Anda di halaman 1dari 12

Penghargaan

Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kami menyiapkan
kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Universiti Sains Malaysia kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan kerja kursus ini
dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan
bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami.
Kami juga mengucapkan terima kasih kepada . yang telah banyak memberi tunjuk ajar
serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan
sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini .Selain itu juga, kami mengucapkan terima
kasih kepada tuan kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini
sehingga jayanya.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta dorongan
dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan
kalian mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakanrakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan- rakan seperjuangan yang samasama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam
membantu kami menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan ilmu
pengetahuan

kami

disamping

dapat

menjadi

pekerja

yang

bertanggungjawab

bagi

membangunkan negara Malaysia yang tercinta. Selain itu juga, harapan kami agar dapat
memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita samasama menjadi pekerja yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan
sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam kepada masyarakat setempat khususnya.

Pengenalan
Apabila menyebut tentang syarikat penerbangan di Malaysia, pasti ramai pihak yang lebih
mengenali AirAsia berbanding Malaysia Airlines atau (MAS). Ini semua kerana strategi tambang
murah yang diperkenalkan telah menjadikan AirAsia pilihan utama rakyat Malaysia ketika ini
dan pesaing utama kepada MAS. Sejarah awal penubuhan AirAsia adalah bermula pada tahun
1993 dan secara rasminya beroperasi pada 18 November 1996. Ia adalah dibawah naungan
DRB-Hicom yang merupakan sebuah syarikat milik kerajaan.
Di awal pembabitan mereka dalam bidang ini, bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr.
Mahathir Bin Mohamad telah menasihati Tony Fernandes, seorang usahawan dari Malaysia
supaya membeli syarikat penerbangan sedia ada walaupun syarikat itu banyak menanggung
hutang. Proses pengambil alihan itu ternyata berjaya mengubah AirAsia daripada sebuah
syarikat penerbangan komersial yang memiliki rangkaian dengan kerajaan menjadi syarikat
tambang murah yang sangat berjaya.
Beliau telah memperkenalkan pakej tambang murah dengan tagline Now Everyone Can Fly
yang berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap AirAsia. Keberanian Tony Fernandes
dapat dilihat apabila beliau mencagarkan asetnya iaitu rumah dan juga duit simpanan sendiri
dalam untuk dijadikan modal bagi mengambil alih AirAsia yang ketika hanya mempunyai dua
boeing 737-300 dan tanggungan hutang berjumlah RM 40 juta yang akhirnya menjadi pemacu
utama industri penerbangan.
Kemunculan syarikat penerbangan yang menggunakan strategi tambang murah beberapa
tahun kebelakangan ini telah membuka satu dimensi baru dalam permintaan industri
penerbangan

terutama

selepas

krisis

ekonomi

dunia

pada

tahun

2008/2009

(Wong & Musa 2011). Di rantau ASEAN terdapat banyak syarikat penerbangan tambang murah
telah muncul di pasaran seperti sebagai Firefly, AirAsia ( Malaysia), Cebu Pacific, Zest Airways
( Filipina ); Jetstar Airways , Tiger Airways (Singapura ), Nok Air , Orient Thai Airlines
(Thailand); Malindo Air, Similan , Lion Air, Mandala Airlines (Indonesia) dan Air Mekong
(Vietnam ). Jurang yang rendah diantara segmen pasaran kos di pasaran Malaysia yang telah
memberi inspirasi kepada Tony Fernandes untuk memperkenalkan konsep tambang murah ini
pada tahun 2001 yang telah memberikan impak yang besar kepada AirAsia.

