Anda di halaman 1dari 5

ZAKAT TERNAKAN

DALIL ZAKAT TERNAKAN


Allah SWT telah menetapkan ancaman-ancaman yang akan ditimpa kepada sesiapa yang tidak

menunaikan zakat, merujuk kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Dzar RA: ?Apabila aku pergi kepadanya (Rasulullah) lalu Baginda berkata: ?Demi

jiwaku yang berada di Tangan-Nya, tidaklah seorang lelaki pemilik unta, lembu atau kambing yang

tidak menunaikan haknya (zakat) melainkan haiwan tersebut akan didatangkan pada hari kiamat

dalam keadaan yang lebih besar dan lebih gemuk. Haiwan tersebut memijaknya dengan kaki-

kakinya dan menyondol dengan tanduk-tanduknya. Tatkala haiwan terakhir telah melintas, maka

haiwan yang pertama akan dikembalikan kepadanya, hingga pengadilan selesai dilakukan di antara

manusia.?? (HR Bukhari & Muslim)

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT TERNAKAN

Islam tidak mewajibkan zakat ternakan pada setiap kuantiti ternakan, akan tetapi

mewajibkannya bila memenuhi syarat-syarat tertentu, iaitu:

1. Islam

2. Milik Sempurna.

3. Cukup nisab. Seseorang itu harus memiliki sejumlah minima yang memungkinkan dia
diwajibkan zakat. Bagi ternakan unta, jumlah minima ialah 5 ekor. bagi kambing,
tidaklah diwajibkan zakat apabila di bawah 40 ekor. Manakala nisab lembu ialah 30
ekor. Perincian lanjut adalah seperti di bawah.

4. Cukup Haul. Cukup haul iaitu genap peredaran masa setahun binatang itu dimiliki
atau dibelanya. Bagi anak binatang yang lahir dalam waktu (pertengahan) haul, tidak
diwajibkan zakat, namun boleh dikira sekali bagi mencukupkan nisab binatang-
binatang ternakan yang sudah matang. Perkara ini merupakan pandangan oleh Abu
Hanifah, al Shafi’i, Ibn Hazm dan lain-lain sepertimana yang dinukilkan oleh Dr. Yusuf
Al-Qaradawi dalam Fiqh Zakat.
5. Digembalakan. Bermaksud ia diurus sepanjang tahun untuk memperoleh susu,
dibiakkan atau diperoleh dagingnya. Binatang-binatang ternakan juga perlu ?
saaimah? ertinya binatang-binatang itu dipelihara di padang ternakan bebas bagi
kebanyakan hari dalam tempoh setahun. Yang dimaksud padang rumput
yang mubah adalah padang rumput yang tumbuh dengan sendirinya dan bukan dari
hasil usaha manusia.
6. Tidak Dipekerjakan. Binatang ternakan yang digunakan untuk bekerja seperti
membajak tanah ladang dan mengambil air untuk menyirami tanaman tidak ubah
seperti alat-alat yang digunakan untuk mengerjakan tanah tersebut, dan hasilnya
yang berupa tanaman dan buah-buahan lah yang sepatutnya wajib dikeluarkan
zakatnya.

NISAB DAN KADAR ZAKAT TERNAKAN

Sesuai dengan ijmak ulama dan hadis-hadis sahih, maka nisab binatang ternakan dan kadar

zakatnya adalah seperti berikut:

UNTA

Bil.
Kadar Nisab Kadar Zakat

Bilangan Jantina Umur

1 5 hingga 9 ekor 1 ekor kambing biri-biri – 1 tahun lebih

2 10 hingga 14 ekor 2 ekor kambing biri-biri – 1 tahun lebih

3 15 hingga 19 ekor 3 ekor kambing biri-biri – 1 tahun lebih

4 20 hingga 24 ekor 4 ekor kambing biri-biri – 1 tahun lebih

5 25 hingga 35 ekor 1 ekor unta betina Betina 1 tahun lebih

6 36 hingga 45 ekor 1 ekor unta betina Betina 2 tahun lebih

7 46 hingga 60 ekor 1 ekor unta betina Betina 3 tahun lebih

8 61 hingga 75 ekor 1 ekor unta betina Betina 4 tahun lebih

9 76 hingga 90 ekor 2 ekor unta betina Betina 2 tahun lebih


10 91 hingga 120 ekor 2 ekor unta betina Betina 3 tahun lebih

Jika lebih dari bilangan unta seperti di atas, maka bagi tiap-tiap empat puluh (40) ekor unta

