Anda di halaman 1dari 17

‫‪Lafaz-lafaz azan‬‬

‫‪x‬هللا اكبر هللا اكبر ‪ 4‬‬


‫‪x‬اشهد ان ال اله اال هللا ‪ 2‬‬
‫‪x‬اشهد ان محمدا رسول هللا ‪ 2‬‬
‫‪x‬حي على الصالة ‪ 2‬‬
‫‪x‬حي على الفالح ‪ 2‬‬
‫‪x‬الصالة خير من النوم ‪ 2‬‬
‫‪x‬هللا اكبر ‪ 4‬‬
‫‪x‬ال اله اال هللا ‪ 1‬‬

‫‪lafaz iqamat‬‬

‫هللا اكبر هللا اكبر ‪‬‬

‫اشهد ان ال اله اال هللا ‪‬‬


‫اشهد ان محمد رسول هللا ‪‬‬
‫حي على الصالة ‪‬‬
‫حي على الفالح ‪‬‬
 ‫( قد قامت الصالة‬2X)
 ‫هللا اكبر هللا اكبر‬
 ‫ال اله اال هللا‬

LAFAZ AZAN DAN ATURAN MELAKUKANNYA

 Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi
setiap lafaz kecuali takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz

kalimah tawhid hanya sekali sahaja.


 Lafaz tersebut adalah seperti berikut:

 Pada azan subuh pula ditambah kalimah sebanyak dua kali


selepas kali yang kedua.
 Sembahyang-sembahyang sunat yang dilakukan berjama‘ah seperti sembahyang
sunat hari raya, tarawih dan sebagainya tidak disunatkan azan dan iqamah. Cuma
dilaungkan semasa hendak menunaikannya dengan lafaz

atau pada sembahyang tarawih diucap

SYARAT SAH AZAN DAN IQAMAH

1. Masuk waktu sembahyang melainkan waktu Subuh kerana ia mempunyai dua azan. Azan pertama
dilaungkan sebelum masuk waktu iaitu bermula waktunya selepas berlalu separuh malam.

2. Hendaklah dengan bahasa Arab, tetapi boleh melakukan azan untuk diri sendiri dengan
terjemahannya sekiranya tidak tahu melakukan azan dengan bahasa tersebut.

3. Azan dan Iqamah hendaklah dinyaringkan biarpun didengari oleh salah seorang daripada jama‘ah
ketika sembahyang berjama‘ah.

4. Tertib dan muwalat di antara lafaz azan dan iqamah.

5. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja.

6. Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki muslim yang berakal.
PERKARA SUNAT SEMASA AZAN

1. Mu’azzin hendaklah suci daripada hadath kecil atau hadath besar.

2. Menghadap ke arah qiblat.

3. Dilakukan oleh orang yang baik dan merdu suaranya serta nyaring.

4. Dilaungkan di tempat yang tinggi kecuali jika menggunakan pembesar suara.

5. Dilakukan secara berdiri kecuali uzur.

6. Memalingkan muka ke sebelah kanan semasa menyebut dan ke

sebelah kiri semasa menyebut dengan keadaan dada yang tetap.

7. Melakukan tarji‘ semasa azan iaitu menyebut dua kalimah secara senyap sebelum dinyaringkan.

8. Melakukan tathwib semasa azan subuh iaitu menyebut kalimah

sebanyak dua kali selepas laungan .

9. Meletakkan jari-jari tangan di kedua-dua telinga ketika azan dengan tujuan untuk meninggikan
suara.
10. Orang yang mendengar azan hendaklah diam dan mengulangi apa yang disebut oleh mu’azzin
kecuali ketika mu’azzin menyebut kalimah

dan , maka hendaklah dijawab dengan

kalimah .

Begitu juga ketika tathwib, hendaklah dijawab dengan lafaz .

11. Berdoa dan salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas azan seperti
berikut:

LAFAZ IQAMAH DAN ATURANNYA

 Lafaz iqamah mempunyai sebelas kalimah, setiap kalimah diucapkan hanya sekali
sahaja kecuali takbir yang pertama dan akhirnya diulang sebanyak dua kali. Begitu

juga dengan lafaz yang diucapkan selepas kalimah

juga diulang sebanyak dua kali.