Selepas peristiwa 11 September 2001 yang telah menggegarkan dunia, semua pihak
mengatakan bahawa Tony Fernandes adalah seorang yang gila dan meramalkan yang AirAsia
akan gagal kerana masyarakat dunia pada ketika itu berada dalam ketakutan. Tetapi sangkaan
itu meleset kerana setahun selepas pengambil alihan tersebut air asia telah berjaya
membersihkan segala hutang yang ada dan Tony Fernandes telah diberikan penghormatan
gelaran Dato Seri oleh Kerajaan Malaysia dan Legion dHonneur oleh Kerajaan Perancis.
Latar belakang Tony Fernandes

Tony Fernandes dilahirkan pada 30 April 1964 di Kuala Lumpur, ayah beliau berasal dari
Chennai, India dan ibunya merupakan Serani Kristian campuran yang berketurunan Portugis
dan Melaka. Beliau mendapat pendidikan awal di Epsom College pada tahun 1977-1983 dan
merupakan graduan lulusan dari London School of Economics pada tahun 1987. Beliau jega
pernah bekerja sementara dengan Virgin Atlantic sebagai Pengawal Kewangan. Beliau juga
merupakan Ketua Pegawai Eksekutif yang paling muda dalam Warner Music Records
(Malaysia) sebelum memutuskan untuk menubuhkan Tune Air Sdn. Bhd dan meneroka ke
dalam perniagaan syarikat penerbangan .
Niat awal Tony Fernandes dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri ketika itu , Tun Dr
Mahathir Mohamad , pada Jun 2001 adalah untuk mendapatkan pengesahan rasmi Perdana
Menteri untuk menjadi pengendali baru dalam industry penerbangan Malaysia (Ismail , 2010).
Pada mesyuarat itu, Fernandes telah mendaftarkan syarikat bernama Tune Air Sdn. Bhd di
Kuala Lumpur dengan tiga rakan lain. Tanpa mengeluarkan lesen baru, Tun Dr. Mahathir

Mahathir telah mencadangkan bahawa Tune Air boleh memperolehi syarikat penerbangan
dengan mengambil alih AirAsia yang sedang mengalami masalah.
Fernandes telah mencipta semula dan mengubahsuai AirAsia berdasarkan syarikat
penerbangan tambang murah Ireland yang telah Berjaya iaitu Ryannair. Beliau mensasarkan
jutaan orang Asia yang tidak pernah menaiki kapal terbang untuk merasai pengalaman
menaikinya. Menjelang tahun berakhir 30hb Jun 2006, AirAsia telah berkhidmat di 65 buah
bandar dan membawa 9.3 juta orang penumpang (Ismail, 2010).
Latar Belakang Syarikat Airasia
Airasia merupakan salah satu daripada pemenang anugerah bagi syarikat tambang murah
terbesar di asia semenjak mula beroperasi pada tahun 2001. Dengan memiliki 72 buah
pesawat, airasia telah terbang merentasi 61 destinasi domestic dan 108 destinasi bagi laluan
antarabangsa dan mengendalikan 400 penerbangan setiap hari daripada hab yang terletak di
Malaysia, Thailand dan Indonesia.
Airasia percaya terhadap tanpa perkhidmatan yang lebih, mudah, konsep perniagaan tambang
murah dan merasakan dengan mengekalkan konsep ini memerlukan kecekapan yang lebih
tinggi dalam setiap urusan perniagaan mereka. Melalui falsafah korporat iaitu Now Everyone
Can Fly ternyata airasia telah mencetuskan satu revolusi baru dalam industry penerbangan
apabila Berjaya memikat hati pelancong untuk memilih asia sebagai destinasi untuk percutian.
Terkenal dengan falsafah now everyone can fly yang membawa maksud member peluang dan
ruang kepada semua orang untuk memilih kos penerbangan yang paling murah dan mampu
dibayar walaupun mereka bukan terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

