Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS RESTU ILMU

2012

LAPORAN

PENGENALAN :

UPSR semakin tiba. Persediaan mental, fizikal, rohani dan emosi memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan keputusan yang cemerlang. Sokongan dan restu dari guru-guru juga turut menyumbang kepada kecemerlangan akademik. Murid-murid Tahun 6 sangat memerlukan sokongan dan restu dari semua guru sebagai satu suntikan motivasi kepada mereka. Katakata semangat, nasihat dan doa yang diberikan oleh pihak pentadbiran dan guru-guru Tahun 6 juga akan meningkatkan keyakinan mereka menghadapi peperiksaan UPSR

RASIONAL :

MATLAMAT :

1. Melahirkan calon-calon UPSR yang mampu mengurus masa, bermatlamat dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. 2. Memupuk semangat terus berusaha dalam mencapai kejayaan berbekalkan restu, doa, amanat dan nasihat dan kalangan guru-guru. 3. Memupuk nilai kasih sayang dan sikap hormat-menghormati terhadap guru yang telah mencurahkan ilmu selama ini. 4. Melahirkan murid yang penyayang, berakhlak mulia dan berilmu pengetahuan demi mencapai kejayaan pada masa akan datang.

OBJEKTIF :

1. Murid dapat menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru yang mengajar mereka selama ini. 2. Murid dapat memupuk hubungan yang erat antara guru dan murid sehinggalah mereka melangkah ke alam sekolah menengah. Semua murid Tahun 6 10 September 2012 Dataran Berbumbung SKHMC

SASARAN : TARIKH: TEMPAT :

MASA :

11.50 pagi

UBK SKHMC

MAJLIS RESTU ILMU

2012

ANALISIS SWOT Objektif Kekuatan Murid dapat menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru yang mengajar mereka selama ini Memberi penerangan dan kesedaran tentang pengorbanan guru sepanjang mereka berada di sekolah mendidik seawal Tahun 1 sehingga Tahun 6 Emosi murid tidak tersentuh dan tidak mengambil serius apa yang diperkatakan Murid bersalaman dan bermaafkan dengan guru Murid tidak berjumpa dengan semua guru untuk bermaafan Murid dapat memupuk hubungan yang erat antara guru dan murid sehinggalah mereka melangkah ke alam sekolah menengah Menyatakan dan memberi kesedaran bahawa perhubungan guru dan murid adalah berkekalan dan menyatakan kesudian membantu murid walaupun mereka sudah ke sekolah menengah Murid tidak mempunyai hubungan rapat dengan guru. Guru menerima murid seadanya dan tidak memilih murid untuk dibantu. Murid tidak berminat mengambil berat tentang hubungan diantara mereka dan guru mereka.

Kelemahan Peluang Ancaman Objektif

Kekuatan

Kelemahan Peluang Ancaman

UBK SKHMC

MAJLIS RESTU ILMU

2012

CADANGAN Secara keseluruhan program berjalan baik namun masih ada perkara yang boleh diperbaiki iaitu: memastikan penceramah menepati masa bagi mengelakkan majlis terganggu memastikan semua murid berselawat bagi memastikan suasana positif diwujudkan

KEHADIRAN Secara keseluruhannya, kehadiran sangat memuaskan, di mana 98% murid tahun 6 yang terlibat untuk menghadiri program ini telah menghadirinya. Selain itu kebenaran menjalankan aktiviti diwaktu persekolahan turut menyumbang ke arah kehadiran yang memberangsangkan.

Laporan disediakan oleh :

..................................... (AHMAD KAMIL BIN SHARUDIN) Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Hj Mahmud Chemor Ipoh

Disemak dan disahkan oleh :

(MOHAMMAD ROSLI BIN JAAFAR) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Hj Mahmud Chemor Ipoh

UBK SKHMC

MAJLIS RESTU ILMU

2012

Gambar

UBK SKHMC

Anda mungkin juga menyukai