Anda di halaman 1dari 8

CONTOH TEKS KERAJAAN MENTERI PERTAMA (YAB PERDANA MENTERI)

PENERBANGAN TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN PENGGUNA

Terima kasih Tuan Yang Dipertua Dewan, rakan-rakan seperjuangan yang berkarisma delegasi kerajaan, proksi
pembangkang yang dimuliakan, seterusnya saf-saf perwakilan dan hadirin hadirat yang saya hormati sekalian. Salam
perpaduan, salam perdebatan, salam kelestarian bumi Tuhan.

Tuan Yang Dipertua,


Pada hari ini, sidang parlimen menyaksikan pro dan kontra bagi membahaskan usul perwakilan kerajaan iaitu
PENERBANGAN TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN PENGGUNA.

Selaku pihak pencadang, kami bertiga di barisan delegasi kerajaan bersepakat tanpa kompromi menyokong 100% usul
perbahasan pada hari ini DITERIMA.
Sidang perwakilan dan kabinet kerajaan,
Selaku Perdana Menteri di barisan kerajaan, terlebih dahulu izinkan saya memberikan pendefinisian berkenaan usul.
Berpaksikan pada bukti-bukti yang konkrit secara KONSEPTUALNYA

Frasa PENERBANGAN TAMBANG MURAH bermaksud SATU KONSEP YANG AGAK BARU DALAM PERKHIDMATAN KAPAL
TERBANG. TUJUAN UTAMA IALAH KOS TAMBANG YANG MURAH. SUATU KETIKA DAHULU KAPAL TERBANG DIANGGAP
SEBAGAI GAYA HIDUP MEWAH DAN TENTUNYA GOLONGAN ELIT SAHAJA YANG MAMPU MENAIKINYA, KINI SEMUA
ORANG BOLEH MERASAINYA. WALAU BAGAIMANAPUN, PENERBANGAN TAMBANG MURAH BUKANLAH BERMAKSUD
KITA MEMILIH PERKHIDMATAN TIDAK BERKUALITI ATAU TIDAK SELAMAT SEMATA-MATA UNTUK MURAH. KUALITI
DAN KESELAMATAN TETAP MENJADI KEUTAMAAN. CUMA, PENERBANGAN TAMBANG MURAH HANYA MEMERLUKAN
KITA MEMBAYAR BAGI SERVIS YANG KITA PERLUKAN SAHAJA. KITA TIDAK PERLU MEMBAYAR KOS MAKANAN DAN
KOS MUATAN JIKA KITA HANYA MAHU MEMBAWA SEBUAH BEG SANDANG. MENGAPA PERLU BAYAR LEBIH?

Rangkai kata MENGUNTUNGKAN pula kami katakan SESUATU YANG BESINONIM DENGAN MENDATANGKAN UNTUNG,
MENDATANGKAN LABA, MEMBERI KEMEWAHAN, MEMBERI REZEKI

Rangkai kata PENGGUNA membawa maksud SESEORANG INDIVIDU YANG MEMBELI BARANG DAN PERKHIDMATAN
UNTUK KEGUNAAN ATAU PENGGUNAAN DIRI, RUMAH TANGGA ATAU ISI RUMAH ATAU APA-APA SAHAJA YANG
DIHASILKAN DALAM EKONOMI

Dalam isu PENERBANGAN TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN PENGGUNA, teringat pula saya akan sebuah filem
Melayu yang bertajuk Siapa Besar lakonan seniman Ahmad Nisfu, Udo Umar, Mat Sentul, Wahid Satay, Anita Sarawak dan
beberapa orang lagi yang saya tidak ingat namanya. Filem yang berkisar mengenai dua buah kedai jahit yang bersaing
mempromosi syarikat masing-masing. Persaingan antara Kulup Kecil dengan Kulup Besar. Masing-masing merendahkan
harga, memberikan potongan harga, sampai akhirnya ‘percuma’. Penghujungnya yang mendapat faedah ialah pelanggan.
ITULAH KONSEP SEBENARNYA PENERBANGAN TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN PENGGUNA.

