Anda di halaman 1dari 49

PENGUJIAN DAN PENILAIAN BAHASA MELAYU

Rujukan: Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 1 Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4

PROJEK YANG DICADANGKAN UNTUK BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 1

UNIT 1 DIRI SAYA

SUBTAJUK :

1. Kenali Saya 2. Kenalan Baharu 3. Kenali Keluarga Saya

CATATAN : Dalam unit ini, cuma subtajuk (1) : Kenali Saya dan subtajuk (3) : Kenali Keluarga saya sahaja terdapat cadangan.

Subtajuk (1) : Kenali Saya


OBJEKTIF: 1. Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan baik. 2. Pelajar dapat menghasilkan projek ini dengan kreatif dan tersusun. 3. Pelajar dapat menyusun jadual mereka sendiri. 4. Pelajar dapat meningkatkan penggunaan bahasa baku. PROJEK YANG DICADANGKAN Poster jadual (individu) BAHAN YANG DIPERLUKAN Kad manila Gambar pelajar Gam Benang wool CARA MEMBUAT DAN PERLAKSANAAN Poster jadual hendaklah diisi dengan gambar pelajar, butir peribadi pelajar dan paling penting adalah jadual harian pelajar seperti waktu makan, waktu sembahyang, waktu membuat kerja rumah dan sebagainya. Pelajar hendaklah mengikut jadual harian yang mereka buat untuk mendisiplinkan diri. Poster jadual ini akan dibentangkan oleh pelajar sendiri setelah tamat tempoh. PENYERAPAN NILAI DAN ILMU Penyerapan nilai: Menghormati masa. Sentiasa berdisiplin. ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN Kata nama khas Kata nama am Kata kerja Penyerapan ilmu: Ilmu sivik CATATAN

Ibu bapa digalakkan membantu pelajar untuk mengikuti dan mengingati pelajar untuk menjalani aktiviti jadual yang terdapat dalam poster jadual.

Subtajuk (3) : Kenali Keluarga Saya


OBJEKTIF : 1. Pelajar dapat mengenali ahli keluarga dengan lebih dekat. 2. Mengajar pelajar untuk menghormati orang yang lebih tua. 3. Pelajar dapat menghasilkan kad gantung dengan cantik dan kreatif. 4. Pelajar dapat membezakan butir-butir dengan baik seperti nama, umur, pekerjaan dan pangkat. PROJEK YANG DICADANGKAN Kad gantung (individu) BAHAN YANG DIPERLUKAN Kertas berwarna berukuran A5 Gambar individu setiap ahli keluarga Benang wool Gam Pensil warna Gunting CARA MEMBUAT DN PERLAKSANAAN Pelajar dikehendaki melekatkan gambar individu setiap ahli keluarga di kertas warna A5. Misalnya, gambar ayah dilekatkan pada sekeping kertas warna A5. Kemudian tuliskan nama, umur, pangkat dan pekerjaan setiap ahli keluarga pelajar dengan lengkap. Gambar yang sudah dilekatkan akan diikat. Hasil kerja ini akan digantung dibelakang kelas untuk tatapan pelajar lain untuk mengenali keluarga rakan lain. PENYERAPAN NILAI DAN ILMU Penyerapan nilai : -Sayangi keluarga. -Menghormati orang tua. ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN Kata nama khas Kata nama am Kata ganti diri CATATAN

Penyerapan ilmu : -Ilmu sivik -Ilmu social studies

Ibu bapa atau penjaga pelajar digalakkan membantu menghasilkan projek ini tetapi tidak 100% dibantu. Ibu bapa atau penjaga boleh membantu mengunting kertas kerana bahaya untuk kanakkanak.

UNIT 2 KENALAN SAYA

SUBTAJUK : 1. Kenali Rakan Saya 2. Mereka Kawan Saya 3. Ke Rumah Kawan

CATATAN : Dalam unit 2, saya mencadangkan projek secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, cadangan projek tidak terkeluar daripada tajuk besar : Kenalan Saya.

OBJEKTIF : 1. Pelajar dapat menghasilkan bahan maujud dengan kreatif dan kemas. 2. Pelajar dapat mengenali rakan dengan lebih dekat. 3. Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan baik. PROJEK YANG DICADANGKAN Rantai beg (individu) BAHAN YANG DIPERLUKAN Kad manila digunting bersaiz 5x5 sm Gambar kenalan atau rakan pelajar berukuran paspot. Benang wool Gam Gunting Pensel warna Laminating CARA MEMBUAT DAN PERLAKSANAAN Pelajar dikehendaki menyediakan kad manila berukuran 5x5sm. Kemudian gambar kenalan atau rakan dilekatkan pada kad manila tadi. Di muka sebelah kad manila pula hendaklah ditulis butir peribadi rakan tadi seperti nama, umur, tarikh lahir dan hobi. Selepas itu, kad manila tadi diberi benang di tengahtengahnya selepas ditebuk, dan dilaminate untuk dijadikan sebagai rantai beg sekolah mereka. PENYERAPAN NILAI DAN ILMU Penyerapan nilai : -Sayang menyayangi sesama rakan. ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN Kata nama khas Kata nama am Kata kerja Penyerapan Ilmu : -Ilmu sivik -Ilmu social studies CATATAN

Ibu bapa/penjaga atau ahli keluarga yang lebih tua digalakkan menolong pelajar membuat projek ini seperti menggunting kad manila atau menolong mengisi butir-butir peribadi rakan di kad manila. Pelajar boleh menghias rantai beg mereka mengikut kretiviti pelajar. Pembentangan diperlukan bagi setiap pelajar setelah menyiapkan projek ini.

