Anda di halaman 1dari 12

60 CONTOH KARANGAN MENGGUNAKAN 10 AYAT MUDAH.

TEMA KELUARGA

1. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ’Jagalah Kebersihan Tempat Tinggal Kita’.

2. Kamu baru bertukar ke sekolah asrama penuh. Tuliskan sepucuk surat kepada
sepupu kamu untuk menceritakan pengalaman kamu belajar di sekolah baharu itu.

3. Kamu terpilih mewakili kelas dalam pertandingan syarahan ketika Minggu Bahasa Melayu
di sekolah. Kamu dikehendaki menyampaikan syarahan mengenai aktiviti hujung minggu di
rumah.

4. Semasa cuti sekolah yang lalu,kamu dan keluarga telah menziarahi nenek dan datuk kamu
di kampung. Ceritakan pengalaman kamu ketika berada di kampung.

5. Pada hari Ahad yang lalu, kamu dan keluarga pergi berkelah di air terjun. Tuliskan catatan
kamu pada hari tersebut.

6. Kamu pergi ke kedai untuk membeli barang yang dipesan oleh ibu. Tuliskan perbualan
kamu dengan penjual barang runcit itu.

7. Tuliskan sebuah karangan yang menggunakan peribahasa ” Bagai Mencurahkan Air


ke Daun Keladi”.

8. Lengkapkan karangan ini.

Pada waktu malam yang sepi,aku membaca buku di dalam bilik tidur.
Jam menunjukkan tepat pukul dua belas malam. Tiba-tiba………

9. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ‘Ibu Saya’.

10. Pada hari Ahad yang lalu,kamu sekeluarga berkelah di tepi pantai. Semasa
berkelah anda telah menyelamatkan seorang budak yang lemas ketika mandi
di laut. Tuliskan pengalaman kamu semasa menyelamatkan budak itu.

11.Tulis sebuah karangan tentang percutian kamu sekeluarga ke salah satu tempat
peranginan yang terkenal pada cuti penggal persekolahan yang lalu.

12. Pada cuti hujung minggu yang lalu, kamu telah pergi berkelah bersama
keluarga. Ceritakan pengalaman kamu tersebut.

13. Tulis sebuah karangan tentang lawatan kamu ke Zoo Negara.

14. Kamu sekeluarga telah bercuti ke Cameron Highlands. Tulis sebuah catatan
tentang lawatan kamu itu.

15. Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang melawat nenek kamu yang
sakit di kampung.Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memaklumkan
perkara tersebut.
16. Tuliskan sebuah karangan tentang Hari Ibu.

1
17. Hari semakin larut.Hujan turun renyai-renyai.Ibu dan ayah masih belum
pulang.Tiba-tiba……………….

18. Tuliskan sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu
bercuti di kampung datuk kamu.

19. Tulis sebuah karangan berkaitan peribahasa ”Seperti Aur Dengan Tebing”.

20. Kamu mengikut bapa memancing ikan.Tuliskan pengalaman kamu.

21. Kamu mengikut ibu pergi ke pasar malam .Tuliskan sepucuk surat kepada kawan
untuk menceritakan pengalaman kamu.

22 . Kamu sekeluarga balik ke kampung baru-baru ini.Tuliskan catatan kamu.

23 . Tulis sebuah karangan dengan diakhiri ayat berikut.


................ berasa amat gembira kerana mendapat banyak hadiah.

24. Kamu sekeluarga melawat ke sebuah zoo.Ceritakan pengalaman kamu itu.

25 : Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ”Melentur Buluh Biarlah daripada


Rebungnya”
26. Kamu sekeluarga minat berkebun.Tuliskan pengalaman kamu berkebun.

