Anda di halaman 1dari 9

Ayat Penyata 1) 2) 3) Ibu menjahit baju adik Pokok rambutan sudah berbuah. Harimau itu sangat garang.

Ayat Tanya Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis, iaitu i) Ayat tanya tanpa kata tanya. ii) Ayat tanya dengan kata tanya. (Nik Safiah Karim et. al: 2004:423) Ayat tanya digunakan untuk menanya sesuatu perkara. Terdapat ayat tanya biasa, ayat tanya sonsang, ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya tanpa kata tanya. Kata tanya yang digunakan dalam ayat tanya adalah seperti; apa, bila, mana, siapa, bagaimana, mengapa, kenapa dan berapa. Kata Tanya Apa Bila Mana Siapa Bagaimana Mengapa Kenapa Berapa Penggunaan Benda, binatang Masa Tempat Orang Cara Sebab Sebab Bilangan

P&P buat masa ini akan menekankan berkenaan dengan tatabahasa, latihan ringkasan dan pemahaman, karangan tidak berformat meliputi bahan rangsangan dan tindakan serta maksud peribahasa dan perumpamaan..... (sila rujuk buku teks, buku latihan dan rujukan berkenaan).... Guys, pastikan tugasan yang diberi dibuat semasa cuti merangkumi :1) Ringkasan & pemahaman 2) Latihan karangan Pemulihan (Tindakan 2) 3) Keratan akhbar (catatkan isi penting) 4) Maksud perumpamaan Ok, selamat bercuti...kita sama-sama akan bincang dalam kelas selepas cuti nanti... sekiranya ada masalah ajukan kepada saya...

Tq semua........ P&P 28/01/2011 LATIHAN PEMULIHAN KARANGAN CERITA TINDAKAN 2 SOALAN.. Seorang rakan kamu terjatuh tangga pada waktu rehat di sekolah. Ceritakan tindakan yang kamu ambil bagi membantu rakan kamu itu. Lengkapkan tempat kosong dengan rangkai katadan ayat yang sesuai. Ketika berehat di kantin sekolah pada minggu lepas, seorang rakan saya telah mendapat kemalangan. Tangannya patah akibat ______________________________________________________________________________ __________________________________. Tanpa berlengah-lengah lagi, saya segera bertindak untuk membantunya. Mula-mula, saya menghampirinya untuk memberi rawatan awal kepadanya. Saya meminta pertolongan rakan untuk mengambil_____________________________________________________________________ _________rawatan. Kemudian, saya mengambil kain anduh untuk menyangga tangannya yang patah itu. Setelah itu, saya memapahnya ke bilik rawatan. Seterusnya, saya melaporkan kejadian tersebut kepada _______________________________________________________________________ ____________________________ Pelaporan ini penting agar pihak sekolah dapat merekodkan kejadian sebenar serta melakukan ____________________________________________________________________ _______________________________________. Selepas itu, saya bergegas ke pejabat sekolah untuk_________________________________________________________________. Saya memaklumkan tentang kejadian tersebut dan meminta keluarganya bertenang. Saya juga meminta mereka pergi ke hospital daerah_________________________ untuk melihat keadaan anak mereka. Berikutnya, saya mengirnginya ke hospital dengan menaiki________________________________________________________________mendapa tkan rawatan rapi. Saya juga telah menunggu sehingga rawatan tersebut selesai. Langkah sebegini penting untuk mengetahui sama ada rakan terbabit terpaksatinggal_________________________________________________________________ ___________________________________. Saya bersyukur kerana telah dapat membantu rakan saya. Saya percaya, peristiwa tersebut akan memberikan ______________________________________________________________________________ ____________________________________ serta rakan yang lain di sekolah.

Sebagai rakan, saya tetap berdoa mudah-mudahan dia akan cepat ______________________________________________________ dan dapat bersekolah seperti biasa. Saya turut berharap ________________________________________________________________________.

