Anda di halaman 1dari 17

AL-QIYADAH DAN

AL-WIQAYAH DALAM
PENGURUSAN ISLAM
PENSYARAH: DR. MOHAMAD ZAIM ISAMAIL
USTAZAH NOR ALHANAH ABD MALIK
AL-QIYADAH (KEPIMPINAN)
DEFINISI AL-QIYADAH
• Seseorang yang mendorong, memujuk, dan mampu
mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah
mencapai objektif tertentu.
• Melibatkan aktiviti merangsang pekerja bawahan agar
berperanan mengikut garis panduan yang telah diberikan
supaya matlamat organisasi dapat dicapai.
• Seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang
berkaitan dengan tugas mereka supaya mereka rela
bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat
organisasi.
AL-QIYADAH
• Melibatkan pihak lain iaitu pekerja bawahan yang
dipertanggungjawabkan ke atasnya.
• Pendekatan top-down iaitu para pemimpin
mempunyai autoriti untuk memberi arahan kepada
pekerja bawahan tetapi tidak sebaliknya.
• Keberkesanan pelaksanaan kerja oleh pihak
bawahan menunjukkan pengaruh kepimpinan.
KEPENTINGAN PEMIMPIN
• Mendorong kepada kebaikan dan mencegah
kerosakan/kemudaratan.
• Menentukan arah dan matlamat organisasi
• Mampu mencipta wawasan yang mampu dicapai.
• Menjadi sumber ilham kepada orang bawahan.
• Memberi dorongan dan memupuk semangat kepada pekerja.
• Menyediakan pemimpin pelapis dalam oragnisasinya melalui
proses menurunkan kuasa.
PROSES PELANTIKAN PEMIMPIN
• Mengamalkan syura.
• Dipilih secara legitimasi.
• Memilih mereka yang berkelayakan (konsep al-Quwwah dan al-Amin)
• Firman Allah SWT: “Salah seorang di antara perempuan yang
berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia menjadi orang
upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik
orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi
amanah“. (al-Qassas: 26)
• Dipersetujui oleh ahli organisasi.
APLIKASI SEMASA: KONSEP KEPIMPINAN BARAT
• DEMOKRASI
• Keputusan ditetapkan oleh suara majoriti
• Pemimpin berfungsi sebagai pengurus dan ahli bebas memberi
pandangan dan kritikan. Ini membolehkan pemimpin menyelami
kehendak orang bawahan melalui wakil-wakil yang dilantik.

• AUTOKRASI
• Pemimpin berkuasa mutlak
• Keputusan hanya diputuskan oleh pemimpin
• Pekerja bawahan hanya menerima arahan sahaja.

• LAIZZES FAIRE (Perniagaan)


• Pemimpin adalah boneka.
• Orang bawahan yang menentukan segala-galanya.
• Pemimpin hanya sebagai penghubung maklumat.
AL-WIQAYAH (PENGAWASAN
DAN PENGAWALAN)
PENGENALAN
• Satu proses untuk menentukan atau menjamin
kegiatan organisasi terarah kepada pencapaian
matlamat yang telah ditetapkan.
• Pengawalan mendedahkan kelemahan dan
kesilapan bahagian-bahagian dalam pengurusan
dan segera diperbetulkan.
• Dilaksanakan sebagai satu bentuk pencegahan
atau digunakan apabila berlaku
kesilapan/kesalahan (damage control).
KEPENTINGAN
• Memastikan pengurusan organisasi berjalan selaras dengan matlamat
yang telah ditetapkan.
• Menguatkuasakan undang-undang/polisi organisasi bagi mengemaskini
dan memastikan keutuhan organisasi.
• Memastikan pengurusan berjalan mengikut jadual kerana sesebuah
pengurusan melibatkan pelbagai pihak, peringkat dan unit.
• Mengenalpasti tanda-tanda awal perkara yang boleh menghalang
kepada pencapaian matlamat supaya boleh diperbaiki samada dari segi
sumber manusia atau peralatan.
PROSES (SUMBER MANUSIA DAN KEBENDAAN)
• Menetapkan piawaian yang hendak dicapai
• Mengukur prestasi
• Mengenalpasti masalah atau penyelewengan
• Mengambil tindakan
• Melakukan pembetulan
TINGKAT PENGAWASAN
Diri sendiri
(al-raqabat al-zatiah)

Pengawasan Ilahi

Masyarakat/kakitangan
(al-raqabat al-mujtama’)

Pihak atasan
(al-raqabat al-sultah al-rasmiah)
APLIKASI (GENERASI TERDAHULU)
• Pengamalan konsep hisbah dalam pengurusan politik dan kenegaraan.
• Diaplikasi dalam bidang perniagaan, perdagangan, pemerintahan, pentadbiran dan
sosial.
• Asal perkataan hasaba bermaksud menghitung, mengira, menimbang dan menilai.
• Institusi yang melaksanakan konsep amar makruf, nahi mungkar.
• Ditubuhkan jabatan hisbah secara rasmi oleh Abdul Malik bin Marwan dari bani
Umayyah.
• Antara fungsinya pada zaman tersebut ialah:
• Memastikan hak Allah terlaksana (Solat, zakat, puasa, perniagaan)
• Memastikan hak sesama manusia terjamin (Kejiranan)
• Memastikan hak awam dan kebajikan masyarakat diutamakan (kemudahan
untuk para musafir, kemudahan asasi, pasar-pasar, perkhidmatan guru, doktor,
kualiti jabatan kerajaan)
APLIKASI (GENERASI MASA KINI)
• Pengawasan dilakukan melalui dua bahagian
• Dalaman (bahagian sumber manusia, biro tata tertib,
pengurusan atasan, audit dalaman)
• Luaran (pihak lain, audit umum/pusat)
• Piawaian dari segi kualiti, kuantiti, masa dan kos perlu ditetapkan
secara terperinci.
• Kaedah pengukuran yang khusus.
• Organisasi mudah: pengamatan
• Organisasi yang kompleks: laporan, statistik.
• Perbandingan antara pencapaian dan piawaian/sasaran. (Contoh:
prestasi menurun akibat kurang latihan).
• Dilakukan pada setiap peringkat iaitu ketika perancangan,
pelaksanaan dan setelah selesai.
ASAS-ASAS SISTEM PENGAWALAN
ISLAM
• Sifat taqwa
• Sifat amanah
• Cekap dan berkesan
• Konsep ihsan
• Kepercayaan kepada hari Akhirat
(Syurga, neraka, hari hisab)
• Mengikuti fitrah manusia
• Mencegah kemungkaran
KESIMPULAN
Setiap aktiviti pengurusan perlu
dinilai, diselia, diawasi dan disemak
agar sentiasa bertepatan dengan apa
yang diiginkan oleh ALLAH SWT.
Kesilapan, kecuaian dan kelemahan
perlu diminimakan demi
mewujudkan sebuah masyarakat
yang hidup secara aman dan
memperoleh keberkatan dari ALLAH
SWT.

Anda mungkin juga menyukai