ ‫السم َاء‬
َّ ُ‫ح ف ِيه ِ أَ ب ْوَاب‬ َّ ‫أَ تَاك ُ ْم رَمَضَانُ شَهْر ٌ م ُبَارَك ٌ ف َر ََض‬
ُ َ ‫الله ُ ع ََّز وَج ََّل عَلَي ْك ُ ْم صِيَام َه ُ تُفْت‬

ِ ‫الشيَاطِينِ ل َِّله ِ ف ِيه ِ لَيْلَة ٌ خَيْر ٌ م ِنْ أَ ل‬


ٍ‫ْف ش َ ْهر‬ َّ ُ ‫ق ف ِيه ِ أَ ب ْوَابُ الْ جحَ ِِيم و َتُغ َُل ف ِيه ِ م َرد َة‬
َ ُ َ ‫و َتُغْل‬

Maksudnya: “Telah datang kepadamu Bulan Ramadhan, bulan yang diberkati, Allah telah
mewajibkan padamu berpuasa pada bulan itu. Dalam bulan itu dibuka pintu-pintu langit,
dan ditutup pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dibelenggu. Pada bulan itu terdapat
satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan”. (Sunan al-Nasa’i)

Khatib juga ingin mengingatkan sidang Jemaah sekalian untuk mempersiapkan mental
dengan menanamkan rasa kecintaan dan kerinduan yang tinggi kepada kehadiran
Ramadhan al-Mubarak. Dengan wujudnya rasa cinta ini, ia akan menaikkan semangat kita
untuk menyambut Ramadhan dengan amal ibadah yang banyak dan terus istiqamah
dengannya. Tawaran-tawaran menarik yang dijanjikan melalui al-Quran dan hadis-hadis
Nabi Muhammad SAW merupakan motivasi terpenting bagi setiap umat Islam untuk
melaksanakan setiap perintah dan mempersembahkan ketaatan kepada Allah SWT.
Tiada tawaran dan janji yang sangat diharapkan oleh hamba-hamba-Nya melainkan
tawaran dari Allah SWT jua kerana sesungguhnya Allah SWT tidak pernah memungkiri
janji-Nya.

Dalam kesempatan yang ada menjelang Ramadhan ini, kita masih lagi berpeluang untuk
mengulang kaji ilmu berkaitan ibadah puasa, adab, zakat, dan sebagainya. Hadirilah
majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh banyak masjid dan surau yang mengadakan kuliah
ulang kaji berkaitan Ramadhan. Kemudahan teknologi semasa yang tersedia kini juga
boleh kita manfaatkan untuknya dan tidak ada alasan lagi untuk kita mengelaknya.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Dalam khutbah hari ini juga, khatib ingin menyentuh tentang aspek keamanan dan
keselamatan di negara kita. Keamanan sesebuah negara bergantung kepada kerjasama
erat antara seluruh rakyat dan pihak berkuasa. Dalam konteks negara kita Malaysia, Polis
Diraja Malaysia (PDRM) bertanggungjawab dan diberikan mandat dalam urusan

3
Khutbah Jumaat Ramadhan Dinanti, Keamanan Dinikmati

memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan


keselamatan Malaysia, mencegah dan mengesan penjenayah, menangkap dan
mendakwa pesalah, serta mengumpul risikan keselamatan. Tanggungjawab dan peranan
ini sememangnya bertepatan dengan prinsip Maqasid al-Syariah yang memelihara nyawa,
agama, akal, keturunan dan harta.

Pekerjaan sebagai anggota polis sebenarnya merupakan pekerjaan yang mulia kerana
tugas dan tanggungjawabnya memelihara keamanan dan keselamatan awam agar kekal
terpelihara. Semangat, dedikasi dan keikhlasan warga pasukan polis sepanjang
menjalankan penugasan untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada
masyarakat dengan sanggup mengetepikan kepentingan diri, demi tugas dan amanah
kepada negara dapat dilihat dan dinilai oleh masyarakat.

