Anda di halaman 1dari 53

ILMU KALAM, ILMU TASAWUF DAN ILMU PERUBATAN

Di sediakan oleh ; FATHIAH BINTI HASSAN FATIMAH MARDHIAH BINTI HJ MOHD NOOR NOR WAHIDAH BINTI MOHD KAHAR NURFARIZA HANIM BINTI HASHIM SOLEHAH BINTI AHMAD

ILMU KALAM

Tajuk-tajuk Perbincangan
I. II. Zat Allah dan sifat-sifatnya ditinjau dari segi wajib,mustahil dan harus. Zat rasul-rasul dan sifat-sifatnya sama ada yang awjib,mustahil atau harus.

III. Perkara mungkin atau alam sebagai dalil untuk


mensabitkan wujudnya Allah. IV. Perkara-perkara yang didengar dari er) dari segi wajib

beriktiqat seperti tang diberitakan oleh rasul yang


maksum.

ILMU KALAM
Pengertian :
Ilmu yang membicarakan tentang kewujudan Tuhan (Allah), sifat-sifat yang mesti ada pada-Nya, sifat-sifat yang tidak ada pada-Nya dan sifat-sifat yang mungkin ada pada-Nya, membicarakan tentang Rasul-rasul Tuhan, untuk menetapkan kerasulan dan mengetahui sifat-sifat yang mesti ada padanya, sifat-sifat yang tidak mungkin ada padanya dan sifat-sifat yang mungkin terdapat padanya

Nama lain bagi ilmu kalam :

Ilmu Aqaid atau Ilmu Usuluddin iaitu ilmu yang membahaskan pokok-pokok agama ( usuluddin ) Ilmu Tauhid pula ialah ilmu yang membahaskan tentang keesaan Allah SWT, asma (nama-nama) dan afal (perbuatan-perbuatan) Allah yang wajib, sifat mustahil dan jaiz dan sifat wajib, mustahil dan jaiz bagi Rasul-Nya.

Dasar-dasar ilmu kalam : 1) Al-Quran : Banyak menyentuh tentang hal yang berkaitan dengan ketuhanan, diantaranya:

Surah al ikhlaas :1-4

Surah al-Furqan : 59

2) Hadis : contoh hadis:

: : : : : : : : ( ) : : . :

Dari Abi Hurairah ia berkata: Suatu hari Nabi SAW. nampak di tengah manusia, lalu seorang laki-laki mendatanginya dan bertanya: Apakah iman itu? Rasul menjawab: Iman ialah engkau percaya pada Allah, Malaikat-Nya, bertemu dengan-Nya, Rasul-Nya dan bangkit dari kubur (hari kiamat). Lelaki itu bertanya lagi: Apakah Islam itu?. Rasul menjawab: Islam adalah Engkau menyembah Allah dan jangan menyekutukanNya, dirikanlah shalat, tunaikan zakat fardhu, dan berpusa bulan Ramadhan. Lelaki itu bertanya lagi: Apakah Ihsan itu?. Rasul menjawab: Hendaklah engkau beribadah/menyembah Allah seolah-olah engkau melihat Allah, lalu jika engkau tak melihat-Nya ketahuilah sesungguhnya Dia melihatmu

Lelaki itu bertanya lagi: Kapan terjadi hari kiamat?: Rasul menjawab: Tidaklah orang yang ditanya tentang hal ini (rasul) lebih mengetahui jawabannya dari si penanya, aku akan jelaskan tentang tandatanda kiamat (ialah): apabila seorang budak melahirkan tuannya, apabila para penggembala binatang ternak telah berlomba bermegah dalam bangunan, ia termasuk lima hal yang tak seorangpun mengetahuinya kecuali Allah, lalu Rasul membaca ayat : sampai ayat terahir. Lalu lelaki itu pergi dan Nabipun berkata kepada para sahabat: Panggillah lelaki itu, tetapi tak seorangpun dari sahabat melihatnya lagi. Lalu Nabi berkata: Lelaki itu adalah Jibril, ia datang untuk mengajarkan kepada manusia tentang agama. (HR. Bukhari dan Muslim )

SEJARAH BERMULANYA ILMU KALAM


Rasulullah SAW, selama di Mekah merupakan seorang ketua. Setelah berpindah ke Madinah fungsinya turut bertambah iaitu menjadi ketua pemerintah. Setelah wafat Rasulullah SAW, baginda digantikan oleh Saidina Abu Bakar, lalu Saidina Umar bin Khattab. Selanjutnya digantikan Saidina Usman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib. Timbulnya ilmu kalam, iaitu bermula dari perbezaan politik antara dua khalifah terakhir iaitu Usman dan Ali.