Tuan Yang Dipertua dan barisan pembangkang yang dimuliakan,

Selesai sudah pentakrifan usul kita hari ini. Ingin kami tegakkan pendirian kami barisan kerajaan secara konsensus ,
memantapkan kedudukan secara strategik dan pragmatik PENDIRIAN kami bahawa usul PENERBANGAN TAMBANG
MURAH MENGUNTUNGKAN
PENGGUNA perlu DITERIMA. Kecuali pihak pembangkang boleh membuktikan perkara sebaliknya. Janganlah pihak
pembangkang bermimpi di siang hari sehingga ghairah menafikan suatu kenyataan yang utuh dan jitu ini. Hal ini demikian
kerana PENERBANGAN TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN PENGGUNA.

Oleh itu, strategi kerajaan sudah tentu melihat kepada kata kunci PEMANGKIN yang akan dihuraikan kepada 3 aspek
menjadi hujah dan pembawaan kami di barisan kerajaan.

1. DARI ASPEK SEMUA ORANG MAMPU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN UDARA


2. DARI ASPEK MENJANA EKONOMI NEGARA YANG MENGUNTUNGKAN PENGGUNA.
3. DARI ASPEK MENIKMAT PERKHIDMATAN YANG LEBIH BERKUALITI DAN MENGUNTUNGKAN.

1
Seterusnya, izinkan saya sebagai PERDANA MENTERI yang membawa panji-panji kebenaran untuk menyatakan peranan
ketiga-tiga barisan kerajaan hari ini.

Tuan Yang Dipertua,


Selaku PERDANA MENTERI di pihak kerajaan, saya bertanggungjawab untuk meyakinkan dewan dengan membawakan
hujah yang pertama dan saya melakukan sesi penggulungan.

Berdirinya YB MENTERI KEDUA pula akan membidas menteri pertama pembangkang dan membincangkan dua hujah yang
berikutnya.

YB MENTERI KETIGA kerajaan pula akan membidas semua hujah rapuh pihak pembangkang agar terungkai segala
kesangsian dan kekeliruan yang ditimbulkan.

Barisan Pembangkang dan perwakilan sekalian,


Seterusnya kita meniti pula hujah kami yang pertama di bawah lembayung kata SEMUA ORANG MAMPU
MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN UDARA.
Tan Sri Tony Fernandes, Pengasas Air Asia Sdn Bhd berkata, idea untuk menubuhkan syarikat penerbangan datang secara
spontan semasa beliau berada di London, ketika menonton televisyen.

“Saya tertarik melihat iklan sebuah syarikat penerbangan tambang murah, Easyjet. Kemudian saya bergegas ke Lapangan
Terbang Luton di London dan menghabiskan masa selama dua hari di sana. Saya tertarik dengan konsep perniagaan itu
dan bercadang untuk memperkenalkan perkhidmatan itu di Malaysia dan menyimpan impian untuk mengembangkan
konsep itu di rantau Asia.”

Tambahan pula, beliau mendapat tahu bahawa hanya 6 peratus rakyat Malaysia sahaja yang pernah menaiki kapal
terbang. Peratusan yang sangat sedikit itu membuatkan beliau berfikir. Beliau berkata, “saya kenal rakyat di negara saya.
Pertama, jika kita meletakkan harga yang rendah, mereka sanggup membahayakan nyawa mereka. Kedua, semua orang
suka melancong, tetapi kebanyakan orang membelanjakan kos yang melebihi gaji sebulan untuk melancong di dalam
negara.”

Beliau berkata lagi, “saya berpendapat bahawa apabila kita memulakan sebuah perniagaan, perkara paling penting ialah
sama ada terdapat permintaan atau tidak. Saya tahu pasaran menginginkannya. Jika ianya benar, semua perkara dapat
diatasi kerana kuasa permintaan itu lebih kuat.”

Kini, penerbangan tambang murah banyak mendatangkan manfaat kepada rakyat Malaysia. Golongan pelajar, misalnya
tidak mempunyai masalah untuk membeli tiket kapal terbang untuk melaporkan diri di universiti dan kolej di seluruh
negara bagi meneruskan pengajian. Rakyat dari Sabah dan Sarawak, naik kapal terbang bagaikan naik bas di bandaraya
Kuching mahupun Kota Kinabalu. Tambang kapal terbang lebih murah atau sama nilainya dengan tambang bas dari
Kuching ke Sibu atau dari Kuching ke Miri. Semua orang mampu!