Dalam pada itu, masyarakat juga mestilah memainkan peranan yang sama dalam
membendung setiap kegiatan jenayah dan pelanggaran undang-undang daripada berlaku
dengan memberikan kerjasama serta menyalurkan maklumat agar tindakan segera dapat
diambil.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Dengan izin Allah SWT jua dan berkat dari kerjasama seluruh lapisan masyarakat kepada
PDRM, statistik menunjukkan penurunan kadar Jenayah Indeks Malaysia bagi tahun
2022. Jenayah indeks dapat dipecahkan kepada dua kategori iaitu jenayah kekerasan dan
jenayah harta benda. Berdasarkan statistik Jenayah Indeks seluruh negara, sebanyak
50,819 kes direkodkan bagi tempoh Januari hingga Disember 2022, berbanding 52,974
kes dalam tempoh yang sama pada tahun 2021. Hal ini menunjukkan penurunan
sebanyak 2,155 kes atau 4.1 peratus. Insya-Allah, kita berharap juga pada tahun ini dan
tahun-tahun mendatang, kadar jenayah di negara kita akan terus dapat dikurangkan.

Mengambil kesempatan bersempena Peringatan Hari Polis ke-216 yang disambut pada
25 Mac ini, bersama-samalah kita mendoakan semoga pasukan PDRM sentiasa
dianugerahi rahmat dan perlindungan Allah SWT, terus diberi kecekalan dengan cabaran
yang mendatang, serta berkhidmat dengan penuh integriti dan tanggungjawab demi
agama, bangsa dan negara. Khatib juga berpesan kepada setiap warga PDRM untuk terus
memperkasakan integriti, memantapkan penyampaian perkhidmatan dan mendukung
4
Khutbah Jumaat Ramadhan Dinanti, Keamanan Dinikmati

dasar dan usaha kerajaan dalam mengekalkan kesejahteraan masyarakat agar PDRM
terus kekal relevan dan diyakini sebagai agensi ulung dan penguat kuasa utama negara.

Justeru, mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib ingin menyimpulkan khutbah kepada
beberapa rumusan;
Pertama: Allah SWT menyebutkan tentang beberapa kelebihan Bulan Ramadhan dan
seharusnya peluang dan tawaran ini tidak dipersia-siakan oleh setiap umat Islam dalam
usaha meraih keselamatan dunia dan akhirat.
Kedua: Setiap umat Islam wajar mempersiapkan rohani dan jasmani mereka dalam
menyambut Bulan Ramadhan dan menunaikan kefardhuan yang terkandung padanya.
Ketiga: Aspek keselamatan dan keamanan negara bergantung kepada kerjasama erat
seluruh masyarakat dan pihak keselamatan negara seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tanggungjawab dan peranan memelihara keamanan dan keselamatan negara ini
sememangnya bertepatan dengan prinsip Maqasid al-Syariah yang memelihara nyawa,
agama, akal, keturunan dan harta.

Firman Allah SWT:


َ ۡ ُ َ َ ‫َ َ َ َ ُ ْ َ َ ۡ َ ذ ۡ َ َٰ َ َ َ َ َ ُ ْ َ َ ۡ ۡ َ ۡ ُ ۡ َ َٰ َ ذ ُ ْ ذ َ ذ ذ‬
‫اب‬
ِ ‫ٱۡلث ِم وٱلعدو ِ ِۚن وٱتقوا ٱّللٰۖ إِن ٱّلل ش ِديد ٱل ِع‬
‫ق‬ ِ ‫ب وٱتلقوىٰۖ وَل تعاونوا لَع‬
ِ ِ ‫وتعاونوا لَع ٱل‬

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan


bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat
azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)”. (Surah al-Maaidah ayat
2)

،‫كي ِْم‬
ِ َ ‫َات و َالذِكْر ِ الْح‬ َ ِ ‫ و َنَف َعَن ِ ْي و َِإ َّياك ُ ْم بِمَا ف ِيْه ِ م‬،‫ن ال ْعَظِي ِْم‬
ِ ‫ن الْآي‬ ِ ‫بَارَك َ الله ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ‬
‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأَ سْ تَغْف ِر ُ الله َ الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي‬ َّ َ ‫ل م ِن ِ ْي وَم ِنْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو‬
ُ ْ ‫ أَ قُو‬.ُ ‫السمِي ْ ُع ال ْعَلِي ْم‬ َ ‫و َتَق ََّب‬
،‫ات‬ ِ َ ‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو‬ ِ َ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن‬ ِ َ ‫و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم‬
.ُ ‫حي ْم‬ َّ ُ ‫فَاسْ تَغْف ِرُوْه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر‬
ِ ‫الر‬