CONTOH SOALAN KARANGAN PMR Contoh soalan karangan 1. Tulis laporan tentang sebuah tempat menarik yang pernah anda lawati . 2. Anda seorang pegawai kebajikan masyarakat di tempat anda . Anda telah diminta berucap pada upacara keraian yang diadakan di Rumah Orang Tua . Tuliskan teks ucapan anda itu . 3. Bermain wau . 4. Anda telah pergi ke pasar tani bersama kakak anda . Ceritakan suasana di pasat tani tersebut . 5. Tuliskan sebuah karangan peribahasa yang bertajuk Masa Itu Emas . 6. Tuliskan sepucuk surat rasmi kepada sebuah pertubuhan untuk memohon kebenaran menggunakan peralatan khemah . 7. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa berikut Genggam bara biar sampai jadi arang. 8. Buruk dan baiknya iklan Bahasa Inggeris di televisyen . 9. Sebagai setiausaha Persatuan Geografi anda dikehendaki menyediakan sebuah laporan minit mesyuarat tahunan . 10. Akhiri karangan anda dengan . .... ketika melangkah meninggalkan balai polis itu , aku berjanji tidak akan ke situ lagi. 11. Beberapa pasukan beruniform sekolah anda telah mendaki Gunung Ledang selama tiga hari . Sebagai ketua , anda dikehendaki membuat catatan semasa berada di situ . 12. Adik kamu telah berjaya dalam peperiksaan dengan mendapat keputusan yang cemerlang . Dia juga menjadi pelajar terbaik di sekolah itu . Tuliskan sepucuk surat untuk menyampaikan ucapan tahniah kepadanya . 13. Kempen menghijaukan bumi berjaya menarik perhatian rakyat negara ini . Bincangkan . 14. Tulis sebuah rencana tentang penderaan kanak-kanak . 15. Anda bermimpi dilarikan oleh makhluk asing . Ceritakan mimpi anda itu . 16. Kelas anda mengadakan jamuan perpisahan . Jamuan perpisahan itu dibuat khusus untuk guru kelas kamu yang akan berpindah . Kamu sebagai ketua kelas dikehendaki membuat ucapan mewakili murid-murid lain . 17. Pencemaran yang berlaku sekarang ini disebabkan oleh perbuatan manusia . 18. Tuliskan sebuah surat kiriman kepada rakan pena anda tentang sambutan menyambut Hari Raya / Tahun Baru Cina baru-baru ini . 19. Permainan tradisonal sekarang ini semakin pupus dan semakin tidak disukai oleh golongan muda . Berikan pendapat anda . 20. Pasukan rumah sukan anda telah berjaya menjadi johan dalam temasya sukan tahunan sekolah.Tuliskan langkah-langkah yang telah dibuat oleh pasukan rumah sukan anda sehingga berjaya dalam pertandingan tersebut. 21. Sejak akhir-akhir ini permainan tradisional kian dilupakan.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu diambil bagi mempopularkan permainan ini semula? 22. Baru-baru ini anda telah terbaca berita di sebuah akhbar tempatan tentang kejayaan seorang rakan anda yang memenangi pertandingan menulis cerpen peringkat negeri.Tuliskan sepucuk surat mengucapkan tahniah kepada kawan anda itu. 23. Pihak sekolah anda akan mengadakan satu majlis perpisahan untuk meraikan seorang guru yang akan bersara. Dalam majlis tersubut, anda diminta menyampaikan ucapan.Sediakan teks ucapan anda itu. 24. Peribahasa "jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu", sering kali disebut dalam masyarakat kita.Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa itu. 25. Di tempat tinggal anda, kemudahan awam sering dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Anda sebagai wakil penduduk kawasan itu dikehendaki menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan terhadap perkara itu.Tulis surat anda itu selengkapnya. 26. Anda telah mewakili sekolah anda ke Program Bina Semangat dan Motivasi yang dianjurkan oleh pejabat pendidikan daerah tempat anda. Pelbagai pengalaman yang menarik telah anda tempuhi. Ceritakan pengalaman anda itu. 27. Teknologi maklumat telah berkembang pesat di negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai pelajar, bagaimanakah perkara ini dapat dimanfaatkan?Terangkan pendapat anda itu. 28. Anda telah berpeluang menemu ramah seorang tokoh sukan untuk mengetahui penglibatan, kejayaan dan perancangan beliau dalam bidang sukan yang diceburuinya.Tulis temu ramah itu selengkapnya 29. Pemuliharaan alam sekitar di negara kita menjadi tanggungjawab pihak berkuasa.Bincangkan pernyataan di atas. 30. Dari setahun ke setahun, semakin banyak pendatang asing yang berhijrah untuk mencari kehidupan baru di Malaysia.Bincangkan faktor-faktor yang pada pendapat anda menyebabkan keadaan ini berlaku. 31. Kawan anda menghadapi masalah dalam pelajaran. Dia sering mendapat markah yang kurang memuaskan. Sebagai kawan baiknya, anda ingin memberikan nasihat dan pandunan bagi meningkatkan prestasi pelajarannya.Tulis nasihat dan panduan anda itu. 32. Masyarakat Melayu dahulu kaya dengan peribahasanya. Antaranya, "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna".Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut. 33. Anda telah menyertai pertandingan syarahan anjuran sekolah anda. Tajuk syarahan itu ialah "Perpaduan Menjamin Kesejahteraan Negara".Tulis syarahan anda itu selengkapnya. 34. Sekolah anda baru sahaja selesai mengadakan acara Merentas Desa. Sebagai setiausaha rumah sukan, anda diminta menulis laporan tentang perjalanan acra tersebut untuk disampikan kepada guru penasihat rumah sukan.Tulis laporan itu selengkapnya. 35. Persatuan sejarah sekolah anda akan mengadakan lawatan sambil belajar ke satu tempat bersejarah di negara ini.Sebagai setiausaha persatuan tersebut, anda diminta menulis sepucuk surat kepada pihak yang berkenaan memohon kebenaran melawat ke tempat tesebut.Sediakan surat tesebut selengkapnya.

36. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penubuhan unit berpakaian seragam seperti Pengakap, Puteri Islam, Kadet Remaja dan sebagainya banyak memberi faedah kepada pelajar.Huraikan faedah-faedah yang akan anda dapati dengan menyertai satu daripada pasukan pakaian seragam itu. 37. "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna". Begitulah bunyi peribahasa Melayu.Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut. 38. Pada musim cuti yang lalu, anda telah berpeluang menyertai Kem Jaya Diri yang dianjurkan oleh sekolah anda.Ceritakan pengalaman anda itu. 39. Faktor utama yang mempengaruhi kecemerlangan sesebuah sekolah ialah disiplin.Pada pendapat anda bagaimana kita dapat mengatasi masalah disiplin di sekolah.

P&P 10/1/2011 PETIKAN 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor penyakit kulit. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Penyakit kulit mempunyai nama yang berbeza-beza bergantung pada bahagian anggota yang terkena jangkitan, misalnya kulat kutu air yang tumbuh di kaki, ruam gatal yang tumbuh di pangkal paha selain kurap yang tumbuh di bahagian anggota badan yang lain. Tanda-tanda awal jangkitan kulat ialah permukaan kulit cepat menjadi merah, bersisik , dan gatal. Kulit bertukar menjadi kepingan flora dan kulat akan bercambah dengan lebih banyak apabila badan berpeluh. Keadaan yang sedemikian akan memudaratkan kesihatan seseorang. Seseorang yang dijangkiti kulat akan berasa tidak selesa dan sentiasa menggaru-garu untuk menghilangkan rasa gatal. Pakaian yang ketat juga menggalakkan pertumbuhan kulat, terutamanya pada bahagian kaki dan anggota badan yang berlipat seperti lutut dan siku. Selain itu, memakai kasut yang sempit dan kasut yang diperbuat daripada bahan sintetik menyebabkan kaki dan jari-jemari kaki berpeluh lalu menggalakkan pertumbuhan kulat. Seseorang yang tidak menjaga kebersihan diri mudah dijangkiti kulat melalui angin. Angin yang bertiup mampu menerbangkan jutaan spora kulat ke permukaan kulit yang lain. Jangkitan turut terjadi jika seseorang itu suka berkongsi barang-barang peribadi dengan ahli keluarga atau orang lain. Jangkitan kulat juga boleh berlaku melalui sentuhan, iaitu apabila tubuh menyentuh tanah, air, tumbuhan atau haiwan yang telah dijangkiti kulat. Lazimnya, penghidap penyakit kulit malas mandi atau mereka tidak mencuci semua permukaan kulit sehingga bersih. Penawar anti-kulat boleh didapati di farmasi dan kedai perubatan Cina dalam bentuk krim, cecair, dan serbuk. Walau bagaimanapun, jika tanda-tanda jangkitan kurap berlarutan, penghidap hendaklah mendapatkan rawatan doktor dengan segera.

