Anda di halaman 1dari 4

SK KEM ISKANDAR JALAN TANJUNG SEKAKAP .

86800 MERSING, JOHOR PROGRAM MENGEJAR IMPIAN 5A 2012


PENGENALAN SK Kem Iskandar mempunyai harapan yang tinggi untuk meningkatkan peratus prestasi kecemerlangan anak-anak didik SKKI tidak terkecuali anak guru-guru SK Kem Iskandar sendiri. Program Mengejar Impian 5A ini merupakan program tahun lalu setelah melihat kejayaan program ini menyuntik semangat murid-murid tahun 6 SK Kem Iskandar dalam UPSR tahun lalu.

Orang yang ingin menggoncang dunia, terlebih dahulu dia harus menggoncang dirinya sendiri. - Socrates-

Sehubungan itu, atas permintaan dan sokongan semua pihak termasuk ibu bapa murid yang terlibat, program ini diteruskan buat kali yang kedua. Program Mengejar Impian 5A pada tahun ini dimurnikan lagi dari segi pemantapan modul untuk diadaptasikan agar lebih berkesan kepada calon UPSR 2012. Untuk tidak mengecewakan banyak pihak, Program Mengejar Impian 5A kali ini akan diadakan bermula Mac hingga September 2012 dengan mensasarkan 22 orang murid tahun 6 Wira. Kerjasama padu dan sokongan ibu bapa dalam menjayakan program ini amat dipuji kerana kepercayaan dan penglibatan guru program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Mudah-mudahan program kali ini dapat melahirkan lebih ramai calon UPSR yang berjaya dengan cemerlang seperti yang disasarkan. RASIONAL Setiap insan mempunyai keinginan dan sasaran untuk berjaya tetapi kesedaran itu belum ditemui dan dimiliki selagi dorongan dan rangsangan tidak digerakkan oleh seseorang atau sesuatu perkara dan peristiwa yang boleh membantu mereka. MATLAMAT Menyuntik kesedaran murid-murid tahun 6 Wira, calon UPSR 2012 untuk meneruskan usaha ke arah pencapaian yang cemerlang menuruti hasrat dan keinginan mereka berlandaskan kemampuan diri mereka. Mendorong semangat murid-murid tahun 6Wira , calon UPSR 2012 untuk meraih A dalam mata pelajaran yang disasarkan mengikut keupayaan dan kebolehan mereka.

OBJEKTIF Mendedahkan kepada murid tahun 6 Calon UPSR cara-cara dan teknik pembelajaran yang berkesan mengikut keupayaan kemahiran belajar mereka. Memahami peranan dan tanggungjawab mereka sebagai calon UPSR 2012. Mengembangkan kemahiran belajar yang dikuasai oleh setiap murid tahun 6Wira yang diletakkan harapan yang tinggi oleh pihak sekolah untuk mencapai 5A dalam UPSR Menyedarkan murid-murid tahun 6 Wira berkaitan tanggungjawab mereka memikul amanah ibu bapa dalam menempuh UPSR 2012.

Melahirkan hubungan yang mesra seterusnya mewujudkan keharmonian dalam keluarga diantara ibu bapa dan anak-anak agar mereka terdorong untuk meraih kejayaan demi ibu bapa mereka. PELAKSANAAN

Tarikh 1Mac hingga 30 Ogos 2012 Hari Setiap Isnin, Rabu & Khamis Masa Pukul 1.00 hingga 2.00 petang Sasaran 22 orang murid Tahun 6 Tempat SK Kem Iskandar