27. Ceritakan pengalaman kamu ketika melawat pesakit di hospital.

28. Kamu sekeluarga berhari raya di rumah kawan kamu.Tuliskan suasana yang kamu
rasai pada hari itu.

29. Tuliskan pengalaman yang tidak dapat kamu lupakan semasa membantu jiran.

TEMA MASYARAKAT

30. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ‘Jiran Saya’

31. Kawasan kediaman kamu mengadakan gotong-royong.Tuliskan laporan selengkapnya.

32. Kawan kamu mengadakan rumah terbuka semasa perayaan baru-baru ini. Tulis
Catatan kamu pada hari itu.

33 .Kamu sekeluarga pergi ke suatu majlis perkahwinan .Tuliskan pengalaman kamu

34. Hidup berjiran banyak kebaikannya.Huraikan.

35. Banyak kebaikan tinggal di desa.Jelaskan.

36. Tulis karangan yang bertajuk ’Cara-cara Menjaga Kebersihan Kawasan Perumahan’

37 . Sukaneka telah diadakan di taman perumahan kamu.Tuliskan sepucuk surat kepada


kawan kamu untuk menceritakan suasana sukaneka tersebut.

2
38. Tulis sebuah karangan yang bertajuk ”Saya Sebuah Telefon Awam”

39. ”Seperti Kacang Lupakan Kulit”.Tuliskan sebuah cerita mengenai peribahasa tersebut.

TEMA : SEKOLAH

40. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Pameran Lukisan di Sekolah Saya”.

41. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Kepentingan Menyertai Kegiatan


Kokurikulum di Sekolah”.

42. Kamu selaku penerbit majalah sekolah telah mewawancara n seorang tokoh guru di
sekolah. Tuliskan wawancara tersebut.

43. Kamu telah menghadiri satu Kem Motivasi UPSR di sekolah. Tulis catatankan tentang
kem motivasi tersebut.

44. Tuliskan sepucuk surat kepada nenek kamu yang merupakan bekas guru.Ceritakan
kepadanya tentang sambutan Hari Guru di sekolah kamu.

45. Pasukan bola sepak sekolah kamu telah menjuarai pertandingan bola sepak peringkat
daerah. Tuliskan berita itu untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

46. Sekolah kamu telah mengadakan Hari Penyampaian Hadiah. Tuliskan laporan tentang
hari tersebut selengkapnya.

47. Kamu akan berpindah ke sekolah baru kerana mengikut bapa kamu bertukar
ke tempat lain. Kamu diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis yang
diadakan. Tuliskan ucapan tersebut selengkapnya.

48. Anda ingin melanggan majalah “Dewan Pelajar” selama 7 bulan. Tuliskan sepucuk
surat kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tujuan tersebut.

49. Tuliskan sebuah karangan tentang tajuk ‘Sekolah Saya’.

50. Sebagai Ketua Murid, kamu diminta berucap pada hari perpisahan murid-murid tahun
enam. Guru Besar dan guru-guru hadir pada majlis tersebut.
Tuliskan ucapan kamu selengkapnya.

51. Kamu telah mewakili sekolah di dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.Tajuk
syarahan kamu ialah “Perlunya Murid-murid Mematuhi Peraturan Sekolah.” Tuliskan
syarahan kamu itu.

52. Pada cuti semester yang lalu, kamu telah menyertai lawatan ke beberapa buah tempat
menarik. Kamu diminta menyediakan laporan mengenai lawatan itu.

53. Abang kamu telah mengutus surat untuk mengetahui persiapan kamu menghadapi
peperiksaan UPSR. Tuliskan surat balasan selengkapnya.

54. Bincangkan tajuk “Kebaikan belajar secara berkumpulan”

3
55. Sekolah kamu telah mengadakan pesta ria. Ceritakan suasana pesta ria itu.

56. 17.Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Saya Sebuah Perpustakaan”

57. Sekolah kamu telah mengadakan Hari Sukan. Tuliskan sebuah karangan mengenai
hari sukan tersebut.

58. Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu berpeluang menyertai aktiviti perkhemahan
pengakap. Ceritakan perstiwa-peristiwa menarik yang berlaku sepanjang
perkhemahan itu.

