Anda di halaman 1dari 16

SUBJEK :

KAEDAH-KAEDAH FIQH (PPPG3243)

TUGASAN :

ANALISIS FATWA BERDASARKAH KAEDAH

‫احلاجة تنزل منزلة الضرورة عامة كانت أو خاصة‬

PENSYARAH :

DR AMIR FAZLIM BIN JUSOH @ YUSOFF

PELAJAR :

ASYRAF HUSAINI BIN IBRAHIM (A162786)

MUHAMMAD AFIQ BIN MUHAMMAD HAZMAN (A164362)

PUSAT KAJIAN SYARIAH

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERITI KEBANGSAAN MALAYSIA


Isi Kandungan
Kandungan Muka Surat

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Analisis Fatwa 3

2.1 Fatwa Menggunakan Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) 3-5


Bagi Jemaah Haji Dalam Ihram Dan Umrah

2.2 Fatwa Melakukan Pembedahan Klef (Rawatan Bibir) 5-6

2.3 Fatwa Penggunaan Vaksin 7-9

2.4 Fatwa Bay Salam 9-12

3.0 Kesimpulan 13

4.0 Rujukan 14
1

1.0 PENDAHULUAN
Kaedah fiqh merupakan rangkuman prinsip yang telah diperakui oleh Syarak. Ia dibuat oleh
para ulama untuk memudahkan proses merujuk sesuatu masalah fiqh kepada prinsip Syarak. la
tidak dianggap sebagai dalil Syarak yang akan menentukan hukum, sebaliknya adalah satu
rumusan perundangan teliti terhadap hukum fiqh yang pelbagai. Ia memudahkan seseorang
untuk mengingati, meneliti dan menguasai hukum hakam fiqh (Abdul Manan, 2005). Oleh itu,
kaedah fiqh disimpukan sebagai satu pemyataan ringkas yang mengandungi makna yang umum
serta merangkumi permasalahan cabang fiqh yang pelbagai.

Menurut sebahagian ulama, terdapat lima kaedah asas yang utama dalam qawaid
fiqhiyyah. Tiap-tiap kaedah tersebut mempunyai pecahannya juga dikenali sebagai furu’. Salah
satu daripada kaedah asasi tersebut adalah kesusahan membuka ruang kesenangan ( ‫المشقة تجلب‬
‫)التيسير‬. Kaedah ini secara umumnya bermaksud hukum hakam yang mendatangkan kesukaran
untuk dilaksanakan oleh mukallaf akan diringankan cara pelaksanaannya oleh Syarak. Ini
bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan dan
melaksanakan perintah Allah SWT, perintah itu diringankan, tidak seperti asalnya.

Firman Allah SWT:

‫اّللُ نَ ْفساً إِّالَّ ُو ْس َع َها ََلَا‬ ِّ


‫ف ه‬ ُ ‫ال يُ َكله‬

(Al-Baqarah: 286)

Maksudnya:

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”.

Berdasarkan kepada firman di atas, Allah tidak menginginkan kesukaran kepada umat ini,
sebaliknya mereka disuruh melaksanakan sesuatu tanggungjawab sekadar termampu atau
mengikut kemampuan seseorang itu untuk melaksanakan sesuatu perkara. Maka rukhsah
dibolehkan oleh syarak dalam pelbagai aspek kehidupan mengikut syarat-syarat tertentu.
Terdapat tujuh sebab keringanan yang diberikan oleh syarak dalam ibadat, iaitu musafir, sakit,
paksaan, lupa, kejahilan, kepayahan dan kekurangan. Menurut ulama usul fiqh, rukhsah
syariyyah didefinisikan sebagai hukum-hukum yang disyariatkan oleh Allah s.w.t dengan
mengambil kira keuzuran manusia.

