Anda di halaman 1dari 2

PPDKS (Doa Majlis Rasmi)

1) MAJLIS PERSARAAN PUAN ZAHARAH OTHMAN 28.4.2022

‫السالم عليكم و رحمة هللا وبركاته‬


…// ‫الر ِح ْيم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬ َّ ‫هللا‬ِ ‫ ِب ْس ِم‬, ‫ أعوذباهلل من االشيطان الرجيم‬///, ‫الفاتحة‬
‫السالَ ُم‬
َّ ‫والصالَة َُو‬ َّ ,َ َ‫العا َل ِم ْين‬ ِ ‫اَ ْل َح ْم ُد‬
َ ‫هلل َر ِّب‬
َ‫ص َح ِاب ِه َأ ْج َم ِع ْين‬
ْ ‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع َلى آلِ ِه َوَأ‬
َ ‫َع َلى‬
Pada saat dan ketika ini, Dalam kesayuan kami rafa’kan kesyukuran kepada Mu, dengan
limpahan rahmat dan inayah Mu dapat kami anjurkan Majlis Persaraan atau Majlis Lambaian
Kasih khusus buat seorang insan yang kami raikan dan sayangi, Puan Zaharah Othman yang
banyak berjasa dan menabur bakti dalam dunia pendidikan. Minggu ini, merupakan minggu
terakhir beliau… bertugas sebagai seorang penjawat awam…(setelah berkhidmat lebih
daripada 30 tahun) 1 Mei 2022 bermulalah lembaran baru bagi beliau…YB . sebagai
seorang yang telah bersara .

‫يا رحمن يا رحيم يا رب العالمين‬

Pada saat ini juga, kami menadah tangan kehambaan..... mengharapkan ihsanMu, agar Engkau
jadikan semua usaha beliau selama ini ... dan usaha kami juga .... sebagai satu ibadat yang
mendapat pahala ..yang tidak berpenghujung ... dan berupaya membantu kami, pada hari akhirat
nanti insya-Allah.... seperti mana firman-Mu dalam al-Quranul karim:

7. maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
8. dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Kami pohonkan kerahmatan dan keberkatan Mu yang Maha Luas di sepanjang majlis ini
diadakan. Semoga pertemuan ini dapat membibitkan kenangan manis buat kita dan beliau sendiri
di hari-hari yang mendatang. Selepas ini tidak ada cerita, celoteh, teka-teki dan soalan KBAT
dari Puan Zaharah Othman atau yang lebih mesra dengan panggilan Kak Zaharah ….yang sentiasa
membawa cerita dan dan rajin mengemas di pejabat. Semoga walaupun tidak dapat bersama
secara rasmi sebagai teman, tempat kami berkongsi tekanan tugas yang semakin mencabar,
tetapi kami berharap hubungan sebagai rakan dan sahabat tidak akan terputus serta sentiasa
diberkati Allah

‫يا رحمن يا رحيم يا رب العالمين‬

Kurniakankanlah keberkatan ke atas usaha-usaha dan sumbangan bakti yang telah ditaburkan
oleh beliau sepanjang perkhidmatan walau di mana sahaja. Moga-moga hasil dan manfaat
daripada usaha yang telah beliau curahkan selama ini akan menjadi pedoman buat kita bagi
meneruskan perjuangan memartabatkan dunia pendidikan yang kita cintai ini.

‫يا حي يا قيوم ياذا الجالل واالكرام‬


PPDKS (Doa Majlis Rasmi)

Pada kesempatan dan detik ini juga kami pohonkan agar Engkau limpahkan kesejahteraan dan
keberkatan dalam seluruh kehidupan beliau setelah beliau bersara. Kurniakanlah kepada beliau
kesihatan yang baik … diberi kerahmatan berpanjangan, ….dan kegembiraan bersama keluarga
tercinta, anak-anak yang menyejukkan mata memandang dan kedatangan bakal menantu yang
akan diraikan, in syaa Allah.

Semoga dengan rehat ini dapat menenangkan beliau dari pelbagai kerja yang tidak bertepi dan
didoakan ....... agar diberi berkesempatan lebih banyak beramal ibadat dan mendekatkan diri dengan
Allah, insya-Allah.

Kami jua pohonkan dari Mu, Ya Allah… agar beliau sekeluarga dilindungi daripada sebarang
mudharat yang menyakitkan, dijauhi daripada kesedihan yang memilukan dan dilindungi daripada
segala musibah yang tidak menyenangkan serta ujian yang tidak tertanggung.

‫يا رحمن يا رحيم يا رب العالمين‬


Kita juga memohon agar Allah SWT akan memelihara keselamatan serta kesihatan kita dari Covid-19
dan kemudaratan yang tidak tertanggung ......

Ya Allah, dorongkan hati kami ke arah kebajikan dan melakukan perkara-perkara yang berfaedah dan
menjauhi daripada perkara buruk dan maksiat yang boleh menjejaskan iman kami.... Ihdinassiratul
mustaqim...Bimbinglah kami je jalan yang benar.....Mudah-mudahan semua amalan kita sentiasa
dirahmati dan dilindungi-Mu, Ya Allah.
، ‫ص ْو ًما‬ ُ ‫ َو َت َف ّرُ َقـَ َنا مِنْ َب ْع ِد ِه َتف َّرُقا ً َم ْع‬، ‫اج َعلْ َج ْم َع َنا ه ََذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬ ْ ‫اَل َّل ُه َّم‬
. ‫شقِ ًّيا َوالَ َم ْط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬ َ ‫َوالَ َت ْج َع ِل ال َّل ُه َّم فِ ْي َنا َوالَ َم َع َنا َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا‬
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan
perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan
jauhkan diri kami semua daripada kebinasaan dan perkara-perkara yang boleh
menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat-Mu ya Allah.

.. ‫ربنا هب لنا من ازواجنا وزريتنا قرتا اعين واجعلنا للمتقين اماما‬


‫ ومن زريتنا ربنا وتقبل دعاء‬K‫رب اجعلنا مقيم الصالة‬
َ ‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح َس َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح َس َنة ًَو ِق َنا َع َذ‬
ِ ‫اب ال َّنار‬
، ‫سلَّ َم‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْحبِ ِه َو‬ َ ‫َو‬
َ
َ‫العال ِم ْين‬ ‫هَّلِل‬ ْ
َ ‫َوال َح ْم ُد ِ َر ِّب‬

Anda mungkin juga menyukai