UNIT 3 CERITA TELADAN


SUBTAJUK : 1. Pesanan Datuk 2. Taman Permainan 3. Cerita Datuk

CATATAN : Dalam unit ini hanya terdapat 2 cadangan iaitu cadangan subtajuk (1) : Pesanan Datuk dan subtajuk (2) : Cerita Datuk.

Subtajuk (1) : Pesanan Datuk


OBJEKTIF : 1. Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan baik. 2. Pelajar dapat menulis ayat-ayat nasihat dalam bahasa baku.
PROJEK YANG DICADANGKAN Penanda buku atau bookmark. (Individu) BAHAN YANG DIPERLUKAN Kad manila digunting berukuran 12x4 sm Pensil warna. Gunting CARA MEMBUAT DAN PERLAKSANAAN Pelajar diminta mencari satu nasihat positif yang berguna daripada datuk atau nenek atau orang-orang tua. Kemudian tuliskan nasihat itu di kad manila berukuran 12x4 sm di sebelah menyebelah. Selepas itu, pelajar diminta membentangkan hasil kerja mereka setelah siap dan dijadikan penanda buku. PENYERAPAN NILAI DAN ILMU Penyerapan nilai: ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN Kata larangan CATATAN

-Hormat menghormati orang tua. -Mengeratkan silaturrahim.


Penyerapan Ilmu :

Kata sendi nama


Kata tanya

-Ilmu sivik. -Ilmu agama

Ibu bapa atau penjaga digalakkan untuk menolong mengunting dan memeriksa nasihat yang didapati kerana ditakuti nasihat berunsur negatif. Ibu bapa juga boleh menolong pelajar mencarikan satu nasihat yang sangat berguna di dunia dan di akhirat.

Subtajuk (3) : Cerita Datuk


OBJEKTIF : 1. Pelajar dapat mengenal pasti pelbagai jenis gaya bahasa. 2. Pelajar dapat membezakan antara jenis gaya bahasa yang didapati daripada cerita datuk. 3. Pelajar dapat menulis satu ayat pendek dalam bahasa Melayu baku.
PROJEK YANG DICADANGKAN
Buku koleksi cerita datuk. (Individu)

BAHAN YANG DIPERLUKAN


5 keping Kertas berlainan warna berukuran A5. Stapler Water colour

CARA MEMBUAT DAN PERLAKSANAAN


Pelajar dikehendaki menyediakan 5 keping kertas warna berukuran A5 yang berlainan warna untuk disatukan. Misalnya, 5 keping warna kuning disatukan dengan menggunakan stapler supaya menjadi sebuah buku. Kemudian, pelajar diminta mengumpul cerita-cerita datuk dan ditulis ke dalam buku tadi mengikut jenis gaya bahasa yang diceritakan.

PENYERAPAN NILAI DAN ILMU


Penyerapan nilai : -Menghargai cerita orang-orang tua. -Menyayangi dan menghormati orang yang lebih tua. Penyerapan ilmu : -Ilmu sejarah -Ilmu sastera

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN


Kata kerja Fahaman

CATATAN

Ibu bapa atau penjaga digalakkan menolong pelajar untuk mengumpul cerita daripada datuk ini. Ibu bapa juga perlu mengawasi ayat dan jenis gaya bahasa yang ditulis oleh pelajar.

Pelajar tidak dipaksa untuk menulis cerita datuk seperti sebuah karangan. Memadai satu ke dua ayat. Misalnya, datuknya bercerita tentang sejarah peperangan dunia ke-2. Oleh yang demikian, gaya bahasanya ialah sejarah. Pelajar menulis tajuk besar sebagai Sejarah dan memadailah menulis peristiwa penting sahaja seperti 1. Banyak manusia terkorban. 2. Tentera Jepun datang ke Brunei. Ini sudah mencukupi bagi pelajar tahun 1. Setelah tamat tempoh, pelajar membentangkan cerita datuk mereka. Pelajar digalakkan untuk mengumpul cerita datuk mereka walaupun setelah tamat tempoh projek supaya menjadi koleksi cerita datuk yang berlainan jenis gaya bahasanya.

UNIT 4 HAIWAN

SUBTAJUK : 1. Tempat Tinggal Haiwan 2. Di Zoo 3. Lawatan ke Sabah

CATATAN : Dalam unit 4, cuma terdapat 1 cadangan iaitu bagi subtajuk 1 : Tempat tinggal haiwan.

OBJEKTIF : 1. Pelajar dapat menghasilkan model tempat tinggal haiwan secara kreatif. 2. Pelajar dapat menyesuaikan tempat tinggal haiwan dengan haiwannya. 3. Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan baik.
PROJEK YANG DICADANGKAN Model tempat tinggal haiwan yang disukai. (Individu) BAHAN YANG DIPERLUKAN Polyform Kad manila Kertas warna Tanah liat Cucuk sate Stik aiskrim Benang wool Gam Gunting CARA MEMBUAT DAN PERLAKSANAAN Pelajar diarahkan untuk membuat salah satu model ringkas tempat tinggal haiwan yang disukai. Misalnya, pelajar menyukai haiwan kuda. Pelajar perlu membuat kandang kuda beserta dengan rumahnya sekali. Ukuran model terpulang kepada kreativiti pelajar. Kemudian setelah tamat tempoh projek, pelajar perlu membentangkan hasil kerja mereka dan dipamerkan. PENYERAPAN NILAI DAN ILMU Penyerapan nilai: -Memupuk sikap menyayangi haiwan. - Memupuk untuk tidak menyakiti haiwan. Penyerapan ilmu : -Ilmu sains -Ilmu seni bina ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN Kata nama khas Kata nama am Penjodoh bilangan CATATAN

Kata kerja
Imbuhan

Penglibatan ibu bapa atau penjaga amat digalakkan kerana untuk menolong pelajar membuat model ini supaya model imaginasi mereka tercapai. Ibu bapa atau penjaga boleh menolong pelajar memotong polyform.