Daripada kaedah asas dan utama tersebut dapat dikeluarkan pula beberapa kaedah
pecahan lain juga dikenali sebagai furu’. Namun, fokus perbincangan ini hanyalah kepada satu
2

pecahan sahaja iaitu sesuatu keperluan manusia yang hajjah boleh juga dikategorikan sebagai
darurah sama ada bersifat umum atau khusus. Kaedah ini bermaksud, keringanan itu tidak
hanya terbatas untuk perkara darurat sahaja. Namun ia juga terdapat pada perkara hajiyyat atau
keperluan. Dengan erti kata lain, keringanan itu dibolehkan pada perkara hajiyyat sebagaimana
ia dibolehkan pada perkara darurat. Apa yang dimaksudkan dengan keperluan yang bukan
darurah iaitu dikenali juga sebagai keperluan hajjah. Hajjah yang bersifat keperluan umum atau
khusus kepada segolongan sahaja yang boleh mendatangkan kesulitan serta kesukaran dalam
pelaksnaannya maka diharuskan juga rukhsah untuk meringankannya. Contohnya, seseorang
lelaki diharuskan memakai pakaian sutera disebabkan ada penyakit kulit dan lainnya, namun
dalam keadaan biasa diharamkan. Selain itu, diharuskan melihat bakal isteri untuk tujuan
perkahwinan
3

2.0 ANALISIS FATWA


Dalam beberapa permasalahan isu semasa, pengaplikasian kaedah ini telah dilakukan bagi
mengeluarkan fatwa untuk isu tersebut. Antaranya ialah seperti berikut:

2.1 Fatwa Menggunakan Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah Haji Dalam Ihram
Dan Umrah

2.1.1 Keputusan Fatwa


Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 26 pada 9 Safar 1436H/ 2 Disember
2014M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:

1. Mencegah penularan wabak yang boleh membahayakan nyawa dan kesihatan semasa
menunaikan ibadah haji atau umrah amat dituntut oleh Islam.
2. Oleh itu, dalam keadaan di mana sesuatu penyakit itu telah menjadi wabak, Islam memberi
pengecualian dan kelonggaran kepada para jemaah untuk menutup sebahagian muka
sebagai langkah pencegahan walaupun ia merupakan perkara yang dilarang semasa
menunaikan ibadah haji atau umrah dan dalam keadaan tersebut mereka tidak perlu
membayar dam.

2.1.2 Keterangan/ Hujah

1. Menjaga kesihatan badan lebih-lebih lagi ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah di
Makkah adalah sangat-sangat dititikberatkan oleh Islam. Oleh itu setiap jemaah haji perlu
mengikut langkah-langkah pencegahan terutama penggunaan mask bagi menjaga kesihatan diri
mereka daripada dijangkiti penyakit berbahaya.

2. Penularan wabak ini perlu kepada usaha pencegahan supaya diri terus terpelihara dan sihat

serta dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna. Di dalam kaedah fiqhiyyah: ( ‫احلاجة‬

‫) تن زل من زلة الضرورة‬ iaitu hajat menepati darurat. Maksud hajat ialah jika tidak disempurnakan

nescaya melibatkan atau mendatangkan kesukaran atau kesusahan.

3. Seseorang lelaki yang berihram dilarang daripada menutup semua bahagian kepalanya atau
sebahagiannya dengan apa sahaja yang boleh dikira sebagai menutupnya, sama ada pakaian
4

berjahit ataupun tidak. Semua larangan ini dikecualikan jika terdapat keperluan yang memaksa
seperti untuk tujuan pengubatan dan rawatan.

4. Di dalam al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh karangan Prof. Dr. Wahbah al-Zuhayli


menyebutkan mengenai larangan ke atas perempuan yang menutup seluruh anggota badan
termasuk wajah kerana ihram perempuan adalah pada mukanya.

5. Walau bagaimanapun, dalam keadaan di mana ia dianggap sebagai satu bentuk keuzuran
yang tidak dapat dielakkan kerana jemaah haji terpaksa menutup muka dan hidung (sebahagian
muka) kerana disebabkan sesuatu wabak, maka diharuskan bagi jemaah lelaki dan wanita untuk
menutup sebahagian mukanya.

6. Semasa menunaikan haji atau umrah, terdapat perkara-perkara yang dilarang melakukannya
dan dianggap berdosa dan diwajibkan membayar dam, walau bagaimanpun pertimbangan
keadaan umat Islam masih diambilkira oleh Islam dalam hukum yang ditetapkan.

