Anda di halaman 1dari 24

KONSEP AQIDAH ISLAM SEBENAR

Disediakan Oleh: Siti Nor Fatimah Binti Azik Nor Wahidah Binti Mohd Kahar

PENGENALAN
Agama Islam adalah agama yang syumul lagi komprehensif.

Konsep kesempurnaan ini dikenali sebagai syumuliyyah dalam


islam. Hal ini dinyatakan Allah s.w.t dalam surah Al-Maidah ayat 3.

Mafhumnya ..Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku

telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

Berhubung dengan perkara ini, Imam Ibn Kathir dalam tafsir AlQuran Al-Azim berkata, ini adalah nikmat paling agung yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya. Umat islam tidak memerlukan agama lain selain dari agama islam kerana islam adalah agama yang diredhai oleh Allah s.w.t dan

mereka juga tidak memerlukan nabi lain selepas baginda Rasulullah s.a.w . Imam Hassan Al-Banna berkata ajaran Islam adalah menyeluruh mencakupi kesemua bidang kehidupan. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat keadilan. Islam adalah aqidah yang benar dan ibadah yang sah.

Aqidah merupakan perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Aqidah dikenali sebagai pokok kepada agama Islam. Pokok yang subur akan membuahkan hasil yang baik dan berkualiti.

Begitu juga dengan aqidah manusia, sekiranya aqidah yang dibentuk adalah aqidah yang terbaik maka hasilnya pasti terbaik.

Bagi mendapatkan aqidah yang terbaik, seseorang muslim itu harus mengetahui apa sebenarnya yang dianuti olehnya.

Proses pengkajian juga harus dilakukan demi mendapatkan bukti yang kukuh tentang agama dan ini akan membawa kepada pengukuhan aqidah seseorang individu.

Konsep Aqidah
Aqidah Secara Bahasa :

Kalimah aqidah adalah daripada perkataan bahasa Arab iaitu

,, ,.
Kata "aqidah" diambil dari kata dasar "al-aqdu" iaitu ar-rabth ( ikatan ), al-Ibraam( pengesahan ), al-ihkam( penguatan ), at-

tawastsut ( menjadi kukuh, kuat ), asy-syaddu biquwwah (


pengikatan dengan kuat ), at-tamaasuk ( pengukuhan ) dan alitsbaatu ( penetapan ). Antaranya juga mempunyai erti al-yaqiin ( keyakinan ) dan aljazmu ( penetapan ).

Aqidah Secara Istilah : perkara yang wajib dibenarkan oleh hati dan jiwa menjadi tenteram kerananya, sehingga menjadi suatu kenyataan yang teguh dan kukuh, yang tidak dipengaruhi oleh keraguan dan kebimbangan. keimanan yang pasti tidak diragui oleh apa pun pada orang yang meyakininya dan tiada keraguan atau prasangka yang

bersarang dalam jiwa. Dinamakan aqidah, kerana orang itu mengikat hatinya dengan keyakinan.

Menurut Muhammad bin Abdul wahab dalam kitabnya Syarah Kitab Al-tauhid mendefinisikan aqidah sebagai perkara yang berhubung dengan kepercayaan atau perkara yang berkaitan dengan

keyakinan yang berpusat dihati. Dengan keyakinan seseorang itu tidak berasa bimbang. Seseorang manusia itu akan bersih daripada was-was, syak dan wasangka. Aqidah itu adalah keyakinan dan kepercayaan yang erat dan teguh

dalam jiwa tidak kira di mana seseorang itu berada.

Aqidah Islamiyyah

keimanan yang teguh dengan Rububiyyah Allah Ta'ala, UluhiyyahNya, para Rasul-Nya, hari Kiamat, Qada dan Qadar, perkara-perkara ghaib.

at-Tauhid= Abdullah bin Ishaq bin Mandah.

al-Fiqbul Akbar= Abu Hanifah

Nama lain bagi aqidah

As-Sunah = Ahmad bin Hanbal,

Asy-Syari'iah= Al-Ajurri

Asas Aqidah
Al-Quran As-Sunah
Seseorang yang berpegang teguh kepada kedua duanya hidup terhindar dari kehancuran

Golongan Orang Mukmin


Pertama : Golongan peringkat permulaan di zaman Rasulullah
s.a.w. yang telah menerima aqidah Islamiah melalui kata-kata yang mudah difahami. Kedua : orang-orang Mumin yang berada di zaman yang akhir yang telah mempelajari aqidah Islamiah melalui istilah-istilah.

UNSUR-UNSUR AQIDAH
Beritiqad dengan kewujudan Allah Yang Wajib bagi zatNya. Allah s.w.t. bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan Kamal ) : - Allah A`zza wajalla itu wujud, bersifat dengan sifat ilmu (Al-Ilm) kudrat (Al-Qudrah), hidup (Al-Hayah), mendengar (As-Samu), melihat (Al-Basar), bersifat dengan sifat-sifat ( Al-

Jamal (keindahan), Bijaksana (Al-Hikmah), berkehendak (AlIradah) dan lain-lain.