wajib dikeluarkan zakatnya satu (1) ekor unta betina berumur 2 tahun lebih, dan bagi tiap-tiap

lima puluh (50) ekor anak unta wajib dikeluarkan zakatnya satu (1) ekor unta betina berumur

tiga (3) tahun lebih dan demikian seterusnya. Hal ini terpakai menurut kebanyakan para

ulama?.

Lembu / Kerbau

Bil.
Kadar Nisab Kadar Zakat

Bilangan Jantina Umur

1 30 hingga 39 ekor 1 ekor Jantan 1 tahun lebih

2 40 hingga 59 ekor 1 ekor Betina 2 tahun lebih

3 60 hingga 69 ekor 2 ekor Jantan 1 tahun lebih

4 70 hingga 79 ekor 1 ekor Jantan 1 tahun lebih

dan 1 ekor Betina dan 2 tahun lebih

5 80 hingga 89 ekor 2 ekor Betina 2 tahun lebih

6 90 hingga 99 ekor 3 ekor Jantan 1 tahun lebih

7 100 hingga 109 ekor 2 ekor Jantan 1 tahun lebih

dan 1 ekor Betina dan 2 tahun lebih

Apabila bilangan lembu atau kerbau lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap

30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi

setiap 40 ekor lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina yang berumur 2 tahun.
Sekiranya ternakan bercampur antara lembu dan kerbau, maka zakatnya terserah kepada

pembayar sama ada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada pemiliharaan itu.

Pilihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.

SEDANG DI KEMASKINI

Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat,

tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu

betina. Jika bercampur kambing biasa dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup

nisab, bolehlah dikeluarkan zakatnya mengikut pilihan tuannya samada kambing biasa atau

biri-biri.

PEMILIHAN BINATANG ZAKAT TERNAKAN

Ada beberapa syarat dikehendaki kepada binatang yang ingin diserahkan sebagai zakat, iaitu:

1. Bebas dari kecacatan dan kerosakan. Binatang tersebut tidak sakit, luka, terlalu tua,
pekak, tempang dan sebagainya dan kecacatan lain yang mengurangkan manfaatnya
serta nilai harganya. Namun dikecualikan sekiranya semua binatang ternakan yang
diternak mengalamai kecacatan yang sama. Anas RA meriwayatkan bahawa Abu
Bakar RA telah menetapkan baginya kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah
kepada RasulNya SAW iaitu:

?Dan kambing yang tua (yang telah tanggal gigi-giginya), kambing yang cacat, dan

kambing jantan tidak boleh dikeluarkan dalam (pembayaran) zakat kecuali bila

dikehendaki oleh petugas zakat.? (HR Bukhari)


2. Betina. Terutamanya bagi Unta

3. Umur. Telah ditetapkan umur-umur tertentu bagi kadar binatang yang ingin
dizakatkan. Keterikatan dengan umur kerana mengambil zakat di bawah umur akan
mengurangkan manfaat kepada golongan asnaf, manakala mengambil zakat melebihi
umur yang disyaratkan akan menzalimi pemilik binatang tersebut,

4. Pertengahan. Para pengutip zakat (amil) tidak boleh mengambil zakat yang terlalu
baik atau yang terlalu buruk, akan tetapi harus mengambil yang pertengahan kecuali
pemilik tersebut rela menyerahkannya yang paling baik.

*Pilihan diberikan kepada pengusaha untuk mengira sama ada menggunakan kaedah Zakat

Ternakan atau Zakat Perniagaan. Pemilihan ini diberi kerana kebiasaannya bintang-binatang
ternakan dibela untuk tujuan perniagaan, apatah lagi jika jumlahnya yang sangat banyak.

Tambahan pula ternakan tersebut dipelbagaikan dengan usaha yang lain dan selalunya

diniagakan dalam pelbagai industri perniagaan.

Anda mungkin juga menyukai