59. Kamu telah berpindah ke sekolah baharu. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat
kamu di sekolah lama kamu untuk menceritakan sekolah baharu kamu.

60. Kamu diiminta menemu ramah tokoh murid di sekolah kamu.Tuliskan temu ramah
Itu selengkapnya.

4
TEMA KELUARGA

FAKTA
1. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Jagalah Kebersihan Tempat Tinggal Kita”
1. Kita perlu menjaga kebersihan tempat tinggal.
2. Kebersihan dapat menghindari penyakit.
3. Kita perlu mengemaskan tempat tidur.
4. Pinggan mangkuk mesti dicuci selepas digunakan.
5. Kita harus menyapu sampah .
6. Rumah menjadi kemas dan bersih.
7. Kita harus mencuci longkang-longkang.
8. Daun-daun kering juga disapu.
9. Rumput yang panjang hendaklah dipotong.
10. Tempat tinggal yang bersih,hidup pun sihat.

SURAT TIDAK RASMI

2. Kamu baru bertukar ke sekolah asrama penuh. Tulis sepucuk surat kepada sepupu kamu
untuk menceritakan pengalaman kamu belajar di sekolah baru itu.

34 A, Blok C,
Asrama SJK ( C ) Chung Wa,
333 00 Gerik,
Perak.
24 Mac 2007.

Menemui saudara Lam Wah Hung yang berada di Ipoh, semoga saudara dan keluarga
sihat sejahtera.

Saudara,

1. Tujuan saya ingin beritahu dapat belajar ke sekolah asrama penuh.


2. Saya ingin beritahu pengalaman saya berada di sekolah ini.
3. Saya telah belajar di sini selama dua bulan.
4. Ada banyak perbezaan antara sekolah biasa dengan sekolah ini.
5. Kami mesti hadir ke kelas tambahan pada pukul 5.00 petang.
6. Setiap murid mesti mengambil bahagian dalam aktiviti sukan.
7. Murid-murid mesti belajar dari pukul 8.00 malam hingga pukul 10.00 malam.
8. Semua lampu bilik mesti dipadamkan jam 10.00 malam.
9. Saya seronok tinggal di sini kerana dapat berdikari.
10. Sekian sahaja buat kali ini.

Sahabatmu,
Chee Wei

5
FAKTA

3.Kamu terpilih mewakili kelas dalam pertandingan syarahan ketika Minggu Bahasa Melayu di
sekolah. Kamu dikehendaki menyampaikan syarahan mengenai aktiviti hujung minggu di
rumah.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,
Tuan Guru Besar,guru-guru serta rakan sekalian. Salam sejahtera dan selamat pagi saya
ucapkan.

1. Hujung minggu merupakan hari cuti.


2. Hari yang selalu kita tunggu.
3. Semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah.
4. Kita boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga.
5. Bergotong-royong membersihkan rumah.
6. Mencuci longkang dan menyapu daun-daun kering.
7. Hubungan antara ahli keluarga bertambah baik.
8. Kasih sayang kepada keluarga bertambah.
9. Aktiviti-aktiviti seperti ini mesti dilakukan selalu.
10. Rumah bersih, hidup sihat.

Sekian, terima kasih.

KEPERIHALAN

4. Semasa cuti sekolah yang lalu,kamu dan keluarga telah menziarahi nenek dan datuk kamu
di kampung. Ceritakan pengalaman kamu berada di kampung.

1. Pada musim cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga pulang ke kampung.
2. Di kampung, saya dapat menemani datuk ke dusunnya.
3. Ketika itu musim buah-buahan.
4. Pelbagai jenis pokok buah-buahan yang datuk tanam.
5. Saya membantu datuk memungut buah yang dikaitnya ke dalam raga.
6. Antaranya buah rambutan, langsat dan dokong.
7. Saya berasa seronok dapat membantu datuk di kebunnya.
8. Udara di kampung juga nyaman dan segar.
9. Di bandar banyak pencemaran asap kenderaan dan kilang.
10. Saya berasa seronok dan gembira berada di kampung.