UNIT 5 HAIWAN TERNAKAN

SUBTAJUK : 1. Ternakan Datuk Saya 2. Apakah Makanan Haiwan? 3. Cuba Teka

CATATAN : Dalam unit ini, saya tidak mencadangkan projek bagi setiap subtajuk, tetapi saya mencadangkan projek bagi keseluruhan unit 5.

OBJEKTIF : 1. Menambah kosa kata pelajar. 2. Pelajar dapat melabelkan nama bahagian badan binatang dengan betul. 3. Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan baik.
PROJEK YANG DICADANGKAN BAHAN YANG DIPERLUKAN CARA MEMBUAT DAN PERLAKSANAAN PENYERAPAN NILAI DAN ILMU ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN CATATAN

Poster Informasi bagi seekor haiwan ternakan yang disukai. (Individu)

Strawboard 1 Gambar atau lukisan haiwan yang disukai. Kad manila Kertas warna Pensel warna Magic pen Gam Gunting

Pelajar diminta memilih seekor haiwan ternakan yang digemari oleh pelajar. Cari gambar haiwan tersebut atau lukiskan haiwan tersebut sebesar kertas A4. Gunting gambar haiwan mengikut bentuk badannya dan lekatkan di strawboard. Setelah itu labelkan setiap bahagian badan haiwan itu. Misalnya, ikan diberi label sirip, insang, mata, sisik dan sebagainya. Setelah siap dibentangkan dan akan dipamerkan di dalam kelas.

Penyerapan nilai:
-Menghargai haiwan ternakan. - Menyayangi haiwan. Penyerapan ilmu:

Kata nama khas


Kata nama am Kata kerja Imbuhan

Kosa kata
-Ilmu sains -Ilmu seni lukis

Ibu bapa atau penjaga digalakkan melibatkan diri untuk menolong pelajar membetulkan ejaan atau memeriksa label nama bahagian badan haiwan.
Poster informasi ini akan dipamerkan di dalam kelas dan digantung untuk menambah pengetahuan pelajar.

UNIT 6 HAIWAN PELIHARAAN

SUBTAJUK :

1. Kasihan Si Tompok 2. Kucingku 3. Haiwan yang Cekap

CATATAN : Dalam unit ini juga saya memberi cadangan projek tidak mengikut subtajuk tetapi cadangan bagi keseluruhan unit 6. Walau bagaimanapun, cadangan projek mengikut skop tajuk unit 6 iaitu Haiwan Peliharaan.

OBJEKTIF : 1. Pelajar dapat menghasilkan buku skrap dengan baik dan kreatif. 2. Pelajar dapat menggunakan ayat yang gramatis dan bahasa baku. 3. Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan baik.
PROJEK YANG DICADANGKAN Buku skrap haiwan peliharaan. (Individu) BAHAN YANG DIPERLUKAN Kertas warna A5 (dijadikan buku) Pensil warna 3 Gambar haiwan peliharaan yang dipilih Gam Stapler Benang wool Printing PERLAKSANAAN PENYERAPAN NILAI DAN ILMU Penyerapan nilai : -Nilai menyayangi haiwan. -Menghargai haiwan dan tidak menyakitinya. ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN Kata kerja Kata sifat Antonim Sinonim Karangan Penyerapan ilmu : Fahaman -Ilmu sains -Ilmu teknologi CATATAN

Guru mengarahkan pelajar untuk memilih 3 jenis binatang peliharaan untuk dilekatkan ke dalam kertas warna A5 yang dijadikan buku. Di dalam buku skrap itu, pelajar perlu mengisi informasi tentang 3 jenis haiwan peliharaan yang dipilih dan ditaip. Informasi boleh didapati dalam internet atau daripada pengetahuan ibu bapa atau penjaga pelajar sendiri. Setelah tamat tempoh, pelajar perlu membentangkan hasil kerja mereka.

Ibu bapa atau penjaga atau kakak dan abang pelajar boleh menolong pelajar mencarikan informasi tentang haiwan peliharaan dalam internet, dan menolong menaip menggunakan komputer. Buku skrap ini setelah tamat tempoh menghantar akan dibentangkan oleh pelajar sendiri. Jika ada pameran diadakan di sekolah hasil kerja mereka akan dipamerkan.

UNIT 7 KEBERSIHAN

SUBTAJUK :

1. Utamakan Kebersihan 2. Udara Bersih 3. Udara Kotor

CATATAN : Dalam unit ini juga hanya terdapat satu cadangan secara keseluruhan dan tidak mengikut subtajuk yang terdapat dalam unit 7. Projek yang dicadangkan tidak lari daripada skop tajuk unit 7 : Kebersihan.

