Anda di halaman 1dari 5

TUNTUTAN MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

TERHADAP UMAT ISLAM


( 01 September 2006 / 08 Sya’ban 1427 H )

: ‫اَ ْل َح ْم ُد ِهللِ ا ْلقَائِ ِل‬

َّ ‫َش َه ُد أ‬
ُ‫َن ُم َح َّم ًدا َع ْب ُده‬ َ ْ‫َش َه ُد أَ ْن الَ إِل هَ إِالَّ اهللُ َو ْح َدهُ الَ َش ِري‬
ْ ‫ َوأ‬,ُ‫ك لَ ه‬ ْ‫أ‬
‫َص َحابِ ِه‬ ِ ِ ٍ ِ
ْ ‫ص ّلِ َو َس لِّ ْم َعلَى َس يِّدنَا ُم َح َّمد َو َعلَى آل ه َوأ‬ َ ‫ اَللَّ ُه َّم‬.ُ‫َو َر ُس ْولُه‬
.‫َج َم ِع ْي َن‬
ْ‫أ‬

ِ ‫ص ْي ُكم وإِيَّاي بَِت ْق وى‬


‫اهلل َف َق ْد فَ َاز‬ ِ ‫ إَِّت ُق وا اهلل أُو‬،‫اهلل‬
ِ ‫اد‬ ِ
َ َ َْ ْ َ َ َ‫ َفيَا عب‬،‫أ ََّما َب ْع ُد‬
.‫ال ُْمَّت ُق ْو َن‬
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Marilah sama-sama kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t.
dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-
mudahan kita beroleh kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.

HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Kehidupan manusia di atas muka bumi ini tidak dapat lari dari hidup secara berjamaah
atau dengan kata lain “Hidup Bermasyarakat”. Apabila kita jauh dari sanak saudara dan
ahli keluarga, maka orang yang paling hampir dengan kita ialah jiran tetangga atau
sahabat handai yang tinggal dekat mahupun yang jauh dari kita. Firman Allah dalam
surah an-Nisa ayat 36 :

1
Maksudnya : “ dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah, dan janganlah kamu
mempersekutukannya dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada
kedua ibu bapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin dan
jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat dan orang-
orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki, sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang yang sombong takabur dan suka meninggi-ninggikan diri
”.

Berdasarkan ayat tersebut, dapat difahami bahawa melaksanakan tuntutan sosial sesama
umat Islam adalah salah satu tuntutan dalam Islam dan ia merupakan salah satu cabang
keimanan kita terhadap Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. melalui
sabda baginda :

‫بَ َح َو َه ُّمهُ غَْي َر‬I‫ص‬


ْ َ‫س ِم ْن ُه ٌم َو َمنْ ا‬ ْ ‫أ َ ْم ِر ا ْل ُم‬IIِ‫َمنْ لَ ْم يَ ْهتَ َّم ب‬
َ ‫لِ ِم ْي َن َفلَْي‬I‫س‬
.‫س ِم َن هللا‬ َ ‫هللاِ َفلَْي‬
) ‫( رواه الطبراني‬
Maksudnya : “Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin
maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari
mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada
golongan orang yang diredhai Allah”.

HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH,

Islam adalah agama persaudaraan dan perpaduan. Dalam persaudaraan dan perpaduan
terkandung nilai-nilai unggul seperti berbuat baik, berkasih sayang, hormat menghormati,
tolong menolong, amanah, jujur, bertimbang rasa dan sebagainya. Maka nilai-nilai ini
menjadi tunjang di dalam kehidupan bermasyarakat.

Justeru, tuntutan berbuat baik atau melakukan kebajikan tidak terbatas kepada ibu bapa,
adik beradik, ahli keluarga atau orang-orang yang ada pertalian darah dengan kita sahaja.
Bahkan kita dituntut berbuat baik atau melakukan kebajikan kepada kawan-kawan, jiran

2
tetangga bahkan kepada orang-orang yang kita tidak kenali termasuk juga terhadap
haiwan dan makhluk-makhluk yang lain.

HADIRIN SIDANG JUMAAT TATAMU ALLAH YANG BERBAHAGIA,

Umat Islam mempunyai peluang yang amat luas untuk melipatgandakan pahala
khususnya bagi mereka yang dikurniakan harta dan wang ringgit yang banyak. Kerana
itu, beruntunglah orang-orang yang diberi oleh Allah s.w.t. kelebihan suka menolong
orang lain dan membantu di dalam kerja-kerja kebajikan.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

ِ ‫س أَْن َفعُ ُه ْم ِللنَّا‬


‫س‬ ِ ‫َخ ْي ُر النَّا‬

Maksudnya : “ Sebaik-baik manusia yang memberi manfaat kepada orang lain”.

