Anda di halaman 1dari 24

CTU101

PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM

Tajuk: Ibadah dalam Islam


Pendahuluan
• Keimanan akan melahirkan ketundukan dan
ketaatan kepada Allah SWT.

• Mewujudkan ketaatan – ibadah.

• Tujuan utama penciptaan manusia dan jin


adalah untuk beribadah kepada Allah SWT,
Tuhan pentadbir alam ini.

• Firman Allah SWT bermaksud :


“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar
mereka beribadah kepada Ku”. (al-Zariyat, 51: 56)
Pengertian Ibadah
• Menurut bahasa:
Ibadah berasal daripada perkataan `abda-ya’budu-
`abdan yang bererti taat, tunduk, patuh,
merendahkan diri serta hina.

• Ketaatan secara menyeluruh (zahir dan batin)

• Ibadah perlu mengandungi dua unsur utama, iaitu:

1. Patuh dan taat kepada setiap yang disyariatkan


oleh Allah SWT dan Rasulnya sama ada ia
berbentuk suruhan atau larangan.

1. Kepatuhan dan ketaatan itu lahir daripada


perasaan cinta yang ikhlas kepada Allah SWT.
ASAS-ASAS IBADAH
Ilmu
•Melalui ilmu, manusia dibimbing bagaimana
untuk melaksanakan ibadah sehingga amalan
tersebut diterima disisi Allah S.W.T.

•Kekuatan yang timbul atau yang diperolehi dari


setiap ibadah berkait rapat dengan tiga perkara
iaitu ilmu, kefahaman dan penghayatan
Iman
•Merangkumi ucapan dan perbuatan, ucapan hati
dan lisan, amal hati dan amal lisan serta amal
anggota tubuh badan

•Ulamak telah bersepakat, sekiranya seseorang


hamba telah membenarkan dengan hatinya dan
mengikrarkan dengan lidahnya, tetapi menolak
untuk beramal, maka ia termasuk orang yang
derhaka kepada Allah S.W.T dan RasulNya
Ihsan

•Merupakan satu kejayaan dari aspek sikap diri manusia


terhadap Allah S.W.T.

•Setiap amalan soleh yang dilakukan sentiasa dikawal


selia olehNya.

•Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


“Ihsan itu ialah bahawa kamu mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.
seakan-akan kamu melihat Allah S.W.T (di dalam pekerjaan kamu),
dan sekiranya tidak demikian, yakinlah bahawa Allah S.W.T sentiasa
memantau dan melihat amalan dan tindakan kamu.” (Riwayat
Muslim)
SYARAT-SYARAT IBADAH
UMUM
Keistimewaan Ibadah
Tidak Terikat Pada Masa dan Tempat
• Tiada keterbatasan masa dan tempat untuk seseorang
muslim beribadah kepada Tuhannya, 24 jam sehari
semalam boleh digunakan beribadah kepadaNya.
Pembahagian Ibadah
• Ulama’ telah membahagikan ibadah
kepada beberapa kategori, ianya
dilihat dari segi skop dan ruang
lingkupnya

• Ibadah terbahagi kepada dua


bahagian, iaitu:
– Ibadah khusus
– Ibadah umum
Pembahagian Ibadah
Pembahagian Ibadah

• Ibadah Khusus
• Ibadah yang telah disebut secara khusus di
dalam al-Quran dan telah ditentukan syarat
dan perlaksanaannya oleh Rasulullah s.a.w
• Ibadah khusus ini terbahagi kepada dua
bahagian:
– Ibadah Fardhu
– Ibadah Sunat
IBADAH KHUSUS
Pembahagian Ibadah

• Ibadah Fardhu ‘Ain


• Ibadah yang wajib dilakukan oleh
setiap mukallaf, sekiranya ibadah
tersebut dilakukan, maka si pelaku
akan beroleh pahala, sebaliknya jika
ditinggalkan, maka si pelakunya akan
mendapat dosa
• Ibadah Fardhu Kifayah

• Sesuatu amalan yang wajib dilakukan oleh sebahagian daripada


anggota sesuatu masyarakat Islam, demi untuk kemaslahatan umat
Islam.

• Seandainya semua orang Islam di dalam komuniti tersebut tidak


melakukannya, maka semua orang Islam dikawasan tersebut dikira
berdosa.

• Jika terdapat individu-individu Muslim yang melaksanakannya,


maka ia akan menyelamatkan seluruh orang Islam di komuniti
tersebut daripada dosa
Pembahagian Sunat
Sunat Muakkad
•Amalan yang sangat digalakkan dan tarafnya
hampir-hampir menyerupai amalan fardhu
•Contoh: solat sunat fajar dan bersugi sebelum
solat
•Sabda Rasulullah SAW bermaksud :

“Dua rakaat solat sunat fajar lebih baik


daripada dunia dan seisinya.” (HR. Muslim)
Sunat Ghayr Muakkad

•Sunat yang digalakkan tetapi


tuntutannya tidak seberat sunat
muakkad
•Contoh: solat sunat rawatib,
bersedekah, puasa pada hari isnin
khamis, i’tikaf di masjid dsb…
SIGNIFIKAN IBADAH DALAM ISLAM
1. Ibadah adalah satu ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan
Ia dilaksanakan semata-mata keranaNya

2. Menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh yang jelas dalam beribadah.

3. Ibadah dihadkan dengan waktu tertentu dan kadar tertentu. Tidak


dibenarkan seseorang itu melampaui hadnya atau menguranginya walau
sedikit. Firman Allah SWT bermaksud:

“Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-
orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”
• (Surah al-Nisa’: 103)
4. Mestilah ibadah itu ditegakkan atas mahabbah kepada Allah
SWT, merendah diri kepada-Nya, takut kepada-Nya dan
mengharap pada-Nya

5. Ibadah itu menjadi taklif kepada manusia beriman yang telah


baligh sehinggalah kematiannya. Setiap ibadah yang disyariatkan
perlu dilakukan oleh setiap mereka yang mukallaf iaitu mereka
yang beriman dan berserah diri kepada Allah.
KESIMPULAN

Anda mungkin juga menyukai