 Lafaz iqamah adalah seperti berikut:
 Syarat-syarat iqamah adalah sama seperti azan, tetapi dibolehkan jika dilakukan oleh
kaum wanita sama ada semasa sembahyang bersendirian atau berjama‘ah sesama
mereka.
 Selain itu, iqamah juga disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang terlalu lama di
antaranya dengan takbiratul ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar
membetulkan saf. Iqamah hendaklah dilakukan dengan cepat kerana ia disyari‘atkan
bagi memberitahu mereka yang telah hadir untuk mengerjakan sembahyang.
 Perkara-perkara sunat semasa iqamah juga hampir sama dengan azan, cuma
disunatkan kepada orang yang mendengar iqamah menjawab dengan kalimah

semasa bilal menyebut yang kedua.

AZAN DAN IQAMAH UNTUK TUJUAN SELAIN SEMBAHYANG

Selain untuk tujuan sembahyang, azan dan iqamah juga sunat dilakukan untuk beberapa perkara lain:

1. Azan di telinga kanan kanak-kanak yang baru lahir, begitu juga sunat diiqamahkan pada telinga kiri.
Ini adalah kerana Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam sendiri telah mengazankan telinga
Hasan ketika beliau dilahirkan oleh Fatimah.

2. Azan pada waktu kebakaran, waktu perang dan di belakang orang yang bermusafir.

3. Azan pada telinga orang yang berdukacita, orang yang jatuh, orang yang marah atau manusia yang
menjadi liar perangainya dan juga orang yang dirasuk jin atau syaitan.

Latar belakang

Dari segi bahasa, azan bermaksud ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan).
Azan ialah suatu gabungan perkataan-perkataan tertentu untuk menandakan waktu solat fardu
atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu solat. Penandaan ini dibuat dengan
melaungkan dengan lafaz-lafaz tertentu.

Hukum

Hukum melaungkan azan adalah sunat muakkad ketika hendak mendirikan sembahyang
fardhu. Melaungkan azan juga adalah satu Fardu Kifayah bagi sesuatu kumpulan, dan
tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut.
Bagi individu pula, ia merupakan satu sunat aini atau, dan pahala sunat akan diperolehi
apabila seseorang itu melakukannya. Bagi kaum wanita, disunatkan melakukan Iqamat sahaja
kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah apabila meninggikan suara mereka.

Dalil
Al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijmak menyatakan melaungkan azan mempunyai banyak
kelebihan dan pahala yang besar. Dalil daripada Al-Quran ialah Firman Allah SWT yang
bermaksud:

“Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang...” (Surah al-Ma’idah: 58)

Dalil daripada as-Sunnah pula merangkumi banyak hadis. Antaranya ialah sebuah hadith yang
bermaksud: “Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang kamu melakukan azan
dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sejarah

Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar RA.
“Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan
menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru
(melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi telah mengumpulkan para
sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta
mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.

Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya
dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun
trompet; dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan
telah ditolak oleh Rasulullah (kerana meniup serunai atau trompet dan memukul loceng
adalah cara pemanggilan sembahyang bagi masyarakat Yahudi dan Nasrani (Kristian). Umar
bin al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul ini telah
diterima oleh Rasulullah tetapi baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah”
yang bererti “marilah solat berjemaah”.

Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk
memberitahu solat dengan mengumandangkanlah Allahu Akbar... (dan seterusnya lafaz-lafaz
azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah dan baginda bersabda:
“Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah
mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar datang
kepada Rasulullah dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin
Zaid.

Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Rasulullah pada malam Israk telah diperlihatkan


dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril
mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam
a.s. dan Nabi Nuh a.s. Maka Allah SWT menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas
penduduk langit dan bumi”.

Adab dan tertib Azan dan Iqamat

Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap
lafaz kecuali Takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz kalimah tauhid
hanya sekali sahaja.
Sebutan Bahasa Arab Transliterasi Terjemahan
4x ‫هللا اكبر‬ Allah u Akbar Allah Maha Besar
‫اشهد ان ال اله اال‬ Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan
2x Ash-hadu allā ilāha illallāh
‫هللا‬ selain Allah
‫اشهد ان محمدا‬ Ash-hadu anna Muhammadan Aku bersaksi bahawa Muhammad
2x
‫رسول هللا‬ rasūlullāh adalah Pesuruh Allah
2x ‫حي على الصالة‬ Hayya 'alas-salāt Marilah menunaikan solat
2x ‫حي على الفالح‬ Hayya 'alal-falāh Marilah merebut kemenangan
‫الصالة خير من‬ Aṣ-ṣalātu khayru min an-
2x Solat itu lebih baik dari tidur*
‫النوم‬ naūm
2x ‫هللا اكبر‬ Allāhu akbar Allah Maha Besar
1x ‫ال اله اال هللا‬ Lā ilāha illallāh Tiada Tuhan selain Allah

* Barisan "Sembahyang itu lebih baik dari tidur" hanya digunakan untuk solat Subuh (fajr).

Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki Muslim yang berakal. Azan mestilah
dilakukan oleh seorang sahaja untuk semua kariah, dan tidak boleh dibuat berulang kali untuk
kariah yang sama. Azan hendaklah dilafazkan dalam Bahasa Arab.

Azan dilaungkan ketika masuk waktu solat melainkan pada waktu Subuh. Waktu Subuh
mempunyai dua azan di mana Azan pertama dilaungkan sebelum masuk waktu iaitu bermula
waktunya selepas berlalu separuh malam untuk memberitahu Muslimin bahawa waktu Subuh
sudah hampir. Azan kedua dikumandangkan ketika masuk waktu Subuh.

Untuk Solat Jumaat, azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama untuk menandakan
masuk waktu Zuhur untuk memanggil orang-orang Muslim ke masjid dan kali kedua
dikumandangkan sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat. Iqamat dilafazkan
selepas imam selesai membaca khutbah, dan sebelum imam mengangkat Takbir Jumaat.

Sunat Azan

Orang yang melaungkan azan (muazzin) mestilah suci daripada hadas kecil, hadas besar dan
najis. Beliau juga hendaklah menghadap kiblat ketika mengumandangkan azan. Azan sunat
dilafazkan oleh muazzin yang baik dan merdu suaranya serta nyaring. Azan hendaklah
dinyaringkan biarpun didengar oleh salah seorang daripada jemaah ketika sembahyang
berjemaah. Sekiranya tidak menggunakan pembesar suara, azan hendaklah dilaungkan di
tempat yang tinggi. Penggunaan pembesar suara di merata tempat memaafkan perbuatan ini.
Azan juga sunat dilakukan berdiri kecuali jika ada uzur.

Ketika muazzin membaca “hayya `ala as-salah”, muazzin hendaklah menghadapkan muka
dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca “hayya `ala al-falah” menghadapkan
muka dan dadanya ke sebelah kiri. Juga disunatkan melakukan tarji‘ semasa azan iaitu
menyebut dua kalimah syahadah secara senyap sebelum dinyaringkan.

Disunatkan juga muazzin memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua telinganya dengan
tujuan untuk meninggikan suara. muazzin tidak boleh bercakap ketika mengumandangkan
azan. Orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara perlahan-lahan
dengan lafaz yang diucapkan oleh muazzin, kecuali pada lafaz “hayya `ala as-salah” dan
“hayya `ala al-falah”. Kedua-duanya disahut dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah”
yang bermaksud “tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”.
Azan itu hendaklah dilakukan dengan Tertib dan Muwalat di antara lafaz azan dan Iqamat.

Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut lebih [1]:

"Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan muazzin sepertimana laungannya


bagi setiap orang yang mendengarnya samaada yang berada dalam keadaan suci atau
berhadath atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka dari kalangan
orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan dari menjawab
azan ialah jika berada di dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau
seumpama dengannya..."

Doa selepas Azan

Setelah selesai azan, doa berikut adalah sunat dibaca oleh muazzin dan penganut Muslim lain
yang mendengar azan:

‫اللهم رب هذه الدعوة التامة والصالة القائمة‬

Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang
didirikan,

‫آت محمداً الوسيلة و الفضيلة‬


Datangkanlah Nabi Muhammad (kepadaku) sebagai penghubung (kepada Allah) dan
keutamaan (bagiku),

‫وابعثه مقاما ً محموداً الذي وعدته‬


Serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya.

(Riwayat Imam Bukhari).