7. Dalam keadaan darurat di mana suatu penyakit telah menjadi wabak yang mengancam
nyawa seperti H1N1, tindakan pencegahan yang diambil bagi melindungi nyawa adalah
dibenarkan oleh Islam dan tidak dikenakan dam (denda) walaupun ia merupakan perkara yang
dilarang dalam keadaan biasa selaras dengan kaedah fiqhiyyah:
( ‫) درء المفاسد مقدم على جلب المصالح‬

Maksudnya: Menghindarkan kerosakan lebih diutamakan daripada mencari kemaslahatan.


5

2.2 Fatwa Melakukan Pembedahan Klef (Rawatan Bibir)


Pesakit yang dilahirkan dengan keadaan klef bibir dan lelangit menghadapi pelbagai
masalah yang akan memberikan implikasi tertentu di setiap peringkat umur. Masalah yang
pertama adalah berhubung dengan kegigian pesakit yang berkait rapat dengan kewujudan klef
pada tulang alveolus. Ia akan melibatkan sama ada kegigian susu atau kegigian kekal pesakit
kerana ketiadaan tulang alveolus di kawasan klef. Gigi di kawasan tersebut mungkin tidak
wujud, lambat tumbuh, tumbuh pada kawasan lain yang berdekatan, pembentukan gigi lebih
dan juga pembentukan gigi yang mempunyai bentuk yang tidak normal. Penyusuan bayi akan
turut terganggu akibat daripada kecacatan klef terutamanya yang melibatkan klef bibir dan
lelangit. Bayi ini tidak mempunyai keupayaan menelan dan menghisap secara normal. Isu lain
yang perlu diambil berat adalah masalah pertuturan. Kanak-kanak ini menghadapi kesukaran
untuk menyebut beberapa bunyi konsonan dan biasanya mengalami sengau akibat kecacatan
pada bahagian lelangit lembut.

2.2.1 Keputusan
Pembedahan plastik telah banyak dibincangkan oleh para ulama’ sedunia. Oleh kerana
pembedahan klef juga dikategorikan sebagai pembedahan plastik, maka fatwa dan hukum yang
berkaitan dengannya turut diambil kira. Antara fatwa yang membincangkan tentang perihal
pembedahan plastik/kosmetik adalah fatwa Syaikh `Abdul-Aziz ibn` Abdullah ibn Baz.
Menurut Syaikh `Abdul-Aziz ibn` Abdullah ibn Baz dalam “General Presidency of Scholarly
Research and Ifta’”: Melakukan pembedahan plastik dengan tujuan untuk mengembalikan
fungsi tubuh yang rosak adalah dibenarkan, dan tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.
Keputusan ini adalah berdasarkan prinsip “al-Dharar Yuzal” iaitu mudarat perlu dihilangkan.

2.2.2 Aplikasi prinsip-prinsip fiqh dalam hukum klef

1. ‫املشقة جتلب التيسر‬


Islam menolak kesusahan dan kemudaratan yang berlebihan dalam kehidupan umatnya dan
tidak membebankan umatnya dengan perkara-perkara yang melebihi kemampuan. Jika sesuatu
perintah itu dirasakan susah untuk dilaksanakan, maka ada rukhsah atau keringanan yang
dianjurkan dalam Islam bagi menolak masyaqqah sepertimana yang dinyatakan dalam Al-
Quran surah al-Baqarah ayat 286, al-Nisa’ ayat 28 dan al-‘Araf ayat 157. Daripada dalil-dalil
ini dan penelitian para fuqaha’ maka lahirlah prinsip: “Al-Masyaqqah Tajlibu Al-Taysir” yang
bermaksud “kesukaran membawa kemudahan”. Prinsip fiqh ini terhasil berdasarkan kepada
6

prinsip rukhsah dan mengangkat kesusahan yang disyariatkan oleh Allah atas sebab-sebab
tertentu. Prinsip ini juga diaplikasi secara meluas dalam permasalahan fiqh dan disepakati oleh
ulama’ sebagai salah satu prinsip kubra iaitu prinsip teras atau asas. Oleh itu, jika diteliti dari
sudut kewujudan Masyaqqah, pesakit klef mengalami banyak kesusahan jika tidak menjalani
pembedahan seperti masalah penyusuan, pertuturan, penyakit telinga, masalah psikologi dan
sebagainya. Sudah tentu masalah-masalah ini akan memberi kesan terhadap kehidupan pesakit
dan seterusnya tidak dapat menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

