Anda di halaman 1dari 8

SESUAI : UNTUK TAHUN 3 & 4

PANDUAN

01
01

2
2
GURU BAIK : UNTUK TAHUN 5
Sesuai Baik CEMERLANG : UNTUK TAHUN 6
Cemerlang

CARTA PINTAR - BAHASA MELAYU PENULISAN

PENGENALAN - CARTA PINTAR


Carta Pintar ialah carta Bahasa Melayu Penulisan (UPSR) yang boleh memberi
panduan cemerlang bagi menghasilkan idea atau karangan yang berkualiti dan
menepati sasaran pemarkahan.
Murid-murid didedahkan dengan cara yang tepat untuk mendapatkan markah isi
hingga ke tahap maksimum.
Carta ini juga memuatkan bimbingan Pintar Berbahasa. Murid-murid disuntik
dengan idea penggunaan bahasa yang betul atau gramatis.

S SESUAI : UNTUK TAHUN 3 & 4

B BAIK : UNTUK TAHUN 5

C CEMERLANG : UNTUK TAHUN 6

KANDUNGAN CARTA
Carta Pintar Bahasa Melayu Penulisan terbahagi kepada dua jenis, iaitu;
1. Karangan Berformat Umum
2. Karangan Berformat Khusus
Karangan Berformat Umum, jenis;
1. Autobiografi - dua karangan contoh
2. Cerita - dua karangan contoh
3. Menyudahkan Cerita - dua karangan contoh
4. Mengakhiri Cerita - dua karangan contoh
5. Gambaran / Cereka - dua karangan contoh
6. Keperihalan / Situasi - dua karangan contoh
7. Fakta - dua karangan contoh
8. Perbincangan - dua karangan contoh
9. Peribahasa - dua karangan contoh
Karangan Berformat khusus, jenis;
1. Surat Kiriman Tidak Rasmi - dua karangan contoh
2. Surat Kiriman Rasm - dua karangan contoh
3. Laporan - dua karangan contoh
4. Berita - dua karangan contoh
5. Catatan - dua karangan contoh
6. Dialog / temu ramah - dua karangan contoh
7. Ucapan - dua karangan contoh
8. Syarahan - dua karangan contoh
9. Perbahasan - dua karangan contoh
Carta Pintar ini dilengkapi dengan tip, kaedah dan sistem pemarkahan karangan
yang sebenar. Carta ini juga turut memuatkan bimbingan terancang kesalahan-
kesalahan umum tatabahasa yang sering dilakukan.

CARTA : PANDUAN GURU I IDEA CEMERLANG CITRA GEMILANG


JENIS DAN ITEM TERANCANG - CARTA PINTAR
BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012

JENIS & ITEM KARANGAN


KARANGAN BERFORMAT UMUM, JENIS;

AUTOBIOGRAFI
1. Tuliskan suatu karangan autobiografi yang bertajuk Aku Sebuah Televisyen.
2. Tuliskan suatu karangan autobiografi yang bertajuk Aku Sebuah Kereta.
CERITA
3. Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas, kamu ternampak seorang
tua terjatuh di atas jalan raya, semua barang yang dibawanya bertaburan. Ceritakan tindakan
yang kamu ambil untuk membantunya.
4. Andaikan kamu dan kawan-kawan kamu sedang berkelah di sebuah hutan lipur. Semasa
berkelah, salah seorang rakan kamu mengalami peristiwa yang hampir meragut nyawanya.
Ceritakan bagaimana peristiwa itu boleh berlaku kepada kawan kamu itu.

MENYUDAHKAN CERITA
5. Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman permainan. Taman ini ...
Mulakan karangan kamu dengan Kawasan perumahan tempat saya tinggal ...
6. Aku sukar untuk melelapkan mata pada malam itu. Perasaan ... Mulakan karangan kamu
dengan Aku sukar untuk melelapkan mata pada malam itu. Perasaan ....

MENGAKHIRI CERITA
7. ... Impian saya tercapai juga akhirnya. Saya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu.
Akhiri karangan kamu dengan Saya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu.
8. ... Hulurkanlah bantuan kepada orang yang dalam kesusahan. Itulah nasihat mereka
kepada saya. Akhiri karangan kamu dengan Itulah nasihat mereka kepada saya.