Definisi Teori Organisasi


Organisasi adalah dianggotai oleh sekumpulan individu yang bekerja bersamasama ke arah
mencapai matlamat yang sama. Organisasi sebagai satu unit sosial yang mengandungi
manusia yang bekerjasama dan saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai
matlamat setiap manusia itu dan organisasinya Organisasi merupakan himpunan individu (dua
atau lebih) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja, yang diselaraskan untuk
mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.
Menurut kamus dewan edisi keempat, organisasi ialah kesatuan, susunan yang terdiri daripada
bahagian-bahagian (orang dan lain-lain) dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan,
dan lain-lain) untuk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dan sebagainya). James D
Mooney berpendapat bahwa Organization is the form of every human, association for the
assignment of common purpose atau organisasi adalah setiap bentuk kerjasama untuk
pencapaian suatu tujuan bersama. Chester L Bernard (1938) mengatakan bahawa Organisasi
adalah system kerjasama antara dua orang atau lebih yang sama-sama memiliki visi dan misi
yang sama.
Sebuah organisasi dapat terbentuk karena dipengaruhi oleh beberapa aspek seperti penyatuan
visi dan misi serta tujuan yang sama dengan perwujudan eksistensi sekelompok orang tersebut
terhadap masyarakat. Organisasi yang dianggap baik adalah organisasi yang dapat diakui
kewujudannya oleh masyarakat disekitarnya, kerana memberikan sumbangan seperti
pengambilan sumber daya manusia dalam masyarakat sebagai anggotanya sehingga
mengurangkan angka pengangguran. Paul Preston dan Thomas Zimmerer mengatakan
bahawa organisasi adalah sekumpulan orang-orang yang disusun dalam kelompok-kelompok,
yang bekerjasama untuk mencapai tujuan bersama.
Berdasarkan kepada teori-teori organisai yang telah diterbitkan oleh para pengkaji, dapat
disimpulkan disini bahawa organisasi adalah sekumpulan manusia yang terdapat dalam sebuah
tempat yang melakukan kerja-kerja secara bersama bagi meralisasikan misi dan visi
organisasinya. Bagi mewujudkan sebuah organisasi yang berjaya, komitmen daripada semua
pihak amat perlu dan mestilah selari dengan matlamat organisasi.

Ciri-ciri teori organisasi airasia


Bagi syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, Tony Fernandes telah menggunakan teori
pengurusan dalam mengembangkan organisasinya. Teori pengurusan adalah teori yang kedua
daripada teori organisasi klasik dan ianya telah berkembang sejak tahun 1990 dan ia lebih
menerapkan proses pengurusan berbanding dengan proses teknikal. Sebahagian besar
daripada teori ini telah dikembangkan oleh Henri Fayol dan Lyndall Urwick dari Eropah dan
Mooney dan Reily dari Amerika Syarikat. Teori ini dijkenali juga sebagai struktur pyramid dalam
system pengurusan dimana pengurus ditempat teratas iaitu Tony Fernandes bagi airasia dan
pekerja adalah ditempat yang paling bawah.
Henry Fayol mengatakan bahawa semua kegiatan industri dapat dibahagikan kepada dua
kategori yang utama iaitu penstrukturan dan pengkhususan.
1) Penstrukturan
Konsep ini adalah lebih terkenal dengan konsep piramid iaitu pengarah eksekutif berada
dibahagian paling atas manakala golongan pelaksana atau pekerja berada di barisan paling
bawah.

Semua pekerja berada dibawah naungan seorang ketua dan setiap ketua adalah

bertanggungjawab kepada pekerjanya sahaja dalam satu kumpulan. Setiap pekerja akan
melakukan tugasan yang sama setiap waktu kerja dan ketua akan memantau bagi
memastikkan setiap pekerja melaksanakan tugasan mereka.
2) Pengkhususan
Bagi konsep pengkhususan pula setiap pekerja yang telah dibahagikan mengikut kepakaran
dalam bidang masing-masing dan pembahagian tugasan ini merangkumi bahagian pemasaran
atau bahagian penambahbaikan. Umum mengetahui bahawa dalam bidang penerbangan
jumlah pelanggan adalah tidak terhad dan datang daripada pelbagai kategori sama ada kaya,
sederhana dan juga tidak berkemampuan. Selain itu, geografi atau keadaan persekitaran juga
akan mengubah strategi pemasaran yang digunakan oleh AirAsia kerana perkhidmatan yang
diberikan kepada keadaan sesebuah Negara, politik, agama dan ekonomi sesebuah Negara.