Usman bin Affan adalah seorang khalifah yang kaya. Beliau terlibat dengan perdagangan. Ahli sejarah menggambarkan Usman sebagai orang lemah yang tidak sanggup menentang keingingan keluarganya yang berpengaruh untuk berkuasa dalam pemerintahan, sehingga mengangkat mereka menjadi gabenor di daerah kekuasaan Islam dengan menggantikan gabenor yang dahulu diangkat oleh Umar bin Khattab yg dikenali kuat dan tak memikirkan keluarganya.

Tindakan politik Usman iaitu memecat gabenor angkatan Umar, mendapat sokongan ramai daripada rakyat. 500 orang memberontak di Mesir sebagai reaksi memberhentikan gabenor Umar bin Ash yang diangkat Umar bin Khattab dan digantikan dengan Abdullah bin Saad bin Abi Sarh dari keluarga Usman. Setelah Usman wafat, digantikan oleh Ali bin Abi Thalib. Mendapat tentangan dari sahabat lain yang ingin menjadi khalifah iaitu Talhah dan Zubeir dari Mekah yg mendapat sokongan daripada Aisyah. Gerakan ini dapat dipatahkan dalam pertempuran di Iraq pada tahun 656 M. Talhah dan Zubeir tewas, Aisyah dipulangkan ke Mekkah.

Tentangan kedua dari Muawiyah, Gabenor Damaskus dari keluarga Usman yang juga menentang Ali, menuntut Ali untuk menghukum pembunuh Usman, Bahkan menuduh Ali terlibat dalam pembunuhan itu. Alasannya ialah salah seorang pemimpin pemberontak Mesir yang mengakibatkan terbunuhnya Usman ialah Muhammad Ibn Abi Bakar iaitu anak angkat Ali bin Abi Thalib. Ali tidak mengambil tindakan keras terhadapnya, bahkan mengangkatnya menjadi gabenor Mesir. Terjadi pertempuran antara pasukan Ali dan Muawiyah di Siffin, Muawiyah terdesak, Amr bin Ash. Tangan kanan muawiyah mengangkat Al-Quran ke atas sebagai ajakan damai. Qurra dari kalangan Ali mendesak Ali menerima tawaran itu, sebahagian pasukan menolak. Ali memilih menerima dan terjadilah perbalahan.

- Dalam perbalahan itu pihak Ali diwakili oleh Abu Musa al-Asyari yang kuat taqwanya. Pihak Muawiyah diwakili Amr bin Ash, seorang politik yang licik. Terjadi kesepakatan diantara keduanya untuk menghentikan Ali dan Muawiyah dari khalifah sebagai penyelesaian awal menghentikan pertikaian dan selanjutnya memilih khalifah baru bersama-sama. - Sebagai penghormatan kepada yang tua, majulah Abu Musa al-Asyari mengumumkan pemberhentian Ali dari khalifah di depan umum. Dilanjutkan Amr bin Ash yang mengingkari kesepakatan dengan hanya menyetujui pemberhentian Ali dari khalifah dan mengukuhkan Muawiyah sebagai khalifah.

Keputusan perbalahan ini ditolak Ali dengan tidak mahu meletakkan jawatannya sehingga beliau mati terbunuh pada tahun 661 M. Sikap Ali yang mahu mengadakan arbitrase menyebabkan pengikut Ali berpecah. Golongan yg mahu menerima perdamaian dan golongan yang sejak semula menolak perdamaian, yang menolak berpendapat bahawa hal itu tidak dapat diputuskan lewat perbalahan manusia. Keputusan hanya datang dari Allah dengan kembali kepada hukum-hukum Allah dalam al-Quran, la hukma illa lillah (tidak ada hukum selain dari hukum Allah) la hakama illa Allah (tidak ada pengantara selain Allah. Mereka menyalahkan Ali dan karanaya keluar dan berpisah dari barisan Ali (disebut kaum khawarij ).