GAMBARAN / CEREKA
9. Pada hari minggu yang lalu, kamu berpeluang mengikut ibu kamu ke pasar tani. Gambarkan
suasana di pasar tani ketika itu.
10. Kamu dan adik kamu berkunjung ke pameran buku di sebuah bandar. Gambarkan suasana
ketika kamu dan adik kamu berkunjung ke pameran buku tersebut.
KEPERIHALAN / SITUASI
11. Pada cuti persekolahan penggal yang lepas, kamu telah menyertai program gotong-royong
membersihkan kawasan tempat tinggal kamu dan persekitarannya. Ceritakan suasana
semasa program gotong-royong itu berjalan.
12. Kamu telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan Pidato Piala Diraja peringkat
daerah. Ceritakan pengalaman kamu semasa menyertai pertandingan tersebut.

FAKTA
13. Tulis suatu karangan yang bertajuk Pusat Sumber Gedung Ilmu.
14. Berkebun merupakan aktiviti yang berfaedah. Tuliskan faedah-faedah berkebun.

PERBINCANGAN
15. Pusat permainan video yang banyak terdapat hari ini ada kebaikannya dan ada pula
keburukannya. Perkara ini jelas dan mampu mempengaruhi budaya hidup para remaja.
Nyatakan pendapat dan pandangan kamu tentang perkara ini.
16. Bersukan merupakan satu daripada aktiviti riadah yang sesuai dilakukan oleh semua
peringkat umur, tidak kira lelaki mahupun wanita. Bincangkan faedah-faeadah yang boleh
diperoleh daripada aktiviti bersukan.

PERIBAHASA
17. Tuliskan suatu karangan berdasarkan peribahasa Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal
Kemudian Tidak Berguna.
18. Tuliskan suatu karangan berdasarkan peribahasa Di mana Ada Kemahuan, Di situ Ada
Jalan.

CARTA : PANDUAN GURU II IDEA CEMERLANG CITRA GEMILANG

JENIS DAN ITEM TERANCANG - CARTA PINTAR


BAHASA MELAYU PENULISAN : KERTAS 012

JENIS & ITEM KARANGAN

KARANGAN BERFORMAT KHUSUS, JENIS;

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


19. Andaikan bahawa rakan kamu memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang
cerita kanak-kanak di peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.
Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu itu untuk menyampaikan ucapan tahniah kepadanya.
20. Kawan baik kamu telah mengirimkan hadiah kepada kamu sempena hari lahir kamu. Tulis
sepucuk surat untuk menyatakan terima kasih kamu kepadanya.
SURAT KIRIMAN RASMI
21. Kelas kamu menghadapi masalah kerosakan lampu dan kipas angin. Selaku ketua kelas,
kamu dikehendaki menulis surat kepada guru besar untuk memberitahu masalah tersebut.
22. Pasukan lari berganti-ganti sekolah kamu diundang untuk menyertai sukan tahunan di
sebuah sekolah. Sebagai Setiausaha Persatuan Olahraga, tulis sepucuk surat untuk
menyatakan persetujuan menyertai acara tersebut.

LAPORAN
23. Kamu telah terpilih untuk menyertai satu perkhemahan unit beruniform anjuran sekolah
kamu. Tuliskan laporan tentang perkhemahan yang kamu sertai itu.
24. Kamu telah menyertai rombongan sambil belajar, melawat ke sebuah kilang di tempat kamu.
Tuliskan suatu laporan tentang lawatan kamu itu.

BERITA
25. Kamu telah menyaksikan suatu pameran buku di tempat tinggal kamu. Sebagai wartawan
majalah sekolah, kamu ditugaskan menulis satu berita tentang pameran buku tersebut.
26. Sekolah kamu telah memenangi (johan) pertandingan bola sepak peringkat daerah. Kamu
dikehendaki menulis berita tentang pertandingan bola sepak tersebut.

CATATAN / DIARI
27. Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah catatan lengkap tentang
aktiviti sambutan Hari Guru yang dijalankan pada hari tersebut.
28. Sekolah kamu telah dipilih menjadi tuan rumah pertandingan mendeklamasikan sajak
peringkat daerah. Tulislah catatan tentang perjalanan pertandingan mendeklamasikan sajak
tersebut.