3) Kegiatan

kewangan

seperti

pembiayaan,

pelaporan

untung

rugi

dan

pembelanjaan lain
Laporan kewangan sesebuah organisasi adalah penting kerana disini kita dapat melihat rekod
pembayaran untung dan rugi di samping pelbagai lagi perbelanjaan lain. Semakin banyak
keuntungan yang diperoleh semakin kukuh sesebuah organisasi. Kebajikan pekerja juga perlu
dijaga ini kerana pekerja merupakan aset yang amat penting dalam organisasi ini kerana bukan
hanya mesin yang digunakan tetapi juga kepakaran dan tenaga manusia. Oleh itu pembiayaan
gaji, bonus dan juga insurans kepada pekerja akan meningkatkan lagi motivasi mereka untuk
bekerja dengan lebih baik.
Amalan AirAsia dengan Teori Pengurusan
Airasia telah pun menggunakan strategi-strategi berdasarkan apa yang dihuraikan oleh Henri
Fayol dalam organisasinya. Tony Fernandes telah menggunakan strategi ini dan menjadikan ia
sebagai plan dalam perniagaannya.
Secara asasnya, konsep penstrukturan ini adalah berdasarkan kepada struktur piramid dimana
setiap orang atau bahagian didalam organisasi adalah saling berkaitan dan memerlukan antara
satu bahagian dengan bahagian yang lain. Sementera itu, bagi pengkhususan pula, setiap
bahagian mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing dan ini amat perlu kerana
pengkhususan akan menjadikan organisasi itu lebih tersusun. Sebagai contoh, dalam
organisasi AirAsia mempunyai bahagian kewangan, sumber dan juga mekanikal. Jika bahagian
jurutera melakukan tugas kewangan ini tentu akan memberikan masalah kepada mereka.
Apakah rahsia kejayaan yang telah digunapakai oleh Dato Seri Tony Fernandes sehingga
berjaya meletakkan AirAsia di tahapnya sekarang? Adakah semata-mata hanya kerana
tambangnya yang murah? Ataupun kerana daya penarik pramugari-pramugarinya yang
beruniform merah? Jawapannnya, tiada rahsia, yang ada hanyalah strategi perniagaan yang
tepat yang digunakan oleh AirAsia. Strategi perniagaan AirAsia bukan sahaja terbatas pada
strategi pemasaran dan poduk semata-mata tetapi ia mencakupi dari semua aspek termasuk
pengurusan organisasi.