6
CATATAN

5. Pada hari Ahad yang lalu, kamu dan keluarga pergi berkelah di air terjun. Tulis catatan
kamu pada hari tersebut.

12 April 2007
Pada hari Ahad yang lalu, saya dan keluarga pergi berkelah di air terjun.

7.00 pagi : Bersiap-siap pergi berkelah.

8.00 pagi : Ibu menyediakan makanan dan barang keperluan.

8.30 pagi : Kami sekeluarga pergi dengan menaiki kereta ayah.

10.40 pagi : Kami tiba di situ.

11.20 pagi : Kami mandi di air terjun.

1.00 petang : Kami makan di tepi sungai.


3.00 petang : Saya mandi sekali lagi sebelum pulang ke rumah.

4.00 petang : Kami pulang ke rumah.

6.10 petang : Kami tiba di rumah.

Kami berasa seronok. Saya mahu pergi lagi.

DIALOG

6. Anda pergi ke kedai untuk membeli barang yang dipesan oleh ibu. Tulis perbualan anda
dengan penjual barang runcit itu.

Ah seng : Saya mahu beli barang. Boleh pak cik tolong?

Pak Cik Lee : Boleh. Banyakkah barang itu?

Ah Seng : Tidak banyak. Ini senarainya.

Pak Cik Lee : Tepung sekilo, garam sebungkus, gula sekilo dan minyak sebotol.
Ini barang-barangnya.

Ah Seng : Ini duitnya, pak cik.

Pak Cik Lee : Ibu kamu mahu masak apa?

Ah Seng : Ibu hendak membuat kuih untuk minum petang.

Pak Cik Lee : Ini bakinya. Terima kasih.Datang lagi, ya.

Ah Seng : Sama-sama.

7
PERIBAHASA

7. Tuliskan sebuah karangan yang menggunakan peribahasa ”Bagai Mencurahkan Air


ke Daun Keladi ”.

1. Kok Kent seorang budak yang nakal.


2. Kok Kent suka merayau-rayau dan kacau ternakan orang.
3. Orang kampung mengadu kepada ibu bapanya.
4. Mereka menasihatinya. Tapi dia masih buat juga.
5. Suatu hari, dia diserang lembu itu.
6. Kok Kent lari dan jatuh ke dalam parit.
7. Badannya luka-luka dan kakinya patah.
8. Dia dihantar ke hospital.
9. Setelah sihat, Kok Kent kacau lagi ternakan orang kampung.
10. Sikap Kok Kent seperti ”mencurahkan air ke daun keladi”.

MELENGKAPKAN CERITA

8. Lengkapkan karangan ini.

Pada waktu malam yang sepi,aku membaca buku di dalam bilik tidur.

Jam menunjukkan tepat pukul dua belas malam. Tiba-tiba………

1. Aku terdengar bunyi ketukan pintu.


2. Aku bangun dan buka pintu.
3. Aku ingat ibu dan bapa sudah pulang.
4. Aku membuka pintu tapi tidak ada apa-apa di situ.
5. Aku berasa hairan.
6. Aku masuk ke bilik semula.
7. Sekali lagi aku mendengar bunyi ketukan pintu.
8. Aku membuka pintu.
9. Aku lihat satu lembaga yang besar di depanku.
10. Aku pengsan.
11. Aku berasa badan aku digoncang-goncang.
12. Rupa-rupanya aku bermimpi.

8
BIOGRAFI

9. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ‘Ibu Saya’.

