Anda di halaman 1dari 2

ASAS AQIDAH ISLAMIAH DAN KESANNYA

1.0 PENGENALAN
Iman menurut istilah bahasa ialah membenarkan atau sesuatu kepercayaan yang kukuh.
Iman juga bermaksud membenarkan sesuatu secara pasti dan tidak menerima perubahan
atau pembatalan dengan disertai kepatuhan yang sempurna padanya. Menurut Ibn Manzur
dalam kitab Lisaan al-Arab, iman dari segi bahasa adalah percaya dan membenarkan.
Ulama bahasa Arab telah bersepakat menyatakan bahawa pengertian iman adalah percaya
dan membenarkan. Menurut kamus dewan, iman bermaksud kepercayaan adanya Allah dan
mematuhi segala perintahnya.

2.0 HAKIKAT IMAN DAN KEPENTINGAN IMAN


Iman dari segi bahasa adalah percaya dan membenarkan. Imam Al-Laqqani menyebutkan di
dalam Jauharah at-Tauhid yang bermaksud ditafsirkan iman itu dengan
tasdiq(membenarkan). Hal ini selari dengan firman Allah :

‫ين‬
َ ِ‫ص ٰـ ِدق‬ َ ‫َأ‬ ‫َو َمٓا‬
َ  ‫ ُكنَّا‬ ‫ َولَ ْو‬ ‫بِ ُمْؤ ِم ۢنٍلَّنَا‬ ‫نت‬
Bermaksud:…Dan sudah tentu ayah tidak ayah tidak akan percaya kepada kata-kata kami
ini, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar. (Yusof 12:17)

Selain itu, iman dari segi istilah syara’ pula ialah percaya dan membenarkan segala yang
dibawa oleh Nabi Muhammad tentang segala ajaran agama yang mudah diketahui atau
seumpanya dengan dalil-dalil yang meyakinkan. Antara hadis yang menyebut mengenai
iman ialah hadis Sahih Riwayat Abu Daud yang bermaksud dari Abu Hurairah daripada Nabi
Muhammad, baginda bersebda: Iman itu enam puluh lebih cabang, malu sebahagian
daripada iman.
Persoalan tentang islam dan iman adalah persoalan asas seorang muslim. Terdapat firman
Allah mengenai hubungkait di antara iman dan islam:

ٍ ‫ان فِ ْي َها م َِن ْالمُْؤ ِم ِن ْي ۚ َن َف َما َو َج ْد َنا= فِ ْي َها َغي َْر َب ْي‬
‫ت م َِّن ْالمُسْ لِ ِمي ۚ َْن‬ َ ‫َفا َ ْخ َرجْ َنا َمنْ َك‬
Bermaksud: setelah sampai utusan kami ke tempat itu, kami(perintahkan mereka)
mengeluarkan orang-orang yang beriman yang tinggal di situ. Sesudah diperiksa maka
utusan kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah rumah sahaja yang ada penduduknya
dari orang-orang islam(yang beriman kepada Nabi Lut).
Di dalam ayat ini, Allah menggunakan kalimah islam dan iman dalam situasi yang sama.
Menurut Imam Al-Baihaqi ia menunjukan islam dan iman merujuk kepada agama yang satu.
Hal ini kerana iman dan islam mempunyai hubungkait di antara umum dan khusus. Iman
adalah khusus manakala islam adalah umum. Kaitan iman dan islam bukanlah kaitan dahulu
dan kemudian seperti pengangan sesetengah masyarakat.
3.0 MAKNA DUA KALIMAH SYAHADAH
Dua kalimah syahadah mengandungi dua bahagian syahadah iaitu:

‫آل ِإلَهَ ِإاَّل هللا‬


Maksud:Penafian segala bentuk tuhan, kepercayaan, akidah dan penyembahan
pengisbatan bahawa hanya Allah tuhan sekalian alam.

‫ُم َح َّمدًا َّرس ُْواُل هلل‬


Maksud:Pengakuan kerasulan Nabi Muhammad sebagai seorang rasul dan utusan Allah.

Tiada nilainya segala bentuk kemewahan dan kesenangan duniawi ini tanpa pengabdian
dan kepatuhan terhadap Allah dan Rasulullah. Oleh itu, islam menetapkan syahadah
sebagai teras atau tunjang keislaman yang perlu diucapkan, diimani, dihayati dan diamalkan
oleh seseorang itu masih berada di bumi Allah ini. Kanak-kanak yang telah menjejaki kaki
kea lam baligh bererti telah cukup umur dan sempurna akal atau mukallaf. Oleh itu, mereka
perlu diajar dua kalimah syahadah dan mendorong mereka untuk melakukan amalan soleh
dan semua ibadah yang wajib serta meninggalkan segala larangan Allah. Begitu juga
keadaan bagi seseorang yang baru memeluk isla(muallaf). Dia perlu belajar melafazkan dua
kalimah syahadah serta perkara-perkara yang telah disebut tadi. Syahadah bererti
penyaksian atau pengakuan seseorang terhadap sesuatu.
Antara konsep tuntutan syahadah ialah dibuktikan dengan menunaikan rukun islam iaitu
solat lima waktu, zakat, puasa dan haji. Selain itu, tuntutan syahadah ialah menurut segala
perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Terdapat dua fardu syahadah iaitu diikrarkan dengan lidah dan ditasdiqkan dengan hati.
Lafazkan dengan lidah hendaklah dalam bahasa arab ataupun dalam bahasa sendirinya.
Pengakuan di dalam hati terserah kepada hati maisng-masing dan Allah sahaja yang
mengetahui segala-galanya.

Anda mungkin juga menyukai