Antaranya ialah pengurusan pasukan gerak kerja yang berkesan. AirAsia menggelarkan
pekerja-pekerjanya AllStars kerana bagi AirAsia faktor utama yang menyumbang kepada
kejayaannya adalah peranan yang dimainkan oleh pekerja-pekerjanya. Walau secanggih mana
pun pesawat atau sistem pengkomputeran operasi yang digunakan oleh AirAsia ianya tidak
akan bermakna apa-apa jika tiada pekerja yang menggerakkannya.
Bagi melahirkan pasukan kerja yang berkesan, AirAsia bukan sahaja memberikan latihan yang
sewajarnya kepada para pekerjanya malah AirAsia mengambil inisiatif menubuhkan Unit
Budaya Korporat yang yang bertanggungjawab dalam menerapkan nilai dan amalan syarikat
kepada semua pekerja. Amat jelas disini bahawa AirAsia bukan hanya menitikberatkan soal
sahaja pengurusan organisasi sahaja tetapi juga pengurusan pekerja dengan menganggap
pekerjanya adalah aset yang paling mahal.
Bagi konsep pengkhususan pula setiap bahagian akan melakukan tugasan masing-masing
dengan tujuan untuk mencapai matlamat organisasi. Antaranya ialah bahagian pemasaran yang
merupakan satu daripada watak penting yang memainkan peranan untuk memastikan AirAsia
dikenali ramai. Salah satu strategi perniagaan AirAsia yang unik ialah membina hubungan
dengan rakyat Malaysia. Setiap kejayaannya sama ada kecil atau besar, bukan sahaja diraikan
tetapi akan diwar-warkan sama ada di laman web mereka atau dihebahkan melalui media dan
dipaparkan sebagai kejayaan rakyat Malaysia bersama bukannya hanya kejayaan AirAsia atau
kejayaan Dato Seri Tony Fernandes semata-mata.
Malah di dalam blognya, Dato Seri Tony sendiri menyatakan bahawa sebagai sebuah negara,
kita perlu percaya bahawa kita mampu melakukan apa sahaja. Kita mampu menjadi yang
terbaik. Anak-anak kita perlu berhenti memandang tinggi kepada ikon dan individu dari negara
luar seperti Manchester United, Ferrari dan Steve Jobs. Kita juga perlu berhenti menganggap
bahawa yang terbaik hanya datang dari luar negara. Kita perlu mula percaya bahawa sebagai
rakyat Malaysia kita boleh dan mampu bersaing dan menjadi yang pesaing yang terbaik di
dunia. Bagi mereka, kejayaan ini bukanlah kejayaan peribadi semata tetapi kejayaan yang
mesti dikongsi bersama rakyat Malaysia kerana jenama AirAsia merupakan jenama Malaysia.

Strategi Pemasaran Berasaskan Media Sosial


Bukan itu sahaja, AirAsia juga memanfaatkan kecanggihan teknologi kedalam perniagaan
mereka dengan menjadikan media sosial sebagai saluran untuk mereka berkempen dengan
menawarkan promosi-promosi yang ada. Antara media sosial yang digunapakai oleh mereka
ialah Facebook dan juga Twitter dan ia telah mula menubuhkan Fan Page Facebook mereka
sendiri pada bulan April 2009. Selain daripada Malaysia, airasia juga telah mewujudkan Fan
Page untuk pelanggan-pelanggan di singapura, Indonesia, Filipina,Thailand, hong kong,
Taiwan, united Kingdom, india, Australia dan new Zealand. Untuk rekod, AirAsia kini telah
mempunyai lebih daripada 1.4 juta pengikutnya di laman sosial Facebook.
Untuk rekod, airasia pernah mencatat sejarah dengan jualan tiket sebanyak 538,000 pada hari
pertama kempen dijalankan melalui kempen Mind Blowing Farepada tahun 2010. Kempen ini
menawarkan harga tiket penerbangan hanya pada RM1 bagi penerbangan antara 1 April 2011
hingga 11 Ogos 2011. Promosi kempen tersebut berjalan selama 6 hari bermula dari 10 Ogos
2010 hingga 15 Ogos 2010. Jualan ini mengatasi pencapaian jualan tiket AirAsia pada tahun
sebelumnya dalam kempen promosi Free Seat yang mencatat jualan sebanyak 390,000 tiket
penerbangan pada hari pertama.
Menyedari bahawa media sosial merupakan strategi pemasaran yang sangat berkesan AirAsia
telah mewujudkan sebuah pasukan media sosial dengan tujuan untuk membuat dan memantau
kesemua kandungan dan pengiklanan melalui media sosial dihasilkan sendiri oleh AirAsia,
menerusi perbincangan antara pasukan media sosial dan pasukan pemasaran. Mereka tidak
menggunakan kepakaran luar untuk menjayakan hasrat ini kerana mereka lebih selesa
menggunakan pekerjanya sendiri atas beberapa sebab.
Pertama, ianya lebih menjimatkan dan kedua-dua pekerja AirAsia lebih memahami ciri-ciri
jenama AirAsia itu sendiri berbanding jika mereka menggunakan agensi luar untuk
melakukannya. Dalam menghasilkan kempen menerusi media sosial seperti di Facebook,
AirAsia menumpukan kepada kandungan yang menarik dan relevan dengan pelanggannya
kerana AirAsia percaya kandungan yang berguna akan disebarkan oleh setiap pelanggan
(word of mouth marketing). Walaupun AirAsia banyak menggunakan media sosial sebagai
medium untuk berurusan ini tidaklah bererti bahawa strategi pemasaran tradisional telah
dilupakan sebaliknya ia berfungsi sebagai pelengkap kepada aktiviti pemasaran tradisional
AirAsia seperti melalui pengiklanan akhbar dan televisyen.

