Anda di halaman 1dari 22

CTU 101

BAB 2 : AKIDAH ISLAM (i)


USTAZAH NUR NABILAH BINTI AZIMOHA
KANDUNGAN

 2.1 Pengertian Akidah


2.2 Makrifatullah
2.2.1 Dalil naqli
2.2.2 Dalil aqli
 2.3 Konsep Syahadatain
2.3.1 Pengertian syahadah
2.3.2 Tuntutan syahadatain
 2.4 Perkara yang merosakkan akidah
Hasil Pembelajaran

 Pelajar dapat memahami terminologi akidah


 Menjelaskan asas-asas pembinaan akidah seorang Muslim
 Menerangkan konsep syahdatain dan tuntutannya dalam kehidupan
seseorang Muslim
 Menjelaskan perkara-perkara yang boleh membatalkan akidah
seseorang Muslim
Pengenalan

Makhluk Allah swt

• Manusia sebagai makhluk Allah yang mulia mempunyai akal fikiran, maka untuk membentuk dan mendisiplinkan mereka
mestilah berasaskan akidah ketuhanan

Pegangan

• Akidah ketuhanan yang mantap dapat membendung manusia daripada melakukan kejahatan

Pembinaan akidah

• Umat Islam harus membina akidah yang menanamkan rasa kebesaran kepada Allah di dalam hati terutama cabaran dunia
materialistik yang semakin hebat.
2.1 Pengertian Akidah

 Akidah merupakan roh bagi setiap manusia.


 Sekiranya seseorang berpegang teguh padanya, ia kan hidup dalam keadaan yang
baik.
 Akidah adalah pendorong kepada amal-amal soleh. (al-Baqarah: 177)
 Maksud dari bahasa: simpulan iman, pegangan yang kuat atau keyakinan yang
teguh.
 Dari segi Istilah: kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamad tidak
bercampur dengan syak dan keraguan.
 Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah swt sebagai Rabb,
llahi dan Malik serta beriman dengan nama-nama-Nya dan segala sifat-sifat-Nya
juga beriman pada Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Akhirat dan taqdir Allah sama
ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang dari Allah swt.

 Patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuk-Nya. Akidah Islam ialah
keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan Rasul-Nya serta apa yang dibawa
oleh rasul dan melaksanankan dalam kehidupan
2.2 Makrifatullah

Melihat tanda-tanda kebesaran Allah SWT

Menghayati (tadabur) ayat-ayat al-Quran


2.2.1 Dalil Naqli

 Firman Allah SWT yang bermaksud:


“Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan (sesembahan, tuhan) selain Allah dan mohonlah
ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah
mengetahui tempat kamu bergerak dan tempat kamu tinggal.

Surah Muhammad: 19
2.2.2 Dalil Aqli

 Allah SWT berfirman:

“ Kalau ada di langi dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, nescaya


Allah rosaklah pentadbiran kedua-duanya…”

(Surah-al-Anbiya-22)
Sumber Utama Akidah Islam

Al-Quran: Kalam
Hadis:Perbuatan,
Allah yang diturunkan
perkataan, pengakuan dan
kepada Nabi
sifat Rasulullah s.a.w
Muhammad
Beberapa Terminologi Akidah

IMAN
 Iman dalam Islam ialah bererti percaya Kepada Allah.
 Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan dan melakukan dengan anggota
badan
 Firman Allah dalam surah At-Taubah: 62;
“ Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para
orang yang beriman.”
Beberapa Terminologi Akidah

TAUHID
 Bahasa : penyatuan, menegaskan penyatuan dengan Allah
 Istilah : Satu ilmu yang membentangkan tentang kewujudan Allah dengan sifat-
Nya yang wajib, mustahil dan harus serta membahaskan segala hujah terhadap
keimanan yang diambil dari Al-Quran dan Hadis.
2.3 Konsep Syahadatain

Pengertian • Dua kalimah syahadah


•Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi
Syahadatain Muhammad SAW adalah utusan Allah

Tuntutan •Tanggungjawab untuk melaksanakan hak Allah


SWT
Syahadatain •Melaksanakan hak diri
2.4 Perkara Merosakkan Akidah

Kepercayaan

Perkataan Perbuatan
Rosak akibat I’tikad atau kepercayaan

1. Menyakini bahawa alam ini terjadi dengan sendiri.


2. Percaya pencipta alam ini sama seperti makhluk lain.
3. Ragu-ragu dengan rukum Iman, rukun Islam
4. Berniat keluar dari Islam
Rosak akibat perkataan

1. Menghina Islam seperti mencela Allah s.w.t, Al-Quran dan Hadis


2. Mengubah hukum dengan perkataan seperti menolak kewajipan solat fardu ain
3. Bersumpah selain nama Allah seperti demi bulan.
4. Menyanyikan lagu yang liriknya bertentangan dengan akidah
Rosak akibat perbuatan

1. Menyembah selain Allah seperti berhala, pokok, syaitan dan lain-lain.


2. Memakai lambang mana-mana agama.
3. Menghina Al-Quran seperti mengoyak, memijak dan mencampakkanya.
4. Sujud selain Allah seperti sujud kepada batu.
Unsur-unsur Yang Boleh Merosakkan Akidah
Peranan Akidah Pembangunan Akidah

Mewujudkan masyarakat yang taat kepada ajaran Allah swt

Sebagai perisai menghadapi pihak musuh

Membuahkan kehidupan yang baik

Melahirkan ummah yang cemerlang dan mempunyai halatuju yang jelas


Langkah-langkah Pengukuhan Akidah

Pendidikan agama

• Pendidikan agama yang sempurna bermula dirumah iaitu ianya memainkan peranan penting untuk memastikan
anak-anak memahami konsep agama yang sebenar

Memilih pergaulan yang soleh

• Corak pergaulan yang soleh dan baik bergantung kepada pengaruh teman yang dipilih

Mua’hadah (Aku janji)

• Manusia berjanji kepada Allah untuk menjalankan perintah dan menjauhi larangan
Kesimpulan

 Iman dan akidah adalah pusat segala aktiviti manusia yang menentukan setiap
kelakuan dan perkataan yang keluar hasil bisikan perasaan seseorang
 Tanpa iman dan akidah segala-galanya akan musnah dan tiada nilai di sisi Allah
 Beriman sepenuhnya akan mencapai kemanisan iman serta menjadi manusia
sebagai sebaik-baik makhluk
Ada soalan
class??

Anda mungkin juga menyukai