2. ‫احلاجة تنزل منزلة الضرورة عامة كانت أو خاصة‬


Rawatan klef dengan tujuan untuk mengembalikan semula bibir mulut fungsi sebenarnya
adalah termasuk dalam golongan hajiyyat. Sekalipun statusnya hajiiyyat, para ulama
menyatakan harus dilaksanakan pembedahan dengan tujuan untuk mengembalikan fungsi bibir
mulut sebaik mungkin seperti sebutan dan pertuturan kembali kepada normal. Prinsip fiqh ada
menyebut:

‫احلاجة تنزل منزلة الضرورة عامة كانت أو خاصة‬


Maksudnya: "Suatu Hajat yang boleh jatuh dalam kategori darurat (terdesak) samada ia
berbentuk umum atau khusus"

Maksud kaedah ini, keringanan itu tidak hanya terbatas untuk perkara darurat saja, namun ia
juga terdapat pada perkara hajiyyat atau keperluan. Dengan kata lain, keringanan itu
dibolehkan pada perkara hajiyyat sebagaimana ia dibolehkan pada perkara darurat.
Pembedahan rawatan klef akan memudahkan seseorang itu bertutur dengan baik, jelas dan akan
menyebab orang yang menghidapi klef akan lebih berkayakinan menghadapi masyarakat.
Maka mengeluarkan seseorang dari kesulitan dan kesempitan kepada kemudahan sudahpun
memadai, sekalipun ia tidak sampai ke tahap dharurah sepertimana dalam isu pembedahan
untuk merawat klef. Kenyatan ini amatlah bersesuaian dengan firman Allah SWT yang
bermaksud: “Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan”.
(AlHajj:78)
7

2.3 Fatwa Penggunaan Vaksin


Vaksin berasal dari bahasa latin vacca (sapi) dan vaccinia (cacar sapi). Vaksin adalah
bahan antigenik yang digunakan untuk menghasilkan kekebalan aktif terhadap suatu penyakit
sehingga dapat mencegah atau mengurangi pengaruh infeksi oleh organisme alami atau “liar”.
Vaksin dapat berupa virus atau bakteria yang telah dilemahkan sehingga tidak menimbulkan
penyakit. Vaksin dapat juga berupa organisme mati atau hasil-hasil pemurniannya (protein,
peptida, partikel serupa virus, dsb.). Vaksin akan mempersiapkan sistem kekebalan manusia
atau haiwan untuk bertahan terhadap serangan patogen tertentu, terutama bakteria, virus, atau
toksin. Vaksin juga dapt membantu sistem kekebalan untuk melawan sel-sel degeneratif
(kanser). Pemberian vaksin diberikan untuk merangsang sistem imunologi tubuh untuk
membentuk antibodi spesifik sehingga dapat melindungi tubuh dari serangan penyakit yang
dapat dicegah dengan vaksin.

2.3.1 Bahan Yang Digunakan Untuk Membuat Vaksin

Vaksin dihasilkan dari kuman (atau bahagian dari tubuh kuman) yang menyebabkan
penyakit. Sebagai contoh vaksin campak dihasilkan dari virus campak, vaksin polio dihasilkan
dari virus polio, vaksin cacar dihasilkan dari virus cacar, dll. Perbezaannya terletak pada cara
pembuatan vaksin tersebut.

Terdapat 2 jenis vaksin, iaitu hidup dan mati. Untuk membuat vaksin hidup, virus hidup
dilemahkan dengan melepaskan virus ke dalam tisu organ dan darah binatang (seperti ginjal
monyet dan anjing, embrio anak ayam, protein telur ayam dan itk, serum janin lembu, otak
arnab, darah babi atau kuda dan nanah cacar lembu) beberapa kali (dengan proses bertahap)
hingga kurang lebih 50 kali untuk mengurangkan potensinya.