- Kaum khawarij memandang para pihak yang menerima perdamaian iaitu Ali, Muawiyah, Amr bin Ash dan Abu Musa Al-Asyari sebagai kafir dan murtad kerana tidak berhukum kepada hukum Allah berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Maidah: 44, kerananya halal dibunuh
- Lambat laun kaum khawarij terbelah menjadi beberapa bahagian sehingga konsep orang kafir pun mengalami perubahan, tidak lagi hanya bagi yang tidak berhukum dengan alQuran tapi juga orang-orang yang berdosa besar iaitu murtakib al-kabair.

Persoalan orang berbuat dosa ini, kemudian


menimbulkan aliran-aliran teologi baru dalam Islam:
o Pertama, Menurut khawarij pendosa besar adalah kafir (murtad) kerana itu wajib dibunuh. o Kedua, Murjiah : Pendosa besar tetap mukmin dan bukan kafir, tentang dosanya terserah Allah untuk mengampuni atau tidak. o Ketiga, Mutazilah : Pendosa besar bukan kafir bukan pula mukmin, mereka menempati posisi diantara kedua posisi mukmin dan kafir ( almanzilah baina almanzilatain)

Selain itu timbul pula aliran dalam teologi Islam yang dikenal dengan nama al-qadariah dan aljabariah. Menurut qadariah, manusia mempunyai kemerdekaan dalam kehendak dan perbuatannya ( free will atau free act ). Tetapi menurut jabariah manusia tidak mempunyai kemerdekaan dalam kehendak dan perbuatannya, manusia dalam segala tingkah lakunya bertindak dengan paksaan Tuhan ( predestination atau fatalism) Aliran Mutazilah yang bersifat rasional, mendapat tantangan keras dari kaum tradisional Islam

Perlawanan ini mengambil bentuk aliran teologi tradisional yang disusun oleh Abu al-Hasan alAsyari (935 M) dikenal dengan aliran al-Asyariah dan Abu Mansur Muhammad al-Maturidi (w. 944 M) dikenali dengan aliran al-Maturidiah yang mengambil jalan tengah antara al-Asyariah dan Mutazilah. Sebenarnya Maturidiah terbahagi dua iaitu Samarkand yang agak liberal dan Bukhara yang tradisional. Selain al-Asyari dan al-Maturidi, terdapat satu lagi teologi yang menentang Mutazilah ialah alTahawi (w. 933 M) asal Mesir.

Saat ini, aliran Khawarij, Murjiah dan Mutazilah tidak mempunyai wujud lagi kecuali dalam sejarah, sedangkan Asy-Ariah dan Maturidiyah keduanya disebut Ahl Sunnah wal Jamaah. Aliran Maturidiah banyak dianut oleh umat Islam bermazhab Hanafi, sedangkan Asy-Ariyah pada umumnya dipakai oleh umat Islam. Dengan masuknya fahaman rasionalisme ke dunia Islam melalui kebudayaan Barat, ajaran Mutazilah mulai timbul kembali dikalangan cendekiawan Islam yang mendapat pendidikan Barat .

Hukum-hukum Dan Bahagiannya


Dibahagikan hukum kepada tiga bahagian mengikut sumber-sumbernya:

I.

Hukum Akal - Iaitu hukum yang datangnya dari


penetapannya atau penafian akal seperti akal

menetapkan satu itu setengah daripada dua atau tiga itu bukan genap.

I.

Hukum Syarak - Iaitu hukum yang datangnya dari


penetapan syarak, seperti menetapkan wajibnya sembahyang atau haram makan daging babi.

I.

Hukum Adat Iaitu hukum yang disandarkan kepada kebiasaan dan percubaan manusia didalam hidup tanpa memandang kepada akal dan syarak, seperti api boleh

manghanguskan bahan-bahan yang terbakar, air boleh


memadamkan api atau pisau boleh memotong

Yang paling penting antara ketiga-tiga hukum adalah Hukum Akal. Hukum Akal terbahagi kepada 3 perkara: i. Wajib Iaitu barang yang tetap ada dan tidak mungkin tiada zatnya atau perkara yang tidak ergambar pada akal tiadanya.

i.