Pelbagai urusan masyarakat dengan jabatan-jabatan kerajaan dapat diselesaikan dengan begitu mudah dengan adanya
penerbangan tambang murah, Tun Dr Mahathir (2007). Rakyat dari seluruh negara boleh sampai ke Putrajaya pada waktu
pagi dan balik semula ke tempat mereka pada sebelah petang atau esok hari menggunakan pengangkutan udara. Mereka
tidak perlumenunggu lama untuk menyelesaikan kes-kes tertentu seperti pendaftaran kelahiran lewat di Jabatan
Pendaftaran Negara dan sebagainya. (Tun Abdullah Ahmad Badawi, 2005)

Penerbangan Tambang Murah Menguntungkan Pengguna kerana urusan-urusan kerajaan menjadi lebih lancar dan
berkesan. Kini, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sibu dilakukan sebanyak 6 kali sehari. Oleh itu, pengguna tidak perlu
menunggu waktu yang lama untuk terbang kerana secara puratanya setiap 2 jam 30 minit ada satu penerbangan akan
dilangsungkan. Pengguna boleh merancang waktu. Bagi kakitangan kerajaan terutamanya golongan guru yang perlu
berkursus, mereka masih boleh mengajar pada sebelah pagi dan terbang pada sebelah petang kerana terikat dengan
konsep MMI, yakni Melindungi Masa Instruksional (Bekas Pengarah Pendidikan Sarawak, Encik Abdillah Adam)

Nama Datuk Seri Anthony Fernandes cukup tersohor sebagai ikon dunia penerbangan komersil pada hari ini. Beliau
mampu memimpian syarikat AirAsia sehingga diiktiraf sebagai penerbangan tambang murah terbaik di dunia. AirAsia
cukup sinonim dengan slogan “Now Everyone Can Fly” — (Kini Semua Orang Boleh Terbang). Perkataan ‘semua’
2
bermaksud tiada yang tertinggal. Oleh itu, bagi merealisasikan matlamat itu, AirAsia cukup bertungkus lumus
menyediakan pebagai kemudahan dan merendahkan tambang supaya semua orang dapat ‘terbang’. Hasilnya hampir
semua orang mampu terbang hingga ke hari ini. Terima kasih Datuk Seri Tony Fernandes! Dahulu, jika si anak pergi ke
Semenanjung Malaysia untuk bekerja atau melanjutkan pelajaran, hanya surat jadi pengubat rindu bagi si ayah dan si ibu.
Kini, jika rindu, klik sahaja laman web MAS, Air Asia, atau Malindo Air, tengok harga tiket dan beli, esok datanglah ibu,
muncullah ayah di depan mata! Hubungan kekeluargaan tidak terjejas walaupun kita bekerja jauh beribu batu. Inilah
nikmat dan keseronokan dengan adanya penerbangan tambang murah.

Nikmat yang diperoleh daripada penerbangan tambang murah ialah integrasi wilayah dapat diperhebat. Jika dahulu,
hubungan penduduk di tanah semenanjung dengan borneo bagaikan terlalu jauh, kini segala- galanya amat mudah
dengan adanya penerbangan tambang murah. Segala syak wasangka dan curiga dapat dikikis dari jiwa apabila kita datang
sendiri dan melihat sendiri, cara hidup dan adat resam antara sesama (Bekas Menteri Kesenian, Budaya dan Warisan,
Datuk Seri Rais Yatim) Dengan adanya tambang yang murah, rakyat Perlis mampu ke Sabah manakah rakyat Sabah
mampu ke Perlis, mampu ke Kedah.

Anirban Chowdhury, penulis The Econimic Times menyatakan penerbangan tambang murah seperti Air Asia memberi
peluang kepada segenap lapisan masyarakat merasai keseronokan melihat indahnya awan di udara. Dengan adanya
peluang ini mereka mampu menjelajah sekurang-kurangnya di negara sendiri dengan lebih mudah dan murah. Hidup
menjadi lebih bermakna dan lebih ceria. Masalah harga tiket bukanlah masalah utama, luangkan sedikit masa, terbanglah
ke mana-mana untuk memulihkan semangat yang kian pudar agar kembali bercahaya dan bersinar.