DIALOG / TEMU RAMAH


29. Rakan kamu terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya. Kamu menziarahi rakan
kamu itu di hospital dan kamu ingin mengetahui tentang kejadian tersebut. Tuliskan
perbualan kamu dengan rakan kamu itu.
30. Kamu seorang pengarang majalah sekolah dan dikehendaki menemu ramah guru besar
sekolah kamu untuk mendapatkan maklumat tentang program menceriakan kawasan
sekolah. Tuliskan temu ramah kamu dengan guru besar sekolah kamu itu.

UCAPAN
31. Sekolah kamu akan mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia. Selaku ketua murid,
kamu diminta menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Tuliskan ucapan kamu itu
selengkapnya.
32. Guru kelas kamu akan bertukar ke sekolah lain. Sebagai ketua kelas, kamu diminta memberi
ucapan dalam majlis perpisahan tersebut. Tuliskan ucapan kamu itu selengkapnya.
SYARAHAN
33. Kamu telah terpilih memasuki pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan yang
diberi ialah Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan. Tulislah teks syarahan kamu itu
selengkapnya.

CARTA : PANDUAN GURU III IDEA CEMERLANG CITRA GEMILANG

SYARAHAN
34. Kamu akan menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa
Melayu di sekolah kamu. Tajuk syarahan kamu itu ialah Hidup Sepakat Membawa Berkat.
Tulislah teks syarahan kamu itu selengkapnya.

PERBAHASAN
35. Kamu telah dipilih memasuki pertandingan perbahasan peringkat kelompok. Sebagai pihak
pencadang, kamu dikehendaki menyokong tajuk perbahasan Peranan Ibu Bapa Lebih
Penting daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin Murid. Tuliskan hujah-hujah
kamu selengkapnya.
36. Kamu telah dipilih mewakili daerah dalam pertandingan perbahasan. Sebagai pencadang
yang pertama, kamu dikehendaki memberi hujah-hujah berdasarkan tajuk Kemajuan Sains
Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan. Tuliskan teks perbahasan kamu itu
selengkapnya.

PANDUAN PENANDAAN & PEMBERIAN MARKAH


BAHASA MELAYU PENULISAN : 012/1

1. Bagi Soalan Karangan Yang Berformat


Jika tidak mengikut format, 2 - 3 markah dipotong daripada markah yang diperoleh.

2. Langkah-Langkah Memeriksa Soalan 1 dan Soalan 2


Markah bagi Soalan 1 dan Soalan 2 akan dijumlahkan. Jika jumlah tersebut dalam
angka pecahan, markah tersebut akan dijadikan angka bulat.

3. PANDUAN PENANDAAN
MARKAH
ISI KARANGAN
Isi karangan merupakan pernyataan yang berkaitan tajuk atau
tugasan karangan. Cara pemberian markah untuk isi (bergantung 3
kepada jenis karangan).
ISI / IDEA
1 pernyataan ringkas tentang isi : 1 markah KETERANGAN
HURAIAN
1 pernyataan dan keterangan ringkas tentang isi : 2 markah
1 pernyataan dan huraian lanjut tentang isi : 3 markah
2
* Jumlah markah bagi isi karangan : 10 markah
ISI / IDEA
Perbendaharaan Kata (Kosa Kata) KETERANGAN

Dinilai secara keseluruhan (pencapaian minimum, 1 markah).


Menggunakan kata-kata yang baik, menarik dan sesuai.
SKEMA
Menggunakan melebihi 4 perkataan : 3 markah
Menggunakan antara 2 dan 3 perkataan : 2 markah
Menggunakan kurang daripada 2 perkataan : 1 markah IK - 10
PK - 03
Struktur Ayat @ Susunan Ayat SA - 03
PI - 03
TB - 03
SE - 03
Dinilai berdasarkan skala berikut: (pencapaian minima, 1 markah).
Baik : 1 hingga 2 kesalahan : 3 markah
Sederhana : 3 hingga 5 kesalahan : 2 markah
Lemah : lebih daripa 6 kesalahan : 1 markah

CARTA : PANDUAN GURU IV IDEA CEMERLANG CITRA GEMILANG

Penggunaan Imbuhan
markah dipotong bagi setiap kesalahan yang berikut:
Imbuhan yang salah digunakan.
Sepatutnya ada imbuhan tetapi tidak digunakan.

Penggunaan Tanda Baca


markah dipotong bagi setiap kesalahan. Dinilai dengan mengesan kesalahan
berikut:
Koma.
Noktah.
Penggunaan huruf besar.
Penggunaan huruf kecil.

