Anda di halaman 1dari 8

USUL 16

Soalan 1:

Bincangkan uruf berikut dari sudut:


i) syarak (berserta dalil/nas yg berkaitan)
ii) dakwah

a) memakai telekung ketika solat


b) tidak bercakap semasa azan
c) majlis membaca yasin di malam jumaat

a) Memakai telekung ketika solat


https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1233-irsyad-al-fatwa-ke-132-
adakah-sah-solat-seorang-wanita-tanpa-memakai-telekung
Hukum bagi wanita yang solat tanpa mengenakan telekung adalah sah sekiranya pakaian sedia adanya
itu telah menutupi aurat.Tanpa menafikan bahawa penggunaan telekung juga menepati kaedah
penutupan aurat secara syar’ie, namun sekiranya terdapat wanita yang pakaian sedia adanya telah
cukup syarat penutupan aurat, maka pakaiannya yang sedia ada itu boleh di bawa solat meskipun tanpa
mengenakan telekung.

Permasalahan mula timbul bilamana mengganggap bahawa telekung merupakan syarat sah solat
sedangkan yang menjadikan solat itu sah sebenarnya adalah dengan menutup aurat.

Perlu diingatkan juga bahawa yang dimaksudkan dengan menutup aurat itu adalah dengan melabuhkan
tudung sehingga menutupi bahagian dada, pakaian yang longgar tidak menampakkan bentuk tubuh dan
juga tidak nipis sehingga boleh menampakkan warna kulit serta labuh hingga boleh menutupi bahagian
kaki.

Syarak (berserta dalil/nas yg berkaitan) Dakwah

Adapun aurat wanita di dalam solat, para ulama’ Sekiranya uruf tempat itu memerlukan telekung
mazhab Syafi’e menyebutkan ianya adalah perlu dipakai; yakni sekiranya tak pakai akan
keseluruhan jasad wanita itu sendiri kecuali muka melibatkan fitnah dan pergaduhan, maka tidak
dan kedua tapak tangan zahir dan batin iaitu dari salah untuk mematuhi uruf tersebut yakni memakai
hujung jari sehinggalah ke pergelangan tangan.[1] telekung meskipun pakaian tanpa telekung sudah
Ini berdasarkan firman Allah SWT: memadai untuk dibawa ke solat.

● ‫ِين ِزي َن َتهُنَّ ِإاَّل َما َظ َه َر م ِۡن َه ۖا‬


َ ‫َواَل ي ُۡبد‬

Maksudnya: dan janganlah mereka menampakkan


perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari
padanya

(An-Nur: 31)
● ‘Aisyah R.Anha pernah meriwayatkan
bahawa Nabi SAW telah bersabda:

‫ار‬ ِ ‫صالَةُ ْال َح‬


ٍ ‫اِئض ِإالَّ ِب ِخ َم‬ َ ‫الَ ُت ْق َب ُل‬

Maksudnya: “Tidak sah solat perempuan yang


baligh kecuali menutup kepalanya.”

Riwayat al-Tirmizi (277) dan beliau mengatakannya


sebagai hadith hasan.

Hadith ini menunjukkan bahawa orang perempuan


wajib menutup kepala ketika bersolat. Justeru,
wajib menutup seluruh badannya adalah lebih
utama.

● Dalam sebuah hadith juga ada


menceritakan bagaimana keadaannya para
wanita di zaman Nabi SAW ketika keluar
untuk solat seperti mana yang terdapat di
dalam hadith ‘Aisyah R.Anha:

‫ َف َي ْش َه ُد َم َع ُه ن َِسا ٌء م َِن‬،‫صلِّى ْال َفجْ َر‬


َ ‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم ُي‬َ ِ ‫ان َرسُو ُل هَّللا‬ َ ‫لَ َق ْد َك‬
‫َأ‬ ُ
‫ت فِى ُمرُوطِ ِهنَّ ث َّم َيرْ ِجعْ َن ِإلَى ُبيُوت ِِهنَّ َما َيعْ ِرفُهُنَّ َح ٌد‬ ِ ‫ْالمُْؤ ِم َنا‬
ٍ ‫ت ُم َتلَ ِّف َعا‬

Maksudnya: “Rasulullah SAW bersolat Subuh,


beberapa orang wanita yang berpakaian menutup
seluruh tubuh juga bersolat bersama-sama
Baginda. Selepas itu, mereka balik ke rumah
masing-masing tanpa dikenali oleh sesiapa pun.”