Iqamat

Lafaz Iqamat mempunyai sebelas kalimah. Lafaz Iqamat adalah seperti berikut:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, ‫هللا اكبر هللا اكبر‬ āllahu ākbar, āllahu ākbar
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain ‫اشهد ان ال اله اال‬
āsh'hadu ān lā ilaha illā-llah
Allah, ‫هللا‬
Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah ‫اشهد ان محمد‬ āsh'hadu ānna mūhammadār
Pesuruh Allah, ‫رسول هللا‬ rasūlu-llah
Marilah menunaikan solat, ‫حي على الصالة‬ hayyā `alā-s-salat
Marilah merebut kemenangan, ‫حي على الفالح‬ hayyā `alā-l-falāh
Berdiri untuk sembahyang, (dua kali) ‫قد قامت الصالة‬ qad qāma tis-salaat
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, ‫هللا اكبر هللا اكبر‬ āllahu ākbar, āllahu ākbar
Tiada tuhan selain Allah ‫ال اله اال هللا‬ lā ilaha illā-llah.
Iqamat disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang lama di antaranya dengan takbiratul
ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar membetulkan saf. Iqamat hendaklah dilakukan
dengan cepat kerana ia disyariatkan bagi memberitahu mereka yang telah hadir untuk
mengerjakan sembahyang.

Teks Azan bagi Ahl Sunnah


Sebutan Bahasa Arab Transliterasi Terjemahan
4x ‫هللا اكبر‬ Allah u Akbar Allah Maha Besar
‫اشهد ان ال اله اال‬ Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan
2x Ash-hadu allā ilāha illallāh
‫هللا‬ selain Allah
‫اشهد ان محمدا‬ Ash-hadu anna Muhammadan Aku bersaksi bahawa Muhammad
2x
‫رسول هللا‬ rasūlullāh adalah Pesuruh Allah
2x ‫حي على الصالة‬ Hayya 'alas-salāt Marilah menunaikan solat
2x ‫حي على الفالح‬ Hayya 'alal-falāh Marilah merebut kemenangan
‫الصالة خير من‬ Aṣ-ṣalātu khayru min an-
2x Solat itu lebih baik dari tidur*
‫النوم‬ naūm
2x ‫هللا اكبر‬ Allāhu akbar Allah Maha Besar
1x ‫ال اله اال هللا‬ Lā ilāha illallāh Tiada Tuhan selain Allah

Teks Azan bagi Syiah


Sebutan Bahasa Arab Transliterasi Terjemahan
4x ‫ هللا اكبر‬Allah hu Akbar Allah Maha Besar
‫اشهد ان ال اله اال‬ Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan
2x Ash-hadu anna lā ilāha illallāh
‫هللا‬ selain Allah
‫ اشهد ان محمدا‬Ash-hadu anna Muhammadan Aku bersaksi bahawa Muhammad
2x
‫ رسول هللا‬rasūl allāh adalah Pesuruh Allah
‫ اشهد ان علي ولي‬Ash'hadu anna 'alīyun walī'ul- Aku bersaksi bahawa Ali adalah wali
2x
‫ هللا‬lāh Allah
2x ‫ حي على الصالة‬Hayya 'alas-salāt Marilah menunaikan solat
2x ‫ حي على الفالح‬Hayya 'alal-falāh Marilah merebut kemenangan
‫حي علی خير‬
2x Hayya 'alā Khair al-'amal Marilah merebut amalan yang baik
‫العمل‬
2x ‫ هللا اكبر‬Allah u Akbar Allah Maha Besar
2x ‫ ال اله اال هللا‬Lā ilāha illallāh Tiada Tuhan selain Allah

Menurut cendikiawan Syiah, "Ashhadu ana Alian waliullah" ("Aku bersaksi bahawa Ali
adalah wali Allah") bukanlah sebahagian dari Azan asal yang diajar Nabi Muhammad tetapi
Syiah diharuskan untuk menyebut itu ketika azan.

Azan Dan Iqamat untuk tujuan selain sembahyang

Selain untuk tujuan sembahyang, azan dan Iqamat juga sunat dilakukan untuk beberapa
perkara lain: Azan juga sunat dibisikkan ke telinga kanan kanak-kanak
(lelaki/perempuan)yang baru lahir, begitu juga sunat diiqamatkan pada telinga kiri. Ini adalah
kerana Nabi Muhammad telah mengazankan telinga Hasan ketika beliau dilahirkan oleh
Fatimah.
Azan juga digunakan sebagai isyarat untuk memaklumkan umat pada waktu mudarat ataupun
bahaya seperti kebakaran ataupun waktu perang. Azan juga sering dilaungkan dalam keadaan
gangguan dirasuk jin atau Syaitan.