5
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Ramadhan Dinanti, Keamanan Dinikmati‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُح ََّمدِ ِن َّ‬


‫النب ِ ِي الْأَ م ِينِ‪ ،‬و َعَلَى آلِه ِ‬ ‫َالصلَاة ُ و َّ‬ ‫َب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬و َّ‬‫ا َ ْلحم َْد ُ ل َِّله ِ ر ِ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬
‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫صحَابِه ِ َّ‬
‫الطاهِرِي َ‬ ‫و َأَ ْ‬
‫أن سَيِد َن َا مُح ََّمدًا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬
‫ك لَه ُ‪ ،‬و َأَ شْهَد ُ َّ‬ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإ َّ‬
‫لا الله ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬
‫أَ َّما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللهِ‪ ،‬ا َِّتق ُوا الله َ ح ََّق تُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أَ َّن الله َ أَ م َرَك ُ ْم ب ِأَ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أَ م َرَك ُ ْم‬
‫ذ ذ َ َ َ َ َٰٓ َ َ ُ ُ َ ُّ َ َ َ‬
‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬إِن ٱّلل وملئِكتهۥ يصلون لَع‬ ‫ِالصلَاة ِ و ََّالتسْل ِِيم عَلَى ن َب ِيِه ِ ال ْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬
‫ب َّ‬
‫ً‬ ‫ۡ‬ ‫ذ ََٰٓ َ ُّ َ ذ َ َ َ ُ ْ َ ُّ ْ َ َ ۡ َ َ ُ ْ َ‬
‫ب ي يأيها ٱَّلِين ءامنوا صلوا عليهِ وسلِموا تسلِيما ‪٥٦‬‬ ‫ٱنل ِ ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ص ََّلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل‬ ‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬ ‫ا َ َّلله َُّم َ‬
‫ص ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ب َارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِنَا‬
‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫مج ِيْدٌ‪.‬‬
‫ك حَمِيْدٌ َ‬‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاه ِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإ َّن َ‬ ‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ن َّ‬
‫التاب ِع ِينَ و َتَابِع ِي‬ ‫ن و َع َنْ بَق َِّية ِ َّ‬
‫الصح َابَة ِ أَ جْم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫شدِي َ‬
‫الرا ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ َّ‬ ‫الله َُّم ع َ ِ‬
‫ْض َّ‬ ‫و َار َ‬
‫ْض ع ََّنا م َعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْرَم َ الْأَ ك ْرَم ِينَ‪.‬‬ ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َار َ‬ ‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫َّ‬
‫ات‪.‬‬ ‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو َ ِ‬ ‫الله َُّم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬
‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬
‫َالص َّحة ِ و َّ‬
‫َالسلَامَة ِ ج َلَالَة َ م َل ِكَ نَا ك باوه دولي يڠ مها‬ ‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬ ‫الله َُّم أَ ي ِ ْد بِدَو َا ِم َّ‬
‫التو ْف ِي ْ ِ‬ ‫َّ‬
‫موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ‪ ،‬الس ُلطَان عبد الله رِعَايَة ُ الدِي ْن ال م ُصْ طَفَى‬
‫ب ِالله شاه ابن المرحوم سُلْطَان حاج أحمد شاه ال مُسْت َع ِي ْن بالله‪.‬‬
‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪ ،‬تونكو‬
‫وَك َذل ِ َ‬
‫عزيزه أمينه ميمونه إسكندر يه بنت ال مرحوم ال م ُت َوَك ِلْ عَلَى الله سُلْطَان إسكندر‬
‫الحَاج‪.‬‬
‫ك‬
‫ات ب ِر َ ْحمَت ِ َ‬ ‫الله َُّم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع َُّمالَه ُ وَر َعَاي َاه ُ م ِ َ‬
‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬
‫حم َ َّ‬
‫الرا ِحم ِينَ‪.‬‬ ‫يَا أَ ْر َ‬