Penggunaan Ejaan
markah dipotong bagi setiap kesalahan.
Dinilai dengan melihat semua jenis kesalahan ejaan.

4. Karangan Yang Terpesong Langsung


Markah maksimumnya 5 sahaja.

PROSES MENULIS KARANGAN BERKESAN


(TEKNIK MENCETUSKAN IDEA)

1 Memilih soalan/tajuk yang tepat 1

2 Menulis mengikut format yang betul 2

3 Mencari kunci soalan/tajuk 3

4 Menyediakan suntikan idea 4

5 Menyusun suntikan idea 5

6 Membina perenggan-perenggan 6

7 Membangunkan idea/isi 7

8 Mengembangkan hasil karya/isi 8

9 Huraian idea/isi yang padat 9

10 Urutan idea/isi yang menarik 10


11 Kesimpulan yang rasional 11

12 Menyunting dan menyemak karangan 12

CARTA : PANDUAN GURU V IDEA CEMERLANG CITRA GEMILANG

PERSEMBAHAN IDEA YANG BERNAS


(KARANGAN BERFORMAT KHUSUS DAN UMUM)

Pendahuluan yang berkesan


Pengenalan isi yang kreatif

Isi yang teratur

Mengembangkan isi mengikut perenggan

Huraian isi yang padat

Memberikan contoh yang tepat

Kesinambungan isi yang menarik

Kesimpulan yang bernas


Penutup yang rasional

CIRI-CIRI PENGGUNAAN ASPEK BAHASA YANG BERKESAN


(MEMBANGUNKAN IDEA MEMBENTUK ISI YANG BERNAS)

Bahasa
(Tatabahasa)

Perbendaharaan Kata
(Pemilihan Kata)

Gaya Bahasa
(Gramatis)

Penggunaan Imbuhan

Tanda Baca

Sistem Ejaan

SKEMA PEMARKAHAN
IK - 10
PK - 03
SA - 03
PI - 03
TB - 03
SE - 03
IK : Isi Karangan - 10 markah
PK : Perbendaharaan Kata - 3 markah
SA : Struktur Ayat - 3 markah
PI : Penggunaan Imbuhan - 3 markah
TB : Tanda Baca - 3 markah
SE : Sistem Ejaan - 3 markah

CARTA : PANDUAN GURU VI IDEA CEMERLANG CITRA GEMILANG

KELEMAHAN CALON SEMASA MENULIS KARANGAN


(KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN)

Tidak memahami kehendak soalan/tajuk yang dipilih

Menulis karangan tidak mengikut format yang tepat

Suntikan idea atau lakaran minda tidak berkesan

Pendahuluan/Pengenalan isi yang tidak menarik

Perkembangan idea/isi terbatas atau terbantut

Ketandusan isi (idea yang tergelincir daripada tajuk)

Isi/Idea/Perkara yang sama diceritakan semula

Penutup/Kesimpulan; kurang menyelitkan idea bernas

Kesalahan Bahasa Yang Sering Dilakukan


Perbendaharaan kata
Susunan ayat gramatis
Tanda baca

PANDUAN MENGIRA PERKATAAN

Perkataan-perkataan yang dikira sebagai satu patah perkataan ialah:


1. Kata dasar tunggal dan kata dasar berimbuhan.
2. Kata nama am.
3. Kata nama khas.
4. Kata depan (contohnya; di-, dan ke-).
5. Peribahasa (simpulan bahasa, kiasan, bidalan, ungkapan, perumpamaan dan kata hikmat) .
6. Alamat pengirim, alamat penerima, tandatangan, tarikh, nombor telefon, jawatan dan
nama penuh.

SKEMA DAN PERINCIAN PEMARKAHAN KARANGAN

KEMAHIRAN HURAIAN
Isi Karangan Menyatakan isi-isi berdasarkan tajuk mengikut lojik.
Perbendaharaan Kata Menyatukan dan mengembangkan isi dengan baik.
Susunan Ayat Menyatakan isi dengan betul, stuktur ayatnya menarik.
Penggunaan Imbuhan Menggunakan pelbagai imbuhan di dalam ayat.
Tanda Baca Boleh menggunakan tanda baca dengan betul.
Sistem Ejaan Sifar kesalahan ejaan di dalam ayat atau karya.

CARTA : PANDUAN GURU VII IDEA CEMERLANG CITRA GEMILANG

Anda mungkin juga menyukai