Azan dan iqamah adalah dua perkara sunat dilakukan sebelum melakukan mana-mana
sembahyang fardhu.
Azan dari segi bahasa bermaksud pemberitahuan. Manakala dari segi syara‘ pula
diertikan sebagai suatu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui waktu
sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu
sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.
Iqamah pula bermaksud sebutan tertentu untuk membangkitkan para hadirin
mengerjakan sembahyang.
Azan dan iqamah adalah sunnah mu’akkadah secara kifayah sebelum menunaikan
setiap sembahyang fardhu sama ada dilakukan secara berjama‘ah atau bersendirian,
sama ada sembahyang qadha’ atau tunai bagi orang lelaki.
Bagi lelaki yang bersembahyang bersendirian, kedua-duanya (azan dan iqamah)
disunatkan secara ‘aini. Bagi kaum wanita pula, sama ada berseorangan atau
berjama‘ah disunatkan melakukan iqamah sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan
fitnah dengan meninggikan suara mereka.
Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi
setiap lafaz kecuali takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz kalimah
2. Hendaklah dengan bahasa Arab, tetapi boleh melakukan azan untuk diri sendiri dengan terjemahannya
sekiranya tidak tahu melakukan azan dengan bahasa tersebut.
3. Azan dan Iqamah hendaklah dinyaringkan biarpun didengari oleh salah seorang daripada jama‘ah
ketika sembahyang berjama‘ah.
6. Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki muslim yang berakal.
3. Dilakukan oleh orang yang baik dan merdu suaranya serta nyaring.
7. Melakukan tarji‘ semasa azan iaitu menyebut dua kalimah secara senyap sebelum dinyaringkan.
9. Meletakkan jari-jari tangan di kedua-dua telinga ketika azan dengan tujuan untuk meninggikan suara.
10. Orang yang mendengar azan hendaklah diam dan mengulangi apa yang disebut oleh mu’azzin
kecuali ketika mu’azzin menyebut kalimah
Lafaz iqamah mempunyai sebelas kalimah, setiap kalimah diucapkan hanya sekali
sahaja kecuali takbir yang pertama dan akhirnya diulang sebanyak dua kali. Begitu juga
Syarat-syarat iqamah adalah sama seperti azan, tetapi dibolehkan jika dilakukan oleh
kaum wanita sama ada semasa sembahyang bersendirian atau berjama‘ah sesama
mereka.
Selain itu, iqamah juga disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang terlalu lama di
antaranya dengan takbiratul ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar membetulkan
saf. Iqamah hendaklah dilakukan dengan cepat kerana ia disyari‘atkan bagi memberitahu
mereka yang telah hadir untuk mengerjakan sembahyang.
Perkara-perkara sunat semasa iqamah juga hampir sama dengan azan, cuma
disunatkan kepada orang yang mendengar iqamah menjawab dengan kalimah
Selain untuk tujuan sembahyang, azan dan iqamah juga sunat dilakukan untuk beberapa perkara lain:
1. Azan di telinga kanan kanak-kanak yang baru lahir, begitu juga sunat diiqamahkan pada telinga kiri. Ini
adalah kerana Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam sendiri telah mengazankan telinga Hasan
ketika beliau dilahirkan oleh Fatimah.
2. Azan pada waktu kebakaran, waktu perang dan di belakang orang yang bermusafir.
3. Azan pada telinga orang yang berdukacita, orang yang jatuh, orang yang marah atau manusia yang
menjadi liar perangainya dan juga orang yang dirasuk jin atau syaitan.