2.3.2 Hukum Menggunakan Vaksin Sebagai Alat Pencegahan Penyakit Sebelum Daripada
Berlaku Lagi

Galakan untuk mendapat rawatan dan mendapat ubatan yang bersesuaian. Islam
menyarankan umatnya agar sentiasa mencari penawar kepada penyakit yang dihidapi, kerana
setiap penyakit ada penawar yang perlu dicari, diterokai dan dikaji. sesuai dengan sabda Nabi
SAW:
8

‫الد ِّاء بََرأَ ِِّبِّ ْذ ِّن هللاِّ َعَّز َو َج َّل‬ ِّ ِّ ٍ ِّ


َ ‫ل ُك ِّهل َداء َد َواءٌ فَإ َذا أُصْي‬
َ ُ‫ب َد َواء‬

Maksudnya: “Setiap penyakit mempunyai penawar, apabila penawar menepati penyakit


tersebut, nescaya akan sembuh dengan izin Allah.”

(Riwayat Muslim)

Dalam hal ini hukumnya adalah harus. Ini kerana rawatan terdahulu sebelum berlaku wabak
atau dibimbangi berlaku satu-satu penyakit adalah dibolehkan. Ini berdasarkan hadis Nabi
SAW:

‫املدينة ملَْ يضره ِّس ْحٌر وال سم‬


ِّ ‫ات ِّمن َتََِّر‬
ٍ ِّ َ‫من ت‬
ْ ‫صبَّ َح ب َسْب ِّع َتَََر‬
َ َْ

Maksudnya: “Barangsiapa makan tujuh butir kurma Madinah pada pagi hari, ia tidak akan
terkena pengaruh buruk sihir atau racun.”

(Riwayat Bukhari)

Ini termasuk tindakan menghindari penyakit sebelum terjadi. Demikian juga jika
dikhawatirkan timbulnya suatu penyakit dan dilakukan immunisasi untuk melawan penyakit
yang muncul di suatu tempat atau di mana saja, maka hal itu tidak masalah, karena hal itu
termasuk tindakan pencegahan. Sebagaimana penyakit yang datang diubati, demikian juga
penyakit yang dikhawatirkan kemunculannya.

2.3.3 Hukum Penggunaan Vaksin

1. Dalam hal ini, jika diperbuat daripada bahan yang bersih dan suci, maka ia diharuskan
2. Jika diperbuat daripada bahan yang najis, ia terbahagi kepada dua:
3. Jika di sana ada alternatif lain, maka tidak boleh menggunakan vaksin yang najis. Ini kerana
sabda Rasulullah SAW daripada Abu Darda’ R.Anhu yang bermaksud: “Sesungguhnya
Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap
penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat
dengan (perkara-perkara) yang haram.”
9

4. Jika di sana tidak ada alternatif yang lain, ia dibolehkan kerana ia termasuk dalam perkara

darurat. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam hal ini. Kaedah ‫التيسر‬ ‫املشقة جتلب‬

iaitu kesusahan membuka ruang. Tetapi kaedah ini diikat dengan kaedah lain iaitu ‫احلاجة‬

‫ تنزل منزلة الضرورة عامة كانت أو خاصة‬yang bermaksud suatu Hajat yang boleh jatuh dalam
kategori darurat samada ia berbentuk umum atau khusus. Kaedah ‫ الضرورات تقدر بقدرها‬yang
bermaksud mengambil darurat cukup yang perlu sahaja.

2.4 Bay Salam


Terdapat larangan yang jelas berkaitan menjual barang yang tidak wujud (bay ma’dum).
Hukum asal bagi jual beli mestilah barang jualan itu wujud. Fakta ini disebutkan dalam syarat
barang jualan. Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji menghuraikan seperti berikut:

“Barangan jualan hendaklah wujud ketika akad dilakukan. Tidak harus menjual barangan yang
tidak wujud. Barangan yang tidak wujud tidak boleh dijual. Contohnya, penjual yang mahu
menjual buah-buahan di pokok yang sedang atau akan berbuah begitu juga anak kambing
dalam kandungan atau akan dikandung. Dalilnya adalah larangan Nabi SAW untuk menjual
barangan yang tidak wujud.

