Anda di halaman 1dari 36

60 CONTOH KARANGAN MENGGUNAKAN 10 AYAT MUDAH.

TEMA KELUARGA

1. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ’Jagalah Kebersihan Tempat Tinggal Kita’.

2. Kamu baru bertukar ke sekolah asrama penuh. Tuliskan sepucuk surat kepada
sepupu kamu untuk menceritakan pengalaman kamu belajar di sekolah baharu itu.

3. Kamu terpilih mewakili kelas dalam pertandingan syarahan ketika Minggu Bahasa Melayu
di sekolah. Kamu dikehendaki menyampaikan syarahan mengenai aktiviti hujung minggu di
rumah.

4. Semasa cuti sekolah yang lalu,kamu dan keluarga telah menziarahi nenek dan datuk kamu
di kampung. Ceritakan pengalaman kamu ketika berada di kampung.

5. Pada hari Ahad yang lalu, kamu dan keluarga pergi berkelah di air terjun. Tuliskan catatan
kamu pada hari tersebut.

6. Kamu pergi ke kedai untuk membeli barang yang dipesan oleh ibu. Tuliskan perbualan
kamu dengan penjual barang runcit itu.

7. Tuliskan sebuah karangan yang menggunakan peribahasa ” Bagai Mencurahkan Air


ke Daun Keladi”.

8. Lengkapkan karangan ini.

Pada waktu malam yang sepi,aku membaca buku di dalam bilik tidur.
Jam menunjukkan tepat pukul dua belas malam. Tiba-tiba………

9. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ‘Ibu Saya’.

10. Pada hari Ahad yang lalu,kamu sekeluarga berkelah di tepi pantai. Semasa
berkelah anda telah menyelamatkan seorang budak yang lemas ketika mandi
di laut. Tuliskan pengalaman kamu semasa menyelamatkan budak itu.

11.Tulis sebuah karangan tentang percutian kamu sekeluarga ke salah satu tempat
peranginan yang terkenal pada cuti penggal persekolahan yang lalu.

12. Pada cuti hujung minggu yang lalu, kamu telah pergi berkelah bersama
keluarga. Ceritakan pengalaman kamu tersebut.

13. Tulis sebuah karangan tentang lawatan kamu ke Zoo Negara.

14. Kamu sekeluarga telah bercuti ke CameronHighlands. Tulis sebuah catatan


tentang lawatan kamu itu.

15. Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang melawat nenek kamu yang
sakit di kampung.Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memaklumkan
perkara tersebut.
16. Tuliskan sebuah karangan tentang Hari Ibu.

1
17.Hari semakin larut.Hujan turun renyai-renyai.Ibu dan ayah masih belum
pulang.Tiba-tiba……………….

18. Tuliskan sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu
bercuti di kampung datuk kamu.

19. Tulis sebuah karangan berkaitan peribahasa ”Seperti Aur Dengan Tebing”.

20. Kamu mengikut bapa memancing ikan.Tuliskan pengalaman kamu.

21. Kamu mengikut ibu pergi ke pasar malam .Tuliskan sepucuk surat kepada kawan
untuk menceritakan pengalaman kamu.

22 . Kamu sekeluarga balik ke kampung baru-baru ini.Tuliskan catatan kamu.

23 . Tulis sebuah karangan dengan diakhiri ayat berikut.


................ berasa amat gembira kerana mendapat banyak hadiah.

24. Kamu sekeluarga melawat ke sebuah zoo.Ceritakan pengalaman kamu itu.

25 : Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ”Melentur Buluh Biarlah daripada


Rebungnya”
26. Kamu sekeluarga minat berkebun.Tuliskan pengalaman kamu berkebun.

27. Ceritakan pengalaman kamu ketika melawat pesakit di hospital.

28. Kamu sekeluarga berhari raya di rumah kawan kamu.Tuliskan suasana yang kamu
rasai pada hari itu.

29. Tuliskan pengalaman yang tidak dapat kamu lupakan semasa membantu jiran.

TEMA MASYARAKAT

30. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ‘Jiran Saya’

31. Kawasan kediaman kamu mengadakan gotong-royong.Tuliskan laporan selengkapnya.

32. Kawan kamu mengadakan rumah terbuka semasa perayaan baru-baru ini. Tulis
Catatan kamu pada hari itu.

33.Kamu sekeluarga pergi ke suatu majlis perkahwinan .Tuliskan pengalaman kamu

34. Hidup berjiran banyak kebaikannya.Huraikan.

35. Banyak kebaikan tinggal di desa.Jelaskan.

36. Tulis karangan yang bertajuk ’Cara-cara Menjaga Kebersihan Kawasan Perumahan’

37. Sukaneka telah diadakan di taman perumahan kamu.Tuliskan sepucuk surat kepada
kawan kamu untuk menceritakan suasana sukaneka tersebut.

2
38. Tulis sebuah karangan yang bertajuk ”Saya Sebuah Telefon Awam”

39. ”Seperti Kacang Lupakan Kulit”.Tuliskan sebuah cerita mengenai peribahasa tersebut.

TEMA : SEKOLAH

40. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Pameran Lukisan di Sekolah Saya”.

41. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Kepentingan Menyertai Kegiatan


Kokurikulum di Sekolah”.

42. Kamu selaku penerbit majalah sekolah telah mewawancara n seorang tokoh guru di
sekolah. Tuliskan wawancara tersebut.

43. Kamu telah menghadiri satu Kem Motivasi UPSR di sekolah. Tulis catatankan tentang
kem motivasi tersebut.

44. Tuliskan sepucuk surat kepada nenek kamu yang merupakan bekas guru.Ceritakan
kepadanya tentang sambutan Hari Guru di sekolah kamu.

45. Pasukan bola sepak sekolah kamu telah menjuarai pertandingan bola sepak peringkat
daerah. Tuliskan berita itu untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

46. Sekolah kamu telah mengadakan Hari Penyampaian Hadiah. Tuliskan laporan tentang
hari tersebut selengkapnya.

47. Kamu akan berpindah ke sekolah baru kerana mengikut bapa kamu bertukar
ke tempat lain. Kamu diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis yang
diadakan. Tuliskan ucapan tersebut selengkapnya.

48. Anda ingin melanggan majalah “Dewan Pelajar” selama 7 bulan. Tuliskan sepucuk
surat kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tujuan tersebut.

49. Tuliskan sebuah karangan tentang tajuk ‘Sekolah Saya’.

50. Sebagai Ketua Murid, kamu diminta berucap pada hari perpisahan murid-muridtahun
enam. Guru Besar dan guru-guru hadir pada majlis tersebut.
Tuliskan ucapan kamu selengkapnya.

51. Kamu telah mewakili sekolah di dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.Tajuk
syarahan kamu ialah “Perlunya Murid-murid Mematuhi Peraturan Sekolah.” Tuliskan
syarahan kamu itu.

52. Pada cuti semester yang lalu, kamu telah menyertai lawatan ke beberapa buah tempat
menarik. Kamu diminta menyediakan laporan mengenai lawatan itu.

53. Abang kamu telah mengutus surat untuk mengetahui persiapan kamu menghadapi
peperiksaan UPSR. Tuliskan surat balasan selengkapnya.

54. Bincangkan tajuk “Kebaikan belajar secara berkumpulan”

3
55. Sekolah kamu telah mengadakan pesta ria. Ceritakan suasana pesta ria itu.