Penglibatan Guru yang telah dicadangkan oleh Ketua Panitia Mata Pelajaran Teras UPSR STRUKTUR PROGRAM 1. Mesyuarat Ketua Panitia & Pihak Pentadbiran Sekolah 2. Membuat Kertas Kerja program 3. Pembentangan kertas kerja 4. Pemilihan Guru yang terlibat 5. Pemilihan murid terlibat 6. Perbincangan bahan yang akan digunakan dalam program ini 7. Membuat surat siaran kepada ibu bapa 8. Melaksanakan program 9. Post Mortem kekuatan & kelemahan program IMPAK YANG AKAN DIPEROLEHI 1. Impak yang akan diperolehi dengan melalui proses program yang akan dilaksanakan ini selain matlamat dan objektif yang dijejaki tercapai, kesan-kesan positif diperolehi adalah seperti berikut: 2. Murid-murid Tahun 6 Wira, Calon target 5A UPSR 2012 dapat memperkasakan azam, membina dan mempunyai matlamat untuk meningkatkan prestasi yang cemerlang dalam UPSR 2012 . 3. Murid-murid bersemangat mengatur strategi pembelajaran untuk mendapatkan A dalam matapelajaran yang mereka sasarkan. 4. Ibu bapa memahami keperluan dan keupayaan anak masing-masing dalam menempuh cabaran dalam UPSR 2012. . 5. Ibu Bapa dan murid tahun 6 dapat mengimbangi situasi kehidupan dengan kemantapan jiwa dan mampu mengimbangi emosi untuk menjalinkan kasih sayang yang lebih erat dalam institusi kekeluargaan. 6. Murid-murid tahun 6 Wira dapat mengenali potensi, kekuatan dalaman dan berusaha mempertingkatkan diri menjadi murid yang cemerlang. 7. Murid tahun 6 beroleh inspirasi untuk menjadi murid dan anak yang boleh menunaikan hasrat ibu bapa.

8. Murid tahun 6 mempunyai keyakinan dan keberanian mengharungi cabaran dalam menempuh UPSR 2012. 9. Murid Tahun 6 akan sentiasa bersyukur dan menghargai pengorbanan yang dicurahkan oleh Ibu Bapa demi melihat kejayaan mereka dalam bidang akademik. 10. Murid Tahun 6 teguh pendirian dan menyedari kelemahan diri mampu untuk mengatasinya dan mempunyai dorongan untuk maju kehadapan meraih kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2012. JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi Timbalan Pengerusi : En Zulkefli bin Mohd Amin : En Mohd Noh b. Abdul Talib En Mohd Bakri b. Md Nor : En Ahmad Tahshim b. Salleh ( Guru Besar SKKI ) ( GPK Pentadbiran ) ( GPK HEM ) ( GPK Kokurikulum )

Naib Pengerusi Penyelaras Khas Program Khas Tahun 6 Penyelaras Program Setiausaha Bendahari

: En Khairul Asmadi b. Abu Bakar ( Ketua Panitia Sains) :Pn Lily Premala Micheal : En A.Murat bin Abd.Rani : Pn Rohani bt Salleh ( Ketua Panitia Bahasa Inggeris) ( Guru Bimbingan )

AJK Bahasa Melayu Pn Zanariah bt Mohd Said Pn Rohani bt Salleh Pn Sabaria bt Sarponen Pn Faridah bt M Yusof AJK Bahasa Inggeris Pn Lily Premala Micheal Pn Diana Robert Ulie Pn Siti Sara bt Mustafa En Abd.Razak b. Hussien AJK Matematik Pn Hasaniah bt Omar Cik Salbiah bt Ibrahim Pn Nurhidayu bt Abd.Wahid En A.Murat b. Abd.Rani AJK Sains Khairul Asmadi b. Abu Bakar Pn Yusniza bt Jaafar Pn Siti Masniah bt Taib

TENTATIF Hari/Program Isnin Rabu Khamis

Mengejar Impian 5A Matematik Sains Bahasa Inggeris

SUMBER KEWANGAN Sumber kewangan sepenuhnya dibiayai oleh pihak sekolah PENUTUP Jawatankuasa Pengelola Program Mengejar Impian 5A 2012 sentiasa mengharapkan agar program ini berjalan dengan lancar dan dapat mencapai objektif yang diharapkan seperti yang disasarkan. Kerjasama dan sokongan padu dari semua pihak yang terlibat amat diharapkan. Mudah-mudahan pada tahun 2012 ini SK Kem Iskandar dapat melahirkan lebih ramai calon UPSR yang cemerlang dari tahun yang lalu. Insya Allah.

Jazakumullah khairan Kathira


Disediakan oleh: Disemak oleh:

A.MURAT BIN ABD>RANI Setiausaha Program Mengejar Impian 5A SK Kem Iskandar.

.. MOHD NOH BIN ABDUL TALIB Penolong Kanan Pentadbiran SK Kem Iskandar

Disahkan oleh:

Anda mungkin juga menyukai