‫س ِّعْن َد َك‬ ِّ ُّ ‫اعهُ لَهُ ِّم َن‬


ِّ ‫الس‬ ِّ ِّ ‫يد ِّم ِِّن الْب يع لَي‬ِّ َّ ‫اّللِّ ََيْتِّ ِّيِن‬
َ ‫ الَ تَب ْع َما لَْي‬:‫ال‬
َ ‫وق فَ َق‬ ُ َ‫س عْندى أَفَأَبْت‬
َ ْ َ ْ َ ‫الر ُج ُل فَُُي ُ ه‬ َّ ‫ول‬
َ ‫ََي َر ُس‬

Maksudnya: “Wahai Rasulullah! Ada seorang lelaki datang meminta saya menjualkan
kepadanya barang yang saya tiada (saya bertindak menjual kepadanya). Bolehkah saya beli
barang tersebut di pasar untuk diserahkan kepadanya. Baginda bersabda: Jangan engkau jual
barangan yang tiada padamu.”

Riwayat Abu Daud (3503)

Dan demikian juga, jual beli dengan cara ini termasuk dalam kategori jual beli berisiko (al-
Gharar) kerana barangan tersebut mungkin wujud dan mungkin juga tidak. Sedangkan
Rasulullah SAW melarang jual beli gharar berlaku.”

Larangan tersebut ialah hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa:


10

‫ َو َع ْن بَْي ِّع اْلغََرِّر‬،ِّ‫صاة‬ ِّ


َ َ‫صلَّى هللاُ َعلَْيه َو َسلَّ َم َع ْن بَْي ِّع ا ْحل‬
ِّ ُ ‫ََنَى رس‬
َ ‫ول هللا‬ َُ

Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang jual beli hasah (tikam menggunakan batu) dan jual
beli gharar (yang tidak jelas barang jualannya).”

(Riwayat Muslim:1513)

Tambahan lagi terdapat larangan terhadap seseorang yang menjual sesuatu yang
dibelinya daripada orang, sebelum dia menerimanya. Diriwayatkan bahawa Ibn Umar
R.Anhuma berkata, Nabi SAW bersabda:

َ ِّ‫اع طَ َع ًاما فَالَ يَبِّ ْعهُ َح ََّّت يَ ْقب‬


ُ‫ضه‬ َ َ‫َم ِّن ابْت‬

Maksudnya: “Sesiapa yang membeli sesuatu makanan janganlah dia menjualnya sebelum dia
sendiri menerimanya.”

(Riwayat al-Bukhari:2133)

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya:

ِّ ِّ
‫ض‬
َ َ‫اع َح ََّّت يُ ْقب‬ ُ ‫صلَّى هللاُ َعلَْيه َو َسلَّ َم فَ ْه َو الطََّع‬
َ َ‫ام أَ ْن يُب‬ ُّ ِّ‫أََّما الَّذى ََنَى َعْنهُ الن‬
َ ‫َِّب‬

Maksudnya: “Apa yang dilarang oleh Nabi ‫ ﷺ‬ialah makanan yang dijual sebelum diterima.”

Ibn Abbas R.A berkata: “Aku merasakan semua benda termasuk dalam larangan itu.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Namun begitu, atas faktor maslahah dan keperluan masyarakat, Islam juga
mengharuskan jual beli salam. Dalam kontrak ini, penjualan barang yang tidak ada dalam
majlis akad diharuskan dengan syarat-syarat tertentu. Antara syarat-syarat tersebut ialah
hendaklah sighah atau lafaz kontrak semasa majlis akad itu jelas menyebut kriteria barang
jualan, masa penyerahan dan pemberian, serta lafaz salam atau salaf yang jelas menunjukkan
niat untuk suatu kontrak pendahuluan modal.

Contohnya, pembeli berkata: “Aku serahkan kepadamu RM150,000.00 ini untuk mendapatkan
sebuah kereta keluaran Jepun daripada Syarikat sekian, daripada jenis sekian, model tahun
11

sekian, yang mana engkau akan serahkan kepadaku pada bulan September yang akan datang,
di tempat sekian”. Kemudian penjual berkata: “Aku terima”.