Azan sebelum Subuh

Nabi bersabda yang bermaksud: 'Bilal akan melaungkan azan di sebelah malam, maka
makanlah dan minumlah hingga Ibnu Ummi Maktum pula yang azan.'

lni bererti ketika 'Bilal melaungkan azan, harus bagi orang Islam bersahur, makan dan minum
sehinggalah lbnu Ummi Maktum melaungkan azan menandakan masuk waktu sembahyang.

Dalam azan yang pertama disunatkan agar tidak menyebut ‫' الصالة خير من النوم‬sembahyang itu
lebih baik daripada tidur.' Ini adalah satu perbezaan yang penting yang dapat membezakan di
antara azan yang pertama dan azan yang kedua. Azan dalam bentuk ini disyaratkan pada
waktu fajar dan orang ramai akan kenal suara azan pertama dan suara yang lain pada azan
kedua.

Azan di Turki
Sewaktu zaman 1920-an dan 1930-an, kerajaan İsmet İnönü (Presiden ke-2 Republik Turki)
mengenakan azan bahasa Turki untuk menggantikan secara adat yang dalam bahasa Arab;
sebagai percubaan, dan hanya dari segi perbandingan, berjaya, menggalakkan bahasa Turki
sebagai kegunaan bahasa liturgi; dengan mengejutkan orang ramai. Larangan Azan bahasa
Arab telah dimansuhkan pada Jun 6, 1950, selepas kejayaan pilihan raya berpihak kepada
pembangkang.

Azan di Syria (Masjid Umayyad)


Di Syria, Masjid Umaiyyad, sebuah Masjid yang terletak di kota Damsyik (Damascus) yang
telah dibina sejak zaman pemerintahan Bani Umaiyyah. Masjid tersebut melaungkan Azan
dalam bentuk laungan beramai-ramai ala koir. Alunan azan yang ditampilkan itu begitu indah
sehingga dikatakan dapat mengharmonikan suasana kota sekeliling.

Azan di Singapura
Di Singapura, laungan Azan hanya dibolehkan untuk dikumandang dalam masjid-masjid saja,
kerajaan Singapura tidak memperbolehkan suara azan dikumandangkan dengan kuat menerusi
corong-corong pembesar suara di luar dari bangunan masjid.

‫ أهلل اكبر هللا أكبر هللا أكبر هللا أكبر‬.


‫أشهد أن ال إله إال هللا أشهد أن ال إله إال هللا‬
‫أشهد أن محمدا رسول هللا أشهد أن محمدا رسول هللا‬
‫حي علي الصالة حي علي الصالة‬
‫حي على الفالح حى على الفالح‬
‫هللا أكير هللا أكبر‬
‫ال إله إال هللا‬

Soalan A/L 9.1: Soalan A/L 9.1:


Soalan kepada murid laki-laki Soalan Kepada murid perempuan
Anda dikehendaki melaksanakan azan dengan betul dan Anda dikehendaki menerangkan cara melaksanakan
sempurna. azan dengan betul dan sempurna.

Jawapan: Jawapan:

Para pelajar hendaklah melaksanakan azan dari mula hingga


akhir sebagaimana yang diterangkan di bawah ini.
1. Berwuduk, makruh azan tanpa wuduk.
2. Berdiri dan menghadap kiblat
3. Meletakkan jari telunjuk di telinga.
4. Menghadap kiblat.

AZAN
PERINGATAN:
1.     Sunat Tarji', iaitu menyebut secara perlahan terlebih dahulu alimah;

        sebelum mengalunkannya dengan kuat.


2.     Dalam azan subuh hendaklah ditambah kalimah:

        selepas mengalunkan kalimah:

 
Soalan A9.2:
Dengar azan dan jawab dengan betul dan sempurna.
Jawapan:
Murid dikehendaki menjawab azan secara perlahan satu persatu hingga akhir.

Jawapan azan adalah sama seperti lafaz yang dialunkan oleh Muazzin, kecuali pada:

Soalan A9.3:
Anda dikehendaki memperdengarkan Iqamah dengan betul dan sempurna.

IQAMAH
DOA AZAN DAN IQAMAH
 ===
==
===

Anda mungkin juga menyukai