Anda di halaman 1dari 14

6 Contoh Doa Majlis Kesyukuran Ringkas

Beserta Maksud Dalam Rumi (Boleh Print


PDF)
DOA SELAMAT 1

Segala kepujian dan kesyukuran dipersembahkan ke hadhrat-Mu ya Allah di atas


limpah rahmah perlindungan kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat
wal’afiat dan selamat sejahtera.
Kami memohon kepada-Mu ya Allah semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan
persaudaraan dan diperkuatkan keazaman, hasrat dan cita-cita agar sentiasa
mendapat keredhaan-Mu ya Allah.

Kami juga memohon kasih sayang-Mu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada
dalam aman di dunia agar kami dapat mengimarahkan bumi sepertimana yang Engkau
perintahkan, maka daripada Engkaulah sahaja ya
Allah kami memohon bantuan dan pertolongan.

Kami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-
hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan
petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha dan amal
yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu
di sepanjang zaman.

Berkatilah negara Malaysia ini dan rahmatilah di bawah perlindungan-Mu sekalian


yang bersangkutan dengannya semoga mendapat pertunjuk dari-Mu ke jalan yang
Engkau redhai serta dengan penuh kehormatan dan kesucian, di
samping meninggikan syiar-Mu dalam semua bidang.

Peliharakanlah kami dan negara kami daripada segala bala bencana. Jauhkanlah kami
sekalian daripada segala ancaman dan pengkhianatan.

Bersihkanlah negara kami dari segala anasir jahat. Pandulah kami semua ke jalan yang
benar, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Kekalkanlah ya Allah kebenaran, keadilan, perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran


dalam negara bertuah ini .
DOA SELAMAT 2
 
DOA SELAMAT 3
 
DOA SELAMAT 4
 
DOA SELAMAT 5
DOA SELAMAT 6
 

Anda mungkin juga menyukai