Keharusan kontrak ini seperti mana yang diriwayatkan bahawa ketika Nabi SAW tiba di
Madinah, penduduk Madinah mengamalkan jual beli salam dalam jual beli buah-buahan
selama setahun atau dua tahun. Baginda bersabda:

‫َج ٍل َم ْعلُ ٍوم‬ ِّ ٍ ٍ ٍ ِّ ٍ ِّ َ َ‫َسل‬


َ ‫ إ ََل أ‬،‫ف ِف َش ْىء فَفى َكْي ٍل َم ْعلُوم َوَوْزن َم ْعلُوم‬ ْ ‫َم ْن أ‬

Maksudnya: “Barangsiapa yang berjual beli salaf (salam) hendaklah dia berjual beli dengan
sukatan yang dimaklumi, timbangan yang dimaklumi dan tempoh yang dimaklumi.”

Riwayat al-Bukhari (2125) dan Muslim (1604)

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma berkata: “Aku bersaksi bahawa Allah telah
menghalalkan jual beli salaf yang dijamin (jual beli salam). Allah juga telah menurunkan ayat
yang terpanjang berkenaan dengannya kemudian dia membaca firman Allah yang bermaksud:

ِّ ِّ ِّ ِّ َّ
ُ ُ‫َج ٍل ُّم َس ًّمى فَا ْكتُب‬
‫وه‬ َ ‫آمنُوا إ َذا تَ َدايَنتُم ب َديْ ٍن إ َ َٰل أ‬
َ ‫ين‬
َ ‫ََي أَيُّ َها الذ‬

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan
dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah
kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu.”

(Surah al-Baqarah: 282)

Ayat ini dijadikan dalil bagi menunjukkan jual beli salam adalah sah menurut syarak kerana
jual beli salam termasuk dalam bahagian hutang, sementara ayat ini menerima dan
membenarkan hutang. Dengan itu, jual beli salam juga dibenarkan.

Jual beli salam juga sebenarnya adalah termasuk dalam golongan hajiyyat. Walaupun
kedudukan tarafnya hajiyyat, para ulama menyatakan harus perlaksanaan kontrak salam ini
atas faktor maslahah dan kepentingan umat Islam. Mengikut maksud kaedah ini, keringanan
itu tidak hanya terbatas untuk perkara darurat sahaja, namun ia juga terdapat pada perkara
hajiyyat. Jual beli salam adalah untuk memudahkan urusan perniagaan atas dasar maslahah
secara tidak langsung perkara ini dapat membangunkan ekonomi umat Islam. Maka
mengeluarkan segolongan dari kesulitan dan kepayahan kepada kemudahan sudahpun
memadai, sekali ianya tidak sampai ke tahap darurat. Oleh itu, jual beli salam adalah
12

diharuskan walaupun tidak menepati syarat utama jual beli. Ini kerana perkara ini disandarkan
kepada konsep kaedah ini yang membolehkannya atas dasar kemaslahatan umat.
13

3.0 KESIMPULAN

Agama Islam merupakan suatu agama yang amat menitikberatkan keadaan ataupun situasi
sesuatu umat manusia itu. Diantara buktinya ialah seperti meletakkan kesihatan adalah sebaik-
baik nikmat selepas nikmat iman, meletakkan konsep mudah dan menolak kesukaran di dalam
syariat Islam, nas mengenai larangan untuk menzaimi manusia, perintah untuk mendapatkan
rawatan dan keharusan berubat dengan menggunakan benda haram serta banyak lagi.
Pengaplikasian kaedah-kaedah fiqh untuk mengeluarkan fatwa tertentu bagi sesuatu
permasalahan juga merupakan bukti bahawa agama Islam menitikberatkan keadaan dan
keselamatan umat manusia. Justeru itu tidak dinafikan lagi Islam amat menitikberatkan
keselamatan umat manusia. Sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan untuk maslahah
ummah hanya diperakukan oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan Maqasid
Syar’iyyah iaitu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta.
14

4.0 RUJUKAN

Abdul Manan Ismail, 2005 “Kaedah-Kaedah Fiqh: Satu Pengenalan Ringkas” Siri 2 Kajian
Syariah dan Undang-Undang.

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4270-irsyad-al-fatwa-siri-ke-
440-hukum-perniagaan-meja-penceramah-melalui-tempahan

https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2069-30

http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15978

https://www.researchgate.net/publication/319037368_KLEF_OROFASIAL_PANDUAN_PR
INSIP_FIQH_DALAM_PERANCANGAN_RAWATAN

Anda mungkin juga menyukai