56. 17.Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Saya Sebuah Perpustakaan”

57. Sekolah kamu telah mengadakan Hari Sukan. Tuliskan sebuah karangan mengenai
hari sukan tersebut.

58. Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu berpeluang menyertai aktiviti perkhemahan
pengakap. Ceritakan perstiwa-peristiwa menarik yang berlaku sepanjang
perkhemahan itu.

59. Kamu telah berpindah ke sekolah baharu. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat
kamu di sekolah lama kamu untuk menceritakan sekolah baharu kamu.

60. Kamu diiminta menemu ramah tokoh murid di sekolah kamu.Tuliskan temu ramah
Itu selengkapnya.

4
TEMA KELUARGA

FAKTA
1. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Jagalah Kebersihan Tempat Tinggal Kita”
1. Kita perlu menjaga kebersihan tempat tinggal.
2. Kebersihan dapat menghindari penyakit.
3. Kita perlu mengemaskan tempat tidur.
4. Pinggan mangkuk mesti dicuci selepas digunakan.
5. Kita harus menyapu sampah .
6. Rumah menjadi kemas dan bersih.
7. Kita harus mencuci longkang-longkang.
8. Daun-daun kering juga disapu.
9. Rumput yang panjang hendaklah dipotong.
10. Tempat tinggal yang bersih,hidup pun sihat.

SURAT TIDAK RASMI

2. Kamu baru bertukar ke sekolah asrama penuh. Tulis sepucuk surat kepada sepupu kamu
untuk menceritakan pengalaman kamu belajar di sekolah baru itu.

34 A, Blok C,
Asrama SJK ( C ) Chung Wa,
333 00 Gerik,
Perak.
24 Mac 2007.

Menemui saudara Lam Wah Hung yang berada di Ipoh, semoga saudara dan keluarga
sihat sejahtera.

Saudara,

1. Tujuan saya ingin beritahu dapat belajar ke sekolah asrama penuh.


2. Saya ingin beritahu pengalaman saya berada di sekolah ini.
3. Saya telah belajar di sini selama dua bulan.
4. Ada banyak perbezaan antara sekolah biasa dengan sekolah ini.
5. Kami mesti hadir ke kelas tambahan pada pukul 5.00 petang.
6. Setiap murid mesti mengambil bahagian dalam aktiviti sukan.
7. Murid-murid mesti belajar dari pukul 8.00 malam hingga pukul 10.00 malam.
8. Semua lampu bilik mesti dipadamkan jam 10.00 malam.
9. Saya seronok tinggal di sini kerana dapat berdikari.
10. Sekian sahaja buat kali ini.

Sahabatmu,
Chee Wei

5
FAKTA

3.Kamu terpilih mewakili kelas dalam pertandingan syarahan ketika Minggu Bahasa Melayu di
sekolah. Kamu dikehendaki menyampaikan syarahan mengenai aktiviti hujung minggu di
rumah.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,
Tuan Guru Besar,guru-guru serta rakan sekalian. Salam sejahtera dan selamat pagi saya
ucapkan.

1. Hujung minggu merupakan hari cuti.


2. Hari yang selalu kita tunggu.
3. Semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah.
4. Kita boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga.
5. Bergotong-royong membersihkan rumah.
6. Mencuci longkang dan menyapu daun-daun kering.
7. Hubungan antara ahli keluarga bertambah baik.
8. Kasih sayang kepada keluarga bertambah.
9. Aktiviti-aktiviti seperti ini mesti dilakukan selalu.
10. Rumah bersih, hidup sihat.

Sekian, terima kasih.

KEPERIHALAN

4. Semasa cuti sekolah yang lalu,kamu dan keluarga telah menziarahi nenek dan datuk kamu
di kampung. Ceritakan pengalaman kamu berada di kampung.

1. Pada musim cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga pulang ke kampung.
2. Di kampung, saya dapat menemani datuk ke dusunnya.
3. Ketika itu musim buah-buahan.
4. Pelbagai jenis pokok buah-buahan yang datuk tanam.
5. Saya membantu datuk memungut buah yang dikaitnya ke dalam raga.
6. Antaranya buah rambutan, langsat dan dokong.
7. Saya berasa seronok dapat membantu datuk di kebunnya.
8. Udara di kampung juga nyaman dan segar.
9. Di bandar banyak pencemaran asap kenderaan dan kilang.
10. Saya berasa seronok dan gembira berada di kampung.

6
CATATAN

5. Pada hari Ahad yang lalu, kamu dan keluarga pergi berkelah di air terjun. Tulis catatan
kamu pada hari tersebut.

12 April 2007
Pada hari Ahad yang lalu, saya dan keluarga pergi berkelah di air terjun.

7.00 pagi : Bersiap-siap pergi berkelah.

8.00 pagi : Ibu menyediakan makanan dan barang keperluan.

8.30 pagi : Kami sekeluarga pergi dengan menaiki kereta ayah.

10.40 pagi : Kami tiba di situ.

11.20 pagi : Kami mandi di air terjun.

1.00 petang : Kami makan di tepi sungai.


3.00 petang : Saya mandi sekali lagi sebelum pulang ke rumah.

4.00 petang : Kami pulang ke rumah.

6.10 petang : Kami tiba di rumah.

Kami berasa seronok. Saya mahu pergi lagi.

DIALOG

6. Anda pergi ke kedai untuk membeli barang yang dipesan oleh ibu. Tulis perbualan anda
dengan penjual barang runcit itu.

Ah seng : Saya mahu beli barang. Boleh pakcik tolong?

Pak Cik Lee : Boleh. Banyakkah barang itu?

Ah Seng : Tidak banyak. Ini senarainya.

Pak Cik Lee : Tepung sekilo, garam sebungkus, gula sekilo dan minyak sebotol.
Ini barang-barangnya.

Ah Seng : Ini duitnya, pakcik.

Pak Cik Lee : Ibu kamu mahu masak apa?

Ah Seng : Ibu hendak membuat kuih untuk minum petang.

Pak Cik Lee : Ini bakinya. Terima kasih.Datang lagi, ya.

Ah Seng : Sama-sama.

7
PERIBAHASA

7. Tuliskan sebuah karangan yang menggunakan peribahasa ”Bagai Mencurahkan Air


keDaun Keladi ”.

1. Kok Kent seorang budak yang nakal.


2. Kok Kent suka merayau-rayau dan kacau ternakan orang.
3. Orang kampung mengadu kepada ibu bapanya.
4. Mereka menasihatinya. Tapi dia masih buat juga.
5. Suatu hari, dia diserang lembu itu.
6. Kok Kent lari dan jatuh ke dalam parit.
7. Badannya luka-luka dan kakinya patah.
8. Dia dihantar ke hospital.
9. Setelah sihat, Kok Kent kacau lagi ternakan orang kampung.
10. Sikap Kok Kent seperti ”mencurahkan air ke daun keladi”.

MELENGKAPKAN CERITA

8. Lengkapkan karangan ini.

Pada waktu malam yang sepi,aku membaca buku di dalam bilik tidur.

Jam menunjukkan tepat pukul dua belas malam. Tiba-tiba………

1. Aku terdengar bunyi ketukan pintu.


2. Aku bangun dan buka pintu.
3. Aku ingat ibu dan bapa sudah pulang.
4. Aku membuka pintu tapi tidak ada apa-apa di situ.
5. Aku berasa hairan.
6. Aku masuk ke bilik semula.
7. Sekali lagi aku mendengar bunyi ketukan pintu.
8. Aku membuka pintu.
9. Aku lihat satu lembaga yang besar di depanku.
10. Aku pengsan.
11. Aku berasa badan aku digoncang-goncang.
12. Rupa-rupanya aku bermimpi.