OBJEKTIF : 1. Pelajar dapat membentangkan hasil kerja dengan baik. 2. Pelajar dapat mengenal pasti tempat-tempat yang bersih dan tidak bersih. 3. Pelajar dapat menyatakan kebaikan kebersihan di suatu tempat dengan betul dan tepat.
PROJEK YANG DICADANGKAN Kalendar kebersihan. (Individu) BAHAN YANG DIPERLUKAN Kalendar lama Gambar-gambar tempat yang bersih. Gam Printing CARA MEMBUAT DAN PERLAKSANAAN Guru mengarahkan pelajar untuk membuat satu koleksi gambar-gambar tempat yang bersih seperti tandas, bilik tidur, restoran, gerai makan, dapur dan sebagainya. Pelajar boleh mengumpul gambar sebanyak yang mungkin dan dilekatkan dalam kalendar lama. Di muka sebelahnya hendaklah dinyatakan sedikit informasi tentang tempat yang bersih itu dan yang penting nyatakan kebaikan menjaga kebersihan tempat dalam gambar itu dan ditaip isinya. PENYERAPAN NILAI DAN ILMU Penyerapan nilai : -Nilai sentiasa menjaga kebersihan. -Menjaga kebersihan sekeliling. ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN Kata sifat Kata arah Kata sendi Karangan Fahaman Penyerapan Ilmu : -Ilmu geografi -Ilmu sivik -Ilmu teknologi CATATAN

Ibu bapa atau penjaga perlu menolong pelajar menggunakan komputer dan menyemak informasi dan isi yang ditulis supaya tidak terkeluar daripada tajuk yang diberikan oleh guru. Selain itu, ibu bapa atau penjaga juga digalakkan untuk menolong pelajar mencari gambar atau mengambar ditempat yang dicadangkan oleh pelajar sendiri. Hasil kerja akan dibentangkan dan dipamerkan.

UNIT 8 KEMUDAHAN AWAM

SUBTAJUK : 1. Jangan Rosakkan Telefon 2. Mari Kita Fikirkan 3. Nasihat Nenek

CATATAN : Dalam unit 8 ini cuma terdapat satu cadangan projek sahaja mewakili semua subtajuk yang terkandung dalam unit 8. Cadangan projek tidak terkeluar daripada skop tajuk : Kemudahan Awam.

OBJEKTIF : 1. Pelajar dapat mengenal pasti kemudahan-kemudahan awam yang disediakan. 2. Pelajar dapat melukis poster dangan baik dan cantik. 3. Pelajar dapat membina satu ayat larangan yang baik dan betul.
PROJEK YANG DICADANGKAN Poster larangan merosakkan kemudahan awam. BAHAN YANG DIPERLUKAN Kad manila sederhana besar Pensil warna Magic pen CARA MEMBUAT DAN PERLAKSANAAN Pelajar diarahkan untuk mencipta satu poster larangan merosakkan kemudahan awam seperti telefon, tandas, paip dan sebagainya. Pelajar diminta melukis satu kemudahan awam dan membina satu ayat larangan merosakkan kemudahan awam yang dilukis. Misalnya, pelajar memilih telefon awam. Jadi, pelajar hendaklah melukis telefon dan bina satu ayat larangan untuk tidak merosakkan telefon itu. Ukuran poster tidak kecil daripada saiz A4. PENYERAPAN NILAI DAN ILMU Penyerapan nilai : -Sentiasa menghargai harta kerajaan. -Menanamkan sikap tidak pemugut. Penyerapan ilmu : -Ilmu seni lukis -Ilmu sivik ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN Kata nama am Kata kerja CATATAN

Ibu bapa atau penjaga digalakkan menolong pelajar untuk melukis poster mereka kerana berkemungkinan ada pelajar yang kurang mahir dalam lukisan. Walau bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga janganlah melukiskan poster itu 100%. Galakkan pelajar melukis sendiri untuk melatih pelajar. Poster pelajar akan dipamerkan dan digantung dalam kelas.

UNIT 9 SAYANGI ALAM SEKITAR

SUBTAJUK : 1. Taman Muhibah 2. Negara Brunei Darussalam 3. Sama Tetapi Tidak Serupa

CATATAN : Dalam unit ini, hanya terdapat satu cadangan sahaja bagi mewakili subtajuksubtajuk dalam unit 9. Cadangan projek tidak terkeluar daripada skop tajuk unit 9 : Sayangi Alam Sekitar.

OBJEKTIF : 1. Melatih pelajar untuk menjaga alam sekitar. 2. Melatih peajar untuk mengitar semula sampah-sampah yang dapat dikitar semula. 3. Melatih pelajar mengurangkan penggunaan beg plastik ketika membeli belah. 4. Pelajar dapat menghasilkan projek mereka dengan kreatif.
PROJEK YANG DICADANGKAN 1. Satu Kotak sampah kitar semula 2. Beg kitar semula. (Individu) BAHAN YANG DIPERLUKAN Sebuah kotak sederhana besar Satu beg cotton/kertas sederhana besar Polyform Kertas A4 Botol Tin kosong Kertas warna Pensil warna Gam Gunting CARA MEMBUAT DAN PERLAKSANAAN Pelajar diminta mengubah suai satu sahaja kotak sampah dan mereka sendiri memilih sama ada kotak sampah untuk botol, tin atau kertas, tetapi setiap pelajar dimestikan mencipta atau mengubah suai satu beg cotton /kertas dengan membubuh ayat atau frasa yang bersesuaian dengan tajuk, begitu juga dengan kotak sampah. Kotak sampah akan disimpan dalam kelas dan dijadikan kotak sampah peribadi mereka. Beg pula digunakan ketika mereka membeli makanan di kantin sekolah ataupun luar sekolah. PENYERAPAN NILAI DAN ILMU Penyerapan nilai : -Menanamkan sikap menyayangi alam sekitar. -Menanamkan sikap cintakan negara. - Menanamkan sikap pembersih. ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN Kata adjektif Kata nama am Kosa kata CATATAN

Penyerapan ilmu : -Ilmu geografi -Ilmu reka bentuk

Seperti biasa ibu bapa atau penjaga digalakkan menolong pelajar untuk menghasilkan projek ini seperti memotong, menghias dan memeriksa ayat atau frasa yang dicadangkan oleh pelajar bagi kotak dan beg mereka. Hasil kerja mereka akan dibentangkan oleh pelajar sendiri dan akan dipamerkan.

