Anda di halaman 1dari 4

Soalan 31 hingga 35 berdasarkan petikan di bawah.

Sukan penting untuk diri kita. Banyak jenis sukan


yang boleh kita sertai. Kita boleh menyertai
sukan bola sepak, badminton, berjoging, dan
Berbasikal. Kita boleh bersukan pada waktu
Petang atau pada hujung minggu.
Kita perlu bersukan supaya badan kita sihat
dan cergas. Peluh akan keluar apabila kita
bersukan. Badan kita akan menjadi cergas selepas
bersukan. Oleh itu, otak kita juga akan menjadi cergas.
Selain itu, kita juga dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang
berfaedah melalui bersukan. Kita tidak membuang masa melakukan perkara
yang sia-sia. Kita dapat meningkatkan kemahiran kita dengan kerap berlatih
pada waktu lapang.
Melalui bersukan juga kita dapat mengharumkan nama negara seperti
Datuk Lee Chong Wei. Beliau ialah tokoh sukan badminton negara kita yang
terkenal. Kita boleh berjaya seperti beliau jika kita berusaha dengan
bersungguh-sungguh.

31. Bilakah kita boleh bersukan ?

A waktu sibuk
B waktu petang atau hujung minggu
C waktu sakit
D waktu malam

32. Mengapakah kita perlu bersukan ?

A supaya badan sentiasa letih


B supaya badan kita sihat dan cergas
C supaya boleh bersukan pada hujung minggu
D supaya boleh sertai banyak sukan

1 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015


BAHASA MELAYU PEMAHAMAN TAHUN 3
33. Siapakah tokoh sukan badminton negara yang terkenal ?

A Datuk Yusof Haslam


B Datul Lee Tiong Lai
B Datuk Mustafa Muhamad
C Datuk Lee Chong Wei

34. Bagaimanakah cara yang perlu kita lakukan untuk berjaya seperti Datuk Lee
Chong Wei ?

A Sentiasa bersukan
B Bersukan supaya badan sihat
C Berusaha bersungguh-sungguh
D Bermain bersungguh-sungguh

35. Pada pendapat anda, Datuk Lee Chong Wei adalah dari kaum __________

A Melayu
B India
C Iban
D Cina

2 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015


BAHASA MELAYU PEMAHAMAN TAHUN 3
Soalan 35 hingga 40 berdasarkan petikan di bawah.

Hakimi amat meminati bidang reka cipta. Dia bercita-cita untuk


menjadi pereka cipta yang terkenal. Hakimi selalu membuat ujikaji
di dalam sebuah bilik khas di rumahnya. Dia bijak mereka cipta
pelbagai jenis peralatan, antaranya ialah kipas angin mini, robot
bergerak dan radio mini.
Hakimi teringin untuk mencipta suatu alat untuk memudahkan
manusia. Suatu hari, Hakimi mendapat suatu akal. Dia akan
mencipta kasut beroda yang bergerak menggunakan kuasa bateri.
Mereka yang memakai kasut itu hanya perlu mengimbangi badan
semada bergerak. Kasut itu boleh bergerak sejauh 20 kilometer
sejam. Kasut itu sesuai digunakan di jalan raya atau di kawasan
bersimen.

36. Apakah bidang yang diminati oleh Hakimi ?

A Bidang sukan
B Bidang perniagaan
C Bidang reka cipta
D Bidang penyelidikan

37. Di manakah Hakimi membuat ujikaji ?

A Di makmal sekolah
B Di padang sekolah
C Di bilik khas rumahnya
D Di rumah kawan

38. Apakah alat yang Hakimi ingin cipta untuk memudahkan manusia ?

A Kasut sukan
B Kasut beroda bergerak
C Kasut bergerak
D Kasut tidak beroda
3 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN TAHUN 3
39. Manakah keistimewaan kasut roda yang di reka oleh Hakimi ?

A Kasut roda boleh bergerak dengan sendiri


B Kasut roda boleh bergerak dengan kuasa bateri
C Kasut roda tidak bergerak
D Kasut roda-roda

40. Pada pendapat anda, kenapa kasut beroda ini tidak sesuai digunakan di
kawasan berpasir ?

A kerana kawasan berpasir ada simen


B kerana kawasan berpasir sangat lembut dan tidak rata
C kerana kawasan air ada pasir
D kerana kawasan jalan raya berpasir

4 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015


BAHASA MELAYU PEMAHAMAN TAHUN 3

Anda mungkin juga menyukai