8
BIOGRAFI

9. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ‘Ibu Saya’.

1. Saya mempunyai seorang ibu yang penyayang.


2. Nama ibu saya ialah Wang Ai Ni.
3. Dia berusia 29 tahun.
4. Ibu amat menyayangi saya.
5. Setiap pagi ibu akan mengejutkan saya bangun daripada tidur.
6. Ibu meyediakan sarapan setiap pagi untuk kami.
7. Ibu mengemas rumah dan sentiasa mementingkan kebersihan.
8. Saya selesa berada di rumah kerana bersih dan kemas.
9. Ibu selalu menasihati saya supaya menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
10. Saya akan belajar bersungguh-sungguh.

CEREKA

10. Pada hari Ahad yang lalu,anda sekeluarga berkelah di tepi pantai. Semasa berkelah anda
telah menyelamatkan seorang budak yang lemas ketika mandi di laut.
Tuliskan pengalaman anda semasa menyelamatkan budak itu.

1. Pada hari Ahad, saya dan keluarga pergi berkelah.


2. Ramai orang pada hari itu.
3. Kami meletakkan barang di bawah pokok.
4. Saya pergi berenang, bapa dan adik saya bermain bola di tepi pantai.
5. Ketika saya sedang berenang, saya terdengar orang minta tolong.
6. Suara itu dekat dengan saya .
7. Saya lihat seorang budak lemas.
8. Saya menarik tangan budak itu dan berenang ke pantai.
9. Orang ramai di situ membantu saya mengangkat budak itu.
10. Bapa budak itu ucap terima kasih kepada saya.
11. Saya gembira kerana dapat menolong orang.

CERITA

11.Tuliskan sebuah karangan tentang percutian anda sekeluarga ke salah satu tempat
peranginan yang terkenal pada cuti penggal persekolahan yang lalu.

1. Pada cuti yang lalu,saya sekeluarga pergi ke Cameron Highlands.


2. Kami pergi dengan menaiki kereta.
3. Dalam perjalanan,kami berbual-bual.
4. Tidak lama kemudian ,kami pun tiba di Cameron Highlands.
5. Kami melihat ramai pelancong di sana.
6. Kami melawat ladang teh, ros dan limau.
7. Kami juga mengambil gambar di sana
8. Kami pulang pada pukul 5.00 petang
9. Saya berasa gembira kerana dapat banyak ilmu.
10. Saya berharap dapat melawat lagi ke sana.

9
CERITA

12. Pada cuti hujung minggu yang lalu, kamu telah pergi berkelah bersama keluarga
Ceritakan pengalaman anda tersebut.

1. Pada cuti yang lalu, saya sekeluarga pergi berkelah


2. Kami pergi dengan menaiki kereta.
3. Dalam perjalanan,kami berbual-bual.
4. Tidak lama kemudian ,kami pun tiba di pantai Teluk Batik.
5. Kami melihat ramai pengunjung di sana.
6. Kami meletakkan barang di bawah pokok.
7. Saya dan abang pergi berenang.
8. Selepas itu, kami makan bekalan yang dibawa.
9. Kami pulang pada pukul 5.00 petang
10. Saya berharap dapat datang ke sini lagi.

CERITA

13. Tulis sebuah karangan tentang lawatan kamu ke Zoo Negara.

1. Pada cuti yang lalu, saya sekeluarga pergi ke Zoo Negara


2. Kami pergi dengan menaiki kereta.
3. Dalam perjalanan, kami berbual-bual.
4. Tidak lama kemudian , kami tiba di Zoo Negara.
5. Kami melihat ramai orang di sana.
6. Kami melihat harimau,singa,monyet, burung dan lain-lain.
7. Kami juga melihat gajah menari.
8. Selepas itu, kami makan tengah hari.
9. Kami pulang pada pukul 4.00 petang.
10. Saya berharap boleh datang lagi

CATATAN

14. Kamu sekeluarga telah bercuti ke CameronHighlands. Tulis sebuah catatan tentang
lawatan anda itu.

11 Mac 2007
8.00 pagi : Bertolak ke Cameron Highlands.
Kami pergi dengan menaiki kereta.
Dalam perjalanan,kami berbual-bual
9.30 pagi : Kami tiba di Cameron Highlands.
Kami melihat ramai pelancong di sana.
10.30 pagi :Kami melawat ladang teh.
Saya dapat memetik daun teh.
12.00 tengah hari: Kami makan di sebuah restoran.
2.00 petang : Pulang ke rumah. Saya sangat gembira

10
SURAT RASMI

15. Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang melawat nenek kamuyang
sakit di kampung.Tulis sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memaklumkan
perkara tersebut.

Tan Jia Boon,


No, 8 Taman Pelangi,
36700 Langkap,
Perak.
________________________________________________________________

Guru Kelas 6 Cempaka,


SJK(C ) Chui Chak,
36700 Langkap,
Perak. 7 April 2007

Tuan,

Tidak Dapat Hadir ke Sekolah

1. Merujuk perkara di atas ,saya Tan Jia Boon tidak dapat hadir ke sekolah.
2. Saya tidak dapat hadir kerana mengikut keluargapulang ke kampung.
3. Kami melawat nenek yang sakit di kampung.
4. Untuk makluman cikgu, nenek saya dimasukkan ke hospital.
5. Saya akan bertanya kawan tentang kerja sekolah.
6. Saya berjanji akan menyiapkan semua kerja sekolah yang diberikan.
7. Saya akan hadir semula selepas itu.
8. Saya berharap cikgu menerima permohonan saya ini.
9. Sekian,terima kasih.

Yang benar,
……………………..
( TAN JIA BOON)

KEPERIHALAN

16.Tuliskan sebuah karangan tentang Hari Ibu.

1. Pada 8 Mei yang lalu,keluarga saya telah menyambut Hari Ibu.


2. Pada hari itu ,bapa membeli sebiji kek untuk ibu.
3. Kek itu sangat cantik.
4. Kakak memasak mi goreng.
5. Kemudian, kami menyanyi lagu Selamat Hari Ibu.
6. Selepas itu, ibu meniup api lilin pada kek itu.
7. Kami juga memberi hadiah kepada ibu.
8. Ibu berasa amat gembira apabila membuka hadiah itu.
9. Saya amat sayang akan ibu.
10. Saya berjanji akan membalas jasa ibu.

11
MENYAMBUNG CERITA

17. Hari semakin larut.Hujan renyai-renyai.Ibu dan ayah saya masih belum
pulang.Tiba-tiba……………….

1. Bekalan elektrik terputus.


2. Rumah menjadi gelap.
3. Saya mencari lilin di dapur lalu menyalakannya.
4. Tiba-tiba, saya terdengar ketukan pintu.
5. Saya takut untuk membukanya.
6. Saya berjalan perlahan-lahan ke arah pintu.
7. Saya terdengar suara orang.
8. Apabila saya membuka pintu,saya terlihat dua lembaga di luar rumah.
9. Saya berasa lega kerana ibu dan bapa telah pulang.
10. Mereka lewat pulang kerana ada pokok tumbang di tengah jalan raya.