UNIT 10 CUACA

SUBTAJUK : 1. 2. 3. 4. Lebatnya Hujan. Banjir Berhati-hati Cuaca Hari Ini

CATATAN : Dalam unit ini, saya memberikan dua cadangan projek bahan maujud bagi unit ini, iaitu subtajuk (3) : Berhati-hati dan subtajuk (4) : Cuaca Hari Ini.

Subtajuk (3) : Berhati-hati


OBJEKTIF : 1. Melatih pelajar membina satu ayat gramatis dan bahasa baku. 2. Pelajar dapat menghasilkan bahan maujud dengan baik dan kreatif.
PROJEK YANG DICADANGKAN Dua pengantung kunci atau key chain. (Individu) BAHAN YANG DIPERLUKAN Kad manila berukuran 6x4 sm Kertas warna Magic pen Benang wool Laminating CARA MEMBUAT DAN PERLAKSANAAN Guru mengarahkan pelajar untuk mencipta 2 buah pengantung kunci. Pengantung kunci itu berukuran 6x4sm daripada kad manila. Pelajar perlu menulis satu ayat amaran contohnya, Hari hujan, pandu perlahan-lahan, dan ditulis ke atas satu pengantung kunci disebelah menyebelah. Bina satu ayat berlainan lagi untuk sebuah pengantung kunci yang lain. Tebuk diatas tengah-tengah pengantung kunci untuk tali dan dilaminate. Pelajar boleh menggantungkan pada kunci kereta, kunci rumah dan sebagainya setelah pelajar selesai membentangkan hasil kerja mereka. PENYERAPAN NILAI DAN ILMU Penyerapan nilai : -Sentiasa berhatihati sebelum terjadi sesuatu yang buruk. -Menjaga keselamatan diri. ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN Kata adjektif Kata kerja Antonim CATATAN

Penyerapan ilmu : -Ilmu geografi -Ilmu matematik

Ibu bapa atau penjaga digalakkan membantu pelajar untuk memeriksa ayat yang dipilih. Selain itu, ibu bapa atau penjaga perlulah menghargai hasil kerja pelajar dengan menggantungkannya pada kunci kereta atau kunci rumah. Bahan maujud ini boleh dihias mengikut kretiviti pelajar.

Subtajuk (4) : Cuaca Hari Ini


OBJEKTIF : 1. Mengenalkan pelajar kepada beberapa jenis cuaca di Brunei Darussalam. 2. Pelajar dapat menghasilkan bahan maujud dengan cantik, kreatif dan tahan lama.
PROJEK YANG DICADANGKAN Jam cuaca. (Individu) BAHAN YANG DIPERLUKAN Kad manila Strawboard Kertas warna Pensil warna Benang wool Gam Gunting CARA MEMBUAT DAN PERLAKSANAAN Pelajar hendaklah membuat satu bahan seperti jam, tetapi tiada bernombor. Nombor digantikan dengan 4 jenis gambar cuaca asas seperti hujan, berawan, panas dan mendung. Keempat-empat jenis cuaca ini hendaklah diletakkan disudut utara, timur, selatan dan barat jam yang dibuat. Ditengah-tengah jam cuaca diletakkan satu jarum jam. PENYERAPAN NILAI DAN ILMU Penyerapan nilai : -Menanamkan sikap prihatin dan peka. ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN Kata adjektif Imbuhan Kata hubung CATATAN

Penyerapan ilmu : - Ilmu geografi

Ibu bapa atau penjaga digalakkan menolong pelajar untuk membuat jam cuaca ini. Selain itu, ibu bapa atau penjaga juga harus memeriksa dan turut serta memeriksa jadual cuaca pelajar.

Di bawah jam cuaca hendaklah ada ruang jadual bagi pelajar menulis haribulan, waktu dan cuaca. Contohnya, Tarikh : 14/03/09. Waktu : 7.32 malam. Cuaca : Hujan. Jadual hendaklah diisi mengikut tempoh yang ditetapkan oleh guru. Misalnya dari 14/03/09 hingga 21/03/09. Jarum jam yang ditengah-tengah berfungsi sebagai penunjuk cuaca. Contohnya, pusing jarum jam pada cuaca hujan jika hari hujan. Bahan ini hendaklah dibentangkan oleh pelajar setelah tamat tempoh untuk mengisi jadual. Ini bukan saja boleh menghasilkan bahan maujud tetapi juga boleh dijadikan sebagai kajian untuk pelajar mengenai cuaca.

UNIT 11 KEGIATAN MASA LAPANG

SUBTAJUK : 1. Hargai Masa 2. Layang-layang Terbang Tinggi 3. Permainan Tradisional

CATATAN : Dalam unit ini, saya memberikan satu cadangan saja daripada subtajuk (3) : Permainan Tradisional.

OBJEKTIF : 1. Pelajar dapat mengenali jenis-jenis permainan tradisional Brunei. 2. Pelajar dapat membuat kad informasi dengan betul dan kreatif. 3. Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan baik.
PROJEK YANG DICADANGKAN Kad informasi. (Individu) BAHAN YANG DIPERLUKAN Kad manila berukuran poskad Pensil warna CARA MEMBUAT DAN PERLAKSANAAN Pelajar diminta mengunting kad manila berukuran poskad . Di muka pertama pelajar diminta melukis salah satu permainan tradisional Brunei dan terpulang kepada pelajar untuk memilih permainan tradisional yang mereka gemari. Di muka kedua pelajar menulis serba sedikit mengenai permainan tradisional yang dilukis tadi. Kad ini akan dibentangkan dan dipamerkan dalam kelas. PENYERAPAN NILAI DAN ILMU Penyerapan nilai : -Menghargai permainan tradisional. ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN Kata nama khas Kata nama am Kata kerja CATATAN

Ibu bapa atau penjaga bolehlah menolong pelajar melukiskan permainan tradisional yang digemari pelajar.