Contoh ayat yang menunjukkan elemen-elemen aqidah


Mafhumnya: Dialah Allah Yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah Yang tiada Tuhan melainkan Dia, Raja, Yang Maha Quddus. Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dan apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyaj Naina-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Al-Hasyr: 22-24)

AQIDAH ADALAH SATU KEPERLUAN ASASI MANUSIA


Ketika dilanda bencana maka umat manusia itu terpaksa beriman kepada sesuatu yang ghaib yang dianggapnya mempunyai kuasa besar dan kekuatan yang tidak boleh

ditandingi, yang diberi nama dan dipanggilnya TUHAN


dengan cara melakukan upacara ibadat untuk menolak bala dan melindunginya daripada kematian.

KONSEP SYAHADAH
Ungkapan laa ilaaha illallaah adalah konsep pembebasan manusia dari penghambaan kepada apapun kecuali hanya Allah SWT. Tidak ada pencipta kecuali Allah s.w.t saja, tiada pemberi

rezeki kecuali Allah.


Tiada pemilik kecuali Allah, tiada yang dicintai kecuali Allah, tiada yang ditakuti selain Allah.

Tiada yang diharapkan selain Allah.

Tiada yang menghidupkan dan mematikan selain Allah.


Tiada yang melindungi selain Allah, tiada daya dan kekuatan selain Allah. Tiada yang diagungkan selain Allah. syahadatain menjadi suatu elemen dari sesuatu cara lengkap yang menjadi asas kehidupan umat muslim

Syahadah ditakrifkan sebagai pernyataan, janji dan sumpah. Al-Ilanu ( pernyataan ) Betapa mudahnya setiap pernyataan itu diucapkan tetapi ia memiliki kemungkinan dan akibat tertentu yang tidak dapat diabaikan begitu sahaja.

Contohnya:Mengapa Abu Jahal tidak mahu mengucapkan


dua kalimah syahadah, bukan kerana dia tidak mampu mengucapkannya, tetapi dia tidak sanggup menanggung

kemungkinan dan akibat di sebalik pernyataan dua kalimah


syahadah tersebut.

Al Wadu ( Janji ) Jika seseorang berjanji, selama janji itu belum di tunaikan maka dia akan merasa berhutang. Dalam hati kecilnya ada rasa bersalah kerana memungkiri janji ( tentu saja janji yang hak ). kecuali jika orang itu seorang yang munafik. Kerana salah satu ciri orang munafik adalah : Jika dia berjanji dia berkhianat ( hadis riwayat Muslim ). Seorang munafik tidak akan memiliki rasa bersalah di saat

dia mengingkarinya.

Al-Qasam ( sumpah ) Sumpah biasanya digunakan untuk mengukuhkan atau menimbulkan rasa percaya. Adakalanya yang hendak dikukuhkan atau hendak ditimbulkan adalah kepercayaan pihak lain atau adakalanya kepercayaan diri sendiri.

Apabila kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang goyah, maka orang itu berusaha untuk meyakinkan orang lain tersebut.

Apabila segala upayanya untuk meyakinkan tidak berhasil

barulah seseorang menyatakan : berani sumpah! Sumpah


ini lebih berat dari sekadar pernyataan dan janji kerana memiliki kemungkinan dan akibat yang akan dihadapi. Menghindari daripada sumpah, sama maknanyaa dengan menghindari dari diri sendiri.

( kepentingan bersyahadah ).
Pintu masuknya Islam Dasar-dasar perubahan menyeluruh

Intisari ajaran Islam

Hakikat dakwah para rasul

Keutamaan yang besar

PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN AQIDAH


perkataan kata-kata dengan jelas bahawa tidak mempercayai kewujudan Allah perbuatan menyembah berhala, pokok dan kubur, menghina AlQuran. Itiqat Contohnya beritiqat bahawa doktor dapat menyelamatkan manusia

PERKAITAN KONSEP SYAHADAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


Masyarakat Malaysia mengalami masalah keruntuhan

akhlak:
Zina pembuangan dan penjualan bayi perceraian rogol sumbang mahram

Rujukan
Ustaz Abdul Latif Muda, Dr. Rosmawati Ali.Pengantar Ilmu Tauhid. Pustaka Salam Sdn.Bhd. Kuala Lumpur. Dr.Danial Zainal Abidin.2009. Quran Saintifik .PTS Millennia Sdn Bhd. Selangor. Haji Salahuddin Abdullah.1986.Aqidatul Mukmin. Penerbitan Pustaka Antara. Kuala Lumpur. Muhammad Al-Ghazali.1997. Aqidah Muslim. Thinkers Library Sdn. Bhd. Selangor. Sayed Sabiq.2011.Akidah Islam Menurut Al-Quran dan Hadis. Rangkaian Berkat Sdn Bhd, Pustaka Salam Sdn Bhd. Terengganu, Kuala Lumpur.

http://aris.protajdid.com/?p=31 http://pekidabukitberuang.blogspot.com/2007/0 8/kepentingan-dua-kalimah-syahaadah.html http://www.johordt.gov.my/jaj/images/stories/S UDUTILMU/AJARAN_AYAH_PIN.pdf http://www.islam.gov.my/sites/default/files/asas _rujukan_pegawai__akidah__jakim.pdf http://myussoff.blogspot.com/2011/02/akidah.ht ml http://fuui.wordpress.com/antipemurtadan/mengenal-aliran-sesat-salamullah/ http://qiblati.com/membongkar-paham-pahammenyimpang-dari-islam.html

Anda mungkin juga menyukai