Mustahil Iaitu barang yang tetap tiada dan tidak menerima bagi ada bagi zatnya ataupun barang yang tidak tergambar adanya pada akal.

ii.

Harus Iaitu barang yang boleh menerima ada atau tiada dengan memandang kepada zatnya sendiri. Ataupun barang yang tergambar pada akal ada atau

tiadanya.

ILMU TASAWUF

PENGENALAN
Ilmu tasawuf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah dan menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah .

Ilmu ini bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .

Imam Al-Ghazali telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah dan sepuluh sifat Mazmumah di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :

Sifat Mahmudah: Taubat, khauf, zuhud, sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, muhabbah, redha dan mengingati mati.
Sifat Mazmumah: Banyak makan, banyak bercakap, marah, hasad dengki, bakhil, cintakan kemegahan, cintakan dunia, bangga diri, ujub dan riya.

TOKOH ILMU TASAWUF

HABIB AL-AJAMI Berbangsa persia yang menetap di Baghdad merupakan seorang tokoh terkenal dalam ilmu tasawuf serta anak murid kepada ulama tasawuf terkenal iaitu Hasan AlBasri. Dia dikenali sebagai salah seorang ahli hadis yang merawikan hadis -hadis dari Hasan Al- Basri , Ibnu sirin dan tokoh -tokoh yang dipercayai. Pada mulanya dia seorang yang banyak melakukan kejahatan, lintah darat, dan suka berfoya-foya. Setelah mendapat nasihat dari dalil dalil dari Hasan Al-Basri akhirnya dia bertaubat, dan menjadi murid sekaligus menjadi tokoh terkenal dalam ilmu tasawuf.

HAMKA
Nama sebenar Doktar Haji Abd. Malik bin Sheikh Abd. Karim bin Sheikh Muhammad Amrullah. Dilahirkan pada 16 Februari 1908 @ 13 Muharam 1362 Hijrah di Desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. Ayahnya seorang ulama Islam yang terkenal telah membawa pembaharuan Islam di Minangkabau. Merupakan Anggota tetap majlis konsul Muhammadiah, Sumatera Tengah (1934) dan mengetuai gerakan Muhammadiah (1946).
Beliau telah meninggal dunia pada 24 Julai 1981.

SIFAT-SIFAT PERIBADI
Seorang yang pintar dan bijak. Terkenal sebagai ahli kesusasteraan Melayu klasik serta pengarang yang masyhur, novelis terkemuka dan mahir dalam bahasa Arab. Terkenal sebagai ahli falsafah dan pujangga Islam.

Pendidikan Mendapat pendidikan awal daripada bapanya. Beliau mempelajari ilmu-ilmu asas agama serta mempelajari al-Quran sehingga khatam. Pada tahun 1915 beliau memasuki sekolah desa di Padang Panjang dan pada tahun 1918 beliau menuntut di sekolah datuknya, Muhammad Amrullah. Berpeluang mendalami pelajaran tafsir daripada Kiai Bagus Harikusomo di Tanah Jawa serta daripada tokoh terkenal seperti Shamsurrijal dan Haji Fakhruddin.

Sumbangan dalam bidang ilmu dan pemikiran Islam Seorang tokoh reformasi Islam yang terkenal dalam bidang falsafah dan tasawuf. Seorang tokoh agama dan pendakwah yang banyak memberi sumbangan kepada agama, bangsa, dan negara melalui organisasi, ceramah, serta hasil-hasil karya yang ditulisnya. Pada tahun 1935, Hamka telah mendirikan Kolej Kuliah Al-Muballighin di Padang Panjang yang telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terkenal.

Beliau banyak berjasa dalam penyebaran Islam dalam bahasa Indonesia kerana keahliannya dalam kesusasteraan sehingga beliau mendapat gelaran "Hamzah Fansuri zaman baharu. Pada tahun 1925, Hamka memulakan kerjayanya sebagai pengarang di Padang Panjang. Beliau menulis majalah "Seruan Islam di Tanjung Para Langkat, menerbitkan majalah "Pedoman masyarakat, dan "Panji Masyarakat. Hamka mula mengarang dalam akhbar "Pembela Islam, Bandung pada tahun 1930.