Penyerapan ilmu :
-Ilmu seni lukis

UNIT 12 PELANCONGAN

SUBTAJUK : 1. Makan Angin 2. Dewan Ketibaan 3. Ceritakan

CATATAN : Dalam unit ini pula, saya hanya memberikan satu cadangan bagi mewakili keseluruhan unit 12. Unit ini bertajuk pelancongan tetapi saya akan jadikan Brunei Darussalam sebagai destinasi pelancongan untuk cadangan bahan ini.

OBJEKTIF : 1. Pelajar dapat menghasilkan risalah yang padat dengan informasi. 2. Pelajar dapat membina ayat yang gramatis dan dalam bahasa baku. 3. Pelajar dapat menyatakan dengan betul mengenai Brunei Darussalam.
PROJEK YANG DICADANGKAN Risalah / Brosur (individu) BAHAN YANG DIPERLUKAN Kertas warna A4 Gambar Printing CARA MEMBUAT DAN PERLAKSANAAN Pelajar diminta membuat satu risalah mengenai Negara Brunei Darussalam. Risalah itu mestilah mengandungi informasi seperti penduduknya, falsafahnya, sejarahnya, bangsanya, agamanya dan sebagainya. Tidak lupa juga selitkan salah satu tempat yang menarik menjadi tarikan pelancong. Risalah ini hendaklah ditaip , dan akan dibentangkan dan akan dipamerkan di dalam kelas. PENYERAPAN NILAI DAN ILMU Penyerapan nilai : -Menanamkan sikap cintakan negara. -Menghargai keindahan Brunei Darussalam. ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN Karangan Fahaman Kata adjektif CATATAN

Penyerapan ilmu : -Ilmu geografi -Ilmu teknologi

Ibu bapa atau penjaga haruslah menolong pelajar mencari maklumat tentang Brunei yang terkini di internet, akhbar atau majalah. Juga, harus diajar cara membuat risalah dengan menggunakan komputer.

UNIT 13 KENDERAAN

SUBTAJUK : 1. Kenderaan Dahulu 2. Kenderaan Kini

CATATAN : Dalam unit ini, saya memberikan satu cadangan dan tidak mengikut subtajuksubtajuk unit 13. Saya memberikan cadangan projek bagi keseluruhan unit 13 dan masih mengikut skop tajuk unit 13 : Kenderaan.

OBJEKTIF : 1. Pelajar dapat membuat gambaran mengenai kenderaan 2100. 2. Pelajar dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan teratur dan baik.
PROJEK YANG DICADANGKAN BAHAN YANG DIPERLUKAN CARA MEMBUAT DAN PERLAKSANAAN PENYERAPAN NILAI DAN ILMU ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN CATATAN

Poster kenderaan pada tahun 2100. (Individu)

Kad manila Pensil warna

Pelajar diminta melukis poster kenderaan tahun 2100 di kad manila yang tidak kecil daripada saiz A4. Selain lukisan kenderaan tahun 2100 imaginasi pelajar, hendaklah juga ditulis jenama kenderaan ciptaan pelajar. Nama kenderaan ciptaan mereka itu hendaklah dalam bahasa Melayu sama ada dalam bahasa baku atau bahasa Brunei. Poster akan dibentangkan dan dipamerkan dalam kelas.

Penyerapan nilai :
-Sentiasa memandang ke masa hadapan. -Menanamkan sikap berfikir ke hadapan. Penyerapan ilmu : -Ilmu seni lukis -Ilmu reka bentuk

Kata nama khas


Kosa kata

Bagi pelajar yang kurang mahir dalam melukis, ibu bapa atau ahli kelurga yang mahir melukis bolehlah menolong melukiskan kenderaan ciptaan pelajar agar imaginasinya terlaksana.

KAJIAN YANG DICADANGKAN UNTUK BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 4

UNIT 1 KELUARGAKU SAYANG

SUBTAJUK : 1. Keluarga Bahagia 2. Hargai Pengorbanan Ibu Bapa 3. Membantu Amalan Terpuji

CATATAN: Dalam unit ini, saya hanya menyumbangkan satu cadangan bagi subtajuk (3) : Membantu amalan terpuji.

Subtajuk (3) : Membantu Amalan Terpuji


OBJEKTIF : 1. Pelajar dapat menyatakan kebaikan suka membantu sesama keluarga. 2. Pelajar dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 kebaikan suka membantu. 3. Pelajar dapat menemu bual dengan cara yang betul.
KAJIAN YANG DICADANGKAN
Menkaji balasan baik yang didapati jika mengamalkan sikap suka membantu keuarga. (Individu)

PERLAKSANAAN
Pelajar diarahkan untuk mengkaji balasan baik yang didapati jika suka mambantu keluarga. Pelajar diarahkan untuk menemu bual guru agama untuk bertanyakan balasan baik kepada umat yang selalu membantu keluarga. Pelajar menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 balasan baik yang didapati daripada hasil temu bual, dan ditaip dalam kertas A4. Hasil kajian pelajar akan dibentangkan.

PENYERAPAN NILAI DAN ILMU


Penyerapan nilai : -Menanamkan sikap suka bantu membantu. -Mengeratkan silaturrahim sesama insan. Penyerapan ilmu : -Ilmu agama -Ilmu sivik -Ilmu teknologi

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN


Kata kerja Kosa kata

CATATAN
Sebelum kajian dijalankan pihak guru hendaklah memberitahu kepada ibu bapa atau penjaga pelajar mengenai kajian ini. Ibu bapa atau penjaga digalakkan menolong pelajar untuk berjumpa dengan guru agama. Ibu bapa atau penjaga juga digalakkan menolong pelajar menggunakan komputer.