Maka saya tegakkan kembali kes dan pendirian kami di barisan kerajaan, betapa kami percaya dan yakin DARI ASPEK
SEMUA ORANG MAMPU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN UDARA. Saya
mohon agar usul yang diperdebatkan pada hari ini diterima. Mohon untuk terus mencadang.

3
CONTOH TEKS MENTERI KEDUA (TIMBALAN PERDANA MENTERI)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Speaker Dewan, rakan-rakan Yang Berhormat daripada
pihak kerajaan, barisan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan sekalian.

Tuan Yang Dipertua,

Sebagai menteri yang kedua, saya pastinya menolak definisi usul yang telah dipinda oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi
iaitu “Pemantauan Pihak Berkuasa Tidak Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah”. Jadi
saya memohon agar definisi usul itu dipinda semula seperti definisi yang diberikan oleh Perdana Menteri, iaitu “Pemantauan
Pihak Berkuasa Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah”.

Tuan Yang Dipertua,

Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya, saya akan membidas hujah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang
sebentar tadi. Ketua Pembangkang mengatakan bahawa pemantauan yang kurang berkesan tidak dapat mencegah masalah
keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah.

Tuan Yang Dipertua,

Sebenarnya, pihak berkuasa mempunyai prosedur atau peraturan yang menjadi garis panduan untuk meluluskan tender
kantin kepada pengusaha yang berjaya. Selepas itu, pihak berkuasa hendaklah memantau pengusaha-pengusaha kantin
sekolah yang sedang menjalankan operasi itu dengan berkesan. Jadi, sepatutnya pihak berkuasa hendaklah menjalankan
tanggungjawab mereka itu dengan berkesan. Sekiranya mereka menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, sudah pasti
masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah akan dapat diatasi. Mungkin ada segelintir pihak yang berkuasa
tidak menjalankan pemantauan yang berkesan tetapi bukan bermakna semua pihak berkuasa tidak menjalankan pemantauan
yang berkesan. Jika berlaku juga sebahagian kecil pihak berkuasa yang tidak menjalankan pemantauan dengan berkesan,
sudah pasti mereka juga akan dikenakan tindakan kerana kecuaian. Oleh itu, perkara pokoknya di sini ialah pihak berkuasa
sepatutnya menjalankan pemantauan dengan berkesan untuk mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid
sekolah iaitu, sebelum nasi menjadi bubur.

Tuan Yang Dipertua,

Pemantauan pihak berkuasa akan dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah, jadi hujah
saya yang pertama iaitu berpaksikan frasa, pemeriksaan berkala secara kerap. Selepas tender diberikan kepada pengusaha
kantin, pihak berkuasa perlulah membuat pemeriksaan berkala secara kerap terhadap pengusaha kantin tersebut. Pihak
berkuasa seperti pegawai-pegawai daripada Jabatan Pelajaran dan Kementerian Kesihatan perlulah membuat pemeriksaan
secara mengejut untuk memastikan makanan yang disediakan benar-benar bersih dan selamat untuk dimakan oleh murid-
murid. Sampel makanan pula perlulah diperiksa dan dibuat uji kaji di makmal untuk memastikan kebersihan dan
keselamatannya. Selain itu, pekerja-pekerja yang terlibat untuk menyediakan makan perlulah mematuhi syarat-syarat
atau garis panduan yang telah ditetapkan. Sekiranya langkah-langkah ini dijalankan, sudah pasti keracunan makan dalam
kalangan murid sekolah tidak akan berlaku.