Riwayat al-Bukhari (365)

b) Tidak bercakap semasa azan


https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1098-irsyad-al-hadith-siri-ke-116-bercakap-ketika-
azan
Walaupun kita dibenarkan untuk bercakap ketika azan tetapi yang lebih baik adalah meninggalkannya
melainkan apa yang diucapkan itu merupakan hal atau perkara yang penting dan dalam masa yang sama
ia tidak mengganggu seseorang itu dalam menjawab apa yang dilaungkan oleh muazzin kerana ia adalah
sunnah yang dituntut di dalam agama.

Syarak (berserta dalil/nas yg berkaitan) Dakwah


Hukum menjawab azan adalah sunnah muakkadah Sekiranya tidak ada halangan untuk menjawab
(sunat yang dituntut). Ketika azan dilaungkan, kita azan, sebaiknya daie menjawab azan kerana itu
sebagai umat Islam dianjurkan agar meninggalkan lebih dituntut dalam agama. Kerana itu akan
segala aktiviti yang sedang dilakukan serta dalam memelihara imej yang baik sebagai orang yang
masa yang sama perlulah menjawab azan sebagai bawa Islam dan mengelakkan fitnah meskipun
satu bentuk penghormatan. tidak jatuh dosa jika tidak menjawab azan.

● Daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa


Rasulullah SAW bersabda:

ُ‫ َفقُولُوا م ِْث َل َما َيقُو ُل ال ُمَؤ ِّذن‬،‫ِإ َذا َسمِعْ ُت ُم ال ِّن َدا َء‬

Maksudnya: “Apabila kalian mendengar adzan maka


ucapkanlah seperti yang sedang diucapkan muadzin”.
[Riwayat al-Bukhari (576)]

Adapun bercakap ketika azan dibolehkan dan ia


tidaklah menjadi satu kesalahan apabila
melakukannya. Namun begitu, jika percakapan itu
boleh menyibukkan atau mengganggu seseorang itu
dalam menjawab sepertimana yang dilaungkan oleh
muazzin, maka meninggalkannya adalah lebih utama
kerana menjawab azan adalah daripada sunnah.

Di dalam al-Muwatha’, Imam Malik telah


meriwayatkan sebuah athar daripada Tha’labah,
beliau berkata:

‫ ُر‬y‫ ُر َج ُع َم‬y‫ ِة َح َّتى َي ْخ‬y‫و َم ْال ُج ُم َع‬yْ y‫ون َي‬ َ ُّ‫صل‬ َ ‫ب ُي‬ ِ ‫ْن ْال َخ َّطا‬
ِ ‫ان ُع َم َر ب‬ ِ ‫َأ َّن ُه ْم َكا ُنوا فِي َز َم‬
ُ ‫ون َقا َل َثعْ لَ َب ُة َجلَسْ َنا َن َت َحد‬
َ‫َّث َفِإذا‬ ُ ِّ ْ َّ ‫َأ‬
َ ‫س َعلى ال ِمن َب ِر َو ذ َن ال ُمَؤ ذن‬ْ ْ َ َ ‫َفِإ َذا َخ َر َج ُع َم ُر َو َجل‬
َ
‫ب‬ ‫َأ‬ َّ َّ َ
ٍ ‫ َها‬y‫ا َل ابْنُ ِش‬yy‫ ٌد َق‬y‫ت َنا َفل ْم َي َت َكل ْم ِمنا َح‬y‫ص‬ ْ ْ ‫َأ‬ ُ ْ
َ ‫ ُر َيخطبُ ن‬y‫ا َم ُع َم‬yy‫ون َو َق‬y َ y‫ت ْال ُمَؤ ِّذ ُن‬
yَ ‫َس َك‬
ْ
‫صاَل َة َو َكاَل ُم ُه َي ْق َط ُع ال َكاَل َم‬ َّ ‫َف ُخرُو ُج اِإْل َم ِام َي ْق َط ُع ال‬

Maksudnya: Mereka menunaikan solat Jumaat di


zaman Umar bin al-Khattab sehingga Umar keluar.
Apabila Umar keluar dan duduk di atas mimbar maka
azan dilaungkan oleh muazzin. Telah berkata
Tha’labah: Kami duduk dan bercakap. Apabila
muazzin selesai dan Umar pun berdiri untuk
menyampaikan khutbah maka kami pun diam dan
tidak ada seorang daripada kami pun yang bercakap.
Telah berkata Ibn Syihab: Keluarnya imam
menghentikan solat dan khutbah imam menghentikan
percakapan. [Lihat: al-Muwatha’ (215)]

Berdasarkan athar di atas, jelas menunjukkan bahawa


para sahabat RA bercakap ketika azan sedang
dilaungkan. Jika benar sebagaimana yang didakwa,
maka para sahabat adalah orang yang pertama akan
meninggalkan hal tersebut.

c) Majlis membaca yasin di malam jumaat


https://muis.org.my/2015/02/hadis-dan-membaca-yassin-malam-jumaat/

Tidak ada dalil yang menyebut waktu-waktu tertentu untuk membaca Surah Yasin seperti malam Jumaat,
ketika kematian mahupun ketika musim menghadapi peperiksaan. Begitu juga tidak ada dalil yang
melarang ia dibaca pada waktu-waktu tersebut.