Langkah 1 Cari dan gariskan 5 isi ringkasan. Langkah 2 Tentukan perkataan/ perkataan-perkataan yang perlu ditulis dalam ringkasan Bahagian A (ii) : PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN 1. Apakah maksud rangkai kata penawar anti-kulat? Rangkai kata penawar anti-kulat ialah .. 2. Bagaimanakah keadaan orang yang dijangkiti kulat? Orang yang dijangkiti kulat akan . 3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk mengatasi penyakit kulit? Langkah-langkah untuk mengatasi penyakit kulit adalah dengan . . P&P 7/JAN 2011 TAJUK: KARANGAN JENIS KEPERIHALAN/PENGALAMAN PANDUAN MENULIS KARANGAN JENIS KEPERIHALAN / GAMBARAN Pendahuluan a)Bahagian permulaan peristiwa b)Mengandungi pihak yang terlibat dalam cerita c)Lokasi cerita d)Masa berlaku Isi dan Perkembangan Isi a)Mengandungi segala peristiwa yang berlaku b)Bahasa mesti jelas dan dapat menggambarkan peristiwa yang berlaku c)Jalan cerita yang menarik d)Ada unsur-unsur saspens e)Memuatkan perasaan yang dialami

Penutup a)Peleraian segala peristiwa b)Menamatkan cerita anda dan elakkan cerita yang tergantung c)Gambarkan juga perasaan yang dialami setelah selesai peristiwa tersebut CONTOH KARANGAN JENIS KEPERIHALAN/GAMBARAN Karangan Keperihalan/Gambaran Pada musim cuti yang lalu, anda telah berpeluang menyertai Kem Motivasi Diri yang dianjurkan oleh sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda itu. Pada cuti persekolahan yang lalu, saya telah berpeluang mengikuti Kem Motivasi Diri anjuran Kelab Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling sekolah saya. Seramai 50 orang pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima mengikuti kem tersebut. Aktiviti yang dijalankan selama tiga hari itu telah diadakan di Kem Motivasi Lanchang,Merlimau. Pada hari pertama, setelah memasang khemah, semua peserta mendengar taklimat daripada Cikgu Azizan. Selaku guru penasihat, Cikgu Azizan telah menerangkan aktiviti yang akan dijalankan. Beliau berharap agar pelajar dapat membina jati diri dalam menghadapi cabaran sebagai remaja menerusi aktiviti yang akan dijalankan nanti. Pada malamnya, sebuah kertas kerja yang bertajuk Remaja Kini dan Cabaran telah disampaikan oleh Dr.Fadley, pensyarah daripada Universiti Putra Malaysia(UPM). Kertas kerja tersebut mengajak peserta berfikir secara positif dalam menempuh cabaran yang mendatang. Ramai pelajar teruja dan memberi respons yang baik terhadap pembentangan tersebut. Akiviti yang paling menarik sekali adalah pada hari kedua. Bagi membina ketahanan diri, aktiviti merentas hutan dan mendaki bukit dijalankan. Peserta telah dibahagikan kepada sepuluh kumpulan dan setiap kumpulan diberi peta perjalanan dan sebuah kompas. Setiap kumpulan diminta mencatat nama tumbuh-tumbuhan, unggas, dan anak sungai yang ditemui.Aktiviti tersebut berakhir dengan jayanya walaupun terdapat peserta yang mengalami kecederaan kecil akibat terjatuh semasa mendaki bukit yang agak curam. Pada sebelah malamnya pula, diadakan persembahan kebudayaan daripada setiap kumpulan. Ada yang mengadakan persembahan Dondang Sayang, Boria, Dikir Barat dan sebagainya.Kumpulan saya mengadakan persembahan pencak silat dan mendapat tepukan yang gemuruh daripada peserta yang lain. Tanpa disangka-sangka juga hadiah telah diberikan kepada kumpulan kami oleh pihak penganjur kerana telah membuat persembahan yang paling mencuri hati peserta yang menontonnya. Pada hari ketiga, tepat jam 9.00 pagi setelah selesai bersarapan dan mengemas beg dan peralatan, kami telah dibenarkan pulang dengan menaiki bas yang disewa khas oleh pihak sekolah.Kami berasa sungguh gembira.Walaupun aktiviti yang dijalankan mengambil masa yang