1. Saya mempunyai seorang ibu yang penyayang.


2. Nama ibu saya ialah Wang Ai Ni.
3. Dia berusia 29 tahun.
4. Ibu amat menyayangi saya.
5. Setiap pagi ibu akan mengejutkan saya bangun daripada tidur.
6. Ibu meyediakan sarapan setiap pagi untuk kami.
7. Ibu mengemas rumah dan sentiasa mementingkan kebersihan.
8. Saya selesa berada di rumah kerana bersih dan kemas.
9. Ibu selalu menasihati saya supaya menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
10. Saya akan belajar bersungguh-sungguh.

CEREKA

10. Pada hari Ahad yang lalu,anda sekeluarga berkelah di tepi pantai. Semasa berkelah anda
telah menyelamatkan seorang budak yang lemas ketika mandi di laut.
Tuliskan pengalaman anda semasa menyelamatkan budak itu.

1. Pada hari Ahad, saya dan keluarga pergi berkelah.


2. Ramai orang pada hari itu.
3. Kami meletakkan barang di bawah pokok.
4. Saya pergi berenang, bapa dan adik saya bermain bola di tepi pantai.
5. Ketika saya sedang berenang, saya terdengar orang minta tolong.
6. Suara itu dekat dengan saya .
7. Saya lihat seorang budak lemas.
8. Saya menarik tangan budak itu dan berenang ke pantai.
9. Orang ramai di situ membantu saya mengangkat budak itu.
10. Bapa budak itu ucap terima kasih kepada saya.
11. Saya gembira kerana dapat menolong orang.

CERITA

11.Tuliskan sebuah karangan tentang percutian anda sekeluarga ke salah satu tempat
peranginan yang terkenal pada cuti penggal persekolahan yang lalu.

1. Pada cuti yang lalu,saya sekeluarga pergi ke Cameron Highlands.


2. Kami pergi dengan menaiki kereta.
3. Dalam perjalanan,kami berbual-bual.
4. Tidak lama kemudian ,kami pun tiba di Cameron Highlands.
5. Kami melihat ramai pelancong di sana.
6. Kami melawat ladang teh, ros dan limau.
7. Kami juga mengambil gambar di sana
8. Kami pulang pada pukul 5.00 petang
9. Saya berasa gembira kerana dapat banyak ilmu.
10. Saya berharap dapat melawat lagi ke sana.

9
CERITA

12. Pada cuti hujung minggu yang lalu, kamu telah pergi berkelah bersama keluarga
Ceritakan pengalaman anda tersebut.

1. Pada cuti yang lalu, saya sekeluarga pergi berkelah


2. Kami pergi dengan menaiki kereta.
3. Dalam perjalanan,kami berbual-bual.
4. Tidak lama kemudian ,kami pun tiba di pantai Teluk Batik.
5. Kami melihat ramai pengunjung di sana.
6. Kami meletakkan barang di bawah pokok.
7. Saya dan abang pergi berenang.
8. Selepas itu, kami makan bekalan yang dibawa.
9. Kami pulang pada pukul 5.00 petang
10. Saya berharap dapat datang ke sini lagi.

CERITA

13. Tulis sebuah karangan tentang lawatan kamu ke Zoo Negara.

1. Pada cuti yang lalu, saya sekeluarga pergi ke Zoo Negara


2. Kami pergi dengan menaiki kereta.
3. Dalam perjalanan, kami berbual-bual.
4. Tidak lama kemudian , kami tiba di Zoo Negara.
5. Kami melihat ramai orang di sana.
6. Kami melihat harimau,singa,monyet, burung dan lain-lain.
7. Kami juga melihat gajah menari.
8. Selepas itu, kami makan tengah hari.
9. Kami pulang pada pukul 4.00 petang.
10. Saya berharap boleh datang lagi

CATATAN

14. Kamu sekeluarga telah bercuti ke Cameron Highlands. Tulis sebuah catatan tentang
lawatan anda itu.

11 Mac 2007
8.00 pagi : Bertolak ke Cameron Highlands.
Kami pergi dengan menaiki kereta.
Dalam perjalanan,kami berbual-bual
9.30 pagi : Kami tiba di Cameron Highlands.
Kami melihat ramai pelancong di sana.
10.30 pagi : Kami melawat ladang teh.
Saya dapat memetik daun teh.
12.00 tengah hari : Kami makan di sebuah restoran.
2.00 petang : Pulang ke rumah. Saya sangat gembira

10
SURAT RASMI

15. Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang melawat nenek kamu yang
sakit di kampung.Tulis sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memaklumkan
perkara tersebut.