Tuan Yang Dipertua,

Sekiranya pemeriksaan berkala secara kerap dijalankan sudah pasti pihak pengusaha kantin akan mementingkan kebersihan
dalam aspek penyediaan makanan. Oleh itu, pengusaha kantin perlulah memastikan tangan pekerja yang menyediakan
makanan benar-benar bersih dan premis penyediaan makanan mereka bersih. Selain itu, tukang masak juga perlu memakai
topi dan apron di samping memotong kuku mereka agar bersih. Sayur-sayuran atau bahan-bahan yang hendak dimasak
perlulah dibersihkan dengan air yang secukupnya, di samping tidak mendedahkan makanan kepada lalat atau serangga yang
lain. Jika langkah sediakan payung sebelum hujan ini diambil oleh pengusaha kantin, sudah tentulah masalah keracunan
makanan dapat dielakkan daripada berlaku kepada murid-murid sekolah.

Tuan Yang Dipertua,

Hujah saya yang kedua iaitu berpaksikan frasa, mengadakan kursus kepada pengusaha kantin. Pihak berkuasa perlulah
mengadakan kursus yang berkaitan dengan aspek kebersihan dalam pengendalian makanan kepada pengusaha-pengusaha
kantin sekolah. Melalui kursus tersebut, pengusaha kantin akan mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh demi menjaga
4
kebersihan makanan di kantin sekolah. Dengan perkataan lain, sudah tentu mereka akan diberikan pendedahan tentang cara-
cara untuk menyediakan makanan yang bersih dan selamat kepada murid-murid sekolah. Pekerja-pekerja kantin itu juga
didedahkan dengan aspek kebersihan dan kesihatan yang perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan. Selain itu,
mereka perlu memakai pakaian yang sepatutnya dipakai semasa memasak makanan dan menjaga kebersihan seperti
memastikan kuku mereka dipotong, membasuh tangan sebelum memegang makanan dan memakai penutup rambut. Oleh
itu, masalah keracunan makanan dalam kalangan murid-murid sekolah akan dapat diatasi dengan efektif.

Tuan Yang Dipertua,

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini seratus peratus dan memohon agar usul ini diluluskan
oleh dewan yang mulia ini dengan suara majoriti.

Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadang.

Sekian, terima kasih.

5
CONTOH TEKS MENTERI KETIGA (MENTERI PERTAHANAN)

Sekalung apresiasi buat Tuan Yang Di-Pertua Dewan, angkatan delegasi kehakiman yang bermahkotakan keadilan, barisan
pembangkang yang dihormati tetapi tidak sekali-kali kami geruni, seterusnya pejuang-pejuang delegasi kerajaan intelektif, serta
kulawangsa dewan yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum w.b.t serta salam persidangan.

Sudah terang lagi bersuluh, "Istilah 'Gentleman' Menghakis Jati Diri Lelaki". Maka, kami kami selaku angkatan delegasi
kerajaan tetap utuh, seia dan sekata menyokong, menegakkan serta mempertahankan usul yang menjadi tajuk perdebatan kita
pada hari ini. Kami akan tetap berdiri teguh dan tidak akan sesekali berganjak walau sebesar zarah sekalipun daripada
pendirian kami iaitu "Lelaki 'gentleman' tiada ketegasan kerana terlalu bersikap berlemah-lembut dan tidak rasional terhadap diri
sendiri."

Sebelum kaki menongkah arus gelombang perbahasan yang lebih mendalam serta menampilkan bukti-bukti baru, molek
kiranya saya ranapkan hujah pihak pembangkang yang telah diutarakan sebentar tadi. Yang Berhormat Ketua Pembangkang
Sebentar tadi telah mengatakan bahawa "lelaki adalah pelindung wanita". Persoalannya, sedangkan lelaki yang kononnya
dikatakan 'gentleman' juga tidak berani bersuara mempertahankan hak diri sendiri, bagaimana pula untuk menjadi pelindung
kepada wanita ? Sila rungkai, Yang Berhormat.

Seterusnya, Yang Berhormat Ketua Pembangkang juga telah mengaku dengan lidahnya sendiri bahawa mereka kurang
memahami apa yang kami persoalkan. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka terpesong jauh daripada landasan perdebatan
kita pada hari ini. Yang Berhormat pembangkang kedua telah mengutarakan isu 'jantina' padahal apa yang kita perdebatkan
adalah isu jati diri lelaki, bukan jantina. Apa kaitan jantina dengan usul ? Sila rungkai.