singkat, tetapi sekurang-kurangnya dapat membina keyakinan para peserta untuk menghadapi cabaran hidup yang bakal menjelma nanti. Guys, saya memohon maaf.... setelah bermesyuarat dengan ketua penatia Bahasa Malaysia sebentar tadi.. telah diputuskan bahawa penggunaan buku latihan adalah ditetapkan 'WAJIB' bersaiz panjang iaitu:1) BUKU LATIHAN KARANGAN DAN TATABAHASA 2) BUKU LATIHAN KOMSAS & 3) BUKU LATIHAN RINGKASAN. * Mohon maaf sekali lagi P&P MINGGU PERTAMA.... 3&4 JAN 2011(HOMEWORK) Baca petikan di bawah dengan teliti dan lengkapkan soalan pemahaman berikut. Tidak dapat dinafikan bahawa ramai pelajar di negara ini mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan besar seperti PMR dan SPM apabila tinggal beberapa minggu lagi untuk diduduki. Tabiat mengulangkaji pada saat akhir amat merugikan pelajar. Pelajar yang mengamalkan tabiat ini akan memahami secara luaran sesuatu topik tanpa mampu untuk menghuraikannya. Malahan topik yang dibaca terhad dan amat berbahaya jika topik tersebut tidak diajukan dalam peperiksaan. Sekiranya mengulangkaji dari awal tahun, pelajar dapat menjawab semua topik yang diajukan dengan cepat dan tepat. Belajar pada saat akhir juga menyebabkan fikiran menjadi kusut. Apa tidaknya, banyak tajuk yang hendak dibaca sedangkan masa begitu pendek. Hal ini tidak berlaku sekiranya belajar lebih awal, perasaan lebih tenang dan peperiksaan dianggap sebagai cabaran. Ada yang berpendapat,belajar disaat akhir menyebabkan pelajar itu ketandusan ilmu atau memperolehi ilmu yang sedikit berbanding dengan pelajar yang pandai menggunakan dan memanfaatkan masa yang ada padanya. Pernahkan anda terbaca berita seseorang pelajar tiba-tiba menjadi seorang yang agresif?. Hal ini disebabkan peperiksaan semakin hampir dan harapan ibu bapa pula terlalu tinggi. Oleh sebab rasa tanggungjawab itu tidak dapat dipikul, golongan ini membaca dengan perasaan terpaksa lalu menjadi manusia yang agresif. Selain itu belajar pada saat akhir tidak menimbulkan keyakinan untuk menghadapi peperiksaan. Berbanding orang yang belajar awal,keyakinan dalam diri begitu besar. Akhirnya peperiksaan yang ditunggu pun tiba. Oleh sebab persediaan sebulan sebelum peperiksaan,di dalam dewan peperiksaan perasaan akan berasa gelisah. Hal ini tidak berlaku jika membuat persediaan awal pelajar akan menghadapi peperiksaan dengan tenang. Selain itu juga belajar di saat akhir,akan wujud rasa tidak puas hati di dalam diri. Ketika itulah timbul rasa kesal kerana tidak mahu belajar dari awal.

Apa bila keputusan diumumkan dan memperoleh keputusan yang buruk,timbul rasa bersalah terhadap diri dan keluarga menguasai diri. (Dipetik daripada rencana Kerugian dan Keburukan Belajar pada saat akhir) Oleh Aziziun Asmat, Fokus,,Mac 2006 PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN 1) 1) Tuliskan 5 isi penting di atas 1) .. 2) .. 3) . 4) 5) . 2. Apakah maksud rangkai kata tidak dapat dipikul? Rangkai kata tidak dapat dipikul ialah . 3. Nyatakan empat kelebihan belajar dari awal ? Kelebihan belajar dari awal ialah, . .. 4. Pada pendapat anda, mengapakah sebahagian pelajar hanya terdorong belajar sebulan sebelum peperiksaan? Sesetengah pelajar belajar pada saat akhir kerana ... ..............

Anda mungkin juga menyukai