SURAT TIDAK RASMI

18. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan pengalaman anda bercuti ke
kampung datuk anda.

No. 40, Taman Tapah,


35000 Tapah ,
Perak.

7 April 2007.

Menemui sahabatku, Punitha yang berada di Ipoh,semoga sihat .


Apa khabar ? Saya sihat.

Saudari,

1. Pada cuti yang lalu, saya sekeluarga pulang ke kampung.


2.Kami pergi dengan menaiki kereta.
3.Dalam perjalanan,kami berbual-bual.
4.Di kampung saya, musim buah-buahan.
5. Kami pergi ke dusun datuk.
6. Kami juga memetikbuah-buahan.
7. Selepas itu, kami makan buah-buahan.
8. Kami pulang pada pukul 5.00 petang
9. Saya berharap dapat pulang ke kampung lagi.
10. Sekian,semoga bertemu lagi.

sahabatmu,

.........................
( MUTHUKRISNAN)

12
PERIBAHASA

19. Tuliskan sebuah karangan berkaitan peribahasa ”Seperti Aur Dengan Tebing”

1. Ahad lalu,saya dan keluarga bergotong-royong.


2. Bapa menyediakan cangkul,cat dan penyapu.
3. Ibu menanam pokok-pokok bunga di halaman rumah.
4. Kakak membersihkan longkang di depan rumah.
5. Abang pula mengecat dinding rumah.
6. Bapa menyapu dan saya mengutip sampah-sarap.
7. Apabila letih dan dahaga,kami pun minum.
8. Pada pukul 1.00 petang,kami habis bergotong-royong.
9. Kami berasa sangat gembira kerana kawasan rumah saya sudah cantik.
10. Kerjasama kami seperti aur dengan tebing.

CERITA

20. Kamu mengikut bapa memancing ikan.Tuliskan pengalaman kamu.

1. Ahad lalu, saya dan bapa pergi memancing ikan.


2. Kami memancing di sebatang sungai.
3. Kami pergi dengan menaiki kereta.
4. Kami membawa joran,umpan,mata kail dan baldi.
5. Kami mencari tempat yang redup.
6. Tiba-tiba , umpan saya dimakan ikan.
7. Saya mendapat seekor ikan yang besar.
8. Bapa pula mendapat lima ekor ikan.
9. Pada pukul 7.00 malam, kami pun pulang.
10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat pergi memancing ikan. (63pp)

13
SURAT TIDAK RASMI

21. Kamu mengikut ibu pergi ke pasar malam.Tuliskan sepucuk surat kepada kawan
Untuk menceritakan pengalaman kamu.

No. 42, Taman Tapah,


35000 Tapah ,
Perak.

7 April 2007.

Menemui sahabatku, Punitha yang berada di Ipoh,semoga sihat .


Apa khaqbar ? Saya sihat.

Saudari,

1. Ahad lalu,saya dan ibu pergi ke pasar malam.


2. Kami pergi dengan menaiki kereta.
3. Ramai orang sedang membeli-belah.
4. Suasana riuh-rendah.
5. Ada banyak gerai menjual pelbagai barang.
6. Saya membeli sepasang kasut dan sehelai baju.
7. Ibu pula membeli ikan,ayam ,sayur dan buah-buahan.
8. Saya juga membeli nasi ayam untuk makan malam.
9. Pada pukul 9.00 malam, kami pun pulang.
10. Sekian,semoga bertemu lagi.

sahabatmu,

.........................
( MUTHUKRISNAN)
CATATAN

22 . Kamu sekeluarga balik ke kampung baru-baru ini.Tuliskan catatan kamu.

Catatan Balik ke Kampung


8.00 pagi : Saya dan keluarga pergi ke kampung nenek di Tapah.
Kami pergi dengan menaiki kereta.
Saya berbual-bual dengan adik di sepanjang jalan.

9.30 pagi : Datuk dan nenek sangat gembira melihat kami tiba.
Saya bersalam dengan mereka.
Saya memberi buah tangan kepada nenek.
tengahari : Kami makan tengah hari.

2.00 petang : Saya mengikut datuk memancing ikan di sebatang sungai.


Kakak pula membantu nenek di sawah padi.
Setelah dua hari di kampung, kami pun pulang.

7:00 malam : Kami pulang.


Saya berasa sangat gembira kerana dapat balik ke kampung.

14
MENGAKHIRI CERITA

23. Tuliskan sebuah karangan dengan diakhiri ayat berikut.


................ berasa amat gembira kerana mendapat banyak hadiah.

1. Ahad lalu, ibu mengadakan majlis hari lahir saya.


2. Saya mengajak ramai kawan.
3. Ibu membeli sebiji kek yang cantik untuk saya.
4. Kakak menghias ruang tamu.
5. Bapa pula membeli minuman untuk para tetamu.
6. Pada pukul 7:00 malam,semua kawan sudah datang.
7. Mereka membawa pelbagai hadiah untuk saya.
8. Mereka menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk saya.
9. Saya meniup api lilin lalu mereka bertepuk tangan.
10. Kami makan-makan sambil bermain permainan.
11. Saya berasa amat gembira kerana mendapat banyak hadiah.

CERITA

24. Kamu sekeluarga melawat ke sebuah zoo.Ceritakan pengalaman kamu.

1. Ahad lalu,saya dan keluarga pergi ke Kuala Lumpur.


2. Kami pergi dengan menaiki kereta.
3. Saya berbual-bual dengan adik di sepanjang jalan.
4. Kami tiba di Zoo Negara.
5. Ayah membeli lima keping tiket.
6. Ada harimau,ular,gajah,kuda dan lain-lain di Zoo Negara.
7. Kami menonton pertunjukan gajah.
8. Ada burung kakak tua yang pandai bercakap.
9. Pada pukul 7:00 malam,kami pun pulang.
10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat banyak pengalaman.

PERIBAHASA

25 : Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ”Melentur Buluh Biarlah daripada


Rebungnya”

1. Saya ada sebuah keluarga yang bahagia.


2. Ibu saya seorang suri rumah.
3. Bapa pula seorang guru.
4. Saya ada tiga adik lelaki.
5. Seorang perempuan dan dua orang lelaki.
6. Ibu saya seorang yang tegas.
7. Setiap hari, beliau mengajar kami nilai-nilai yang baik.
8. Bapa pula selalu mengingati kami agar rajin belajar.
9. Beliau sentiasa membantu kami jika kami tidak faham sesuatu pelajaran.
10. Ibu bapa kami yakin dengan kami kerana mereka tahu Melentur Buluh
Biarlah daripada Rebungnya’.

15
CERITA

26. Kamu sekeluarga minat berkebun.Tuliskan pengalaman kamu berkebun.

1. Saya dan ayah suka berkebun.


2. Kami menanam sayur-sayuran.
3. Kami menanam sawi,cili,kubis dan kacang panjang.
4. Setiap hari, ayah menyiram sayur-sayuran itu.
5. Saya pula mencabut rumput-rumput di atas batas.
6. Ibu memetik sayur-sayuran yang sudah besar.
7. Bapa menjual sayur-sayuran itu di pasar malam.
8. Bapa mendapat banyak duit.
9. Bapa menyimpan duit ke dalam bank.
10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat menolong bapa.