‫‪6‬‬
Khutbah Jumaat Ramadhan Dinanti, Keamanan Dinikmati

،ٍ‫ن و َأَ م َان‬ ٍ ‫ د َار َ ع َ ْد‬،ً‫ سَ خَاء ً رَخ َاء‬،‫الله َُّم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‬
ٍ ‫ و َأَ ْم‬،ٍ‫ل و َِإيمَان‬ َّ
.َ‫وَسَائ ِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِين‬
،َ‫ وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي ِن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الدِين‬، َ‫الله َُّم أَ ع َِّز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْن‬
َّ
.ِ‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْن‬َ َ ‫ل كَل ِمَت‬ِ ْ ‫ و َأَ ع‬،َ‫ل ال ْمُسْل ِمِيْن‬
َ َ ‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ‬
‫ظه َر َ مِنْهَا‬ َ َ ‫الله َُّم ادْف َعْ ع ََّنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح‬
َ ‫ م َا‬،َ‫ن و َال ْف ِتَن‬ َّ
.ٌ ‫ك عَلَى ك ُِل شَيْء ٍ قَدِيْر‬ َ ‫ ِإ َّن‬،ً ‫ن اْلمُسْل ِمِيْنَ ع َ َّامة‬ ِ ‫ وَم ِنْ بل ُ ْد َا‬،ً ‫َاصة‬ َّ ‫ م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ‬،َ‫وَم َا بَطَن‬
َ ‫حم‬
َ ‫ يَا أَ ْر‬،‫ وَم ِنْ س َِي ِئ الْأَ سْ ق َا ِم‬،‫ و َالْجُذ َا ِم‬،ِ‫ و َالْجن ُ ُون‬،ِ‫ن الب َرَص‬ َ ِ ‫الله َُّم ِإ َّنا نَع ُوذ ُ ب‬
َ ِ‫ك م‬ َّ
.َ‫ال َّرا ِحم ِيْن‬

Ya Allah! Dengan sifat-Mu Yang Maha Pemurah dan Maha Mendengar! Engkaulah yang
Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kami hamba-Mu yang lemah, merayu agar Engkau
ampunkan segala dosa yang telah kami lakukan. Ya Allah! Cukupkanlah kami dengan
rezeki yang halal dan jauhkanlah kami dari rezeki yang haram. Cukupkanlah kami dengan
kurniaan-Mu dari bergantung kepada selain-Mu. Hindarkanlah kami dari sebarang fitnah,
bala bencana, waba' penyakit, perbuatan-perbuatan keji dan munkar, seperti rasuah,
salah guna kuasa dan hiburan yang melalaikan. Hanya kepada-Mu jua Ya Allah, tempat
kami mengadu dan memohon pertolongan.

Ya Allah! Satukanlah kami atas agama-Mu dan hindarkan kami dari perselisihan serta
perpecahan yang berpanjangan. Ya Allah! Tunjukkanlah kebenaran itu sebagai
kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya),
dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk
menjauhinya serta menghapuskannya. Jangan jadikan yang benar dan batil itu samar-
samar bagi kami, yang akan menyebabkan kami sesat. Dan jadikanlah kami pemimpin
bagi orang-orang yang bertakwa. Jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang
istiqamah mendirikan solat secara berjemaah serta tekun mengimarahkan masjid.
Sesungguhnya hanya kepada-Mu jua Ya Allah, doa kami mohon diperkenan dan diterima.

َّ َ‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َاب‬


.ِ‫النار‬ َ ِ ‫خرَة‬
ِ ‫حسَن َة ً و َفِي الْآ‬ ُ ‫ر ََّبنَا آتنَِا فِي‬
َ ‫الدن ْيَا‬
،ِ‫عِبَاد َ الله‬
ۡ َ ۡ َ َ ُ ۡ َ ٓ َ ۡ َ ۡ َ َٰ َ ۡ َ َ َٰ َ ۡ ُ ۡ َٓ َ ۡ ۡ َ ۡ َۡ ُ َُۡ َ‫ذ ذ‬
َٰ ‫۞إِن ٱّلل يأمر ب ِٱلعد ِل وٱ ِۡلح‬
ِۚ ِ ‫س ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقرب وينَه ع ِن ٱلفحشاءِ وٱلمنك ِر وٱۡل‬
‫غ‬
َ ُ‫َ ُ ُ ۡ ََذ ُ ۡ ََ ذ‬
٩٠ ‫يعِظكم لعلكم تذكرون‬

7
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Ramadhan Dinanti, Keamanan Dinikmati‬‬

‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُمْ‪ ،‬و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ‪ ،‬و َاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬

‫وَلَذِك ْر ُ الله ِ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬

‫‪8‬‬

Anda mungkin juga menyukai