Berdasarkan hadir tersebut, maka beruntunglah kita atau bagi sesiapa yang menjadi orang
yang banyak memberi manfaat kepada sesama manusia, suka memberi bantuan dalam
kerja-kerja kebajikan atau berusaha mengurangkan penderitaan terhadap musibah yang
ditanggung oleh seseorang. Oleh itu, yang jelas bagi kita semua, bahawa seruan amalan
suka menolong dan membantu orang lain adalah termasuk didalam amal ibadah, bahkan
pahalanya lebih besar daripada beriktikaf di dalam masjid.

Ibnu Qayyim Rahimahu Allah menghuraikan hadis tersebut dengan menjelaskan bahawa
sesiapa yang berbuat baik dengan orang lain. Allah akan berbuat baik kepada dirinya,
dan sesiapa yang bersifat rahmah kepada orang lain, Allah akan bersifat rahmah
kepadanya, dan sesiapa yang memberi manfaat kepada orang lain, Allah akan memberi
manfaat kepada dirinya, dan sesiapa yang menutup keaiban orang lain, maka Allah akan
menutup keaibannya, dan sesiapa yang menegah kebaikan orang lain, maka Allah akan
menegah kebaikan kepadanya dan sesiapa yang berhubung kepada yang lain dengan sifat
tertentu Allah akan bermuamalah denganya sama dengan sifat itu di dunia dan di akhirat.
Oleh yang demikian banyakkan membantu atau menolong orang yang memerlukan
bantuan kerana Allah.

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Justeru itu, mimbar Jumaat menyeru para Jamaah dan seluruh umat Islam agar sama-
sama menyemarakan tuntutan tanggungjawab sosial terutama ditempat kediaman kita.
Kerana sesungguhnya tersirat seribu rahsia dan hikmah disebalik semangat tersebut.
semoga hubungan yang baik dan semangat tolong menolong dapat mengukuhkan lagi
ikatan ukhuwah (persaudaraan) sesama Islam.

3
Akhirnya, terdapat beberapa pengajaran yang dapat disimpulkan daripada khutbah pada
hari ini diantaranya :

1. Menurut Sunnahtul Allah, bahawa manusia tidak boleh hidup bersendirian. Oleh
sebab itu, manusia tidak dapat lari dari hidup bermasyarakat yang saling perlu
memerlukan dan saling bergantung antara satu sama lain.

2. Masyarakat yang hidup saling tolong menolong dan hidup dalam suasana
ukhuwwah, akan hidup dalam keadaan aman dan sejahtera, makmur dan bahagia.

3. Tuntutan menunaikan tanggungjawab sesama umat Islam atau melaksanakan hak


mereka merupakan salah satu dari cabang iman. Sesiapa yang melaksanakan
tuntutan ini akan mendapat ganjaran pahala serta dikasihi Allah s.w.t. dan Rasul.

4. Semangat bantu membantu dan hidup berkasih sayang serta bertolak ansur dapat
membentuk perpaduan yang jitu. Disamping ia dapat menghindarkan dari anasir-
anasir yang tidak sihat, perbuatan khianat, fitnah dan sebagainya yang boleh
mengancam kehidupan mesyarakat.

: ‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬

Maksudnya : “ dan tidaklah sama ( kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan
yang jahat. Tolaklah ( kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih
baik, apabila engkau perlaku demikian maka orang-orang yang menaruh rasa
permusuhan terhadapmu dengan serta merta akan menjadi seolah-olah sahabat karib ”.

(Surah Fusilat ayat : 34)

‫ َو َن َف َعنِى َوإِيَّا ُك ْم بِ َما فِ ْي ِه ِم َن‬،‫ان ال َْع ِظ ْي ِم‬ِ ‫ب ار َك اهلل لِى ولَ ُكم فِى الْ ُق رء‬
َْ ْ ْ َ ْ ُ َ َ
َّ ‫ َوَت َقبَّ َل ِمنِّى َو ِم ْن ُك ْم تِالَ َوتَهُ إِنَّهُ ُه َو‬،‫ْح ِك ْي ِم‬
،‫الس ِم ْي ُع ال َْعلِ ْي ُم‬ ِ ‫اآلي‬
ِّ ‫ات َو‬
َ ‫الذ ْك ِر ال‬ َ

4
‫الم ْس لِ ِم ْي َن‬ ‫َس َتغْ ِفر اهلل الع ِظ ْيم لِى ولَ ُكم‪ ،‬ولِ ِ‬ ‫ِ‬
‫س ائ ِر ُ‬ ‫أَ ُق ْو ُل َق ْولى ه َذا َوأ ْ ُ َ َ َ ْ َ ْ َ َ‬
‫الر ِح ْي ُم‪.‬‬
‫اسَتغْ ِف ُر ْوهُ إِنَّهُ ُه َو الْغَ ُف ْو ُر َّ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ ِ‬
‫َوال ُْم ْسل َمات‪َ ،‬وال ُْم ْؤمنِْي َن َوال ُْم ْؤمنَات‪ ،‬فَ ْ‬

‫‪5‬‬

Anda mungkin juga menyukai