Tan Jia Boon,


No, 8 Taman Pelangi,
36700 Langkap,
Perak.
________________________________________________________________

Guru Kelas 6 Cempaka,


SJK(C ) Chui Chak,
36700 Langkap,
Perak. 7 April 2007

Tuan,

Tidak Dapat Hadir ke Sekolah

1. Merujuk perkara di atas ,saya Tan Jia Boon tidak dapat hadir ke sekolah.
2. Saya tidak dapat hadir kerana mengikut keluarga pulang ke kampung.
3. Kami melawat nenek yang sakit di kampung.
4. Untuk makluman cikgu, nenek saya dimasukkan ke hospital.
5. Saya akan bertanya kawan tentang kerja sekolah.
6. Saya berjanji akan menyiapkan semua kerja sekolah yang diberikan.
7. Saya akan hadir semula selepas itu.
8. Saya berharap cikgu menerima permohonan saya ini.
9. Sekian,terima kasih.

Yang benar,
……………………..
( TAN JIA BOON)

KEPERIHALAN

16.Tuliskan sebuah karangan tentang Hari Ibu.

1. Pada 8 Mei yang lalu,keluarga saya telah menyambut Hari Ibu.


2. Pada hari itu ,bapa membeli sebiji kek untuk ibu.
3. Kek itu sangat cantik.
4. Kakak memasak mi goreng.
5. Kemudian, kami menyanyi lagu Selamat Hari Ibu.
6. Selepas itu, ibu meniup api lilin pada kek itu.
7. Kami juga memberi hadiah kepada ibu.
8. Ibu berasa amat gembira apabila membuka hadiah itu.
9. Saya amat sayang akan ibu.
10. Saya berjanji akan membalas jasa ibu.

11
MENYAMBUNG CERITA

17. Hari semakin larut.Hujan renyai-renyai.Ibu dan ayah saya masih belum
pulang.Tiba-tiba……………….

1. Bekalan elektrik terputus.


2. Rumah menjadi gelap.
3. Saya mencari lilin di dapur lalu menyalakannya.
4. Tiba-tiba, saya terdengar ketukan pintu.
5. Saya takut untuk membukanya.
6. Saya berjalan perlahan-lahan ke arah pintu.
7. Saya terdengar suara orang.
8. Apabila saya membuka pintu,saya terlihat dua lembaga di luar rumah.
9. Saya berasa lega kerana ibu dan bapa telah pulang.
10. Mereka lewat pulang kerana ada pokok tumbang di tengah jalan raya.

SURAT TIDAK RASMI

18. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan pengalaman anda bercuti ke
kampung datuk anda.

No. 40, Taman Tapah,


35000 Tapah ,
Perak.

7 April 2007.

Menemui sahabatku, Punitha yang berada di Ipoh,semoga sihat .


Apa khabar ? Saya sihat.

Saudari,

1. Pada cuti yang lalu, saya sekeluarga pulang ke kampung.


2. Kami pergi dengan menaiki kereta.
3. Dalam perjalanan,kami berbual-bual.
4. Di kampung saya, musim buah-buahan.
5. Kami pergi ke dusun datuk.
6. Kami juga memetik buah-buahan.
7. Selepas itu, kami makan buah-buahan.
8. Kami pulang pada pukul 5.00 petang
9. Saya berharap dapat pulang ke kampung lagi.
10. Sekian,semoga bertemu lagi.

sahabatmu,

.........................
( MUTHUKRISNAN)

12

Anda mungkin juga menyukai