Maka dalam hal ini, saya lebih cenderung untuk melihatnya ianya sebagai suatu amalan ibadah yang
baik kerana dalam majlis tersebut itu terhimpun palabagai amalan kebaikan seperti memupuk budaya
membaca Al-Quran paling tidak seminggu sekali, memupuk semangat berukhuwah sesama muslim serta
membudayakan melakukan amalan baik secara berjemaah.

Namun demikian, masyarakat kita juga perlu dididik supaya memahami bahawa amalan ini bukanlah
suatu amalan ibadah yang wajib dilakukan bermaksud apabila minggu atau waktu khusus tersebut tidak
dilakukan maka boleh membawa kepada dosa. Jika kesalah fahaman ini yang berlaku dalam masyarakat
kita maka ianya perlu kembali diperbetulkan supaya tidak berlaku salah faham dalam menokok tambah
perkara yang sedia ada dalam syariat.

Amalan membaca Surah Yasin ini hendaklah dilihat sebagai suatu amalan sunat yang apabila
dilakukan akan mendapat pahala namun jika ditinggalkan tidak membawa kepada dosa.

Syarak (berserta dalil/nas yg berkaitan) Dakwah

Membaca surah Yasin adalah satu ibadah dan mendapat Sekiranya daie dijemput ke bacaan
pahala bagi sesiapa yang membacanya kerana ia merupakan yasin pada malam jumaat, maka
satu surah daripada surah-surah di dalam al-Quran. Selain itu, digalakkan untuk kita pergi tanpa
hadith Nabi SAW juga menunjukkan bahawa sesiapa yang
mempertikaikan waktu bacaan tersebut
membaca al-Quran akan mendapat pahala yang besar.walaupun ianya bukan sunah kerana ia
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW juga tidak berdosa. Malah, ia lebih baik
bersabda: dari orang tidak membaca Al Quran.
Hal ini juga untuk mengelakkan
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW pergaduhan dan memelihara imej kita
bersabda: as daie.

ْ‫ َولَكِن‬، ٌ‫ اَل َأقُ ْو ُل آلم َحرْ ف‬، ‫ َو ْال َح َس َن ُة ِب َع ْش ِر َأمْ َثالِ َها‬، ‫ب هَّللا ِ َفلَ ُه ِب ِه َح َس َن ٌة‬
ِ ‫َمن َق َرَأ َحرْ ًفا مِنْ ِك َتا‬
‫اَل‬
ٌ‫لِفٌ َحرْ فٌ َو ٌم َحرْ فٌ َو ِم ْي ٌم َحرْ ف‬ ‫َأ‬

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam


al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu
digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal
dengannya. Aku tidak mengatakan “‫ ”الم‬satu huruf akan tetapi
Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. [Riwayat
al-Tirmizi, no. hadith 2835]

Soalan 2:

Huraikan maksud lafzi “arbaban” dalam ayat [at-taubah: 31] dan masukkan dalil
sokongan (jika ada) serta berikan kesan jika tersalah faham dengan term tersebut kepada
kehidupan manusia

At taubah 31:

‫ار ُه ْم َورُهْ َبا َن ُه ْم اَرْ َبابًا مِّنْ د ُْو ِن هّٰللا ِ َو ْالمَسِ ْي َح اب َْن َمرْ َي ۚ َم َو َمٓا ا ُ ِمر ُْٓوا ِااَّل لِ َيعْ ُبد ُْٓوا ا ِٰلهًا َّوا ِح ًد ۚا ٓاَل ا ِٰل َه ِااَّل ه ۗ َُو ُسب ْٰح َن ٗه َعمَّا ُي ْش ِر ُك ْو َن‬
َ ‫ِا َّت َخ ُذ ْٓوا اَحْ َب‬

31. Mereka menjadikan orang-orang alim (Yahudi), dan rahib-rahibnya (Nasrani) sebagai
tuhan selain Allah, dan (juga) Al-Masih putra Maryam; padahal mereka hanya disuruh
menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada tuhan selain Dia. Mahasuci Dia dari apa yang
mereka persekutukan.