UNIT 2 KELUARGAKU BERWAWASAN

SUBTAJUK : 1. Pendidikan untuk Masa Depan 2. Cerita Datuk 3. Tahniah, Abang!

CATATAN : Dalam unit ini, saya menyumbangkan satu cadangan bagi mewakili keseluruhan subtajuk unit 2, tetapi tajuk kajian tidak terkeluar daripada skop tajuk unit 2 : Keluargaku Berwawasan.

OBJEKTIF : 1. Mengajak pelajar untuk meramalkan masa hadapan. 2. Menanamkan sifat keberwawasanan. 3. Pelajar dapat menghuraikan informasi mengenai pekerjaan yang dipilih dengan betul.
KAJIAN YANG DICADANGKAN
Mengkaji tentang pekerjaan yang belum terdapat di Negara Brunei Darussalam. (Individu)

PERLAKSANAAN
Pelajar diarahkan untuk mengkaji salah satu pekerjaan yang belum terdapat di negara ini seperti angkasawan. Pelajar diarahkan untuk mencari informasi mengenai pekerjaan yang dipilih dalam internet, akhbar, majalah dan sebagainya. Informasi yang diperlukan : Apakah pekerjaan angkasawan? (contoh) Apakah kelayakan yang diperlukan? Mengapa di Brunei tidak terdapat pekerjaan seperti itu? Apakah kebaikan pekerjaan itu? Segala informasi yang didapati hendaklah dijadikan risalah/brosur dan ditaip. Hasil kajian akan dibentangkan dan diberi markah oleh guru.

PENYERAPAN NILAI DAN ILMU


Penyerapan nilai : -Menanamkan sikap berfikiran ke hadapan. -Menanamkan sikap ingin memajukan diri. Penyerapan ilmu : -Ilmu sains -Ilmu teknologi

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN


Kata kerja Imbuhan Kata nama am Kata nama khas

CATATAN
Guru hendaklah terlebih dahulu memberitahu apakah informasi yang hendak dicari kepada pelajar. Ibu bapa atau penjaga digalakkan untuk menolong pelajar mencari dan menyemak informasi yang didapati oleh pelajar.

UNIT 3 SEKOLAHKU

SUBTAJUK :

1. Pemimpin Kecil 2. Perhimpunan Mingguan 3. Nasihat Guru

CATATAN : Dalam unit ini, saya mencadangkan satu kajian bagi subtajuk (3) : Nasihat Guru.

Subtajuk (3) : Nasihat Guru


OBJEKTIF : 1. Pelajar dapat menyenaraikan sebanyak mungkin nasihat yang diujarkan oleh guru-guru yang mengajar mereka. 2. Pelajar dapat membuat kajian yang dijalankan dengan betul.
KAJIAN YANG DICADANGKAN Mengkaji dan mengumpul nasihat daripada guru-guru yang mengajar, sekurang-kurangnya 2 nasihat daripada seorang guru. (Individu) PERLAKSANAAN Pelajar diminta mengumpul sekurang-kurangnya 2 nasihat yang berlainan daripada setiap guru yang mengajar pelajar. Setelah selesai mengumpul nasihat guru, pelajar hendaklah menyatakan: Mengapa guru itu memberi nasihat seperti yang diucapkan. Kajian ini hendaklah ditaip dan dibentangkan. PENYERAPAN NILAI DAN ILMU Penyerapan nilai : -Sentiasa mendengar nasihat. -Menghormati guru. Penyerapan ilmu : -Ilmu sivik -Ilmu teknologi ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN Kata nama am Kata nafi CATATAN Guru hendaklah terlebih dahulu memaklumkan kepada guru-guru lain tentang kajian ini. Ibu bapa atau penjaga pelajar hendaklah menolong pelajar menaip menggunakan komputer.

UNIT 4 MINGGU KOKURIKULUM

SUBTAJUK : 1. Hari Pelajar 2. Gerai yang Tercantik 3. Seni Mempertahankan Diri

CATATAN : Dalam unit ini, saya memberikan satu cadangan bagi keseluruhan tajuk unit 4 : Minggu Kokurikulum.

OBJEKTIF : 1. Pelajar dapat menjelaskan persatuan-persatuan yang terdapat dalam sekolah. 2. Pelajar dapat menmengenal pasti tugasan persatuan ketika minggu kokurikulum diadakan. 3. Pelajar dapat mengenal pasti tugas ahli-ahli jawatan kuasa persatuan yang dipilih.
KAJIAN YANG DICADANGKAN
Mengkaji tentang tugasan salah satu persatuan/kelab yang dipilih ketika minggu kokurikulum diadakan. (Individu)

PERLAKSANAAN

PENYERAPAN NILAI DAN ILMU


Penyerapan nilai : -Menanamkan sikap kepimpinan. Penyerapan ilmu : -Ilmu Social Studies

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN


Kata kerja Karangan Fahaman

CATATAN

Pelajar diminta untuk mengkaji tugasan salah satu persatuan/kelab yang dipilih oleh pelajar sendiri yang terdapat dalam sekolah. Oleh itu, pelajar diminta menemu bual pengerusi atau orang penting persatuan/kelab yang dipilih. Informasi yang diperlukan seperti : Latar belakang persatuan. Apakah yang dilakukan ketika minggu kokurikulum? Apakah tugas-tugas AJK ketika minggu kokurikulum? Apakah matlamat persatuan? Hasil kajian pelajar dijadikan satu buku kecil bersaiz 8x8sm seperti buku panduan, dan akan dibentangkan dan diberi markah oleh guru.