HASIL-HASIL KARYA Hamka telah menulis enam puluh buah buku selama dua puluh lima tahun. Contoh karangan beliau dalam novel adalah seperti novel "Tenggelamnya Kapal Van der Vijk, "Di Bawah Lindungan Kaabah, "Merantau Ke Deli, "Terusir, "Keadilan Ilahi dan lain-lain. Dalam bidang agama dan falsafah pula, karangan beliau terdiri daripada "Tasawuf Moden, Falsafah Hidup, "Lembaga Hidup, "Lembaga Budi, "Pedoman Mubaligh Islam, dan lain-lain.

Antara hasil-hasil karya Hamka yang menggoncangkan semangat revolusi ialah "Revolusi Fikiran, "Revolusi Agama, "Adat Minangkabau, "Menghadapi Revolusi, "Negara Islam, "Sesudah Naskah Renville, "Muhammadiah Melalui Tiga Zaman, "Dari Lembah Cita-Cita Merdeka, serta "Islam dan Demokrasi . Pada tahun 1929, Hamka menghasilkan buku-buku, "Agama dan Perempuan, "Pembela Islam, dan lain-lain lagi.

ILMU PERUBATAN

PENDAHULUAN

Ilmu perubatan muslim bermula pada zaman pemerintahan Bani Umayyah (661 720 M). Kemajuan yang pesat dalam bidang perubatan berlaku pada zaman Abbasiyah (750 1258M). Perkembangan sains dan ilmu perubatan mempunyai perhubungan erat antara satu sama lain kerana Islam mememtingkan kesihatan umatnya.

Banyak ilmu perubatan umat Islam telah ditimba dari sumber asing khasnya dari Parsi, Kristian, Yunani, India dan Mesir. Hal ini menyebabkan ilmu perubatan muslim lahir sebagai integrasi antara teori-teori perubatan Yunani, tradisi Hippokrates dan Galen serta pengalaman bangsa Parsi dan India. Perkembangan ilmu perubatan pada waktu tersebut telah melahirkan ramai tokoh perubatan Islam seperti Ibn Sina, Al-Razi , Abdul Qasim, Ibnu Nafis dan ramai lagi.

Tokoh-tokoh ini walaupun lebih dikenali dalam bidang sains dan perubatan, namun turut memiliki kemahiran tinggi dalam bidang agama, falsafah dan seumpamanya.

IBNU SINA

NAMA : TARIKH LAHIR : TEMPAT LAHIR : MENINGGAL DUNIA:

Abu Ali al Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina. 980M Afshara berhampiran Bukhara (Asia Tengah). 1037M(56 tahun).

IBNU SINA
Beliau telah dapat menghafal Al-Quran sewaktu berusia 10 tahun. Dilantik menjadi Doktor Diraja pada umur 18 tahun. Ibn Sina merupakan seorang yang bertuah kerana mempunyai seorang ayah yang amat mementingkan pendidikan agama dan juga keduniaan walaupun beliau dilahirkan dalam keluarga seorang pemungut cukai.

Ketokohannya memang terserlah semenjak kecil lagi. Ini terbukti sewaktu berusia 17 tahun, beliau telah berjaya menyembuhkan Putera Raja Bukhara, Nooh Ibn Mansoor selepas semua pakar perubatan yang terkenal gagal dalam usaha tersebut. Raja Mansoor amat terhutang budi dan telah menawarkan hadiah yang lumayan kepadanya. Namun begitu, beliau menolak dan hanya meminta kebenaran untuk menggunakan perpustakaan Di Raja sahaja.

SUMBANGAN
Beliau telah memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenalpasti (dalam masa beberapa detik sahaja) ketidakseimbangan humor yang berkenaan.

Seorang doktor perubatan pertama yang mencatatkan bahawa penyakit paru-paru adalah suatu penyakit yang boleh berjangkit.
Beliau turut menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya.