CERITA

27. Ceritakan pengalaman kamu ketika melawat pesakit di hospital.


1. Ahad lalu,saya dan keluarga pergi ke hospital.
2. Kami melawat datuk yang sakit.
3. Datuk demam panas sejak semalam.
4. Saya bersalam dengan datuk sambil memberi buah tangan.
5. Datuk mengucapkan terima kasih.
6. Seorang doktor memberi ubat kepada datuk.
7. Ayah dan ibu berbual-bual dengan datuk.
8. Saya mengupas buah epal untuk datuk.
9. Pada pukul 7:00 malam,kami pun pulang.
10. Saya berdoa agar datuk cepat sembuh.

CERITA

28. Kamu sekeluarga berhari raya di rumah kawan kamu.Tuliskan suasana yang kamu
rasai pada hari itu.

1. Saya ada seorang kawan yang baik bernama Ali.


2. Ahad lalu,saya sekeluarga pergi ke rumahnya.
3. Ali merayakan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya.
4. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Ali.
5. Ali menjemput saya masuk ke dalam rumahnya.
6. Ibu Ali menghidangkan kuih raya dan lemang.
7. Saya makan sambil berbual-bual dengan Ali.
8. Bapa Ali memberi duit raya kepada saya.
9. Saya mengucapkan terima kasih.
10. Pada pukul 7:00 malam,saya pun pulang.

16
CERITA

29. Tuliskan pengalaman yang tidak dapat kamu lupakan semasa membantu jiran.
1. Saya ada seorang jiran yang baik bernama Abu.
2. Ahad lalu, dia balik ke kampungnya.
3. Abu meminta saya sekeluarga menjaga rumahnya.
4. Suatu hari, ada seorang pemuda yang bertopeng.
5. Dia membuka besi tingkap rumah Abu.
6. Dia masuk ke dalam rumah Abu.
7. Saya cepat-cepat menelefon polis.
8. Polis datang lalu menangkapnya.
9. Abu pulang dari kampung,dia berterima kasih kepada saya sekeluarga.
10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat menolong jiran saya.

TEMA MASYARAKAT

30. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ”Jiran Saya”.

Saya ada seorang _________. Jiran saya bernama Abu.Dia seorang yang
_________________

Dia suka memberi _______________ kepada saya.Dia selalu membantu saya

menyiapkan ______________.

Bapa Abu seorang doktor.Ibu Abu pula seorang guru.

Setiap hari raya, mereka akan _____________ saya ke rumah mereka.

Pada masa lapang,kami pergi____________.Anak-anak mereka suka bermain

_____________ dengan saya.

Saya berasa sangat ____________ kerana ada jiran yang baik.

badminton gembira mengajak jiran


kerja rumah buah-buahan berjoging baik hati

Pendahuluan-ada jiran

Isi-isi -nama jiran


-baik hati
-membantu
-pekerjaan

17
-hobi
-aktiviti masa lapang
Penutup-perasaan gembira

31. Kawasan kediaman kamu mengadakan gotong-royong.Tulis laporan selengkapnya.

LAPORAN GOTONG-ROYONG TAMAN AMAN

Taman Aman mengadakan _______________.Gotong-royong diadakan pada 1

April 2007.

Semua orang _____________ di dewan. Ada yang _________cangkul.Ada yang

membawa __________.Ada yang membawa cat.

Semuanya ___________________ mencuci longkang.Ada yang _____________

dewan.Ada yang ________________ lalang.

Semua penduduk gembira kerana kawasan taman sudah ____________.

Dilaporkan oleh, 5 APRIL 2007.

______________
(AH MENG)

menebas bersih mengecat tolong-menolong


gotong-royong berkumpul membawa sabit

Pendahuluan – tajuk laporan –gotong-royong

Isi-isi – tarikh gotong-royong

- berkumpul – dewan
- membawa alatan-cangkul-sabit-cat
- bekerjasama-mencuci-menebas-mengecat
- gembira-bersih

18
Penutup- pengakuan-tarikh

32. Kawan kamu mengadakan rumah terbuka semasa perayaan baru-baru ini. Tuliskan
catatan kamu pada hari itu.

Catatan Rumah Terbuka Kawan Saya

30 September 2007

8:00 pagi : Saya dan ___________ pergi ke rumah kawan

8:30 pagi : Kami tiba.Kami _____________ oleh Ali.Saya mengucapkan selamat hari

raya.Ali ________________ terima kasih.

Kami ___________ lemang dan kuih- muih.Saya ___________ air coca cola.

Bapa Ali memberi saya _______________.

2:00 petang : Kami _____________.Saya berasa gembira kerana dapat pergi ke

_________________ Ali.

pulang duit raya makan minum mengucapkan


disambut keluarga rumah terbuka

Pendahuluan- tajuk –catatan – tarikh

Isi-isi - masa – pergi dengan keluarga- rumah kawan


- tiba – disambut – ucap
- makan – lemang – kuih-muih
- minum air
- dapat duit raya
Penutup – pulang – gembira – pergi rumah kawan

19
33. Kamu sekeluarga pergi ke suatu majlis perkahwinan .Tulis pengalaman kamu

Hari Ahad saya pergi ke rumah ______________.Saya pergi dengan bapa dan ibu.

Ramai orang di situ.Suasana sangat ___________.

Saya sekeluarga makan _______________.Saya banyak makan ayam goreng.

Pengantin sangat ___________.Ada _____________________ bermain

kompang.____________bersanding di atas _____________.

Saya berasa sangat gembira kerana dapat banyak _______________.

pengalaman orang kahwin pelamin cantik

meriah pengantin nasi minyak pemuda-pemudi

Pendahuluan – ke majlis kahwin –Ahad

Isi-isi – dengan ibu bapa


-ramai orang – suasana meriah
- makan –nasi minyak-ayam goreng
-pengantin cantik –bersanding
-pemuda main kompang

Penutup – gembira – banyak pengalaman

34. Hidup berjiran banyak kebaikannya.Huraikan.

Jiran ialah orang yang ______________ setaman dengan kita.Hidup __________ sangat

penting.

Hidup berjiran banyak kebaikannya.

Pertamanya, kita dapat _____________ jiran yang miskin.Kita boleh memberi

bantuan duit.

Keduanya, jiran dapat menolong __________ rumah kita apabila kita

keluar.Rumah kita tentu selamat.

Ketiganya,kita dapat bermain bersama-sama.Kita akan lebih _____________

mereka.

Keempatnya,kita dapat ______________ idea.Jika ada ________________ kita

20
boleh berbincang untuk mengatasinya.

Kelimanya,kita dapat _____________ perpaduan.Hidup kita di taman ini menjadi

aman dan damai

Tanpa jiran hidup kita sunyi.Oleh itu, kita mestilah ____________________ jiran.

menjaga memupuk masalah bertukar-tukar berjiran

mengenali menolong tinggal menghormati

Pendahuluan – jiran penting- banyak kebaikan

Isi-isi - menolong –miskin-bantu duit


- menjaga rumah-jika tiada
- bermain-sama-sama
- bertukar idea –jika ada masalah
- pupuk perpaduan –aman
Penutup – tanpa jiran –sunyi- hormati jiran

35..Banyak kebaikan tinggal di desa.Jelaskan.

Desa ialah kampung.Ada banyak faedah tinggal di kampung.

Pertamanya, kita dapat udara ______________.Ini kerana tiada ____________

alam di desa.

Keduanya, kita dapat tolong-menolong sesama jiran ______________.Kerja susah

jadi mudah.