Guru perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada persatuan-persatuan sekolah mengenai temu bual yang akan diadakan supaya pelajar mendapat layanan yang baik daripada pihak persatuan. Guru perlu menerangkan tentang maklumat yang hendak dikaji.

UNIT 5 SENTIASA BERHEMAT KITA SELAMAT

SUBTAJUK : 1. Awas, Banjir! 2. Tragedi 3. Utamakan Keselamatan

CATATAN : Dalam unit ini, cuma terdapat satu cadangan iaitu daripada subtajuk (1) : Awas, banjir!

Subtajuk (1) : Awas, banjir!


OBJEKTIF : 1. Pelajar dapat mencari informasi yang betul. 2. Pelajar dapat membentangkan hasil kajian mereka dengan baik.
KAJIAN YANG DICADANGKAN
Mengkaji tentang dua tempat yang pernah teruk dilanda banjir di serata dunia. (Individu)

PERLAKSANAAN

PENYERAPAN NILAI DAN ILMU


Penyerapan nilai : -Menjaga keselamatan. Penyerapan ilmu : -Ilmu geografi

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN


Fahaman Kata tanya

CATATAN

Pelajar diarahkan untuk mencari dan mengumpul maklumat tentang dua tempat di serata dunia yang pernah dilanda banjir dengan teruk dan dibuat dalam bentuk carta aliran. Pelajar hendaklah mencari maklumat tersebut di internet, akhbar, televisyen dan sebagainya, Maklumat yang diperlukan: Di mana tempat itu terjadi? Bila terjadinya? Apakah kesan-kesan banjir kepada mereka yang terkena? 3 cara mengatasi banjir. Hasil kerja dibentangkan dan diberi markah.

Ibu bapa atau penjaga digalakkan menolong pelajar mencari maklumat mengenai kajian ini.

UNIT 6 MENINJAU WARISAN NEGARA JIRAN

SUBTAJUK :

1. Lawatan Sambil Belajar 2. Tun Syed Nasir 3. Rendang Daging

CATATAN : Dalam unit ini, saya hanya memberi cadangan pada subtajuk (3) : Rendang Daging. Walau bagaimanapun, cadangan kajian ini ditukar kajiannya kepada Kompang iaitu sejenis alat musik warisan negara Malaysia sesuai dengan tajuk Meninjau Warisan Negara Jiran.

Subtajuk (3) : Rendang Daging


OBJEKTIF : 1. Pelajar dapat mengenal pasti salah satu jenis warisan negara jiran. 2. Pelajar dapat menambahkan idea mereka terhadap alat musik tradisional negara jiran. 3. Pelajar dapat mengumpul maklumat dengan betul dan tidak terkeluar daripada skop kajian.
KAJIAN YANG DICADANGKAN
Mengkaji dan mencari maklumat tentang salah satu alat musik tradisional negara Malaysia iaitu kompang. (Individu/berpasangan)

PERLAKSANAAN
Pelajar hendaklah mencari maklumat mengenai Kompang di internet, akhbar, majalah dan sebagainya. Pelajar yang dapat menemu bual orang yang tahu tentang Kompang adalah satu kelebihan. Maklumat yang diperlukan: Apakah dia kompang? Bagaimana bentuknya? Bila ia dimainkan? Ciri-ciri kompang? Alat musik yang seakan sama dengan kompang? Segala maklumat dan gambar yang didapati hendaklah dijadikan satu risalah dan ditaip. Hasil kajian dibentangkan.

PENYERAPAN NILAI DAN ILMU


Penyerapan nilai : -Menghargai warisan negara jiran. -Mengeratkan hubungan kedua buah negara. Penyerapan ilmu : -Ilmu geografi -Ilmu teknologi

ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN


Imbuhan Karangan Fahaman Kata tanya

CATATAN
Ibu bapa atau penjaga digalakkan menolong pelajar mencari maklumat tentang kompang. Ibu bapa atau penjaga juga digalakkan menolong pelajar menggunakan komputer untuk membuat risalah.

UNIT 7 PENGALAMAN INDAH

SUBTAJUK : 1. Pengalaman di Singapura 2. Pengalaman di Sabah 3. Perjalanan dengan keretapi

CATATAN : Dalam unit ini, saya memberi satu cadangan merangkumi keseluruhan unit 7.

OBJEKTIF : 1. Memberi idea kepada pelajar jika berada di negara asing. 2. Pelajar dapat mengumpul maklumat-maklumat yang diinginkan.
KAJIAN YANG DICADANGKAN Mengkaji tentang pengalaman indah yang dilalui ketika berada di luar negara dan barang penting yang harus dibawa ketika berada di negeri orang. (Individu) PERLAKSANAAN Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat tentang: Pengalaman indah sewaktu berada di negara luar. Barang/perkara yang harus ada/dibawa ketika berada di luar negara. Pelajar dikehendaki menemu bual orang yang sudah matang yang pernah keluar negara. Hasil kajian dibentangkan dan, dijadikan surat kiriman tidak rasmi. PENYERAPAN NILAI DAN ILMU Penyerapan nilai : -Sentiasa bersikap bersiap sedia. -Bersikap tidak leka/lalai. Penyerapan ilmu : -Ilmu geografi ASPEK BAHASA YANG BOLEH DIAJARKAN Kata nama am Kata nama khas Karangan CATATAN Ibu bapa atau penjaga digalakkan menolong pelajar berjumpa dengan orang yang dikehendaki mengikut tugasan yang diberikan.

SELESAI

Anda mungkin juga menyukai