Anda di halaman 1dari 5

KONSEP SYAHADAH

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan
aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Tiada nilainya segala bentuk kemewahan dan kesenangan duniawi ini tanpa
pengabdian dan kepatuhan terhadap Allah Taala dan Rasulullah S.A.W. Oleh itu
sesuailah Islam nenetapkan syahadah sebagai teras atau tunjang keislaman yang perlu
diucapkan, diimani, dihayati, diambil pengajaran, dan diamalkan selama mana
seseorang itu melayari bahtera hidup di bumi Allah Taala yang sementara ini.
Jika diikutkan, kanak-kanak yang telah cukup umur atau lebih dikenali sebagai
baligh serta sempurna akal atau mukallaf, mereka sepatutnya diajarkan dua kalimah
syahadah dengan intipati yang terdapat dalam syahadah ini serta didorong melakukan
amalan kebaikan dan semua ibadah yang wajib seperti solat dan puasa serta
meninggalkan segala larangan Allah Taala. Ibu bapa seharusnya mengambil peranan
untuk menjayakannya. Begitulah juga keadaannya bagi seseorang yang baru memeluk
Islam. Syahadah bererti penyaksian atau pengakuan seseorang terhadap sesuatu.
Apabila seseorang itu mengucapkan syahadah, bermaksud ia telah mengakui dengan
lidahnya mengenai sesuatu perkara.
Dua kalimah syahadah ini harus difahami sedalam-dalamnya dan diterjemahkan
ke dalam kehidupan setiap muslim. Hal ini kerana penghayatan yang mendalam akan
mengukuhkan lagi keimanan serta kesedaran seseorang untuk melaksanakan tuntutan-
tuntutan yang tersurat dan tersirat daripada dua kalimah syahadah ini.
Kalimah merupakan satu kalimah yang memberi penafian kepada
segala bentuk tuhan, kepercayaan, mahupun aqidah serta penyembahan pengisbatan
bahawa hanya Allah tuhan sekalian alam.
Di dalam buku karangan Zulkifli Mohammad Al-Bakri, dijelaskan secara terperinci
oleh Syeikh Abdul Rauf Sengkel untuk menunjukkan betapa pentingnya kalimah ini
yang mana ia boleh menjadi satu ucapan zikir yang paling utama bagi seseorang yang
ingin mendekatkan diri kepada Allah Taala. Abdul Rauf menggunakan pendekatan
melalui ilmu kalam dan ilmu mantik serta ilmu hadith untuk membahaskan kalimah
tersebut.Abdul Rauf mengambil kata-kata Sanusi r.a yang berbunyi:
Ertinya tiada seorang pun yang kaya ia daripada segala yang lain daripadanya
dan tiadalah seorang pun yang berkehendak kepadanya segala yang lain daripadanya
melainkan kepada Allah hasilnya Allah jua yang kaya daripada segala yang lain
daripadanya dan ia jua yang berkehendak kepadanya segala yang lain daripadanya
dan masuk pula pada katanya ia daripada segala yang lain daripadanya itu sifat yang
jaiz iaitu harus padanya berbuat segala mukmin atau meninggalkannya kerana jikalau
wajib keatasnya demikian itu nescaya tiadalah ia dinamai kaya
( Umdat al Muhtajin : 48 )
Petikan ini merupakan satu huraian yang menunjukkan Maha Kaya Allah Taala.
Ianya melibatkan dua kenyataan. Pertama, lihat sahaja kepada 11 sifat yang
menyebabkan Allah Taala layak dikatakan Maha Kaya iaitu wujud, qidam, baqa,
mulhalafatuhu lil hawadith, qiamuhu bi nafsih, sama, basar, kalam, dan mutakallimin.
Kedua, melalui kata-kata kerana orang yang tiada sifat-sifat ini tidak dikatakan kaya
memberi pengukuhan kepada kenyataan yang pertama tadi.
Kalimah merupakan satu pengakuan kepada kerasulan Nabi
Muhammad S.A.W sebagai seorang rasul dan utusan Allah Taala. Harus diingatkan
bahawa sekiranya kedua-dua bahagian syahadah tersebut tidak diikrarkan sekali gus
serta diaplikasikan dalam kehidupan, maka syahadah ini tidak sah. Apabila syahadah
yang merupakan tunjang utama kepada agama islam ini tidak sah, maka pada
hakikatnya seseorang itu tidak dianggap memeluk agama islam. Persoalan yang timbul,
bagaimana pula dengan orang yang anti-hadith ataupun yang tidak mempercayai
kerasulan Nabi Muhammad tetapi mempercayai dan meyakini kewujudan Allah Taala?
Tujuan saya mengarang bukanlah untuk membincangkan mengenai keadaan
orang-orang yang tidak memperakui rasulullah sebagai utusan Allah. Saya hanya ingin
mengupas sedikit sebanyak mengenai konsep syahadah serta perkara-perkara yang
boleh membatalkannya.
Selain menjadi tunjang agama, kalimah syahadah ini juga menjadi kunci agama
islam. Sebab itu pada zaman rasulullah, sewaktu rasulullah mengutus Muaz Bin Jabal
ke Yaman, Rasulullah memerintahkan Muaz agar menjadikan dakwah yang pertama
sekali untuk dilakukan ialah menyeru mereka agar bersaksi iaitu mengakui bahawa
tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Taala dan nabi Muhammad itu
sebagai pesuruh Allah.
Maksudnya sebagai pengakuan memeluk Islam, seseorang itu perlu
mengucapkan dua kalimah ini sambil mengiktirafkan dengan hatinya. Bagi seseorang
yang tidak boleh bercakap atau bisu, memadai baginya beriktikad dan menyakini
kehendak dua kalimah ini dengan beriman bahawa tiada tuhan yang berhak disembah
melainkan Allah Taala dan Rasulullah itu pesuruh Allah Taala.
Antara tuntutan yang terdapat dalam kalimah syahadah ialah ianya harus
dibuktikan dengan menunaikan lebihan rukun Islam iaitu solat lima waktu sehari
semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat bagi yang layak
mengeluarkannya, dan menunaikan ibadat haji bagi yang berkemampuan. Selain itu,
ianya harus dimurnikan dengan melakukan segala apa yang diperintahkan oleh Allah
Taala seperti berbuat baik kepada ibu bapa dan meninggalkan segala yang dilarang
Allah Taala seperti melakukan maksiat.
PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH
Setiap syahadah itu haruslah diakui terutamanya bagi orang bukan Islam yang
baru memeluk agama Islam. Lidahnya hendaklah mengucapkan penyaksian itu sama
ada dalam bahasa arab ataupun bahasanya sendiri dengan lafaz:

Pengakuan dalam hati terserah kepada hati masing-masing dan Allah Taala
sahaja yang mengetahui segala-galanya. Islam hanya boleh mengukur perkara yang
zahir sahaja. Apabila seseorang itu telah mengucapkan dua kalimah syahadah, maka
dia telah dianggap sebagai seorang muslim.
Oleh itu, apabila seseorang telah melafazkan kalimah syahadah, maka dia
hendaklah mengerjakan segala apa yang diakui lidahnya itu. Seseorang itu hendaklah
mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Allah
Taala. Jika disebut sahaja tetapi tidak diamalkan, maka syahadahnya itu dianggap tidak
sah.
Antara perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu terbatal syahadahnya
ataupun menjadi murtad ialah dia sujud atau tunduk kepada berhala ataupun lebih
dikenali sebagai syirik iaitu menyekutukan Allah Taala secara sukarela ataupun pilihan
sendiri. Sekiranya ianya bukan pilihan sendiri ataupun secara paksaan, maka
syahadahnya itu tidak terbatal selagi mana dia masih berpegang teguh dalam hatinya.
Selain syirik, perbuatan menghina atau memperkecil-kecilkan sesuatu yang
dimuliakan oleh agama seperti nama-nama Allah Taala yang mulia, sifat-sifat Allah, Al-
Quran, hadis rasulullah, hukum syarak, rasul-rasul, dan sebagainya juga boleh
membatalkan syahadah seseorang.
Meniru atau mengucapkan sesuatu ucapan kekafiran yang kebiasaannya apabila
orang mendengar ucapan itu, orang menyangka ia telah kafir, maka ianya telah
dianggap sebagai kafir dan syahadahnya terbatal. Selain itu, sekiranya dia secara
terang-terangan mengatakan yang dirinya telah keluar dari Islam ataupun menjadi kafir,
maka dia telah menjadi kafir sekiranya itu adalah pilihannya sendiri.
Selain itu, perbuatan lain yang boleh menyebabkan terbatalnya syahadah
seseorang ialah dia mengatakan yang wajib itu sebaliknya. Begitu juga sekiranya ada
yang mengatakan yang haram itu halal dan sebaliknya, maka dia telah membatalkan
syahadahnya sendiri.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 217:
,.l:`. _s :l ,>l _!. , _ _!. , ,, .. _s _,,. < .,
.>`..l ,>l _>| .> .. ..s < ..l _. _.1l l,
>.l..1`, _.> :`, _s .,: | `-.L.`. _. :.., >.. _s ..,: ., >
"l ,.l`! L,> `l..s _ !,..l :> ,.l` .>. !.l > !,
_.> __
Maksudnya, Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai
(hukum) berperang dalam bulan Yang dihormati; katakanlah: "Peperangan Dalam bulan
itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan
Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang
Islam) ke Masjid Al-Haram (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ,
(semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. dan (ingatlah), angkara
fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan
Yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga
mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup
(melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah)
dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang
yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan
mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)
Kesimpulannya, setiap orang yang telah melafazkan syahadah, wajiblah baginya
mentaati segala perintah dan meninggalkan segala larangan atau tegahan yang telah
disyariatkan oleh Allah Taala.

Anda mungkin juga menyukai