Anda di halaman 1dari 1

Ruj.

Kami : Tarikh : Pegawai, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kubang Pasu, Lot 3500, Tingkat 1, Kompleks Niaga, Bandar Baru Aman, 06000 Jitra, Kedah. Tuan/Puan, JEMPUTAN UNTUK MENGADAKAN PAMERAN ANTIDADAH SEMPENA KARNIVAL DESTINI SISWA Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG Kampus Darulaman akan menganjurkan program Pameran Agensi Kerajaan dan NGO Peringkat IPG Kampus Darulaman untuk seluruh komuniti pendidikan Zon Utara seperti ketetapan berikut: Tarikh Masa Tempat : 18 20 Mac 2013 : 9.00 pagi 4.00 petang : Dewan Besar IPG Kampus Darulaman

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin menjemput pihak tuan untuk mengadakan pameran antidadah. Ia bertujuan mendidik masyarakat tentang bahaya dadah serta dapat menunjukkan contoh jenis dadah yang biasa disalahguna. 4. Pihak kami memohon kerjasama pihak tuan agar dapat memberikan maklum balas terhadap permohonan ini sebelum 25 Februari 2013. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan saudara Muhd. Muzaini bin Abd Mutalib melalui talian 013-5944522 atau emel muhamad.muzaini@yahoo.com. . Kerjasama pihak tuan amatlah kami hargai. Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(HAJI MOHD. MUSTAFA B. AHMAD)

Pengarah IPG Kampus Darulaman

Anda mungkin juga menyukai