Ibn Sina telah menghasilkan sebanyak 250 buah karya termasuklah 116 buah karya dalam bidang ilmu perubatan. Hampir keseluruhan karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan terdapat juga yang ditulis dalam bahasa Parsi. Al-Qanun fit Tibb merupakan karyanya yang terulung dan telah menjadi bahan rujukan yang utama di universiti-universiti Eropah sehingga abad ke 17.

IBN SINA / AVICENNA

IBNU HAITHAM

TOKOH

IBNU ALZAHRAWI

IBNU NAFIS

PROFIL

NAMA

: Al-Hakim Alauddin Abu al-Hasan Ali Abu al-Hazm al-Quraisyi alDimasyqi al-Misri. GELARAN : Ibn al-Nafis. TARIKH LAHIR : 607 Hijrah/1210 Masihi. MENINGGAL : 687 Hijrah/1288 Masihi. TEMPAT LAHIR : Damsyik. SUMBANGAN : Menemui sistem peredaran darah manusia.

IBNU NAFIS Beliau menemui sistem peredaran darah ke paru-paru, 300 tahun sebelum penemuan dibuat sarjana Barat, Harvey. Ibnu Nafis membukukan segala hasil penemuannya itu seperti buku yang menerangkan mengenai peredaran darah ke paru-paru. Beliau mengakhiri penulisan kedoktorannya dengan sebuah ensiklopedia perubatan, Al-Shamil Fi al-Tibb.

Ensiklopedia Al-Shamil Fi al-Tibb, satu kajian menyeluruh seni perubatan yang merangkumi bidang pembedahan. Namun, hanya 80 jilid daripada 300 jilid yang dirancang dapat disiapkan Ibnu Nafis kerana beliau meninggal dunia. Manuskrip kitab ini banyak disimpan di Damsyik. Ibnu Nafis juga dikenali kerana kajiannya dalam ilmu logik (mantiq), falsafah, bahasa, ilmu bayan, hadis dan usul fiqh.

PROFIL
NAMA
GELARAN

: Abul Qasim Khalaf ibn Al-Abbas Al-Zahrawi


: Ibnu al-Zahrawi

TARIKH LAHIR : Tahun 936 Masihi TEMPAT LAHIR: Zahra, Cordova, ibu negeri Sepanyol. MENINGGAL : Tahun 1013 Masihi SUMBANGAN : Pakar bedah yang membincangkan mengenai pembedahan dan alat yang digunakan secara terperinci serta memberi sumbangan terhadap pembentukan ubat atau dos, teknik dan alat penyediaan ubat.

Beliau ialah seorang doktor pembedahan dari Cordova yang sangat masyhur. Karyanya yang terkenal adalah Kitab al-Tasrif (Buku Penganugerahan), iaitu sebuah ensiklopedia perubatan menjadi panduan bagi doktor perubatan pada abad ke-16. Buku itu terbahagi kepada empat bahagian, yang pertama mengenai (mengeluarkan darah) bagi penyakit apoplexy (penyakit yang menghilangkan deria disebabkan pecahan darah dalam otak). Bahagian kedua, mengenai pembedahan menggunakan pisau belah (skalpel) serta pembedahan mata dan mulut, bahagian ketiga pula pembedahan bagi pelbagai bentuk pecah tulang, terseliuh serta berkaitan kelahiran anak. Bahagian terakhir buku itu membincangkan penyakit gigi dan cara merawatnya dan ia menjadi dasar bagi ilmu pergigian di Eropah.

IBNU HAITAM
Dikenali dengan nama Alhazen di kalangan cerdik pandai Barat. Memulakan pendidikan awalnya di Basrah sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Selepas beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan. Kecintaannya kepada ilmu membawanya berhijrah ke Mesir.

Beliau melakukan beberapa kerja penyelidikan mengenai aliran dan saliran Sungai Nil serta menyalin buku mengenai matematik dan falak. (Tujuannya untuk mendapatkan wang saraan pengajiannya di Universiti al-Azhar). Beliau menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang sains, falak, matematik, geometri, perubatan dan falsafah. Tulisannya mengenai mata, menjadi salah satu rujukan yang penting dalam bidang pengajian sains di Barat. Kajiannya mengenai perubatan mata menjadi asas kepada pengajian perubatan moden mengenai mata.

Anda mungkin juga menyukai