Anda di halaman 1dari 9

Al Bayanul Mubin.

Siri 38
24 November 2016 : 24 Safar 1438H

Langkah "Pindaan Akta 355"


Maju Setapak Ke Hadapan.

Oleh: Nasrudin bin Hassan


Ketua Penerangan PAS Malaysia

(Mohon maaf, artikel ini agak panjang kerana


bermaksud memberi pencerahan atas isu yang
berlaku. Harap baca dengan dengan tenang)

1. Hampir genap 6 bulan selepas 26 Mei


2016 yang lalu, Usul Pindaan Akta 355 sekali
lagi dibentang sebagai Rang Undang
Undang Ahli Persendirian (Private Members
Bill) oleh YB Marang Dato' Seri Tuan Guru Hj
Abdul Hadi Awang.

2. Alhamdulillah, pembentangan kali ini


menunjukkan kemajuan setapak ke hadapan
apabila YB DS Tuan Guru diberi kebenaran
oleh Dewan Rakyat menurut
Muka Surat 01
Peraturan Mesyuarat 49(1) yang dibaca
bersama Peraturan Mesyuarat 28,
mengemukakan pindaan kepada usul asal
beliau yang lebih memperincikan bidang
kuasa Mahkamah Syariah iaitu:

~ 3 tahun penjara kepada 30 tahun


~ 5 ribu ringgit denda kepada 100 ribu ringgit
~ 6 kali sebatan kepada 100 kali sebatan
mengikut tatacara syariah.

3. YB DS Tuan Guru melalui Peraturan


Mesyuarat 15(5), telah memilih untuk
menangguhkan perbahasan ke peringkat
bacaan kali pertama pada persidangan akan
datang. Alasan yang dikemukakan oleh YB
DS Tuan Guru ialah :

"Memandangkan pindaan ini memerlukan


kefahaman yang jelas, walaupun sudah ada
secara bertulis yang diedarkan, namun
masih ada lagi kekeliruan dan berbagai-
bagai polemik di luar dewan ini melibatkan
semua pihak.
Muka Surat 02
Walaupun undang-undang ini khusus bagi
penganut islam sahaja berkait dengan kuasa
raja-raja namun masih ada pertikaian dan
perbahasan yang hangat, maka saya pohon
untuk membuat huraian pada sesi akan
datang selaras dengan peraturan mesyuarat
15 (5)."

4. Saya melihat langkah ini sangat


berhikmah dan tenang dari YB DS Tuan
Guru Ahli Parlimen Marang selaku pembawa
usul. Berhati-hati, tidak gopoh dan lebih
bersikap terbuka untuk pindaan usul ini
diberi masa kepada semua muslim dan non
muslim termasuk ahli-ahli parlimen agar
memahami dengan baik subjek pindaan usul
yang telah dibuat.

5. Subjek pindaan terhadap usul yang telah


dikemukakan itu adalah hasil respon balas
pelbagai pihak selepas 6 bulan ruang
perbahasan dan penelitian dibuka kepada
umum sejak 26 Mei 2016

Muka Surat 03
yang menyaksikan pembentangan kali
pertama oleh YB DS Tuan Guru dan
kemudiannya menangguhkan perbahasan.

6. Selayaknya hari ini pada tanggal 24


November 2016, ahli - ahli parlimen telah
mula boleh membahaskan Rang Undang-
Undang Ahli Persendirian bagi maksud
meminda Akta 355 tersebut.

Tetapi oleh kerana terdapat pindaan yang


terpaksa dilakukan pada draf usul yang asal
maka YB DS Tuan Guru sebagaimana yang
saya nyatakan tadi, memilih untuk
menangguhkan perbahasan supaya
subjek pindaan itu dapat diamati dan
diteliti oleh semua termasuk ahli-ahli
parlimen serta mengharapkan
perbahasan yang masak dan matang
pada persidangan akan datang yang
dijangkakan berlangsung pada bulan Mac
tahun hadapan.

Muka Surat 04
7. Pelbagai tohmahan dan nista dilemparkan
kepada YB DS Tuan Guru khasnya dan PAS
amnya atas sikap dan langkah yang diambil.
Meskipun begitu, PAS tetap dengan sikap
dan keputusan yang diambil malah
optimis dengan keputusan yang dibuat
seraya mengharapkan doa dari semua
pihak agar usaha murni ini berjaya
dilunaskan dengan baik.