Arbaban = Tuhan
Arbaban bukan sekadar menyembah ataupun iktikad, tapi mengikuti dari cara hidup, undang2

Kisah adi bin abi hatim yang pakai salib lalu ditegur rasulullah. Walaupun bukan menyembah
ualama kristian tapi menyerupai lifetyle juga boleh jadi arbaban.

Tafsir Jalalyn:
Mereka menjadikan orang-orang alimnya) dimaksud adalah ulama-ulama Yahudi (dan rahib-rahib
mereka) para pendeta Nasrani (sebagai tuhan selain Allah) karena para pengikut agama Yahudi dan
Nasrani mengikuti mereka dalam hal menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan
mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh-Nya (dan juga mereka mempertuhankan Almasih
putra Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan) oleh kitab Taurat dan kitab Injil mereka
(melainkan hanya menyembah) maksudnya mereka disuruh supaya menyembah (Tuhan Yang Maha
Esa, tidak ada Tuhan selain Dia, Maha Suci Allah) lafal subhaanahu mengandung arti menyucikan
Allah (dari apa yang mereka persekutukan).

Kesan salah faham:


Taqlid buta kepada kata-kata yang dikeluarkan oleh ulama tanpa meneliti dalil syarak
sedangkan apa yang dikatakan bercanggah dengan dalil syarak.

Homework:
Kemukakan 3 uruf selain yang di atas. Tak boleh sama dengan orang lain.

USUL 18
Soalan 1:
Apakah contoh keadaan agama lain sebelum /slps kedatangan yg membuktikan islam
membebaskan akal?
Contoh pada zaman dark ages eropah, eropah dikawal oleh kerajaan kristian/nasrani. Gereja
yang menguasai kuasa pemerintah dan agama. Paderi sangat menekan akal rakyat bawahan.
Contohnya, Galillieo menemui pusat pada sistem suria adalah matahari. Kajian dia
bertentangan dengan fatwa dari pihak gereja yang mengatakan matahari mengelilingi bumi.
Akhirnya Galillieo dihukum bunuh. Mereka hanya perlu menerima sahaja apa yang dikatakan
oleh pihak gereja. Abad 6-7 paling merosot kerana menyekat rakyat untuk berfikir. Bible pun
hanya boleh dibuka dan dirujuk oleh paderi. Sistem kumbahan pun tak teratur, buang air di luar
rumah. Islam pula mengajarkan untuk membebaskan akal Besarnya impak islam memberi
ruang untuk berfikir selain dari syariat boleh kita tengok pada zaman abbasiyah, memberi impak
bukan sahaja kepada individu, tapi sampai kepada kejayaan tamadun. Islam sangat menuntut
kita untuk menimba ilmu, contoh pada perang badar, tawanan perang badar (non muslim) untuk
mengajarkan kepada orang islam. .

Soalan 2:
Aiman merupakan seorang penyelidik yg sgt berbakat dan ingin melakukan penyelidikan
tentang penawar kepada penyakit kanser di luar negara selama 3 tahun.Hasratnya
ditentang oleh ibunya kerana merasakan tidak perlu kerana negara barat sudah ramai
saintis yg melakukan kajian dan lebih gembira aiman bekerja di tanah air sahaja
meneruskan perniagaan keluarga mereka. Pak cik dan mak cik aiman juga bersetuju
dengan pandangan ibu Aiman. Apakah pandangan anda terhadap cita2 aiman.?Apakah
efek yg berlaku jika perkara yang sama berlaku kepada 100 org ‘Aiman’?

Islam sangat menggalakkan orang islam untuk menuntut ilmu mengikut hadis:
“Hikmah itu adalah barang yang hilang milik orang yang beriman. Di mana saja ia
menemukannya, maka ambillah.” (HR. Tirmidzi).
Sangat menggalakkan untuk Aiman pergi melanjutkan cita-citanya kerana jika ilmu itu dapat
memberi manfaat kepada kehidupan, maka orang islam yang lebih berhak menguasai ilmu
tersebut. Jika tidak, orang kafir yang akan menguasai ilmu dan akhirnya orang kafir akan
menguasai, sebaliknya islam pula akan mundur dan tertindas. Jika orang islam menguasai, kita
akan ada lebih kuasa untuk menentukan sistem yang dibenarkan syariat.

Tetapi Aiman perlu jelas kenapa dia ingin menyelidiki secara mendalam tentang ubat kanser
kerana akhirnya ruang lingkup mengkaji dan menggunakan kebebasan akal adalah untuk
mencapai keredhaan Allah dan memberi impak kepada islam.

