Anda di halaman 1dari 2

--

--

FIRMAN Allah S.W.T:

 ‫ة ْال َمسْ ِج ِد ْال َح َر ِام َك َمنْ ٰا َم َن ِباهّٰلل ِ َو ْال َي ْو ِم ااْل ٰ خ ِِر َو َجا َهدَ فِيْ َس ِبي ِْل هّٰللا ِ ۗ اَل َيسْ َت ٗو َن عِ ْندَ هّٰللا ِ َۗوهّٰللا ُ اَل َي ْهدِى‬/َ ‫ار‬
َ ‫اَ َج َع ْل ُت ْم سِ َقا َي َة ْال َح ۤا ِّج َوعِ َم‬
ٰ
ّ ‫ال َق ْو َم‬.
‫الظلِ ِمي ۘ َْن‬ ْ

“Apakah (orang-orang) yang memberi minuman kepada orang-orang yang


mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam itu kamu samakan dengan orang
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad di jalan Allah? Mereka
tidak sama di sisi Allah. Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang
zalim”.

ٰۤ ُ ‫ً ْ هّٰللا‬
‫ول ِٕى َك ُه ُم ْال َف ۤا ِٕى ُز ْو َن‬ ‫اجر ُْوا َو َجا َه ُد ْوا فِيْ َس ِبي ِْل هّٰللا ِ ِباَمْ َوال ِِه ْم َواَ ْنفُسِ ِه ۙ ْم اَعْ َظ ُم دَ َر َجة عِ ندَ ِ َۗوا‬
َ ‫اَلَّ ِذي َْن ٰا َم ُن ْوا َو َه‬.

“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan
harta dan jiwa raga mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka
itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan”.

(At-Taubah: 19-20)

Ayat di atas memberi panduan kepada kita agar terlebih dahulu mengenali dan
mengutamakan perkara pokok dan utama daripada perkara cabang dan kecil.

Perbuatan memberi minum kepada jemaah haji dan mengimarahkan Masjidil Haram
adalah perkara fardu kifayah dan furu’ jika dibandingkan dengan menjaga kesucian iman
dan berjihad mempertahankan kesucian Islam yang lebih utama walaupun kedua-
duanya adalah perkara kebaikan. 

Begitu juga mendahulukan kepentingan umum adalah lebih utama daripada kepentingan
peribadi melainkan dalam hal tertentu yang tidak boleh dielakkan.

Kita melihat ada pihak yang suka memperbesarkan perkara kecil seperti
memperbesarkan perkara khilafiah dan mengadu domba sehingga mengakibatkan
pertembungan berterusan sesama umat Islam.

Sayugia diingatkan dalam suasana umat Islam yang lemah kerana perpecahan, adalah
menjadi keutamaan untuk menyatukan Ummah dan mengenepikan kepentingan lain. 
Usaha ke arah penyatuan Ummah ini menjadi keutamaan dan menjadi ibadah penting
bagi umat Islam selepas perkara fardhu yang ini. Penyatuan Ummah akan dapat
mengembalikan kesejahteraan dan kekuatan umat Islam dengan izin Allah S.W.T.

Apabila umat Islam telah punya kekuatan pastinya ia akan dihormati oleh kawan dan
lawan. Pada waktu itulah kegemilangan Islam akan dapat dikembalikan semula secara
berperingkat sebagaimana telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W.

Namun kefahaman mengenai keutamaan (Fiqh Aulawiyyat) tidaklah dapat difahami


dengan mudah melainkan kita terlebih dahulu memahami Maqasid Syariat Allah
(matlamat sesuatu hukum itu ditetapkan oleh Allah).

Anda mungkin juga menyukai