Anda di halaman 1dari 7

Marilah 

menjadi sukarelawan Wikipedia Bahasa Melayu

Azan dan Iqamat


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasiPergi ke carian
Sebahagian daripada siri berkaitan

Fiqah Ibadah

Suatu disiplin kajian Islam

Solat[show]

Puasa[show]

Haji dan Umrah[show]

Sembelihan[show]

  Portal Islam

 L
 b
 s

Bahasa Arab
‫َأ َذان‬
Transliterasi
azan
Terjemahan
panggilan
sembahyang
Azan (‫ ;َأ َذان‬juga bang dalam sesetengah dialek[1]) adalah satu lafaz khusus yang
diamalkan oleh penganut agama Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya
waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa
berkumpul untuk mengerjakan solat fardu. Iqamat bermaksud sebutan tertentu
untuk memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat.

Isi kandungan

 1Latar belakang
 2Hukum
 3Dalil
 4Sejarah
 5Adab dan tertib Azan dan Iqamat
 6Sunat Azan
o 6.1Doa selepas Azan
 7Iqamat
 8Teks Azan bagi Ahl Sunnah
o 8.1Azan Dan Iqamat untuk tujuan selain sembahyang
o 8.2Azan sebelum Subuh
 9Azan di Turki
 10Azan di Syria (Masjid Umayyad)
 11Azan di Singapura
 12Lihat pula
 13Rujukan
 14Pautan luar
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Dari segi bahasa, azan bermaksud ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’”
(seruan). Azan ialah suatu gabungan perkataan-perkataan tertentu untuk
menandakan waktu solat fardu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang
waktu solat. Penandaan ini dibuat dengan melaungkan dengan lafaz-lafaz tertentu.
Hukum[sunting | sunting sumber]
Hukum melaungkan azan adalah sunat muakkad ketika hendak mendirikan
sembahyang fardhu. Melaungkan azan juga adalah satu Fardu Kifayah bagi sesuatu
kumpulan, dan tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua
ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan satu sunat aini atau, dan
pahala sunat akan diperolehi apabila seseorang itu melakukannya. Bagi kaum
wanita, disunatkan melakukan Iqamat sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan
fitnah apabila meninggikan suara mereka.
Dalil[sunting | sunting sumber]
Al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijmak menyatakan melaungkan azan mempunyai
banyak kelebihan dan pahala yang besar. Dalil daripada Al-Quran ialah Firman Allah
SWT yang bermaksud:
“Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang...” (Surah al-Ma’idah: 58)
Dalil daripada as-Sunnah pula merangkumi banyak hadis. Antaranya ialah sebuah
hadith yang bermaksud: “Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang
kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar
RA. “Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka
berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada
orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari
Nabi   telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk
memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid
melakukan solat jemaah.
Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan
supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, ada yang mencadangkan
ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan
loceng. Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah   (kerana meniup
serunai atau trompet dan memukul loceng adalah cara pemanggilan sembahyang
bagi masyarakat Yahudi dan Nasrani (Kristian). Umar bin al-Khattab mencadangkan
diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul ini telah diterima oleh
Rasulullah   tetapi baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang
bererti “marilah solat berjemaah”.
Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik
untuk memberitahu solat dengan mengumandangkanlah Allahu Akbar... (dan
seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui
Rasulullah   dan baginda bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi   
memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal
hendak menyerukan azan, Umar datang kepada Rasulullah   dan menceritakan
bahawa beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid.
Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Rasulullah   pada malam Israk telah
diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang
ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit.
Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s. Maka Allah SWT
menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.
Adab dan tertib Azan dan Iqamat[sunting | sunting sumber]
Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi
setiap lafaz kecuali Takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz
kalimah tauhid hanya sekali sahaja.

Sebutan Bahasa Arab Transliterasi Terjemahan

2x ‫هللا اكبر‬ Allah u Akbar Allah Maha Besar

2x ‫اشهد ان ال اله اال هللا‬ Ash-hadu allā ilāha illallāh Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain
Allah

‫ اشهد ان محمدا رسول‬Ash-hadu anna Muhammadan Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah
2x
‫هللا‬ rasūlullāh Pesuruh Allah

2x ‫حي على الصالة‬ Hayya 'alas-salāt Marilah menunaikan solat

2x ‫حي على الفالح‬ Hayya 'alal-falāh Marilah merebut kemenangan

2x ‫الصالة خير من النوم‬ Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm Solat itu lebih baik dari tidur*

2x ‫هللا اكبر‬ Allāhu akbar Allah Maha Besar

1x ‫ال اله اال هللا‬ Lā ilāha illallāh Tiada Tuhan selain Allah

* Barisan "Sembahyang itu lebih baik dari tidur" hanya digunakan untuk solat Subuh (fajr).

Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki Muslim yang berakal. Azan
mestilah dilakukan oleh seorang sahaja untuk semua kariah, dan tidak boleh dibuat
berulang kali untuk kariah yang sama. Azan hendaklah dilafazkan dalam Bahasa
Arab.
Azan dilaungkan ketika masuk waktu solat melainkan pada waktu Subuh.
Waktu Subuh mempunyai dua azan di mana Azan pertama dilaungkan sebelum
masuk waktu iaitu bermula waktunya selepas berlalu separuh malam untuk
memberitahu Muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir. Azan kedua
dikumandangkan ketika masuk waktu Subuh.
Untuk Solat Jumaat, azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama untuk
menandakan masuk waktu Zuhur untuk memanggil orang-orang Muslim ke masjid
dan kali kedua dikumandangkan sejurus sebelum Imam
memulakan Khutbah Jumaat. Iqamat dilafazkan selepas imam selesai membaca
khutbah, dan sebelum imam mengangkat Takbir Jumaat.
Sunat Azan[sunting | sunting sumber]
Orang yang melaungkan azan (muazzin) mestilah suci daripada hadas kecil, hadas
besar dan najis. Beliau juga hendaklah menghadap kiblat ketika mengumandangkan
azan. Azan sunat dilafazkan oleh muazzin yang baik dan merdu suaranya serta
nyaring. Azan hendaklah dinyaringkan biarpun didengar oleh salah seorang
daripada jemaah ketika sembahyang berjemaah. Sekiranya tidak
menggunakan pembesar suara, azan hendaklah dilaungkan di tempat yang tinggi.
Penggunaan pembesar suara di merata tempat memaafkan perbuatan ini. Azan juga
sunat dilakukan berdiri kecuali jika ada uzur.
Ketika muazzin membaca “hayya `ala as-salah”, muazzin hendaklah menghadapkan
muka dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca “hayya `ala al-falah”
menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kiri. Juga disunatkan melakukan tarji‘
semasa azan iaitu menyebut dua kalimah syahadah secara senyap sebelum
dinyaringkan.
Disunatkan juga muazzin memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua telinganya
dengan tujuan untuk meninggikan suara. muazzin tidak boleh bercakap ketika
mengumandangkan azan. Orang-orang yang mendengar azan hendaklah
menyahutnya secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh muazzin,
kecuali pada lafaz “hayya `ala as-salah” dan “hayya `ala al-falah”. Kedua-duanya
disahut dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah” yang bermaksud “tiada daya
dan kekuatan kecuali daripada Allah”.
Azan itu hendaklah dilakukan dengan Tertib dan Muwalat di antara lafaz azan dan
Iqamat.
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut lebih [2]:
"Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan muazzin sepertimana
laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya samaada yang berada dalam
keadaan suci atau berhadath atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan
selain mereka dari kalangan orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun
antara sebab larangan dari menjawab azan ialah jika berada di dalam tandas atau
ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau seumpama dengannya..."
Doa selepas Azan[sunting | sunting sumber]
Setelah selesai azan, doa berikut adalah sunat dibaca oleh muazzin dan penganut
Muslim lain yang mendengar azan:
‫اللهم رب هذه الدعوة التامة والصالة القائمة‬
Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang
sedang didirikan,
‫آت محمداً الوسيلة و الفضيلة‬
Datangkanlah Nabi Muhammad (kepadaku) sebagai penghubung (kepada Allah)
dan keutamaan (bagiku),
‫وابعثه مقاما ً محموداً الذي وعدته‬
Serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya.
(Riwayat Imam Bukhari).
Iqamat[sunting | sunting sumber]
Lafaz Iqamat mempunyai sebelas kalimah. Lafaz Iqamat adalah seperti berikut:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, ‫هللا اكبر هللا اكبر‬ āllahu ākbar, āllahu ākbar
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, ‫اشهد ان ال اله اال هللا‬ āsh'hadu ān lā ilaha illā-llah
Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh āsh'hadu ānna mūhammadār rasūlu-
‫اشهد ان محمد رسول هللا‬
Allah, llah
Marilah menunaikan solat, ‫حي على الصالة‬ hayyā `alā-s-salat
Marilah merebut kemenangan, ‫حي على الفالح‬ hayyā `alā-l-falāh
Berdiri untuk sembahyang, (dua kali) ‫قد قامت الصالة‬ qad qāma tis-salaat
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, ‫هللا اكبر هللا اكبر‬ āllahu ākbar, āllahu ākbar
Tiada tuhan selain Allah ‫ال اله اال هللا‬ lā ilaha illā-llah.
Iqamat disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang lama di antaranya dengan
takbiratul ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar membetulkan saf. Iqamat
hendaklah dilakukan dengan cepat kerana ia disyariatkan bagi memberitahu mereka
yang telah hadir untuk mengerjakan sembahyang.