Tuan Yang-Dipertua,
Setelah menjalankan bedah siasat secara imperedikal, nampak gayanya pihak pembangkang langsung tidak memahami usul
yang kami kemukakan. Mereka juga langsung tidak memahami konsep 'gentleman'. Ini jelas menunjukkan bahawa barisan
pembangkang terpesong jauh daripada landasan perdebatan. Segala afidavit yang telah kami lancarkan terus memuncak
meranapkan jentera pertahanan pasukan pembangkang. Kedudukan sekarang ini Kerajaan 8, Pembangkang 0.

Segala persoalan demi persoalan kami lemparkan, satupun tidak terjawab. Detik demi detik telah berlalu, segala bukti yang
kami inginkan juga tidak menemui jawapan daripada mereka. Sebaliknya, hujah mereka yang menemui ajal setelah kami
ranapkan. Begitu cepat dan pantas mereka mengalah. Gawang pasukan pembangkang yang kononnya utuh telah berjaya kami
tembusi dengan wasilah hujah dan bukti yang sahih, releva, holistik, komprehensif serta kukuh dan teguh.

Tuan Yang Di-Pertua,


Kelamahan indikator pihak pembangkang seterusnya, kami dapati bahawa mereka salah tafsir terhadap istilah 'gentleman'
secara konseptual berdasarkan usul yang diperdebatkan. Wahai Yang Berhormat di barisan pembangkang, definisi 'gentleman'
secara konseptual di sini bermaksud terlalu baik atau prihatin terhadap orang lain sehingga mengabaikan hak diri sendiri.

Hasil kajian dan analisis yang telah dibuat oleh seorang professor dari Universiti Malaya, 97.43% daripada lima ratus ribu orang
responden mendefinisikan istilah 'gentleman' sebagai 'berani'. Itu hanya persepsi sarwa. Takrifannya secara konseptual oleh
golongan professional berlandaskan usul perdebatan kita telahpun diperjelaskan sebentar tadi.

Sidang perwakilan sekalian,


Seperti yang telah diutarakan oleh YAB Berhormat Perdana Menteri sebentar tadi, istilah 'gentleman' melahirkan lebih ramai
golongan polos. Di sini saya perkukuhkan serta perkebalkan lagi jentera pertahanan delegasi kerajaan dengan afidavit kalis
bidasan. Lelaki 'gentleman' akan sentiasa menghormati seorang perempuan tidak kira apa jua situasi atau keadaan. Ini telah
dibuktikan oleh para saintis di sebuah makmal yang berpusat di Australia. Lelaki seperti ini seringkali diperhambakan oleh
wanita. Sehingga pada satu tahap, wanita sudah berani menengking dan mengarah lelaki. Di mana letaknya sifat ketegasan
pada seorang lelaki ? Lelaki 'gentleman' seperti inikah yang dunia mahu untuk dijadikan pemimpin ? Lama-kelamaan lelaki pula
yang menjadi amah.

Tuan Yang Di-Pertua,


Simptom kepincangan indikator pihak pembangkang seterusnya, kami dapati bahawa mereka juga tidak jelas dengan indikator
kedua kami menyebabkan mereka terumbang-ambing di laman sendiri. Pernakah sidang dewan mendengar ungkapan "bukan
takut, tetapi mahu jaga hati isteri." ? Alasannya seringkali kita dengar. Alasan ini sangat popular untuk menjustifikasikan satu
6
tindakan yang tidak wajar oleh seseorang lelaki. Ini jelas menunjukkan bahawa "Istilah 'Gentleman' Menghakis Jati Diri Lelaki".

Oleh kerana sikap yang tidak berani bersuara atau berterus-terang seperti ini, implikasi bagi yang berpoligami ialah. isteri tidak
mendapat hak yang sepatutnya. Bukan itu sahaja, si suami juga cuai dalam memberi nafkah. Akhirnya si isteri menuntut fasakh.
Kesannya, anak-anak hilang tempat bergantung, kurang kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa.