Ketiganya,kita dapat ________________ gotong-royong.Banyak kerja boleh di buat

sama-sama.

Keempatnya,kita dapat melihat keindahan _____________ desa.Ini akan memberi

__________________ kepada kita.

Kelimanya, kita dapat merasa makanan kampung.Makanan kampung enak dan

segar.

Banyak _______________ tinggal di desa Oleh itu, semua orang mestilah menjaga

21
________________ kampung.

suasana pencemaran segar kebaikan ketenangan


sekampung keindahan mengamalkan

Pendahuluan – banyak faedah tinggal di kampung

Isi-isi - udara segar-tiada pencemaran


-tolong-menolong-mudahkan kerja
-gotong-royong-buat sama-sama
-pemandangan indah-ketenangan jiwa
-makanan enak-hasil segar

Penutup-baik tinggal di desa-jaga keindahan

36. Tuliskan karangan yang bertajuk ”Cara-cara Menjaga Kebersihan Kawasan Perumahan”.

Menjaga kebersihan sangat penting.Kawasan perumahan kita mestilah di jaga.

Kita mestilah mengadakan gotong-royong.Gotong-royong untuk membersihkan

kawasan ______________ kita.

Kita mestilah menanam ____________ kosong.Jika tidak air akan

______________.Nyamuk pula akan bertelur.

Kita hendaklah mencuci longkang yang _______________.Air akan mengalir


________________.

Kita tidak boleh _______________ sampah ke merata-rata tempat.Kawasan tempat

tinggal kita akan sentiasa bersih.

Kita tidak boleh melakukan ______________ terbuka.Kita perlukan udara yang

segar.Badan kita tentu akan sihat.

Semua ______________ mestilah bekerjasama.Negara bersih rakyat sihat.

tersumbat deras membuang pembakaran

bertakung tin-tin perumahan penduduk

Pendahuluan- mesti jaga kebersihan

22
Isi-isi –gotong-royong bersih kawasan

- menanam tin-air bertakung-nyamuk membiak

- cuci longkang – air deras

- jangan buang sampah

- jangan bakar-udara tercemar –ganggu kesihatan

Penutup – mesti kerjasama jaga kebersihan

37. Sukaneka telah diadakan di taman perumahan kamu.Tuliskan sepucuk surat kepada
kawan kamu untuk menceritakan suasana sukaneka tersebut.

74,Jalan Merak,
Kampung Melayu Batu 8,
31120 Ulu Kinta,
Perak.

14 Mac 2008.

Menemui sahabatku Linda yang kini __________ di Kuala Lumpur semoga sentiasa

sihat ____________.

Saudari,

Apakhabar saudari dan keluarga di sana ?Diharap saudari dan keluarga sihat

walafiat.Saya dan keluarga di sini ___________________ sahaja.

Ahad yang lalu,taman perumahan saya mengadakan ____________.Banyak acara

diadakan.Ada __________ tiup belon.Ada acara tarik tali.Ada acara lari dalam guni.

Suasana sangat_____________ kerana ramai orang.Saya masuk acara makan buah

pisang.Saya dapat nombor dua.

Sukaneka _________pada pukul 2.00 petang.Saya berasa ____________ kerana dapat

bersukaneka.

Hanya sampai di sini sahaja untuk kali ini.Sampaikan salam saya kepada keluarga
saudari.

Sekian,terima kasih.

23
Yang benar,

Syarifah

berada sejahtera tamat gembira


sukaneka acara meriah sihat-sihat

Pendahuluan- alamat-tarikh-pembuka surat

Isi-isi –bertanya khabar

-adakan sukaneka

- acara dipertandingkan
- meriah-ramai orang-masuk acara
- tamat –gembira

Penutup – ucapan penutup- tandatangan

38. Tulis sebuah karangan yang bertajuk ’Saya Sebuah Telefon Awam’

Saya sebuah _______________.Saya dilahirkan di sebuah __________.Badan

saya______________daripada besi.

Badan saya ada __________.Badan saya ada tempat letak masuk

___________________.Dada saya ada nombor 0 hingga 9

Orang ramai menggunakan saya setiap hari.Mereka menggunakan saya untuk

___________________l.

Ada juga yang cuba _____________badan saya Saya berasa sangat gembira

kerana ________________ kepada orang lain.

berjasa telefon awam duit syiling diperbuat


kilang wayar berbual-bual merosakkan

Pendahuluan- telefon-dilahirkan-kilang

Isi-isi -diperbuat –besi –ada wayar

24
- masuk duit syiling-ada nombor

-guna setiap hari-berbual-bual

-ada cuba rosakkan

Penutup- gembira-berjasa.

39. ’Seperti Kacang Lupakan Kulit’.Tulis sebuah cerita mengenai peribahasa tersebut.

Pak Atan dan Mak Cik Limah tinggal di sebuah -------------------.Mereka hidup --------------.

Pak Atan seorang -----------------.Mak Cik Limah pula menjual ____________.

Mereka ada seorang anak.Namanya Rudi.Mereka sangat _____________ akan

Rudi.Rudi berjaya belajar di ____________.

Sekarang Rudi menjadi seorang ____________.Tetapi dia tidak mahu balik ke

kampung .

Rudi ______________ kerana ibu bapanya miskin.

Sikap Rudi ”Seperti Kacang Lupakan Kulit”.

malu kampung miskin nelayan kuih-muih


doktor sayang universiti

Pendahuluan –Pak Atan-Mak Limah –kampung-miskin

Isi-isi -Pak Atan-nelayan-Mak Limah –jual-kuih-muih

-anak-Rudi-sayang

-pandai-universiti

-doktor-tak balik kampung-malu

Penutup- kacang lupakan kulit

TEMA : SEKOLAH

40. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Pameran Lukisan di Sekolah Saya”.

1. Kelab Seni Lukis mengadakan pameran

25
2. Pameran diadakan di dewan sekolah.
3. Banyak ibu bapa melihat pameran.
4. Pelbagai lukisan dipamerkan.
5. Pertandingan melukis dan mewarna juga diadakan
6. Guru besar menyampaikan hadiah.
7. Pemenang sangat gembira
8. Pameran mendapat sambutan yang baik.
9. Orang ramai suka melihat pameran.
10. Pameran akan diadakan lagi

41. Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Kepentingan Menyertai Kegiatan Kokurikulum di
Sekolah”.

1. Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas.


2. Kita dapat mengisi masa lapang.
3. Kita dapat memupuk sikap tanggungjawab.
4. Kita dapat belajar hidup bekerjasama dan berdikari
5. Kita dapat belajar mematuhi peraturan .
6. Kita dapat belajar menjadi ketua.
7. Kita juga dapat kawan yang baru.
8. Kita juga dapat berfikir dengan baik.
9. Kita mesti ikut aktiviti kokurikulum.
10. Kita dapat banyak faedah.

42. Kamu selaku penerbit majalah sekolah telah mewawancara dengan seorang tokoh
guru di sekolah. Tuliskan wawancara tersebut.

1. Selamat pagi tuan.


2. Saya ucap tahniah kepada cikgu.
3. Bilakah cikgu menjadi guru?
4. Sejak 20 tahun yang lalu.
5. Di manakah cikgu mula mengajar ?
6. Saya mula mengajar di SJKT Mahatma Ghandi.
7. Apakah perasaan cikgu menjadi tokoh guru?
8. Saya berasa gembira dan bangga.
9. Apakah nasihat cikgu kepada kami?
10. Belajarlah rajin-rajin.
11. Terima kasih kerana sudi diwawancara.

