Anda di halaman 1dari 3

PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH

TINGKATAN 5 AKHLAK ISLAMIAH PELAJARAN 28 UstDi,NDr 011-1009 5423

ADAB TERHADAP PEMIMPIN DAN NEGARA

TAHUKAH ANDA??
3 ciri utama dalam kepimpinan Baginda Nabi SAW;
1- Pemimpin yang mempunyai wawasan yang jelas dan memiliki kemampuan berfikir dalam
pelbagai pendekatan.
2- Memimpin orang lain dengan nilai kasih sayang, teladan dan integrity dalam diri.
3- Memiliki daya kekuatan hingga mampu menggerakkan oraang lain dan mempunyai daya tahan
fizikal dan mental yang tinggi.

PENGERTIAN PEMIMPIN DAN NEGARA


1. PENGERTIAN PEMIMPIN.
1- PEMIMPIN ialah individu atau kumpulan individu yang bertanggungjawab menerajui
sesebuah organisasi.
2- Tugas penting bagi seorang pemimpin adalah menguruskan sesebuah organisasi dengan adil
untuk mencapai kecemerlangan.
3- Tanpa pemimpin yang baik, mana-mana organisasi sama ada keluarga, masyarakat,
pertubuhan dan negara tidak dapat membangun dengan baik.

2. PENGERTIAN NEGARA.
1- Menurut kamus dewan, NEGARA ialah kumpulan masyarakat yang mendiami sesuatu
kawasan, mempunyai kedaulatan politik dan jentera pemerintahan.
2- Pemimpin Islam yang baik akan membentuk sebuah Negara yang dirahmati Allah Taala
dengan mengetahui dan mengendalikan mereka yang di bawah pimpinannya berasaskan
syariat Islam.

TAHUKAH ANDA?
Ulul Amri [‫ ]أولوا األمر‬ialah pemerintah yang ddiberikan tanggungjawab untuk memerintah sesebuah
Negara. Antara ciri Ulul Amri yang wajib ditaati ialah :
1- Beriman dan bertaqwa.
2- Berkemampuan untuk menguruskan negara.
3- Adil tanpa mengira bangsa.

ADAB-ADAB TERHADAP PEMIMPIN.

1. WAJIB MENTAATI PEMIMPIN SELAGI TIDAK BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM.


ۖۡ‫ُوا ٱل َّرسُو َل َوأُوْ لِي ٱأۡل َمۡ ِر ِمن ُكم‬ ْ ‫ٰيَٓأَيُّهَا ٱلَّ ِذينَ َءا َمنُ ٓو ْا أَ ِطيع‬
ْ ‫ُوا ٱهَّلل َ َوأَ ِطيع‬
59. Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara
kamu. [Surah al-Nisa’ : ayat 59]

2. SENTIASA MENJAGA MARUAH PEMIMPIN KERANA PEMIMPIN MERUPAKAN TUNJANG


KEKUATAN NEGARA DAN TELADAN KEPADA RAKYAT.
ۡ‫خَي ٗرا ِّم ۡنهُم‬
ۡ ‫وا‬ ْ ُ‫ٰيَٓأَيُّهَا ٱلَّ ِذينَ َءا َمن‬
ْ ُ‫م ِّمن قَ ۡو ٍم َع َس ٰ ٓى أَن يَ ُكون‬ٞ ‫وا اَل يَ ۡسخ َۡر قَ ۡو‬
11. Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan
yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. [Surah al-Hujurat : Ayat 11]

3. MEMBERI NASIHAT DAN CADANGAN UNTUK SEBARANG PENAMBAHBAIKAN MELALUI


SALURAN YANG BETUL

1
PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
TINGKATAN 5 AKHLAK ISLAMIAH PELAJARAN 28 UstDi,NDr 011-1009 5423

‫ قلنا ملن يا رسول‬،‫ الدين النصيحة‬: ‫ قال‬ ‫ أن النيب‬ ‫عن أيب رقية متيم بن أوس الداري‬
)‫(رواه مسلم‬ .‫ هلل ولكتابه ولرسوله وألئمة املسلمني وعامتهم‬: ‫اهلل؟ قال‬
Maksudnya: Agama itu nasihat. Kami bertanya; kepada siapa? Baginda SAW menjawab:
Kepada Allah Taala, KitabNya, RasulNya dan pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan orang-
orang yang mereka pimpin. [Riwayat Muslim]

TAHUKAH ANDA?
Rasulullah SAW bersabda;

.... ‫ ومن يعص األمري فقد عصاين‬.... : ‫ قال رسول اهلل‬:‫عن أيب هريرة قال‬
)‫(رواه البخاري ومسلم‬
Maksud: Sesiapa yang mengengkari pemimpin [Ulul Amri] sesungguhnya dia
mengengkariku. [hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

ADAB-ADAB TERHADAP NEGARA.