Sidang perwakilan sekalian,


Lhatlah betapa rumitnya implikasi terhadap golongan lelaki yang tidak berani bersuara. Adakah ini yang kita inginkan ? Dek
kerana tiada ketegasan, musnah segalanya. Di mana hilangnya ketegasan pada seseorang lelaki ? Itu yang kami persoalkan.
Masa demi masa berlalu, detik demi detik berjalan, tiada satupun jawapan yang kami terima daripada pihak pembangkang.
Maka, jelaslah bahawa istilah 'gentleman' melahirkan lebih ramai golongan lelaki yang tidak berani mempertahankan hak diri
sendiri, golongan lelaki yang tidak berani bersuara sekaligus meningkatkan kadar perceraian.

Tuan Yang Di-Pertua,


Panjang lebar hujah pihak pembangkan tetapi pada hakikat isinya kosong. Ibarat besar sesendal daripda gelegar. Satu demi
satu tembok pertahanan mereka telah kami ranapkan. Duhai ahli-ahli perwakilan sekalian, tatap dan renunglah wajah-wajah
yang menyokong penundukan terhadap lelaki, wajah-wajah yang menyokong peningkatan kadar perceraian. Adakah kita ingin
menyaksikan dunia tunduk kepada kebatilan? Fikir-fikirkan.

Ahli-ahli dewan sekalian,


Indikator telah kami utarakan, bukti telah kami tampilkan. Sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa kami di delegasi kerajaan seia
dan sekata akan tetap berdiri teguh dengan pendirian pasukan kami iaitu "Lelaki 'Gentleman' Tiada Ketegasan Kerana Terlalu
Bersikap Berlemah-lembut Dan Tidak Rasional Terhadap Diri Sendiri".

Sekian, adiwangsa kerajaan mohon terus menyokong.

Teks Ucapan Penggulungan KERAJAAN


Assalamualaikum dan selamat sejahtera Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan
sekalian.

Tuan Yang Dipertua,


Bertemu sekali lagi dalam sesi penggulungan kali ini. Dalam sesi penggulungan ini saya akan membidas ketiga-tiga hujah
pincang yang telah dikemukakan oleh barisan pembangkang sebentar tadi dan seterusnya saya akan merumuskan hujah-hujah
kerajaan.

Saya akan membidas hujah yang dikemukakan oleh pihak pembangkang iaitu bangunan bersejarah itu memerlukan
kos yang tinggi untuk mengekalkannya. Beliau mengatakan bahawa kerajaan terpaksa membelajakan wang yang banyak
untuk memulihara dan mengekalkan bangunan bersejarah yang rata-ratanya sudah lama ditinggalkan oleh penjajah.
Sebenarnya, kita perlu sedar bahawa kos yang dibelanjakan tersebut tidak sama dengan nilai sejarah yang terdapat pada
bangunan tersebut yang tidak boleh dijual beli atau ditukar ganti. Jadi, bangunan tersebut sememangnya perlu dijaga dan
dipulihara daripada musnah ataupun rosak, walaupun terpaksa menanggung kos yang tinggi. Kita tidak mahu bangunan yang
7
tinggi nilai sejarahnya ini rosak atau musnah kerana bangunan tersebut tidak dapat digantikan dengan bangunan yang baharu
kerana bangunan yang baharu itu tidak sama nilai sejarahnya dengan bangunan yang asal.

        Hujah kedua pembangkang pula ialah saingan dengan bangunan baharu. Pembangkang mengatakan bahawa bangunan
bersejarah tidak perlu dikekalkan sebagai warisan negara kerana adanya faktor saingan dengan bangunan baharu. Saya
membidas hujah ini kerana kita sedia maklum bahawa bangunan baharu sememangnya lebih cantik, besar, unik dan canggih.
Namun demikian, bangunan yang baharu dibina ini tidak mempunyai nilai sejarahnya seperti bangunan-bangunan bersejarah
yang terdapat di negara kita. Kita memang boleh membina banyak bangunan baharu tetapi apakah unsur sejarah yang
terdapat pada bangunan tersebut? Sudah tentu jawapannya, tiada unsur sejarah yang hendak ditonjolkan berbanding dengan
bangunan-bangunan bersejarah tinggalan penjajah yang sarat dengan unsur sejarah yang tidak boleh ditukar ganti dengan
bangunan baharu.

