Anda di halaman 1dari 2

TEKS DOA MAJLIS PENGHARGAAN DAN SAMBUTAN ULANG TAHUN

PENUBUHAN KE 30 TAHUN PASUKAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT


MALAYSIA SMK KUCHING HIGH 2017

Bismillahi Rrahmaani Rrahiim.


 Alhamdulillahi robbil ‘aalamiin. Wasolaatu wassalaamu ‘alaa asyrafil anbiyaai
wal mursaliin, wa ‘alaaalihi wasohbihi ajma’in.

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad  s.a.w , ahli keluarga serta para sahabat baginda.  Ya Allah Kami

merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk

berada dan menghadiri Majlis Penghargaan Dan Sambutan Ulang Tahun

Penubuhan Ke 30 Tahun Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia

SMK Kuching High 2017

Ya Allah, Ya Hafiz, Ya Shafiqq

Jadikanlah majlis ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan nasional ,


bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran,
tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan dan
organisasi Kadet Bomba dan Penyelamat Sekolah kami.
Ya Allah, Ya Kholikul habuwannur

perbaikilah segala kekurangan diri kami , jernihkanlah mata hati dan nurani
kami, lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa
kepada keselamatan, penyelesaian dan keharmonian dalam menjalankan tugas
serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami dengan iltizam yang
tinggi serta sentiasa istiqomah.

Ya Allah, Ya aziz, Ya Lattiff

Jadikanlah Majlis Penghargaan Dan Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Ke 30

Tahun Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia SMK Kuching High 2017

yang kami hadiri pada hari ini, sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan

perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan

dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang

bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

dan petunjuk-Mu.

Robbana a’tina fiddunia hasanah, wa fill’ akhiroti hasanah wakina a’zabannar.


Wassallahu’ala muhammadi wa a’la ahlihi wasobhihi wasallam.

Amin.

Anda mungkin juga menyukai