Soalan 3:

. { ‫ِين‬ َ ٰ ۡ‫ُون ٱهَّلل ِ ِإن ُكن ُتم‬


َ ‫ص ِدق‬ ِ ‫ش َه َدٓا َء ُكم مِّن د‬ َ ‫} َوِإن ُكن ُتمۡ فِي َر ۡيبٖ ِّممَّا َن َّز ۡل َنا َعلَ ٰى َع ۡب ِد َنا َف ۡأ ُتو ْا ِبس‬
ُ ‫ُورةٖ مِّن م ِّۡثلِهِۦ َو ۡٱدعُو ْا‬
[Surah Al-Baqarah: 23]

Abdullah Muhammad Basmeih:


Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada
hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang
sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh
menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

Apakah kaitan ayat ini dengan usul ke 18 ?


Allah mencabar untuk kita berfikir bukan hanya taqlid buta. Islam membebaskan akal dari
khurafat dan juga taqlid buta. Allah menggalakkan untuk berfikir sampai kita tahap yakin.

USUL 19
1. Apakah peranan dan kepentingan AlQuran dalam mengexplore teori-teori ilmiah?

Al Quran memang ada kemukakan fakta sains. Tapi Al Quran tidak memberitahu kesemuanya.
Dan Al Quran menggalakkan untuk mengexplore teori ilmiah. Maka boleh explore teori ilmiah
tapi perlu ada batas.

Alquran adalah asas kepada segala ilmu


Alquran tidak menolak sains malah islam menggalakkan pengkajian tentang sains
fakta sains dalam al quran adalah kuat dan diperkuatkan bila ada fakta ilmiah
Penemuan ilmiah pada sesuatu hakikat sains tidak bermakna alquran tidak releven tetapi
alquran adalh satu sumber ilmu asas
peranan al quran as a guidance utk hidup tapi perlu guna akal
Tapi sgt perlu utk back al quran sebab al quran adalah sumber ilmu.

2. teori konspirasi - spt covid19 adalah agenda yahudi, tentang dajjal etc...bagaimanakah
tanggapan kita kepada perkara ini

Teori konspirasi seperti covid19 adalah agenda yahudi, dajjal dan etc adalah sekadar teori dan
tidak ada apa2 yang pasti serta bukti yang jelas tentang perkara ini. Maka, ia dikategorikan
sebagai sains zhonni. Sehubungan dengan itu, di dalam Al Quran & hadis juga tidak pernah
menyatakan dalil bahawa covid 19 adalah agenda yahudi, meskipun ada hadis yang
menyatakan tentang kedatangan dajjal di akhir zaman. Maka, isu ini juga dikategorikan sebagai
syarak zhonni. Maka tanggapan kita terhadap perkara ini adalah menggunakan kaca mata
syarak. Untuk kes vaksin ni, tengok balik kepada maqasid syariah. Jika direfer maqasid syariah
keutamaan untuk memelihara nyawa.
Jika ada saranan untuk mengambil vaksin, stand kita jika bersetuju mengambil vaksin, maka
adalah kerana ia adalah satu jalan ikhtiar untuk kita memelihara keselamatan diri untuk
meneruskan tujuan hidup sebagai abid dan khalifah. Maka stand kita pada yang mengambil
vaksin, kita tidak boleh mengkafirkan mereka kerana tidak ada dalil yang jelas bahawa covid 19
adalah agenda yahudi /dajjal. Sekiranya tidak mengambil vaksin, perlu melaksanakan langkah2
yang dapat memelihara kemaslahatan umat seperti memakai mask, jaga jarak, makan
makanan sunah, berkhasiat, bervitamin dan sebagainya. Kita tidak boleh mengkafirkan orang
yang tidak mengambil vaksin kerana mereka mahu mengambil jalan selamat daripada fitnah
dajjal kerana memang tidak dapat dinafikan bahawa orang kafir mempunyai permusuhan yang
amat kuat, tidak akan pernah redha dengan orang Islam sehingga mereka akan melakukan apa
cara untuk memurtadkan umat islam. (2:120). Selagi mereka masih menjaga kemaslahatan
untuk beribadah walaupun tidak mwngambil vaksin, tidak ada ruang untuk kita mengkafirkan
mereka.

Konklusinya, kita perlu ada ruang lingkup untuk berfikir, contonhnya tak perlu fikir tentang future
yang tidak bersumberkan sesuatu yang pasti. Fikir sesuatu yang tak pasti ni takde manfaat.

Anda mungkin juga menyukai