Tuan Yang Dipertua,


            Beralih pula kepada hujah ketiga pembangkang, iaitu kesukaran untuk mengekalkan keaslian akibat dipulihara.
Pembangkang mengatakan bahawa bangunan bersejarah tidak perlu dikekalkan sebagai warisan negara kerana memang sukar
untuk mengekalkan keaslian bangunan tersebut akibat proses pemuliharaan yang dilakukan terhadap bangunan tersebut.
Semasa proses memulihara bangunan bersejarah itu dijalankan, sudah tentu akan berlaku kerosakan pada bangunan tersebut.
Hal ini demikian kerana, bangunan tersebut sudah lama dibina dan mungkin ada yang sudah tidak kukuh lagi. Saya membidas
hujah pembangkang ini kerana semasa kerja-kerja pemuliharaan dijalankan, pihak kerajaan akan memastikan pekerja-
pekerja yang menjalankan kerja-kerja pemuliharaan haruslah terdiri daripada pekerja-pekerja yang mahir dan
berpengalaman dalam kerja-kerja pemuliharaan bangunan lama dan bersejarah. Jadi, pihak kerajaan akan memastikan
bahawa langkah ini akan dijalankan semata-mata untuk mengekalkan keaslian bangunan bersejarah yang terdapat di negara
kita.

Tuan Yang Dipertua,


Seterusnya saya akan merumuskan ketiga-tiga hujah kerajaan seperti yang telah dikemukakan dalam sesi pertama
sebentar tadi. Hujah kerajaan yang pertama berdasarkan indikator mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Bangunan
bersejarah yang terdapat di negara kita ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi bukan sahaja kepada negara kita, malahan
kepada dunia. Hal ini jelas terbukti dengan perisytiharan Tapak Warisan Dunia yang dianugerahkan oleh Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu melalui UNESCO pada tahun lepas kepada negeri Melaka dan Pulau Pinang. Badan dunia yang disegani ini
sudah tentu memilih kedua-dua buah negeri tersebut kerana di Melaka dan Pulau Pinang memang banyak terdapat bangunan
yang bersejarah dan nilai sejarahnya itu amat tinggi.  
Hujah kerajaan yang kedua berpaksikan frasa, sebagai bahan kajian. Bangunan bersejarah yang terdapat di negara
kita ini menjadi tumpuan para pengkaji dalam pelbagai bidang. Banyak aspek yang boleh dikaji oleh para penyelidik
bangunan lama yang memiliki unsur sejarah yang tinggi ini. Para pengkaji atau penyelidik akan melaporkan hasil kajian
tersebut dalam bentuk penulisan atau dokumentari agar dapat dibaca, ditonton dan seterusnya difahami oleh   masyarakat
Malaysia dan juga masyarakat antarabangsa. Berdasarkan kajian itu juga, para pengkaji akan mendapat pengetahuan yang
berguna tentang ilmu senibina yang telah digunakan oleh arkitek atau jurubina pada zaman dahulu.   
  Hujah kerajaan yang ketiga iaitu berpaksikan frasa, menarik pelancong. Bangunan-bangunan bersejarah itu berupaya
untuk menjadi daya tarikan utama kepada pelancong dari dalam atau luar negara. Para pelancong yang datang ke negara kita
pastinya hendak melihat kesan-kesan sejarah tinggalan penjajah zaman dahulu. Oleh itu, bangunan-bangunan tersebut
merupakan sebahagian daripada kesan sejarah dan perlulah dikekalkan dan dipulihara daripada musnah. Jadi, bangunan-
bangunan tersebut perlulah dipelihara dan dikekalkan keasliannya sampai bila-bila, seperti kata pepatah, “Tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas”, dan boleh disaksikan oleh generasi yang akan datang.

Tuan Yang Dipertua,


Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tetap mempertahankan usul yang dibentangkan ini iaitu
bangunan bersejarah perlu dikekalkan sebagai warisan negara. Jadi, berdasarkan rumusan hujah mantap yang saya nyatakan
tadi, saya memohon usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan sebulat suara.

Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadang.


Sekian, terima kasih.        

Anda mungkin juga menyukai