8. Pada 26 Mei 2016 yang lalu, mereka


menuduh PAS bersekongkol dengan
UMNO BN apabila PAS mendapat ruang
membentangkan usul Pindaan Akta 355 di
Parlimen.

Mereka menolak dan membantah, kenapa


YB DS Tuan Guru dibenarkan membawa
Private Members Bill ke Parlimen dengan
pelbagai alasan. (Boleh rujuk hansard
parlimen dan juga video perbahasannya di
youtube.)

Muka Surat 05
9. Hari ini 24 November 2016, mereka
sekali lagi melontarkan tohmahan dan
mendakwa bahawa PAS ditipu dan
dipermainkan oleh UMNO BN kerana
menangguhkan perbahasan.
Kononnya mereka mahu membahas dan
menyokong usul pindaan Akta 355 tersebut
pada hari ini juga. Sedang sebelum ini
mereka tidak pernah menyatakan sikap yang
jelas untuk menyokong usul pindaan Akta
355 ini.
10. Inilah harga yang terpaksa dibayar
oleh PAS bagi memastikan hak undang-
undang syariat Islam dapat ditempatkan
pada ruang yang ada dalam undang-
undang negara kita.

Saya menyeru supaya semua pihak dapat


bersabar dan tidak membuat spekulasi yang
negatif apatah lagi menghamburkan 1001
tohmahan dan fitnah kepada YB DS Tuan
Guru juga kepada PAS atas usaha murni ini.

Muka Surat 06
11. Akta 355 ini dibuat pada tahun 1965
oleh Parlimen dengan bidang kuasa denda
tidak lebih 1000 ringgit dan penjara tidak
lebih 6 bulan.
Selepas 19 tahun kemudian, ia dipinda
pada tahun 1984 dengan bidang kuasa baru
iaitu penjara tidak lebih 3 tahun, denda tidak
lebih 5000 ringgit dan sebat sebanyak 6 kali.

12. Selepas 32 tahun, barulah Akta 355 ini


dapat peluang untuk dipinda lagi. Pindaan
kali ini diusulkan oleh YB DS Tuan Guru Ahli
Parlimen Marang melalui Rang Undang-
Undang Ahli Persendirian.
Bidang kuasa yang dicadangkan pindaannya
adalah ke arah menepati undang-undang
syariat sebagaimana yang saya nyatakan
pada point ke 2 di atas.

13. Menariknya, sewaktu Akta 355 ini dibuat


pada 1965 dan pindaannya pada 1984 serta
1989 tidak pula mencetus pertikaian.

Muka Surat 07
Malang apabila pindaan cuba dilakukan lagi
pada tahun 2016 ini ke arah memperkasa
dan memberi hak Mahkamah Syariah
berhukum dengan undang-undang Syariat,
maka ia dijadikan polemik dan pertikaian.

14. Sebagaimana kita boleh bersabar


menanti detik bersejarah ini, sejak 1965
kemudian 1984 dan kini 2016 iaitu lebih 50
tahun , kenapa kita tidak boleh bersabar
hanya untuk beberapa bulan sahaja lagi,
bagi menyempurnakan proses pindaan 2016
ini.
Kenapa perlu tohmah PAS ditipu oleh
UMNO, dibayar oleh UMNO dan sebagainya.
Tohmahan itu salah dan fitnah yang tidak
bertanggungjawab.

15. YB DS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang


selaku Ahli Parlimen Marang dan juga
Presiden PAS telah mengambil langkah
yang penuh hikmah, tenang dan tidak
gopoh.

Muka Surat 08
Tangani provokasi pelbagai pihak termasuk
non muslim dengan memberi masa dan
ruang berfikir, berbincang, berdialog.
Insyaallah, ia akan berjaya.

Masih panjang perjalanan dan masih banyak


ranjau. Kita kena berhati-hati bila berjalan
dipermukaan licin. Jangan hanya mahu
cepat sampai tanpa memikirkan risiko
bakal menanti.

16. Persidangan Parlimen pada Mac akan


datang Insyaallah, akan menyaksikan
perbahasan dan keputusan peringkat bacaan
pertama dibuat. Jika lulus dengan simple
majoriti, maka selesailah peringkat bacaan
kali pertama dan ia akan dibawa ke bacaan
kali kedua selepas itu. Pada peringkat
bacaan kali kedua itulah, ia akan diambil alih
oleh pihak kerajaan untuk menjadikan ia
sebagai Bill Kerajaan.

Sekian.

Muka Surat 09

Anda mungkin juga menyukai