Pemasaran melalui media sosial ini bertujuan memastikan pengiklanan AirAsia meliputi pasaran
yang lebih luas. Ini kerana tidak semua pelanggan AirAsia dan pelancong mempunyai akaun
Facebook ataupun Twitter, dan terdapat juga antara mereka yang jarang membaca akhbar dan
menonton televisyen. Untuk itu, AirAsia masih lagi memperuntukkan bajet sebanyak satu
peratus dari pendapatan tahunan syarikat bagi pengiklanan secara tradisional, walaupun
mereka semakin meningkatkan usaha pemasaran dan pembinaan jenama melalui media sosial.
Ternyata media sosial bukan sahaja banyak membantu AirAsia dari segi pemasaran tetapi juga
telah berjaya melakukan penjimatan sehingga RM 3.8 juta semenjak ia menggunakan media
sosial. Ini terbukti melalui kempen promosi Mind Blowing Fare dimana mereka membelanjakan
hanya sebanyak RM1.2 juta untuk pengiklanan di suratkhabar, televisyen dan sebagainya.
Pada tahun-tahun sebelumnya, AirAsia membelanjakan sebanyak RM5 juta untuk pengiklanan
kempen tawaran yang sama. Ini bermakna AirAsia bukan sahaja meningkatan pendapatan
melalui kenaikan jualan tiket malah melalui penjimatan sebanyak RM3.8 juta dalam
perbelanjaan iklan.
Laporan Kewangan Airasia
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2011, AirAsia telah mencatatkan keuntungan operasi
sebanyak RM 1.20 bilion iaitu meningkat sebanyak 12 peratus berbanding RM 1.07 bilion pada
tahun sebelumnya. Ketua pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes merupakan
individu yang paling gembira dengan prestasi ini dan ia adalah sesuatu yang membanggakan.
Manakala jika dilihat pada laporan suku tahun ketiga tahun 2012 pula AirAsia telah berjaya
mencatakan keuntungan selepas cukai sebanyak RM157.81 juta bagi suku ketiga tahun
kewangan 2012, iaitu peningkatan empat peratus berbanding suku yang sama tahun lalu.
Menurut Tony Fernandes, keputusan keseluruhan tahun 2011 menunjukkan AirAsia berada di
kedudukan terbaik kerana AirAsia Berjaya menguruskannya dengan baik. Beliau berkata, 2011
merupakan tahun bersejarah untuk AirAsia yang menyambut ulang tahun ke-10, apabila
membawa 135 juta penumpang ke seluruh rantau, terbang ke destinasi baru, meningkatkan
kekerapan penerbangan serta mencapai sasaran faktor muatan sebanyak 80 peratus.
Berdasarkan laporan kewangan ini jelaslah bahawa kewangan AirAsia berada pada kedudukan
yang semakin mengukuh kerana pada setiap tahun keuntungan yang dicatatkan semakin
meningkat walaupun keadaan ekonomi dunia berada pada kedudukan yang tidak menentu
dengan kenaikan kos bahan api dan sebagainya.
10