43. Kamu telah menghadiri satu Kem Motivasi UPSR di sekolah. Tuliskan catatan tentang
kem motivasi tersebut.

26
20 April 2007
1. Kami mendaftar diri.
2. Kami berkumpul di dewan.
3. Guru Besar memberi ucapan.
4. Guru memberi arahan.
5. Penceramah beri nasihat kepada murid.
6. Kami diajar cara-cara menjawab soalan.
7. Kami berehat dan makan di kantin.
8. Kami juga menyanyi dan bermain.
9. Guru Besar menyampaikan cenderamata.
10. Kami balik dengan gembira.

44.Tuliskan sepucuk surat kepada nenek kamu yang bekas guru di kampung. Ceritakan
kepadanya tentang sambutan Hari Guru di sekolah kamu.

128, Taman Satu,


34000 Taiping.

6 April 2007
Menemui nenda di kampung. Apa khabar?Cucunda sihat.

Nenda,

1. Sekolah cucunda baru sambut Hari Guru.


2. Kami berkumpul di dewan.
3. Guru-guru nyanyi beberapa lagu.
4. Guru Besar memberi ucapan.
5. Murid menyanyi dan menari.
6. Kami bermain dengan guru.
7. Kami makan dan minum di kantin.
8. Cucunda rindu akan nenek.
9. Cucunda akan balik kampung.
10. Harap nenek sihat dan gembira.

Yang benar,
Meena

45.Pasukan bola sepak sekolah kamu telah menjuarai pertandingan bola sepak peringkat
daerah. Tuliskan berita itu untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

TAIPING, Sabtu - SJK (T) Ladang Matang menjadi johan bola sepak peringkat
daerah.
1 Lapan buah sekolah mengambil bahagian.

27
2 Ramai ibu bapa datang melihat.
3 Tempat pertandingan di padang sekolah.
4 Pemain bermain sungguh-sungguh.
5 Penonton bertepuk tangan.
6 Ada pemain yang luka.
7 SJK (T) Ladang Matang johan.
8 Guru Besar menyampaikan hadiah.
9 Pasukan yang menang gembira.
10 Tahun depan jumpa lagi.

46. Sekolah kamu telah mengadakan Hari Penyampaian Hadiah. Tuliskan Laporan
tentang hari tersebut selengkapnya.

Format : Laporan

1. Pada 8 Mac 2007, sekolah saya mengadakan Hari Penyampaian Hadiah.


2. Guru,guru, ibubapa dan murid-murid berkumpul di dewan.
3. Kami menyanyi lagu ‘Negaraku’.
4. Selepas itu, Guru Besar memberi ucapan.
5. Guru Besar memberi hadiah kepada murid yang berjaya.
6. Ada murid-murid menyanyi dan menari.
7. Pada pukul 12.00 tengah hari,semua pergi ke kantin untuk makan.
8. Kami pun pulang.
9. Kami berasa sangat gembira.
10. Kami harap majlis ini akan diadakan lagi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
47.Kamu akan berpindah ke sekolah baru kerana mengikut bapa kamu bertukar
ke tempat lain. Kamu diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis yang
diadakan. Tuliskan ucapan tersebut selengkapnya.

1. Selamat pagi, Tuan Guru Besar, guru-guru dan kawan-kawan.


2. Terima kasih kerana memberi saya berucap.
3. Bapa saya akan bertukar kerja.
4. Saya berasa sangat sedih.
5. Selepas ini kita tidak akan berjumpa lagi.
6. Kita tidak dapat belajar dan bermain lagi.
7. Saya harap semua kawan tidak lupakan saya.
8. Terima kasih kepada guru kerana mengajar saya.
9. Saya akan selalu ingat kawan-kawan dan guru.
10. Saya harap dapat berjumpa lagi.

28
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

48. Anda ingin melanggan majalah “Dewan Pelajar” selama 7 bulan. Tuliskan sepucuk
surat kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tujuan tersebut.

No. 71, Taman Sri Langkap,


36700 Langkap,
Perak.
_________________________________________________________________

Penerbit,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
12345 Kuala Lumpur. 6 APRIL 2007.

Tuan,

Langganan Majalah Dewan Pelajar

Merujuk perkara di atas, saya ingin melanggan Majalah Dewan Pelajar.

2. Saya hendak melanggan selama 7 bulan.


3. Bayar sebanyak RM21.00
4. Saya kirimkan wang pos.
5. Saya harap tuan cepat menghantar majalah itu.
6. Saya suka membaca majalah itu.
7. Dapat menambahkan ilmu.
8. Majalah ini bagus.
9. Kawan-kawan saya pun suka membacanya.
10. Sekian, terima kasih.

Yang benar,
......................
(PUNITHA)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

29
49. Tuliskan sebuah karangan tentang tajuk ‘Sekolah Saya’.

1. Nama Sekolah saya ………………………………………


2. Sekolah saya sangat besar dan cantik.
3. Sekolah saya ada banyak kelas.
4. Sekolah saya ada sebuah padang.
5. Sekolah saya juga ada banyak pokok bunga.
6. Kantin sekolah saya besar dan bersih.
7. Guru sekolah saya baik.
8. Murid-murid sekolah saya rajin belajar.
9. Sekolah saya selalu menjadi johan dalam pertandingan.
10. Saya sayang akan sekolah saya.

UCAPAN

50.Sebagai Ketua Murid, kamu diminta berucap pada hari perpisahan murid-murid tahun
enam. Guru Besar dan guru-guru hadir pada majlis tersebut. Tuliskan ucapan kamu
selengkapnya.

Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar, guru-guru dan rakan sekalian.

1. Saya berasa sangat sedih.


2. Saya ucapkan terima kasih kepada guru-guru.
3. Saya akan selalu ingat jasa guru
4. Saya minta maaf sekiranya ada kesalahan.
5. Saya mewakili murid lain minta maaf
6. Saya harap kawan-kawan tidak lupa jasa guru
7. Kami akan menjaga nama baik sekolah
8. Kami berjanji untuk mencapai cita-cita
9. Saya harap guru doakan kejayaan kami.
10. Sekian, terima kasih.

SYARAHAN

51.Kamu telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.Tajuk


syarahan kamu ialah “Perlunya Murid-murid Mematuhi Peraturan Sekolah.” Tuliskan syarahan
kamu itu.

Terima kasih Tuan Pengerusi, Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan.Tajuk syarahan saya
ialah “Perlunya Murid-murid Mematuhi Peraturan Sekolah”.

30
1. Peraturan sekolah mesti diikuti oleh murid-murid.
2. Peraturan jadikan murid-murid berdisiplin
3. Murid-murid tidak boleh berambut panjang
4. Selain itu, murid-murid tidak boleh ponteng.
5. Peraturan juga bermula dari rumah.
6. Kita mesti ikut peraturan.
7. Murid-murid yang tidak mengikut peraturan akan didenda.
8. Peraturan jadikan kita baik.
9. Peraturan jadikan kita murid bertanggungjawab.
10. Kita hendaklah mengikut peraturan sekolah.

Sekian, terima kasih.

LAPORAN

52.Pada cuti semester yang lalu, kamu telah menyertai lawatan ke beberapa buah tempat
menarik. Kamu diminta menyediakan laporan mengenai lawatan itu.