1 MENANAM SEMANGAT PATRIOTISME.
.
Tanggungjawab rakyat untuk menzahirkan semangat patriotisme samada melalui
percakapan ataupun tindakan.
2 MEMPERINGATI HARI KEMERDEKAAN.
.
Hari kemerdekaan detik bersejarah yang patut diingati oleh setiap rakyat kerana saat itulah
Negara kita bebas dari penjajah.
3 MENJAGA IMEJ NEGARA
.
Rakyat perlu melakukan perkara-perkara yang boleh mengharumkan nama negara dan tidak
melakukan perkara-perkara yang memburukkan nama Negara.
4 SANGGUP BERJUANG MEMPERTAHANKAN NEGARA.
.
Daripada sebarang tuduhan, tohmahan dan pencerobohan berbentuk pemikiran /
ketenteraan.
Generasi kini perlu mencontohi semangan pemimpin dan pejuang yang telah membangunkan
negara.
5 MENYUMBANG BAKTI KEPADA NEGARA.
.
Dengan apa jua cara membuat sumbangan untuk Negara seperti menjadi rakyat yag
berdisiplin dan dinamik.

TAHUKAH ANDA?
Konsep Patriotisme dalam Islam;
1. Patriotisme : perasaan cinta yang kuat terhadap negara oleh individu/ masyarakat.

2
PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
TINGKATAN 5 AKHLAK ISLAMIAH PELAJARAN 28 UstDi,NDr 011-1009 5423

2. Patriotisme menjadikan seseorang bersemangat untuk mempertahankan Negaranya daripada


unsur-unsur yang tidak baik.
3. Keamanan Negara membolehkan manusia menjalankan tugasnya sebagai Khalifah Allah Taala di
muka bumi ini untuk beribadah kepadaNya dan menjalankan amar makruf dan nahi mungkar.
PERANAN PEMIMPIN DALAM PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN NEGARA.
1. Melaksanakan pengurusan Negara dengan adil dan saksama; amanah dari Allah Taala yang wajib
dilaksanakan oleh pemimpin yang dilantik.
2. Melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Mungkar dalam pentadbiran negara agar kesejahteraan
dan keharmonian rakyat dapat terpelihara.
3. Sentiasa bersifat amanah dan berintegriti dalam pengurusan negara agar semua masalah dapat
diselesaikan dengan berhikmah.
4. Mengutamakan kepentingan rakyat dan negera berbanding peribadi; kerana pemimpin yang baik
perlu peka dengan masalah rakyat.

KEPENTINGAN MENTAATI PEMIMPIN DAN MENCINTAI NEGARA.


1. Memenuhi tuntutan agama kerana mentaati pemimpin dan mencintai Negara adalah suatu
kewajipan bagi rakyat.
2. Kebebasan untuk mencari rezeki dan nafkah untuk menyara kehidupan diri dan keluarga.
3. Meneruskan kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat dalam keadaan harmoni dan aman tanpa
sebarang kekacauan dan peperangan.
4. Negara aman dan selamat daripada ancaman musuh kerana rakyat sentiasa berusaha
mempertahankan negara bersama-sama pemimpinnya.

USAHA DAN TINDAKAN YANG MEMBUKTIKAN PENGHORMATAN TERHADAP PEMIMPIN DAN


KECINTAAN TERHADAP NEGARA.
1- Taat kepada arahan pemimpin selagi tidak bercanggah dengan syariat agar setiap individu dapat
menyumbang untuk kebaikan negara walaupun hanya sumbangan yang kecil.
2- Mempertahankan negara daripada ancaman luar mengikut bidang dan kemampuan masing-masing
untuk membuktikan kecintaan kepada negara.
3- Menegur pemimpin dengan berhikmah jika mereka melakukan kesilapan kerana manusia tidak
terlepas dari kesilapan agar tidak mencemarkan maruah pemimpin.
4- Pemimpin perlu bekerjasama dan mengembleng tenaga untuk memajukan negara bersama
segenap lapisan masyarakat supaya hubungan sesame kaum dan bangsa bertambah kukuh/ utuh.

TAHUKAH ANDA?
Sikap menghormati dan menyayangi pemimpin merupakan tuntutan Islam.

‫الذين‬ ِ ِ
َ ‫خيَ ُار أَئ َّمتُ ُك ُم‬ :‫رسول اهلل ﷺ يقول‬ َ ‫مسعت‬
ُ :‫قال‬   ‫عوف بن مالك‬
)‫ (رواه مسلم‬...‫صلُّو َن عليهم ويُصلون َعليكم‬ ِ ِ
َ ُ‫ َوت‬،‫حُت بُّو َن ُه ْم َوحُي بُّونَكم‬
Maksud: Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu cintai mereka dan mereka juga
mencintai kamu, serta yang sentiasa kamu doakan kebaikan untuk mereka dan mereka
juga sentiasa mendoakan kebaikan untuk kamu. [Riwayat Muslim]

Anda mungkin juga menyukai