Penutup
Kesimpulannya, kepimpinan dan pemilihan strategi yang tepat memainkan peranan penting
dalam mengerakkan sesebuah organisasi. Keupayaan pemimpin untuk menggunakan
pendekatan transaksi dan transformasi telah terbukti sebagai pendekatan yang baik dalam
menguruskan syarikat-syarikat yang mereka pimpin. Tony Fernandes yang telah menggunakan
strategi berkesan ke dalam organisasi seperti transformasi daripada pemasaran tradisional
kepada pemasaran berasaskan media sosial telah berjaya menjadikan AirAsia sebuah
organisasi yang kuat.
Beliau boleh dilabel sebagai pemimpin transformasi yang membawa bersama-sama
unsur-unsur yang inovatif, keusahawanan, karisma, etika dan ketelusan dalam memandu
syarikat untuk bersaing di pasaran antarabangsa (Tracey & Hinkin, 1994; Gill et al, 2010).
Dalam keadaan tertentu, Tony Fernandes menunjukkan gaya kepimpinan bercampur
bergantung kepada keadaan untuk melaksanakan beberapa perubahan dalam organisasi. Oleh
itu, dapatlah disimpulkan bahawa strategi perniagaan yang digunakan bergantung kepada
perubahan dan keadaan yang berlaku dalam organisasi.
Ringkasnya, AirAsia telah pun mencapai satu tahap yang tertinggi dalam industri penerbangan
dan boleh dikatakan sebagai berjaya kerana mampu bersaing dengan Malaysia Airlines.
Kebijaksanaan Tony Fernandes dalam memacu AirAsia boleh dipuji dan boleh menjadi contoh
kepada golongan usahawan untuk lebih berjaya. AirAsia bukan sahaja dikenali dengan kapal
terbangnya tetapi juga dikenali dengan produknya sendiri iaitu Tune Hotels , Tune Talk, Tune
Sport, Tune Insurans, dan lain-lain
Akhir sekali untuk memastikan AirAsia kekal bersaing mereka hendaklah sentiasa melakukan
transformasi mengikut peredaran teknologi dan juga keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Airasia juga mesti memahami kehendak dan juga permintaan daripada pelanggan supaya
pelanggan kekal memilih perkhidmatan daripada syarikat mereka. Dengan keuntungan yang
Berjaya dicatat oleh airasia setiap tahun tidak dapat disangkal lagi bahawa airasia kini
merupakan pemacu utama industri penerbangan di Malaysia.

11

Rujukan
1) Kredit: Social Maximizer, Facebook Pages Air Asia, CSUS, Air Asia.
2) Tracey, J. B., & Hinkin, T. R. (1994). Transformational leaders in the hospitality industry.
The Cornell Quarterly.
3) Ismail, S. E. (2010). The rise of Tony Fernandes and AirAsia in Malaysia. Proceeding
18th Biennial Conference of the Asian Studies Association of Australia, Adelaide 5-8
July 2010.
4) Malaysia

Airlines.

(2013).

Our

History.

Retrieved

from

http://www.malaysiaairlines.com/my/en/corporate-info/our-story.html
5) Northhouse, P. G. (2004). Leadership: Theory and practice. Thousand Oaks, CA: Sage
6) Sutha, P. (2013). Tony Fernandes interview on Nation Channel. Retrieved from
http://www.youtube.com/watch?v=yeMgNKzzZT4
7) Christopher, H. (2012). Tony Fernandes Dream the impossible.
Retrieved from http://www.chrisfharvey.com
8) Christopher, H. (2012). Interview with Tony Fernandes, Founder & CEO of AirAsia.
Retrieved from http://www.youtube.com/watch?v=ibimrM1ahec
9) Fiedler, F. & Garcia, J. (1987). New approaches to effective leadership: cognitive
resources and organizational performance. New York: Wiley.
10) AirAsia Corporate Website. http://www.airasia.com.
11) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0223&pub=Utusan_Malaysia&s
ec=Ekonomi&pg=ek_02.htm
12) http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20121122/ko_03/Prestasi-kewanganAirAsia-meningkat
13) AirAsia Annual Reports and Financial Statements (2011)

12

Anda mungkin juga menyukai