Tajuk : Laporan Lawatan ke Melaka.

1. Pada cuti semester yang lalu, kami pergi ke Melaka


2. Kami pergi pada pukul 8.00 pagi.
3. Kami pergi dengan menaiki bas.
4. Kami sampai pada pukul 11.00 pagi.
5. Kami melawat Muzium Melaka.
6. Selepas itu, kami melawat tempat menarik.
7. Kami makan di tepi pantai.
8. Kami gembira melihat pemandangan yang cantik.
9. Kami membeli buah tangan.
10. Pada pukul 5.00 petang kami pun pulang.
11. Kami mendapat banyak ilmu.

Disediakan oleh, 20 April 2007.


_______________
( )

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

53.Abang kamu telah mengutus surat untuk mengetahui persiapan kamu menghadapi
peperiksaan UPSR. Tuliskan surat balasan selengkapnya.

No. 1, Jalan Satu,

31
Taman Satu,
31100 Sg. Siput,
Perak.

7 April 2007.
Kakanda,

1. Terima kasih kerana menghantar surat.


2. Apa khabar kakanda di sana?
3. Tahun ini adinda akan menghadapi peperiksaan UPSR.
4. Adinda akan mengulangkaji pelajaran pada waktu malam.
5. Adinda juga belajar bersama kawan-kawan.
6. Selain itu, adinda belajar di kelas tuisyen.
7. Adinda lemah dalam pelajaran Bahasa Melayu.
8. Kalau tidak faham adinda tanya guru.
9. Harap kakanda doakan kejayaan adinda.
10. Semoga berjumpa lagi.
Adindamu,
Azhar

PERBINCANGAN

54.Bincangkan tajuk “Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan”

1. Belajar secara kumpulan sangat baik.


2. Kumpulan ini ada yang besar dan kecil.
3. Kumpulan boleh diadakan di rumah atau di sekolah.
4. Kita boleh belajar bersama-sama.
5. Kalau tidak faham kita boleh tanya kawan.
6. Kawan yang pandai boleh bantu kawan yang lemah.
7. Masalah dapat diselesaikan bersama-sama.
8. Kita juga dapat berkongsi idea.
9. Kita boleh dapat banyak faedah.
10. Belajar secara berkumpulan memang banyak kebaikan.

KEPERIHALAN

55.Sekolah kamu telah mengadakan pesta ria. Ceritakan tentang pesta ria itu.

1. Pada hari Ahad yang lalu, sekolah saya telah mengadakan pesta ria.
2. Pesta ria itu diadakan pada pukul 8.00 pagi.
3. Ramai orang yang datang ke pesta ria itu.
4. Suasana pesta ria itu sangat meriah.
5. Banyak gerai menjual barangan.
6. Pembeli membeli barangan menggunakan kupon.
7. Acara sukaneka dan nyanyian juga diadakan.
8. Peraduan teka kacang juga diadakan
9. Pesta ria itu tamat pada pukul 5.00 petang.
10. Selepas itu, semua orang pulang ke rumah.

32
AUTOBIOGRAFI

56.Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Saya Sebuah Perpustakaan”

1. Saya sebuah perpustakaan.


2. Saya juga dipanggil disebut pusat sumber.
3. Saya ada di sebuah sekolah yang besar.
4. Badan saya ada pelbagai jenis buku.
5. Murid-murid selalu menggunakan saya untuk belajar.
6. Murid-murid selalu meminjam buku.
7. Saya dijaga oleh pustakawan.
8. Pustakawan menyusun buku dengan rapi.
9. Murid yang lambat hantar buku akan didenda.
10. Saya berasa sangat bangga kerana dapat menolong murid-murid.

KEPERIHALAN

57.Sekolah kamu telah mengadakan Hari Sukan.. Tuliskan sebuah karangan mengenai hari
sukan tersebut.

1. Pada hari Ahad yang lalu, sekolah saya mengadakan hari sukan.
2. Sukan itu diadakan di padang sekolah.
3. Sukan itu dirasmikan oleh Pengerusi PIBG.
4. Mula-mula murid-murid berjalan keliling padang.
5. Selepas itu, acara sukan pun dimulakan.
6. Acara pertama ialah lumba lari 100 meter.
7. Murid-murid bersorak semasa kawan mereka berlari.
8. Pasukan Merah telah menjadi johan.
9. Guru besar menyampaikan hadiah kepada pemenang.
10. Sukan itu tamat pada pukul 2.00 petang.

PENGALAMAN

58.Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu berpeluang menyertai aktiviti perkhemahan
pengakap. Ceritakan perstiwa-peristiwa menarik yang berlaku sepanjang perkhemahan itu.

1. Perkhemahan diadakan pada 12 April 2007.


2. Seramai 3 orang guru dan 30 orang murid terlibat.
3. Perkhemahan diadakan di tepi hutan.
4. Berkumpul di sekolah dan menaiki bas ke tapak perkhemahan.
5. Pemandangan sangat cantik sepanjang perjalanan.
6. Kami menurunkan barang setelah sampai di situ.
7. Mengikut kumpulan selepas mendengar arahan guru.
8. Membuat tugasan yang diberikan.
9. Selepas mendirikan khemah, kami memasak.

33
10. Kami meredah hutan dan melihat banyaktumbuhan.
11. Waktu malam, kami membuat unggun api.
12. Malam akhir, kami adakan persembahan mengikut kumpulan.
13. Kami bersiap-siap untuk pulang.
14. Saya berasa seronok dan gembira.

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

59.Kamu telah berpindah ke sekolah baharu. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat kamu di
sekolah lama kamu untuk menceritakan tentang sekolah baharu kamu.

No. 11 Taman Bersatu,


333 00 Gerik,
Perak.

12 April 2007

Menemui sahabatku, semoga sihat sejahtera di sana. Tujuan saya menulis surat ini, bertujuan
memberitahu saudara saya sudah berpindah ke sekolah baharu.

Saudara,

1. Sekolah saya bersih dan cantik.


2. Sekolah saya terletak berhampiran pekan.
3. Terdapat lima bangunan di sekolah saya.
4. Sekolah saya besar dan luas.
5. Murid di sekolah itu seramai lima ratus orang.
6. Ada lapan belas kelas semuanya.
7. Kemudahan di sekolah itu lengkap.
8. Ada empat puluh orang guru di sekolah itu.
9. Guru-guru dan rakan-rakan sangat peramah dan baik.
10. saya sangat gembira dan seronok.
11. Saya harap saudara balas surat ini.

Sekian, terima kasih.

34
Yang benar,
Lee Ming

CERITA GAMBARAN

60. Tulis sebuah karangan yan bertajuk ”Sekolah Idamanku”

1. Setiap murid inginkan sekolah yang cantk.


2. Begitu juga aku.
3. Antara ciri sekolah idamanku ialah bilik darjah yang cantik dan ceria.
4. Guru-guru yang mengajar juga baik.
5. Semua guru mesti sayang kepadasemua murid.
6. Aku mahukan persekitaran yang tenang dan selesa.
7. Aku mahu sekolaki dipenuhi dengan bunga yang berwarna-warni.
8. Aku inginkan rakan-rakan yang berdisiplin.
9. Aku berharap semua kawanku baik hati.
10. Aku berharap impianku menjadi kenyataan.

35
36

Anda mungkin juga menyukai