Teks Azan bagi Ahl Sunnah[sunting | sunting sumber]


Sebutan Bahasa Arab Transliterasi Terjemahan

4x ‫هللا اكبر‬ Allah u Akbar Allah Maha Besar

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain


2x ‫اشهد ان ال اله اال هللا‬ Ash-hadu allā ilāha illallāh
Allah

‫ اشهد ان محمدا رسول‬Ash-hadu anna Muhammadan Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah
2x
‫هللا‬ rasūlullāh Pesuruh Allah

2x ‫حي على الصالة‬ Hayya 'alas-salāt Marilah menunaikan solat

2x ‫حي على الفالح‬ Hayya 'alal-falāh Marilah merebut kemenangan

2x ‫الصالة خير من النوم‬ Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm Solat itu lebih baik dari tidur*

2x ‫هللا اكبر‬ Allāhu akbar Allah Maha Besar

1x ‫ال اله اال هللا‬ Lā ilāha illallāh Tiada Tuhan selain Allah

*Dilafazkan hanya untuk Azan Subuh.

Azan Dan Iqamat untuk tujuan selain sembahyang[sunting | sunting


sumber]
Selain untuk tujuan sembahyang, azan dan Iqamat juga sunat dilakukan untuk
beberapa perkara lain: Azan juga sunat dibisikkan ke telinga kanan kanak-kanak
(lelaki/perempuan)yang baru lahir, begitu juga sunat diiqamatkan pada telinga kiri.
Ini adalah kerana Nabi Muhammad   telah mengazankan telinga Hasan ketika
beliau dilahirkan oleh Fatimah.
Azan juga digunakan sebagai isyarat untuk memaklumkan umat pada waktu
mudarat ataupun bahaya seperti kebakaran ataupun waktu perang. Azan juga sering
dilaungkan dalam keadaan gangguan dirasuk jin atau Syaitan.
Azan sebelum Subuh[sunting | sunting sumber]
Nabi   bersabda yang bermaksud: 'Bilal akan melaungkan azan di sebelah malam,
maka makanlah dan minumlah hingga Ibnu Ummi Maktum pula yang azan.'
lni bererti ketika 'Bilal melaungkan azan, harus bagi orang Islam bersahur, makan
dan minum sehinggalah lbnu Ummi Maktum melaungkan azan menandakan masuk
waktu sembahyang.
Dalam azan yang pertama disunatkan agar tidak menyebut  ‫الصالة خير من‬
‫النوم‬ 'sembahyang itu lebih baik daripada tidur.' Ini adalah satu perbezaan yang
penting yang dapat membezakan di antara azan yang pertama dan azan yang
kedua. Azan dalam bentuk ini disyaratkan pada waktu fajar dan orang ramai akan
kenal suara azan pertama dan suara yang lain pada azan kedua.

Azan di Turki[sunting | sunting sumber]


Sewaktu zaman 1920-an dan 1930-an, kerajaan İsmet İnönü (Presiden ke-2
Republik Turki) mengenakan azan bahasa Turki untuk menggantikan secara adat
yang dalam bahasa Arab; sebagai percubaan, dan hanya dari segi perbandingan,
berjaya, menggalakkan bahasa Turki sebagai kegunaan bahasa liturgi; dengan
mengejutkan orang ramai. Larangan Azan bahasa Arab telah dimansuhkan
pada Jun 6, 1950, selepas kejayaan pilihan raya berpihak kepada pembangkang.

Azan di Syria (Masjid Umayyad)[sunting | sunting sumber]


Di Syria, Masjid Umaiyyad, sebuah Masjid yang terletak di
kota Damsyik (Damascus) yang telah dibina sejak zaman pemerintahan Bani
Umaiyyah. Masjid tersebut melaungkan Azan dalam bentuk laungan beramai-ramai
ala koir. Alunan azan yang ditampilkan itu begitu indah sehingga dikatakan dapat
mengharmonikan suasana kota sekeliling.

Azan di Singapura[sunting | sunting sumber]


Di Singapura, laungan Azan hanya dibolehkan untuk dikumandang dalam masjid-
masjid saja, kerajaan Singapura tidak memperbolehkan suara azan
dikumandangkan dengan kuat menerusi corong-corong pembesar suara di luar dari
bangunan masjid.

Anda mungkin juga menyukai